ringkasan awam untuk rancangan pengurusan hutan 2006

53
RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006-2015 BAGI NEGERI KELANTAN DARULNAIM 1.0 UMUM 1.1 Tempoh Rancangan Pengurusan Hutan ( RPH ) RPH yang disediakan ini adalah bagi tempoh 15 tahun iaitu dari tahun 2006- 2015. 1.2 Organisasi dan Struktur Jabatan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Darulnaim (JPNK), sepertimana juga dengan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri yang lain di Semenanjung Malaysia, terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang beribupejabat di Kuala Lumpur. JPSM pula merupakan salah sebuah daripada beberapa Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia. Di negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri diterajui oleh seorang Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) yang, di samping bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Perhutanan JPSM, juga bertanggungajwab terus kepada Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Dato Tuan Guru Menteri Besar. Di peringkat negeri, PPN bertanggungjawab dalam menguruskan hal pentadbiran, pembangunan, pengurusan dan pemeliharaan segala produk dan perkhidmatan hutan yang terdapat di negeri ini; manakala di peringkat Persekutuan pula beliau bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah JPSM berhubung dengan urusan teknikal dan professional perhutanan merangkumi semua aspek pengurusan hutan secara berkekalan ( sustainable forest management (SFM)), pemeliharaan dan perlindungan sumber hutan, pembangunan industri berasas-hutan dan kayu serta produk bukan-kayu, pembangunan sumber manusia dan pendidikan/ pengembangan/ publisiti tentang perhutanan selaras dengan kehendak Dasar Perhutanan Negara (DPN). Tugas dan tanggungjawab yang berat ini dilaksanakan dengan teratur dan sempurna berpandukan kepada arahan umum yang terdapat di dalam Manual Perhutanan 2003 serta panduan yang agak lebih spesifik di peringkat Unit Pengurusan Hutan (Forest Management Unit FMU) dalam bentuk Rancangan Pengurusan Hutan (RPH). Keseluruhan Negeri Kelantan Darulnaim adalah dianggap sebagai sebuah FMU tersendiri dan RPH ini telah disediakan khusus bagi kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terdapat dalam negeri ini. Dari segi perundangan, ketentuan bagi penyediaan RPH bagi FMU Kelantan

Upload: roziahzailan

Post on 30-Jun-2015

682 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006-2015 BAGI

NEGERI KELANTAN DARULNAIM 1.0 UMUM

1.1 Tempoh Rancangan Pengurusan Hutan ( RPH )

RPH yang disediakan ini adalah bagi tempoh 15 tahun iaitu dari tahun 2006-2015.

1.2 Organisasi dan Struktur Jabatan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Darulnaim (JPNK), sepertimana juga dengan

Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri yang lain di Semenanjung Malaysia, terletak di

bawah pentadbiran Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

yang beribupejabat di Kuala Lumpur. JPSM pula merupakan salah sebuah daripada

beberapa Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber

Asli dan Alam Sekitar, Malaysia. Di negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri

diterajui oleh seorang Pengarah Perhutanan Negeri (PPN) yang, di samping

bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Perhutanan JPSM, juga bertanggungajwab

terus kepada Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Dato Tuan Guru Menteri

Besar.

Di peringkat negeri, PPN bertanggungjawab dalam menguruskan hal pentadbiran,

pembangunan, pengurusan dan pemeliharaan segala produk dan perkhidmatan hutan

yang terdapat di negeri ini; manakala di peringkat Persekutuan pula beliau

bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah JPSM berhubung dengan urusan teknikal

dan professional perhutanan merangkumi semua aspek pengurusan hutan secara

berkekalan (sustainable forest management (SFM)), pemeliharaan dan perlindungan

sumber hutan, pembangunan industri berasas-hutan dan kayu serta produk bukan-kayu,

pembangunan sumber manusia dan pendidikan/ pengembangan/ publisiti tentang

perhutanan selaras dengan kehendak Dasar Perhutanan Negara (DPN). Tugas dan

tanggungjawab yang berat ini dilaksanakan dengan teratur dan sempurna berpandukan

kepada arahan umum yang terdapat di dalam Manual Perhutanan 2003 serta panduan

yang agak lebih spesifik di peringkat Unit Pengurusan Hutan (Forest Management Unit –

FMU) dalam bentuk Rancangan Pengurusan Hutan (RPH). Keseluruhan Negeri

Kelantan Darulnaim adalah dianggap sebagai sebuah FMU tersendiri dan RPH ini telah

disediakan khusus bagi kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terdapat dalam

negeri ini. Dari segi perundangan, ketentuan bagi penyediaan RPH bagi FMU Kelantan

Page 2: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

sebagai salah sebuah negeri dalam Semenanjung Malaysia, telah diperuntukkan oleh

undang-undang negara di dalam Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan) 1993

(Seksyen 4 dan Seksyen 20).

Struktur Pentadbiran

Pada masa ini pentadbiran JPNK berpusat di ibu pejabatnya di Tingkat 1, Blok 5, Kota

Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim. Pentadbiran daerah pula dibahagikan

kepada tiga (3) Jajahan Hutan iaitu Jajahan Kelantan Barat yang berpejabat di Tanah

Merah, Jajahan Kelantan Timur yang berpejabat di Machang dan Jajahan Kelantan

Selatan yang berpejabat di Gua Musang. Di peringkat ibupejabat di Kota Bharu

Bandaraya Islam, PPN dibantu oleh 2 orang Timbalan Pengarah iaitu Timbalan

Pengarah Pembangunan dan Timbalan Pengarah Operasi, seorang Timbalan Pengarah

(Pentadbiran & Kewangan), seorang Penolong Pengarah (Silvikultur dan Perlindungan),

seorang Penolong Pengarah (Perancangan dan Pengurusan Hutan), seorang Penolong

Pengarah (Perindustrian dan Pengusahasilan), seorang Penolong Pengarah (Operasi

dan Penguatkuasaan); 2 orang Penolong Pegawai Pengurusan Hutan, 2 orang

Penolong Pegawai Silvikultur dan 2 orang Penolong Pegawai Penguatkuasa. Di

peringkat Jajahan, setiap Jajahan Hutan ditadbir oleh seorang Pegawai Hutan Jajahan

dengan dibantu oleh seorang atau dua orang Penolong Pegawai Hutan Jajahan.

Jajahan Hutan Kelantan Barat

Jajahan Hutan Kelantan Barat dibahagikan kepada Empat Renj iaitu; (1) Renj Tanah

Merah, (2) Renj Jeli, (3) Renj Kuala Balah, dan (4) Renj Dabong. Jumlah keluasan HSK

di bawah pentadbiran Jajahan Hutan ini ialah kira-kira 226,538ha merangkumi sejumlah

12 HSK iaitu HSK Balah, HSK Berangkat, HSK Bukit Akar, HSK Gunung Basor, HSK

Gunung Stong Selatan, HSK Gunung Stong Tengah, HSK Gunung Stong Utara, HSK

Jedok, HSK Jeli, HSK Jentiang, HSK Sungai Sator, dan HSK Sokor Taku. Kira-kira

48,800ha daripada HSK dalam Jajahan Hutan ini masih belum dibalak pada 2005.

Jajahan Hutan Kelantan Timur Pejabat Jajahan Hutan Kelantan Timur mentadbir seluas 169,202ha HSK yang mana

kira-kira 26,600ha daripadanya masih belum dibalak pada 2005. Senarai HSK yang

termasuk di dalam Jajahan Hutan ini ialah: HSK Sungai Sam, HSK Temangan, HSK Ulu

Sat, HSK Ulu Temiang, HSK Chabang Tongkat, HSK Sungai Durian, HSK Lebir, HSK

Serasa, HSK Relai, HSK Sungai Rek dan HSK Semarak. Kesemua HSK ini ditadbir

dalam 4 Renj iaitu Renj Machang, Renj Kuala Krai, Renj Laloh dan Renj Manik Urai.

Jajahan Hutan Kelantan Selatan

Page 3: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Jajahan Hutan Kelantan Selatan merupakan Jajahan Hutan yang terbesar dengan 4

Renj iaitu Renj Batu Papan, Renj Galas, Renj Nenggiri dan Renj Lojing serta

membabitkan seluas kira-kira 233,947ha HSK. Sebahagian besar daripada HSK ini

merupakan HSK yang baru diusahasil (i.e. kurang daripada 25 tahun). Pada 2005

sejumlah kira-kira 45,100ha daripada HSK dalam Jajahan Hutan ini masih belum dibalak.

HSK-HSK yang terdapat di sini termasuklah: HSK Batu Papan, HSK Bukit Hantu, HSK

Chiku, HSK Gunung Rabong, HSK Limau Kasturi, HSK Lojing, HSK Nenggiri, HSK

Perias, HSK Sungai Betis, HSK Sungai Berok, HSK Sungai Terah, dan HSK Ulu Galas.

1.2.1 Kerangka Perundangan dan Pentadbiran

Dasar Perhutanan Negara

Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1978 (Pindaan 1992) telah diterimapakai di

negeri Kelantan pada 29hb. April 1979. Semenjak penerimaan DPN ini JPNK

telah berusaha bersungguh-sungguh dalam mentadbir dan mengurus sumber

hutan negeri berdasarkan prinsip keberkekalan sumber menurut SFM, sesuai

dengan kehendak-kehendak dan peruntukan yang relevan di dalam Dasar ini

iaitu dengan memberi penekanan secara komprehensif dan berintegrasi dalam

pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber hutan dan sumber

biodiversiti di samping pada masa yang sama memenuhi keperluan dan aspirasi

negeri dan rakyat tempatan sebagaimana yang digariskan seperti berikut:-

i) Mengadakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang mencukupi

dan terpelihara serta terurus dari segi kualiti dan kuantitinya dan sebagai

Hutan Perlindungan;

ii) Mengadakan kawasan HSK yang mencukupi sebagai Hutan Berhasil bagi

menjamin pengeluaran hasil (kayu balak dan bukan kayu) dan

perkhidmatan hutan yang berterusan, bermutu tinggi dan berkekalan di

samping menjamin pemeliharaan biodiversiti dan kestabilan alam sekitar

dan ekologi;

iii) Mengurus kawasan HSK berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan

sesecara berkekalan (SFM);

iv) Melaksanakan usaha-usaha pembangunan, pemulihan dan

penghutanan-semula kawasan dan alam sekitar hutan secara berterusan

berdasarkan amalan silvikultur yang konsisten dan berkesan bagi

memenuhi permintaan sumber pada jangka panjang;

Page 4: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

v) Mempastikan supaya kerja-kerja pengusahasilan sumber hutan di luar

kawasan HSK dilaksanakan secara berimbang dan mesra-alam sekitar

sesuai dengan pola pembangunan dan gunatanah supaya memperoleh

faedah-faedah yang paling maksima;

vi) Meningkatkan pengusahasilan dan penggunaan semua jenis hasil dan

perkidmatan hutan dan menggalakkan pertumbuhan industri berasas

kayu dan bukan-kayu bagi tujuan mencapai tahap penggunaan sumber

yang maksimum dan bernilai-tambah, meminimumkan pembaziran,

membangunkan sains dan teknologi (menerusi penyelidikan dan

pembangunan), mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, mendapatkan

tukaran wang asing dan meningkatkan taraf hidup; dan

vii) Melaksanakan program latihan perhutanan dan pembangunan sumber

manusia di semua peringkat sektor awam dan swasta bagi mengeluarkan

tenaga kerja yang bermaklumat, bermotivasi, berkualiti dan terlatih.

1.2.2 Perundangan Hutan

(a) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 Dan Kaedah-

Kaedah Hutan 1986

Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) yang telah diluluskan oleh

Parlimen pada 19hb Oktober 1984 telah diterimapakai di Negeri Kelantan

pada 19hb Disember 1986. Akta ini kemudiannya telah dipinda pada

tahun 1993 dengan memperuntukkan penalti dan hukuman yang lebih

berat terhadap sesuatu kesalahan hutan. Pindaan akta ini telah

dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kelantan

pada 23hb Mac 1994 dan telah diluluskan sebagai Enakmen Perhutanan

Negeri (Penerimapakaian) Pindaan 1993. Enakmen ini kemudiannya

telah diwartakan pada 28hb April 1994 dan mulai berkuatkuasa di Negeri

Kelantan pada 29hb April 1994.

Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 diatur menurut 10 Bahagian, 17

Bab, 117 Seksyen dan 6 Jadual. Bahagian - Bahagian yang

dimaksudkan terdiri daripada:

(I) Permulaan; (II) Pentadbiran; (III) Hutan Simpanan Kekal, (IV)

Pengurusan dan Pembangunan, (V) Royalti dan Premium; (VI) Kayu

Page 5: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

yang Tidak Dituntut; (VII) Pelbagai Kesalahan dan Penalti; (VIII)

Penguatkuasaan; (IX) Pelbagai; dan (X) Peruntukan Peralihan dan

sebagainya. Sebahagian besar daripada kandungan APN 1984 ternyata

lebih memberi penumpuan kepada pentadbiran dan pengurusan sumber

hutan khususnya yang berhubung dengan pengusahasilan pelbagai

produk dan sumber yang terdapat di dalam hutan bagi maksud

menghasilkan pulangan kewangan secara tetap dan lestari; terutamanya

produk kayu balak. Dalam konteks ini kesedaran terhadap pengurusan

alam sekitar dan perlindungan sumber biodiversiti boleh dikatakan masih

baru dan APN 1984 perlulah dikemaskinikan dengan memasukkan

peruntukan baru bagi mencerminkan perubahan paradigma ini.

Di negeri Kelantan, pengusahasilan hutan bagi produk kayu balak

dilaksanakan melalui sekurang-kurangnya 5 kaedah seperti berikut:

i) Kelulusan melalui Kawasan Perjanjian Jangka Panjang

ii) Kelulusan secara pemberian Tender Pembalakan

iii) Skim Insentif kepada Kilang Papan

iv) Kelulusan Permohonan Mengusahasil Saki Baki Kayu Balak

dalam Tanah Kerajaan, dan

v) Kelulusan mengusahasil Tanah Berimilik/Lesen Melombong.

