ringkasan buku new
DESCRIPTION
kepimpinanTRANSCRIPT
PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN
Define dan Konsep
Proses mendapatkan maklumat bagi memastikan pengurusan kurikulum di institusi pendidikan (sekolah) dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Memastikan pengurusan kurikulum serta pembelajaran dan pengajaran berada pada landasan yang betul.
Pemantau dan Penyelia di Sekolah
Keperluan yang ditepati akan berikan impak positif Dilaksanakan oleh pengurus/pentadbir yang berpengalaman
Guru besarGuru-guru penolong kananKetua- ketua bidangPenyelia petang Ketua-ketua panitia
Kepentingan Pemantauan dan Penyeliaan
Menambah baik tahap pengajran guru Meningkatkan proses komunikasi Mewujudkan persefahaman antara pengurus kurikulum dengan pelaksana kurikulum Proses ‘learning through doing’ secara langsung Meningkatkan rasa tanggungjawab seebagai pemimpin kurikulum dan pemimpin
instruksional di sekolah Meningkatkan ‘contact time’ Panduan utama Mempertingkatkan daya profesionalisme guru besar/pengetua dan guru Berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk membaiki system pengurusan kurikulum
sekolah dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran guru.
Fungsi Penyelia dan Pentadbir
PENTADBIRAN- Mempromosi dan mengekalkan piawai tugas yang baik.
- Membuat penyelarasan
- Mengekalkan keharmonian, hubungan professional dalam mewujudkan spirit decorps antara pemimpin sekolah dengan guru.
- Memastikan kelicinan dan kecekapan
NASIHAT DAN
BIMBING- Mengekalkan keharmonian, hubungan professional dalam mewujudkan spirit de corps antara pemimpin sekolah dengan guru
PENDIDIKAN- Usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran mengajar
A) KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL
Lima langkah pelaksanaa penyeliaan klinikal adalah seperti berikut:
Langkah 1 : Perbincangan Pra Pemerhatian
Pemantau bersama-sama dengan guru membuat persetujuan tentang criteria yang hendak
diperhatikan. Contohnya, pemantau ingin melihat Set Induksi Guru, Teknik Soal Jawab,
Kandungan Sukatan Pelajaran, Penggunaan ABM atau Pedagogi dan sebgainya.
Pemantauan jenis ini memerlukan penggunaan instrument khusus bagi memastikan ia
dilakukan secara objektif dan professional. Bagi tujuan ini pemantau digalakkan merujuk
kepada instrument Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Edisi 2004.
Langkah 2 : Pemerhatian Dalam Bilik Darjah
Pemantau membuat pemerhatian dan merekod data tentang tingkah lak, teknik
pengajaran dan pemerhatian berfokus seperti yang dipersetujui bersama dalam sesi
prapemerhatian.
Langkah 3 : Analisis Data
Pemantau menganalisis data yang diperolehi untuk mendapatkan gambaran tentang corak
tingkah laku guru dan murid untuk dibincangkan dengan guru.
Langkah 4 : Perbincangan Pasca Pemerhatian
Jenis-jenis Pemantauan
Pemantau mengadakan perbincangan berasaskan data, maklum balas berfokus dan
mencari alternative, dan mengambil tindakan susulan. Contoh tindakan susulan adalah
seperi guru mengajar semula, mengadakan latihan pengajaran mikro, membuat rujukan,
latih tubi dan demonstrasi. Bimbingan pemantau berakhir apabila guru telah membaiki
kemahiran mengajarnya.
Langkah 5 : Penilaian Pasca Perbincangan
Pemantau menggalakkan guru memberi respons kepada soalan berikut:
Adakah penyeliaan ini membantu anda?
Bagaimanakah anda dapat mengatasi masalah yang telah dikenal pasti dalam
perbincangan in.
Perbincangan Pra
Pemerhatia
n
Criteria yang hendak diperhatikan ?9set induksi, sola jawab, kandungan, ABM)Penggunaan instrument (SKPM edisi 2004)
Pemerhatia
n Dala
m Bilik Darja
h
Perhati dan merekod data (tingkahlaku, teknik pengajaran)
Analisis
Data
Pemantau menganalisis data yang diperolehi
Perbincangan
Pasca Pemerhatia
n
Perbincangan berasaskan dataMaklum balas berfokusMencari alternativeTindakan susulan
Penilaian
Pasca Perbincangan
Mengalakkan guru memberi respons kepada soalan-soalan penyelia
B) PEMANTAUAN MANAGEMENT BY WALKING ABOUT (MBWA)
Pemerhatian Guru besar akan berjalan dari satu bilik darjah ke bilik darjah/ bengkel/ makmal Tiada instrument khusus Buku catatan di tangan – rekodkan segala dapatan
Tindakan ke atas dapatan pemerhatian dibahagikan kepada beberapa keadaan:
1. Tindakan sangat penting dan serta merta Contoh: guru/murid tidak masuk bilik darjah mengikut jadual, murid berkeliaran Guru besar beri teguran Rekod sebagai bahan rujukan dan kawalan
2. Tindakan penting tetapi tidak perlu disegerakan Contoh: pembelajaran dan pengajaran kurang berkesan, penampilan guru bercanggah dengan etika Guru besar membuat teguran
3. Tindakan kurang penting tetapi perlu disegerakan Contoh; kerja-kerja mencetak kertas soalan ujian sekolah apabila tarikh ujian sudah semakin hampir Guru besar mengarahkan tindakan serta merta diambil
4. Tindakan kurang penting dan tidak perlu segera Contoh: membina bilik mesyuarat baru Guru besar merekod, menganalisis dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah untuk maklum balas dan membuat keputusan
Prinsip-prinsip Pemantauan dan
Penyeliaan
Dijalankan mulai awal hingga penutup PdP Dijalankan dengan
