2 kaedah penggunaan video visualizer menghasil anyaman kelarai siku keluang

29
1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kathleen Chee (2010) mengatakan bahawa seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan- hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai. Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk 1

Upload: margaret-payne

Post on 24-Dec-2015

89 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

kaedah

TRANSCRIPT

Page 1: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kathleen Chee (2010) mengatakan bahawa seni anyaman ialah milik

masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini.

Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh

dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah

mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan

sehingga ke hari ini. penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha

tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar

di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir

pantai.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Kelarai dibuat dalam pelbagai

motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai

suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas

(menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut

kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau

birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung. Kathleen Chee

(2010).

Cikgu Fazil (2013),telah mencatatkan Puan Aminah yang dilahirkan pada

tahun 1944, berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman merupakan tokoh kraf

anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun

1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan

1

Page 2: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai

seorang ahli kraftangan anyaman. Selain itu, terdapat juga tokoh-tokoh kraf

anyaman yang terdapat di negara kita iaitu Cik Siah binti Jumaat berasal dari

negeri Terengganu telah mencipta kelarai Sambas, Puan Hajah Asiah bt. Salleh

dari negeri Terengganu telah mencipta kelarai Tapak harimau dan Puan Hajah

Semek juga dari negeri Terengganu telah mencipta kelarai Mak Mek.Selain itu,

Puan Esah binti Said dari negeri Kelantan telah mencipta kerai Sisik Kelah

manakala Puan Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta

kelarai bunga.

1.2 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU

Saya hanya mempunyai 2 tahun pengalaman mengajar dalam mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pada tahun ini, saya diberi tanggungjawab

untuk mengajar mata pelajaran Dunia Seni Visual bagi tahap 1 iaitu tahun 3

Merah. Bilangan murid di dalam kelas ini adalah seramai 18 orang. Dunia Seni

Visual amat berguna dan bermakna kepada setiap orang murid. Mata pelajaran

Dunia Seni Visual ini berupaya membantu perkembangan emosi murid,

meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke

arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Sepanjang mengajar Dunia Seni Visual di SJK(C) Kampung Baru Sungai

Nipah, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi murid tahun tiga Merah. Melalui

pemerhatian terhadap hasil kerja murid, saya berpendapat murid tahun tiga

2

Page 3: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

Merah agak berpotensi, kreatif dan inovatif. Tetapi dalam keempat-empat bidang

kegiatan mata pelajaran Dunia Seni Visual, saya telah mendapati murid-murid

tidak dapat menguasai bidang mengenal kraf tradisional. Buktinya semasa saya

meneliti hasil karya murid yang bertajuk anyaman kelarai siku keluang.

Pada hari Selasa, 22 April 2014, saya telah menggunakan masa selama

satu jam untuk mengajar murid tahun tiga menghasilkan kraf anyaman kelarai

siku keluang.

Bagi memudahkan murid mempelajarai anyam kelarai siku keluang, saya

membahagikan murid kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama, saya

menunjukkan cara-cara menganyam kelarai siku keluang. Seterusnya kumpulan

kedua dan ketiga. Murid-murid amat memerlukan pendedahan dan tunjuk ajar

dari guru untuk memahami cara-cara menanyam kelarai siku keluang. Tetapi

bagi murid-murid yang menunggu giliran telah tidak sabar. Mereka mula

bercakap dengan kawan-kawan atau menggunakan kertas warna yang dibawa

untuk dijadikan sebagai senapang. Saya mendapati cara ini dapat tidak dapat

mengawal disiplin kelas.

Selain itu, saya mendapati bahawa murid-murid tidak boleh menganyam

kelarai siku keluang dengan susunan yang betul dan tidak kekemasan. Masalah

ini kelihatan ketara apabila murid-murid menganyam tidak mengikut corak kelarai

siku keluang seperti yang dikehendaki. Mereka tidak akan berusaha sendiri jika

guru tidak memberikan perhatian.

3

Page 4: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

Saya berasa kecewa dan tertarik untuk mengkaji masalah ini. Sebagai

seorang guru Pendikan Seni Visual, saya akan menangani masalah ini dengan

menggunakan kaedah tayangan iaitu menggunakan video visualizer untuk

membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menganyam kelarai siku

keluang.

