kempen nafas segar dan program anti rokok

22
KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN 3 1.1 Pengenalan 3 1.2 Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah: Realiti Depan Mata 4 1.3 Bahaya merokok 6 1.3.1 Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak 6 1.3.2 Merokok Mengakibatkan Strok 6 2.0 KEMPEN NAFAS SEGAR DAN PROGRAM ANTI ROKOK 7 2.1 Pengenalan 7 2.2 Kempen nafas segar dan program anti merokok. 7 2.3 Tujuan kempen 7 2.4 Rasional kempen 8 2.5 Matlamat kempen 8 2.6 Objektif program 8 3.0 CADANGAN CARTA ORGANISASI 9 3.1 Ajk induk kempen nafas segar & anti merokok 9 3.2 Ajk pelaksana kempen nafas segar & anti merokok 10

Upload: ahmad-nazri

Post on 16-Aug-2015

99 views

Category:

Investor Relations


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kempen nafas segar dan program anti rokok

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 3

1.1 Pengenalan 3

1.2 Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah: Realiti Depan Mata 4

1.3 Bahaya merokok 6

1.3.1 Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak 6

1.3.2 Merokok Mengakibatkan Strok 6

2.0 KEMPEN NAFAS SEGAR DAN PROGRAM ANTI ROKOK 7

2.1 Pengenalan 7

2.2 Kempen nafas segar dan program anti merokok. 7

2.3 Tujuan kempen 7

2.4 Rasional kempen 8

2.5 Matlamat kempen 8

2.6 Objektif program 8

3.0 CADANGAN CARTA ORGANISASI 9

3.1 Ajk induk kempen nafas segar & anti merokok 9

3.2 Ajk pelaksana kempen nafas segar & anti merokok 10

4.0 CADANGAN PROGRAM 11

4.1 Tentatif Program 11

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN 12

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 13

6.1 Percetakan 13

6.2 Hadiah 14

6.3 Jumlah Perbelanjaan 14

7.0 SUMBER KEWANGAN 14

8.0 PENUTUP 14

Rujukan 15

Page 2: Kempen nafas segar dan program anti rokok

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bila bercerita tentang rokok, ramai orang yang tidak mahu

berbicara tentang bahayanya. Ramai yang tidak suka ditegur atau

dinasihat supaya berhenti merokok. Tidak dapat dinafikan,

sebilangan rakan guru juga adalah perokok sama ada perokok

tegar atau tidak. Pekeliling Iktisas Bil 5/1997, jelas menyatakan

Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok. Larangan ini

meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka

mahupun di dalam bilik ataupun di tempat-tempat terselindung daripada pandangan murid.

Amat memalukan jika para guru tidak mengambil

endah akan larangan ini. Bukan kita menghalang kebebasan

guru, tetapi lebih baik mencegah daripada mengubati. Jika

kita selama ini melaungkan sikap disiplin yang tinggi di

kalangan murid, mengapa tidak guru juga mendisiplinkan

diri daripada merokok di sekolah. Jangan pula nanti, orang

kata "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari". Guru

sepetutnya menjadi teladan kepada para pelajar. Alangkah

kecewanya kita melihat ramai para pelajar hari ini, begitu mudah merokok. Bilangan perokok

di kalangan pelajar semakin meningkat, malah kajian juga menunjukkan semakin ramai remaja

wanita mula merokok. Mereka ini sudah tidak kisah dengan tindakan disiplin dan ada kalangan

mereka sanggup dikenakan tindakan buang sekolah, asalkan tabiat rokok dapat diteruskan.

Ramai yang menghisap rokok diluar pintu pagar sekolah, membeli rokok di kedai sudah

menjadi perkara biasa malah tiada siapa yang merasa bersalah sama ada pelajar atau peniaga.

Di rumah pula, rokok sudah menjadi amalan biasa, malah ada kalangan bapa boleh berkongsi

rokok bersama anak-anaknya. Inilah antara fenomena yang kita dapat lihat dewasa ini.Semakin

ramai pula mereka yang merokok sejak dari sekolah rendah lagi. Rokok terlalu mudah didapati.

Jika kita renungkan, berhenti menghisap dadah lebih mudah daripada berhenti merokok.

