rph bm 3 mac

7
Rancangan Pengajaran Harian [RPH] Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tarikh/Hari : 3 Mac 2015/Selasa Tahun : 3 Bijak Bil Murid : 15 orang Masa : 11.20 – 12.20 pagi (60 minit) Tema : Kesihatan dan Kebersihan Tajuk : Jaga Kesihatan Diri STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2.3.2 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Membaca petikan dengan betul. ii. Membaca ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Sistem Bahasa Ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang. Pengisian Kurikulum Ilmu : kesihatan diri. Nilai murni : patuh, memberi perhatian, sayangi diri, keyakinan. Kepelbagaian Kaedah dan Teknik KB : menjana idea, mengingat kembali KP : intrapersonal, ruang Bahan Bantu Mengajar

Upload: muhammad-ifran

Post on 29-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bhasa mlaysia

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian [RPH]Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTarikh/Hari: 3 Mac 2015/SelasaTahun: 3 BijakBil Murid: 15 orangMasa: 11.20 12.20 pagi (60 minit)Tema: Kesihatan dan KebersihanTajuk: Jaga Kesihatan DiriSTANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.2.3.2 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:i. Membaca petikan dengan betul.ii. Membaca ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.Sistem Bahasa Ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang.Pengisian Kurikulum Ilmu : kesihatan diri. Nilai murni : patuh, memberi perhatian, sayangi diri, keyakinan.Kepelbagaian Kaedah dan Teknik KB : menjana idea, mengingat kembali KP : intrapersonal, ruangBahan Bantu MengajarJenisBilangan

1Projektor LCD 1

2Komputer riba 1

3Slaid Powerpoint 1

4Gambar kebersihan diri4

5Kad perkataan4

6Lembaran kerja13

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mengamalkan langkah kebersihan diri di rumah.Langkah/MasaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Induksi Set(5 minit)Cantum keratan gambar.

Teknik: Soal jawab/ penerangan

Guru mengagihkan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu sampul berwarna yang mengandungi keratan gambar. Murid diarahkan untuk mencantumkan keratan gambar. Guru mengaitkan gambar dengan isi pelajaran pada hari tersebut.

BBM:gambar kebersihan diri

Ilmu: kesihatan diri

Nilai: sayangi diri

Kecerdasan pelbagai:ruang

Langkah 1(15 minit)Penerangan mengenai ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang.

Teknik

Guru menerangkan mengenai ayat tunggal beserta contoh ayat menggunakan slaid Powerpoint. Guru menggunakan potongan kad perkataan untuk membantu murid lebih memahami susunan ayat biasa dan songsang. Murid diarahkan untuk menghasilkan ayat tunggal mengikut kumpulan. Murid diarahkan membaca dengan kuat ayat tunggal yang telah dihasilkan di hadapan kelas..BBM: komputerprojektor LCDpotongan kad

Sistem bahasa:ayat tunggal

Nilai: patuh,keyakinan

Langkah 2(15 minit)Membaca kuat petikan kuat mengenai gambar yang telah dicantumkan.

Teknik

Guru mengarahkan murid merujuk sampul yang telah dipilih pada awal sesi pengajaran. Didalamnya terdapat petikan yang berkaitan dengan gambar yang telah dicantumkan tadi. Setiap kumpulan diarahkan membaca senyap petikan tersebut dan mengenalpasti ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan tersebut. Guru mengarahkan setiap kumpulan ke hadapan kelas dan membaca kuat petikan tersebut dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul. Setiap kumpulan dikehendaki membaca ayat tunggal yang telah dikenalpasti dalam petikan tersebut. Guru memaparkan jawapan yang betul bagi setiap petikan.

BBM: petikan

Sistem bahasa:ayat tunggal

Nilai: Patuhkeyakinan

Kecerdasan pelbagai:interpersonal

Langkah 3(20 minit)Penilaian menggunakan perisian Hot Potatoes.

Teknik

Murid dipilih secara rawak. Murid diarahkan untuk menjawab soalan yang telah disediakan menggunakan komputer guru. Setiap soalan mempunyai kaitan dengan ayat tunggal dan kesihatan dan kebersihan. Guru membuat sesi pemulihan kepada murid yang lemah secara individu.

BBM:komputerprojektor LCDperisian Hot Potatoes

Sistem bahasa:ayat tunggal

Nilai: patuh keyakinan

Penutup(5 minit)Rumusan isi pelajaran

Kognitif

Guru merumuskan apa yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Guru mengarahkan murid untuk menyiapkan latihan di dalam buku latihan Bahasa Malaysia tahun 3 sebagai kerja rumah.Nilai: Keyakinan

Kemahiran berfikir: mengingat kembali

REFLEKSI SELEPAS SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPada hari ini saya telah selesai mengajar Bahasa Malaysia tahun 3 tema Kesihatan dan Kebersihan tajuk Jaga Kesihatan Diri. Kemahiran yang telah saya pilih untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah kemahiran membaca. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah saya mulakan dengan aktiviti mencantum puzzle. Murid-murid saya kelihatan amat seronok semasa melakukan aktiviti tersebut. Kesemua murid saya telah berjaya mencantumkan puzzle tersebut melalui aktiviti berkumpulan. Langkah seterusnya ialah saya mengarahkan murid saya membaca kuat petikan yang telah saya sediakan. Pada langkah ini terdapat 3 orang murid saya menghadapi masalah untuk membaca kerana mereka merupakan murid pemulihan. Namun demikian, saya telah memberi bimbingan secara individu kepada mereka sehingga mereka mampu membaca kesemua petikan tersebut. Masalah itu telah menyebabkan saya kehilangan masa yang agak banyak dan saya tidak berkesempatan untuk melakukan penilaian menggunakan perisian Hot Potatoes. Sebagai latihan, saya telah mengarahkan murid saya untuk menyiapkan latihan dalam buku kerja .