kertas 1 ekonomi asas 2015

19
3757/1 1. Pernyataan berikut merujuk kepada satu masalah kos lepas. Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih output yang paling menguntungkan. Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu? A Seorang suri rumah B Tuan punya sebuah kilang C Kementerian Pertanian Malaysia D Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara 2. Jadual 1 menunjukkan dua barang, X dan Y, keluaran suatu firma. Kaedah Pengeluaran Barang X (unit) Barang Y (unit) M N P Q 100 80 50 30 25 40 60 75 Jadual 1 Tingkat pengeluaran bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan. Jika pengurusan firma itu mengambil keputusan mengubah kaedah pengeluaran daripada kaedah P kepada kaedah Q, berapa unitkah barang X terpaksa dilepaskan untuk mengeluarkan 75 unit barang Y? A 15 C 30 B 20 D 45 3. Apakah objektif utama penggunaan faktor pengeluaran oleh firma? A Mencapai agihan saksama 1

Upload: syifa-amor

Post on 16-Apr-2016

127 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

1. Pernyataan berikut merujuk kepada satu masalah kos lepas.

Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih output yang paling menguntungkan.

Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu?A Seorang suri rumahB Tuan punya sebuah kilangC Kementerian Pertanian MalaysiaD Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara

2. Jadual 1 menunjukkan dua barang, X dan Y, keluaran suatu firma.

Kaedah Pengeluaran

Barang X(unit)

Barang Y(unit)

MNPQ

100805030

25406075

Jadual 1Tingkat pengeluaran bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan. Jika pengurusan firma itu mengambil keputusan mengubah kaedah pengeluaran daripada kaedah P kepada kaedah Q, berapa unitkah barang X terpaksa dilepaskan untuk mengeluarkan 75 unit barang Y?A 15 C 30B 20 D 45

3. Apakah objektif utama penggunaan faktor pengeluaran oleh firma?A Mencapai agihan saksamaB Memaksimumkan kepuasananC Memenuhi kehendak manusiaD Memaksimumkan keuntungan

4. Setiap pengguna perlu membuat pilihan dengan cekap supayaA tidak timbul masalah pembaziranB dapat mengurangkan perbelanjaanC dapat memaksimumkan kepuasanD dapat menggunakan semua sumber yang sedia ada

1

Page 2: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

5. Encik Fazreen seorang peniaga di Negara X. Dia sangat gembira tinggal di Negara tersebut kerana ekonomi Negara itu maju dan beliau bebas mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah sistem ekonomi yang diamalkan di Negara X?A Sistem Ekonomi IslamB Sistem Ekonomi KapitalisC Sistem Ekonomi CampuranD Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

6. Antara berikut yang manakah bayaran pindahan?I Bonus yang diterima oleh seorang guruII Derma yang diterima oleh kanak-kanak cacatIII Wang bulanan yang diterima oleh seorang pesara polisIV Upah yang diterima oleh seorang adik yang membasuh kereta kakaknya.A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

7. Antara berikut yang manakah merupakan aktiviti pelaburan?A Pembelian sahamB Pembelian bahan mentahC Pembelian polisi insuransD Pembelian surat jaminan kerajaan

8. Apakah sebab usahawan menerima ganjaran untung?I menangguhkan penggunaan pada masa sekarangII membenarkan orang lain menguruskan syarikatnyaIII Kecekapannya mengabungkan sumber ekonomiIV Kesanggupan menanggung risikoA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

9. Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan apabila melaksanakan sesuatu projek?A Meminimumkan kos pengeluaranB Meminimumkan penggunaan faktorC Memaksimumkan kebajikan masyarakatD Memaksimumkan keuntungan syarikat pembinaan

2

Page 3: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

10. Antara berikut yang manakah contoh barang awam?A Polis Diraja MalaysiaB Syarikat Kawalan KeselamatanC Syarikat Teksi 1MalaysiaD Tadika Anak Ceria

11. Maklumat berikut menujukkan tiga contoh barang dalam ekonomi.

Gula Pasir Jam tangan Lebuhraya Utara Selatan

Penerangan manakah merupakan ciri kumpulan tersubut?A Kos lepas sifarB Dikenakan bayaranC Penawaran terhadD Dikeluarkan oleh kerajaan

12. Berikut merupakan ciri-ciri sistem ekonomi Negara A :

Bebas memilik sumber Bebas membuat pilihan Bebas mendapat keuntungan

Bagaimanakah negara A mengatasi masalah untuk siapa barangan dikeluarkan?A Berdasarkan kos pengeluaranB Mengenakan cukai pendapatan yang progresifC Menggunakan kepakaran perancang ekonomiD Berdasarkan agihan pendapatan dan kuasa beli wang

3

Page 4: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

13. Berdasarkan maklumat di bawah :

Encik Rahim memiliki 10 hektar kebun sayur. Beliau mengusahakan sebahagian kebun tersebut dan memperolehi pendapatan sebanyak RM6 000 setahun. Encik Rahim juga menerima pendapatan sebanyak RM2 000 setahun daripada pihak lain kerana beliau telah memberikan kebenaran mengusahakan sebahagian lagi kebunnya.

