gaya penulisan ums

50
Gaya Penulisan UMS 1 MUKADIMAH Garis panduan ini diadakan sebagai menyelaras panduan dikalangan pelajar dalam menyediakan penulisan tesis dan disertasi. Panduan ini menjelaskan keperluan minimum format dalam menyediakan tesis dan disertasi. Garis panduan ini boleh digunakan bersama kaedah penulisan mengikut disiplin kajian. ETIKA PENYELIDIKAN Plaglarisme merupakan idea-idea atau perkataan-perkataan daripada karya orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan seseorang tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan idea atau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelas dalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus diakui dengan menggunakan tanda petik (“……..”) serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks. PANDUAN UMUM 1. Kertas Saiz A4 (210cm x 297cm) Kertas Simili 80gm Warna putih 2. Jenis Huruf Tahoma ataupun Arial * Nota: Hanya menggunakan satu jenis huruf sahaja sepanjang penulisan teks.

Upload: vprasarnth-raaj

Post on 24-Nov-2015

135 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

format of UMS

TRANSCRIPT

  • Gaya Penulisan UMS

    1

    MUKADIMAH Garis panduan ini diadakan sebagai menyelaras panduan dikalangan pelajar dalam menyediakan penulisan tesis dan disertasi. Panduan ini menjelaskan keperluan minimum format dalam menyediakan tesis dan disertasi. Garis panduan ini boleh digunakan bersama kaedah penulisan mengikut disiplin kajian.

    ETIKA PENYELIDIKAN Plaglarisme merupakan idea-idea atau perkataan-perkataan daripada karya orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan seseorang tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan idea atau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelas dalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus diakui dengan menggunakan tanda petik (..) serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks.

    PANDUAN UMUM 1. Kertas Saiz A4 (210cm x 297cm) Kertas Simili 80gm Warna putih

    2. Jenis Huruf Tahoma ataupun Arial * Nota: Hanya menggunakan satu jenis huruf sahaja sepanjang penulisan teks.

  • Gaya Penulisan UMS

    2

    TERTIB SUSUNAN TESIS

    Tajuk pada helaian pertama Pengakuan Penghargaan Abstrak (Bahasa Melayu) Abstrak (Bahasa Inggeris) Tulisan dicondongkan (Italic) Kata Kunci

    Isi Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Senarai Singkatan Senarai Simbol Senarai Glosari Bab (Bab 1 hingga bab ) Rujukan/Bibliografi Lampiran (LAMPIRAN A, LAMPIRAN B..) Nota: Mungkin ada di antara perkara yang tercatat ini tidak diperlukan dalam

    tesis/disertasi anda.

    PENULISAN TESIS/DISERTASI 1. Jumlah Perkataan Dalam Tesis

    a. Secara Penyelidikan Tesis Doktor Falsafah : Tidak melebihi 100,000 patah

    perkataan Tesis Sarjana/Sarjana Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah

    perkataan

    b. Secara Kerja Kursus Disertasi Doktor Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah

    perkataan Disertasi Sarjana : Tidak melebihi 20,000 patah

    perkataan * Nota: Jumlah perkataan yang dimaksudkan ialah perkataan dalam

    teks sahaja iaitu tidak termasuk jadual, rajah, nota kaki dan lampiran. Jumlah ini adalah panduan sahaja. Sesetengah tesis/disertasi mungkin tidak memerlukan jumlah sebanyak itu atau memerlukan lebih daripada jumlah tersebut.

  • Gaya Penulisan UMS

    3

    STRUKTUR TESIS

    Pada asasnya setiap Tesis dan disertasi terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu:

    1. Pendahuluan

    2. Kandungan teks 3. Bahan Tambahan

    1. Pendahuluan

    Setiap pendahuluan mengandungi dan disusun seperti berikut:

    1.1 Tajuk Tesis/Disertasi Pelajar perlu memasukkan nama calon, tajuk tesis /disertasi yang

    diluluskan oleh senat, nama sekolah dan tahun viva.

    1.2 Muka Hadapan Bahagian ini memerlukan sebanyak 2 halaman yang mana halaman kedua pelajar harus memasukkan kenyataan ....TESIS/DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI....

    Format penulisan adalah seperti berikut:

    Tajuk Tesis :Tajuk tesis jika lebih daripada satu baris ditulis dalam bentuk centre.

    Nama Calon : Nama penuh calon mengikut kad pengenalan (centre) Nama Sekolah : Sekolah di mana calon mendaftar (centre) Tahun Viva : Tahun Viva Voce (centre) Saiz Tulisan : 18 (Huruf Besar) Nota: *Sila potong mana yang tidak berkenaan.

  • Gaya Penulisan UMS

    4

    Contoh:

    SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG, SABAH.

    INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN

    SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

    2006

  • Gaya Penulisan UMS

    5

    Contoh:

    SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG, SABAH.

    INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN

    TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI

    IJAZAH SARJANA/DOKTOR FALSAFAH*

    SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

    2006

  • Gaya Penulisan UMS

    6

    1.3 Pengakuan

    Pelajar perlu memasukkan kenyataan .....Segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya....

    1.4 Penghargaan

    Pelajar boleh merakamkan penghargaan kepada orang perseorangan ataupun pertubuhan/persatuan yang membantu dalam melakukan kajian dan digalakkan supaya tidak panjang. Dedikasi tidak dibenarkan.