2

Page 3: Kempen nafas segar dan program anti rokok

Antara penyebabnya ialah bahan nikotin

mempunyai ransangan yang lebih lama (ketagihan)

kepada perokok berbanding dadah yang lain. Nyatalah,

rokok adalah 'api dalam sekam' dan ia sebenarnya

MERBAHAYA.Kajian yang dijalankan ke atas pelajar di

daerah ini (384 orang) menunjukkan 86% adalah

perokok. Daripada jumlah itu, seramai 141 orang (37%)

mengaku telah merokok sejak di sekolah rendah. 69.3%

daripada mereka adalah perokok tegar iaitu lebih 3 batang

sehari.

1.2 Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah: Realiti Depan Mata

Merokok di kalangan pelajar sekolah bukanlah satu gejala yang baru. Terdapat banyak

kajian yang terperinci yang mengulas sebab-sebab pelajar sekolah, khususnya, di sekolah

menengah terlibat dengan gejala merokok. Dalam beberapa kajian tersebut, faktor yang

mempengaruhi seseorang remaja untuk merokok adalah pengaruh rakan sekolah, ahli keluarga

di rumah yang merokok dan perasaan ingin tahu. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa

hampir 50% remaja tingkatan 5 adalah perokok dan hampir 40% pelajar tingkatan 4 terlibat

dalam merokok. Ini adalah satu fenomena yang membimbangkan. Merokok pada usia muda

boleh mendatangkan pelbagai masalah teurtamanya apabila rokok dijadikan sebagai ‘gateway’

kepada dadah yang lebih merbahaya seperti Ganja, Amphetamine dan Heroin. Kempen Tak

Nak Merokok di Malaysia member fokus kepada golongan dewasa sahaja yang merokok dan

tidak kepada remaja yang ingin berhenti merokok.

Di kalangan golongan pelajar sekolah rendah pula, masalah utama yang dialami oleh

pelajar pelajar tersebut adalah perokok pasif dengan kanak-kanak ini terdedah kepada asap

rokok yang dihisap oleh ahli keluarga mereka atau orang dewasa di sekeliling mereka. Dalam

satu kajian rentas sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur, hampir 90% dari pelajar tahun 3

hingga tahun 6 mempunyai ahli keluarga yang merokok. Di antara mereka, ada yang

mempunyai lebih dari seorang ahli keluarga yang merokok. Ini menyebabkan kanak kanak tadi

3

Page 4: Kempen nafas segar dan program anti rokok

mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitkan dengan rokok

terutamanya masalah paru-paru.

Golongan pelajar sekolah rendah ini juga didapati mempunyai kecenderungan untuk

merokok kerana perasaan ingin tahu dengan rokok lebih mudah diperoleh disebabkan adanya

ahli keluarga di rumah yang merokok. Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah rendah

mendapati bahawa hampir 20% daripada kanak kanak sekolah tersebut pernah merokok atau

adalah perokok aktif pada umur 11 tahun. Majoriti pelajar tersebut tidak mempunyai masalah

untuk mendapatkan rokok walaupun rokok tidak dibenarkan di jual kepada kanak-kanak

berumur 18 tahun kebawah. Justeru itu, penguatkuasaan penjualan rokok kepada golongan

kanak-kanak dan remaja sekolah perlulah diperketatkan lagi.

Kanak-kanak sekolah juga kurang diberikan pendedahan tentang bahaya merokok dan

akibatnya. Dalam satu kajian rentas yang dijalankan ke atas 850 orang pelajar sekolah rendah

yang berumur 8 tahun di Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan dan Selangor, hanya 50% daripada

kanak-kanak tersebut tahu bahawa merokok adalah tidak sihat, 25% tidak tahu tentang masalah

yang dialami oleh perokok kronik dan hampir 50% tidak tahu tentang apa yang terkandung di

dalam rokok. Lebih membimbangkan ialah hampir 70% daripada kanak-kanak tersebut tidak

tahu tentang ketagihan merokok.

Kita boleh membenteras gejala rokok di kalangan remaja dan kanak-kanak ini dengan

adanya kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan, penguatkuasa dengan

‘policy makers’ dalam kerajaan kita. Ibu bapa harus sedar bahawa mereka bukan sahaja

merosakkan diri dengan merokok, malah, mereka juga membahayakan anak-anak yang

bergantung dengan mereka. Ibu bapa adalah ‘role model’ yang baik untuk anak-anak. Mereka

seharusnya mencerapkan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni yang membentuk susila

anak-anak mereka dan bukan sebaliknya.