(b) Enakmen Industri Berasas Kayu 1985 dan Kaedah-Kaedah Industri Berasaskan Kayu 1990

Sesuai dengan peruntukan dalam seksyen 1(2) dari Akta Industri

Berasas-Kayu (State Legislature Competency), 1984, Akta berkenaan

telah diterimapakai di negeri Kelantan Darulnaim apabila Akta

Perhutanan Negara 1984 (A313) dilulus dan diterimapakai di peringkat

negeri pada 1hb Januari 1986. Ini memberi kuasa dan tanggungjawab

kepada JPNK bagi mengawal, menyelaras dan melesen semua jenis

industri berasas kayu di negeri ini. Akta ini terdiri daripada 5 Seksyen

dan satu Jadual, bertujuan bagi mengawal dan menguatkuasakan

peruntukan-peruntukan berhubung dengan pengilangan dan

pemprosesan bahan-bahan kayu di seluruh Malaysia . Pada masa ini

terdapat sejumlah 63 buah kilang papan, 5 buah kilang papan lapis, dan

7 buah kilang kayu kumai yang berdaftar di negeri Kelantan; di samping

banyak kilang perabot dan stor kayu. Bilangan lesen membalak yang

aktif beroperasi di Kelantan adalah tidak kurang daripada 300 lesen

Page 6: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

kesemuanya setiap tahun. Catuan Tebangan Tahunan (Annual

Allowable Coupe – AAC) bagi Negeri Kelantan bagi tempoh Rancangan

Malaysia Ke Lapan (2001 – 2005) telah ditetapkan seluas 6,900 ha/tahun.

Kadar AAC ini akan diubah dari semasa ke semasa berdasarkan

keperluan dan keupayaan sumber sediada sesuai dengan semangat dan

prinsip pengurusan hutan secara SFM sambil mengambilkira

pertimbangan perancangan-makro di peringkat nasional.

(c) Akta/ Enakmen Lain yang Berkaitan.

Dalam menjalankan rutin hariannya JPNK sentiasa berganding bahu dan

bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain yang

berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sumber alam, tanah dan

alam sekeliling. Jabatan/agensi berkenaan termasuk Jabatan Alam

Sekitar (JAS), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan

Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Hal-Ehwal

Orang Asli (JHEOA), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara (PERHILITAN), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan

Bomba dan Penyelamat, Pejabat-pejabat Tanah dan Jajahan dan

sebagainya. Kakitangan JPNK memberikan bantuan dari semasa ke

semasa dalam usaha agensi-agensi berkenaan menjalankan penyiasatan,

pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap

Akta yang berkaitan atau terhadap peraturan-peraturan yang dibuat di

bawahnya. Di antara akta/undang-undang yang dimaksudkan termasuk:

Kanun Tanah Negara 1965;

Kanun Keseksaan (FMS Cap. 45), 1948 (Pindaan 1993);

Kanun Acara Jenayah (FMS Cap. 6), 1903 (Pindaan 1995);

Akta Keterangan 1950 (Pindaan 1993);

Akta Prosedur Kewangan 1967 (Pindaan 1993);

Enakmen Bekalan Air 1935;

Akta Perlindungan Tanah 1960;

Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 & 1988);

Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 1973;

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1995);

Akta Taman Negara 1980 (Pindaan 1983);

Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia (MFRDB)

1985;

Page 7: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Enakmen Perlombongan 1928;

Akta Kerajaan Tempatan 1976.

2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT PENGURUSAN 2.1 Objektif Jabatan

Objektif JPNK bersifat dinamik dan sentiasa dinilai semula dan disesuaikan dengan

tuntutan kontemporari dalam konteks wawasan dan misi yang telah ditetapkan; dengan

mengambilkira perkembangan semasa dan yang dijangka berlaku di masa akan datang

dalam bidang pengurusan sumber hutan tropika dan pemeliharaan alam sekeliling.

Objektif-objektif yang telah ditetapkan untuk tahun 2004 bagi JPNK, yang mana

sebahagiannya merupakan lanjutan daripada objektif bagi tahun-tahun sebelumnya;

adalah seperti berikut:-

(i) Untuk menguruskan dan memelihara integriti kawasan Hutan Simpanan Kekal

(HSK) sedia ada supaya dapat memberi faedah yang maksimum kepada rakyat

dan negeri ini dari segi pembangunan sosial dan kerohanian, ekonomi dan alam

sekitar;

(ii) Untuk melaksanakan usaha-usaha pembangunan, pemulihan dan menghutan

semula HSK yang telah diusahasil secara teratur dan berkesan berpandukan

kepada konsep, pendekatan dan amalan silvikultur yang diyakini dan sempurna

supaya dapat mengeluarkan hasil dan perkhidmatan yang berkualiti dan

berkekalan

(iii) Untuk menjamin supaya kawasan-kawasan dan sumber hutan di luar HSK dapat

diusahasilkan secara berimbang dan optimum sesuai dengan konsep

pembangunan terancang dan menurut kesesuaian gunatanah bagi memperoleh

faedah-faedah yang tinggi untuk rakyat dan negeri serta melindungi kestabilan

alam sekitar, iklim dan ekologi;

(iv) Untuk menggunakan tenaga kerja yang ada secara optimum dan dengan kos

yang sesuai;

(v) Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih aktif dan bermakna usahawan

Bumiputera dalam sektor industri berasaskan sumber hutan sejajar dengan

dasar Kerajaan;

(vi) Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memelihara

hutan dan melindungi alam sekitar dalam pembangunan sosio-ekonomi

masyarakat, negeri dan Negara dalam konteks pemeliharaan biodiversiti dan

iklim global; dan

Page 8: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

(vii) Untuk mengadakan kaedah pemantauan aktivit-aktiviti dengan lebih berkesan di

samping mengesan masalah-masalah yang wujud di peringkat perlaksanaan.

2.2 Wawasan, Misi, Objektif dan Fungsi JPNK

Sebagai sebuah organisasi kerajaan yang penting dan terkemuka di negeri ini, JPNK

mempunyai wawasan, misi dan objektifnya sendiri sesuai degan fungsi dan

tanggungjawabnya yang besar dalam memenuhi jangkaan sosio-ekonomi negeri dan

perlindungan alam sekitarnya. Kenyataan-kenyataan mengenai wawasan, misi, objektif

dan fungsi JPNK membawa mesej yang mendalam tentang hasrat dan komitmen

Jabatan sebagai suatu pasukan yang giat, prihatin dan bersungguh-sungguh menuju ke

arah mencapai matlamat SFM serta kecemerlangan peribadi setiap anggota dan

kakitangan yang terbabit. Kenyataan-kenyataan mengenai wawasan, misi dan objektif

Jabatan dapat ditemui dengan mudah dalam penerbitan-penerbitan rasmi Jabatan

seperti Laporan Tahunan, risalah dan sebagainya dan diperturunkan di sini sebagai

rujukan penting.

a) Wawasan

JPNK ingin diiktiraf sebagai sebuah agensi awam yang terunggul di dunia dalam

pengurusan hutan tropika secara berkekalan berdasarkan prinsip-prinsip SFM.

(b) Misi Jabatan

JPNK berhasrat mengurus dan membangunkan sumber hutan secara

berkekalan serta berusaha mengoptimumkan sumbangan sumber asli ini kepada

pembangunan sosio-ekonomi dan alam sekeliling negeri khasnya dan negara

amnya.

(c) Fungsi Jabatan

JPNK dipertanggungjawabkan bagi menunaikan fungsi-fungsi berikut:-

(i) Menasihat pihak Kerajaan Negeri dalam pentadbiran sumber hutan untuk

penghasilan pendapatan yang maksimum;

(ii) Bertindak sebagai agensi pelaksana dasar-dasar dan penguatkuasaan

undang-undang dan kaedah-kaedah hutan dan enakmen industri berasas

kayu;

(iii) Menyelia kegiatan pengusahasilan kayu balak dan produk/perkhidmatan

hutan;

(iv) Menyelia penubuhan dan perjalanan industri berasas kayu;

(v) Menyelia penubuhan dan perjalanan industri berasaskan produk hutan

bukan kayu (NTFP);

Page 9: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

(vi) Mengutip/memungut hasil hutan;

(vii) Melaksanakan projek-projek pengurusan dan pembangunan semula

sumber hutan serta pemulihan, penyelidikan dan pemeliharaannya bagi

menjamin keberkekalan hasil di samping memelihara integriti alam sekitar;

dan

(viii) Menjalankan tugas-tugas pentadbiran hutan.

3.0 KEDUDUKAN SEMASA

3.1 Sumber Hutan

Keseluruhan tumbuhan semulajadi asal di Kelantan ialah terdiri daripada hutan hujan

tropika (HHT) yang kaya dengan sumber biodiversiti serta merupakan suatu warisan dan

pusaka yang penting; bukan sahaja untuk negeri dan negara bahkan juga untuk

generasi masakini dan yang akan datang. Pada akhir 2002, daripada jumlah keluasan

tanahnya yang meliputi 1,493,181ha, 59.8% (atau 894,27ha) adalah tanah berhutan

manakala bakinya 40.11% (598,910ha) lagi adalah tanah tidak berhutan. Pecahan

gunatanah bagi kawasan tanah berhutan ialah seperti berikut: Hutan Simpanan Kekal

(HSK) seluas 629,687ha; Tanah Kerajaan seluas 155,801ha; Taman Negara seluas

108,783ha; dan Hutan Ladang seluas 4,036ha.

Pengurusan secara profesional oleh JPNK ke atas sumber hutan negeri adalah difokus

kepada hutan yang dikategorikan sebagai HSK di mana pengurusan secara intensif

dirancang dan dilaksanakan dengan teliti menurut standard yang telah ditetapkan dalam

usaha mencapai tahap kelangsungan dan kemampanan sumber untuk jangkamasa

berkekalan atau SFM. Dalam kes Hutan Tanah Kerajaan (HTK), tanggungjawab JPNK

terhad kepada mentadbir hasil hutan yang terdapat di atas HTK berbabit serta

mempastikan kaedah pengeluaran hasil secara teratur dan mesra-alam tanpa

membabitkan isu keberkekalan sumber. Pentadbiran dan pengurusan sumber hutan di

atas HSK berpusat di Ibu Pejabat Perhutanan Negeri di Kota Bharu Bandar Raya Islam

dan dibahagikan kepada tiga Jajahan Hutan iaitu Kelantan Timur (berpejabat di

Machang), Kelantan Barat (berpejabat di Tanah Merah) dan Kelantan Selatan

(berpejabat di Gua Musang). Kedudukan dan perubahan keluasan kesemua 35 HSK di

Kelantan adalah seperti berikut:

Jajahan Hutan Hutan Simpan Luas (ha) pada 2002

Tahun diwarta

Temangan 1,590 6.7.1937 Chabang Tongkat 4,863 7.11.1946 Semerak** 4 5.12.1939 Ulu Temiang 15,397 18.4.1955

Sungai Durian 16,481 27.5.1948

Page 10: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Relai 39,432 1.1.1957 Lebir 47,549 1.1.1957 Ulu Sat 14,432 24.8.1958 Sungai Rek 15,360 11.5.1989 Sungai Sam 3,756 11.5.1989

Kelantan Timur

Serasa 10,338 11.8.1989 Jumlah Jajahan 11 169,202 -

Berangkat 21,409 9.9.1941 Jedok 4,382 1.1.1957 Jeli 3,649 6.6.1991 Sokor Taku 21,825 10.10.1960 Sungai Sator 2,777 1.4.1962 Jentiang 13,673 11.5.1989 Gunung Stong Tengah 21,950 11.5.1989 Gunung Stong Selatan 28,134 11.5.1989 Gunung Stong Utara 11,044 11.5.1989 Bukit Akar 1,072 11.5.1989 Gunung Basor 40,613 11.5.1989

Kelantan Barat

Balah 56,010 1.3.1990 Jumlah Jajahan 12 226,538 -

Batu Papan 17,580 11.5.1989 Ulu Galas 13,215 11.5.1989 Sungai Terah 4,442 11.5.1989 Ciku 759 11.5.1989 Gunung Rabong 16,355 11.5.1989 Bukit Hantu 3,134 11.5.1989 Nenggiri 21,160 11.5.1989 Limau Kasturi 2,107 11.5.1989 Perias 60,355 1.3.1990 Sungai Berok 25,824 11.5.1989 Sungai Betis 55,953 11.5.1989

Kelantan Selatan

Lojing 13,063 11.5.1989 Jumlah Jajahan 12 233,947 - JUMLAH HSK 35 629,687 -

Page 11: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

3.1.1 Jenis-jenis Hutan Di Dalam HSK

Kesemua kawasan HSK di Kelantan adalah dari jenis hutan darat dan tiada terdapat dari

hutan jenis lain seperti Hutan Paya Bakau (HPB) dan sebagainya. Kawasan Hutan

Paya Bakau sedia ada boleh didapati di muara-muara sungai iaitu di Semerak, Pasir

Putih dan Tumpat dengan meliputi jumlah keluasan 744 ha sahaja dan berstatus Hutan

Tanah Kerajaan. Hutan-hutan ini telahpun dikenalpasti untuk diusahasil dan

dibangunkan bagi tujuan lain yang bukan perhutanan. Dalam pada itu, kesedaran akan

pentingnya fungsi perlindungan dari HPB telah mendorong pelbagai pihak untuk turut

menyumbang ke arah memulihkan ekosistem hutan ini dengan cara menanam semula,

di mana yang bersesuaian. Sehingga kini sejumlah 36,500 anak pokok bakau minyak

dan bakau kurap telah ditanam oleh pelbagai pihak termasuk JPNK dalam usaha

memulihkan ekosistem kawasan pulau yang lapang; meliputi keluasan 42.18ha.

Perincian di dalam bahagian berikut adalah mengenai jenis-jenis hutan darat yang biasa

terdapat di dalam HSK di Kelantan, iaitu berdasarkan klasifikasi oleh Wyatt-Smith (1963).

(a) Hutan Dipterokarpa Pamah (HDP)

Hutan Dipterokarpa Pamah (HDP) terdiri daripada dirian hutan asli yang tumbuh

di dataran rendah dan kaki bukit berketinggian purata 300m a.p.l. (atas paras

laut). Untuk beberapa dekad lamanya hasil keluaran kayu dan bukan-kayu

daripada HDP ini telah menjana pendapatan yang lumayan bagi sektor kerajaan

dan swasta. Pada masa ini, situasi ini telahpun berubah dengan banyaknya

apabila sebahagian besar kawasan HDP ditukar guna kepada tujuan pertanian,

industri dan pentempatan. Hutan jenis ini dicirikan dengan pokok-pokok

unggul/emergen yang tinggi, malarhijau, dan silaranya yang tebal dan

bersinambungan membentuk lapisan kanopi di atas hutan sehingga kadangkala

menyebabkan lantai hutan menjadi teduh dan gelap. Tahap kemajmukan

biodiversiti spesies adalah tinggi pada ketinggian 60 – 150m apl dan

berkurangan pada takat yang lebih tinggi.