    1.5 Abstrak (Dalam Bahasa Melayu) Dalam penulisan tesis/disertasi hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika tesis/disertasi ditulis dalam Bahasa Melayu, mesti didahului dengan abstrak dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris yang dicondongkan (Italic). Begitulah sebaliknya. Penulisan abstrak perlu dimasukkan isu utama kajian, kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian, hasil yang diperolehi serta sedikit pernyataan dalam kajian. Setiap abstrak mempunyai kata kunci. Biasanya 5 kata kunci sahaja. Format Abstrak adalah seperti berikut: Saiz Huruf :11 Selang Baris : Satu (1) langkau Jumlah Perkataan :Ditulis dalam satu perenggan dan satu muka

    surat sahaja dan tidak melebihi 500 patah perkataan untuk tesis dan 250 patah perkataan untuk disertasi.

    * Nota: Bagi abstrak Bahasa Melayu tidak mempunyai tajuk. Hanya abstrak Bahasa Inggeris sahaja yang mempunyai tajuk dan dicondongkan.

  • Gaya Penulisan UMS

    7

    Contoh abstrak Bahasa Melayu:

    ABSTRAK

    Penulisan mengenai pembangunan industri hiliran berasaskan perikanan di negeri Sabah oleh para sarjana tempatan lebih menumpukan kepada persoalan di peringkat hulu sahaja seperti status sumber marin, taraf sosio-ekonomi komuniti nelayan, peranan golongan pemodal, bilangan nelayan dan bot menangkap ikan; jumlah pendaratan sumber marin, teknologi menangkap ikan; kepelbagaian spesis marin dan lain-lain lagi. Penulisan mengenai pembangunan industri perikanan di peringkat hiliran seringkali dipinggirkan dan tidak mendapat tempat yang sewajarnya.....

  • Gaya Penulisan UMS

    8

    Contoh abstrak Bahasa Inggeris:

    ABSTRACT

    THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE DOWNSTREAM INDUSTRY

    BASED ON FISHERIES IN SABAH, 1786-2000.

    Writings by local scholars on the development of the downstream industry based on fisheries in the state of Sabah have been limited and basically are more focused on the upstream level of the fishery industry. These writings have attempted to answer questions such as: the status of marine sources, the sosio-economic level of fishermen in their community, varieties of marine species and other topics which are related and geared towards upstream issues. Hence, due to the focus towards study on the development of the fishery industry at the upstream level, this has affected the attention on the issues at the downstream level, which have occasionally been marginalized

  • Gaya Penulisan UMS

    9

    1.6 Kata Kunci

    Kata kunci ialah perkataan atau ungkapan penting yang boleh memberi gambaran ringkas dan menyeluruh tentang tesis tersebut. Kata kunci terdiri daripada satu perkataan atau ungkapan yang tidak melebihi tiga perkataan. Jumlah kata kunci hendaklah tidak melebihi dari lima (5) perkataan atau rangkai kata.

    Contoh:

    Masyarakat peribumi, kemiskinan, permasalahan akademik.

    1.7 Isi Kandungan Semua tajuk, bab dan pecahan bab kecil yang utama hendaklah disenaraikan dan disusun mengikut tertib.

  • Gaya Penulisan UMS

    10

    Contoh:

    ISI KANDUNGAN

    M/S

    TAJUK i

    PENGHARGAAN ii

    ABSTRAK iii

    ABSTRACT iv

    SINGKATAN v

    ISI KANDUNGAN vi

    SENARAI RAJAH vii

    SENARAI JADUAL viii

    BAB 1: PENGENALAN 1

    1.1. PENGENALAN KEPADA TEMPLAT GAYA UMS 1

    1.1.1. MENDAPATKAN TEMPLAT 1

    1.1.2. PENGGUNAAN TEMPLAT 2

  • Gaya Penulisan UMS

    11

    1.8 Senarai Rajah

    Bahagian ini menyenaraikan kesemua rajah, gambar rajah atau gambar foto mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi, beserta dengan muka surat. Rajah membawa maksud graf, gambar, foto, contengan, sketsa, gambar rajah, lukisan atau ilustrasi dan gambar foto. Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam teks.

    Bagi Pelajar Sains Sosial: Tajuk :Di bahagian atas Sumber :Di bahagian bawah rajah Bagi Pelajar Sains: Tajuk :Di bahagian bawah rajah Sumber :Di bahagian bawah tajuk rajah

  • Gaya Penulisan UMS

    12

    Contoh Rajah Bagi Pelajar Sastera (Sains Sosial):

    Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai.

    Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah.

  • Gaya Penulisan UMS

    13

    Contoh Rajah Bagi Pelajar Sains:

    Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah

  • Gaya Penulisan UMS

    14

    1.9 Senarai Jadual

    Bahagian ini berupa senarai daftar atau maklumat yang diringkaskan. Bahagian ini menyenaraikan jadual mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi. Susunan senarai jadual haruslah mengikut susunan dalam teks.

    Pelajar Sains Sosial:

    Tajuk :Di bahagian atas

    Sumber :Di bahagian bawah jadual

  • Gaya Penulisan UMS

    15

    Contoh Jadual Pelajar Sains dan Sastera:

    Jadual 1.1: Kadar literasi/kebolehan membaca, 1991 dan 1996 mengikut jantina dan lokasi

    Sumber: Banci Penduduk Tahun 2000

  • Gaya Penulisan UMS

    16

    1.10 Senarai Simbol/Singkatan (Jika ada)

    o Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan senarai jadual. o Contoh:

    AFC Komunikasi Secara Efektif USIA United Sabah Islamic Association WHO World Health Organisation

