rph 1.2.2 penjagaan tanaman

5
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup ( Penjagaan Tanaman ) Kelas : 6 Arif Masa : 60 minit Bilangan murid : 5 orang Tajuk : 5. Penjagaan Tanaman Standard Kandungan : 5.2 Mengamalkan penjagaan sayuran berdaun Standard Pembelajaran : 5.2.1 Menyatakan cara-cara penjagaan tanaman sayuran berdaun iaitu: i) Menyiram ii) Merumput iii) Penjarangan iv) Penyulaman v) Membaja Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat menamakan sekurang-kurangnya 3 cara penjagaan tanaman sayuran berdaun daripada 5 komponen cara-cara penjagaan tanaman sayuran berdaun dengan betul.

Upload: as-suhairi

Post on 04-Sep-2015

270 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

jom kongsi

TRANSCRIPT

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup ( Penjagaan Tanaman )

Kelas: 6 Arif

Masa: 60 minit

Bilangan murid: 5 orang

Tajuk: 5. Penjagaan Tanaman

Standard Kandungan: 5.2 Mengamalkan penjagaan sayuran berdaun

Standard Pembelajaran : 5.2.1 Menyatakan cara-cara penjagaan tanaman sayuran

berdaun iaitu:

i) Menyiram

ii) Merumput

iii) Penjarangan

iv) Penyulaman

v) Membaja

Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid

dapat menamakan sekurang-kurangnya 3 cara penjagaan tanaman sayuran berdaun daripada 5 komponen cara-cara penjagaan tanaman sayuran berdaun dengan betul.

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN

Set Induksi

(5 minit)

1. Murid melihat kad bergambar penjagaan perkebunan daripada guru.

2. Guru bersoaljawab dengan murid

Cadangan soalan:

a. Sebutkan 2 keping kad bergambar yang ditunjukkan oleh guru sebentar tadi?

b. Siapa yang melakukan aktiviti di dalam gambar?

Kad bergambar

EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Berfikir

Langkah 1

(15 minit)

1. Murid ditunjukkan alatan untuk penjagaan tanaman sayuran berdaun

2. Murid diberi peluang untuk memegang alatan penjagaan tanaman tersebut

3. Bersoal jawab dengan murid

Soalan cadangan:

i. Adakah alatan penjagaan tanaman ini berbahaya?

ii. Dimanakah alatan penjagaan tanaman ini boleh dijumpai .

iii. Selain daripada alat ini, apakah yang boleh digunakan bagi ke lima-lima cara penjagaan tanaman tersebut ?

4. Murid di terangkan komponen alatan penjagaan tanaman sayuran berdaun:

i. Penyiram

ii. Sudip tangan

iii. Serampang tangan

iv. Sarung tangan

v. Sudu

5. Murid menyebut komponen alatan penjagaan tanaman sayuran berdaun dengan bimbingan guru.

Alatan penjagaan tanaman

EMK :

Kemahiran berfikir, Nilai Murni

Langkah 2

(10 minit)

1. Murid diberikan kad perkataan berkaitan alatan penjagaan tanaman.

2. Murid memadankan nama peralatan penjagaan tanaman dengan gambar yang betul di papan putih.

3. Guru memberi pujian dan murid yang berjaya menjawab dengan betul akan diberi peluang untuk membuat tunjuk cara kepada rakan-rakan yang lain. .

EMK :

Kemahiran berfikir, Nilai Murni

Langkah 3

(15 minit )

1. Murid mendengar penerangan guru tentang cara-cara penjagaan tanaman sayuran berdaun.

Langkah 4

( 10 minit)

1. Murid mendengar penerangan guru tentang lembaran kerja yang diberi.

2. Murid memotong gambar dam menyusun mengikut urutan.

3. Murid menyusun puzzle (cantum gambar ) cara penjagaan tanaman sayuran.

.

Lembaran kerja

EMK : Nilai murni

Penutup

(5 minit)

1. Soal jawab cara-cara penjagaan tanaman sayuran berdaun.

2. Guru merumuskan pembelajaran pada hari ini.

EMK:

Nilai Murni

Penilaian P&P:

Refleksi: ..