1.2 REFLEKSI SOROTAN LITERATUR

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja

yang berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta

memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun

mengikut kaum masing-masing (Open University Malaysia,2007). Hal ini

disokong oleh penyataan definisi kraf Tradisional di dalam Buku Sumber Guru

Pendidikan Seni KBSR iaitu sebagai perusahaan (kerja seni) yang diwarisi turun

temurun. (Kementerian Pendidikan, Malaysia 1998).

Menurut E-man (2008), “penghasilan barangan kraf tidak hanya dilakukan

secara tradisional, tetapi talah menjadi satu sumber ekonomi yang terpenting.

Keunikan, kemahiran dan kreativiti rakyat Malaysia telah menyebabkan seni kraf

Malaysia terkenal di luar Negara.”

Ee Ah Meng (1993), menekankan strategi pemusatan bahan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan penggunaan slaid dan

transparensi dapat membantu murid memahami sesuatu dengan lebih mudah,

cepat serta jitu penanggapannya. Slaid yang berwarna-warni akan menjadikan

pembelajaran lebih bermakna serta menyeronokkan lagi. Penggunaan slaid

4

Page 5: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

hampir sama dengan penggunaan video visualizer. Gambar yang berwarna-

warni dapat ditayangkan dengan jelas dan dapat dibesarkan lagi. Dengan jelas,

penggunaan video visualizer dapat menarik minat murid.

Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahmad (2010),

menyatakan bahawa bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang

digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di

dalam kelas. Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau

pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya

daripada mudah ke sukar.. Menurut kajian Atan Long (1981), alat bantu

mengajar dibahagikan kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat

pandangan dan alat pandang-dengar. Pada tahun 1982, Atan Long menegaskan

lagi kajian beliau bahawa BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu

bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku,

carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin.” Saya menggunakan

video visualizer sebagai alat tayangan untuk menayangkan langkah-langkah

menghasilkan anyaman kelarai siku keluang. Melalui alat video visualizer ini,

murid dapat memerhatikan langkah mengayam dengan jelas. Kajian ini terbukti

bahawa alat bantu mengajar harus melibatkan penggunaan deria, penglihatan

dan pendengaran seseorang pelajar.

Mat Nor Hussin & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1987). menyatakan bahawa

semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran

tersebut. Oleh sebab demikian, pengajaran yang menggunakan pelbagai

5

Page 6: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

pancaindera adalah lebih berkesan terutamanya pengajaran aktiviti mengenal

motif anyaman.

Video visualizer merupakan media elektronik yang amat sesuai

digunakan untuk mengajar anyaman kelarai siku keluang. Ia merupakan sebuah

teknologi yang canggih dan memberi kelebihan dan kebaikan kepada guru.

Annuar Ayub (2010) mengatakan beliau membahagikan BBM kepada dua

kumpulan iaitu media elektronik (radio, televisyen, filem pita, piring hitam,

overhead projektor, makmal bahasa) dan media bukan elektronik (buku, carta,

kad imbasan, papan hitam, objek-objek dan benda-benda wujud). Selain dua

kumpulan tersebut, bahan bantu mengajar yang asas (papan hitam, buku teks

dan buku kerja) juga antara jenis bahan bantu mengajar, Mat Nor Hussin,

(1988). W.F. Connell (1981), di dalam buku Azizul Rahman Abdul Rahman &

Mohamad Saleeh Rahmad membahagikan sumber pengajaran kepada tiga

kategori iaitu alat bantu mengajar am (papan hitam dan buku bercetak), alat

pandang-dengar (model, patung, gambar, lukisan, gambar foto, graf, kartun,

radio, pita rakaman suara, alat pemain piring hitam dan sistem pembesar suara)

dan alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram dan mesin mengajar yang

berkaitan. Paparan kon pengalaman Edgar Dale (1969), di dalam buku Azizul

Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahmad merumuskan BBM boleh

dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bahan media elektronik, bahan media

bukan elektronik dan bahan bercorak pengalaman ( lakonan, lawatan, projek,

pameran, bahan maujud dan sebagainya). Pengabungan video visualizer dan

lukisan atau gambar yang akan saya gunakan dapat meningkatkan kualiti dan

6

Page 7: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

keberkesanan PDP. Kadah ini melibatkan penggunaan deria penglihatan dan

pendengaran pelajar. Pelajar dapat melihat contoh hasil karya dan langkah-

langkah mengayam kelarai siku keluang melalui tayangan video visualizer.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATIAN

2.1 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

Berdasarkan refleksi yang telah saya buat, saya mendapati bahawa

murid-murid saya mengahdapi pelbagai masaalah dalam aktiviti menghasilkan

kraf tradisional anyaman kelarai siku keluang. Namum fokus kajian ini telah saya

kecilkan kepada skop yang lebih khusus iaitu kekurangan pengetahuan tentang

motif anyaman kelarai siku keluang dan menarik minat murid membuat anyaman

kelarai siku keluang itu sendiri.

