rph anyaman ikan.docx
DESCRIPTION
rphTRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : 5 Berdikari
Tarikh : 30 Julai 2013
Masa : 12.30 tengah hari – 1.30 petang (60 minit)
Bil Murid :
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Tema : Alam semulajadi - Fauna
Tajuk : Anyaman Ikan
Teknik : Guntingan, anyaman, tampalan
Hasil Pembelajaran :
Aras 1: Mengetahui langkah-langkah untuk menghasilkan anyaman dengan
menggunakan kertas warna
Aras 2: Memilih alat dan bahan yang sesuai bagi menghasilkan anyaman ikan
Aras 3: Menghasilkan anyaman ikan dengan mengaplikasikan asas seni reka
dalam penghasilan kraf tradisional
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i. Mengenal jenis-jenis dan cara untuk menghasilkan anyaman
ii. Mengenal dan menghargai kraf tradisional tempatan
Pengetahuan sedia ada murid :
i. Murid pernah melihat anyaman pada tikar mengkuangii. Murid mahir menggunakan gunting
Nilai murni : Kreatif, keseronokan, kasih sayang terhadap guru,
kepatuhan, ketelitian, kekemasan.
Strategi : Kecerdasan pelbagai visual-ruang, intrapersonal,
pemerhatian, kontestual.
Alat dan bahan : kertas lukisan, kertas warna, gunting, gam, pensil warna
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
i. Contoh siap anyaman ikanii. Contoh-contoh anyamaniii. Kertas warnaiv. Kertas lukisanv. Guntingvi. Pensil warnavii. Gam viii. Penselix. Pembaris
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi( 5 minit )
Pengenalan
Definisi Anyaman : Satu proses menjalinkan daun / kertas/ plastik, secara berselang-seli atas ke bawah
Set Induksi ( 5 minit )
i) Guru menunjukkan contoh jenis-jenis anyaman
ii) Guru menunjukkan contoh anyaman ikan yang telah siap.
iii) Guru menanyakan murid-murid tentang pemahaman mereka terhadap kraf anyaman
Strategi:Kecerdasan pelbagai.
Nilai: keseronokan, kasih sayang terhadap guru.
BBM: contoh anyaman dan contoh siap anyaman ikan
Langkah 1 (10 minit)
Pengenalan tajuk pelajaran hari ini, iaitu anyaman ikan
Alatan dan bahan untuk menghasilkan mozek.
i) Guru memberitahu murid bahawa mereka akan menghasilkan anyaman ikan
ii) Guru memberikan sedikit maklumat kepada murid-murid tentang teknik menghasilkan anyaman
iii) Guru memperkenalkan bahan dan alatan untuk menghasilkan mozek
Strategi: pemerhatian, kecerdasan pelbagai.
BBM: - Kertas lukisan- Kertas warna - Gam - Gunting - Pensel warna- Pensel- Pembaris
Langkah 2(15 Minit)
Tunjukcara / langkah penghasilan
Proses penghasilan :
1. Guru menunjukkan cara melakar lukisan ikan pada kertas lukisan
2. Lakar garisan selari pada lukisan ikan tersebut
3. Lakarkan garisan selari pada kertas warna dengan ukuran yang sama sepanjang 1 cm
4. Potong garisan selari yang dibuat pada kertas
Nilai: Kerjasama
warna dan kertas lukisan
5. Guru menunjukkan proses mengayam pada lukisan ikan tersebut.
6. Membuat kemasan
Langkah 3( 20 minit )
Penghasilan anyaman
i. Guru mengarahkan murid-murid membuat anyaman ikan
ii. Guru membimbing murid-murid dalam menyiapkan anyaman
iii. Membuat kemasan pada hasil kerja secara kreatif.
- Kreativiti - Kecerdasan pelbagai
Langkah 4(5 minit)
Sesi apresiasi dan refleksi.
i) Murid mempamerkan hasil kerja mereka.
ii) Guru memuji setiap hasil yang telah dibuat oleh murid.
iii) Murid menceritakan perasaan terhadap aktiviti yang telah dilakukan.
iv) Guru mengkategorikan hasil kerja murid kepada tahap
- Baik- Sederhana- Lemah
Nilai: Keberanian
Penutup(5 minit)
Rumusan i) Guru meminta murid-murid melekatkan hasil karya mereka di dalam buku latihan
ii) Guru meminta murid membersihkan bilik darjah.