rokok dan faedahnya

5

Click here to load reader

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rokok Dan Faedahnya

8/9/2019 Rokok Dan Faedahnya

http://slidepdf.com/reader/full/rokok-dan-faedahnya 1/5

Rokok dan 'Faedahnya' 

Pendahuluan 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah

swt. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw, para sahabatnya, parakeluarganya, para tabi', tabi' tabiin serta sekalian pewaris Nabi. Al-Fatihah...

Semoga artikel ini dapat menambah ilmu dan mengubah minda para perokok tegar untuk 

 berubah. *Artikel ini adalah seperti yang saya janjikan dahulu...

Rokok 

Beracakap mengenai rokok, saya kira ia sudah menjadi satu perkara yg tidak asing lagi

dikalangan masyarakat kita hari ini. Di mana-mana pasti ada sahaja orang yang merokok, tak 

kira di kedai kopi, di tepi-tepi jalan, di perhentian bas, di tandas awam, di beranda rumah, malahdi perkarangan masjid sekali pun ada yang merokok terutamanya selepas selesai majlis Tahlil

arwah atau majlis Kenduri kendara.

Sudah banyak usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak bertanggungjawab, pihak kerajaan

mahupun swasta bagi menangani ketagihan merokok dikalangan penduduk negara kita ini,namun ianya dilihat sebagai hanya mencurah air ke daun keladi. Di kaca televisyen ada iklan

mengenai bahaya rokok, di tepi-tepi jalan ada iklan mengenai bahaya rokok, di surat khabar pun

Page 2: Rokok Dan Faedahnya

8/9/2019 Rokok Dan Faedahnya

http://slidepdf.com/reader/full/rokok-dan-faedahnya 2/5

ada, pada kotak rokok tersebut pun ada, tapi para perokok tegar ini masih juga tidak mahu berhenti dari tabiat buruk mereka tersebut.

Bila kita tanya pada perokok tegar ni, mereka akan kata, "alah... aku hari-hari merokok, tak mati-

mati lagi pun... iklan tu tipu je tu...", "aku tau la keburukan merokok, aku isap ni pun saja-saja

 je...", "ala, merokok ni bukan haram pun, makruh je bukan haram pun..." (siapa cakap makruh?merokok tu membazir, dah nama membazir tu haram lah...) jawapan yang biasa kita dengar keluar daripada mulut para perokok tegar. Lain halnya jika kita tanyakan pada anak-anak muda,

remaja sekolah, mereka akan katakan seperti ini, "kau sebok apa, aku yang isap, aku punya pasallah..." atau "ala... aku isap suka suka je ni."

Kebanyakan perokok ni dah tahu pun akan keburukan merokok ni, tapi yang peliknya mereka

masih juga tetap dengan pendirian ingin merokok tersebut. Sungguh sukar hendak berhenti darimerokok ni. Tak percaya tanyakan pada perokok-perokok tegar yang ada diluar sana.

Tetapi, tidak mustahil jika para perokok tegar ini menanam azam dan tekad yang teguh untuk 

 berhenti merokok, diikuti dengan meninggalkan merokok secara perlahan-lahan dan doa yang berterusan serta keinsafan yang timbul dalam diri sendiri, sudah pasti mereka akan berjaya

meninggalkan tabiat buruk tersebut.

Masalah rokok dan penyelesaiannya pula adalah kompleks. Antara lain ia melibatkan tiga faktor  berikut:

1. Penggunaan dan permintaan rokok di kalangan orang ramai. Masalah rokok tidak wujud kalau

tidak ada orang menggunakan tembakau.

2. Strategi persatuan-persatuan kebajikan dan kesihatan, sikap pihak kerajaan dan pegawai badankesihatan dan peranan Syarikat Tembakau dalam mempengaruhi kerajaan untuk membentuk 

 polisi-polisi tertentu berkaitan rokok.

3. Polisi kerajaan terhadap penanaman tembakau, jualan tembakau dan jualan rokok, iklan rokok dan penggunaan rokok di kalangan masyarakat.

Sebelum dikupas dengan lebih lanjut, marilah kita ketahui dahulu asal usul sejarah rokok ini.

Dari mana asal-usul tanaman tembakau? Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkantembakau kepada dunia? Apakah tujuan utama tembakau diperkenalkan kepada dunia? Ikuti

 perbincangan ini sampai habis...

Page 3: Rokok Dan Faedahnya

8/9/2019 Rokok Dan Faedahnya

http://slidepdf.com/reader/full/rokok-dan-faedahnya 3/5

 

Sejarah Rokok  

Menurut Alfred Dunhill (Pengasas Rokok Jenama Dunhill, 1954), pendeta-pendeta kaum Maya

di Mexico sudah pun menggunakan tembakau dalam upacara keagamaan mereka sebelumkelahiran Nabi Isa a.s lagi. Dalam upacara tersebut, mereka menggunakan satu jenis paip untuk 

meniup asap rokok ke arah matahari dan ke arah empat penjuru bumi. Mengikut anggapanmereka, asap rokok mempunyai sejenis kuasa yang boleh membantu mereka untuk berhubungdengan 'tuhan-tuhan' mereka. Amalan merokok itu kemudiannya tersebar pula kepada kaum-

kaum lain di Mexico, terutama sekali kaum Aztecs, yang menggunakan satu jenis batang buluhkecil sebagai paip rokok.

