kemusnahan hutan

Upload: syamimi-keffli

Post on 10-Jul-2015

1.856 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Kepupusan fauna -- Mahukah kita bertanggungjawab?Kemusnahan hutan sama ada secara semula jadi ataupun untuk tujuan komersial menjadi antara punca utama kepupusan haiwan.

KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan. Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan. Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi. Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri. Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna.

Kemusnahan dan perubahan habitatSeperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.

Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.

Pembakaran hutanPembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

Pemburu haramPemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies haiwan. Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini. Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwanhaiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan. Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram. Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan. Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini.

Keperluan barangan berasaskan haiwanGaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa. Harimau, memerang, paus, badak, dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut

Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

PencemaranPencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan, terutamanya hidupan laut. Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Perubahan suhu duniaFaktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia. Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.

Hutan dan Air

Rencana-Hutan KHAZANAH HUTAN JANGAN DIPUNAH (Sempena Hari Hutan Sedunia, 21 Mac dan Hari Air Sedunia, 22 Mac) Oleh Melati Mohd Ariff KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pada 2005, terdapat hampir empat bilion hektar hutan di seluruh dunia dan penyahhutanan terutamanya untuk pertanian berlaku secara berleluasa pada kadar kira-kira 13 juta hektar setahun. Hutan asas (ditakrif sebagai hutan dengan spesies asli tanpa petunjuk nyata kegiatan manusia serta gangguan besar ke atas proses ekologi) merupakan 36 peratus daripada jumlah hutan tersebut. Sebanyak enam juta hektar daripada hutan asas ini "hilang" setiap tahun bukan sahaja akibat penyahhutanan antaranya untuk tujuan pembalakan tetapi juga akibat sikap rakus manusia atas nama kemajuan dan pembangunan. Kemusnahan hutan tidak terhenti di situ sahaja. Purata, 104 juta hektar hutan terjejas setiap tahun akibat kebakaran hutan, serangga atau bencana iklim seperti kemarau dan banjir. Angka-angka tersebut merupakan sebahagian daripada hasil dapatan Penilaian Sumber

Hutan Global 2005 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). HUTAN BUKAN SETAKAT POKOK Hutan merupakan salah satu ekosistem yang tidak ternilai harganya di dunia kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan juga ekonomi memandangkan begitu banyak hasil hutan yang boleh dituai di samping menjadi "rumah" bagi kebanyakan puak Orang Asli di seluruh dunia. Hutan juga sering dirujuk sebagai "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Di sebalik kepentingannya yang luar biasa, kegiatan penyahhutanan secara tidak langsung melenyapkan khazanah semula jadi ini dari permukaan Bumi serta meningkatkan suhu bumi. Menurut Pergerakan Hutan Hujan Sedunia (WRM), rangkaian kumpulan rakyat antarabangsa Utara dan Selatan, berjuta-juta hektar hutan tropika lenyap setiap tahun. Di antara 1960 dan 1990 adalah dianggarkan lebih dari 20 peratus hutan tersebut lenyap dari muka bumi di mana 33 peratus daripadanya di Asia dan 18 peratus di Afrika dan Amerika Latin. KAITAN ANTARA HUTAN DAN AIR Pencinta alam sering mengaitkan bekalan air dengan pemuliharaan hutan. Seorang daripadanya ialah Prof Dr Chan Ngai Weng yang turut menyifatkan hutan terutamanya hutan bukit dan tanah tinggi serta persekitaran terdekatnya sebagai sistem semula jadi yang sensitif. Apabila diganggu, jelas beliau, impaknya bukan sahaja mendatangkan bencana kepada komponen sistem tersebut malah kepada manusia. "Apabila hutan turut menjadi kawasan tadahan air, faedahnya lebih banyak selain daripada membilang berapa banyak batang balak yang boleh ditebang daripada hutan tersebut. "Faedah-faedah tersebut termasuk fungsi ekologi, kawalan hakisan, kawalan banjir dan kawalan kepelbagaian hayat," kata Dr Chan yang juga Presiden Water Watch Penang (WWP). Beliau memberi amaran bahawa sejarah dan penulisan saintifik menunjukkan pembangunan hutan bukit bukan sahaja boleh memusnahkan persekitarannya yang berhampiran tetapi juga bahagian bawah bukit. Paling membimbangkan, katanya, kemusnahan yang berlaku tidak boleh diperbaiki. "Beberapa bencana akibat penyahhutanan seperti Highland Towers, tanah runtuh berhampiran Genting Highland dan Pos Dipang (Perak)," tambahnya. HUTAN TANAH TINGGI Menurut Dr Chan, penyahhutanan hutan tanah tinggi akan