Kawasan HDP di negeri Kelantan yang sebelum ini begitu luas telah jauh

berkurangan sehingga apa yang tinggal pada masa ini terhad di tiga kawasan

sahaja: kawasan-kawasan kecil di utara, lingkaran tengah dan di baratdaya. Di

utara Kelantan HDP wujud dalam bentuk berpulau-pulau; termasuk HSK

Temangan dan HSK Chabang Tongkat, yang mana kedua-duanya kaya dengan

dirian pokok dari kaum damar. HSK Temangan terdiri daripada hutan jenis

Page 12: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Meranti putih–Gerutu dan Kempas–Kedondong, manakala HSK Chabang

Tongkat mengandungi hutan jenis Keruing.

Di bahagian tengah Kelantan, HDP mengunjur dari HSK Jedok di baratlaut

hingga ke HSK Relai di tenggara; di antaranya diselangseli dengan kawasan

diceroboh, kawasan pembukaan hutan dan kawasan penukaran hutan kepada

kegunaan lain. Amalan pertanian pindah oleh komuniti Orang Asli memang telah

lama merosakkan kawasan hutan di baratdaya sehingga menyebabkan

wujudnya hutan buluh yang tebal di atas tapak bekas pertanian pindah yang

ditinggalkan. Anggaran dari Inventori Hutan Nasional III (IHN3) menunjukkan

kira-kira 37,000ha hutan terbabit dengan finomena pertanian pindah ini. Usaha

bagi memulihkan kawasan-kawasan seperti ini sudah tentulah memerlukan

upaya yang besar dengan membabitkan kos yang tinggi. Pada masa ini kawasan

HDP yang dijangka “selamat” di Kelantan ialah yang berdekatan dengan

Banjaran Titiwangsa dan di pesisir sebelah utara Taman Negara.

(b) Hutan Dipterokarpa Bukit (HDB)

Hutan jenis ini mempunyai daya produktiviti yang agak tinggi, terdapat pada

ketinggian 300m – 900m apl, juga boleh ditemui di atas permatang-permatang

yang terbuka. Perbedaan utama di antara Hutan Dipterokarpa Bukit dan HD

Pamah ialah perubahan umum dalam kandungan spesies dan juga saiz pokok

yang umumnya semakin mengecil sejajar dengan pertambahan ketinggian dari

atas paras laut (apl). HDB bercirikan pokok-pokok yang mempunyai silara

berwarna kelabu-perak dari spesies Meranti Seraya (Shorea curtisii).

Di negeri Kelantan, sebahagian besar HSK sedia ada adalah dari HDB yang

membentuk tiga lingkaran yang jelas: di bahagian timur, barat dan selatan dan

beberapa kelompok kecil di bahagian tengah Kelantan. Segmen timur yang

mengunjur dari HSK Ulu Sat ke HSK Lebir meliputi kawasan tadahan air di

perbatasan sebelah timur. Di kawasan selatan, dirian hutan nampaknya

terpelihara dalam keadaan baik disebabkan ianya terletak di dalam kawasan

Taman Negara dengan pecahan-pecahan lebih kecil boleh ditemui di HSK

Gunung Rabong, HSK Ulu Galas dan HSK Bukit Hantu. Di bahagian barat,

kesinambungan lingkaran hutan diselangseli oleh kehadiran hutan buluh, ladang

pertanian pindah dan perkampungan Orang Asli: dari utara, HSK Gunung Basor

hingga ke selatan ke kaki Banjaran Titiwangsa, melalui HSK Balah dan HSK

Perias, HSK Sungai Betis, HSK Sungai Berok hingga ke kawasan HSK Lojing.

Meskipun kawasan-kawasan ini telah diwartakan sebagai HSK, namun

Page 13: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

pencerobohan dan kecurian hasil kayu balak masih tetap berlaku dan menjadi

ancaman utama kepada SFM. Kedaaan ini menuntut diadakan usaha

pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat.

(c) Hutan Dipterokarpa Atas dan Hutan Oak Gunung (HDA dan HOG)

Terdapat pada ketinggian 900m apl, spesies HDA dan HOG adalah berbeda

daripada hutan di ketinggian yang lebih rendah. Kecuali Meranti Bukit (Shorea

platyclados) tidak banyak spesies dipterokarpa tumbuh di siini. Pokok-pokok dari

spesies lain adalah lebih kecil saiznya, manakala spesies utama di lantai hutan

ialah rotan dan palma kecil. Hutan Dipterokarpa Atas (HDA) membentuk

lingkaran ketinggian yang tirus sebelum kedudukannya diambil alih oleh spesies

Hutan Oak Gunung, seperti Berangan dan Medang pada ketinggian di atas

1,050m apl. Di sini, rotan, palma, paku gunung, pakis dan lumut Sonerilla spp.

membentuk lapisan bawah menyelaputi lantai hutan. Dirian Hutan Oak Gunung

tidak mempunyai nilai ekonomi kayu balak dan justeru sesuai dipelihara sebagai

Hutan Tadahan Air, Hutan Perlindungan Tanah dan Hutan Perlindungan

Hidupanliar.

Di negeri Kelantan, hutan jenis HDA dan HOG pada amnya masih tidak terusik

dan bersinambungan, dari HSK Gunung Basor ke HSK Gunung Stong, HSK

Balah dan HSK Perias hingga ke HSK Sungai. Betis dan HSK Sungai Berok,

kecuali di kawasan Lojing di mana terdapat beberapa projek membabitkan

penukaran tanah hutan di bawah konsep pembangunan tanah secara integrasi

sedang dijalankan. Hutan-hutan ini membentuk lingkaran di bahagian timur

Banjaran Titiwangsa dengan beberapa kawasan kecil di Taman Negara dan di

sepanjang perbatasan Kelantan – Terengganu.

(d) Hutan Ericaceous Gunung (HEG)

Ditemui pada ketinggian atas 1,500m a.p.l. dan juga di atas permatang-

permatang terdedah, hutan jenis ini juga dikenali sebagai hutan berlumut;

berbeda daripada Hutan Oak Gunung dari segi strukturnya yang lebih rendah,

pokok renek yang kurang daripada 10m tinggi serta keadaannya yang sentiasa

basah disebabkan oleh intersepsi beterusan lembapan awan. Lumut dan selaput

pakis hidup subur di dalam ekosistem yang dingin di atas tanah gambut berasid

yang terkumpul dari semasa ke semasa. Ekosistem Hutan Ericaceous Gunung

sangat penting kerana fungsinya membentuk punca air bagi sungai-sungai

Page 14: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

utama. Di Kelantan, HEG terdapat di sepanjang perbatasan dengan Perak, di

atas puncak Gunung Basor dan Gunung Chamah serta kawasan Lojing dengan

segmen-segmen kecil di atas gunung-gunung terpencil, seperti Gunung Rabong..

Walau bagaimana pun, kebanyakan hutan berlumut di Kelantan tidak termasuk

di dalam kategori HSK.

(e) Hutan Batu Kapur (HBK)

Tumbuh-tumbuhan yang ditemui di dalam ekosistem batu kapur mempunyai

komposisi yang tak menentu; dari dirian hutan tinggi di lembah yang lembap

hingga ke pokok-pokok kecil dan belukar di atas batuan terdedah serta

tumbuhan jalar yang bergantungan dari cenuram gersang. Terdapat banyak

spesies penting yang memerlukan habitat batu kapur untuk tumbuh meskipun

majoritinya lebih mengutamakan habitat yang lebih lembap dengan litupan

tumbuhan tebal.

Banyak bukit-bukit batu kapur di Kelantan dengan rangkaian gua-guanya,

menyokong flora dan fauna yang tidak ditemui di mana-mana tempat lain di

dunia. Habitat-habitat yang unik ini patut dipelihara. Di Kelantan tumbuhan batu

kapur menunjukkan taburan yang agak meluas tetapi terpencil-pencil di atas

lebih daripada 200 bukit batu kapur, dari Kuala Krai hingga ke utara di Jeli.

Sebahagiannya terdapat di dalam kawasan HSK, misalnya HSK Chiku, HSK

Nenggiri dan HSK Sungai Betis. Di antara tumbuhan herba ekosistem batu

kapur yang dianggap endemik di Kelantan, termasuklah spesies Begonia yang

baru ditemui di Gua Jaya and Sungai Bering, Epithema, Ophiorrhiza longerepens

dari Batu Boh dan Paraboea dari Gua Gagak dan Gunung Rabong serta

Conodoboea dari Sungai Ketil, di selatan Gua Musang.

Page 15: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006 Rajah 3.1: Peta Klasifikasi Hutan Di negeri Kelantan.

4 0 0 0 0 0

4 0 0 0 0 0

4 5 0 0 0 0

4 5 0 0 0 0

5 0 0 0 0 0

5 0 0 0 0 0

50

00

00

50

00

00

55

00

00

55

00

00

60

00

00

60

00

00

65

00

00

65

00

00

PETA HUTAN PERLINDUNGAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

1:800000Hidupan LiarTadahan Air Kategori C

Tadahan Air Kategori ATadahan Air Kategori B

Ketinggian melebihi 1000m aslPetak pembesaran

Hutan penyelidikanHutan pelajaranHutan lipurHutan dara

Petak bancian hutan berterusan

PETUNJUK

10 0 10 km

Page 16: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

3.2 Persekitaran Biofizikal Semulajadi Negeri Kelantan Darulnaim terletak di bahagian timurlaut Semenanjung Malaysia di

antara latitud 4o30’ - 6o15’ Utara dan longitud 101o - 102o 45’ Timur meliputi kawasan

tanah seluas 1,493,181ha (Rajah 2.1) – menjadikannya negeri yang ke-enam terbesar

di Malaysia dan ke-empat terbesar di Semenanjung Malaysia. Negeri Kelantan

bersempadan di sebelah utara dan timurlautnya dengan Negara Thailand; di sebelah

barat, negeri Perak Darulridzuan; di selatan, negeri Pahang Darulmakmur; manakala di

bahagian timurnya ialah negeri Terengganu Darul Iman. Bandara Raya Islam Kota

Bharu yang merupakan ibu negeri Kelantan terletak pada latitud 6o7.6’ – 6o8’ Utara dan

longitud 102o8.3’ – 102o14’ Timur, meliputi kawasan keseluruhan seluas 1,200ha.

Jumlah penduduk negeri Kelantan pada 2001 ialah seramai kira-kira 1.42 juta orang

berbanding dengan 1.3 juta pada tahun 1995; 94 peratus daripadanya berketurunan

Melayu. Berdasarkan jumlah keluasan tanah berhutan seluas 894,271ha; nisbah hijau

per kapita (per capita green ratio) bagi negeri Kelantan pada 2001 ialah 0.62ha. Hasil

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) penduduk per kapita pada 2001 ialah sebanyak

RM6,618.00 (JPSM 2003) berbanding dengan RM6,241.00 pada 2000 (JPSM 2002).

Pada keseluruhannya negeri Kelantan adalah merupakan negeri pertanian, dengan

pembangunan di bidang lain berjalan dengan pesat, terutamanya dalam bidang

perdagangan dan perkhidmatan. Pada 1997, sektor pertanian, perhutanan,

penternakan dan perikanan menyumbangkan sebanyak 20.70 peratus kepada KDNK

negeri. Penumpuan kepada bidang pertanian adalah selaras dengan Dasar Industri

Asastani Negara yang menekankan kepada pembangunan industri asas-tani menerusi

pengeluaran produk-produk baru bernilai-tinggi daripada komoditi pertanian,

penggunaan sisa-sisa dan keluaran sampingan serta perhutanan-tani iaitu usaha yang

menggabungkan pembangunan perhutanan dan pertanian di tempat/tapak yang sama.

Buat masa ini ekonomi Negeri sebahagian besarnya bergantung kepada

pengusahasilan sumber semulajadi terutamanya industri berasas hutan (seperti kayu

balak dan produk bukan kayu) dan pengeluaran pertanian.

3.2.1 Ikim (Suhu, Hujan, Angin)

Negeri Kelantan mengalami iklim tropika lembap atau iklim basah khattulistiwa

yang dicirikan dengan suhu panas sepanjang tahun, Lembapan Bandingan

(Relative Humidity) yang tinggi, sedikit berangin dan hujan lebat bermusim,

terutamanya dalam musim tengkujuh (monsoon). Pada skala makro,

berdasarkan ketinggian mukabumi dan pengaruh rain-shadow effect, lembangan

Sungai Kelantan boleh dibahagikan kepada dua wilayah iklim iaitu Wilayah Iklim

Page 17: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Utara dan Wilayah Iklim Tanah Tinggi Tengah. Wilayah Iklim Utara pada amnya

lebih panas dan iklimnya lebih seragam, manakala Wilayah Iklim Tanah Tinggi

Tengah berkeadaan lebih dingin dengan curahan hujan yang sedikit rendah

daripada Wilayah Iklim Utara.

Iklim negeri Kelantan pada keseluruhannya di pengaruhi oleh dua musim

tengkujuh. Musim tengkujuh timurlaut biasanya berlaku di antara bulan-bulan

November dan Januari (kadangkala sehingga Mac) bilamana negeri ini

menerima kira-kira 40% curahan hujan tahunan, sedangkan musim tengkujuh

baratdaya berlaku di antara Mei dan September. Di antara kedua-dua monsoon

ini terdapat dua doldrum yang membawa hujan lebat terutamanya dalam bulan

April dan Oktober. Purata curahan hujan tahunan ialah kira-kira 3,296.7mm

dengan maksimum sebanyak 654.4mm dalam bulan Disember dan minimum

114.2mm dalam bulan Mac (Anon. 1994) (Rajah 2.2). Dalam keadaan tertentu,

seperti yang berlaku dalam musim tengkujuh luarbiasa pada minggu kedua bulan

Disember 2004, curahan hujan boleh mencapai angka 100-300mm dalam sehari.

Ketika itu Kampung Gemang Bahru dilaporkan menerima curahan hujan tahunan

2,600mm dan Kg Jeli 3,300mm.

Di Kota Bharu, Purata Curahan Hujan Tahunan ialah 2,608mm; min suhu

tahunan 27oC dengan suhu minmum 23oC dan suhu maksimum 31oC ((Amer

Saifude Ghazali 2000). Purata bulanan suhu di bandaraya ini adalah di antara

28oC dalam bulan Mei dan 25.5oC dalam bulan Januari manakala Purata

Lembapan Bandingan Bulanan (LBB) ialah 82%. Nilai LBB yang tinggi ini adalah

perkara biasa bagi negara beriklim tropika yang mana, bersama dengan

pengaruh angin, memberikan kesan yang kuat terhadap variabel fizikal yang lain

seperti kadar pemelowapan. Rajah 2.3. menunjukkan pola kadar purata tahunan

pemelowapan terbuka bagi negeri Kelantan. Jadual 2.1 pula menunjukkan

statistik mengenai pemelowapan air terbuka (open water evaporation),

pemelowapan hutan (forest evaporation) dan pemelowapan rumput (grass

evaporation).

