bm (1) thn 4 mac

16
SJK (C) LADANG BRADWALL, KUALA LUKUT UJIAN BULANAN MAC 2015 KERTAS 1 BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN) TAHUN 4 MASA : 50 Minit Nama : ___________________ Markah : ________________% Kelas : 4 ( ) T / tangan Ibu bapa : ________________ Arahan : Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 20 1. "______________ berharap agar rakyat hidup bersatu padu," titah sultan. A. Beta B. Saya C. Tuanku D. Baginda 2. Lagu ________________ merupakan lagu kebangsaan bagi negara kita. A. Negaraku. B. Bangsa Johor. C. Jalur Gemilang. D. Bahtera Merdeka. Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. "Terima kasih kerana __________ semua sudi melawat Siti," kata ibu Siti.

Post on 14-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

exam paper

TRANSCRIPT

SJK (C) LADANG BRADWALL, KUALA LUKUTUJIAN BULANAN MAC 2015KERTAS 1 BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN) TAHUN 4 MASA : 50 Minit

Nama : ___________________ Markah : ________________% Kelas : 4 ( ) T / tangan Ibu bapa : ________________

Arahan : Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.Soalan 1 hingga Soalan 20

1. "______________ berharap agar rakyat hidup bersatu padu," titah sultan.A. BetaB. SayaC. TuankuD. Baginda2. Lagu ________________ merupakan lagu kebangsaan bagi negara kita.A. Negaraku.B. Bangsa Johor.C. Jalur Gemilang.D. Bahtera Merdeka.Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. "Terima kasih kerana __________ semua sudi melawat Siti," kata ibu Siti.A. iaB. SayaC. kamuD. mereka

4. Ramlah terpaksa jalan __________ selepas ditimpa kemalangan.A. ditongkatB. menongkatC. bertongkatD. bertongkatkan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Adik dan kawannya sedang ______________ tentang pelajaran.A. bermainB. berbualC. bertanyaD. berbincang

6. Di _____________ kah letaknya Pantai Desaru?A. apaB. siapaC. manaD. kenapa7. ___________ Ramli ketawa terbahak-bahak?A. BilakahB. SiapakahC. MengapakahD. Bagaimanakah

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Tiap-tiap hari, Boon Seng ________________ basikal ke sekolah.A. memanduB. membawaC. menuntunD. menunggang

9. Soon Yee dan Wei Ling sudah dua hari tidak _____________ sapa.A. bertegurB. menegurC. teguranD. ditegur

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Abang Malik sedang _______________ lubang untuk menanam anak pokok pisang.A. menguisB. menggaliC. menjolokD. menimbus

11. Pasukan badminton berlatih bersungguh-sungguh _________ berjaya dalampertandingan esok.A. tetapiB. supayaC. apabilaD. kemudian

12. Kanak-kanak berjalan di atas permatang sawah dengan ___________________.A. kaki botolB. kaki limaC. kaki ayamD. kaki bangku

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. ___________jalan raya mesti menggunakan jejantas ketika ingin melintas jalan.A. TergunaB. BergunaC. PenggunaD. Mengguna

14. Murid lelaki itu sentiasa berpakaian _____________________ ketika ke sekolah.A. ketatB. cantikC. sendatD. kemas

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Sebuah traktor digunakan untuk _____________ tandan kelapa sawit yang baru dipetik.A. diangkutB. berangkutC. mengangkutD. pengangkutan

16. ____________ lengkapkan borang ini dengan butir-butir diri kamu.A. SilaB. UsahC. HarapD. Jangan

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Layang-layang Ali tersangkut ______________ dahan pokok.A. dariB. padaC. kepadaD. daripada

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. "Jangan bising ___________ . Adik kamu baru sahaja tidur," tegur emak kepada kami.A. agakB. palingC. terlaluD. sangat

19. _____________ Sarvin, sememangnya kamu layak menang!A. HaiB. WahC. CisD. Syabas