membinasakan alam semula jadi dan antara yang paling utama ialah kemusnahan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Katanya, bagi kebanyakan penyelidik air dan pakar perhutanan, salah satu fungsi utama hutan bukit adalah kemampuan menyerap lembapan di udara atau apa yang dipanggil sebagai "pemendakan mendatar" (horizontal precipitation). Istilah ini merujuk kepada lembapan yang memasuki ekosistem hutan menerusi pemeluwapan (condensation) wap atmosfera ke atas daun, rumput dan permukaan kawasan tumbuhan yang lain. "Bergantung kepada lokasi, hutan awan ini mungkin lazimnya boleh ditemui di tanah-tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill, Genting Highlands dan juga tanah tinggi di Malaysia Timur. "Hutan-hutan tanah tinggi ini mengalami iklim mikro (microclimate) yang unik di mana suhu biasanya di paras rendah sementara kelembapan pula begitu tinggi. Akibatnya, sering ada lapisan kabus atau awan meliputi hutan-hutan ini," kata Dr Chan yang juga profesor Jabatan Ilmu Alam, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Menurut beliau, kajian ke atas hutan awan di kawasan tropika yang lembap menunjukkan hutan tersebut sering dilitupi awan atau kabus pada sepanjang masa, dan di samping menyerap air hujan, hutan berkenaan juga menerima lembapan tambahan dalam bentuk pemeluwapan titisan air di udara. "Kelembapan yang tinggi serta suhu yang rendah merupakan syarat membantu penukaran wap air kepada titisan air. Penyahhutanan akan memusnahkan terus kemampuan penyerapan hutan awan ini," jelas Dr Chan. SUMBER AIR YANG SEMAKIN BERKURANGAN Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak. Tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. Yang lebih penting, kata Dr Chan, ialah hakikat tanpa kawasan hutan yang tebal, apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin. "Angin akan membawa lembapan itu ke tempat lain, sebagai contoh mengembalikannya ke lautan tanpa digunakan," tambahnya. Kawasan hutan yang mengalami penyahhutanan juga, katanya, tidak akan dapat menampung dan mengekalkan lembapan, sama ada di udara dan di tanah. Penyahhutanan akan mengeringkan tanah yang terdedah menerusi proses penyejatan (evaporation) dan mengurangkan sumber air. "Apabila keseluruhan kitaran hidrologi semula jadi terganggu, ini akan mencetuskan bahaya alam sekitar dan bencana seperti tanah runtuh, banjir di bahagian hilir, kehilangan fungsi kawasan tadahan air menyebabkan empangan kekeringan dan air tercemar akibat kadar endapan yang tinggi. "Apa yang saya sebut tadi semakin kerap berlaku di Malaysia dalam dekad-dekad