Setelah membuat aktiviti menghasilkan anyaman kelarai siku keluang

pada kali pertama, saya berasa tidak memuaskan kerana tidak terjadi motif siku

keluang. Maka markah yang diperolehi oleh mereka juga terlalu rendah dan

kebanyakannya mendapat Gred C dan Gred D. Sebagai seorang guru, saya

menginginkan semua murid mendapat markah yang cermelang iaitu Gred A dan

sekurang-kurangnya Gred B. Hasil daripada analisis markah, didapati seramai 6

orang murid daripada jumlah 18 orang murid mendapat markah yang paling

rendah berdasarkan kriteria-kriteria pemarkahan yang telah dibuat.

7

Page 8: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

Jadual 1 Markah 3 Merah Bagi Kraf Tradisional

Anyaman Kelarai Siku Keluang

GRED BILANGAN PERATUSAN(%)

A (80-100) 5 27.78%

B ( 60-79 ) 7 38.89%

C ( 40-59 ) 4 22.22%

D ( 0-39 ) 2 11.11%

JUMLAH 18 100%

Carta graf ini telah menunjukkan bahawa 6 orang murid dari tahun tiga

Merah dijadikan responden kajian. Pemilihan responden ini dibuat berdasarkan

kelemahan murid tidak dapat menghasilkan anyaman yang bermotif kelarai siku

keluang. Melalui pemerhatian saya, murid-murid ini kekurangan pengetahuan

tentang motif anyaman kelarai siku keluang dan cara membuat anyaman kelarai

siku keluang itu sendiri serta kurang berminat terhadap anyaman. Walaupun

telah diajar beberapa kali, tetapi mereka masih tidak memahami motif anyaman

kelarai siku keluang. Mereka lebih bergantung kepada guru untuk menolong

mereka menganyam motif siku keluang pada peringkat awal. Pada masa yang

sama, saya juga mendapati mereka kurang berminat untuk menganyam kerana

tidak dapat melihat langkah-langkah menganyam dengan jelas. Hasil karya

murid juga tidak kemas serta mengambil masa yang agak lama. Hal ini

menyebabkan mereka tidak dapat disiapkan dalam masa yang diberikan dan

pengahasilan adalah tidak sempurna.

8

Page 9: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

Fokus pada masalah dalam kajian ini ialah murid kekurangan

pengetahuan tentang motif anyaman kelarai siku keluang. Untuk mengatasi

masalah ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh hasil karya anyaman

kelarai siku keluang kepada murid-murid melalui tayangan video visualizer. Saya

juga akan menjelaskan motif siku keluang yang seakan dengan gambar tangga,

agar murid dapat mengingati motif tersebut.

Bagi murid yang tidak tahu cara membuat anyaman kelarai siku keluang

dan kurang berminat terhadap anyaman, saya akan menggunakan kaedah

tayangan melalui video visualizer. Dengan kaedah ini, semua murid dapat

melihat langkah-langkah menganyam anyaman kelarai siku keluang dengan

jelas dan mudah difahami. Penambahbaikan ini dapat menarik minat murid

terhadap anyaman serta membantu murid menghasilkan anyaman kelarai siku

keluang dengan susunan motif yang betul dan kemas.

Dari segi kebolehtadbiran, penggunaan kaedah tayangan juga dapat

mengawal keadaan kelas kerana murid-murid dapat melihat langkah-langkah

yang ditunjukkan dengan jelas dan tidak perlu menunggu giliran untuk

mempelajari. Guru juga dapat memantau tingkah laku murid ketika melakukan

aktiviti di dalam kelas.

Pada masa yang sama, murid-murid mengambil masa yang agak lama

untuk menyelesaikan hasil karya tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, saya

bercadang mengecilkan saiz kertas lukisan.

9

Page 10: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

3.0 OBJEKTIF KAJIAN /SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF UMUM

Kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap anyaman

kelarai siku keluang dengan menggunakan video visualizer dalam teknologi

maklumat dan kominikasi.

