rph dsv kssr tahun 1 (kolaj)

Upload: gengkapak

Post on 14-Apr-2018

404 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (KOLAJ)

    1/7

    Tahun : 1

    Bidang : menggambar

    Aktiviti : kolaj

    Tema : alam semulajadi

    Tajuk : bunga

    Masa : 60 minit

    Media : Alatan : gunting

    Bahan : surat khabar, gam, ketas lukisan

    Bahan bantu

    mengajar

    : lagubunga mawar

    EMK : elemen keusahawan, kraetiviti dan inovatif

    STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa, warna, harmoni, dan kesatuan)

    yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik kolaj.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan

    lukisan.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.

    4. Apresiasi terhadap karya seni dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (KOLAJ)

    2/7

    STANDARD PEMBELAJARAN

    1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni.

    1.1.1 Unsur seni

    1.1.1.1 Rupa organik

    1.1.1.2 Warna bebas

    1.1.2 Prinsip rekaan

    1.1.2.1 Harmoni rupa, bentuk, dan warna

    1.1.2.2 Kesatuan pelbagai unsur alam semula jadi

    1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

    1.1.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

    1.2.1.1 Alat gunting

    1.2.1.2 Bahan kertas lukisan, surat khabar, dan gam

    1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya

    1.2.2.1 Teknik kolaj

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (KOLAJ)

    3/7

    1.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam

    menghasilkan karya seni.

    1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

    1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

    1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

    1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

    1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan

    1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

    Standard Pembelajaran Ilustrasi Aktiviti

    Persepsi Estetik

    1. Guru memainkan lagu bunga mawar

    2. Guru mengaitkan lagu dengan pelajaran pada hari ini

    3. Muridmurid menyanyi beramai-ramai lagu bunga mawar

    bungamawar.mp3

    Aplikasi seni

    1. Guru menunjukkan contoh beberapa rupa pokok bunga,

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_6/bungamawar.mp3http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_6/bungamawar.mp3http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_6/bungamawar.mp3
  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (KOLAJ)

    4/7

    dan pokok yang telah dipotong pada kertas warna.

    2. Guru memberitahu bahawa rupa-rupa ini jika disusun akan

    menjadi satu komposisi pemandangan yang menarik.

    3. Guru meminta murid menyatakan bahan lain yang boleh

    digunakan untuk menghasilkan karya.

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (KOLAJ)

    5/7

    Ekspresi Kreatif

    1. Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru

    berdasarkan langkah-langkah berikut.

    Langkah 1

    1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

    2. Guru mengedarkan templat (rupa : pokok bunga dan

    matahari, kertas lukisan dan kertas surat khabar kepada

    setiap kumpulan.

    3. Murid menekap templat pada kertas surat khabar yang

    diberi oleh guru secara individu.

    4. Murid mengoyak kertas surat khabar mengikut rupa pokok

    bunga, dan matahari dengan bimbingan guru.

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (KOLAJ)

    6/7

    Langkah 2

    1. Murid menampal potongan kertas surat khabar mengikut

    kreativiti masing-masing untuk menghasilkan gambar

    Bungaku.

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (KOLAJ)

    7/7

    Apresiasi Seni

    1. Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.

    2. Murid menceritakan pengalaman masing-masing ketika

    melakukan aktiviti.