kebelakangan ini apabila semakin banyak hutan bukit dibangunkan secara mendadak dan membahayakan. Penyahhutanan yang berleluasa akan mengurangkan asas sumber air. Untuk itu, perlindungan hutan bukit iaitu sumber utama air kita merupakan langkah awal ke arah pembangunan sumber air yang lestari," Dr Chan memberi peringatan. APABILA TANAH TINGGI MENJADI TANAH RENDAH Melindungi hutan bukit bukan sahaja kebimbangan Dr Chan tetapi juga R. Ramakrishnan yang dilahir dan dibesarkan di Cameron Highlands. Beliau juga merupakan Presiden REACH, singkatan untuk "Regional Environment Awareness Cameron Highlands", pertubuhan berasaskan kemasyarakatan yang ditubuhkan pada 2001 oleh sekumpulan penduduk Cameron Highlands. Dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini, beliau berkongsi kebimbangannya mengenai "kegiatan menebang hutan yang berleluasa di Cameron Highlands serta iklim tanah tinggi tersebut yang semakin panas." "Semasa saya kecil dan membesar di Cameron Highlands, tiada siapa boleh keluar rumah pada waktu pagi tanpa memakai jeket tebal. Seluruh Cameron Highlands pada masa itu diliputi kabus. Sekarang jarang sekali ada kabus,"kata Ramakrishnan mengenai zaman kanak-kanaknya. Dalam masa yang sama, kata beliau, meskipun masih ada burung berkicauan di Cameron Highlands, sesetengah daripada spesies burung tersebut "menyanyikan lagu yang berbeza." "Penggemar burung di Cameron Highlands ada melihat kehadiran spesies burung dari tanah rendah seperti rhino hornbill, black eagle, mountain bulbul, Asian flycatcher dan burung mynah. "Pada masa yang sama, sesetengah spesies burung tempatan seperti Malayan whistling thrush dan silver-eared mesia semakin pupus. Burung silver-eared mesia ini makan buahbuahan dari pokok yang biasanya tumbuh di tepi sungai. Kebanyakan pokok ini pun sudah ditebang," jelas Ramakrishnan. Menurut beliau, penghijrahan burung-burung dari tanah rendah ke Cameron Highlands merupakan petanda jelas suhu di tanah tinggi itu semakin panas. SELAMATKAN BELUM-TEMENGGOR Pembalakan, sama ada secara sah atau tidak merupakan salah satu sebab penyahhutanan selain kegiatan pertanian, ternakan lembu dan pembinaan empangan hidroelektrik. Kegiatan ini tidak disenangi pencinta-pencinta alam sekitar dan pejuang-pejuang pemuliharaan. Pembalakan turut mengancam kewujudan habitat hutan, sama ada spesies haiwan atau tumbuhan yang akan akhirnya menyebabkan kepupusan. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) melancarkan kempen besar-besaran tahun lalu untuk menyelamatkan hutan simpan Belum-Temenggor daripada kerakusan kegiatan pembalakan. Hutan

simpan seluas 300,000 hektar ini dilaporkan berusia lebih 130 juta tahun. Di samping menjadi kawasan tadahan hujan yang utama, ia juga merupakan kediaman untuk pelbagai spesies tumbuhan dan pokok yang melindungi lebih 270 spesies burung dan lebih 100 spesies mamalia termasuk harimau Malaya dan badak sumbu Sumatra yang semakin pupus. "Tak ramai yang sedar wujudnya bilangan burung enggang yang banyak di hutan Belum-Temenggor yang tidak dapat ditemui di mana-mana bahagian dunia. Di Malaysia ada 10 spesies burung enggang dan hanya di hutan Belum-Temenggor ada kesemua 10 spesies ini. Hanya di hutan itu juga terdapat kawanan burung enggang, sehingga ribuan ekor. "Burung-burung enggang ini ibarat tukang kebun hutan tersebut dan tanpa mereka hutan ini akan terjejas lama kelamaan," kata Pengarah Eksekutif MNS, Dr Loh Chi Leong. Mengenai kempen untuk menyelamatkan hutan Belum-Temenggor, beliau berkata meskipun pihaknya menerima banyak sokongan tetapi "tak ada perubahan yang berlaku seperti yang kami harapkan." MNS, katanya akan terus mendapatkan sokongan untuk kempen tersebut yang disifatkannya sebuah hutan paling istimewa dan perlu diselamatkan. KEMPEN KESEDARAN Seorang lagi pencinta alam sekitar, Datuk Dr Salleh Mohd Nor berpendapat masyarakat umum kurang prihatin terhadap nasib hutan di Negara ini. Beliau berkata kempen untuk menyemai perasaan sayangkan hutan perlu diadakan seperti kempen anti-merokok dan cintai sungai yang pernah dibuat oleh pihak kerajaan. "Kebanyakan kempen yang dibuat sebelum ini hanya untuk jangka masa yang pendek. Masyarakat perlu dididik dan diberi peringatan dari semasa ke semasa. Pertubuhan Bukan Kerajaan mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk melakukan usaha ini. "Untuk kempen mengenai hutan, institusi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan perlu berada di barisan depan," kata Salleh yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dari 1985 hingga 1995. Memetik peribahasa purba, Salleh berkata "hutan ini bukan diwarisi daripada nenek-moyang kita tetapi sebenarnya dipinjam daripada anak dan cucu kita." "Apabila kita meminjam sesuatu, kita mesti jaga dan memulangkannya balik dalam keadaan yang sama atau keadaan yang lebih baik kepada anak cucu kita. Semua hasil sumber semula jadi ini dipinjamkan kepada kita oleh generasi masa depan. Apa yang kita hendak tinggalkan untuk mereka? " tanya Salleh. BERNAMA