3.2 OBEKTIF KHUSUS

I. Meningkatkan kefahaman murid untuk menghasilkan anyaman kelarai

siku keluang melalui penggunakan video visualizer.

II. Meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam dengan mudah dan

cepat.

III. Meningkatkan minat murid terhadap anyaman kelarai siku keluang.

3.3 PERSOALAN KAJIAN

I. Bagaimanakah penggunaan video visualizer dapat meningkatkan

kefahaman murid mengenal motif anyaman kelarai siku keluang ?

II. Adakah penggunaan video visualizer dapat meningkatkan kemahiran

murid dalam menganyam dengan mudah dan cepat?

III. Adakah penggunaan video visualizer dapat meningkatkan minat murid

menganyam anyaman kelarai siku keluang?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Bagi menjalankan kajian tindakan ini, seramai 6 orang responden dari

tahun tiga Merah telah dipilih sebagi responden. Responden ini terdiri daripada 3

10

Page 11: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

orang lelaki dan 3 orang perempuan. Responden berumur dalam lingkungan 9

tahun dan 1 orang daripada 6 responden berbangsa India, yang lain adalah

berbangsa Cina. Responden-responden tahun 3 ini adalah dalam lingkungan

tahap pembelajaran yang sederhana. Kebanyakan responden di dalam kelas ini

menghabiskan masa mereka dalam kelas tuisyen, agar dapat mempertingkatkan

keputusan akedemik. Melalui maklumat yang saya perolehi tentang responden

yang dipilih, ibu bapa mereka sangat mengambil berat tentang keputusan

akademik sehingga mengabaikan seni visual. Melalui pemerhatian yang

dijalankan, saya mendapati responden-responden ini mempunyai masalah dalam

mengenali anyaman kelarai siku keluang dan cara menganyam serta kurang

berminat terhadap anyaman. Oleh itu, mereka tidak dapat menyiapkan hasil

karya dalam masa yang diberi.

Jadual 3 Jumlah responden bagi kelas 3 Merah

JANTINA BILANGAN PERATUSAN

Lelaki 3 50%

Perempuan 3 50%

Jumlah 6 100

5.0 PERANCANGAN KAJIAN

Sebelum kajian yang seterusnya dijalankan, tinjauan masalah yang

dikenalpasti akan dibuat supaya dapat dimahami dengan lebih mendalam. Kajian

tindakan ini dijalan berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin.

11

Page 12: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

5.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Set induksi

Bagi set induksi,saya ingin murid lebih memahami corak anyaman kelarai siku

keluang dahulu. Mula-mulanya, saya akan memberikan cebisan kertas kepada

setiap orang murid. Murid-murid menggelintir cebisan kertas, kemudian tampal di

petak-petak yang disediakan oleh guru. Murid-murid melihat corak di petak lalu

diterapkan dalam pengajaran pada hari ini.

Langkah pertama :

Pada langkah pertama, saya akan memaparkan gambar tangga kepada murid-

murid dengan menggunakan video visualizer. Saya mengkaitkan gambar tangga

dengan corak anyaman kelarai siku keluang agar mereka lebih faham akan

corak anyaman kelarai siku keluang. Selepas itu, guru memaparkan contoh hasil

kerja anyaman kelarai siku keluang.

Gambar tangga yang hampir sama dengan corak kelarai siku keluang.

Contoh hasil karya kelarai siku keluang.

Langkah kedua:

12

Page 13: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

Saya mengagihkan bahan dan alatan kepada murid-murid. Saya akan

meletakkan gambar dan menunjukkan cara mengayam kelarai siku keluang

melalui alat video visualizer. Projektor akan menayangkan segala benda yang

terdapat di video visualizer ke skrin paparan. Penerangan dan tunjuk ajar dibuat

dengan menggunakan video visualizer supaya murid lebih memahami dan dapat

dilihat dengan jelas.

Langkah ketiga:

Langkah seterusnya, murid-murid mula menganyam tikar mengikut cara-cara

yang ditunjukkan oleh guru. Murid-murid boleh menganyam sambil melihat tunjuk

cara melalui video visualizer. Setelah beberapa kali ditunjukkkan cara-cara

mengayam, akhirnya murid-murid dikehendaki menganyam kelarai siku keluang

tanpa panduan daripada guru.

Guru mengayam kelarai siku keluang sambil

mendidik murid-murid dengan menggunakan

13

Page 14: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

video visualizer.