mewujudkan suasana interaksi
yang mesra
Peluang diberikan kepada guru untuk
memberikan pendapat
Penyediaan PdP hendaklah
dirancang dengan seimbang
Penilaian dibuat secara adil
Rekod penyeliaan PdP di kelas dicatat dengan ringkas dan
tepat
Teguran dan nasihat secara professional
diberikan
Bimbingan diberikan bagi meningkatkan
kualiti pengajaran guru
Panduan yang jelas diberikan
Dijalankan oleh guru besar ke atas
semua guru
ISU-ISU PEMBELAJAR
AN DAN PENGAJARAN
pengajaran berpusatkan guru bukan
muridguru banyak
berleter
pendekatan tidak pelbagai
dan banyak gunakan 'chalk
and talk'
ABM kurang digunakan
tidak mengambil kira potensi
murid
pemulihan dan pengayaan tidak
dilaksanakan secara berkesanbanyak
gunakan kaedah kelas
soalan-soalan tidak
bercapah
murid kurang diberi peluang mengeluarkan
pendapat
murid kurang latihan
kesalahan murid tidak
diperbetulkan
objektif pengajaran tidak jelas
Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar dalam Pemantauan dan Penyeliaan Pembelajaran dan
Pengajaran
Dalam melaksanakan penyeliaan secara terus pengetua/guru besar perlu memahami
sepenuhnya semua surat arahan, pekeliling, dokumen serta bahan edaran KPM yang
berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran iaitu:
Pelaksanaan kurikulum kebangsaan melalui penggunaan sekatan dan Huraian
Sukatan Pelajaran kemaskini yang sedang diguna pakai.
Jadual waktu persendirian guru, jadual waktu kelas, jadual waktu bilik khas,
jadual waktu guru ganti, dan jadual waktu induk perlu dipamer dan ditandatangani
oleh pengetua/guru besar.
Buku persediaan mengajar guru
Buku teks
Buku latihan murid
Isu-isu Pemantauan dan Penyeliaan
Amalan negatif berlaku kerana ada antara pemantau/ penyelia
Sekolah perlu mewujudkan system pemantauan yang berkesan
System pemantauan yang berkesan akan :
Memberikan maklum balas tentang pelaksanaan dasar dan kurikulum sekolah.
Menggambarkan status pelaksanaan arahan, projek dan aktiviti
tidak membuat pemantauan
tidak memahami peraturan (garis panduan
KPM) yang memandu mereka melaksanakan
pemantauan dan penyeliaan betul
melaksanakan pemantauan tetapi tidak
tepat/ tidak menilai perkara yang sepatutnya
menurunkan kuasa (empowerment)
memantau kepada subordinates tanpa
bimbingan yang betul
tidak berlaku perkongsian ilnu dalam proses
memantau dan menyelia di antara kedua belah
pihak
tiada ilmu, kemahiran dan pengalaman memantau
secara berfokus
System ini untuk menambah baik dan menggelakkan sesuatu keadaan daripada berulang.
Instrument Pemantauan
Instrument yang disarankan adalah untuk pemanatauan dan penyeliaan di sekolah ialah
Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Edisi 2004.
Diperlukan oleh pihak pengurusan sekolah untuk membuat penarafan kendiri status
semasa sekolah.
Pemantauan dan Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) terhadap guru di dalam kelas perlu
menjadi tugas utama pengetua dan guru besar dalam senarai tugas mereka sebagai
pemimpin instruksional.
Tujuannya adalah untuk mempertingkatkan keberkesanan proses P&P yang menjadi
tugas utama guru sebagai pendidik.
Glatthorn (1984) memberi pengertian penyeliaan pembelajaran sebagai,
‘a process designed to improved instruction by conferring with the teacher on
lesson planning, observing the lesson, analyzing the observation data, and
giving the teacher feedback about the observation’
Rumusan dan Cadangan
Pemantauan dan penyeliaan sangat penting dilaksanakan oleh seorang pemimpin
instruksional dalam usaha mewujudkan sekolah berkesan. Amalan pemantauan yang berkesan
dapat dilihat dengan jelas di semua sekolah yang telah memenangi Anugerah Sekolah Harapan
Negara dan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Malaysia. Sebagai seorang pemimpin sekolah
adalah menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang sangat tinggi kepada pengetua dan guru besar
menumpukan fokus terhadap pembelajaran dan pengajaran yang merupakan jantung dan nadi
kepada keberkesanan sesebuah sekolah. Pengurusan kurikulum yang menyokong kepada
keberkesanan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran perlu diselia dan dipantau bagi
keberkesanan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran tersebut. Pengetua dan guru besar perlu
mempunyai ilmu, cekap dan berketrampilan dalam melaksanakan pemantauan dan penyeliaan.
Kemahiran kepimpinan instruksional perlu dimantapkan bagi meningkatkan keberkesanan
sesebuah sekolah selaras dengan kenyataan a principal makes a difference.
Pusat Perkembangan Kurrikulum, (2001), Kepimpinan Dan Pengurusan Kurrikulum Di
Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan Kurrikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
Jemaah Nazir Sekolah, Perancangan Strategik 2001-2010
Jemaah Nazir Sekolah (2004), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah, Pernyataan
Standard SKPM 1.
Jemaah Nazir Sekolah (2004), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah, Instrumen
Pemastian Standard SKPM 2.
Dato’ Salleh bin Mohd Hussein, (2006), ‘Kepimpinan Instruksional Menjana Keberkesanan
Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.