rmh isi

14
C. Rancangan Mengajar Harian 1 Nama Guru : Shafie Bin Buyamin 2 Mata Pelajaran : Sains 3 Tingkatan : 4 Amanah 4 Tarikh : 28 Ogos 2013 5 Masa : 10.30 – 11.50 6 Tajuk : 6.2 Memahami penghasilan tenaga nuklear dan kegunaannya 7 Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar mengetahui bahawa tenaga nuklear boleh dihasilkan melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus Pelajar mengetahui bahawa proses penghasilan tenaga nuklear berlaku di matahari dan bintang-bintang Pelajar mengetahui bahawa proses penghasilan tenaga nuklear menghasilkan cahaya dan haba yang sangat tinggi 8 Objektif/ Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran & pembelajaran pelajar dapat: Menyatakan kegunaan tenaga nuklear Menjelaskan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear Menerangkan kesan penghasilan tenaga nuklear 9 ABBM : Slaid powerpoint berkenaan penghasilan tenaga muklear melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus Bekas plumbum untuk menyimpan bahan radioaktif Gambar matahari untuk menunjukkan proses penghasilan tenaga nuklear

Upload: syaa-malyqa

Post on 03-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

J

TRANSCRIPT

C. Rancangan Mengajar Harian

1Nama Guru

:Shafie Bin Buyamin

2Mata Pelajaran

:Sains

3Tingkatan

:4 Amanah

4Tarikh

:28 Ogos 2013

5Masa

:10.30 11.50

6Tajuk

:6.2 Memahami penghasilan tenaga nuklear dan kegunaannya

7Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar mengetahui bahawa tenaga nuklear boleh dihasilkan melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus Pelajar mengetahui bahawa proses penghasilan tenaga nuklear berlaku di matahari dan bintang-bintang Pelajar mengetahui bahawa proses penghasilan tenaga nuklear menghasilkan cahaya dan haba yang sangat tinggi

8Objektif/ Hasil Pembelajaran

:Pada akhir pengajaran & pembelajaran pelajar dapat:

Menyatakan kegunaan tenaga nuklear Menjelaskan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear Menerangkan kesan penghasilan tenaga nuklear

9ABBM: Slaid powerpoint berkenaan penghasilan tenaga muklear melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus Bekas plumbum untuk menyimpan bahan radioaktif Gambar matahari untuk menunjukkan proses penghasilan tenaga nuklear

10Langkah Keselamatan: Pelajar masuk ke dalam makmal sains dengan teratur Pelajar duduk di dalam makmal dalam kumpulan masing-masing dengan senyap Pelajar tidak dibenarkan makan dan minum di dalam makmal Pelajar tidak dibenarkan membuat eksperimen tanpa kebenaran guru

11Penerapan Nilai Murni Guru masuk ke dalam makmal dan memastikan makmal dalam keadaan bersih dan kemas Pelajar membaca doa sebelum p&p bermula sebagai tanda kesyukuran kepada tuhan Pelajar menghargai ciptaan tuhan seperti matahari yang menghasilkan tenaga nuklear yang diperlukan oleh manusia sejagat Guru sentiasa memberi motivasi semasa p&p berjalan seperti memberi semangat untuk belajar bersungguh-sungguh

12Pra Pengajaran Guru mengucapkan selamat pagi kepada semua pelajar Guru bertanya tentang pelajaran yang lalu kepada para pelajar

13Set Induksi Guru menayangkan melalui slaid powerpoint gambar-gambar lampu yang menghasilkan cahaya. Kemudian guru menyoal pelajar berkenaan tenaga yang boleh menyebabkan cahaya terhasil. Pelajar menjawab bahawa cahaya terbentuk daripada tenaga elektrik Kemudian guru menerangkan bahawa tenaga elektrik boleh dihasilkan dari stesyen janakuasa elektrik nuklear.