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20. Para penonton _______________ apabila penyanyi muncul di atas pentas untukmembuat persembahan.A. berjeritB. bersorakC. bertepukD. bergembira

21. Hafiz berjaya mengalahkan David dalam pertandingan akhir badminton itu. Perkataan seerti bagi mengalahkan ialahA. menewaskanB. menjatuhkanC. menginsafkanD. memusnahkan22. Shahira menjemput kawan-kawannya masuk ke dalam rumah. Perkataan berlawan bagi menjemput ialahA. mengajakB. memimpinC. mempelawaD. menghalangSoalan 23Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.23. Stesen minyak yang paling hampir ialah satu kilometer dari sini.A. Siapakah pemilik stesen minyak itu?B. Mengapakah awak hendak ke stesen minyak?C. Di manakah stesen minyak yang paling hampir?D. Berapakah jumlah stesen minyak yang terdapat di sini?

Soalan 24Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.24. Siapakah yang ternampak kamus elektronik saya?A. Siti yang ternampak kamus elektronik kamu.B. Kamu sungguh sayang akan kamus elektronik itu.C. Kamus elektronik kamu mempunyai banyak kegunaan.D. Sesiapapun pandai menggunakan kamus elektronik itu.

Soalan 25 dan 26Pilih ayat-ayat yang mengandungi perkataan bergaris dengan betul.25. I Rumah Tok Wan sangat jatuh dari bandar.II Pemadam itu jatuh dari tangannya. III Kita mesti jatuh kepada ibu bapa. IV Ali jatuh sakit sejak semalam.A. I dan IIB. II dan IllC. II dan IVD. III dan IV

26. I Pak Cik Ramli mengucapkan selamat jalan kepada ayah.II Walaupun baru berusia setahun, Hafiz sudah jalan bercakap.III Para pekerja itu bertungkus lumus membaiki jalan yang rosak.IV Pihak sekolah telah mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah disiplin murid.A. I, ll dan IIIB. l, II dan IVC. I, IlI dan IVD. II, III dan IV

Soalan 27 dan 28Pilih ayat yang betul.27. I Pemberian ini adalah daripada datuk saya.II Lukisan itu ayah gantung pada dinging di ruang tamu. III Kim Seng amat rapat dengan ibunya.IV Majlis itu diadakan khusus sejak warga pendidik.A. I dan IIl sahajaB. II dan IV sahajaC. III dan IV sahajaD. I, II dan Ill

28. A. Kok Seng gemar makan goreng ayam.B. Kami belum pernah berkunjung ke Zoo Negara.C. Banyak anak-anak burung berkicau di atas pokok.D. Encik Ahmad tidak membenarkan anak untuk menyertai perkhemahan itu.Soalan 29 dan 30Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.29. "Raju, sudahkah kamu menyiapkan kerja sekolah kamu?" tanya ibu.A. Ibu menanya Raju sama ada dia telah menyiapkan kerja sekolahnya.B. Ibu bertanya kepada Raju tentang kerja sekolahnya yang belum siap.C. Raju menanya ibunya tentang kerja sekolahnya yang belum disiapkan.D. Raju bertanya tentang kerja sekolah yang hendak disiapkan oleh ibunya.

30. Mak Rina menyambut kehadiran tetamu dengan tangan terbuka.A. Mak Rina disambut oleh tetamu dengan tangan terbuka.B. Dengan tangan terbuka tetamu menyambut kehadiran Mak Rina.C. Tetamu menyambut kehadiran Mak Rina dengan tangan terbuka.D. Kehadiran tetamu disambut oleh Mak Rina dengan tangan terbuka.