(Jenama Dunhill) 

Orang-orang Indian Merah (Red Indian) di benua Amerika itu juga mempercayai bahawatembakau mempunyai nilai-nilai perubatan. Kira-kira pada tahun 1492, penjajah Kristian

 berbangsa Sepanyol yang diketuai oleh Christopher Columbus telah menemui kaum Red Indianini di benua Amerika. Sebagai tanda persahabatan, mereka telah dihadiahkan dengan daun-daun

tembakau kering oleh kaum Red Indian. Kemudian Columbus dan rakan-rakannya telahmembawa balik benih-benih tembakau tersebut pulang ke Eropah dan dengan itu bermulalah

sejarah rokok di dunia.

Orang-orang Kristian dari Eropah itu pula memperkenalkan rokok kepada negara-negara lainyang dijajah oleh mereka. Perniagaan rokok itu mendatangkan keuntungan yang besar bagi

Page 4: Rokok Dan Faedahnya

8/9/2019 Rokok Dan Faedahnya

http://slidepdf.com/reader/full/rokok-dan-faedahnya 4/5

mereka. Wang-wang mereka digunakan dalam peperangan mereka untuk menjajah negara-negara lain.

Tumbuhan tembakau moden pula adalah berasal dari turunan dua jenis spesies tembakau iaitu

dari jenis Nicotiana Tabacum yang berasal dari Brazil dan jenis Nicotiana Rustica yang berasal

dari Mexico. Nama tembakau adalah berasal daripada perkataan 'tabaco' iaitu nama pagi paiprokok yang berbentuk 'Y' yang diperbuat daripada sejenis buluh yang digunakan oleh kaum RedIndian untuk menghisap tembakau.

Amalan menghisap tembakau yang berbalut dengan kertas dan dipanggil dengan nama-nama

yang berbeza seperti cerutu dan cigarrete (sigaret) pula adalah berasal daripada Sepanyol kira-kira dalam abad ke-16. Daripada Sepanyol, cerutu dan cigarrete itu tersebar pula ke negara Turki

dan Rusia, dan kemudiannya ke Perancis dan England. Pedagang-pedagang bangsa Portugis,Inggeris dan Belanda yang kebanyakannya terdiri daripada pengembang-pengembang agama

Kristian memperkenalkan pula amalan merokok kepada tiap-tiap benua di dunia kecualiAustralia. Perniagaan rokok adalah sangat maju dan membawa kepada keuntungan yang besar.

Pada peringkat awal, amalan merokok mendapat tentangan yang hebat daripada banya negara di

dunia, dari Denmark hingga ke Jepun. Sebagai contoh, Shah Abbas iaitu pemerintah Iranmengharamkan terus amalan merokok kerana beliau menganggap amalan itu sebagai amalan

syaitan. Raja Jahangir di India pula mengenakan hukuman potong bibir kepada sesiapa yangdidapati bersalah merokok.

Di Turki pula, rokok dianggap sebagai satu amalan yang hanya sesuai bagi 'anjing-anjing

Kristian' sahaja. Sesiapa yang didapati merokok akan dikenakan hukuman 'tebuk satu lubang dihidung.' Kemudian lubang tersebut dimasukkan sebatang paip rokok kedalamnya. Seterusnya

orang itu akan ditarik dengan keldai ke merata jalan.

Pada tahun 1938, Tanah Besar (China) menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yangdidapati merokok. Russia pula mengenakan hukuman buang negeri ke Siberia kepada sesiapa

yang didapati merokok.

Tetapi, semua hukuman berat ke atas penghisap rokok itu mula dihapuskan sedikit demi sedikitapabila para pemerintah di negara-negara tersebut terpedaya dengan tarikan nilai ekonomi dari

tanaman dan perniagaan tembakau. Ada juga pemerintah dunia yang cuba memerangi pengaruhrokok, tapi kebanyakannya daripada mereka menggadaikan kesihatan rakyat demi untuk 

kemewahan dan kepentingan diri mereka sendiri.

Satu fakta penting yang dapat dipelajari daripada sejarah rokok ialah, ianya mula tersebar didunia kira-kira 860 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw. Sejarah rokok adalah berbeza

daripada sejarah arak, kerana arak sudah pun wujud di tanah Arab lama dahulu sebelumkedatangan Rasulullah saw.

Begitulah serba sedikit sejarah rokok secara ringkas. Sampai disini dahulu, InsyaAllah akan sayasambung lagi. Nantikan sambungan seterusnya.

Page 5: Rokok Dan Faedahnya

8/9/2019 Rokok Dan Faedahnya

http://slidepdf.com/reader/full/rokok-dan-faedahnya 5/5

 

Wallahua'lam,

Wassalam.'bradokapak'

7.03 malam, 25 Mei 2010