    1.11 Glosari

    Glosari ialah senarai istilah/perkataan yang digunakan dalam teks yang mempunyai erti khusus sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Perkataan hendaklah disusun mengikut abjad. Contoh untuk gugusan Sains: Agranulosit Sejenis sel darah putih tanpa granul sitoplasma Blastofor Lekukan pada gastrula pada peringkat awal embrio Dendrit Neuron yang menalar impuls Diastol Tempoh rehat semasa satu kitar kardium Contoh untuk gugusan Sastera/Sains Sosial: Baptis Upacara mengkristiankan seseorang melalui upacara

    permandian Ekstrinsik Berasal atau bertindak dari luar Interpersonal Hubungan sesama manusia

    Korelasi Hubungan atau kaitan secara timbal balik

    2. Kandungan teks tesis dan disertasi

    Kandungan teks tesis dan disertasi tidak mempunyai satu format yang tetap. Susunan terpulang kepada penyelia dan pelajarnya. Lazimnya dalam kandungan teks tesis dan disertasi perlu ada perkara-perkara berikut:

    Penaipan Teks Saiz Huruf Teks : 11 Saiz Huruf Tajuk Wajib (huruf besar) : 12 (Bold)

  • Gaya Penulisan UMS

    17

    Saiz Huruf Subtajuk (huruf kecil) : 11 (Bold) Saiz Huruf Nota Bawah (jika digunakan) : 10 Selang Baris :2 langkau (double spacing) Langkau 1 baris untuk Nota Bawah Perenggan :Perenggan pertama dimulakan di

    sebelah kiri sekali. Perenggan seterusnya dimulakan selepas ketukan yang ke-12 (1 Tab).

    Nomboran Muka Surat :Mengekalkan dengan satu format Margin :1 inci/38mm dari birai kiri

    1 inci/25mm dari birai atas, kanan dan bawah.

    Bahasa :Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Bahasa asing dalam teks

    hendaklah dicondongkan/Italic) Warna Huruf : Hitam

    Cetakan :Cetakan dotmatrix tidak dibenarkan

  • Gaya Penulisan UMS

    18

    Contoh:

    BAB 2

    SOROTAN LITERATUR

    2.1. Pendahuluan

    Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan pada 24

    November 1994..

    Sesi 1996/97 merupakan sesi kedua kewujudan

    UMS. Banyak change sudah berlaku.

    36

    25mm dari birai atas.

    25mm dari birai kanan.

    38mm dari

    birai kiri.

    25mm dari birai bawah

    Perenggan baru

    dimulakan dengan 12 ketukan atau 1 tab

    Muka surat

  • Gaya Penulisan UMS

    19

    2.1 Pengenalan Pengenalan meliputi latar belakang, pernyataan masalah kajian, objektif dan hipotesis.

    2.2 Sorotan Literatur

    Satu bahagian yang mengandungi huraian kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian.

    2.3 Metodologi Satu bahagian yang menghuraikan dengan mendalam kaedah-kaedah dan tatacara yang digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian.

    2.4 Hasil

    Hasil merupakan keputusan yang diperolehi dan dibentangkan dalam penulisan teks.

    2.5 Perbincangan Bahagian yang menghuraikan mengenai hasil kajian dan analisis kajian yang dilakukan oleh penyelidik.

    2.6 Kesimpulan

    Setiap bab yang mempunyai pengenalan harus mempunyai penutup yang menyimpulkan hasil perbincangan dalam bab itu.

    2.7 Cadangan

    Bahagian ini tidak wajib dan hanya dimasukkan jika difikirkan sesuai dengan kajian.

    3. Bahan Tambahan Bahan tambahan terdiri daripada:

    3.1 Rujukan Teks Dalam Tesis/Disertasi Rujukan ini ialah untuk menghargai karya penulis yang menjadi sumber rujukan berkenaan disamping memudahkan penulis atau pembaca berikutnya mengetahui sumber yang telah digunakan dalam sesuatu penulisan. Terdapat 2 sistem rujukan dalam sesebuah tulisan iaitu:

  • Gaya Penulisan UMS

    20

    3.1.1 Sistem pengarang-tarikh

    Peringatan -Pelajar gugusan sains dan sains sosial boleh

    menggunakan teknik sistem pengarang-tarikh sepenuhnya.

    - Sistem ini mengandungi sekurang-kurangnya dua perkara

    asas, iaitu pengarang dan tahun terbitan. Sekiranya penulis merujuk kepada halaman tertentu, halaman tersebut

    hendaklah dinyatakan selepas tanda noktah bertindih (:) yang diletakkan selepas tahun terbitan.

    - Bagi pengarang Barat atau yang mempunyai nama keluarga (surname), nama keluarga sahaja digunakan. Rujukan hendaklah diletakkan dalam kurungan.

    - Contoh:

    a. Jika nama pengarang pada pertengahan atau akhiran ayat, hendaklah ditulis seperti berikut:

    Contoh pelajar Sains: (Williams, 1965) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

    (Williams, 1965: 34)

    b. Jika nama pengarang pada permulaan ayat, hendaklah ditulis

    seperti berikut:

    Contoh pelajar Sains: Williams (1965)

    Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

    William (1965:34)

    c. Jika lebih dari dua orang pengarang, hendaklah ditulis nama pengarang pertama diikuti dengan perkataan et al. (Misalnya nama pengarang pada judul, Adams, E.J.,Stephenson, S.L.Latham, M.C. & Kinoti S.N.) hendaklah ditulis dalam teks seperti berikut:

  • Gaya Penulisan UMS

    21

    Contoh pelajar Sains: Adams et al. 1994.

    Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: Adams et al. 1994: 35

    d. Sekiranya merujuk kepada penulis yang menghasilkan 2 karya

    atau lebih pada satu tahun tertentu, maka hendaklah ditulis

    seperti berikut:

    Contoh pelajar Sains: (Cheah, 1998a) (Cheah, 1998b)

    Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Cheah, 1998a: 77) (Cheah, 1998b: 118)

    e. Bagi pengarang Melayu, boleh ditulis dengan nama pengarang sahaja.

