ringkasan lat

6
Bahagian A (i): Ringkasan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasrkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang implikasi-implikasi yang ditimbulkan oleh kegiatan buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Isu buli bukanlah isu yang baharu dalam kalangan masyarakat. Kegiatan buli bukan sahaja berlaku di sekolah malahan berlaku dalam mana-mana institusi seperti istitusi pengajian tinggi, swasta dan kerajaan. Isu buli ini perlu disesaikan melalui pendekatan kolektif. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan gejala ini tidak terus menjadi isu yang serius. Malangnya, apabila setiap kali menyelak akhbar atau menonton televisyen, masyarakat disajikan dengan isu buli di sana sini. Scenario sebegini akan membawa impak yang ebsar kepada pembangunan negara Malaysia yang maju dan bertamadun. Malahan, modal insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang diimpikan dalam wawasan perdana tidak dapat direalisasikan. Dalam satu kajian, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala buli terjadi, iaitu isu pembuli berasa puas apabila berjaya menyakiti mangsa secara lisan atau fizikal. Malahan, kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang terlibat dengan kes buli ini tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh dengan ibu bapa. Sebaliknya, kebanykan mereka datang dariapda hubungan kekeluargaan yang tidak mengambil berat akan didikan agama. Budaya buli jika dijadikan kelaziman akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fisikal secara berterusan. Isu buli jika tidak ditangani dengan bijaksana dapat merencatkan pembangunan kerajaan terutama dalam menyemai moral yang luhur. Realitinya, perbuatan buli sehingga menimbulkan keganasan di luar batasan kemanusiaan perlu ditentang. Hal ini demikian kerana tindakan si pembuli akan mencemarkan imej negara di mata dunia. Justeru, negara akan gagal melahirkan suatu bangsa yang berjiwa merdeka jika gagal mengatsi gejala buli daripada terus berleluasa. Yang lebih ditakuti ialah

Upload: twin-sis

Post on 14-Apr-2017

160 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan lat

Bahagian A (i): RingkasanBaca petikan di bawah dengan teliti. Berdasrkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang implikasi-implikasi yang ditimbulkan oleh kegiatan buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Isu buli bukanlah isu yang baharu dalam kalangan masyarakat. Kegiatan buli bukan sahaja berlaku di sekolah malahan berlaku dalam mana-mana institusi seperti istitusi pengajian tinggi, swasta dan kerajaan. Isu buli ini perlu disesaikan melalui pendekatan kolektif. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan gejala ini tidak terus menjadi isu yang serius. Malangnya, apabila setiap kali menyelak akhbar atau menonton televisyen, masyarakat disajikan dengan isu buli di sana sini. Scenario sebegini akan membawa impak yang ebsar kepada pembangunan negara Malaysia yang maju dan bertamadun. Malahan, modal insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang diimpikan dalam wawasan perdana tidak dapat direalisasikan.

            Dalam satu kajian, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala buli terjadi, iaitu isu pembuli berasa puas apabila berjaya menyakiti mangsa secara lisan atau fizikal. Malahan, kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang terlibat dengan kes buli ini tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh dengan ibu bapa. Sebaliknya, kebanykan mereka datang dariapda hubungan kekeluargaan yang tidak mengambil berat akan didikan agama. Budaya buli jika dijadikan kelaziman akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fisikal secara berterusan. Isu buli jika tidak ditangani dengan bijaksana dapat merencatkan pembangunan kerajaan terutama dalam menyemai moral yang luhur.

            Realitinya, perbuatan buli sehingga menimbulkan keganasan di luar batasan kemanusiaan perlu ditentang. Hal ini demikian kerana tindakan si pembuli akan mencemarkan imej negara di mata dunia. Justeru, negara akan gagal melahirkan suatu bangsa yang berjiwa merdeka jika gagal mengatsi gejala buli daripada terus berleluasa. Yang lebih ditakuti ialah budaya buli akan menjadi suatu budaya yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Oleh itu, anak-anak kita juga akna menghadapi kesukaran untuk menimba ilmu kerana wujudnya persekitaran yang tidak membantu mereka untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan aman.            Tiada gunanya negara mampu melahirkan bijak pandai dalam pelbagai bidang, sedangkan sahsiah mereka berada pada tahap yang paling rendah. Oleh itu, setiap prpgram atau garis panduan yang bakal dibuat untuk menangani masalah buli perlu dipantau dengan lebih konsisten oleh pihak yang berkenaan agar masalah ini tidak mengganggu kelancaran agenda pembangunan yang disusun oleh kerajaan.

                        (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, “Budaya Buli Sepatutnya Sudah  Berlalu”, Utusan Malaysia, Februari 2007)

Setelah membaca arahan soalan dan petikan di atas, anda buatlah jadual pembahagian isi seperti di bawah bagi memudahkan anda membuat rumusan.