3.1.2 Geologi dan Pedologi

Tanah tinggi di bahagian utara dan baratlaut Kelantan merupakan sebahagian

daripada Banjaran Titiwangsa dengan topografi yang berbagai bentuk; dari

dataran sungai ke hutan dipterokarpa bukit bawah hingga ke cerun-cerun curam

(dari 8o - >40o) dengan sebahagian besarnya berada pada ketinggian 200m –

700m a.p.l. (atas paras laut). Kota Bahru terletak di kawasan dataran banjir

Page 18: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

dengan ketinggian purata kurang daripada 76.2meter dari aras laut dengan

tanahnya dari jenis lanar dan berpasir. Di bahagian pendalaman Kelantan, pada

amnya lembah sungai berada di antara celah-celah batuan granit yang

merupakan sebahagian daripada banjaran-banjaran gunung yang membentuk

perbatasan negeri dan mengandungi batuan sedimentari, volkanik dan jelmaan.

Jalur topografi mengunjur dari utara ke selatan selari dengan larian batuan dan

pemanjangan gunung-gunung granit. Sebahagian besar geologinya terdiri

daripada ‘metamorphic arenaceous rock/carbonaceous slate’, terutamanya di

cerun rendah.

Di atas bukit-bukit dan cerun curam, terdapat batuan dari jenis acid igneous.

Batuan seperti ini menghasilkan tanah-taneh dari siri Bungor serta tanah alluvial

dan loam liat berpasir subur sehingga membolehkannya menyokong

pertumbuhan hutan hujan tropika yang subur dan tebal. Geologi di bahagian

tengah Kelantan di dominasi oleh Banjaran Timur di mana formasi geologinya

berbentuk semasa era Triassic dan dicirikan dengan batupasir, batulumpur dan

shale yang bersebati di samping kehadiran tanah volkanik (terbitan gunung

berapi). Tanah di sini terdiri daripada campuran siri Bungor (varian merah (5YR

5/8)) dan Serdang.

Di bahagian selatan Kelantan, situasi yang serupa juga ditemui di mana tanah di

kawasan Lojing adalah berbentuk daripada formasi Silurian-Ordovician di mana

batuan schists, phyllite, slate dan batu kapur lebih dominan dengan kehadiran

sedikit batuan batupasir dan volkanik. Batuan jenis ini juga menghasilkan tanah-

taneh dari siri Bungor dan Serdang. Di bawah klasifikasi pihak USDA (Jabatan

Pertanian Amerika Syarikat), tanah siri Bungor jatuh di dalam kumpulan tanah

Typic Paleudult: “clayey, kaolintic dan isohyperthermic”. Berdasarkan

pengelasan FAO/UNESCO pula ia terkumpul dalam kelas Haplic Acrisol. Ciri

utama tanah siri Bungor ialah warna yang kuning kecoklatan (10YR 6/6, 6/8) ke

coklat kekuningan (10YR 5/4, 5/6, 5/8); tanahliat berpasir halus; “weak to

moderate, fine to medium sub-angular blocky structures; friable; deep, well-

drained; occurs on undulating to steep terrain; CEC 5 – 10 cmol (+) per kg soil;

low base saturation; diagnostic argillic horizon”. Selanjutnya, bahan-bahan

coalluvial juga ditemui terkumpul di sepanjang sungai-sungai. Siri Bungor boleh

dijumpai di pelbagai topografi dari kelas kecerunan C3 (8o – 16o) ke C7 (35o).

Dalam kes bahan koluvial tadi, tekstur tanahnya sangatlah berbaur disebabkan

Page 19: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

oleh pengumpulan deposit-deposit dari tanah tinggi ke kawasan lembah. Ia

terdiri daripada campuran pasir, keladak, tanahliat dan batu kerikil.

3.1.3 Hidrologi

Dari perspektif hidrologi, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

mengklasifikasi negeri Kelantan kepada 3 Wilayah Hidrologi (WH) berdasarkan

jenis batuan, tanah-taneh, topografi dan fisiografi. Wilayah-wilayah Hidrologi

berkenaan ialah WH 63 (Kota Bahru, kod L5 W3); WH 64 (Tanah Merah, kod L1

W3) dan WH 65 (Kuala Kerai, kod L1 W2). Ringkasan ciri hidrologi wilayah-

wilayah berkenaan adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.2.

WH64 (Tanah Merah) dan WH65 (Kuala Kerai) mempunyai tanah-taneh jenis

lithosols pada cerun atas manakala di cerun bawah terdapat tanah podzol

merah-kuning terbitan granit bersama-sama campuran podzol merah-kuning dan

podzol kuning-kelabu serta tanah laterit terbitan batuan sedimen. Batuan jenis

ini mempunyai aliran air bawah (baseflow) yang rendah dengan penghasilan air

bumi yang rendah juga. Namun demikian, muatan penyimpanan airnya boleh

ditingkatkan semasa hujan lebat manakala punca air boleh muncul di celah-celah

pertemuan antara-muka dan jurang batuan yang mungkin membabitkan rekahan

yang panjang. Ini bererti kederasan aliran sungai boleh berubah secara

mendadak menurut keadaan sehingga boleh menyebabkan banjr kilat.

Lapisan tanah di kawasan ini di dapati nipis dan menjadi tak stabil dan mudah

dihanyutkan air apabila terdedah akibat pembasmian litupan tumbuhan/hutan di

atasnya. Tanah dan lumpur yang terhakis dan hanyut setiap hari menjadi

sedimen yang dimendapkan di kawasan tanah rendah yang mana menjadi

penyebab utama yang menyumbang kepada limpahan sungai dan kejadian

banjir. Kawasan WH63 (Kota Bahru) terdiri daripada dataran pantai yang luas

yang mempunyai takat air bumi yang tinggi sehingga menyebabkan penakungan

air. Bandaraya Kota Bahru sendiri disaliri oleh Sungai Kelantan, Sungai Keladi,

Sungai Pengkalan Chepa dan Sungai Pengkalan Datu. Tanah-taneh didominasi

oleh alluviam marin, gambut, regosol dan podzol, tanahliat organan dan tanah

gley yang tidak subur di kawasan berhampiran pantai. Di bahagian daratan

sedikit tanahnya ialah dari jenis sulfat berasid.

3.1.4 Sungai-Sungai

Page 20: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Negeri Kelantan meliputi kawasan tanah seluas 14,943km dan 180 batang

sungai dengan jumlah panjang 4,306.24km. Empat daripada sungai-sungai ini

merupakan sungai-sungai utama iaitu Sungai Kelantan (lebar purata 180 –

300m), Sungai Golok (lebar purata 10 – 50m), Sungai Semerak (lebar purata

40m), dan Sungai Kemasin

Page 21: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006 Jadual 2.2: Wilayah Hidrologi di Negeri Kelantan Wilayah

Hidrologi Kota Bahru Tanah Merah Kuala Krai

1 Klasifikasi L5W3: batuan berongga daripada deposit pasir bertanahliat. Di sepanjang dataran pantai. Hasilan air >200m3/hari/telaga (disepanjang dataran pantai). 50 – 200m3/hari/telaga ke daratan.

L1W3: Mengandungi batuan raksasa terdiri daripada granit tak tulen bercampur shales, schists dan lahar gunung berapi. Poket-poket kecil batuan berongga terdiri daripada pyroclasts, tuffs, tuff terhakis. Batuan menghasilkan air bumi dari 0 – 12m3/hari/telaga. Batu berongga menghasilkan antara 20-50m3/hari/telaga hingga <20m3/hari/telaga.

L1W2: sama seperti Tanah Merah

2 Luas, km2 2,250km2 9,920km2 23,450km2 3 -purata hujan

tahunan - kadar.potential EP/ tahun

2,750 – 3,000mm 1,500 – 1,750mm

2,500 – 2,650mm 1,250 – 1,500mm

2,250 -2,500mm 1,500mm

4 Aliran permukaan potensi

1,250mm 1,000-1,250mm 750 – 1,000mm

5 Geologi Deposit berpasir, bertanahliat, longgar

Terutamanya batuan bergranit takterkias, sedikit shales (didominasi oleh batupasir, batulumpur dan siltstones), batuan volcanic dan sedikit schists. Di bahagian tenggara kawasan terdapat shales dan grewel, pasir, tanahliat, batupasir liat dan siltstones.

Di bahagian atas: granit tak terkias, shales di dominasi oleh batupasir, batulumpur dan batumendap), pyroclastics, tuffs, reworked tuffs, grwel, pasir, tanahliat, batupasir bertanahliat, batu mendakan dan sedikit schists. Di bahagian bawah terdapat jenis batuan yang sama dengan poket-poket kecil batupasir (didominasi oleh conglomerate, quartzites, greywackers, shales, schists, phyllites).

6 Fisiografi Ke arah pantai – tanah rata dan beralun dengan paya gambut di tengah. Ke arah daratan tofografinya lebih beralun dan teres riverin rendah dan sederhana tinggi.

Bahagian barat bukit-bukit dan gunung-gunung bercerun curam. Di utara tofografinya tidak sebegitu teruk – terdapat bukit-bukit rendah dan tanah beralun.

Kompleks bukit dan gunung-gunung.

7 Pedologi Di daratan kawasan didominasi oleh tanah alluvial dan tanah kelabu di atas recent riverine, subrecent dan marine alluvium. Tanah disepanjang pantai terdiri daripada regosols dan podzols dan tanah organic dengan tanah kelabu.

Tanah lithosols di bahagian barat dan tanah bertanahtinggi. Bukit Jeli: Podzolik merah kuning terbitan granit yang berubah kepada podzol kuning kelabu terbitan sediment di selatan. Tanah Merah: tanah laterit berasal sediment. Machang: podzol merah kuning dari granit berubah kepada lithosol di tanah tinggi curam di selatan.

Keseluruhan bahagian utara kawasan ini didominasi oleh lithosols di atas kompleks tanah cerun dengan podzol kuning kelabu dengan alluvium sungai recent di sepanjang sungai-sungai utama. Jenis tanah ini menganjur keselatan dan boleh didapati di cerun-cerun bawah kompleks tanah curam, yang mana mendominasi bahagian selatan kawasan ini.

8 Tumbuhan dan Gunatanah

Tanah pertanian 29.5%; Paya marshlands, wetlands 19.6%; Pokok, palma, pertanian kekal 14.9%; Hortikultur 13.0%; Tanah berhutan 10.3%; Padang rumput 8.1%; Tanah terbiar, unclassified lands 3.4%; Bandar dan kawasan berkaitan 1.2%.

Tanah berhutan 84.5%; pokok, palma, pertanian kekal 8.0%; tanah pertanian 2.3%; padang rumput 2.2%; paya, rawa, hutan wetland 1.3%; Hortikultur 1.0%.

Tanah hutan 85.1%; pokok, palma, tanaman kekal 9.5%, padang ragut 2.1%.

Page 22: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

(lebar purata 24m). Sungai Kelantan ialah sungai terbesar dengan keluasan

tadahan air seluas 13,000km2 (85% dari keseluruhan luas negeri) dan

mempunyai 2 cawangan utama iaitu Sungai Galas (kawasan tadahan 8,000km2

atau 54% daripada keluasan negeri), dan Sungai Lebir (kawasan tadahan

2,500km2 atau 17% daripada keluasan negeri). Sungai Golok ialah kedua

terbesar dengan kawasan tadahan seluas 1,000km2 (6.7% daripada keluasan

negeri) diikuti oleh Sungai Semerak (kawasan tadahan 200km2 atau 13%

daripada keluasan negeri) dan Sungai Kemasin (kawasan tadahan 48km2 atau

3% daripada keluasan negeri) (JPS Malaysia 1995).

Terdapat tidak kurang daripada 400 pentempatan, kampung, mukim dan bandar

yang terletak di sepanjang sungai-sungai di seluruh Kelantan. Pada musim

tengkujuh, kawasan yang mudah dilanda banjir ialah kawasan di sebelah hilir

daripada muara pertemuan Sungai Galas/Sungai Lebir, bermula dari Kuala Kerai

hingga ke muara Sungai Kelantan. Ini ialah kerana jalan utama bagi aliran air ke

Laut China Selatan ialah menerusi Sungai Kelantan selain daripada beberapa

sungai lain yang lebih kecil seperti Sungai Semerak, Sungai Kemasin dan

Sungai Golok. Sungai Kelantan menampung beban yang berat akibat daripada

input yang datang menerusi sungai-sungai lain di seluruh lembangannya.

Sungai-sungai yang dimaksudkan ialah Sungai Sokor, Sungai Nal, Sungai Pehi,

Sungai Pergau, Sungai Kenerong, Sungai Nenggiri, Sungai Relai, Sungai Aring,

Sungai Koh, Sungai Betis, Sungai Yai, Sungai Perias dan Sungai Jenera, selain

daripada Sungai Lebir dan Sungai Galas.

Purata tahunan bekalan sumber air permukaan bagi negeri Kelantan ialah

sebanyak 5,430m3/saat yang mana sebahagian besarnya mengalir terus ke Laut

China Selatan menerusi Sungai Kelantan. Angka ini adalah lebih tinggi

daripada anggaran purata bagi Semenanjung Malaysia pada 5,050m3/saat dan

lebih rendah daripada Terengganu iaitu 8,860m3/saat. Kapasiti penuh air dalam

Sungai Kelantan di tempat-tempat yang berstrategik seperti Kota Bahru ialah

4,500m3/saat, Pasir Mas 6,600m3/saat, Tanah Merah 10,200m3/saat, Jambatan

Guillemard 11,000m3/saat dan Kuala Kerai 10,500m3/saat.

Di antara pelan tindakan yang dicadangkan bagi mengurangkan bahaya akibat

banjir ialah dengan membina empangan baru seperti di Lebir, membina benteng

di bahagian berisiko tinggi di sepanjang Sungai Kelantan, pembesaran dan

pengorekan sungai. Di pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan,

Page 23: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

sumbangannya yang penting dan tak ternilai dalam konteks ini ialah usaha

berterusan bagi memantapkan pengurusan kawasan Hutan Tadahan Air, Hutan

Perlindungan dan Hutan Kawalan Banjir di seluruh negeri. Dalam hubungan ini

perluasan/penambahan kawasan HSK yang boleh diikategorikan sebagai Hutan

Kawalan Banjir adalah salah suatu strategi yang sedang diberi pertimbangan

serius oleh pihak Jabatan.

