ringkasan kes

2
NAMA : NOR YUHANIS BINTI MOHD SALAM NO MATRIK : D 20111049002 KURSUS : SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA (HNU 3023) KUMPULAN : C Ringkasan Kes : Muhamad Fadzli bin Ramli v Public Prosecutor Kes bermula dua orang detektif SP4 dan SP5 dan seorang pemberi maklumat telah pergi ke Petaling Jaya dan diperkenalkan dengan tertuduh (OKT). Setelah berunding, tertuduh bersutuju untuk menjual 500 gulung canabis kepada detektif tersebut. Pada keesokan harinya, detektif tersebut telah pergi ke tempat yang dipersetujui. Tertuduh tiba di tempat berkenaan dengan membawa sebuah beg plastik berwarna kuning. Tertuduh menghampiri SP5 dan memberitahu SP5 bahawa dia telah membawa barangan tersebut. SP5 telah mengarahkan tertuduh untuk mengira barang tersebut di bahagian belakang kereta. SP4 memberi isyarat kepada ahli kumpulan pemerangkap yang lain. Tertuduh cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan dan diberkas manakala rakan tertuduh berjaya melarikan diri. Pegawai tangkapan telah memeriksa beg plastik tersebut dan mendapati ianya mengandungi 487 gulung canabis. Canabis tersebut telah dihantar kepada ahli kimia untuk dianalisa. Ahli kimia telah mengesahkan bahawa 487 gulung tersebut mengandungi 99.6g canabis seperti ditakrifkan dalam Akta Dadah Bebahaya 1952. Tertuduh telah didakwa mengedar dadah di bawah s 39B(1)(c). Hakim perbicaraan telah memutuskan pendakwaan telah berjaya mewujudkan prima facie terhadap tertuduh yang membolehkan disabitkan kesalahan. Tertuduh telah diminta untuk membela diri namun tertuduh memilih untuk berdiam diri. Maka, tertuduh telah disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati mandatori. Tertuduh membuat rayuan dan pihak peguam berhujah bahawa ahli kimia telah mengambil sepuluh sampel secara rawak untuk dianalisa. Beliau telah mengambil lebih kurang satu gram bahan tumbuhan untuk ujian pertamanya dan dari satu gram ini beliau telah mengambil sepuluh sampel secara rawak. Berat keseluruhan bahan tumbuhan yang digunakan bagi ujian tersebut adalah tidak jelas. Peguam bagi pihak tertuduh mendakwa bahawa berar yang digunakan sebagai sampel oleh ahli kimia bagi ujian tidak memadai jika dibandingkan dengan kes Leong Bon Huat v Public Prosecutor. Peguam tertuduh juga mendakwa terdapat kekeliruan sama ada `canabis` di sini adalah `canabis` seperti yang dimaksudkan di bawah s 2 atau seperti yang terkandung dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta tersebut. Ahli kimia didapati tidak dapat membuat keputusan mengenainya. Ketika penutupan kes pendakwaan, hakim perbicaraan telah memutuskan bahawa ia berpuas hati, dan setelah penilaian

Upload: nor-yuhanis-mohd-salam

Post on 21-Jan-2016

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh kes

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan Kes

NAMA : NOR YUHANIS BINTI MOHD SALAM

NO MATRIK : D 20111049002

KURSUS : SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA (HNU 3023)

KUMPULAN : C

Ringkasan Kes :

Muhamad Fadzli bin Ramli v Public Prosecutor

Kes bermula dua orang detektif SP4 dan SP5 dan seorang pemberi maklumat telah pergi ke

Petaling Jaya dan diperkenalkan dengan tertuduh (OKT). Setelah berunding, tertuduh

bersutuju untuk menjual 500 gulung canabis kepada detektif tersebut. Pada keesokan

harinya, detektif tersebut telah pergi ke tempat yang dipersetujui. Tertuduh tiba di tempat

berkenaan dengan membawa sebuah beg plastik berwarna kuning. Tertuduh menghampiri

SP5 dan memberitahu SP5 bahawa dia telah membawa barangan tersebut. SP5 telah

mengarahkan tertuduh untuk mengira barang tersebut di bahagian belakang kereta. SP4

memberi isyarat kepada ahli kumpulan pemerangkap yang lain. Tertuduh cuba melarikan diri

tetapi berjaya ditahan dan diberkas manakala rakan tertuduh berjaya melarikan diri. Pegawai

tangkapan telah memeriksa beg plastik tersebut dan mendapati ianya mengandungi 487

gulung canabis. Canabis tersebut telah dihantar kepada ahli kimia untuk dianalisa. Ahli kimia

telah mengesahkan bahawa 487 gulung tersebut mengandungi 99.6g canabis seperti

ditakrifkan dalam Akta Dadah Bebahaya 1952. Tertuduh telah didakwa mengedar dadah di

bawah s 39B(1)(c). Hakim perbicaraan telah memutuskan pendakwaan telah berjaya

mewujudkan prima facie terhadap tertuduh yang membolehkan disabitkan kesalahan.

Tertuduh telah diminta untuk membela diri namun tertuduh memilih untuk berdiam diri. Maka,

tertuduh telah disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati mandatori. Tertuduh membuat

rayuan dan pihak peguam berhujah bahawa ahli kimia telah mengambil sepuluh sampel

secara rawak untuk dianalisa. Beliau telah mengambil lebih kurang satu gram bahan

tumbuhan untuk ujian pertamanya dan dari satu gram ini beliau telah mengambil sepuluh

sampel secara rawak. Berat keseluruhan bahan tumbuhan yang digunakan bagi ujian

tersebut adalah tidak jelas. Peguam bagi pihak tertuduh mendakwa bahawa berar yang

digunakan sebagai sampel oleh ahli kimia bagi ujian tidak memadai jika dibandingkan

dengan kes Leong Bon Huat v Public Prosecutor. Peguam tertuduh juga mendakwa

terdapat kekeliruan sama ada `canabis` di sini adalah `canabis` seperti yang dimaksudkan di

bawah s 2 atau seperti yang terkandung dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta tersebut.

Ahli kimia didapati tidak dapat membuat keputusan mengenainya. Ketika penutupan kes

pendakwaan, hakim perbicaraan telah memutuskan bahawa ia berpuas hati, dan setelah

Page 2: Ringkasan Kes

penilaian maksima dibuat terhadap kes pendakwaan, wujud suatu kes prima facie terhadap

tertuduh telah dibuktikan yang jika tidak disangkal akan membawa sabitan keatasnya.

Peguam tertuduh mendakwa hakim perbicaraan telah menggunakan piawai pembuktian

yang salah dan gagal membuat penilaian semula keterangan yang diberikan setelah

tertuduh memilih untuk berdiam diri. Mahkamah telah memutuskan untuk menolak rayuan

dan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap tertuduh. Oleh itu, tertuduh telah didakwa

mengedar dadah di bawah s 39B(1)(c) di bawah Akta tersebut. Hakim perbicaraan tela

memutuskan terdapat bukti yang kukuh bahawa tertuduh yang telah berunding dengan SP4

dan SP5 bagi penjualan canabis dan tertuduh juga telah membawa beg berwarna kuning

yang mengandungi canabis semasa beliau ditahan. Tertuduh telah disabitkan kesalahan dan

dijatuhkan hukuman mati mandatori.