manual ums

26
Manual Pendaftaran Universiti Secara Online Bagi Sesi Kemasukan 2015/2016 12 Ogos 2015 Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Universiti Malaysia Sabah Talian Hotline : Bahagian Perkhidmatan Akademik - 088-320193 Jabatan Bendahari -088-320194 Jabatan Hal Ehwal Pelajar - 088-320666 Masa 8.30 pagi – 4.30 petang (Isnin-Jumaat)

Upload: anon251892587

Post on 12-Jan-2016

87 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ums

TRANSCRIPT

Page 1: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Secara Online Bagi Sesi Kemasukan 2015/2016 12 Ogos 2015 Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Universiti Malaysia Sabah

Talian Hotline :

Bahagian Perkhidmatan Akademik - 088-320193

Jabatan Bendahari -088-320194

Jabatan Hal Ehwal Pelajar - 088-320666

Masa 8.30 pagi – 4.30 petang (Isnin-Jumaat)

Page 2: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 1

Isi Kandungan 1. LAMAN PENDAFTARAN PELAJAR ........................................................................................................................................ 2

2. CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SECARA ONLINE ................................................................................................ 2

3. LOGIN KE SISTEM PENDAFTARAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH .................................................................................... 4

4 PERAKUAN PELAJAR ............................................................................................................................................................. 7

5 LAMAN PENDAFTARAN UNIVERSITI ................................................................................................................................... 8

5.1 LANGKAH 1: MAKLUMAT PERIBADI................................................................................................................................ 9

5.2 LANGKAH 2: MENGEMASKINI MAKLUMAT IBU/BAPA/PENJAGA .............................................................................. 11

5.3 LANGKAH 3: MENGEMASKINI MAKLUMAT KESIHATAN ............................................................................................. 13

5.4 LANGKAH 4: MENGEMASKINI MAKLUMAT KEWANGAN ............................................................................................ 15

5.5 LANGKAH 5: PEMBAYARAN ........................................................................................................................................... 16

5.5.1 Pembayaran melalui perbankan online (MEPS FPX) ........................................................................................... 16

5.5.2 Bayaran Tunai melalui Kaunter Bank CIMB ......................................................................................................... 21

5.5.3 Bayaran Tunai melalui Kaunter Bendahari UMS....................................................................................................... 22

5.6 LANGKAH 6: PENGAKTIFAN AKAUN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR ......................................................................... 23

5.7 LANGKAH 7: PENGESAHAN ........................................................................................................................................... 24

Page 3: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 2

1. LAMAN PENDAFTARAN PELAJAR 1.1 Proses pendaftaran universiti hanya boleh dibuat selepas calon yang ditawarkan telah membuat

pengesahan setuju terima ke UMS. 1.2 Sekiranya anda belum membuat pengesahan setuju terima tawaran, sila berbuat demikian di URL:

http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS 1.3 Calon boleh melayari laman Sistem Pendaftaran Universiti di URL : http://edaftar.ums.edu.my/

Rajah 1: Muka hadapan laman Sistem Pendaftaran Universiti

2. CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SECARA ONLINE

Page 4: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 3

Rajah 2: Carta Alir Proses Pendaftaran Universiti

Pendaftaran Pin

Login

Perakuan Pelajar

Langkah 1: Mengemaskini Maklumat Peribadi

Langkah 2: Mengemaskini Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga

Langkah 3: Mengemaskini Maklumat Kesihatan

Langkah 4: Mengemaskini Maklumat Kewangan

Langkah 5: Membuat pembayaran yuran

Langkah 6: Pengaktifan Portal Sistem Maklumat Pelajar

Langkah 7: Cetak Slip Pengesahan

Page 5: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 4

3. LOGIN KE SISTEM PENDAFTARAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 3.1 Untuk membuat pendaftaran Universiti, pelajar perlu mendapatkan pin. Pastikan anda mempunyai

akaun emel untuk mendapatkan nombor pin. Sekiranya anda belum mempunyai emel akaun, sila buka akaun emel agar nombor pin dapat dihantar.

Rajah 3: Laman untuk mendaftar pin

3.2 Untuk mendapatkan nombor pin, sila masukkan nombor matrik (nombor pelajar) yang boleh didapati di dalam surat tawaran, nombor kad pengenalan (tanpa ‘-‘) dan emel akaun anda. Sila klik butang

agar nombor pin dapat dihantar ke emel anda. Mesej pengesahan akan dipaparkan sekiranya data berjaya disimpan.

Page 6: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 5

Rajah 4: Pendaftaran nombor pin

3.3 Sila semak akaun emel anda untuk mendapatkan nombor pin.

Rajah 5:Emel penerimaan pin nombor pin

Page 7: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 6

3.4 Sekiranya anda tidak menerima nombor pin, sila buat perkara-perkara berikut:- 3.4.1 Semak emel di dalam folder spam. 3.4.2 Sekiranya emel yang anda masukkan semasa pendaftaran terdapat kesilapan, sila

ulang proses (3.2) dan kemaskini akaun email anda di ruangan Email Pelajar. 3.5 Selepas anda menerima nombor pin, anda boleh log masuk melalui URL Laman Pendaftaran Universiti

di dalam emel anda untuk meneruskan proses pendaftaran. Sila gunakan nombor matrik anda dan

nombor pin dan klik butang .

Rajah 6: Login Sistem Pendaftaran Universiti

Page 8: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 7

4 PERAKUAN PELAJAR 4.1 Pelajar dikehendaki untuk membaca peraturan-peraturan yang dipaparkan.

Rajah 7: Peraturan Bendahari

4.2 Sila klik butang untuk pergi ke laman seterusnya atau ‘ untuk kembali ke laman sebelumnya.

4.3 Sila tandakan ( √ ) sekiranya anda telah membaca peraturan-peraturan yang dipaparkan.

Rajah 8: Perakuan pelajar

Page 9: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 8

5 LAMAN PENDAFTARAN UNIVERSITI

Rajah 9: Laman pendaftaran universiti

Untuk pendaftaran Universiti secara online sepenuhnya, pelajar dikehendaki membuat proses berikut:-

1. Mengemaskini dan mengesahkan maklumat peribadi 2. Mengemaskini dan mengesahkan maklumat ibu/bapa/penjaga 3. Mengemaskini dan mengesahkan maklumat kesihatan 4. Mengemaskini dan mengesahkan maklumat kewangan 5. Membuat pembayaran yuran 6. Membuat akaun portal Sistem Maklumat Pelajar 7. Mencetak slip pengesahan Pendaftaran Universiti

Makluman penting:- 1. Sila ambil maklum bahawa anda tidak boleh pergi ke langkah seterusnya tanpa melengkapkan langkah yang sedia ada. 2. Sila pastikan semua maklumat adalah lengkap dan benar kerana selepas pengesahan anda tidak boleh mengemaskini maklumat di seksyen berkenaan lagi. 3. Sekiranya anda logout (log keluar), maklumat anda akan disimpan dan anda boleh menyambung langkah yang belum selesai.

Logout

Proses pendaftaran universiti

Pengesahan maklumat

Page 10: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 9

5.1 LANGKAH 1: MAKLUMAT PERIBADI

Rajah 10: Laman Pengemaskini peribadi

No matrik Nama KP

[email protected]

alamat

Page 11: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 10

Langkah 1: Maklumat Peribadi BIL Medan Keterangan 1 No Matrik Automatik 2 Nama Automatik 3 No KP Automatik 4 Jantina Automatik 5 Kaum Sila pilih kaum/etnik daripada senarai 6 Taraf Bumiputra Sila pilih sama ada taraf bumiputra atau tidak.

*Antarabangsa – sila pilih bukan bumiputra 7 Agama Sila pilih agama daripada senarai 8 Status Kahwin Sila pilih status kahwin daripada senarai 9 Negeri Lahir Sila pilih negeri lahir daripada senarai. Sekiranya lahir di luar Malaysia, sila pilih Negara

lahir. 10 Negeri Kediaman Sila pilih negeri kediaman bagi yang bermastautin di Malaysia 11 Tarikh Lahir Sila pilih tarikh lahir daripada ikon calendar 12 No. Tel Bimbit Sila masukkan nombor telefon bimbit 13 Emel Automatik. Emel akaun akan diambil semasa login Pendaftaran Universiti 14 Alamat tetap Sila masukkan alamat tetap 15 Poskod Sila masukkan poskod alamat tetap 16 Bandar Sila masukkan bandar alamat tetap 17 Negeri Sila pilih negeri alamat tetap (dalam Malaysia sahaja) 18 Negara Sila pilih Negara alamat tetap 19 No Telefon Sila masukkan nombor telefon 20 Dewan Undangan Negeri

(DUN) Sila pilih Dewan Undangan Negeri. Sekiranya anda tidak pasti DUN, sila pilih daerah terdekat anda.

21 Alamat Surat Menyurat Sila masukkan alamat surat-menyurat 22 Poskod Sila masukkan poskod alamat surat-menyurat 23 Bandar Sila masukkan bandar alamat surat-menyurat 24 Negeri Sila pilih Negari bagi alamat surat-menyurat (dalam Malaysia sahaja) 25 Negara Sila pilih Negara bagi alamat surat-menyurat 26 No. Telefon Sila masukkan nombor telefon bagi alamat surat menyurat (sekiranya ada) 27 Jenis sekolah menengah Sila pilih jenis sekolah menengah daripada senarai

5.1.1 Sila kemaskini maklumat dengan klik butang .

5.1.2 Sila tandakan pengesahan bagi mengesahkan maklumat anda dan klik untuk meneruskan ke langkah seterusnya

Page 12: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 11

5.2 LANGKAH 2: MENGEMASKINI MAKLUMAT IBU/BAPA/PENJAGA

Rajah 11: Laman Pengemaskinian Maklumat Penjaga

Page 13: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 12

Langkah 1: Maklumat Peribadi BIL Medan Keterangan 1 Nama Sila masukkan nama ibu/bapa atau nama penjaga 2 No KP Sila masukkan nombor kad pengenalan ibu/bapa/penjaga atau nombor paspot

ibu/bapa/penjaga. 3 Pendapatan bulanan Sila masukkan gaji atau pendapatan bulanan ibu/bapa/penjaga dalam Ringgit Malaysia (RM) 4 Pekerjaan Sila pilih pekerjaan ibu/bapa/penjaga daripada senarai 5 Jawatan Sila masukkan nama jawatan ibu/bapa/penjaga 6 Majikan Sila masukkan nama majikan/jabatan/agensi tempat ibu/bapa/penjaga bekerja 7 Tanggungan Sila masukkan bilangan tanggungan ibu/bapa/penjaga 8 Alamat Sila masukkan alamat ibu/bapa/penjaga 9 Poskod Sila masukkan poskod bagi alamat ibu/bapa/penjaga 10 Bandar Sila masukkan bandar bagi alamat ibu/bapa/penjaga 11 Negeri Sila masukkan negeri bagi alamat ibu/bapa/penjaga 12 Negara Sila masukkan negara bagi alamat ibu/bapa/penjaga 13 No. Tel. Rumah Sila masukkan nombor telefon rumah ibu/bapa/penjaga 14 No. Tel. Pejabat Sila masukkan nombor telefon pejabat ibu/bapa/penjaga 15 No. Tel. Bimbit Sila masukkan nombor telefon bimbit ibu/bapa/penjaga

5.2.1 Sila kemaskini maklumat dengan klik butang .

5.2.2 Sila tandakan pengesahan bagi mengesahkan maklumat anda dan klik untuk meneruskan ke langkah seterusnya

Page 14: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 13

5.3 LANGKAH 3: MENGEMASKINI MAKLUMAT KESIHATAN

Rajah 12: :Laman pengemaskinian maklumat kesihatan

Page 15: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 14

Langkah 3: Maklumat Kesihatan BIL Medan Keterangan 1 Nombor matrik Sedia ada 2 Ketinggian Ketinggian dalam sentimeter (sm) 3 Kecacatan Adakah anda cacat? (Ya/Tidak) *Wajib diisi

Nota: Sekiranya anda TIDAK CACAT. Anda TIDAK perlu mengisi Maklumat 4,5,6,7

4 Jenis kecacatan Jika anda jawab YA pada (3), sila pilih (seperti dalam senarai sedia ada)

5 Kecacatan lain Masukkan sekiranya tidak tersenarai di dalam (4) 6 Keterangan kecacatan Keterangan kecacatan (jika ada)

7 No. OKU Masukkan Nombor Pendaftaran OKU (jika ada) 8 Taraf Kesihatan Sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan rawatan berterusan, sila pilih YA.

Nota: Sekiranya anda piilih YA, nyatakan jenis penyakit di pada medan (9) 9 Penyakit Nyatakan penyakit (jika ada) 10 Rabun warna Adakah anda rabun warna? (Ya/Tidak) *Wajib diisi 11 Kumpulan Darah Sila pilih kumpulan darah daripada senarai. 12 Alahan ubat Sila nyatakan sekiranya anda ada alahan kepada sebarang ubat

5.3.1 Sila kemaskini maklumat dengan klik butang .

5.3.2 Sila tandakan pengesahan bagi mengesahkan maklumat anda dan klik untuk meneruskan ke langkah seterusnya

Page 16: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 15

5.4 LANGKAH 4: MENGEMASKINI MAKLUMAT KEWANGAN

Rajah 13: Pengemaskinian Maklumat Kewangan

Langkah 4: Maklumat Kewangan BIL Medan Keterangan 1 Nama Bank Sila pilih nama bank daripada senarai bank 2 No Akaun Bank Sila masukkan nombor akaun bank anda

5.4.1 Sila kemaskini maklumat dengan klik butang .

5.4.2 Sila tandakan pengesahan bagi mengesahkan maklumat anda dan klik untuk meneruskan ke langkah seterusnya

Page 17: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 16

5.5 LANGKAH 5: PEMBAYARAN

Rajah 14: Pilihan kaedah pembayaran

5.5.1 Pembayaran melalui perbankan online (MEPS FPX) Rajah 15: Butiran yuran pembayaran

a. Sila pastikan anda telah mendaftar untuk perkhidmatan perbankan online sebelum membuat pembayaran melalui MEPS FPX.

b. Klik butang untuk membuat pembayaran yuran.

Page 18: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 17

c. Laman Pembayaran Online UMS akan dipaparkan dengan maklumat anda. Sila klik

untuk meneruskan proses pembayaran.

Page 19: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 18

d. Anda hendaklah memilih bank yang ingin digunakan bagi membuat bayaran FPX. Sila masukkan untuk memastikan anda mendapat notifikasi pembayaran.

Page 20: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 19

e. Sila teruskan dengan proses pembayaran online melalui Bank anda.

Page 21: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 20

f. Selepas pembayaran berjaya, anda akan mendapat notifikasi pembayaran. Sila pastikan anda tidak menutup browser anda bagi memastikan proses pembayaran selesai. Pengesahan akan dibuat secara serta merta dan anda boleh meneruskan proses pendaftaran universiti.

Page 22: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 21

5.5.2 Bayaran ATM & CDM BANK ISLAM 5.5.2.1. Bayaran di Mesin ATM BANK ISLAM a. Pelajar perlu mempunyai akaun Bank Islam b. Bayaran boleh dilakukan di mana-mana mesin ATM Bank Islam seluruh Malaysia c. Langkah bayaran di mesin ATM Bank Islam adalah seperti berikut:

Pilih Urusniaga > LAIN-LAIN

Pilih > PEMBAYARAN BIL & YURAN IPT

Pilih > YURAN IPT

Pilih > AKAUN

Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pelajar

Page 23: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 22

Pilih > TERUSKAN Pilih Bil (No. Matrik Pelajar) Masukkan Amaun Pilih > TERUSKAN Simpan Slip Urusniaga sebagai bukti pembayaran

5.5.2.2. Bayaran di Mesin CDM BANK ISLAM

a) Bayaran boleh dilakukan di mana-mana mesin CDM Bank Islam seluruh Malaysia b) Pilih Urusniaga > PEMBAYARAN BIL & YURAN IPT c) Pilih > YURAN IPT d) Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pelajar e) Pilih Bil, Nombor Matrik Pelajar f) Masukkan wang tunai dan sahkan g) Simpan Slip Urusniaga sebagai bukti pembayaran

5.5.3 Bayaran secara Kad Kredit /Debit,Cek & Deraf Bank melalui Kaunter Bendahari UMS

a) Sila buat pembayaran di Kaunter Bendahari, Jabatan Bendahari, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah.

b) Pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam Ringgit Malaysia menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.

c) Pembayaran melalui Kaunter Bendahari UMS akan disahkan serta merta. d) Kaunter Bendahari TIDAK MENERIMA pembayaran yuran pengajian secara tunai.

Page 24: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 23

5.6 LANGKAH 6: PENGAKTIFAN AKAUN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR

Rajah 16: Pengaktifan akaun Sistem Maklumat Pelajar

5.6.1 Sila masukkan kata laluan dan ulang kata laluan yang akan digunakan untuk masuk ke dalam portal

Sistem Maklumat pelajar dan klik butang .

5.6.2 Sila tandakan pengesahan bagi mengesahkan maklumat anda dan klik untuk meneruskan ke langkah seterusnya

Page 25: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 24

5.7 LANGKAH 7: PENGESAHAN

Rajah 17: Slip Pendaftaran Universiti

5.7.1 Anda telah selesai proses pendaftaran universiti.

5.7.2 Sila klik butang unstuk mencetak Slip Pendaftaran Universiti. dan bawa semasa lapor diri di Kolej Kediaman.

Page 26: Manual UMS

Manual Pendaftaran Universiti Mukasurat 25

Rajah 18: Cetakan Slip Pendaftaran Universiti Pelajar

5.7.3 Sila muat turun borang-borang di dalam seksyen Muat turun borang dan lengkapkan sebelum lapor diri di Kolej Kediaman. Borang-borang berkenaan adalah dalam bentuk Portable Document Format (PDF) dan memerlukan perisian Adobe Reader.

5.7.4 Klik butang untuk menyelesaikan proses pendaftaran universiti dan seterusnya keluar daripada sistem.

5.7.5 Anda boleh mengakses dan mencetak slip pengesahan pendaftaran universiti pada bila-bila masa dalam tempoh yang telah ditetapkan.

===TAMAT MANUAL===