3.1.4.1 Gunatanah

Sehingga awal 2004, daripada jumlah keluasan tanah negeri seluas 1,493.181ha,

sebanyak 59.89% atau 894,271ha adalah tanah berhutan dan 40.11% atau

598,910ha ialah tanah tidak berhutan. Daripada jumlah 894,271ha tanah

berhutan; seluas 629,687ha (atau 70.41%) adalah Hutan Simpanan Kekal (HSK);

3,965ha (0.44%) Hutan Ladang; 151,836ha (16.98%) Hutan Tanah Kerajaan;

dan 108,783ha (12.16%) kawasan Taman Negara. Tanah hutan yang berada di

luar lingkungan HSK adalah di luar bidang kuas JPNK. Ini termasuklah Taman

Hidupan Liar (THL), Hutan Tanah Kerajaan (HTK) dan Hutan Tanah Berimilik.

THL terletak di bawah bidang kuasa pihak PERHILITAN. Hutan Tanah Kerajaan

(HTK) terletak di bawah bidang kuasa pelbagai agensi lain kerajaan terutamanya

yang berhubung dengan tanah dan hasil bumi, manakala hasil kayu kayannya

terletak di bawah bidang kuasa pihak JPNK.

Kira-kira 98.3% tanah milik digunakan untuk kegiatan pertanian di bawah

beberapa program kemajuan tanah. Sehingga akhir 2001 jumlah kawasan tanah

yang diusahakan untuk pertanian di Kelantan ialah 381,489.9ha berbanding

dengan 335,660ha pada 1997. Tanah pertanian terbabit di tanam dengan:

tanaman/ladang industri (319,135.7ha), buah-buahan (56,175.1ha), sayur-

sayuran (3,115.8ha), kontan (1,632.0ha), rempah (450.7ha), dan tanaman lain

(546.1ha) (Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 2003). Dalam bidang

perindustrian pula, sehingga kini kira-kira 500ha tanah telah dibangunkan oleh

pihak Kerajaan Negeri melalui projek-projek perindustrian terancang.

Rajah 2.9 menunjukkan pecahan gunatanah di negeri Kelantan sehingga 2003.

Peta gunatanah dalam Rajah 2.10 menunjukkan bahawa kebanyakan gunatanah

pertanian berlaku di bahagian tanah pamah dan daratan sebelah utara dan

timurlaut. Dasar Pertanian Negeri memberi penekanan kepada pembukaan

tanah baru, pembangunan pertanian secara in situ, khidmat sokongan,

pembangunan tanaman makanan dan pembangunan ladang nukleus dengan

Page 24: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

matlamat akhirnya menjadikan Kelantan sebagai negeri “Jelapang Makanan

Negara”. Pengalaman menunjukkan bahawa dasar kerajaan negeri yang

memberi tumpuan kepada sektor ini telah berjaya

Page 25: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006 Rajah 2.9: Pecahan Gunatanah di Kelantan

Jumlah Luas Tanah Negeri =

1,493,181ha

894,271ha (Hutan)

3,965ha (Hutan Ladang)

108,783ha (Taman Hidupanliar)

629,687ha (HSK)

151,836ha (Hutan Tanah Kerajaan)

598,910ha (Tak hutan)

381,490ha (Pertanian)

200,590ha (Rizab)*

7,310ha (Lain-lain)

520ha (Industri)

5,000ha (Bangunan)

4,000ha (Lombong)

Page 26: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006 Rajah 2.10. Peta Gunatanah Kelantan

40 0 0 0 0

40 0 0 0 0

45 0 0 0 0

45 0 0 0 0

50 0 0 0 0

50 0 0 0 0

50

00

00

50

00

00

55

00

00

55

00

00

60

00

00

60

00

00

65

00

00

65

00

00

70

00

00

70

00

00

1:800000

N

PETA GUNA TANAH NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

10 0 10 20 km

PETUNJUKGETAHHUTANHUTAN PAYA DAN BUYAUKAWASAN BAHARU DITERANGKAWASAN BANGUNAN LADANGKAWASAN PERBANDARANKEBUN SAYUR-SAYURANKELAPAKELAPA SAWITKOLAM DAN TASIKPADANG TERNAK KEKALPADIPELBAGAI TANAMANPERKEBUNAN CAMPURRUMPUT TERBIAR/LALANGSEMAK (BELUKAR)

Page 27: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

memberikan kekuatan dan ketahanan (resilience) kepada ekonomi Kelantan

ketika berdepan dengan zaman kemelesetan ekonomi pada akhir 1990an.

Matlamat utama pembangunan ruang (spatial) di negeri ini ialah:

i) Pembangunan yang seimbang di antara wilayah: di antara Kawasan Kelantan

Utara (KKU) yang lebih membangun dan Kawasan Kelantan Selatan (KKS) yang

agak ketinggalan;

ii) Eksploitasi sumber ekonomi secara rasional untuk mewujudkan kesan

pengganda di beberapa pusat dan bandar; terutamanya sumber asli seperti

perhutanan, tanah dan industri asastani, di samping eko-pelancongan; dan

iii) Mempastikan bahawa perlindungan alam sekitar dan ekologi dapat dikekalkan

secara berterusan serta menghayati konsep sustainable development yang

mesra alam; misalnya menerusi pengurusan kawasan tadahan air tanah tinggi,

pengawalan banjir dan pengurusan sumber hutan berdasarkan prinsip SFM oleh

Jabatan Perhutanan.

3.2 Pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

Struktur organisasi JPNK adalah seperti berikut:

Page 28: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

3.4 Kaedah Pentadbiran

Dalam usaha mempastikan supaya sistem pentadbiran dan pelaksanaan projek-projek

perhutanan di negeri ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, Pengarah

Perhutanan Negeri, di peringkat ibu pejabat di Kota Bharu, menyalurkan setiap arahan

dan tindakan menerusi empat bahagian pelaksana utama iaitu:-

a) Bahagian Pembangunan Hutan

Fungsi utama Bahagian ini adalah bertanggungjawab merancang, melaksana

dan mengawal segala projek-projek pengurusan dan pembangunan hutan yang

melibatkan kerja-kerja silvikultur, pengurusan sumber hutan, latihan,

pengembangan serta kejuruteraan.

b) Bahagian Operasi Hutan

Bahagian ini bertanggungjawab mengawal kerja-kerja pelesenan,

pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu, mengutip hasil, serta

penguatkuasaan undang-undang perhutanan.

c) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian ini bertanggungjawab dalam aspek-aspek pentadbiran, perkhidmatan

kakitangan, penyimpanan rekod dan juga kewangan Jabatan seperti kutipan

hasil yang meliputi premium, royalti, ses pembangunan hutan dan caj-caj lain

serta laporan shuttle.

d) Pejabat Hutan Jajahan dan Renj Hutan

Para petugas di pejabat-pejabat ini diketuai oleh Pegawai-Pegawai Hutan

Jajahan dengan dibantu oleh Renjer-Renjer Hutan bertanggungjawab kepada

pentadbiran di peringkat Jajahan dan Renj, membabitkan kawalan

pengusahasilan, kutipan hasil dan penguatkuasaan undang-undang. Mereka

juga bertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan aktiviti-aktiviti silvikultur

di peringkat jajahan dan renj.

4.0 CATUAN TEBANGAN TAHUNAN (CTT)

Page 29: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

4.1 Pengiraan Catuan Tebangan Tahunan (CTT)

Berdasarkan di atas serta memandangkan akan kurangnya maklumat mengenai

tumbesaran jangka panjang dirian kedua, andaian-andaian berikut digunapakai bagi

mengira pertambahan isipadu kayu balak dan seterusnya Catuan Tebangan Tahunan

(AAC) bagi Hutan Pengeluaran di Negeri Kelantan.

1) Pusingan tebangan = 30 tahun;

2) Kadar tumbesaran isipadu pokok = 2.25 m3/ha/tah;

3) Bukti yang menunjukkan bahawa pokok-pokok dipterokarpa pulih dengan baik

selepas pembalakan. Walau bagaimana pun kadar pemulihan itu bergantung

kepada kualiti kerja pembalakan yang dijalankan dan juga darjah kerosakan

yang ditimpakan; dan

4) Secara purata setiap kilang berasaskan kayu di Kelantan memerlukan sebanyak

kira-kira 18,200m3/tahun bekalan bahan mentah kayu balak bulat (Nazir Khan

2001). Ini bermakna jika kesemua 45 kilang papan yang masih beroperasi buat

masa ini, dapat bertahan di sepanjang tempoh RPH, maka jumlah permintaan

kayu balak bulat adalah 819,000m3/tahun. Dalam pada itu andainya jumlah

kilang papan yang beroperasi meningkat kepada 50 buah, maka permintaan

terhadap bekalan bahan mentahkayu balak bulat adalah 910,000m3/tahun.

Dalam mengira AAC, terdapat dua senario yang boleh dipertimbangkan; senario 1 di

mana pengiraan berdasarkan pemerhatian di lapangan; manakala senario 2

berpandukan kepada standard SMS.

Page 30: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006 Senario 1: Jadual 6.5: Pengiraan AAC Berdasarkan Senario 1

Tahun Luas Kawasan YEAL = 30 ++, ha

Angg. Isipadu Permulaan (pada 2006), m3/ha

Anggaran Isipadu Berdiri Kasar, m3

Anggaran Isipadu Berdiri Bersih (Faktor kerosakan 35%); m3

2006 56,587 200 57,193 x 200 = 11,317,400 7,356,310 2010 59,106 190 59,106 x 190 x 2.25 x 4 =

101,071,260 65,696,319

2015 61,949 115 61,949 x 115 x 2.25 x 9 = 144,263,727

93,771,418

Isipadu sedia dibalak 2006 – 2009 = 1,839,077 m3/tahun

2010 – 2014 = 13,139,263 m3/tahun

2015 – 2019 = 18,754,283 m3/tahun.

Berdasarkan di atas, ternyata jumlah isipadu kayu balak bulat yang dapat dibekalkan

adalah melebihi daripada keperluan maksima industri berasaskan kayu di negeri ini,

meskipun mereka beroperasi pada tahap kapasti maksimum. Dalam hal ini apa jua

bekalan yang berbaki, ada baiknya disimpan untuk kegunaan di masa akan datang.

Namun demikian jika diandaikan kilang papan berkenaan memerlukan kira-kira 1 juta

meter padu kayu balak bulat (termasuk jumlah yang akan dieksport ke luar Kelantan)

maka wajarlah anggaran AAC sebanyak lebih kurang 1.2 – 1.3 juta meter padu

dipertimbangkan. Dengan andaian bahawa pengusahasilan membabitkan tebangan

sehingga kira-kira 100 m3/ha maka anggaran luas kawasan yang boleh dikeluarkan

sebagai AAC di bawah senario ini ialah antara 12,000 – 13,000 ha/tahun. Perlu juga

diingat bahawa sebarang usaha mengusahasil kawasan HSK secara besar-besaran

hendaklah mengambil kira implikasinya terhadap alam sekeliling dan ekosistem hutan

pada keseluruhannya. Dan pendekatan secara RIL dan LIL adalah merupakan alternatif

terbaik.

Page 31: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Senario 2: Dengan mengambil andaian oleh Thang (1987):

ô Isipadu tegak pokok >5cm ppd = 163.2m3/ha (pada YEAL = 30)

ô Isipadu tegak pokok >45cm ppd = 63.8 m3/ha (pada YEAL = 30)

ô Pengeluaran berekonomik = 30 – 40 m3/ha

Jadual 6.6 memberikan ringkasan pengiraan AAC di bawah scenario ini.

Jadual 6.6: Perkiraan AAC Di Bawah Senario 2.

Tahun Luas Kawasan, ha

Angg. Isipadu Berdiri pada YEAL 30 tahun, m3/ha

Anggaran Isipadu Berdiri Kasar, m3

Anggaran Isipadu Berdiri Bersih (Faktor kerosakan 35%); m3

2006 56,587 63.8 57,193 x 63.8 = 3,610,250 2,346,660 2010 59,106 63.8 54,001 x 63.8 = 3,770,960 2,451,125 2015 61,949 63.8 63,193 x 63.8 = 3,952,346 2,569,025

Isipadu sedia dibalak:

ϒ 2006 – 2009 = 586,665 m3/tahun = 5,860 ha/tahun = 33 kilang papan

ϒ 2010 – 2014 = 490,225 m3/tahun = 4,900 ha/tahun = 27 kilang papan

ϒ 2015 – 2019 = 513,805 m3/tahun. = 5,100 ha/tahun = 28 kilang papan

Perkiraaan di atas berdasarkan andaian bahawa: pengusahasilan membabitkan

tebangan sejumlah kira-kira 100 m3/ha. Ini bermakna jika senario ke-2 ini diterima maka,

jumlah AAC yang dicadangkan yang boleh dianggap sustainable ialah kira-kira 4,900 ha – 6,000 ha/ tahun.

Dalam keadaan sekarang, senario 2 nampaknya lebih hampir kepada keadaan realiti

yang mana akan menyaksikan lebih banyak kilang papan ditutup, kecuali usaha dibuat

bagi menggembelingkan upaya supaya (i) bekalan dari hutan ladang dipertingkatkan

dengan segeranya; (ii) kadar pembaziran sumber kayu di hutan dan di kilang

diminimumkan menerusi amalan RIL/LIL dan peningkatan kadar perolehan (recovery

rate); (iii) peningkatan dalam usaha R & D, terutamanya mengenai kajian tumbesaran;

(iv) meningkatkan pemantuan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-

peraturan yang relevan.

Page 32: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

5.0 PRISKRIPSI PENGURUSAN HUTAN Pengurusan sumber hutan asli di Negeri Kelantan dalam tempoh RPH yang lalu dijalankan

berdasarkan kepada premis berikut:

ô Kesemua hutan pengeluaran adalah terdiri daripada hutan darat hutan dipterokarpa

campuran (inland mixed dipterocarp forest)

ô Kesemua hutan pengeluaran adalah terdiri daripada campuran hutan tanah pamah, hutan

bukit dan hutan bukit atas

ô Pentadbiran dan pengurusan sumber hutan dijalankan berpandukan kepada beberapa

garispanduan dan dokumen rujukan; di antaranya yang utama ialah: (i) Dasar Perhutanan

Negara 1978 (Pindaan 1992); (ii) RPH Negeri Kelantan bagi tempoh 1996 – 2005; (iii) Manual Perhutanan 2003 JPSM; (iv) Akta Perhutanan Negara 1984; (v) Pekeliling Ketua

Pengarah Perhutanan; (vi) Rancangan Operasi Tahunan (Annual Operation Plan (AOP))

ô Pengurusan sumber hutan adalah bagi memenuhi keperluan sosio-ekonomi dan

perlindungan alam sekitar negeri dan masyarakat tempatan.

Pembahagian hutan kepada 11 kategori sebagaimana yang dituntut oleh Akta Perhutanan

Negara dipatuhi sepenuhnya dengan tambahan satu lagi kategori hutan: Taman Hutan Negeri

(THN) di HSK Gunung Stong Tengah pada 2005. Di sepanjang tempoh RPH yang lalu,

pelbagai program dan projek pembangunan hutan telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak

JPNK. Ini termasuklah Pengurusan Sumber Hutan, Pembangunan Sumber Hutan, Perhutanan

Masyarakat, Pembangunan Tenaga Manusia dan Infrastruktur, Pemuliharaan dan

Pemeliharaan Alam sekitar dan Publisiti & Pengembangan Maklumat Perhutanan. Pada

keseluruhannya dianggarkan RM6 – 8 juta/tahun telah dibelanjakan bagi membiayai program-

program yang dinyatakan dengan menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan

Hutan (KWPH).

5.1 Pengurusan dan Pembangunan Sumber Hutan

Di bawah program ini usaha dijalankan supaya HSK dapat diurus secara saintifik dan

teratur ke arah menjamin pengeluaran yang berterusan bekalan hasil kayu dan bukan

kayu dan perkhidmatan hutan.

a) Penubuhan HSK

Projek ini membabitkan aktiviti-aktiviti penandaan dan pembersihan sempadan

HSK termasuk kerja-kerja menyukat, mencuci sempadan, pemasangan tiang

sempadan dan papan tanda bagi tujuan pengawalan dan pencegahan daripada

pencerobohan. Keutamaan bagi dijalankan kerja penandaan dan pencucian

Page 33: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

sempadan ialah di kawasan yang bersempadanan dengan kawasan Tanah

Berimilik kerana pengalaman menunjukkan bahawa di tempat seumpama inilah

biasanya kejadian pencerobohan dan kebakaran HSK bermula.

5.2 PENGURUSAN LADANG HUTAN

Perkembangan hutan ladang di Kelantan adalah kurang menggalakkan di sepanjang 1980an

dan 1990an. Sehingga akhir 2004 jumlah keluasan ladang hutan di Kelantan berada pada tahap

3,965ha; terdiri daripada ladang-ladang Acacia mangium (60%), Jati (Tectona grandis) (2.8%),

Sentang (Azadirachta excelsa) (18.2%) dan Getah (Hevea brasiliensis) (2.1%). Namun

demikian, senario ini nampaknya berubah mulai awal 2000an dengan beberapa syarikat swasta

menunjukkan minat untuk melabur di dalam perhutanan ladang di Lojing, HSK Jedok, HSK

Gunung Basor dan HSK Jentiang. Di peringkat Jabatan, perladangan hutan secara besar-

besaran memanglah suatu perkara yang agak sukar dilaksanakan. Kerja-kerja ladang yang

dijalankan setakat ini terbatas kepada menangani ladang sedia ada di samping menubuhkan

ladang-ladang baru di dalam lingkungan keupayaan Jabatan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

merangkumi kerja-kerja penyediaan tapak, penanaman, rawatan dan penyediaan anak benih.

Tinjauan ke atas rekod 11 tahun semenjak 1989 menunjukkan pencapaian yang agak

bercampur oleh Jabatan. Secara puratanya kos menubuh dan merawat ladang hutan adalah

RM1,130.175/ha dengan Kos Penubuhan sahaja boleh mencapai sehingga RM1,826.27

(Jadual 4.11).

Jadual 4.11. Prestasi Perladangan Hutan, 1989 – 2002, Luas dalam Ha.

TAHUN Ha Di tanam

Ha Di rawat (termasuk penjarangan)

Jumlah Ha Jumlah Kos, RM RM/ha

1989 84.80 1,734.6 1,819.4 878,504.11 482.85

1990 429.1 814.6 1,243.7 954,575.87 767.53

1992 974 351,923.98 361.32

1995 100 0 100 182,627.35 1,826.27

1996 120 840 960 675,151.50 703.28

1997 230 439 669 910,793.55 1,361.43

1998 165 167 332 471,525.00 1,420.26

1999 100 1,091 1,191.0 1,010,004.00 848.03

2000 30 430 460 763,250.00 1,659.24

2001 0 432 432 567,217.00 1,313.00

2002 80 523 603 1,018,298.90 1,688.72

Purata 1,130.175

Page 34: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Tanaman Getah

Pokok Getah menjanjikan pulangan yang baik bagi sektor perhutanan memandangkan

penerimaan yang baik terhadap kayunya di pasaran tempatan dan antarabangsa sebagai

bahan mentah perabot. Menurut rekod, perladangan getah di Kelantan untuk kayu balak

bermula dalam tahun 1996 apabila tanah seluas 23.5ha dalam HSK Relai di tanam dengan

pokok getah TLC (timber-latex clone) pada kos sebanyak RM4,044.54/ha. Ini bererti pada tahun

2005 dirian getah TLC yang pertama ini telahpun mencapai usia 9 tahun. Sehingga kini terdapat

seluas 53.5ha getah TLC terletak di dalam Blok 1/96 dan 1/97 HSK Relai, dalam Jajahan Hutan

Kelantan Timur (Jadual 4.12). Kos merawat dirian getah ini pada peringkat awal didapati

sebanyak dalam lingkungan RM1,500.00/ha - RM3,500.00/ha.

Jadual 4.12. Prestasi Penanaman Getah TLC di Kelantan, Luas dalam Ha.

TAHUN Ha Di tanam Ha Di rawat Jumlah Ha Jumlah Kos, RM RM/ha

1996 23.5 - 23.5 95,046.76 4,044.54

1997 16.5 2 18.5 74,294.00 4,015.89

1998 - 33.5 33.5 59,802.10 1,785.14

1999 - 33.5 33.5 50,000.00 1,492.54

2000

-

33.5

33.5

98,915.00 (termasuk RM78,965.00 sumbangan drp JPSM Kuala Lumpur)

2,949.70

2001 20 33.5 53.5 199,284.00 3,724.93

2002 - 53.5 53.5 190,502.45 3,560.79

5.3 PENGURUSAN HASIL BUKAN KAYU Tanaman dan Rawatan Rotan dan Buluh

Rotan dan buluh adalah merupakan sebahagian daripada sumber produk hutan bukan-kayu

yang amat penting dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, terutamanya bagi perusahaan

pembuatan perabot. Pada keseluruhannya projek menanam rotan dan buluh dijalankan dengan

cara dikontrak kepada pihak swasta dan di bawah pengawasan Jabatan. Menurut rekod,

sehingga akhir 2004, seluas 1,753ha tanaman Rotan dan 155ha tanaman Buluh telah berjaya

diwujudkan di Negeri Kelantan oleh JPNK (Jadual 4.13 & 4.14).

Page 35: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Jadual 4.13. Aktiviti Penanaman dan Rawatan Rotan, 1986 – 2004

TAHUN HUTAN SIMPAN KOMPATMENT HA

1986 Ulu Sat Chabang Tongkat

66 36

25 20

1987 Chabang Tongkat 33 40 1988 Chabang Tongkat 32 40 1989

Chabang Tongkat

37 38 54B 55

15 15 8 8

1990 Chabang Tongkat 54A 30 1991 Chabang Tongkat

Ulu Sat 54C 3

12 5

1992 Chabang Tongkat Ulu Sat

20 5

50 40

1993 Ulu Sat 5 11B

15 40

1994

Ulu Sat Chabang Tongkat Relai

12A 12B 62 63 55 57

30 30 35 30 10 35

1995 Gunung Basor 120A/129 120B/129 120C/129

40 40 40

1996 Gunung Basor 124 126

140 140

1997 Gunung Basor 157 158

140 70

1998 Gunung Basor 161 25 1999

Gunung Basor

160 161 162 156 155 148 157

25 25 25 25 25 25 25

2000

Gunung Basor

156 161 162 157 148

25 25 25 25 25

2001

Gunung Basor

90 108 112 113 121

25 25 25 25 25

2002

Gunung Basor

109 110 111 114

20 25 20 25

2003 Ulu Sat 57 61

25 25

2004 Gunung Basor 158 20 JUMLAH 1,753

Page 36: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Jadual 4.14(a-c) Prestasi Penanaman Rotan dan Buluh (Ha) Di Negeri Kelantan

a) Rotan dan Buluh

TAHUN <1993 ‘94 ‘95 ‘96 ‘97 ‘98 ‘99 2000 ‘01 ‘02 ’03 & ‘04 Jumlah

Rotan Ha

363

170

120

280

210

25

175

125

125

90

70

1,753

Buluh Ha

10

10

20

30

30

30

20

0

0

0

5

155

b) Rotan

TAHUN Ha Di tanam

Ha Di rawat Jumlah Ha Jumlah Kos, RM RM/ha

1989 46 140 186 94,908.02 510.26 1990 30 126 156 78,988.32 506.33 1991 17 141 158 74,923.55 474.20 1992 90 123 213 106,390.00 499.48 1995 120 100 220 172,418.00 783.72 1996 280 190 470 373,825.00 795.37 1997 210 400 610 291,268.75 477.98 1998 165 210 375 341,497.00 910.66 1999 200 500 700 620,000.00 885.71 2000 125 605 730 499,745.00 684.58 2001 125 490 615 463,726.20 754.03 2002 90 350 440 391,636.03 890.08 Purata 681.03

c) Buluh TAHUN Ha Di tanam Ha Di rawat Jumlah Ha Jumlah Kos, RM RM/ha 1993 10 0 1994 10 0 t.d. 1995 20 30 50 89,090.00 1,781.80 1996 30 30 60 123,493.50 2,058.23 1997 30 30 60 93,740.00 1,562.33 1998 0 0 0 0 1999 10 80 90 65,000.00 722.22 2000 0 0 0 0 0

.

Memandangkan akan kemajuan yang agak terbatas dalam hal pengurusan rotan dan buluh di

Kelantan, JPNK perlulah mempunyai suatu halatuju tertentu berhubung dengan pembangunan

sumber bukan-kayu ini; iaitu dalam konteks kos dan faedahnya, khususnya buluh yang didapati

memakan kos yang agak tinggi.

Page 37: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006 5.4 HCVF/ GRA Di Dalam FMU

Tapak-tapak berikut telah dikenalpasti sebagai berpotensi untuk dijadikan HCVF dan GRA di

dalam FMU negeri Kelantan:

1. Jaluran hutan yang membentuk koridor dan penampan di antara sempadan bahagian

selatan FMU dengan Taman Negara. Adalah dicadangkan supaya lebar jalur

penampan/ koridor ini ditetapkan pada 100 meter.

2. Kawasan hutan yang sekarang membentuk Taman Hutan Negeri Gunung Stong

Kelantan di HSK Gunung Stong Tengah dan Taman Warisan Alam (TWA) Meranti Bukit

di HSK Relai. Dengan status baru bagi HSK Gunung Stong Tengah dan TWA ini,

kedudukan biodiversiti di kawasan berkenaan boleh dikatakan terjamin dan terpelihara.

Taman Hutan Negeri Stong Kayu dengan pelbagai sumber dari segi geologi, sumber

biologi, akuatik dan Aroid, moktob tanah, ektoparasit dan endoparasit, serangga, ikan

dan Taman Hutan Negeri Stong ini juga telah merekodkan penemuan populasi Rafflesia

Kerii, seperti endomik buluh Holttumochioo pubescens, seperti palas Licuala stongensis

dan seperti Halia Zingiber Kelantanense.

3. Semua 17 kawasan VJR yang sediada di seluruh negeri Kelantan.

4. Semua rangkaian petak-petak kajian “growth plots” di Negeri Kelantan, iaitu terdiri

daripada 15 buah PCK Kajian Tumbesaran dan 9 buah petak Kajian CFI, termasuk

kawasan penampan (buffer zones) di sekeliling PCK dan CFI.

5. Kawasan/tapak lain yang akan dikenalpasti dari semasa ke semasa.

Bagi merealisasikan konsep pemeliharaan sumber genetik ini, strategi berikut akan

dilaksanakan semasa tempoh RPH ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menjadikan semua kawasan VJR dan Taman Hutan

Negeri Gunung Stong, Kelantan sebagai HCVF Negeri Kelantan.

Page 38: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

5.4.1 Mengenalpasti Spesies Sasaran:

Spesies yang dipilih (atau spesies sasaran) ialah spesies yang dianggap sangat penting

bagi sesuatu dirian hutan dan ekosistem, sehingga wajar diberi pertimbangan khas, di

atas beberapa sebab:

(1) Ia penting dari segi komersial, sehingga menyebabkannya ditanda untuk operasi

tebangan memilih;

(2) Ia mungkin berpotensi di masa hadapan, tetapi populasinya wujud dalam

bilangan yang sangat sedikit sehingga penerusan hidup (survival) dan

kelestarian spesies ini mungkin menjadi persoalan;

(3) Spesies yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi, seperti dirianMeranti

bukit di Taman Warisan Alam yang berpotensi dibangunkan sebagaidestinasi

ekopelancongan;

(4) Spesies nadir;

(5) Spesies yang mempunyai kadar tumbesaran yang amat perlahan yang mana

sebarang usaha penebangan akan mengancam survival mereka;

(6) Spesies yang mempunyai potensi pembiakan yang rendah, misalnya terlalu

jarang berbuah, manakala pembiakan tampang pula sukar dijalankan;

(7) Spesies yang menghasil bijibenih yang banyak atau pokok yang mempunyai nilai

tinggi bagi penghutanan semula.

Spesies Pokok Sasaran adalah dikenalpasti berdasarkan kriteria yang tersebut di atas

dan di susunatur menurut empat tahap kepentingan; iaitu rendah, sederhana, tinggi dan

sangat tinggi.

Page 39: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

5.4.2 Menubuhkan Pengkalan Data:

Sebuah pengkalan data yang baik dan berfungsi sangatlah penting dalam rangka untuk

mempastikan keberkesanan dan relevannya sesuatu projek HCVF/GRA yang

dicadangkan. Langkah-langkah yang terbabit termasuklah:

• Penyusunan (sorting) data dan verifikasi;

• Data coding menurut kaedah coding yang standard bagi spesies-spesies

menurut prosedur yang diberikan dalam manual inventori;

• Memasukkan data ke dalam komputer dan penstoran (storage) ;

• Kompilasi data pokok dan maklumat lain seperti sejarah kawasan, geologi dan

tanah, iklim, sistem pengurusan hutan, kehadiran hidupanliar, kejadian/insiden

kerosakan dan kecederaan disebabkan serangan agen perosak, wind throw,

kebakaran, etc., perilaku finologi (termasuk pengeluaran pucuk baru (flushing),

pembungaan dan pembuahan);

• Mensistesis data dan menyediakan rumusan supaya memudahkan retrieval; dan

• Laporan berkala. Pemantauan dan penyediaan laporan yang tetap, misalnya

setiap enam bulan adalah disyorkan supaya dapat direkod sebarang perubahan

yang berlaku di dalam HCVF/GRA, dan untuk mengenalpasti bidang-bidang

yang memerlukan perbaikan.