Guru sekolah harus peka dengan pelajar-pelajar di sekolah dan mengenalpasti remaja

atau kanak-kanak yang bermasaalah dan segera mendapatkan bantuan dari pihak yang

berkenaan terutamanya kakitangan kesihatan sebelum terlambat. Penguatkuasaan harus

dipertingkatkan lagi supaya remaja dan kanak kanak tidak memperoleh rokok dengan mudah

dan pihak kerajaan boleh memainkan peranan dengan meningkatkan lagi cukai ke atas

tembakau supaya dapat mengawal gejala rokok ini. Kempen-kempen tentang bahaya rokok

4

Page 5: Kempen nafas segar dan program anti rokok

juga harus diperkenalkan di peringkat sekolah dan dengan pengetahuan yang mencukupi,

kanak-kanak juga boleh membantu untuk menasihati ibu bapa mereka supaya berhenti

merokok.

Kita boleh membenteras gejala rokok di kalngan pelajar sekolah rendah sekiranya

semua pihak memainkan peranan mereka masing masing demi masa depan anak-anak kita.

Jelasnya di sini, usaha yang giat perlu dilakukan oleh semua pihak sama ada sekolah, ibu bapa

penjaga dan PIBG, dalam menengani masalah pelajar merokok. Kempen Nafas Segar dan

Program Anti Rokok hendaklah dijalankan bagi menyedarkan mereka. Sekolah-sekolah juga

disarankan mewujudkan KLINIK BERHENTI MEROKOK kepada semua komuniti sekolah,

sama ada pelajar, guru atau pun kakitangan dan ibu bapa. SK Desa Amanpuri,boleh dijadikan

contoh model Anti rokok. Mencegah lebih baik daripada merawat. Elakkan rokok menjadi

teman hidup kita. Apa yang paling membimbangkan, rokok membawa kita atau anak-anak kita

ke lembah dadah dan menguasai hidup kita tanpa boleh kita jauhinya lagi. Alangkah malangnya

kita diketika itu.

1.3 Bahaya merokok

1.3.1 Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari

perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih

jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang

didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai

masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta

jangkitan paru-paru dan telinga. Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang

berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan

mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi

lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

1.3.2 Merokok Mengakibatkan Strok

Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam

badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari

kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok Kesan

nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah akan

5

Page 6: Kempen nafas segar dan program anti rokok

menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.Strok disebabkan

oleh salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan

anda mungkin maut. Selain itu rokok juga boleh mengakibatkan serangan sakit jantung dan

kanser.

2.0 KEMPEN NAFAS SEGAR DAN PROGRAM ANTI ROKOK

2.1 Pengenalan

Kempen ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesan

negatif daripada merokok yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit

kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai

pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang

sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan

dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat

mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di

bangku sekolah lagi.

2.2 Kempen nafas segar dan program anti merokok.

Kempen nafas segar dan program anti merokok ini boleh menjamin insan dan

masyarakat hidup lebih sejahtera. Di samping itu memberi pengetahuan kepada pelajar tentang

bahayanya amalan merokok kepada perokok serta penghidunya.

2.3 Tujuan kempen

Kempen Anti Merokok diadakan bagi memenuhi sukatan pelajaran Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan bagi tahun 6. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan

pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar. Pengetahuan dan kemahiran

mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan

6

Page 7: Kempen nafas segar dan program anti rokok

generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari

seawal usia di bangku sekolah .

2.4 Rasional kempen

Kempen nafas segar dan Anti Merokok ini merupakan satu program kesihatan untuk

semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar dan

guru mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah persembahan dan

pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

2.5 Matlamat kempen

Memastikan pelajar sentiasa sihat dari budaya merokok dan berada pada tahap kesihatan yang

memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di

sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,

2.6 Objektif program

• Menggembeling usaha dan tenaga guru bagi membina ketahanan dan jati diri yang

tinggi

di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk

mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok dan

peyalahgunaan dadah.

• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai bahaya merokok kepada para

pelajar.

• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di

mana mereka berada.

• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah,

• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari tabiat merokok.

7

Page 8: Kempen nafas segar dan program anti rokok

3.0 Cadangan Carta Organisasi

3.1 AJK INDUK KEMPEN ANTI MEROKOK

PENASIHAT

PN LIM SIEW BIANGURU BESAR SK. DESA AMANPURI

PENGERUSI

PN HOO SIAW HUA

GURU PENOLONG KANAN HEM

NAIB PENGERUSI

PN ZAHARIAH BT ZAINUDIN

SETIAUSAHA

WAN NURUL AIMI WAN ALI

DAN

PN RUTH LEE EWE LING

BENDAHARI

PN NORLIA BTE ABU BAKAR

8

Page 9: Kempen nafas segar dan program anti rokok

CIK NURUL WAHIDA MUHAMMAD

EN.CHONG NYONG SOON

PN DUZAIMAH KAMARUDIN EN DZULKEFL BIN HASHIM

EN.LEE HOCK CHAN

EN SAIFUL FADZLI MUHAMMADEN EN HASHM BIN DOLLAH

9

Page 10: Kempen nafas segar dan program anti rokok

3.2 AJK PELAKSANA KEMPEN ANTI MEROKOK

PENASIHATPN LIM SIEW BIAN

GURU BESAR SK. DESA AMANPURI

PENGERUSIPN HOO SIAW HUA

GURU PENOLONG KANAN HEM

NAIB PENGERUSIPN ZAHARIAH BT ZAINUDIN

SETIAUSAHAWAN NURUL AIMI WAN ALI

BENDAHARIPN NORLIA BTE ABU BAKAR

AHLI JAWATANKUASA

HADIAHPn. Norhafizah Bt Mohd Yusof

Pn. Sharmeela Yanty Bt Abd Wahab

SIARAYAEn Lee Hock Chan

Pengawas PA Sistem

DOKUMENTASIPn Khatirina Mat Shah

Pn. Umadevi A/P Marappan

PELANCARANEn Nor Hisham bin Zainuddin

En. Abdullah Khairani Bin Utoh

KUIZ KESIHATANEn Chong Nyong Soon

Pn. Yong Yoke Mee

KAWALAN MURIDGuru Mata Pelajaran

PERSIAPAN TEMPAT SEBELUM DAN SELEPAS

En. Wan Mohd Nasir Bin Wan AnuarEn. Mohd Saifful Adzli B Md Zahari

Pn Nursyalsabilla bt JamaluddinPn. Siti Aisaah Bt Mohamad

10

Page 11: Kempen nafas segar dan program anti rokok

4.0 Cadangan Program

Kempen ini akan dijalankan selama 5 hari berturut-turut pada 11 hb Mei hingga 15 hb Mei

2015. Upacara perasmian akan dijalankan pada 11 hb Mei 2015 oleh Guru Besar Sk Desa

Amanpuri. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang Kempen Nafas

Segar dan Anti Merokok:

Bil Aktiviti yang Dirancang AJK Pelaksana

1 Pameran Anti Rokok

dan Sidang Video Anti Rokok

Panitia Pendidikan Sivik dan

Murid Tahun 6

2 Kuiz Anti Merokok Panitia Pendidikan Sivik

3 Pertandingan Melukis dan Mewarna Panitia Pendidikan Sivik

4 Persembahan “Saya Benci Rokok” Murid tahun 6

4.1 Tentatif Program

Hari Masa Acara Sasaran Lokasi

Isnin 11.5.2015

7.30-8.10 Pelancaran Kempen Anti Merokok

Semua Murid Tapak Perhimpunan

Selasa12.5.2015

8.00-12.00 Pameran Anti Rokok dan Sidang Video Anti Rokok

Semua Murid. Dewan Sekolah

Rabu13.5.2015

7.20-7.30 Kuiz Anti Rokok Semua murid.Guru-guru dan Staf

Tapak Perhimpunan

Khamis14.5.2015

7.20- 8.00 Persembahan “Saya Benci Rokok”