5.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

5.2.1 PERANCANGAN

Dalam langkah pertama, saya telah memilih 6 orang responden dari tahun

tiga Merah. Responden-responden ini mendapat markah gred C dan gred

D.dalam hasil kerja anyaman kelarai siku keluang. Kelemahan responden-

responden telah dikenali pasti dalam aktiviti yang dijalankan sebelum ini.

Sebagai langkah menyelesaikan, saya telah membuat keputusan menggunakan

video visualizer untuk menunjukkan beberapa contoh hasil karya anyaman

kelarai siku keluang kepada responden-responden melalui tayangan video

visualizer. Dengan adanya video visualizer, saya akan menjelaskan motif siku

keluang dengan menggunanakan tayangan gambar tangga, agar murid dapat

mengingati motof tersebut. Saya juga akan memberi pendedahan kepada para

14

Refleksi

Merancang

Bertindak

Memerhati

Page 15: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

responden dengan menunjukkan contoh-contoh hasil karya anyaman kelarai siku

keluang melalui tayangan video visualizer. Selepas itu, semua responden

dibekalkan kertas lukisan dan kertas warna yang telah siap digunting. Alat-alat

dan bahan lain seperti gunting dan gam perlu dibawa sendiri.

Dalam perancangan mengumpul data, saya telah menggunakan kaedah

analisis dokumen, pemerhatian dan soal selidik untuk menjalankan kajian ini.

5.2.2 TINDAKAN

Setelah alat dan bahan disediakan, guru menggunakan video visualizer

untuk memperkenalkan anyaman kelarai siku keluang. Guru menekankan motif

anyaman kelarai siku keluang dengan menunjukkan gambar tanggal, agar

responden-responden dapat mengingati motif ini dengan mudah. Selepas itu,

guru menunjukkan beberapa contoh hasil karya anyaman kelarai siku keluang

kepada responden-responden melalui tayangan video visualizer.

Seterusnya, guru menunjukan langkah-langkah menganyam anyaman

kelarai siku keluang dengan mengggunakan tayangan video visualizer.

Responden-responden menganyam sambil memerhatikan langkah-langkah yang

ditunjuk. Hujung kertas warna hendaklah digamkan pada bahagian belakang

kertas lukisan untuk dikekalkan. Setelah ditunjukkan beberapa kali, responden-

responden dikehendaki menganyam anyaman kelarai siku keluang tanpa tunjuk

ajar guru.

15

Page 16: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

Akhir sekali, responden-responden menggunting kertas warna yang

berlebihan untuk kekemasan. Aktiviti ini diambil gambar untuk membuat

pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik serta dijadikan bukti kajian.

5.2.3 PEMERHATIAN

Responden-responden dapat menghasilkan anyaman kelarai siku keluang

dengan kemas dalam masa yang ditetapkan. Semasa sesi apresiasi, responden-

responden menyatakan pendapat serta menghayati karya sendiri dan rakan.

Melalui penggunaan kaedah tayangan, responden-responden dapat memahami

motif kelarai siku keluang dan dapat belajar menganyam dengan mudah.

5.2.4 REFLEKSI

Satu rubrik pemarkahan telah disediakan untuk menilaian hasil kerja

responden-responden. Melalui rubrik pemarkahan, saya mendapati bahawa

kebanyakkan responden telah mendapat markah yang cermelang dan baik, iaitu

gred A dan gred B. Kali ini, hasil kerja tangan responden-responden sangat

kemas dan dapat menganyam dengan baik, sungguh berbeza dengan hasil

karya yang lalu. Kualiti hasil kerja responden telah ditingkatkan dan

ditambahbaik. Setelah menggunakan kaedah tayangan video visualizer,

responden-responden dapat menumpulkan perhatian untuk belajar menganyam.

Selain itu, ini juga telah menarikkan minat mereka terhadap kraf tradisional.

Dengan adanya tayangan yang menarik, kawalan kelas juga dapat dikawal

dengan baik dan tidak berasa bosan lagi.

5.3 PERANCANGAN CARA MENGALISIS DATA

16

Page 17: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

Kaedah atau cara pengumpulan data dalam sesuatu kajian tindakan

adalah sebagai satu bukti untuk melihat kesahan sesuatu penyelidikan yang

dijalankan.

5.3.1 PEMERHATIAN

Aspek yang diberi perhatian adalah melibatkan kefahaman responden-

responden terhadap konsep anyaman, motif dan juga reaksi responden-

responden sepanjang aktiviti menganyam anyaman kelarai siku keluang

berlangsung.