Page 40: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006 5.4.3 Aktiviti dan Pelan Tindakan Di Masa Hadapan Di Dalam HCVF/ GRA

Bergantung kepada jenis dan peranan sesuatu HCVF itu, garis tindakan berikut akan

diikuti oleh JPNK bagi mempastikan kegunaan dan relevannya untuk jangkamasa

berterusan.

(1) Menanda dan memelihara sempadan kawasan

Ancaman-ancaman yang dihadapi oleh HCVF boleh jadi dalam berbagai bentuk,

dari yang sekecil-kecilnya seperti kemasukan orang secara tanpa izin sehingga

kepada kerosakan fisikal yang serius seperti pencerobohan dan pembalakan

haram yang mana boleh membawa kepada kemerosotan fisikal yang berat ke

atas kawasan dan sumber biodiversiti di dalamnya. Dengan demikian adalah

penting supaya apa jua ancaman masakini dan juga yang bakal mendatang

dikenalpasti dan kalau boleh dikuantifikasi supaya ianya dapat dimasukkan ke

dalam rancangan pengurusan HCVF dan langkah-langkah berpatutan diambil

bagi mengatasi/mengelakkannya. Pemeriksaan yang kerap dan survei ke atas

sempadan disertakan dengan dokumentasi yang relevan mungkin dapat

membantu mempastikan keselamatan dan keutuhan kawasan HCVF.

(2) Menjalankan Inventori Pelbagai-Sumber ke atas HCVF

Aktiviti ini boleh dijalankan bersama-sama dengan survei ke atas sumber pada

skala FMU yang mana biasanya dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam

setiap tempoh perancangan. Maklumat yang dikutip hendaklah meliputi

seberapa banyak yang mungkin parameter dan sumber-sumber yang

menerangkan situasi hutan berkenaan. Selanjutnya maklumat seumpama ini

akan membantu pengurus dalam menetapkan peranan/fungsi serta kegunaan

HCVF yang dimaksudkan dan memutuskan jenis-jenis kegunaan lain yang

sesuai dengannya.

(3) Menyelenggara Pengkalan Data dan Mendokumentasi serta Memasang Tanda

Di Tanah Berhubung dengan Ciri dan Sumber yang Relevan

Wujudkan pengkalan data - pengkalan data yang bersesuaian mengandungi

maklumat mengenai sumber (hidup dan bukan hidup) di dalam HCVF termasuk

yang mempunyai potensi bagi kegunaan yang lestari di masa hadapan. Spesies

pokok sasaran khususnya hendaklah ditanda kedudukannya di tanah dan di atas

peta dan seterusnya didigit di atas komputer. Selanjutnya pokok-pokok ini akan

dilabel dengan label plastik berukuran 4cm x 10cm dengan menunjukkan

Page 41: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

maklumat mengenai nama-nama tempatan dan saintifik dan dipasang pada

ketinggian yang bersesuaian di batang pokok. Label-label ini perlu diperiksa dari

semasa ke semasa bagi mempastikannya tidak rosak atau hilang dan maklumat

di atasnya dapat dibaca dengan jelas.

(4) Memantau Pembungaan dan Pembuahan dan Mengutip Biji Benih. Aktiviti ini dijalankan secara tetap dan direkod dengan baik. Pola dalam

pengeluaran bunga dan buah akan dipantau dalam konteks perubahan cuaca

dan musim serta respons terhadap perubahan alam sekitar. Dalam hubungan ini

data mengenai cuaca (taburan hujan, rajah angin, suhu, lembapan) serta faktor-

faktor lain seperti kejadian jerebu, pencemaran, aliran air, dll akan dipantau

dengan input dan kerjasama dari agensi-agensi berkaitan. Faktor-faktor alam

sekitar sudah semestinya mempunyai kesan yang penting ke atas kesihatan

pokok dan seterusnya mempengaruhi kuantiti dan kualiti bunga dan buah yang

dihasilkan.

(5) Mengesan dan Mengutip Anakliar.

Penghasilan bijibenih dan stok tanaman yang viabel akan merupakan salah satu

daripada matlamat HCVF yang digunakan sebagai GRA yang mana merupakan

satu daripada raison d’ etre penubuhannya. Bijibenih dan anak liar dari kawasan

ini akan dilabel dengan baik menurut provenannya sebelum dipindahkan ke

tempat lain untuk tujuan ujikaji atau digunakan dalam aktiviti-aktiviti penanaman

secara in situ dan ex situ serta operasi penghutanan semula.

(6) Menubuhkan Tapaksemaian bagi Pembiakan dan Penambahbaikan Stok

Tanaman.

Aktiviti ini adalah sebagai pelengkap kepada aktiviti (4) tetapi dengan objektif

bagi menubuhkan stok masa depan bagi bahan tanaman berkualiti dan terpilih.

Spesies yang disasarkan tidak terhad kepada spesies pokok hutan sahaja malah

kepada semua spesies yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi (high

conservation value).

(7) Bancian-semula pokok-pokok dan sumber-sumber lain

Aktiviti ini bertijuan untuk memantau taburan, kuantiti, kadar tumbesaran, tahap

kesihatan dan perilaku fenologi mereka. Aktiviti ini termasuklah memantau

status spesies sasaran dan menilai kelayakannya untuk terus diiktiraf sebagai

spesies sasaran dalam konteks persekitaran sosio-ekonomi yang berubah-ubah.

Page 42: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

(8) Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)

R & D ke atas biologi populasi, sistem reproduktif dan program pembiakan.

Aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan atas dasar kerjasama dengan pihak-pihak

berkenaan seperti institusi penyelidikan perhutanan dan pertanian serta

universiti-universiti. Dewasa ini terdapat minat yang meningkat di kalangan

agensi-agensi antarabangsa dalam menyokong pembangunan kawasan-

kawasan pemeliharaan, tetapi hal ini perlu di jalankan secara terancang dengan

penglibatan penuh agensi-agensi tempatan. Strategi pemeliharaan yang

bersesuaian akan dibangunkan oleh JPNK bagi setiap tapak dan disertakan

dengan rancangan pengurusan HCVF yang baik.

Pengalaman yang akan diperolehi berhubung dengan pengurusan HCVF, akan

membantu pengurusan hutan dalam:

☼ Membangunkan teknik penubuhannya dalam konteks kos dan faidah yang

dijangka;

☼ Penubuhan HCVF akan menyumbang kearah pembentukan rangkaian contoh-

contoh HCVF yang menyeluruh, di Malaysia khususnya dan tropika amnya; dan

☼ Selanjutnya rangkaian HCVF yang berfungsi penuh boleh dibangunkan sebagai

sebahagian daripada “International Registry of HCVFs” yang lebih besar.

Tumpuan utama daripada perlaksanaan rancangan strategi projek SFM adalah

membabitkan isu-isu berikut:

1) Perlaksanaan operasi-operasi perhutanan (pengusahasilan dan pemuliharaan)

yang mesra-alam sekitar dan membantu kearah pencapaian objektif silvikultur

yang disertakan dengan langkah-langkah mitigasi dengan tujuan mengelakkan

kerosakan dan operasi pemuliharaan yang mahal harganya.

2) Pembinaan pengkalan data dan maklumat secara bersistematik dan teratur

mengenai stoking dan komuniti hutan pada peringkat kompatmen; yang mana

merupakan syarat asas bagi membuat unjuran stoking masa hadapan dan

penentuan catuan isipadu tebangan tahunan (AAC).

3) Menjana, merumus dan menjaga aliran maklumat yang lengkap dan berterusan

yang mana penting bagi kegunaan pengurusan dan pembuatan keputusan.

Page 43: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Matriks dalam Jadual 8.1 menunjukkan senarai aktiviti keutamaan dalam perancangan operasi

di dalam kawasan HSK Hutan Pengeluaran di negeri Kelantan, di sepanjang tempoh RPH.

Page 44: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006
Page 45: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jadual 8.1: Perancangan Stategik Pengurusan HSK Dalam Tempoh RPH (2006 – 2015)

STATUS REGENERASI/ BIL. TAHUN SELEPAS PEMBALAKAN (YEAL)

A

ktiv

iti

YEAL = >25 (Dibalak pd & sebelum 1980)

YEAL = 20<25 (Dibalak 1981-85)

YEAL= 15<20 (Dibalak 1986-90)

YEAL = 10<15 (Dibalak 1991-95)

YEAL = 5<10 (Dibalak 1996 - 2000)

YEAL = 0<5 (Dibalak 2001 -2005)

Catatan

1 2 3 4 5 6 7 Jadual pembalakan bagi hutan dirian ke-2

Dibalak 2006–2010 (RPH ini bermula pada 2006, i.e. pusingan ke 2)

Balak 2011– 2015

Dibalak 2016 -2020

Dibalak 2021 - 2025

Bakal dibalak 2026 – 2030 (tamat Kitaran Ke 2)

2031 – 2035 Calon bagi memulakan pusingan ke 3.

Dirian hutan akan diklasifikasi semula berdasarkan inventori HSK diseluruh negeri.

Perancangan Operasi

1. Sediakan RPH; 2. Peruntukan kawasan untuk diusahasil 3. Sediakan Rancangan Operasi 5-tahun.

1.Peruntukan kawasan utk di usahasil; 2. Sediakan Rancangan Kerja 5-tahun

1. Sediakan RPH; 2. Peruntukan kawasan utk diusahasil.

1. Kemaskini data inventori mengenai sumber hutan; 2. Peruntuk kawasan utk di usahasil

1. Sediakan RPH baru; 2. Peruntukan kawasan balak utk diushasil;

1. Kemaskini data inventori mengenai sumber hutan; 2. Peruntuk kawasan utk di usahasil

Tentukan kaedah pengelasan hutan

Sempadan 1. Ditanda-semula dan dibersihkan

1. Ditanda-semula dan dibersihkan

1. Ditanda-semula dan dibersihkan

1. Ditanda-semula dan dibersihkan

1. Ditanda-semula dan dibersihkan

1. Ditanda-semula dan dibersihkan

Penandaan sempadan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang hutan perlu diberi keutamaan. Setiap kakitangan dan unit dalam JPNK bertanggungjawab dalam hal penguatkuasaan undang-undang dan peraturan hutan.

Inventori / Survei

1. Survei sumber komprehensif, 2. Inventori Pre-F

Inventori Post-F1 Terpulih? Terpulih? Post-F2 Post F1 Inventori ke atas semua sumber kayu dan bukan kayu bagi megenalpasti dan membangun sumber yang berpotensi menjana ekonomi negeri.

Jalan: Pembinaan & Penyelenggaraan.

Jajaran baru/ pembinaan baru

Jalankan survei ke atas jalan & infrastruktur

Rondaan rutin & penyeleng-garaan infrastruktur

Selenggara jalan bagi memudahkan perhubungan untuk kerja silvikultur

Pengusahasilan

Berdasarkan AAC dan peraturan Penandaan Pokok

Kajian “re-tooling & redesigning” sistem pembalakan

Bangunkan kaedah pembalakan terbaik sesuai dengan keadaan kawasan hutan.

Halusi teknik pembalakan yang bersesuaian dengan hutan dirian kedua

Kemaskini rekod tentang kos dan hasil

Regenerasi Semulajadi (NR)

Tubuhkan PCK tumbesaran (GY) dan pemantauan

Ulang-ukur PCK GY

Ulang-ukur PCK GY

Ulang-ukur PCK GY

Analisis data dan buat unjuran isipadu akan datang.

Pantau pembungaan dan pembuahan secara berterusan

Rawatan ke atas NR

Potong akar Pre-F Penjarangan liberasi bagi jaras besar

Pertingkatkan tahap kesihatan hutan (forest hygiene)

Page 46: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

Penjarangan NR (anakbenih semulajadi)

Penjarangan daun-kedaun & penjarangan pilih bagi NR

Penjarangan ke-2

/

Tanaman Mengaya (TM)

Survei kawasan/ spots untuk direhabilitasi

Jalankan TM di atas ruang kosong dan lorong penarikan

Tanam kawasan terdedah/kawasan kosong & lorong penarik.

Selenggara setiap 5 tahun

Rawatan Tanaman Mengaya (RTM)

Pembajaan & Pruning Penjarangan pertama TM

Penjarangan ke-2 TM.

Tapak Semaian Perhutanan

1. Fasiliti tambahan bagi t/semaian 2. Kutipan bijibenih & Pemantauan pembuahan spesies pokok 3. Membiak/ Membina stok tanaman

1. Pindahkan stok tanaman ke kawasan penanaman

1. Kaji kemungkinan menubuh tpk semaian sementara bagi menjimat kos peng-angkutan.

1. tingkatkan kapasiti tpk semaian bagi mengeluarkan NTFP & herba.

1. Tapaksemaian dikomersilkan 2. JPNK menawarkan kepakaran/ khidmat nasihat tentang tapak semaian

Zon Penampan (ZP)

Tandakan peta lokasi ZP & tandakan ditanah.

Rondaan rutin ZP bagi mempastikan tiada violation

1. Kaji kegunaan alternatif bagi ZP

1. survei ke atas flora & fauna dalam ZP

1. dokumentasi flora & fauna dalam ZP

HCVF 1. Kenalpasti & tanda HCVF; 2. Kenalpasti habitat sasaran 3. Kenalpasti spesies sasaran.

1. Sediakan Rancangan Pengurusan bagi HCVF; 2. Inventori sumber-sumber dalam HCVF

1. Daftarkan HCVF ke dalam senarai-daftar nasional atau dunia. 2. Rondaan rutin.

Kajian konservasi dalam HCVF.

1. Komersialkan sumber BioD; 2. Sediakan brosur/risalah promosi

1. Rondaan rutin.

Hutan Perlindungan (HP)

Kenalpasti dan tandakan HP di atas peta dan di tanah

Kaji sumber-sumber di dalam HP dan dokumentasi hasil kajian.

Sediakan Rancangan Pengurusan bagi HP selaras dengan prinsip SFM

Bangunkan langkah-langkah perlindungan bagi HP

Kaji kesesuaian HP dengan kegunaan lain hutan.

Hutan Rekreasi/ Ameniti

1. Susul pembangunan Taman Hutan Negeri (THN) di HSK G. Stong. 2. Sediakan rancangan pengurusan bagi Taman Hutan Negeri Gunug Stong. 3. Bina infrastruktur

1. Laksanakan syor2 dalam Stong Development Plan 2. Sediakan plan bagi memasar/ promosi G. Stong & tarikannya.

1. Bangunkan rancangan dan langkah perlindungan bagi THN; 2. Terbitkan bahan-bahan promosi; 3. Selenggara infrastruktur/ kemudahan

1. Jalankan survey pasaran ke atas permintaan rekreasi bagi fasiliti-fasiliti JPNK’s; 2. Jalankan R&D yg berkaitan dgn ekopelancongan di Kelantan.

