rph 1 sim - latest - eksperimen

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH Mata Pelajaran dan Kelas Sejarah Tahun 4 Adil Tema/Tajuk Zaman Air Batu Masa 12.10 – 13.10 tengah hari Standard Kandungan: 3.1 Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu Standard Pembelajaran: 2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu. K2.1.5 Menyatakan sikap yang perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitar. Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat; i. Mengenal pasti perubahan pada Zaman Air Batu dengan sebab dan akibatnya berdasarkan penerangan guru. ii. Menyenaraikan sekurang- kurangnya lima amalan menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian berdasarkan hasil perbincangan kumpulan. Aktiviti 1. Memerhatikan eksperimen pencairan kiub air batu. 2. Mendengar penerangan berkaitan dengan perubahan pada Zaman Air Batu. 3. Menghasilkan peta minda berkonsepkan I-Think berdasarkan pembacaan artikel yang bertajuk

Upload: huitene-sim

Post on 13-Sep-2015

252 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH

Mata Pelajaran dan KelasSejarah Tahun 4 Adil

Tema/TajukZaman Air Batu

Masa12.10 13.10 tengah hari

Standard Kandungan:3.1 Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu

Standard Pembelajaran:

2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu.K2.1.5 Menyatakan sikap yang perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitar.

Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat;0. Mengenal pasti perubahan pada Zaman Air Batu dengan sebab dan akibatnya berdasarkan penerangan guru.0. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima amalan menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian berdasarkan hasil perbincangan kumpulan.

Aktiviti1. Memerhatikan eksperimen pencairan kiub air batu.2. Mendengar penerangan berkaitan dengan perubahan pada Zaman Air Batu.3. Menghasilkan peta minda berkonsepkan I-Think berdasarkan pembacaan artikel yang bertajuk Amalan dalam menjaga alam sekitar.

Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)Nilai Murni : Bersyukur, kasih sayang Kemahiran Pemikiran Sejarah: Elemen asas sejarah Elemen Kewarganegaraan: Berbangga dengan sejarah asal usul negara KBAT : :mencipta peta minda dalam bentuk I-Think

Bahan Bantu BelajarKiub air batu, buku teks, gambar-gambar, lembaran artikel, latihan, marker pen, alat tulis, buku latihan, kertas mahjong

Penilaian PdPArtikel Amalan menjaga kebersihan alam sekitar sesuai untuk tajuk ini. ___orang murid daripada ___ orang menguasai maklumat Zaman Air Batu.Murid boleh mencari maklumat tambahan tentang Zaman Air Batu.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITIEMKCATATAN

Permulaan (5 minit)1. Murid-murid memerhatikan eksperiman kiub air batu yang terdedah. 2. Murid-murid diminta menjelaskan apa yang mereka lihat.3. Murid-murid mendengar guru merumuskan jawapan.4. Sesi soal jawab berkaitan dengan eksperimen kiub air batu dituju kepada beberapa orang murid secara individu:a) Apakah sebab-sebab air batu mencair.b) Jelaskan sebab-sebab air batu mencair.c) Mengapakan cuaca menjadi panas?

Murid-murid memberi beberapa jawapan .

7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan menerangkan tentang keadaan dan pencairan zaman air batu dan mengaitkan dengan perubahan zaman air batu.TMKNM- bersyukur KPS-membuat interpretasiTKP Visual RuangKB -Menjana Idea -menghubungkaitBBM- Kiub Air Batu

Aktiviti 1 (25 minit)1. Kaedah penerangan telah digunakan oleh guru dalam menerangkan isi pelajaran bagi standard pembelajaran 2.1.2 dengan bantuan gambar-gambar. Pada Zaman Air Batu, permukaan bumi telah ditutupi oleh air batu. Suhu bumi pada masa itu sangat sejuk. Apabila suhu meningkat, air batu mula mencair. Pencairan air batu menyebabkan berlakunya pergerakan glasier yang pertama. Kesannya wujud daratan dan lautan yang dapat kita lihat hari ini. Glasier merupakan timbunan besar ais yang bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan laut. Apabila suhu semakin meningkat, berlaku pergerakan glasier kali kedua. Pergerakan glasier kali kedua telah mengakibatkan terbentuknya tujuh benua dan tujuh lautan.2. Murid-murid mendengar penerangan guru sambil mencatat isi-isi penting dalam buku catatan/ kertas kosong.3. Murid-murid mendengar isu dan masalah masa lalu iaitu sebab dan akibat dalam perubahan pada Zaman Air Batu daripada cikgu.4.Murid-murid telah dinilai tahap penguasaan mereka terhadap standard pembelajaran 2.1.2 melalui soalan-soalan kuiz yang telah dipaparkan melalui kertas Mahjong. Antara soalan kuiz ialah:a) Nyatakan 3 ciri cuaca sejuk.b) Apakah akan berlaku jika suhu meningkat?c) Apakah yang berlaku jika ais mencair?d) Apakah kesan jika berlakunya glasier?e) Apakah maksud glasier?f) Apakah kesan jika glasier berlaku pada kali kedua?5. Guru membuat rumusan dan seterusnya menerapkan nilai tanggungjawab.TMK

NM- Bertanggungjawab

TKP Visual RuangKPS- Isu dan Masalah Masa Lalu (Sebab dan Akibat)BBM-Gambar-gambar- Kertas Mahjong

Aktiviti 2 (25 minit)1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan memilih seorang ketua, pelapor, material monitor dan pencatat.2. Ketua kumpulan mengambil artikel Amalan Dalam Menjaga Alam Sekitar, kertas A4 dan marker pen dari meja guru.3. Setiap kumpulan membaca artikel Amalan Dalam Menjaga Alam Sekitar, berbincang dan seterusnya menyenaraikan sekurang-kurangnya amalan yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian dalam bentuk peta minda pada lembaran aktiviti yang disediakan dalam tempoh 10 minit. 4. Beberapa orang pelapor diminta menyatakan amalan yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian berdasarkan perbincangan kumpulan.5. Murid-murid diminta menerangkan sebab-sebab mereka perlu menjaga alam sekitar.6. Rumusan dan penerapan nilai kerjasama diterapkan oleh guru kepada murid-murid.TMK

NM- bekerjasama

TKP-Kecerdasan Interpersonal

KB-menjana ideakreatif

Menghasilkan peta minda berkonsepkan I-Think mengenai amalan dalam menjaga alam sekitar.

BBMArtikel Amalan Dalam Menjaga Alam Sekitar Lembaran Artikel, Marker pen, Kertas A4

Penutup (5 minit)1. Isi Kandungan Pelajaran- Guru merumuskan keseluruhan isi kandungan pelajaran pelajaran dirumuskan dengan bantuan slaid pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan melalui Projektor LCD .2. Penutup Sosial-Guru menimbulkan perasaan pencapaian murid dan memberikan peneguhan positif.-Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan pelajaran yang akan datang.3. Aktiviti Susulan-Material monitor mengambil Latihan dari meja guru dan mengedarkannya kepada ahli-ahli kumpulan masing-masing.-Latihan perlu disiapkan dan dihantar kepada guru pada keesokan harinya.

TMKNM-Tanggungjawab

BBMKomuter riba,Projektor LCD, Pakej Slaid PdP,Latihan

Refleksi

Disemak oleh Guru Pembimbing/Pensyarah Penyelia

Tandatangan:Nama:Tarikh:

Disahkan oleh Guru Besar:

Tandatangan:Nama:Tarikh: