bulan penghayatan ad-deen · 2019-08-14 · vasi sebagai salah satu cara yang dapat melindungi...

6
Disediakan oleh Ruhaizah Abdul Ghani Pensyarah ACIS UiTMCTKD EDISI JULAI 2018 BIL. 7/2018 AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU SURA HUJUNG, 23000 QALAM Penasihat Dr. Azarudin Awang Editor Nor Adila Mohd Noor Sidang Redaksi Ruhaizah Abd. Ghani Che Norzila Sulong Bulan Penghayatan Ad-Deen ADAB minta izin

Upload: others

Post on 23-Feb-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bulan Penghayatan Ad-Deen · 2019-08-14 · vasi sebagai salah satu cara yang dapat melindungi institusi keluarga dari an-caman fitnah. Ia memberi ruang kepada manusia untuk menutup

Disediakan oleh

Ruhaizah Abdul Ghani Pensyarah ACIS

UiTMCTKD

EDISI JULAI 2018 BIL. 7/2018

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU

SURA HUJUNG, 23000

QALAM

Penasihat

Dr. Azarudin Awang

Editor

Nor Adila Mohd Noor

Sidang Redaksi

Ruhaizah Abd. Ghani

Che Norzila Sulong

Bulan Penghayatan Ad-Deen

ADAB minta izin

Page 2: Bulan Penghayatan Ad-Deen · 2019-08-14 · vasi sebagai salah satu cara yang dapat melindungi institusi keluarga dari an-caman fitnah. Ia memberi ruang kepada manusia untuk menutup

ADAB MINTA IZIN BERDASARKAN

SURAH ANNUR

PENDAHULUAN

Al-Quran adalah kitab suci yang diimani oleh Muslim sebagai wahyu dari

Allah tuhan sekelian alam. Penurunannya berlangsung sepanjang kehidupan

Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص selepas dilantik menjadi utusan Allah. Kandungannya

menjadi rujukan bagi kehidupan sosial, ekonomi dan pelbagai aspek ke-

hidupan bagi manusia umumnya dan Muslim khususnya. Pelbagai nama

yang diberikan al-Quran yang menggambarkan ciri-cirinya seperti al-Mauizoh

(peringatan) dan al-Huda (petunjuk).

Setiap ayat yang diturunkan dengan makna, tujuan dan hikmahnya

yang tersendiri. Antara keistimewaan susunan ayat al-Quran adalah tiada

berlaku pengulangan ayat secara hakiki. Walaupun secara zahir terdapat

ayat-ayat yang sama diulang namun hakikatnya ia bukan pengulangan hakiki

kerana setiap ayat terletak pada konteks yang berbeza.

Begitu juga dengan surah yang memiliki keistimewannya serta asas

perbincangan yang khusus berbanding dengan surah yang lain. Surah al-Nur

adalah antara surah penting yang membahaskan tentang hukum dan adab

kemasyarakatan yang mampu menjamin keamanan hidup. Pemahaman dan

penghayatan ayat-ayat yang terdapat dalam surah ini yang merangkumi ke-

hidupan berkeluarga adalah penting bagi melestarikan keharmonian hidup.

Kehidupan bahagia dan sejahtera yang bermula dalam keluarga akan mem-

beri impak kepada kesejahteraan hidup masyarakat dan negara. Surah ini

berkisar tentang adab dan akhlak diri, keluarga dan masyarakat yang mana

ianya berkaitan dengan cahaya Allah yang terpancar dari asas keimanan

kepada Allah.

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati

diri dan tidak menghormati ahli rumah yang

ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka)

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik

ialah orang yang paling baik akhlaknya dan adab sopann-

ya, (Maksud Hadis)

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab

yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaaf keti-

ka berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

(khalifah Abdul Malik Marwan)

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan

ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah dan

pakaiannya. (Hamka)

Kata-kata yang lembut dan beradab dapat melembutkan

hati dan manusia yang keras. (Hamka)

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya diber-

kati dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga-bunga

keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan.

Page 3: Bulan Penghayatan Ad-Deen · 2019-08-14 · vasi sebagai salah satu cara yang dapat melindungi institusi keluarga dari an-caman fitnah. Ia memberi ruang kepada manusia untuk menutup

RUJUKAN

Al-Dhaghamin, Ziyad. 1995. Manhajiah al-Bahth fi al-Tafsir al-Maudhu’i.(Urdun:

Dar al-Basyir).

Sayid Qutb. (1986). Fi Zilal al-Quran. Jeddah: Dal al-ilm.

KEHORMATAN TEMPAT KEDIAMAN DAN HAK PRIVASI

Sebarang ketetapan adab yang disyariatkan oleh Allah adalah berte-

patan dengan fitrah manusia. Ianya bertujuan menjamin kemuliaan kehidupan

dan kelestariannya di atas landasan peraturan dan manhaj yang benar. Wujud

kesinambungan antara ketetapan adab kekeluargaan dengan peraturan ke-

hidupan dalam naungan Islam. Salah satu adab yang menjadi sebahagian per-

aturan kehidupan adalah adab minta izin seperti yang tercatat dalam surah al-

Nur, ayat 27-28 yang bermaksud

“ Wahai orang yang beriman Wahai orang yang beriman, jan-ganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya (ahlinya); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan).(27)Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka jangan-lah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu baliklah, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (28)Tidaklah menjadi salah kamu memasuki mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keper-luan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan(29)”

Ayat-ayat ini berkaitan secara langsung dengan hal-hal adab. Kumpulan

ayat ini (27-29) disusun selepas daripada ayat-ayat yang membahaskan ten-

tang zina, Qazaf dan kisah fitnah (kisah ifk). Maka ayat 27 hingga 29 membuka

mata kita tentang perlunya menjaga adab sebagai langkah pencegahan dari

terjerumus dalam masalah akhlak seperti yang dinyatakan dalam ayat sebe-

lumnya. Dalam erti kata lain adab-adab yang terkandung dalam ayat ini meru-

pakan pendinding bagi melindungi institusi keluarga dan masyarakat daripada

gejala keruntuhan akhlak bahkan ia menjelaskan kepada kita bahawa syariat

Islam bukannya hanya menghukum bahkan mengandungi adab-adab yang

mulia dalam membentuk masyarakat yang sejahtera.Islam menyediakan

pencegahan yang sewajarnya kerana mencegah itu lebih baik darpada me-

rawat.

Page 4: Bulan Penghayatan Ad-Deen · 2019-08-14 · vasi sebagai salah satu cara yang dapat melindungi institusi keluarga dari an-caman fitnah. Ia memberi ruang kepada manusia untuk menutup

Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.merupakan sumber kepada

kaedah pencegahan yang disarankan. Asas tarbiah yang menjadi elemen

penting kepada kaedah pencegahan dapat menjamin keutuhan hubungan

murni yang berterusan antara sesama manusia. Ianya dibentuk dengan

menghilangkan prasangka buruk dan faktor ketegangan dalam kehidupan.

Salah satu adab yang disarankan dalam menjaga hubungan anggota

masyarakat adalah adab meminta izin.

Adab meminta izin merupakan yang ditetapkan oleh Allah sebagai

pencegahan dan perlindungan daripada kerosakan dan ketegangan hub-

ungan individu dan keluarga dalam masyarakat. Islam amat mengalakkan

amalan berziarah sebagai cara untuk mengukuhkan hubungan namun adab

semasa berziarah perlu diambil berat agar tercapainya matlamat ziarah yang

disyariatkan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah keizinan un-

tuk memasuki rumah. Sekiranya berlaku tanpa izin ia mungkin menyebabkan

aib kepada tuan rumah kerana tetamu terpandang sesuatu yang tidak di-

ingini seterusnya mungkin membawa kepada fitnah.

Tuntutan pertama yang mendokong adab meminta izin adalah ke-

hormatan rumah. Rumah adalah penginapan dan perlindungan kepada

keluarga untuk merehatkan diri dari kepenatan bekerja atau kesibukan uru-

san seharian. Di samping itu ia mampu menyuburkan sakinah atau

ketenangan kepada ahli keluarga. Ayat al-Quran menjelaskan tiga perkara

yang dikaitkan dengan ketenangan iaitu malam, perkahwinan dan rumah.

Selain itu rumah juga adalah tempat yang memberi perlindungan kepada

aurat yang menjadi aib yang perlu dilindungi dari pandangan orang lain. Au-

rat inilah yang menjadi kehormatan bagi sesebuah rumah

Ayat ini membawa pengertian aurat yang lebih luas daripada apa yang

kita fahami. Aurat bukan hanya melibatkan anggota tubuh badan yang perlu

dilindungi daripada pandangan mahram tetapi aurat merangkumi perkara-

perkara yang perlu dilindungi bagi mengelakkan timbulnya aib. Rumah yang

didiami adalah tempat yang dapat menjaga aurat ini daripada pandangan

Adab minta izin tidak hanya berlaku di luar rumah bahkan ia turut berla-

ku di dalam rumah apabila Islam mensyariatkan adab dalam kalangan ahli ru-

mah semasa di dalam rumah. Dalam surah al-Nur ayat 85, firman Allah yang

bermaksud

“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu

dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu meminta izin sebelum

masuk ke tempat kamu dalam tiga masa iaitu sebelum sembahyang subuh dan

ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengahari dan sesudah sem-

bahyang isyak. Itulah tiga masa bagi kamu yang biasanya terdedah aurat kamu

padaamu dan mereka tidak lah bersalah kemudian daripada tiga masa yang

tersebut……..”

Ayat ini menjelaskan bahawa golongan hamba dan kanak kanak yang

belum baligh perlu meminta izin sebelum masuk ke bilik atau tempat privasi

atau kedua ibubapanya pada tiga waktu yang dinyatakan iaitu sebelum sem-

bahyang subuh, waktu tengahari atau waktu qailulah dan selepas sembahyang

isyak. Pada tiga waktu ini kebiasaannya, individu sedang merehatkan badan

dan aurat tidak ditutup dengan sempurna. Dengan sebab itulah , keizinan perlu

diminta sebelum memasuki bilik. Adab perlu dididik dalam kalangan anak anak

yang belum baligh bagi memastikan mereka tidak melihat aurat kedua

ibubapanya.

KESIMPULAN

Adab yang disyariatkan ini menunjukkan Islam amat mementingkan

peraturan hidup demi menjaga kehormatan dan hubungan kasih sayang sesa-

ma manusia dengan membendung perkara yang membawa kepada salah

faham dan perselisihan antara mereka. Selain itu dengan melazimi adab minta

izin ini ia dapat mengelakkan diri seseorang itu daripada terpandang aurat

saudaranya samada aurat badan, makanan dan peralatan dalam rumah yang

dikunjungi. Secara tidak langsung, adab ini dapat membendung gejala keruntu-

han moral yang berpunca daripada pandangan terhadap aurat-aurat tersebut.

Page 5: Bulan Penghayatan Ad-Deen · 2019-08-14 · vasi sebagai salah satu cara yang dapat melindungi institusi keluarga dari an-caman fitnah. Ia memberi ruang kepada manusia untuk menutup

mengetuk pintu rumah beliau. Beliau bertanya, “siapa itu? Aku menjawab

“Saya”, maka beliau bersabda “ Saya , Saya” seperti beliau tidak menyukainya.

Adab-adab yang disarankan ini adalah mudah dan tiada alasan

diterima untuk mengelak dari beramal dengannya. Apatah lagi dalam dunia hari

ini, banyak kemudahan teknologi disediakan bagi memudahkan urusan sesama

manusia. Sebelum berziarah, kita boleh bertanya khabar dan mendapatkan

maklumat tentang kesesuaian waktu untuk berziarah. Namun kita perlu ingat,

persetujuan yang diperolehi hasil perbincangan bukan tiket untuk melulu masuk

ke rumah setelah sampai ke tempat yang ingin diziarahi. Kita masih lagi perlu

memperelokkan tingkah laku kita dengan adab-adab yang dijelaskan.