14. Penyampaian:

Masa

Isi PelajaranHasil PembelajaranAktiviti P&PCatatan

5 Minit

Pra pengajaran

TiadaAktiviti guru:

Guru masuk ke dalam makmal dan mengucapkan selamat pagi kepada semua pelajar. Guru meminta ketua kelas untuk mengetuai bacaan doa Guru melihat keadaan makmal samada bersih dan kondusif untuk memulakan p&p Guru meminta pelajar mengutip sampah yang ada berdekatan mereka dan membuang ke dalam tong sampah. Guru menyoal pelajar tentang topik pelajaran yang lalu berkenaan penghasilan tenaga nuklear dari proses pelakuran dan pembelahan nukleus

Aktiviti pelajar:

Pelajar mengucapkan selamat pagi kepada guru Pelajar dan guru bersama-sama membaca doa Pelajar membersihkan makmal sebelum p&p dimulakan Pelajar menjawab soalan guru berkenaan topik yang lalu iaitu penghasilan tenaga nuklear dari proses pelakuran dan pembelahan nukleus

Tempat:Makmal sains

Nilai murni:- Menjaga kebersihan- Bersyukur

Pelajar terlibat:- Zainalabidin- Asmah Salleh

Masa

Isi PelajaranHasil PembelajaranAktiviti P&PCatatan

5 minitSet induksi

TiadaAktiviti guru:

Guru menayangkan slaid powerpoint berkenaan lampu-lampu yang menyala Kemudian guru menyoal pelajar bagaimanakah lampu-lampu itu boleh menyala Selanjutnya, guru menerangkan bahawa tenaga elektrik diperolehi daripada janakuasa elektrik nuklear

Aktiviti pelajar:

Pelajar menonton tayangan slaid powerpoint Pelajar menjawab soalan guru iaitu lampu-lampu menyala disebabkan kehadiran tenaga elektrik

ABBM:Slaid powerpoint berkenaan lampu-lampu yang menyala akibat dari tenaga elektrik

Pelajar terlibat:- Hasif- Rajeshwary

20 minitKegunaan tenaga nuklearMenyatakan kegunaan tenaga nuklear

Aktiviti guru:

Guru menayangkan slaid powerpoint berkenaan kegunaan tenaga nuklear:

Bidang pertanian:

Sinaran Gamma digunakan untuk membunuh serangga perosak yang terdapat pada buah-buahan atau sayuran yang akan dieksport

Sinaran Gamma juga boleh memanjangkan jangka hayat kentang dengan membantutkan proses percambahan

Bidang perubatan:

Sinaran radioaktif dari Cobalt-60 digunakan untuk memusnahkan sel kanser dalam rawatan radioterapi

Sinaran Gamma digunakan untuk membasmi kuman pada alatan pembedahan

Pengawetan Makanan:

Sinaran Gamma digunakan untuk membasmi kuman dalam industri pengetinan makanan

Bidang Arkeologi:

Karbon-14 digunakan untuk menganggarkan usia sesuatu bahan organik seperti kayu dan fosil (pentarikhan karbon)

Guru kemudiannya memberikan dua contoh iaitu fosil berusia 140 juta tahun dari Archaefructus ialah fosil tumbuhan berbunga tertua diketahui

Guru menyoal pelajar contoh tumbuhan berbunga yang wujud pada hari ini: Jawapan: Bunga raya

Contoh kedua ialah Fosil anai-anai berusia 25 juta tahun yang terperangkap pada amber

Bidang Industri:

Guru menerangkan tentang bahan radioaktif boleh digunakan untuk mengesan kebocoran paip bawah tanah.

Bahan radioaktif dengan dos yang rendah di masukkan ke dalam aliran air paip bawah tanah. Kebocoran paip dikesan dengan alat pembilang Geiger-Muller

Aktiviti pelajar:

Pelajar menonton tayangan slaid powerpoint Pelajar menjawab soalan guru berkenaan contoh tumbuhan berbunga yang wujud pada zaman kini: Jawapan: Bunga Raya

ABBM:Slaid powerpoint berkenaan kegunaan tenaga nuklear

Pelajar terlibat:- Rashdan- Hanita

20 minitTenaga elektrik dari tenaga nuklear Menjelaskan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear

Aktiviti guru:

Guru menayangkan slaid powerpoint berkenaan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear Guru menjelaskan bahawa proses pembelahan nukleus dalam atom uranium akan menghasilkan tenaga nuklear dalam bentuk tenaga haba yang sangat tinggi. Kemudian, tenaga haba ini akan memanaskan air lalu menghasilkan stim. Stim yang terhasil akan memutarkan turbin Putaran turbin akan menjanakan tenaga elektrik Maka, tenaga elektrik yang digunakan boleh diperolehi daripada tenaga nuklear Kemudian guru bertanya kepada beberapa orang pelajar, adakah tenaga nuklear digunakan di MalaysiaJawapan: tidak

Aktiviti pelajar:

Pelajar menonton tayangan slaid powerpoint berkenaan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear Pelajar menjawab soalan guru berkenaan penggunaan tenaga nuklear di Malaysia.

ABBM:Slaid powerpoint berkenaan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuclear

Pelajar terlibat:IsmaNorasliza

20 minitKesan penghasilan tenaga nuklearMenerangkan kesan penghasilan tenaga nuklear

Aktiviti guru:

Guru menayangkan slaid powerpoint berkenaan kesan penghasilan tenaga nuklear Guru menerangkan bahawa tenaga nuklear mempunyai beberapa keburukan jika tidak diuruskan dengan betul

Contoh:- Kebocoran di reaktor nuklear- Menyebabkan kanser dan kemandulan- Pembuangan sisa radioaktif yang tidak betul boleh mencemarkan alam dengan serius

Guru kemudiaannya meminta pelajar berbincang dalam kumpulan untuk mencadangkan langkah keselamatan yang perlu untuk mengelakkan kesan buruk penggunaan tenaga nuklear

Aktiviti pelajar:

Pelajar menonton tayangan slaid powerpoint berkenaan kesan penggunaan tenaga nuklear Pelajar berbincang untuk mencadangkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan keburukan penggunaan tenaga nuklear Wakil setiap kumpulan akan memberikan cadangan yang dirasakan sesuai

Contoh cadangan:

- Kuatkuasa undang-undang lebih ketat- Memastikan reaktor nuklear selamat dan kukuh- Pembuangan sisa radioaktif perlu mengikut piawaian antarabangsa

ABBM:Slaid powerpoint berkenaan kesan penghasilan tenaga nuklear

Aktiviti Pelajar:Perbincangan kumpulan

Nilai Murni:BersyukurBerhati-hati

Nilai Murni:Kerjasama

15. Penutup

10 minitPenutup Soalan kuiz

Kesimpulan

Kerja rumahAktiviti guru:

Guru menayangkan slaid powerpoint berkenaan kuiz yang perlu dijawab oleh pelajar

Soalan 1:

Jenis sinaran nuklear KECUALI:

(a) Alfa(b) X ray(c) Beta(d) Gamma

Jawapan: (b)

Soalan 2:

Tenaga nuklear digunakan untuk:

(a) Menganggar usia fosil (b) Menjadikan logam tahan lebih lama(c) Menjadikan bahan kelihatan baru (d) Memudahkan membersihkan kotoran

Jawapan: (a)

Kemudian guru meminta pelajar membuat kesimpulan berkenaan topik yang dipelajari pada hari ini Sebagai kerja rumah, guru meminta pelajar melayari internet di rumah untuk mengetahui senarai negara yang menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Aktiviti pelajar:

Pelajar menonton tayangan slaid powerpoint berkenaan kuiz Pelajar memberikan jawapan yang dirasakan tepat kepada kuiz Beberapa orang pelajar secara sukarela membuat kesimpulan topik yang dipelajari pada hari ini.

ABBM:Slaid powerpoint berkenaan kuiz

16. Tugasan

Pelajar akan melayari internet di rumah masing-masing untuk menyenaraikan negara-negara yang menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik

17. Refleksi

Berdasarkan pemerhatian, 60% daripada pelajar dapat memenuhi objektif pembelajaran. Manakala 40% pelajar tidak dapat mencapai objektif pembelajaran. Maka saya akan mengulang p&p dalam kelas tambahan yang akan dirancang pada masa akan datang

Komen penyelia:

.............

Tandatangan penyelia:

.