Apakah bentuk pendapatan yang diperoleh Encik Rahim ?A Upah dan sewaB Untung dan sewaC Faedah dan upahD Untung dan faedah

14. Maklumat berkaitan dengan Syarikat XYZ.

Syarikat XYZ telah menetapkan harga kereta PW ialah RM65 000 dan menawarkan 8 000 unit sebulan untuk memenuhi permintaan pasaran.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh firma tersebut?I Apa yang hendak dikeluarkanII Berapa hendak dikeluarkanIII Bagaimana hendak dikeluarkanIV Untuk siapa hendak dikeluarkanA I dan II B I dan IVC II dan III D III dan IV

15. Maklumat berikut berkaitan dengan motif pengeluaran sebuah firma.

Output maksimum Kos minimum

Apakah masalah asas ekonomi yang boleh dikaitkan dengan motif tersebut?A Apa barang yang hendak dikeluarkanB Berapa banyak barang yang hendak dikeluarkanC Bagaimana barang tersebut hendak dikeluarkanD Untuk siapa barang tersebut hendak dikeluarkan

4

Page 5: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

16. Pasangan yang manakah benar ?

Sistem Ekonomi Ciri-ciri

A Sistem ekonomi perancangan pusat

Pengguna bebas membuat pilihan Kebajikan masyarakat diutamakan

B Sistem ekonomi kapitalis Harga ditentukan oleh mekanisme harga

Sumber ekonomi dikawal oleh kerajaan

C Sistem ekonomi campuran Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan dikawal oleh kerajaan

Sumber ekonomi milik penuh firmaD Sistem ekonomi Islam Wujud persaingan sihat

Kebajikan masyarakat diutamakan

17. Pendapatan yang manakah yang diterima oleh individu yang menggabungkan faktor pengeluaran?A UpahB SewaC FaedahD Untung

18. Antara berikut yang manakah menerangkan tentang konsep ekonomi?A Kekurangan pengeluaran makanan berbanding modalB Kekurangan permintaan terhadap output berbanding buruhC Kekurangan permintaan masyarakat berbanding bahan mentahD Kekurangan industri memproses makanan berbanding permintaan masyarakat

19. “Encik Arif dikenali sebagai seorang jutawan di daerahnya. Namun demikian, beliau juga berhadapan dengan masalah kekurangan.”

Berdasarkan ilmu ekonomi, apakah yang dapat anda rumuskan daripada pernyataan di atas?A Masalah kekurangan berlaku kerana tidak berbelanjaB Masalah kekurangan berlaku akibat manusia terlalu memilihC Masalah kekurangan berlaku akibat kemahuan yang pelbagai diikuti dengan

sumber ekonomi yang terhad

5

Page 6: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

D Masalah kekurangan wujud disebabkan manusia mementingkan tingkat kesejahteraan yang tinggi

Gambar 1 Gambar 2

20. Pilih pasangan yang benar tentang sektor pekerjaan tersebut.

Gambar 1 Gambar 2

A Sektor utama Sektor kedua

B Sektor kedua Sektor ketiga

C Sektor ketiga Sektor kedua

D Sektor utama Sektor ketiga

21. Antara berikut yang manakah bayaran pindahan?

I Wang sakuII Derma Hari PahlawanIII Komisen jualanIV Bonus tahunan

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV

6

Page 7: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

22. Maklumat berikut menunjukkan butiran pendapatan dan bayaran yang telah dibuat oleh Encik Zain dan pelepasan cukai yang dibenarkan.

ButiranPendapatan dan

bayaranRM

Pendapatan tahunan 30 000Caruman bulanan KWSP 275Bayaran zakat 400Premium insurans nyawa 1 560Rawatan ibu bapa 1 200Cukai pendapatan tahunan 500

Pelepasan cukai yang dibenarkan:Diri sendiri RM8 000Isteri RM3 000Anak (seorang) RM800Caruman KWSP dan insurans RM5 000nyawa (maksimum)

Encik Zain mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan 2 orang anak yang belum bersekolah.Hitungkan pendapatan boleh cukai Encik Zain.

A. RM11 340B. RM12 400C. RM26 065D. RM26 465

23. Individu menabung bagi tujuanI kegunaan masa kecemasan.II menampung kos pendidikan anak pada masa hadapan.III membeli alat kelengkapan rumah.IV memperoleh keuntungan.

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IV

7

Page 8: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

D. II, III dan IV

24. Encik Azman menerima gaji RM3 500 sebulan. Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja ialah 11% dan bagi majikan ialah 12%.Hitungkan caruman Encik Azman dalam setahun.