    Contoh pelajar Sains:

    (Ahmat, 1992)

    Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

    (Ahmat, 1992: 23)

    f. Bagi hasil karya yang tahun terbitannya tidak dinyatakan.

    Contoh pelajar Sains: (Ong t.th.) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

    (Ong t.th.: 7)

    *Nota: t.th. adalah singkatan bagi tarikh dan halaman yang dirujuk ialah 7. Elakkan dari merujuk rujukan sedemikian.

  • Gaya Penulisan UMS

    22

    g. Bagi rujukan yang dibuat lebih daripada satu sumber pada satu tempat, semua sumber rujukan itu hendaklah ditulis dan dipisahkan dengan tanda koma bertindih (;). Contoh pelajar Sains:

    (Ahmat, 1992; ; Mohd Sarim, 1997)

    Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

    (Ahmat, 1992: 12; Mohd Sarim, 1997: 25)

    Sekiranya rujukan dibuat daripada pengarang yang sama

    tetapi lebih daripada satu sumber, rujukan tersebut dipisahkan dengan tanda koma (,). Contoh pelajar Sains:

    (Cheah, 1998a, 1998b)

    Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

    (Cheah, 1998a: 25, 1998b: 15)

    h. Bagi rujukan tanpa pengarang, ditulis seperti berikut:

    (Akta perancangan bandar dan desa 1976 (Akta 171), 2001:3; Seventh-day adventist encyclopedia 1966: 45)

    3.1.2 Sistem Nota bawah/Nota hujung Peringatan Pelajar gugusan sains sosial boleh menggunakan

    sistem nota bawah/nota hujung untuk membuat huraian atau penerangan selain daripada dalam teks. Manakala pelajar sejarah mesti menggunakan sistem nota bawah sepenuhnya.

    Sistem Nota bawah dan Nota hujung digunakan bagi disiplin tertentu untuk menerangkan sumber rujukan yang digunakan pada halaman teks tersebut ataupun di hujung setiap bab (Catatan akhir). Selain itu juga, sistem ini digunakan untuk memberi

  • Gaya Penulisan UMS

    23

    penerangan tentang sesuatu perkara dalam teks yang menjadi rujukan kepada pembaca. Format penulisan sistem nota bawah/nota hujung:- Jenis Tulisan : Tahoma/ Arial Saiz Huruf : 10 Format : Justify Butiran catatan bawah disusun mengikut tertib, iaitu Nama

    Pengarang (diengsot) (,) koma, judul-italic (,) koma, tempat (:) noktah bertindih, penerbit (,) koma, tahun (,) koma, edisi (,) koma, halaman (.) noktah.

    c. Penggunaan Ibid Singkatan ibid berasal daripada perkataan Latin, iaitu ibidem yang bermaksud pada tempat yang sama. Jika rujukan berikutnya, iaitu masih menggunakan sumber sama dan tidak ada rujukan lain selepas nota bawah 1, hendaklah ditulis Ibid. (apabila halamannya sama) dan apabila halaman yang berlainan, hendaklah dimasukkan halaman tersebut.

  • Gaya Penulisan UMS

    24

    Contoh ayat dalam teks:

    ....Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada subkumpulan etnik Gana1 yang mengamalkan kepercayaan adat.2 Walau bagaimanapun bagi beliau telah berubah. Semasa beliau tinggal di asrama, beliau telah terpengaruh dan terpikat dengan ajaran Kristian yang diajar oleh warden asrama tersebut.3..... Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan Ibid.

    ______________________ 1 Mohd Farid Linggi, Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka, 1998, hlm.9.

    2. Ibid.

    3. Ibid., hlm. 63.

  • Gaya Penulisan UMS

    25

    3.1. Penggunaan op. cit. Perkataan op. cit. Berasal daripada perkataan Latin opere citato yang bermaksud dalam karya tersebut. Perkataan ini digunakan apabila sumber rujukan yang digunakan oleh penulis tidak lagi berturutan.

    Contoh:

    ...Setelah berjaya di tawan semula dari tentera Jepun, Negeri Sabah telah ditadbir

    sementara oleh British Military Administration1 (BMA) sehingga 15hb. Julai 19462. Ini

    bertujuan untuk memulihkan semula keamanan dan ketenteraman yang pada masa itu

    masih lagi berada dalam keadaan peperangan dan ketegangan antara kaum kesan

    peninggalan dasar pentadbiran tentera Jepun. Di bawah pentadbiran BMA, keamanan

    dan ketenteraan di Negeri Sabah telah dapat dipulihkan dalam tempoh yang singkat.

    Kebanyakan penduduk yang melarikan diri ke kawasan pedalaman semasa pentadbiran

    tentera Jepun telah kembali semula ke pusat-pusat bandar yang ditinggalkan semasa

    Perang Dunia Kedua. Sandakan yang pernah menjadi pusat pentadbiran, perdagangan

    dan pelabuhan yang terpenting semasa pentadbiran BNBCC telah terjejas teruk akibat

    Perang Dunia kedua. Sir Edward Twinning3 yang telah dilantik oleh Kerajaan British

    menjadi gabenor Negeri Sabah (Borneo Utara) yang pertama selepas tamatnya Perang

    Dunia Kedua telah menggambarkan kemusnahan bandar Sandakan seperti berikut:

    No town in the world wear the wounds of war more terribly and more honourably than does Sandakan. Where ever we look there is destruction, far beyond more repair. It is because of this nearly total destruction that Sandakan now appears a new town in spite of its hundred years old history4.

  • Gaya Penulisan UMS

    26

    Sementara itu, kemusnahan Negeri Sabah akibat Perang Dunia Kedua telah

    dijelaskan oleh H.M. Baker seperti berikut:

    The general situation was at first chaotic and one of the essential needs was the situation of law and order...North Borneo was more heavily damaged in the war than any other British Colony. Sandakan and Labuan towns had been completely destroyed and others, including Jesselton, heavilly damaged... The general health of the population had suffered from malnutritim and lack of drugs...Communition never good, were now almost non-existent. Such roads as had existed had been damaged by Japanese heavy and tracked vehicles and, as the end of the war approached, bridges had been blown up5

    Kemusnahan besar yang dialami oleh Negeri Sabah telah menyebabkan pentadbiran

    BNBCC telah menyerahkan Negeri Sabah kepada Kerajaan British dengan pampasan

    sebanyak 1,4000,000.006 melalui North Borneo Order in Council7 pada 10hb. Julai

    1946....

    Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan op. cit. dalam teks:

    _____________________ 1 Untuk penjelasan lanjut, sila lihat Peter Chay, Sabah The Land Below The Wind. Kota

    Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd., 1988. Juga lihat H.M. Baker, Sabah The first Ten Years As A Colony 1946-1956, Singapore:Malaya Publishing House, 1965.

    2 Peter Chay, op. cit., hlm. 14

    3 H.M. Baker, op. cit., hlm. 37.

    4 Supriya Bhar, Sandakan One Hundred Years 1879-1979, (tiada tahun & tiada

    penerbitan), hlm. 18.

    5 H.M. Baker, op. cit., hlm 31-32.

    6 Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang Muda Sdn. Bhd., 1982, hlm. 197.

    7 Ibid., hlm. 33.

  • Gaya Penulisan UMS

    27

    3.2 Lampiran-lampiran

    Lampiran mengandungi borang soal selidik, data mentah, surat, foto, laporan-laporan berkaitan, statistik, peta, program komputer dan sebagainya. Setiap lampiran harus disertakan tajuk. Perkataan LAMPIRAN diletakkan di sudut atas sebelah kanan (santak kanan) Format:

    Huruf : Tahoma/Arial Saiz Huruf : 11 Selang Baris : Satu (1) Langkau Susunan :Disusun mengikut urutan muka surat tesis/disertasi

  • Gaya Penulisan UMS

    28

    Contoh:

    LAMPIRAN A Model indeks-indeks pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Model 1: KLSECI = 0.824 0.308TBIL3MTH + 0.549AVR3MTH -0.274IBR7DAY (-2.934)* (3.575)* (-2.988)* Model 2: HARTANAH = 0.335 0.3821BR7DAY (-3.696)* Model 3:

    KEWANGAN = 1.608 0.4461 IBR 7 DAY 0.384TBIL3MTH + 0.48AVR3MTH (-5.084)* (5.403)* (-3.055)*

  • Gaya Penulisan UMS

    29

    FORMAT BIBLIOGRAFI Rujukan merangkumi semua sumber yang digunakan sebagai rujukan dalam penulisan tesis/disertasi. Rujukan disetiap hujung bab tidak diperlukan. Semua bahan yang dirujuk dan digunakan dalam sesuatu penulisan, sama ada dalam sistem pengarang-tarikh atau nota bawah atau nota hujung, hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian ini. Setiap bibliografi ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (nyatakan sama ada penyunting. penyusun atau penyelenggara-jika berkaitan). Tahun diterbitkan. Tajuk Penerbitan. Bilangan Edisi (jika ada). Bilangan Jilid (jika ada). Tempat diterbitkan. Nama Penerbit.

    Nombor muka surat (untuk artikel dalam jurnal atau bab dalam buku). Setiap rujukan yang digunakan mestilah disusun mengikut abjad. Manakala rujukan untuk laman Web/e-mel tidak melebihi daripada 5% daripada rujukan yang digunakan. Format menulis bibliografi seperti berikut: Saiz Huruf : 11 Jenis Huruf : Tahoma/Arial Selang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing) Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing) Contoh menulis bibliografi: 1.1 Rekod Kerajaan Yang Tidak Diterbitkan

    Contoh: 1. C.O. 874/466-Immigration.

    2. Colonial Office 874/1104 War With Japan.

    1.2 Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan

    Contoh: 1. Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Sabah dan The

    Summer Institute of Linguistics. 2. Kerajaan Negeri Sabah. Sabah Second Agriculture Policy: 1999-

    2010, Kota Kinabalu: Sabah Government Printers.

  • Gaya Penulisan UMS

    30

    1.3 Laporan-Laporan Kerajaan Contoh: 1. PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR SABAH. 1986. Jabatan

    Perangkaan Malaysia. 3-21. 2. Rosenberry, R. (ed.). 2002. World shrimp farming 2002. Annual

    Report Number 15. San Diego, USA: Shrimp News International.

    3. World Health Report 1998. World Health Organization (WHO). 1998.

    .

    1.4 Fail-fail Arkib Contoh: 1. North Borneo Central Archive. No. 66 Educational Policy of

    State-General. 2. North Borneo Central Archive, No. 725- Borneo Fishing Company

    at Si Amil Island- General.

    1.5 Fail-fail Jabatan Contoh: 1. Fail Pejabat Daerah Beaufort PDB. 7/273/11 Waran

    Peruntukan 1986.

    2. A Report on Socio-Economic Survey of Fisherman at Kuala Penyu District, 1986. KO-NELAYAN.

    1.6 Akhbar Contoh: 1. Berita Harian. 1987. Kebangkitan Masyarakat Melayu. 2. Parrish, M. 1992. L. A. firm helps utility with innovative plan. Los

    Angeles Times, 4 August 1992. 2 pp.

  • Gaya Penulisan UMS

    31

    1.7 Tesis/Latihan Ilmiah Contoh: 1. Zulkornain bin Yusof. 1996. Kedudukan Saudara Kita di Sabah,

    Satu Kajian Permulaan. Kertas Projek Institut Teknologi MARA Cawangan Sabah. (Tidak diterbitkan).

    2. Cheong, C. H. P. 1999. Perbandingan morfologi Dolichoderus

    (Kumpulan thoracius) (HYMENOPTERA: FORMICIDAE) dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta potensi Dolichoderus sp. (Kumpulan thoracius) Sabah sebagai agen kawalan biologi serangga perosak. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

    1.8 Kertas Kerja Contoh: 1. Ismail Abas.1989. Tarian-tarian Ritual Sabah, Fungsinya dan

    Masa Depannya. Kertas Kerja Dialog Borneo II. Kota Kinabalu. 12-16 September. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Badan Bahasa Sabah Dengan Kerjasama GAPENA dan Kerajaan Negeri Sabah.

    2. Primavera, J. H. 1994. Shrimp farming in the Asia Pasific:

    Environmental and trade issues and regional cooperation. Paper presented at the Nautilus Institute Workshop on Trade and Environment in Asia-Pacific.: Prospects for regional cooperation. East-West Centre Honolulu, Philipines, 23-25 September.

    3. Anton, A. 2003. Bioindicators in River Quality Maganegemt.

    Bengkel Enviro-course 2002- Kualiti Air. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

    1.9 Buku Contoh: 1. Ahmat Adam. 1992. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah

    Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Gaya Penulisan UMS

    32

    2. Zimmerman, H. J. 1996. Fuzzy set theory and its application. 2nd ed. New Delhi: Allied Publishers Ltd and Kluwer Academic Publishers.

    3. Dhont, J., Lavens, P. & Sorgeloos, P. 1993. Preparation and use of

    Artemia as food for shrimp and prawn larvae. In McVey, J. P. (ed.). CRC Handbook of Mariculture Crustacean Aquaculture 2nd edition, volume 1, pp. 289-313. Boca Raton: CRC Press.

    1.10 Ensiklopedia

    Contoh: 1. Cooliers Encyclopedia. vol. 16. 1985. London: Macmillan

    Educational Company. 2. Bignell, D. E. & Eggleton, P. 1998. Termites. In Calow, P. (ed.)

    Encyclopedia of ecology and environmental management. Blackwell scientific, pp 744-746. Oxford.

    3. Treece, S.D. 2000. Shrimp Culture. In Stickney, R.R. (ed).

    Encyclopedia of Aquaculture, pp. 798-868. New York: John Wiley and Sons.

    1.11 Kamus Contoh: Abd. Bin Nuh dan Oemar Bakry. 1996. Kamus Melayu-Arab-Inggeris.

    Kuala Lumpur: Victory Agencies.

    1.12 Artikel

    Contoh: 1. Appell, G.N.1972. Murut Depopulation and The Sipitang Lun

    Dayeh. JMBRAS,45 (2). 2. Shiau, S.Y. & Liu, J.S. 1994. Quantifying the vitamin K requirement

    of juvenile marine shrimp, Penaeus monodon, with menadione. Journal of Nutrition 124:227-282.

    1.13 Filem Contoh: Filem Cereka. 1972. Kabus Malam. Jakarta: Puncak Keris.

  • Gaya Penulisan UMS

    33

    1.14 Peta Contoh: Jabatan Pertanian Sabah. 1996. Peta Taburan Asosiasi Tanah.

    1.15 Laman Web/E-mel

    Contoh: 1. Salvation Army International Headquaters dlm.

    http//www.salvation.org.hk/www/what is salvation army/home.htm. 26 September 2004.

    2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The eastern Sundaland

    region of south-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm.

    *Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat

    kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak. - Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak

    digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.

    1.16 Responden Yang Ditemu Bual

    Contoh: Razak Janau. 74 tahun. Jalan Bukit, Kampung Padas, Papar. Ketua

    Kampung Padas. Sosio-ekonomi Penduduk Tempatan Pada Zaman Penjajah. 26 September 2003.

  • Gaya Penulisan UMS

    34

    FORMAT RUJUKAN

    Rujukan merupakan bahan yang dirujuk dalam teks sahaja. Bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. Temubual peribadi, Anonymous dan juga rujukan daripada internet tidak dibenarkan melainkan sumber rasmi dan E-Jurnal yang diperakui. Berikan semua maklumat yang lengkap yang mengandungi butiran seperti berikut: Nama Pengarang (.) Tahun Penerbitan (.) Judul Buku condong (.) Penyunting, Penyusun, Penterjemah, Penyelenggara jika ada(.) Nama Siri Buku dan Jilid atau Bilangan Dalam Siri jika ada (.) Edisi jika ada (.) Bilangan Jilid jika ada (.) Tempat Terbit (Bukan Negara) (:) Nama Penerbit(.) Format menulis rujukan seperti berikut: Saiz Huruf : 11 Jenis Huruf : Tahoma/Arial Selang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing) Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing) Contoh menulis rujukan:

    a. Pengarang Tunggal

    Contoh: 1. Ford, H. 1997. The International Jew. Johannesburg: Global

    Publisher. 2. Magurran, A. E. 1988. Ecological diversity and its measurement.