DEFINISI KEMUSNAHAN HUTAN

T

OPIK pemanasan global dan perubahan cuaca barangkali sudah menjadi subjek tepu. Sering disogok dengan isu itu, agaknya ada yang sudah mulai mual dalam gejolak rasa. Namun begitu, semakin jauh kita cuba menghindarinya, mungkin semakin dekat implikasi terburuk fenomena alam itu mendatangi kita. Apatah lagi, kalau termometer kesedaran penghuni dunia masih belum berada pada aras yang sewajarnya. Glasier mencair dan laut kian panas menjadi permulaan episod kemusnahan seakan belum mampu diinsafi. Kini, ditambah pula dengan ancaman pembasmian hutan pada hutan hujan terbesar di muka bumi yang sepatutnya menyayat hati kita. Foto yang dirakam Reuters pada 13 Mei lalu menggambarkan sebahagian hutan hujan terbesar, Amazon menjadi seperti padang savana. Tidak lagi kelihatan pohonan rimba malar segar di satu kawasan di Maranhao, Brazil sebaliknya yang ada cuma rerumput atau tanah kosong. Ia dipercayai berpunca akibat kombinasi cuaca lebih kering daripada biasa dan kegiatan seperti pembalakan serta pertanian pindah. Kejadian itu, membuatkan pakar alam sekitar mula berdebat bagaimana perubahan cuaca memberi kesan bukan sahaja kepada Amazon bahkan kepada negara terbesar Amerika Latin yang menjadi 'rumah' kepada sebahagian besar hutan itu? Amazon meliputi sembilan buah negara iaitu Brazil, Peru, Ecuador, Bolivia, Colombia, Venezuela, Guyana, French Guyana dan Surinam. Daripada keluasan keseluruhan tujuh juta kilometer persegi, 60 peratus daripadanya adalah di Brazil. Brazil dan hutan Amazon mengalami kesan perubahan cuaca yang ekstrem. Pada tahun 2005, negara itu telah mengalami kemarau yang paling teruk dalam tempoh empat dekad. Kemarau selama dua bulan itu telah menyebabkan Sungai Amazon dan beratus-ratus anak sungainya hampir kering-kontang.Air sungainya susut sebanyak 12 meter berbanding 10 meter sahaja lazimnya. Dua tahun kemudian, ancaman bukit pasir pula melanda Ilha Grande, timur laut Brazil. Sebanyak 13 buah rumah ditelan bukit pasir apabila jangkauan bukit semakin meluas. Kemarau Tahun ini, agak pelik. Bahagian sekitar Sungai Amazon yang dulunya kemarau mengalami banjir yang dahsyat sehingga membunuh sekurang-kurangnya 59 orang dengan 423,000 orang terpaksa meninggalkan rumah. Hujan lebat yang berterusan juga menyebabkan empangan di Piaui, sebuah bandar di timur laut Brazil pecah lalu memburukkan lagi banjir.

