rph bahasa melayu tahun 2

5
MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 MASA 0820 pagi – 0920 pagi TEMA Saya Anak Malaysia TAJUK Negara Kita FOKUS UTAMA Standard Kandungan 4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Standard Pembelajar an 4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul secara didik hibur. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. Standard Pembelajar an 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata diftog, vokal berganding, digrf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan kemas. OBJEKTIF : Diakhir PNP murid dapat; i. Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul ii. Menulis secara mekanis sekurang – kurangnya dua daripada tiga rangkap pantun yang diberi dengan betul dan kemas. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu Kajian Tempatan Nilai Cintakan negara KBT KB : Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.

Upload: abcdblog2012

Post on 29-Jun-2015

7.979 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2 merupakan model RPH bagi melaksanakan pengajaran di dalam kelas sebenar.

TRANSCRIPT

Page 1: RPH BAHASA MELAYU TAHUN 2

MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

MASA 0820 pagi – 0920 pagi

TEMA Saya Anak Malaysia

TAJUK Negara Kita

FOKUS UTAMA StandardKandungan

4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Standard Pembelajaran

4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul secara didik hibur.

FOKUS SAMPINGAN StandardKandungan

3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.

Standard Pembelajaran

3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata diftog, vokal berganding, digrf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan kemas.

OBJEKTIF : Diakhir PNP murid dapat;i. Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan

intonasi yang betulii. Menulis secara mekanis sekurang – kurangnya dua

daripada tiga rangkap pantun yang diberi dengan betul dan kemas.

PENGISIAN KURIKULUM Ilmu Kajian Tempatan

Nilai Cintakan negara

KBT KB : Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.

SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata nama am, kosa kata

MEDIA Kad gambar (bendera), lambaran kerja

AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATANLangkah 1

1. Murid menonton tayangan slaid gambar bendera Malaysia.

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar.

Contoh soalan;- Apakah nama bendera

Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Semangat PetriotismaKBT : KB : Konteksual

Page 2: RPH BAHASA MELAYU TAHUN 2

Malaysia?- Berapakah jumlah warna

bendera Malaysia?Berapakah bucu yang terdapat pada bintang bendera Malaysia?

3. Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pembelajaran iaitu Negara kita.

Langkah 2

1. Murid dipamerkan dengan beberapa rangkap pantun melalui tayangan slaid.

2. Guru membimbing murid melafazkan pantun dengan sebutan, gaya dan intonasi yang betul secara bergilir – gilir.

3. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun, rangkap demi rangkap.

Slaid

Ilmu : Muzik

Nilai : kerjasama

Langkah 3

1. Murid diedarkan petikan pantun.2. Murid menyalin semula rangkap –

rangkap pantun dengan betul dan kemas secara mekanis.

KBT : BCB

Menyalin rangkap pantun.

Pentaksiran.

1. Murid melafazkan satu rangkap pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Penutup1. Guru membuat rumusan isi

pelajaran bersama dengan murid dengan menyoal serangkap pantun teka teki.

Page 3: RPH BAHASA MELAYU TAHUN 2

Contoh Pantun

DIDIK HIBUR : NYANYIAN

Bunga tanjung bunga ternama,

Dipetik oleh si anak dara,

Wahai cik adik saya bertanya,

Negara kita apa namanya.

Pergi ke tanam memetik bunga,

Bunga dipetik harum baunya,

Wahai cik abang ini jawabnya,

Negara kita Malaysia namanya.

Pergi ke bendang menuai padi,

Padi di tuai penuh seraga,

Jika cik adik bijak bestari,

Negara kita bila merdeka?

Beli arang di kedai nyonya,

Hati – hati tercalit muka,

Wahai cik abang ini jawapnya,

31 Ogos kita merdeka

Page 4: RPH BAHASA MELAYU TAHUN 2

Contoh Lembaran kerja.

PENGAYAAN

Nama :.........................................................................................................

Kelas : ...............................................................................................................

Arahan : Warnakan Jalur Gemilang di bawah.

2. Adakah warna bintang pada Jalur Gemilang ialah biru?

...............................................................................................................................................

3. Terdapat lima warna pada Jalur Gemilang.

...................................................................................................................................................

...

4. Merah adalah warna yang terakhir pada jalur bendera Malaysia?

...................................................................................................................................................

..

5. Adakah anda bangga menjadi anak Malaysia?

..............................................................................................................................................