Guru-guru dan Stafserta murid-murid

Dewan Sekolah

Isnin – Jumaat

15.5.2015

Masa PSV Pertandingan Melukis dan Mewarna

Semua murid Kelas

Page 12: Kempen nafas segar dan program anti rokok

5.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang

Mesyuarat Jawatankuasa

Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti

Majlis pelancaran

Aktiviti Minggu

Bil Aktiviti Tarikh Guru Penyelaras Sasaran

1. Mesyuarat Jawatankuasa 18 April 2015 GPK HEM Semua AJK

2. - Penyediaan brosur /

pamplet / bahan

penerbitan

24 April 2015 Pn. Khatirina Mat

Shah

En. Nor Hisham

Zainuddin

3. Majlis Pelancaran 11 Mei 2015 En Nor Hisham

Zainuddin

Semua murid

semasa

perhimpunan

4. Aktiviti sepanjang

program:

i) Pameran Anti

Rokok.

ii) Ceramah dan

Sidang vedio Anti

Rokok

12.5.2015 Pn Jamaliah

Ab.Karim

Dan En. Zali Mat

Yassin

Semua murid

iii) Kuiz Kesihatan 13 .5.2015 En Chong Nyong

Soon

Pn. Yong Yoke Mee

Semua murid

4. Aktiviti sepanjang

12

Page 13: Kempen nafas segar dan program anti rokok

program:

iv) Persembahan

”Saya Benci

Rokok”

14 .5.2015 En. Zali Mat Yassin Murid Tahun 6

v) Pertandingan

Melukis dan

Mewarna

15 .5.2015 Pn. Jamaliah

Ab,Karim

Semua murid

5. Penyampaian Hadiah 15 .5.2015 Pn. Norhafizah Bt

Mohd Yusof

Pn. Sharmeela Yanty

Bt Abd Wahab

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Percetakan

- Kertas Lukisan RM 20.00

- Cetakan Bahan Pertandingan ( Lukisan ) RM 20.00

- Banner Minggu Jom Hidup Sihat RM 150.00

JUMLAH RM 190.00

6.2 Hadiah

13

Page 14: Kempen nafas segar dan program anti rokok

- Pertandingan Melukis dan Mewarna (RM 5.00 x 20) RM 100.00

- Pertandingan Kuiz Kesihatan Tahap 1 (RM 4.00 x 10) RM 40.00

- Pertandingan Kuiz kesihatan Tahap 2 (RM 4.00 x 10) RM 40.00

- Cenderahati (RM50.00 x 3) RM 150.00

JUMLAH RM 330.00

6.3 Jumlah Perbelanjaan

Bil PERBELANJAAN JUMLAH

1. Percetakan RM 190.00

2. Hadiah RM 300.00

JUMLAH BESAR RM 490.00

7.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. Panitia Pendidikan Sivik RM 490.00

JUMLAH RM 690.00

8.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Kempen Anti Merokok ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan

dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini

akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi

kesedaran untuk mencegah dan mengelakan penyakit. Semoga usaha murni ini mendapat

sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid

khususnya.

Rujukan

14

Page 15: Kempen nafas segar dan program anti rokok

Garis Panduan Pemasaran Sosial dalam Program Promosi Kesihatan 2010.Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Garis Panduan Amalan Promosi Kesihatan (Health Promotion Practice Guidelines) untuk Anggota Kesihatan 2008.Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Manual Prosedur Penilaian Faktor Risiko NCD 2007.Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Manual Latihan PROSTAR Sekolah 2001.Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Pakej Modul Pusat Promosi Kesihatan Komuniti 2005.Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Rujukan internet :

http://ppdamaran.blogspot.com/2010/09/program-nafas-segar-dan-kempen-anti.html tarikh muat turun pada 15 April 2015

http://www.mmgazette.com/merokok-di-kalangan-pelajar-sekolah-realiti-depan-mata-smokefreemy-dr-rashidi-mohamed/ tarikh muat turun pada 17 April 2015

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Bahaya%20Merokok.php tarikh muat turun pada 18 April 2015

http://thytin13.blogspot.com/2014/05/makalah-bahaya-merokok-dikalangan-remaja.html tarikh muat turun pada 20 April 2015

http://jurnalilmiahtp2013.blogspot.com/2013/12/bahaya-merokok-bagi-remaja.html tarikh muat turun pada 23 April 2015

15