Dalam pada itu, di kawasan selatan Brazil yang jauh dari Sungai Amazon, fenomena kemarau melanda disebabkan fenomena La Nina. Biarpun begitu, ancaman pembasmian hutan di Amazon bukan sekadar terhad kepada masalah cuaca kering ekstrem, aktiviti pembalakan haram atau penanaman tanaman, bahkan juga penternakan. Barangkali, ia kedengaran aneh, tetapi itulah yang berlaku. Kita mungkin menjangka hanya haiwan liar yang biasanya menghuni belantara. Namun, sekiranya anda tersesat jauh di dalam hutan Amazon jangan terkejut jika menjumpai sebidang kandang lembu yang luas. "Ini satu perkembangan baru yang dikesan tahun ini," kata seorang ahli kumpulan Greenpeace, Wayne Lindbergh kepada Reuters sambil menunjuk ke arah skrin komputer ribanya yang menunjukkan gambaran terbaru dari satelit. Gambar itu menunjukkan tengah hutan Amazon di negeri Para, Brazil yang 'lompang' dengan kesan tanah terbakar telah dijadikan kawasan penternakan lembu. Sektor penternakan Menurut agensi berita antarabangsa itu, terdapat lebih daripada 70 juta lembu berada di kawasan Amazon pada masa ini. Brazil sememangnya merupakan negara pengeluar lembu komersial terbesar di dunia. Aktivis alam sekitar menjangka di kawasan Amazon inilah, industri itu semakin bergerak rancak kebelakangan ini. Mereka juga meramalkan ia bakal menjadi trend berikutan harga tanah yang murah, berleluasanya kegiatan memusnah hutan dan kelemahan penguatkuasaan kerajaan negara itu. Greenpeace juga cuba membuktikan bahawa sektor penternakan setakat ini adalah pemacu utama kepada kegiatan pemusnahan hutan sekali gus menjadikan Brazil negara keempat terbesar pengeluar karbon. Mereka bahkan mengatakan, lembu-lembu Amazon sahaja sudah dianggap sebagai penyumbang terbesar kepada pembasmian hutan di dunia. Mereka seakan mempersoalkan apakah maknanya mengaut laba besar dalam industri penternakan jika ia terbina di atas maruah hutan yang ternoda.

PEMANDANGAN dari atas ladang penternakan dan industri memproses daging di Maraba, Brazil.

Setelah berjaya menumpaskan kegiatan menanam soya di Amazon pada tahun 2006, Greenpeace menyatakan cabaran kali ini lebih mencabar. Syarikat-syarikat utama memproses daging lembu Brazil seperti JBS, Marfrig dan Bertin dalam tempoh lima tahun ini telah memacu industri menternak lembu di Amazon. Menurut Rueters juga, bank pembangunan peringkat negeri, BNDES membiayai keseluruhannya AS$2.3 bilion (RM8 bilion) kepada empat buah syarikat daging terbesar di negeri itu pada tahun 2008. Kumpulan pencinta alam berkata, ini bermakna kerajaan telah secara efektif memberi sumbangan kewangan kepada kemusnahan hutan secara haram, sedangkan kerajaan Brazil dikatakan pernah menyasarkan untuk mengurangkan masalah kemusnahan hutan lebih sedekad lalu. Firma-firma daging lembu pula bagaimana pun menafikan kaitan mereka dengan pemusnahan hutan. Bentin misalnya, pernah memberitahu yang mereka akan membuang semua produk daging lembu yang bersumberkan pemusnahan hutan haram. Pencerobohan Tetapi, sejak berdekad-dekad lalu lagi, para peladang dan spekulator sememangnya telah beroperasi di luar radar kawalan kerajaan negeri, lalu mewariskan legasi konflik di Amazon.

KEMARAU yang panjang mengakibatkan banyak ikan ditemui mati di tebing Tasik Rei berhampiran bandar Careiro da Varzea, Brazil.