1. Rondaan rutin; 2. Selenggaraan rutin keatas kemudahan-kemudahan 3. Dapatkan sokongan kewangan bagi R&D ke atas penyelidikan mengenai ekopelancongan.

Penyelidikan & Pembangunan

1. Ulang-ukur PCK Tumbesaran 2. Tubuhkan rangkaian baru PCK

1. Kajian ke atas hidrologi & ekologi; 2. Jalin

1. Bentang hasil kajian dlm seminar/wksyop. 2. Bangunkan

1. Terbitkan penemuan R & D

1. Selenggaraan rutin kemudahan, R & D, PCK 2. Ulang-ukur dan

1. Bentangkan hasil R&D dalam seminar; 2. Terbitkan hasil

Selenggara tiap tahun, Ulang-ukur setiap 3 atau 5 tahun

Page 47: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

(R & D) Tumbesaran 3. Tubuhkan stesyen tetap bagi kajian luar

kolaborasi R & D dengan agensi-agensi lain.

strategi bagi membiayai R&D, selenggara fasiliti, 3. Tingkatkan kapabiliti

kutipan data rutin. R&D

Latihan/ pembinaan kapasiti

1. Woksyop mengenai RPH yang baru; 2. latihan dalaman bagi k/tangan 3. Latihan bagi kontraktor, pembalak & pembekal 4. Kempen kesedaran bagi orang ramai.

1. tetapkan tempat bagi latihan k/tangan

1. dapatkan kolaborasi dan sokongan kewangan bagi latihan k/tangan.

1. JPNK menawarkan latihan kepada agensi-agensi lain.

1. kembangkan skop dan peupayaan latihan.

Pensijilan (Odit penuh)

1. Pensijilan FSC diikuti dengan odit pemantauan tahunan; 2. ISO 14001 certification; 3. ISO 9001 certification; 4. Other certifications/ accrediations

Kekerapan 3 – 5 tahun.

Pensijilan (Odit tahunan/ surveillance)

---- Odit Pemantauan Tahunan (annual surveillance) ---

Dijalankan oleh Badan Pensijilan yg dilantik (misal MTCC, SIRIM QAS International, dll.)

Rebiu Berkala RPH

2009 2012, 2015 2018 2025 2030

Page 48: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006
Page 49: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

6.0 IMPLIMENTASI

6.1 Jadual Perlaksanaan

Usaha-usaha perancangan dan perlaksanaan garispandu dan arahan yang disarankan

di dalam RPH ini adalah dibuat berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut:

1) Disebabkan oleh saiz FMU yang luas dengan pelbagai jenis habitat dan

topografinya, adalah sukar untuk menjalankan suatu inventori yang benar-benar

komprehensif serta penilaian ekonomi ke atas semua kompatmen hutan serta

segala sumber dan stoking yang terdapat di dalamnya dalam tempoh masa yang

singkat. Meskipun demikian data-data dan maklumat yang dikutip sehingga kini

dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang situasi sumber hutan

yang diurus.

(2) Data tempatan mengenai kadar tumbesaran spesies pokok dan dirian yang

hidup di dalam keadaan silvikultur dan status regenerasi yang berlainan yang

dikutip sehingga kini memberikan isyarat yang bercampur berhubung dengan

pola masa depan tumbesaran dirian kedua. Ini bererti lebih banyak data dari

pengukuran yang berterusan dan berkala diperlukan sebelum sesuatu pola

dapat dikesan untuk dibuat unjuran. Ia juga menuntut supaya lebih banyak PCK

tumbesaran di tubuhkan dalam semua HSK (jika tidak dalam setiap kompatmen)

di seluruh negeri Kelantan. Memandangkan akan batasan ini, maka data

anggaran dan andaian daripada kawasan di luar FMU telah terpaksa digunakan

bagi membuat unjuran prestasi tumbesaran dirian pokok pada umur-selepas-

pembalakan (YEAL) yang berlainan. Keadaan ini tak dapat tidak memberi kesan

kepada kejituan pengiraan AAC dan sebagainya.

(3) Penyimpanan-rekod yang kurang memuaskan dan tidak kemaskini dalam Buku

Rekod Kompartmen (BRK – compartment record book) mengenai operasi

perhutanan, keputusan ringkas inventori, pemerhatian di lapangan dan keadaan

demografi/ komposisi dirian hutan, rawatan silvikultur serta tindak balas dirian

dan spesies pokok terhadap rawatan berkenaan. Ini memberikan ruang di masa

hadapan ke arah penambahbaikan prosedur kerja dan peningkatan kualiti yang

mana akan diberi perhatian khusus oleh JPNK di sepanjang tempoh RPH ini.

Page 50: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

(4) Terdapat keperluan bagi latihan di kalangan kakitangan di semua peringkat,

terutamanya di peringkat profesional dan pengurusan serta pelaksana.

Keperluan latihan juga terdapat di kalangan kontraktor, pembalak dan pembekal

di samping kempen kesedaran bagi masyarakat umum, terutamanya komuniti

yang bergantung secara langsung kepada hasil dan perkhidmatan hutan.

Usaha-usaha latihan dan kempen kesedaran perlu menekankan kepada aspek

kepunyaan (sense of belonging) dan cinta kepada hutan dan alam sekitar di

mana setiap orang dianggap sebagai rakan-kongsi (partner) dalam usaha yang

baik ini.

(5) Terdapat keperluan kepada penyelidikan dan pembangunan (R & D) khususnya

dalam hal berkaitan dengan tumbesaran dirian kedua, kerosakan pembalakan,

ekologi, perhutanan-tani dan alam sekitar. R & D hendaklah berbentuk aplikasi

dengan tujuan membuka peluang bagi meningkatkan pembangunan industri dan

menambahkan hasil pendapatan negeri dari sektor perhutanan. Contoh yang

nyata ialah projek perintis bagi pembalakan di tanah tinggi di atas 1,000m dari

paras laut dan usaha membangunkan ekopelancongan, hutan rekreasi dan

Taman Warisan Alam.

(6) Terdapat keperluan segera bagi pensijilan operasi perhutanan, terutamanya di

bawah skima MTCC, ITTO, FSC dan ISO14004. Pensijilan seperti ini

membolehkan estet HSK negeri Kelantan diiktiraf sebagai sebuah FMU dan unit

pengurusan hutan hujan tropika yang diurus dengan bijak, saintifik dan

professional selaras dengan prinsip SFM.

Berdasarkan di atas, strategi berikut akan diambil oleh JPNK bagi melaksanakan RPH

ini dengan jayanya:

1) Mendokong segala usaha kearah meningkatkan kadar tumbesaran pokok muda

dan regenerasi dipterokarpa dan bukan-dipterokarpa yang bolehniaga (termasuk

sapling, pol kecil dan pokok-pokok muda bersaiz dalam kelas saiz kecil). Ini

termasuklah menjalankan aktiviti-aktiviti silvikultur dan pemulihan yang dijangka

dapat mewujudkan sekitaran yang kondusif bagi pokok muda dan regenerasi

dalam dirian tinggal. Aspek pengawasan dan penguatkuasaan juga akan

dipertingkat bagi mempastikan bahawa operasi pengusahasilan dan pembukaan

jalan tidak membawa kerosakan yang berat ke atas ekologi dan dirian.

Page 51: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

2) Memberi keutamaan tinggi kepada inventori selepas-tebangan (Post-F), bermula

dari dirian kedua yang paling tua dengan YEAL = 10 tahun dan ke atas. Ini

adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung dengan

komposisi dirian dari segi taburan spesies dan saiz. Berdasarkan maklumat ini

pengelasan dirian selepas dibalak akan lebih terperinci dan bermaklumat.

3) Memberi keutamaan tinggi kepada rawatan silvikultur dan pemulihan yang

bertujuan untuk membebaskan pokok-pokok muda dan pol daripada sebarang

saingan dan dominasi oleh pokok lain yang tidak dikehendaki.

4) Meneruskan pemantauan status dan perkembangan tumbesaran dirian kedua

menerusi petak-petak kajian yang ditubuhkan. Data dan keputusan dari

pemantauan akan digunakan bagi menilai semula unjuran ke atas AAC dan

seterusnya hasil kewangan untuk tahun-tahun mendatang.

5) Meneruskan pemantauan dan pembangunan hutan pemeliharaan dan HCVF

serta sumber biodiversiti negeri. Pengurusan hutan pemeliharaan dan HCVF

akan dijalankan berpandukan kepada rancangan pengurusan yang disediakan

khas bagi hutan-hutan berkenaan. Maklumat mengenai sumber biodiversiti

berguna bagi mengenalpasti produk/ perkhidmatan hutan alternatif yang boleh

dibangun dan dikomersialkan.

6) Membina pengkalan maklumat dan data pada peringkat kompatmen iaitu

meliputi aspek-aspek mengenai: sempadan, sumber kayu balak, sumber NTFP,

ciri-ciri botani, kadar tumbesaran, sumber biodiversiti dan hidupan liar, fenologi,

sumber bijibenih, hidrologi, tanah, latarbelakang pembalakan dan sejarah

silvikultur, kepentingan sosial, dll. Sebahagian daripada maklumat ini

merupakan komponen penting yang perlu dimasukkan di dalam BRK (Buku

Rekod Kompatmen).

7) Melaksanakan dengan segera garispandu sediada bersama-sama dengan syor

tambahan mengenai langkah-langkah kawalan (mitigation) seperti yang

disyorkan dalam Bab 5, 6, 9, dan 10 dalam RPH ini.

Page 52: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

6.2 KEPATUHAN KEPADA MC & I (2002) Persoalan yang sering dikemukakan oleh juruaudit pengurusan hutan/alam sekitar adalah

berkisar di sekitar maklumat yang direkod berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan,

produk yang dikeluarkan serta perkhidmatan yang ditawarkan di samping hubungkait di antara

pelbagai proses, pemegang hak (stakeholders) dan alam sekeliling. Dalam konteks ini,

pengalaman menunjukkan bahawa kebanyakan organisasi gagal mendapat sokongan ke arah

pensijilan disebabkan oleh masalah berkaitan dengan kawalan dokumen selain daripada sebab-

sebab lain seperti proses dan operasi perhutanan, pemeriksaan, ujian dan pengukuran.

Pengalaman JPNK dengan beberapa badan audit dalam tahun-tahun kebelakangan telah

menunjukkan kesungguhan pihak Jabatan dalam mematuhi kesemua undang-undang dan

peraturan yang relevan termasuk protokol MC & I (2002) di bawah MTCC yang mana telah

menggunapakai kesemua 10 Prinsip dan 56 Kriteria Pengurusan Hutan yang dianjurkan oleh

pihak FSC.

Prinsip-prinsip FSC adalah seperti berikut:

Prinsip 1: Pematuhan kepada undang-undang dan Prinsip FSC (6 kriteria)

Prinsip 2: Hakmilik dan Hak dan tanggungjawab Penggunaan Tanah (3 kriteria)

JPNK dan kesemua pejabat Hutan Jajahan adalah anggota Jawatankuasa

Pembangunan dan Tindakan Daerah di peringkat daerah bagi menyelesaikan

semua pertelingkahan dan percanggahan dalam hakmilik tanah hutan, jika ada.

Sehingga kini belum ada sebarang pertelingkahan membabitkan tanah hutan

dalam HSK. Undang-undang negara menetapkan bahawa semua hutan dalam

HSK adalah milik kerajaan. Pada masa yang sama hak milik tanah di bawah

Hutan Tanah Kerajaan dan Hutan Berimilik dihormati.

Prinsip 3: Hak-hak Masyarakat Orang Asli (4 kriteria)

Hak-hak masyarakat Orang Asli sentiasa dihormati dalam konteks perundangan

negara.

Prinsip 4: Hubungan Kemasyarakatan dan Hak-hak Pekerja (5 kriteria)

Kehadiran JPNK di peringkat daerah diterima baik. Rakyat dan komuniti

perniagaan di Kelantan diberi keutamaan bagi mendapat pekerjaan dalam

Jabatan dan kontrak perhutanan. JPNK telah menyumbang secara positif

Page 53: RINGKASAN AWAM UNTUK RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN 2006

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) 2006

kepada ekonomi negeri dan semua daerah-daerahnya.Terdapat jawatankuasa

bersama di antara pihak JPA dan kakitangan awam. JPNK merupakan majikan

yang baik dan jiran yang bertanggungjawab.

Prinsip 5: Faedah-faedah dari Hutan (6 kriteria)

Kadar tumbesaran yang menasabah dalam hutan dirian kedua mempastikan

kemampanan operasi perhutanan ke dalam pusingan kedua di bawah SMS.

Prinsip 6: Impak Alam Sekeliling (10 kriteria)

Tiada penggunaan api atau pembakaran terbuka dalam semua operasi

perhutanan. Pengurusan kawasan simpanan dan perlindungan dirujuk dalam

RPH . Garispandu mengenai langkah-langkah memitigasi impak negatif dari

operasi perhutanan, dipatuhi dengan bersungguh-sungguh. Pembuangan bahan

kimia, bekas menyimpan, minyak buangan, dll, dijalankan dengan baik.

Prinsip 7: Rancangan Pengurusan Hutan (4 kriteria)

Pengurusan JPNK terdiri daripada pasukan profesional yang layak dan

berpengalaman. Pengurusan sumber adalah selaras dengan SFM yang memberi

penumpuan seimbang kepada keperluan-keperluan ekonomi, sosial, dan

kemapanan serta perlindungan alam sekitar. RPH ini adalah penerusan daripada

RPH yang sebelumnya yang tamat pada 2005. Suatu ringkasan awam daripada

RPH ini akan dilampirkan pada laman web JPNK.

Prinsip 8: Pemantauan dan Penilaian (5 kriteria)

Projek-projek penyelidikan secara kerjasama dengan FRIM, MACRES, JPSM,

UPM, dll, dijalankan. PCK penyelidikan dan pemantauan ditubuhkan dan

diulang-ukur secara berkala. Keupayaan R & D terus dipertingkatkan. Latihan

dan pendedahan yang bersesuaian diberikan kepada kakitangan berkenaan.

Prinsip 9: Penyelenggaraan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi (HCVF) (4 kriteria)

Kawasan HCVF telah dikenalpasti dan ditandakan di atas peta dan juga di tanah.

Terdapat rancangan tindakan bersesuaian bagi pengurusan HCVF.

Prinsip 10: Ladang Hutan (9 kriteria)

Prinsip ini hanya relevan bagi ladang hutan yang ditubuhkan pada atau sebelum

1994.