Page 2: Ringkasan lat

ISI HURAIAN1 Kegiatan buli menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara

berterusan.2 Dapat merencatkan agenda pembangunan kerajaan terutama dalam menyemai moral

yang luhur.3 Tindakan si pembuli akan mencemarkan imej negara di mata dunia.4 Negara akan gagal melahirkan suatu bangsa yang berjiwa merdeka jika gagal

mengatasi gejala buli daripada terus berleluasa.5 Budaya buli akan menjadi satu budaya yang diwarisi daripada satu generasi ke satu

generasi.

Setelah anda memperoleh isi-isi penting berdasarkan arahan soalan yang dikemukakan, anda bolehlah menulis ringkasan. (anda digalakkan untuk menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal ayat).Implikasi yang timbul akibat kegiatan buli adalah mangsa akan mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. Kegiatan ini juga akan membantutkan usaha pembangunan kerajaan dalam menyemai nilai murni dalam kalangan rakyat. Pembuli juga akan mencemarkan maruah negara kepada negara luar. Selain itu, negara akan gagal melahirkan rakyat yang berjiwa merdeka jika kegiatan ini berterusan. Akhir sekali, kegiatan negative ini pasti akan menjadi budaya masyarakat jika tidak dibendung dari akar umbi.                                                                                                                        (70 patah perkataan)

Ringkasan 5  - Latihan Kendiri

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan remaja dalam memupuk semangat kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

         Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan umur termasuk remaja. Dalam hal ini, remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat, khasnya golongan remaja.

     Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga (RT). Kini, aktiviti RT semakin meluas fungsinya seperti aktiviti pendidikan, sukan, keagamaan, rekreasi, dan kesihatan. Remaja boleh terlibat dengan aktif. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan

Page 3: Ringkasan lat

dapat mewujudkan rasa kasih sayang, bantu-membantu dan kekuatan dalam kalangan rakyat. Malah, melalui suara kolektif remaja dapat saling membantu, mengingatkan dan menegur sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat. Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan iri hati, dengki, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan.

     Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman luar. Semuanya dapat dibendung jika jiran memainkan peranan masing-masing dan remaja boleh mengambil inisiatif dengan melaporkannya kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya perkara yang meragukan. Sesungguhnya, remaja boleh bekerjasama dengan media massa untuk menyemarakkan semangat kejiranan. Misalnya, dengan memaparkan rencana yang menekankan peri pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan. Selain itu, remaja boleh berinteraksi dengan ibu bapa untuk memastikan kejiranan golongan remaja sentiasa kondusif dan baik.

        Mereka juga perlu berbincang dan bersepakat dalam melaksanakan program yang bersesuaian agar matlamat yang satu dapat dicapai. Hal ini demikian kerana semangat kejiranan mampu mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman. Remaja mesti menjadikan agama sebagai pegangan utama agar lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, kejiranan dan negara.

     Remaja perlu mempunyai daya tahan dari segi fizikal dan mental agar dapat membentuk kejiranan yang kental dan utuh. Elemen jati diri dan kawalan diri yang kukuh dapat mengawal perasaan dan emosi daripada terjerumus ke lembah yang hina. Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat diturun

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Page 4: Ringkasan lat

Banyak faedah yang diperoleh apabila seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, namun begitu begitu ramai pelajar yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri,  seperti untuk berpelesiran di kafe siber dan melepak di pusat beli-belah.

Persoalannya sedarkah mereka tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Seseorang pelajar dapat menggunakan masanya dengan berfaedah apabila melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dalam pada itu, sikap berdisiplin dapat ditanam dalam sanubari pelajar-pelajar sekolah. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan pelajar. Hal ini akan mewujudkan sikap kerjasama dan toleransi di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dipupuk. Perpaduan kaum adalah tulang belakang dalam membentuk sebuah negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Yang lebih penting para pelajar dapat meluaskan ilmu pengetahuan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia dan seterusnya dapat mewujudkan rasa bangga terhadap budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda selain dapat membina keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan. Hal ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan kes-kes juvana dalam kalangan remaja kerana pelajar tidak akan ada masa untuk melibatkan diri dengan masalah-masalah sosial.

Kita akui bahawa sesetengah pelajar menganggap kegiatan kokurikulum ini boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan boleh mengeruhkan hubungan antara pelajar berbilang kaum jika tidak dikawal, namun begitu golongan yang berfikiran negatif ini haruslah ingat akan faedahnya lebih banyak berbanding kesan buruknya.

PEMAHAMAN

1. Berikan maksud rangkai kata  menjejaskan tumpuan?2. Apakah alasan yang diberikan oleh yang pelajar tidak mahu menyertai kegiatan

kokurikulum ?3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menggalakan para pelajar

menyertai aktiviti kokurikulum?

Page 5: Ringkasan lat