Berbalik kepada isu penternakan lembu di Para, Orang Asli dari puak Parakana mengakui mereka ada melihat beribu-ribu lembu ditangkap pada tahun lalu, sebagai usaha kerajaan membasmi masalah itu. Tetapi, kata mereka, pencerobohan para penternak dan pemusnahan hutan terus berlaku. Tamakware, Ketua Puak itu pernah mengadu kepada pelancong asing agar memberitahu pihak berkuasa untuk mengeluarkan para penternak itu dari tempat tinggal mereka. Yang pasti, masalah itu semakin menghantui pelbagai puak Orang Asli di seluruh Amazon. Agensi berita Associate Press (AP) baru-baru ini melaporkan bahawa lima puak Orang Asli Amazon terutamanya di Peru dan Brazil dikesan berdepan dengan risiko pupus akibat pemusnahan hutan itu yang kian berleluasa. Demikian menurut organisasi pejuang hak asasi Orang Asli, Survival International. Di kawasan ternakan lembu di Para itu, kelihatan sekumpulan 12 orang koboi sedang mengawasi 17,000 ekor lembu. Analisis Greenpeace menunjukkan, kawasan seluas 1,500 hektar hutan telah dimusnahkan, menjadikan hanya 30 peratus sahaja daripada kawasan penternakan yang masih berhutan. "Kami tidak menebang atau mengambil pun kayu dari sini, termasuklah pagar kayu kandang lembu," kata penyelia kandang, Elcimar Alves de Oliveira yang bermisai tebal kepada Rueters saat ditemui. Kata-katanya itu seolah-olah cuba menafikan bahawa aktiviti mereka di situ membinasakan alam.

MASYARAKAT Orang Asli di seluruh Amazon turut terjejas ekoran pemusnahan hutan yang kian berleluasa.

Mungkin juga ramai di antara kita yang masih bersifat skeptikal tentang kaitan antara perubahan fenomena alam dengan tangan-tangan manusia. Seperti seorang mangsa bukit pasir di Brazil.

"Jangan dengar apa mereka kata. Ini semua fenomena alam semula jadi," kata Valdecir Rodrigues de Souza, memberi amaran kepada tiga orang anaknya.

CIRI-CIRI TUMBUHAN SEMULAJADI Lokasi spesifik / negara. Nama tumbuhan Semulajadi spt Monsun Tropika. Lapisan / keIompok spt lapisan bawah jarang, dirian tulen dll. Kepadatan spt jarang, padat. Sifat pokok spt. kayu keras, berakar banir, gugur pada musim kemarau dll. Ketinggian pokok. Sifat daun spt lebar, berduri dll Jenis haiwan. LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN TUMBUHAN SEMULAJADI

Penghutanan / Menanam semula pokok yang ditebang. mewujudkan hutan simpan / taman negara + cth. mlewujudkan Estet Hutan Kekal + cth lokasi. menebang pokok yang matang sahaja - garis pusat > 45 cm. mendenda pembalak haram. mengeluarkan / menghadkan lesen kepada pembalak. menjalankan rawatan spt mencantas akar / sivilkultur. Mewujudkan renjer hutan untuk mengawas pemalak haram / kebakaran hutan. menghadkan kawasan pembalakan. Peranan agensi kerajaan spt FRIM (Menjalankan penyelidikan). Peranan pertubuhan antarabangsa spt. ITTA & TFAP. alternatif lain spt kayu getah sebagai pengganti kayu balak. undang-undang menghalang penerokaan hutan. mengharamkan eksport kayu bulat. menanam pokok / benih yang bermutu tinggi + cth pokok. Kempen kesedaran di sekolah / badan pencinta alam /WWF. latihan teknologi pengurusan hutan kepada pegawai hutan/ pembalak. Akta perlindungan hidupan liar, pusat pemulihan hidupan liar spt orang utan, badak,bison.

KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULAJADI

Membekalkan oksigen kepada manusia melalui proses fotosintesis. menyederhanakan suhu melalui: 1. proses fotosintesis dan sejat peluhan. 1. Silara / payung yang menghalang cahaya matahari dari terus sampai ke permukaan bumi - mengurangkan kadar luluhawa fizikal, Menghalang tiupan angin kencang. Sumber kayu balak (kayu keras / lembut). Sumber perubatan tradisional, rotan. Bekalan kain bulu untuk industri kasut / pakaian Habitat kepada haiwan. Mengekalkan rantaian makanan haiwan herbivor Sumber kraftangan seperti rotan dan buluh. Kawasan tadahan hujan. Akar pokok memperlahankan aliran air hujan - mengurangkan hakisan tanah. Kawasan rekreasi / pelancongan melalui aktiviti tracking. Menggalakkan proses larut resap- punca air bagi sungai. Akar pokok mengurangkan kelajuan aliran air - kurangkan hakisan. Mengurangkan bebanan sungai - menghalang berakunya banjir. Mengekalkan kesuburan tanah - membekalkan humus / nutrien. Pekerjaan bagi pemburu / pembalak / renjer.