5.3.2 ANALISIS DOKUMEN

Setiap hasil karya responden-responden yang telah diberikan gred dan

markah telah membantu saya mengumpulkan bahan bukti dan dapat mengesan

masalah yang dihadapi semasa menganyam anyaman kelarai siku keluang.

Rubrik pemarkahan yang telah disediakan lebih awal bagi memerhati empat

aspek yang mempengaruhi kemahiran responden-responden dalam menganyam

corak dan motif anyaman kelarai siku keluang. Aspek dinilai adalah melibatkan

ketepatan motif anyaman kelarai, susun atur motif anyaman dan kekemasan.

5.3.3 SOAL SELIDIK

Dapatan yang diperolehi adalah berdasarkan 6 penyataan soalan yang

telah dikaji. Responden-responden menanda aras respon mengenai penggunaan

kaedah tayangan video visualizer terhadap tajuk menganyam anyaman kelarai

siku keluang.

6.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

17

Page 18: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

6.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

6.1.1 CARTA GANTT PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BAGI MATA

PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2014

Aktiviti Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt

Mengenal PastimasalahCadangan

Merancang

Melaksanakan

Mengumpul Data

Refleksi

Tulis laporan

Mulai bulan Januari, saya telah mengajar murid-murid menghasilkan

pelbagai jenis hasil karya seni. Dalam tempoh tiga bulan ini, saya telah

mendapati murid-murid tahun tiga ini mengalami masalah tidak boleh

mengayam kelarai siku keluang. Kebanyakkan murid tidak megenali motif siku

keluang. Hal ini menyebabkan mereka berkurang berminat untuk menghasilkan

anyaman tersebut. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid,

saya tertarik untuk mengkaji masalah ini.

Pada bulan April, saya telah mencari pelbagai jenis cadangan untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid tahun tiga. Perbincangan

18

Page 19: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

dengan panitia dan guru-guru di sekolah juga telah dijalankan bagi memilih

sebuah cadangan yang sesuai dengan murid tahun tiga.

Setelah cadangan ditentukan, saya menggunakan tiga bulan untuk

merancangkan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang dapat menarik minat

murid tahun tiga. Kaedah dan teknik pengajaran juga perlu diambil kira agar

sesuatu pengajaran dapat dijalankan dengan lancar.

Pada bulan Jun, saya akan mulai melaksanakan segala perancangan

yang telah dibuat dan mengenal pasti peringkat-peringkat penting bagi mencapai

matlamat aktiviti dengan menentukan tarikh aktiviti.

Data-data yang dikumpul merupakan bukti yang terbaik. Perbandingan

gred sebelum dan selepas boleh dibuat bagi mencatatkan pencapaian murid

tahun tiga. Data-data tersebut hendaklah disimpam di dalam fail.

Refleksi ditulis bagi membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak

langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai

semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan

pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-

alternatif dalam membuat keputusan.

Akhir sekali, sebuah laporan ditulis bermula dengan cadangan yang

diambil, aktiviti-aktiviti yang dirancang serta masalah yang dihadapi memasa

melaksanakan aktiviti tersebut.

6.2 KOS KAJIAN

19

Page 20: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

Bil Bahan Kuantiti Harga

1 Video visualizer 1 RM 720.00

2 Gambar 1 RM 1.00

3 Contoh hasil karya 3 RM 10.00

4 Kertas lukisan 12 RM 2.40

5 Kertas warna 12 RM 1.20

Jumlah kos RM745.40

7.0 SENARAI RUJUKAN

20

Page 21: 2 Kaedah Penggunaan Video Visualizer Menghasil Anyaman Kelarai Siku Keluang

Annuar Ayub (2010).Belajar Secara Berkesan Di Sekolah.Kuala Lumpur: Institut Terjemah Negara Malaysia Berhad.

Atan Long (1981). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publising Sdn.Bhd.

Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahmad (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Cikgu Fazil (2013). Tokoh-tokoh anyaman . dimuat turun pada 1 Ogos 2014 daripada http://secretofart.blogspot.com/2011/01/tokoh-anyaman.html

Ee Ah Meng (1993). Pedagogi II Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.

e-man (2008). Anyaman. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.

Kathleen Chee (2010). Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.,

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Perincian Sukatan Pelajaran: Mata Pelajaran Pendidikan Seni Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mat Nor Hussin & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1987). Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Petaling Jaya, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Rousliluddin et al.(2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Modul Open University Malaysia

21