    London: Croom Helm.

    b. Pengarang Bersama

    Contoh: 1. Ahmad Fawzi Basri, Mohd. Idris Salleh & Shafee Saad. 1991.

    Bumi Kita Dipijak Milik Orang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    2. Maryati, M., Azizah, H. & Arbain, K. 1996. Terrestrial ants

    (Hymenoptera: Formicidea) of Poring, Kinabalu Park, Sabah. In Edwards, D. S., Booth, W. E. & Choy, S. C. Tropical rainforest research-current issues. Monographiae biologicae (eds), pp. 117-123. Kluwer Academic Publishers, London.

  • Gaya Penulisan UMS

    35

    c. Edisi

    Contoh: 1. Gilchrist, J. D. 1989. Extractive Metallurgy. (3rd edition). Oxford:

    Pergamon Press. 2. Barnes, R.S.K. 1984. Estuarine Biology (2nd edition). London:

    Edward Arnold.

    d. Karya dengan judul sahaja (Tanpa pengarang)

    Contoh: Akta. 2001. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171).

    Kuala Lumpur: International Law Book Service.

    e. Karya Susunan

    Contoh: Hamzah Hamdani (ed.). 1980. Esei Sastera Dalam Pengajaran,

    Penyelidikan dan Pentadbiran Universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    f. Karya Suntingan

    Contoh: Rose, R. (ed).1974. Electoral Behavior: A Comparative Handbook. New

    York: Free Press.

    g. Karya Selenggaraan

    Contoh: Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (ed). 1996. Alam Pensejarahan

    Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Gaya Penulisan UMS

    36

    h. Karya Terjemahan

    Contoh: Wheare, K. C. 1980. Kerajaan Persekutuan. Terj.. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    i. Karya Berbilang Jilid

    Contoh:

    Ensiklopedia Pembangunan Sabah. 1981. Jld. 6. Kota Kinabalu: Usaha Baru.

    *Nota: Jld. Bermaksud Jilid.

    j. Kertas Kadangkala

    Contoh: Sharifah Rofidah Habib Hassan. 2003. Perayaan Di Sabah. Kertas

    Kadangkala Bil. 2. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

    k. Monograf

    Contoh: 1. Zainah Ahmad. 2003. Politik Sabah Sebelum Penjajahan Jepun.

    Monograf 3. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2. Mohammad Raduan Mohd. Ariff. 1993. Teknologi

    Pengangkapan Ikan di Sabah. Khazanah. Siri Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu, Bil. 3, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    l. Karya Dalam Jurnal

    Contoh: Mahani Musa. 1999. Malay Secret Societies in Penang: 1830s-1920s.

    Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. 65(2):151-182.

    *Nota: Huruf tebal ialah nombor jilid dan nombor dalam kurungan

    ialah nombor keluaran dan diikuti dengan nombor halaman selepas noktah bertindih.

  • Gaya Penulisan UMS

    37

    m. Berita/Rencana Dalam Akhbar

    Contoh: New Straits Times. 2001. Sabah to Tap Potential in Health Tourism.

    New Straits Times. 3 October: 9. *Nota: Nama Pengarang (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Nama

    Akhbar (,) Hari/Bulan (:) Halaman (.)

    n. Bab Dalam Buku

    Contoh: 1. Zaki Tahir. 2003. Pendatang Asing Di Sabah. Dalam Sharifah

    Habib Hasan dan Zainah Ahmad (ed.). Kesan Politik. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah., hlm. 18-38.

    2. Mustafa, S. & Ridzwan, A. R. 1998. Nucleic acid profiles in

    mackerel, Rastrelliger Kanagurta, From west coast of Sabah. In Mohamed, M., Bernard, H. (eds.). Tropical Ecosystem Research in Sabah, pp. 56-52. Kota Kinabalu:ums.

    3. Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang

    Jepun. Abdul Halim (ed.). Sabah dalam Perluasan Pasaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia., hlm. 31.42.

    o. Karya Dalam Pascasidang

    Contoh: 1. Ismail Haji Ibrahim. 2000. Senario Seni Lukis Sabah: Stail dan

    Tema. Borneo 2000: Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference. UMS. 557-586.

    2. Homathevi, R., Maryati, M., Eggleton, P., Jones, D. T. &

    Davies, R. G. 2000. Termites (Insecta: Isoptera) Fauna of Danum Valley Conservation Area, Sabah, East Malaysia. Borneo 2000: environment, conservation and land. Proceedings of sixth biennial Borneo research conference. July 10-14, 2000. Kuching Sarawak.

  • Gaya Penulisan UMS

    38

    p. Karya Dalam Majalah

    Contoh: Aliran. 2000. Sarawak native blockade pulp mill project. Aliran 20

    (10:33)

    q. Ulasan Buku

    Contoh:

    Badriyah Haji Salleh. 2001. Ulasan buku J. H. Drabble. 2000. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to Modern Economic Growth. Hampshire: Macmillan Press. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society 124(1):111-114.

    r. Kertas Kerja, Laporan dan Minit Mesyuarat

    Contoh: Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. 2002. Minit Mesyuarat

    Seminar Pascasiswazah. Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah Kali Pertama. Kota KInabalu. Sabah. 5 Jun.

    s. Tesis/Disertasi

    Contoh: 1. Mat Zin bin Mat Kib. 2000. Perkembangan Mazhab-mazhab

    Agama Kristian di Sabah. Sekolah Sains Sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

    2. Yap Beng Liang. 1977. Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah:

    Satu Kajian Tentang Sistem Budaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    t. Filem dan Karya Muzik

    i. Filem Contoh:

    Ramlee, P. 1962. Laksamana Do Re Mi. Filem cereka. Singapura: Shaw Brother.