Adab ini perlu dilazimi samada hendak memasuki rumah kenalan atau-

pun saudara mara. Namun apabila memasuki rumah sendiri yang didiami ber-

sama kaum keluarga yang lain seperti ayah, ibu atau adik beradik, maka perlu

memberi salam atau memberi petunjuk kepada ahli rumah supaya dapat

menghindar daripada terpandang aurat antara ahli keluarga.

Seterusnya adab ini disusuli dengan ayat seterusnya iaitu “Maka

sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka jan-

ganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan

kepada kamu baliklah, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang

demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui

akan apa yang kamu lakukan.

Ayat ini secara tegas melarang tetamu dari memasuk rumah

sekiranya tidak mendapat keizinan. Ia mungkin berlaku apabila tuan rumah tid-

ak bersedia untuk menerima tetamu maka seeloknya kita balik. Tidak dinafikan

situasi begini akan menimbulkan rungutan atau tidak puas hati pada individu

yand datang, namun hakikatnya pulang setelah tidak mendapat keizinan ada-

lah yang terbaik. Suruhan Allah untuk pulang adalah bertujuan untuk mem-

bersihkan jiwa dari perasaan yang tidak elok yang mungkin akan berlanjutan

sekiranya tuan rumah menerima tetamu secara terpaksa.

umum. Menurut Sayyid Qutb rumah dapat menjaga tiga aurat iaitu aurat ang-

gota tubuh badan, aurat makanan dan aurat peralatan rumah. Dalam kalangan

ahli keluarga, aurat lebih ringan jadi mereka lebih selesa berpakaian mengikut

hadnya dan berbeza dengan aurat apabila bersama dengan bukan mahram.

Begitu juga dengan peralatan, perabut dan makanan dalam rumah yang men-

jadi aurat bagi penghuninya. Ada ketikanya ahli rumah tidak mahu keadaan

rumah dan makanan yang ada padanya tidak ingin diketahui atau diperlihatkan

oleh orang luar kerana ia mungkin menyebabkan aib baginya. Atas dasar aurat

inilah, kehormatan rumah diberi perhatian di mana keizinan itu perlu diperolehi

daripada tuan rumah.

Tuntutan yang kedua pula adalah hak peribadi dan privasi manusia.

Hak ini adalah sebahagian daripada tabiat manusia yang diciptakan oleh Allah.

Ada masanya individu memerlukan ruang untuk bersendirian dan menikmati

hak privasinya samada secara bersendirian atau bersama ahli keluarganya

tanpa diganggu oleh orang luar. Rumah merupakan tempat yang paling ideal

bagi mereka menikmati saat tersebut. Pada masa itu, mereka bebas bersama,

membuat apa saja aktiviti dan berpakaian apa saja yang mereka mahu tanpa

melanggar batas-batas syariat Islam. Hak ini juga dikenali sebagai kuasa atau

kekebalan khusus yang diberikan kepada individu dan tempat kediamannnya.

Setiap individu diberikan hak bagi menjaga dan menguruskan hal-hal khusus,

apabila ia melibatkan hal-hal sulit dan rahsia. Maka ia perlu disembunyikan

atau mengelakkannya daripada tersebar kepada orang luar .

Terdapat pertalian yang kuat antara kehormatan tempat kediaman, hak

privasi yang diberikan kepada individu dengan perlindungan yang diberikan

Islam terhadap institusi keluarga. Islam menjadi tempat kediaman dan hak pri-

vasi sebagai salah satu cara yang dapat melindungi institusi keluarga dari an-

caman fitnah. Ia memberi ruang kepada manusia untuk menutup atau

melindungi aib yang ada pada diri, keluarga atau hartanya daripada diketahui

umum dan meletakkanya sebagai satu hak yang tidak boleh dicerobohi oleh

orang lain.