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

No. 235, Taman Kenanga, 46200 Petaling Jaya, Selangor. 26 Ogos 2014Ke hadapan sahabatku Chee Wen yang kini berada di Perak. Diharapkan saudari dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang.Saudari,Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi cerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Untuk makluman saudari, sebelum menyambut Hari Raya, orang Islam akan berpuasa selama sebulan. Pengalaman berpuasa dan berbuka bersama keluarga merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Seminggu sebelum raya, kami melakukan pelbagai persiapan. Saya membantu ibu bapa membuat kuih, mengecat rumah dan memasang langsir. Pada pagi raya selepas menunaikan sembahyang sunat di masjid, saya dan adik-beradik yang lain bermaaf-maafan bersama ibu dan bapa. Kemudian, kami menziarahi rumah saudara-mara yang lain. Saya berasa sangat gembira kerana dapat bertemu dengan mereka. Sampai di sini sahajalah coretan saya untuk kali ini. Diharap saudari dapat berkongsi tentang pengalaman menyambut Tahun Baharu Cina di kampung saudari pula. Sekian, terima kasih. Yang benar, Melissa Ahmad

31. Apakah tujuan utama surat ini ditulis?A. Meminta pertolongan untuk persiapan Hari RayaB. Menceritakan pengalaman bercuti semasa Hari RayaC. Berkongsi pengalaman tentang sambutan Hari RayaD. Mengharapkan kesihatan yang baik untuk sahabat penanya.

32. Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, umat Islam berpuasa selama _____________.A. seminggu C. sehariB. sebulan D. setahun

33. Apakah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Melissa?A. Berpuasa dan berbuka bersama keluargaB. Membeli belah bersama keluargaC. Bertemu dengan saudara-maraD. Bermaaf-maafan bersama ibu dan ayah

34. Berikut adalah benar tentang persiapan Hari Raya berdasarkan petikan, kecualiA. memasang langsir C. mengecat rumahB. membuat kuih D. mencuci kereta

35. Apakan antonim bagi gembira?A. Sedih C. SukaB. Senyum D. Bahagia

Soalan 36 hingga Soalan 40Berdasarkan petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Wan Shah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Wan, berumur 45 tahun merupakan seorang petani yang berjaya di daerah Segamat. Beliau menceburi bidang penanaman cendawan tiram sejak 15 tahun yang lalu. Pak Wan memulakan penanaman cendawan ini secara kecil-kecilan dengan berbekalkan modal RM 1000.Usaha Pak Wan berhasil sehinggalah mendapat perhatian dan diberi bantuan oleh pelbagai pihak termasuklah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian (MARDI) dan Pejabat Pertanian Daerah Segamat.Pak Wan telah mendirikan tiga buah pondok khas untuk menempatkan benih cendawan yang ditanam untuk membesar. Beliau menjaga cendawan tiram ini dengan rapi bagi mengelakkan dijangkiti penyakit.Setiap hari, Pak Wan akan memeriksa polibeg dan menyiramnya. Cendawan tiram ini akan matang dalam masa dua bulan dan setiap satu polibeg mampu menghasilkan hampir 400 gram cendawan.Pak Wan mampu hidup senang serta menampung kehidupannya bersama-sama isteri dan tiga orang anak dengan menanam cendawan tiram. Cendawan tiramnya mendapat permintaan yang tinggi dari dalam dan luar daerah.

36. Apakah tanaman yang diusahakan oleh Wan Shah?A.TomatoB.BendiC.CendawanD.Kacang panjang

37. Di manakah Pak Wan menempatkan benih-benih cendawan?A. RumahB.PolibegC.Pondok khasD.Pejabat Pertanian Daerah Segamat.

38. Berapa lamakah cendawan yang ditanam Pak Wan akan matang?A.15 hariB.2 bulanC.5 bulanD.400 gram

39. Maksud menampung dalam petikan ialahA. menyaraB.memegangC.menampalD.melekatkan40. Pernyataan berikut adalah benar mengenai petikan kecualiA. Pak Wan menceburi bidang penanaman cendawan sejak 49 tahun.B. Pak Wan dibantu oleh dua agensi.C. Tiga buah pondok didirikan untuk menempatkan benih cendawan.D. Cendawan tiram akan matang dalam tempoh dua bulan.

Disediakan oleh: Cik Tiang Li TeenDisemak oleh: Encik Mohd Rizuan bin Miskon