  • Gaya Penulisan UMS

    39

    ii. Video

    Contoh: Muzium Sabah. 1968. Menangkap Ketam Batu di Mengkabong,

    Tuaran, Sabah. Filem Dokumentari. Jabatan Muzium Sabah.

    iii. Slaid Contoh:

    Pugh-Kitingan, J. 1976. Jenis-jenis Tarian Masyarakat Peribumi Sabah. Slaid. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.

    iv. Karya Muzik

    Contoh: Johari Salleh. 1986. Lambaian Kasih dalam Citra Malaysia.

    Chorus dan Orkestra. Kassim Masdor (konduktor). Laserlight Series 12036. Santiago: Delta Music Incorporated.

    v. CD-Rom

    Contoh: MacRae, S. 1995. Introduction to Research Design and Statistic. CD

    Leicester: British Pshychological Society. vi. Temubual Contoh:

    Stephens, B. 1998. Kegiatan Mubaligh Kristian di Sabah. Temu bual. 25 Mei.

    vii. Bahan Rujukan Elektronik Contoh:

    1. Keputusan Mahkamah Internasional atas Permohonan Intervensi Pemerintah Filipina dalam Kasus Pulau Sipadan dan Ligitan (atas talian) http://www.dfadeplu.go.id/policy/releases/2002/pr-56-251001.htm. Dicetak 13 September 2002.

  • Gaya Penulisan UMS

    40

    2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern Sundaland region of south-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm.

    *Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.

    - Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber

    rasmi.

  • Gaya Penulisan UMS

    41

    FORMAT KULIT DAN PENJILIDAN 1.1 Muka Kulit Bahagian Depan Tesis

    Bahagian kulit depan tesis wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib; Tajuk Tesis : Tahoma/Arial 18 Nama Calon : Tahoma/Arial 18 Nama Sekolah : Tahoma/Arial 18

    Nama Universiti : Tahoma/Arial 18 Tarikh Tahun Viva : Tahoma/Arial 18 Warna Kulit : Biru gelap Warna Huruf : Emas Logo : Tidak dibenarkan Jenis Kulit : Keras

    1.2 Bahagian Tulang Belakang Tesis

    a. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya kurang 25mm wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib;

    Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Nama Ijazah (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Tarikh Tahun Viva (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Singkatan Nama Universiti (memanjang) : Tahoma/Arial 16

    b. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya lebih 25mm wajib

    mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib;

    Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Nama Ijazah (melintang) : Tahoma/Arial 16 Tarikh Tahun Viva (melintang) : Tahoma/Arial 16

    Singkatan Nama Universiti (melintang) : Tahoma/Arial 16

  • Gaya Penulisan UMS

    42

    1.3 Penjilidan

    Tesis dijilid secara Jahit Kekulit dan bermuka kulit keras di bahagian depan dan belakang. a. Contoh tesis yang tebalnya kurang 25mm.

  • Gaya Penulisan UMS

    43

    b. Contoh tesis yang tebalnya melebihi 25mm.

  • Gaya Penulisan UMS

    44

    c. Contoh tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid.

  • Gaya Penulisan UMS

    45

    PENYERAHAN TESIS

    Setiap pelajar harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Pascasiswazah seperti berikut: a. Calon Pascasiswazah hendaklah menyerahkan Notis Penyerahan

    Tesis/Disertasi (Borang PPPSUMS 13/2004) dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh penyerahan tesis.

    b. Tempoh penyerahan Notis Tesis/Disertasi perlu diselaraskan. c. Jawatankuasa Pascasiswazah (JPSPIU) mencadangkan nama Pemeriksa

    Luar dan Dalam serta Ahli Jawatankuasa Viva Voce dalam borang PPPSUMS13/2004.

    d. Pemeriksa Dalam dicadangkan oleh SPIU dari kalangan tenaga akademik UMS yang berkaitan dengan bidang tesis calon.

    e. Bagi tujuan Pemeriksaan Lisan perlu diserahkan sebanyak 5 naskhah. f. Setelah pembetulan perlu diserahkan sekurang-kurangnya 4 naskah

    kepada PPPS dan PPPS akan menghantar kepada SPIU dan Perpustakaan.

    RUJUKAN Allison, B. 1997. Preparing Dissertations and Thesis. London: Kogan Page

    Limited.

    Cavina, Kristan. 1995. Critical Thinking and Writing: A Developing Writesrs guide with readings. Belmont : Wadsworth Publishing Company.

    Creswell, John W. 1994. Research Design: Qualitative and Quantitative

    Approaches. London: SAGE Publications. Gaya Dewan. 1995. Gaya Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka. Gaya UKM. 1998. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (edisi keenam). Bangi:

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Gaya Penulisan UMS

    46

    LAMPIRAN A

    TANDA PRUF DAN CARA PENANDAAN DALAM TEKS

    Kerja pruf bertujuan untuk menyemak penulisan ilmiah pelajar. Penyelia diminta agar merujuk kepada sistem penandaan pruf, supaya tidak mengelirukan golongan pelajar. Berikut adalah prosedur penandaan pruf.

    Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

  • Gaya Penulisan UMS

    47

    Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

  • Gaya Penulisan UMS

    48

    Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

  • Gaya Penulisan UMS

    49

    Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

  • Gaya Penulisan UMS

    50

    LAMPIRAN B

    PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN

    i. Tajuk Kajian

    ii. Pengenalan: a. Permasalahan Kajian b. Hipotesis Kajian c. Hasil Yang Diharapkan d. Objektif Kajian

    iii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan

    penyelidikan.

    iv. Metodologi Kajian

    v. Bibliografi/Rujukan