Page 6: Bulan Penghayatan Ad-Deen · 2019-08-14 · vasi sebagai salah satu cara yang dapat melindungi institusi keluarga dari an-caman fitnah. Ia memberi ruang kepada manusia untuk menutup

ADAB MINTA IZIN

Dalam ayat 27 surah al-Nur, perbuatan minta izin dikaitkan dengan iman

apabila Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman Wahai orang yang beriman, janganlah kamu ma-suk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya (ahlinya); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan).

Ia memberi pengertian bahawa adab ini merupakan antara sifat terpuji

orang yang beriman atau dengan kata lain, adab ini menggambarkan

pelakunya adalah seorang yang beriman kerana memahami tentang hak priva-

si dan kehormatan rumah bagi penghuninya.

Ayat ini juga tidak menggunakan perkataan isti’zan yang bermaksud

minta izin tetapi menggunakan perkataan isti’nas yang bermaksud minta ke-

mesraan. Ia menggambarkan kehalusan cara meminta izin dan memasuki ru-

mah yang mana mampu menimbulkan kemesraan tuan rumah untuk menerima

dan melayani tetamu. Isti’nas juga menggambarkan kesopanan tata susila agar

menjaga hati tuan rumah. Dalam hal ini, ia melibatkan tiga perkara yang me-

merlukan keizinan; kehormatan diri yang perlu dipelihara, kehormatan rumah

yang menjadi pelindung kepada aurat ahlinya serta masa dan keadaan. Isti’nas

bukannya semata mata meminta izin untuk memasuki rumah bahkan ia keizi-

nan bagi pandangan. Selepas mendapat keizinan, harus bagi tetamu melihat

hal dan keadaan dalam rumah yang tidak menjadi aurat kepada tuan rumah.

Isti’nas yang diberikan oleh tuan rumah rumah menunjukkan ia bersedia untuk

melayani tetamu tanpa rasa serba salah dan tetamu merasai kemesraan yang

ditunjukkan oleh tuan rumah. Apabila kemesraan wujud maka ianya dapat me-

nyempurna dan mengeratkan lagi persaudaraan Islam.

Minta keizinan dan salam adalah perkara yang disyariatkan sebelum me-

masuki sesebuah rumah yang ada penghuni. Salam perlu didahului berdasar-

kan hadis diriwayatkan dari Kaladah bin Al Hambal, bahwasanya Shafwan bin

Umayyah mengutusnya pada hari penaklukan kota Makkah dengan membawa

liba, jadayah dan dhaghabis. Ketika itu, Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص berada di atas lembah.

Aku menemui Baginda tanpa mengucapkan salam dan tanpa minta izin.

Maka Baginda bersabda: “ِاْرِجْع َفُقْل السَّاَلُم َعَلْيُكْم أأدخل”“Keluarlah, ucapkanlah salam

dan katakan: “Bolehkah aku masuk?” Hadis ini menunjukkan bahawa memberi

salam perlu didahului sebelum meminta izin untuk masuk namun hukum

keduanya adalah berbeza yang mana hukum meminta keizinan adalah wajib

manakala hukum memberi salam adalah sunat. Selain hadis ini, terdapat hadis-

hadis lain yang mengajar kita tentang adab yang perlu dijaga semasa meminta

izin iaitu;

1. Tetamu tidak seharusnya berdiri secara langsung di hadapan pintu ru-

mah tetapi dia sepatutnya berada di sebelah kanan atau kiri pintu se-

bagaimana Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلصapabila datang ke pintu rumah

seseorang, baginda tidak menghadap pintu itu secara berdepan tetapi

menghadap ke arah sudut kiri atau kanan dan berkata “ Assal-

amualaikum, Assalamualaikum” kerana pintu rumah pada masa itu tidak

ada tabir

2. Had minta izin adalah 3 kali seperti sabda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص “ Apabila

kamu telah meminta izin tiga kali dan tidak diizinkan maka kembalilah.”

3. Memperelok budi bahasa semasa meminta izin dan menyatakan dengan

jelas siapa anda apabila ditanya. Dari Jabir, dia berkata “ Aku pergi ke

rumah Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلصuntuk membayar hutang ayahku, kemudian aku