ribuan hadir rumah terbuka aidilfitri perdana … jpm jun 2019.pdfpenganjuran majlis rumah terbuka...

5
Edisi Jun 2019 5 Jun 2019 – Lebih 50 ribu orang hadir bagi meraikan Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Seri Perdana pada tahun ini. Mereka yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat telah mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk tidak melepaskan peluang berhari raya pada majlis tersebut. Pelbagai juadah raya disajikan untuk para pengunjung yang hadir di samping orang ramai turut berpeluang beramah mesra dengan para pemimpin yang mereka sayangi termasuk berpeluang bersalaman dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri serta kesemua Ahli Jemaah Menteri yang hadir. Pada tahun ini seperti kebiasaannya, perkhidmatan bas percuma turut disediakan bermula dari jam 9.30 pagi bagi memudahkan pergerakan para pengunjung menghadiri majlis tersebut di samping membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Putrajaya. Ternyata penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan keceriaan kepada rakyat Malaysia. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi tersebut tamat pada sekitar jam 6.00 petang. RIBUAN HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERDANA MENTERI DAN JEMAAH MENTERI

Upload: others

Post on 24-Feb-2020

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RIBUAN HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERDANA … JPM JUN 2019.pdfpenganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan

Edisi Jun 2019

5 Jun 2019 – Lebih 50 ribu orang hadir bagi meraikan Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Seri Perdana pada tahun ini. Mereka yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat telah mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk tidak melepaskan peluang berhari raya pada majlis tersebut. Pelbagai juadah raya disajikan untuk para pengunjung yang hadir di samping orang ramai turut berpeluang beramah mesra dengan para pemimpin yang mereka sayangi termasuk berpeluang bersalaman dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri serta kesemua Ahli Jemaah Menteri yang hadir.

Pada tahun ini seperti kebiasaannya, perkhidmatan bas percuma turut disediakan bermula dari jam 9.30 pagi bagi memudahkan pergerakan para pengunjung menghadiri majlis tersebut di samping membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Putrajaya. Ternyata penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan keceriaan kepada rakyat Malaysia. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi tersebut tamat pada sekitar jam 6.00 petang.

RIBUAN HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERDANA MENTERI DAN JEMAAH MENTERI

Page 2: RIBUAN HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERDANA … JPM JUN 2019.pdfpenganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan

“SYAWAL DIRAI, TRADISI DIINGATI”

20 Jun 2019 – Lebih 3 ribu warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 JPM di PUSPANITAPURI, Putrajaya di sini. Tema “Syawal Dirai, Tradisi Diingati” dipilih untuk warga JPM memeriahkan Aidilfitri dalam suasana menghidupkan tradisi turun temurun, di samping mengimarahkan semangat kebersamaan d i ka langan warga ker ja JPM.

Majlis dianjurkan bagi memberi peluang kepada warga kerja JPM dari pelbagai agensi untuk beramah mesra serta mengeratkan silaturrahim bersama YAB Perdana Menteri,

Ahli Jemaah Menteri yang turut dijemput hadir serta Ketua-Ketua Jabatan di bawah satu bumbung. Majlis tersebut merupakan kali pertama Datuk Seri Dr. Ismail Bakar menjadi tuan rumah selepas dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara. Keistimewaan majlis pada kali ini adalah apabila sebanyak 10 buah gerai disediakan meliputi pelbagai juadah dari negeri-negeri di Malaysia. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-menteri Kabinet dan Ketua-ketua Jabatan di bawah JPM.

Semua warga kerja JPM tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan ahli kepimpinan Negara yang hadir dan majlis tamat pada sekitar jam 3.00 petang.

Page 3: RIBUAN HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERDANA … JPM JUN 2019.pdfpenganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan

e-B

ulet

in J

PMEd

isi Ju

n 201

9

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH URUSANINTERNATIONAL MONETARY FUND (IMF)KEPADA YAB PERDANA MENTERI 24 Jun 2019 - Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, yang dalam lawatan dua hari ke Malaysia telah mengadakan pertemuan selama satu jam kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perdana Putra, Putrajaya.

Turut hadir pada sesi perjumpaan tersebut adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Page 4: RIBUAN HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERDANA … JPM JUN 2019.pdfpenganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan

HARI ICT JPM 2019 MERIAHKAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

TKSUK BERSAMA WARGA JPM

27 Jun 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan TKSUK Bersama Warga JPM bagi bulan Jun 2019 yang diadakan di Auditorium Blok BI, JPM kali ini telah dimeriahkan dengan Pelancaran Hari ICT JPM 2019 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiusaha Kanan JPM, Dato’ Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad. HICT JPM 2019 merupakan kali pertama diadakan di JPM sebagai salah satu program kesedaran ICT serta memberi peluang dan ruang kepada semua warga JPM bagi mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan ICT Sektor Awam selaras dengan perkembangan pesat dunia teknologi digital masa kini. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang penganjuran HICT JPM 2019 tersebut.

Majlis anjuran bersama Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Pembangunan yang bertemakan i-raya dijayakan dengan pelbagai pengisian merangkumi sesi taklimat berhubung peranan Internet of Things (IoT) dalam merealisasikan Industri 4.0 yang dapat memberi manfaat kepada warga kerja. Selain itu, turut diadakan

pameran dari agensi kerajaan dan swasta seperti MAMPU,

M-DEC, SKMM, TM Point, Prestariang, Demonstrasi

Virtual Reality (VR) dan Smart Toilet, Produk

Microsoft serta jualan gajet ICT.

Dato’ Hasnol dalam ucapannya menyeru warga kerja JPM agar dapat meluangkan masa mengambil bahagian dalam memanfaatkan peluang yang ada di sepanjang program ini untuk memantapkan pengetahuan dan kompetensi berkaitan dengan Industri 4.0 juga teknologi siber.

Page 5: RIBUAN HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERDANA … JPM JUN 2019.pdfpenganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan

LAWAT

AN K

ERJA

& T

URU

N P

ADANG

PENGURU

SAN T

ERTIN

GGI JP

M

Pemantauan gerak kerja dan kemajuan projek yang disenaraikan di bawah kategori Projek Lewat Jadual.

Pemantauan gerak kerja dan kemajuan projek yang disenaraikan di bawah kategori Projek Lewat Jadual

Pemantauan terhadap keperluan penyelenggaraan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melibatkan kerja-kerja naiktaraf dan baikpulih kerosakan bumbung di bangunan utama mahkamah.

Lawatan Turun Padang YBhg. Dato’ TKSUK ke Projek Pembinaan Mahkamah Baharu Negeri Perlis, Kangar bersama-sama wakil BHEUU, Pendaftar Mahkamah, JKR dan ICU Negeri Perlis

J un201923

Lawatan Turun Padang YBhg. Dato’ TKSUK ke Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk cadangan kerja-kerja restorasi dan baik pulih bangunan warisan bersama SDO Pulau Pinang, POJ, BHEUU, JKR dan Pendaftar Mahkamah Pulau Pinang

J un2019 24

Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan oleh YBhg. Dato’ TKSUK Ke Projek Menaiktaraf Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur

J un2019 14