KESAN ALAM SEKITAR AKIBAT KEPUPUSAN TUMBUHAN SEMULAJADI PENINGKATAN SUHU Cahaya matahari terus memancar ke permukaan bumi. Karbon dioksida melebihi oksigen di atmosfera Kurangnya proses fotosintesis dan sejat peluhan. Kurang penyederhanaan suhu kerana kadar sejatan yang tinggi. Tiada pokok untuk menyerap haba matahari. Tiupan angin kencang keran tiada pokok untuk menghalang tiupan angin. Rantaian makanan haiwan terjejas. Habitat haiwan terganggu. Kekurangan sumber untuk industri pembalakan & kraftangan. Hakisan tanah giat berlaku kerana permukaan tanah terdedah kepada hujan (i.e. akibat air larian) angin dan cahaya matahari. Sungai cetek, keruh dan tercemar kerana mendapan bahan hakisan / kelodak. Banjir kilat mudah berlaku kerana sungai cetek

AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA YANG MENGHAPUSKAN HUTANPenebangan hutan kerana pembukaan kawasan: Pentanian / pertanian pindah + cth lokasi. perlombongan + cth lokasi. Petempatan + cth lokasi. Perindustrian + cth lokasi. Pembikinan jalan raya + cth lokasi. Pembinaan empangan KEH untuk mengairi sawah padi. Aktiviti pembalakan yang berleluasa / berlebihan. Hujan asid akibat industri kilang yang mengeluarkan sulfur dioksida. Peperangan di kawasan hutan.

Kepentingan hutan kepada Malaysiamerupakan habitat hidupan liar dan tumbuhan [1m]. hutan hujan tropika di Malaysia terdiri daripada 14 500 spesies di mana 6000 jenis daripadanya mempunyai potensi menjadi sumber perhutanan [1m]. dapat membekalkan sumber kayu keras seperti meranti cengal, keruing, kapur, balau, dan merbau [2m]. di kawasan tanah tinggi hutan dijadikan perlindungan tadahan air [1m]. pokok berfungsi sebagai span besar untuk menyerap air hujan dan mengeluarkannya ke dalam sistem sungai secara perlahan-lahan [1m]. akar tumbuhan mencengkam tanah dan dapat mengelakkan hakisan tanih [1m]. mengimbangi cuaca tempatan melalui proses transpirasi tumbuhan [1m]. kelembapan daripada tumbuhan menggalakkan pembetukan hujan dan menyempurnakan kitaran air [1m]. sebagai sumber perubatan tradisional seperti akar daun dan herba hutan yang digunakan sebagai ubat tradisional (1m]. membekalkan bahan mentah untuk kilang papan yang menghasilkan papan gergaji, papan lapis, dan perabot [2m]. sumber rotan seperti rotan bulat juga digunakan dalam industri perabot [1m]. sebagai bahan eksport negara seperti pada tahun 1990 hasil kayu-kayan menyumbangkan RM7 106 juta atau 8.9% jumlah eksport negara [1m].

Kesan-Kesan Negatif Pembalakanmendedahkan permukaan bumi kepada hakisan tanih [1m].

tanah yang dihakis mengalir ke sungai mencetekkan dasarnyan menyebabkan banjir [1m]. juga mencemari air sungai dan mengancam hidupan air di sungai [1m]. penerokaan hutan di cerun mendedahkannya kepada kesotan tanih, gelongsoran tanih dan tanah runtuh [1m]. menjejaskan spesies flora dan fauna dan lebi kurang 50 spesies dimusnahkan setiap hari [1m]. seterusnya mengancam sumber perubatan teradisional [1m]. memusnahkan kawasan tadahan air kerana kehilangan tumbuhan untuk menyerap dan menakung air [1m]. tanpa tumbuhan untuk menjalankan proses sejatan peluhan keadaan kemarau berlaku kerana kekurangan pembentukan hujan [1m]. kurang pembentukan awan juga meningkatkan jumlah bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi [1m]