A. RM385B. RM805C. RM4 620D. RM5 040

25. Antara berikut, yang manakah merupakan faedah sampingan dalam pemilihan sesuatu pekerjaan?

I Subsidi tempat tinggalII Kemudahan pengangkutanIII Peluang kenaikan pangkatIV Rawatan perubatan percuma

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

26. Jadual di bawah menunjukkan peratus pekerjaan penduduk di daerah Sri Maju.

Pekerjaan Peratus (%)Ejen insurans 10Penternak 25Tentera 20Juruteknik kilang 15Pembantu kedai 30

Berapakah peratus penduduk yang terlibat dalam sektor ketiga?

A. 30%B. 40%C. 55%D. 60%

8

Page 9: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

27. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan Encik Zaki bagi bulan April.

Butiran RMUpah 2 500Makanan dan minuman 800Bonus 1 200Dividen 100Premium insurans 200

Berapakah jumlah pendapatan Encik Zaki?

A. RM4 000B. RM3 800C. RM3 700D. RM2 500

28. Jadual di bawah menunjukkan upah wang dan harga purata barang mulai tahun 2002 hingga tahun 2005.

Tahun Upah Wang(RM) Harga Purata Barang (RM)2002 1 000 502003 1 100 452004 1 200 522005 1 300 70

Pada tahun berapakah upah benar paling tinggi?

A. 2002B. 2003C. 2004D. 2005

9

Page 10: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

29. Antara yang berikut, yang manakah faktor pendorong individu bekerja dengan pihak lain?

I Menerima gaji tetapII Peluang kenaikan pangkatIII Berani menghadapi risikoIV Bebas membuat keputusan

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

30. Antara yang berikut, yang manakah potongan wajib?

I Caruman PERKESOII Ansuran keretaIII Premium insuransIV Cukai pendapatan perseorangan

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

31. Pernyataan yang manakah menunjukkan perbezaan antara keperluan dan kehendak individu?

Keperluan Kehendak

A Tidak dipengaruhi oleh pendapatan Dipengaruhi oleh pendapatan

B Barang yang pelbagai jenis Barang yang sama jenis

C Tidak mempunyai unsur kemestian Mempunyai unsur kemestian

D Harga barang tidak dikawal oleh kerajaan Harga barang dikawal oleh kerajaan

10

Page 11: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

32. Mengapakah individu perlu menyediakan belanjawan peribadi?

A. Dapat membuat pelaburanB. Memperoleh keuntungan maksimumC. Berbelanja berdasarkan pendapatanD. Dapat mengutamakan barang kehendak

33. Tentukan langkah penyediaan belanjawan peribadi mengikut urutan yang betul.I Mencatatkan semua perbelanjaanII Mengenal pasti punca pendapatanIII Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaanIV Mengimbangkan anggaran pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan.

A. I, II, III dan IVB. I, III, II dan IVC. II, I, III dan IVD. II, III, I dan IV

34. Persamaan berikut merupakan satu rumus dalam ekonomi.

Apakah U?A. Cukai pendapatan perseoranganB. Perbelanjaan penggunaanC. PelaburanD. Zakat

35. Pendapatan boleh guna boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut kecuali

A. Sewa rumahB. Ansuran keretaC. Premium insurans nyawaD. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

11

Tabungan = Pendapatan Boleh Guna - U

Page 12: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

36. I Tabungan di bank perdagangan memberi pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan.

II Tabungan di bank perdagangan lebih berisiko daripada membuat pelaburan.

Pernyataan I Pernyataan II

A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul

37. Rumus berikut berkaitan dengan pendapatan boleh guna.

Jumlah Pendapatan – X =PBG = Tabungan + Y

Apakah X dan Y?

X Y

A Pinjaman Bank Zakat

B Caruman KWSP Sewa rumah

C Premium Insurans Makanan

D Cukai Pendapatan PERKESO

38. Pernyataan manakah yang menerangkan konsep kehendak?

A. Diperlukan untuk keselesaan hidupB. Diutamakan dalam perbelanjaan penggunaanC. Bebas daripada pengaruh pendapatanD. Mudah dipenuhi dalam kehidupan

12

Page 13: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

39. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan Encik Rais pada satu tahun tertentu.

Pendapatan RMPencen 6 000Sewa 3 600Untung pelaburan 3 000Dividen ASN 400Pampasan insurans 2 500

Berapakah pendapatan daripada faktor pengeluaran yang diterima oleh Encik Rais?A. RM7 000B. RM9 500C. RM12 600D. RM15 500

40. Gambar yang manakah menunjukkan contoh pekerjaan dalam sektor kedua?

SOALAN TAMAT

13

Page 14: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

JAWAPAN KERTAS 1 EKONOMI ASASTINGKATAN 4PPT 2015

1. B2. B3. D4. C5. B6. C7. C8. D9. C10. A11. B12. D13. B14. A15. B16. D17. D18. D19. C20. C21. A22. A23. A24. C25. B26. B27. B28. B29. A30. D31. A32. C33. C34. B35. D36. C37. B38. A39. A40. C

14

Page 15: Kertas 1 Ekonomi Asas 2015

3757/1

15