buku kempen #kebersamaan

17
1 Panduan bagi Memupuk Kebebasan Beragama, Berkepercayaan dan Berekspresi di Malaysia #KEBERSAMAAN BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN BUKU KEMPEN

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

1

Panduan bagi Memupuk Kebebasan Beragama, Berkepercayaan dan Berekspresi di Malaysia

#KEBERSAMAANBUKU KEMPEN#KEBERSAMAANBUKU KEMPEN#KEBERSAMAANBUKU KEMPEN

Page 2: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

2

Buku Kempen #Kebersamaan: Panduan bagi Memupuk KebebasanBeragama, Berkepercayaan dan Berekspresi di Malaysia.

© Februari 2021 oleh Komuniti Muslim Universal

Emel: [email protected]: www.kmumalaysia.org

PenyuntingAizat ShamsuddinAni ZonneveldAhmad SalamiHisham Muhaimi

Pelukis IlustrasiShamrizan JamaludinYeoh Jie Shuang

Pereka LetakNuman Afifi

PenterjemahAhmad Salami (B.Melayu)Gausalyah A/P Arumugam (B.Tamil)Chong Yee Shan (B.Mandarin)Nurhuda Ramli (B.Arab)

Pembaca prufCalvin OhseyYeoh Jie ShuangNaim Al-KalantaniManimoli VeerasamyAkwa MahzanSeloua BekkiBadrul Aini Sha’ari

Page 3: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

3

Kata pengantar

Sokongan terhadap kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi harus menjadi sebuah usaha yang lestari bagi menangani isu hubungan antara kaum dan agama di Malaysia serta kesannya terhadap kehidupan sosial, politik dan ekonomi.

Perkembangan terbaru pasca-Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 adalah satu bentuk wake-up call untuk seluruh rakyat Malaysia. Jika diperhatikan, rasisme dan kebencian agama yang begitu mendalam telah ditunjukkan dengan peningkatan isu ketegangan antara kaum dan agama, daripada ucapan kebencian, himpunan protes sehinggalah membawa kepada yang berbentuk keganasan.

Oleh itu, dengan sokongan Kedutaan Belanda di Malaysia, KMU Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan projek kempen #Kebersamaan selama enam bulan untuk mendalami masalah yang kompleks ini dengan mempelbagaikan wacana positif mengenai kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi di Malaysia, serta menyebarkan nilai-nilai progresif seperti hormat menghormati, bebas diskriminasi dan bebas daripada keganasan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pluralistik ini.

Aktiviti kempen #Kebersamaan merangkumi video, penulisan artikel, serta perbincangan panel dan coffee talk bersiri. Pemegang taruh yang terlibat terdiri daripada para pakar terkemuka, pemimpin masyarakat, belia dan organisasi masyarakat sivil, termasuk juga masyarakat umum. Kepelbagaian pihak ini bagi memastikan kepelbagaian demografi seperti aspek kepercayaan, agama, kaum, gender, geografi dan umur.

Akhirnya, penerbitan booklet #Kebersamaan dalam pelbagai bahasa ini menampilkan dapatan yang dikumpulkan sepanjang projek kempen ini berjalan, dan ia tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab. Booklet ini bertujuan untuk menjadi panduan bagi tiga sektor utama iaitu kerajaan, masyarakat dan sektor perniagaan sebagai kekuatan kolektif dalam menyemarakkan kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi di Malaysia.

Aizat Shamsuddin Pengasas dan Penyelaras Projek

Page 4: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

Memahami Isu-isu Utama berkaitan Kebebasan Beragama, Berkepercayaan dan Berekspresi di Malaysia

Sewaktu ramai orang gelisah yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, Malaysia bahkan dunia telah menyaksikan sebuah limpahan naratif-naratif pasca kebenaran dan berita-berita palsu. Kesannya, adalah penting untuk mengamalkan minda yang sedar, berkongsikan penyelesaian, dan lebih penting lagi berkongsi kebenaran kita mengenai perkara ini. Pada zaman ini di mana pandangan seseorang lebih mengatasi fakta, kempen seperti #Kebersamaan telah menjalin hubungan dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama berkongsikan idea dan cita-cita mereka mengenai kesederhanaan, kemajuan melalui inovasi, dan pemikiran berprinsip. Saya merasa bertuah kerana diberi peluang untuk berkongsikan tentang kerja kami daripada Parlimen Digital, dan berharap agar pemikiran kolektif kita tentang kebersamaan ini dapat menyaksikan Malaysia

yang lebih progresif bertumpu kepada visi masa hadapan yang menyatukan kita semua.Jean Vaneisha, Penganjur Parlimen Digital

Page 5: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

5

Peningkatan penzahiran ucapan kebencian

Ucapan atau tulisan bertujuan kebencian dan menyebabkan perpecahan kalangan masyarakat, terutamanya oleh tokoh-tokoh berpengaruh semakin meningkat dan merupakan cabaran yang nyata untuk sebuah masyarakat progresif. Oleh kerana ahli politik, pemimpin agama dan ketua masyarakat ini mempunyai pengaruh dan kuasa dalam masyarakat, maka ucapan kebencian oleh yang berpengaruh ini telah membawa kepada keadaan permusuhan antara masyarakat yang telah mempertaruhkan status hak asasi manusia dan kesaksamaan. Dalam analisis berkaitan kes-kes kebelakangan ini seperti demonstrasi anti-ICERD dan Statut Rom, ucapan kebencian Zakir Naik, rusuhan ganas di kuil Seafield, perbalahan panjang mengenai pengenalan tulisan Jawi, kempen “Buy-Muslim-First (BMF)” di seluruh negara, dan banyak lagi. Dalam semua kes ini, ucapan berbaur perpecahan, perkauman dan kebencian didorong oleh kepentingan politik dan fundamentalis agama terutamanya melalui media sosial, yang telah menghasut dan memburukkan lagi isu dengan mengambinghitamkan sesebuah kelompok kaum atau agama. Perkara ini telah menyebabkan perpecahan dalam masyarakat berdasarkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mana menyebabkan kerajaan telah menarik balik keputusan mereka untuk melaksanakan dasar yang baik hanya disebabkan tekanan diterima ini.

Page 6: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

6

Undang-undang dan dasar yang melanggar kebebasan beragama, berkepercayaan dan berfikir

Terdapat banyak undang-undang persekutuan dan negeri-negeri, fatwa dan dasar kerajaan atau sektor perniagaan yang melanggar kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi yang aman. Perkara ini bukan sahaja melibatkan individu atau kumpulan yang menganut kepercayaan berbeza tetapi juga kumpulan hak asasi manusia, penggiat seni dan cendekiawan turut sama memperjuangkan hak-hak ini. Di peringkat kerajaan, penginstrumen undang-undang ini biasanya dikaitkan dengan peruntukan yang menjenayahkan apa yang dianggap ‘menghina Islam atau agama’, ‘ajaran sesat’, ‘mengelirukan umat Islam’ dan ‘menyebabkan ketidaktenteraman awam’. Tetapi hakikatnya, ia bertujuan untuk mengunci mulut individu, kumpulan minoriti atau pengkritik. Ini telah menetapkan satu standard berbahaya kerana pihak autoriti dan institusi kerajaan yang memegang kuasa undang-undang ini kebal daripada semak dan imbang daripada segi perundangan, kritikan dan pemeriksaan awam. Sektor perniagaan yang mengguna pakai dasar pekerjaan yang membenarkan mereka melakukan diskriminasi terhadap pemohon pekerjaan dan pekerja mereka berdasarkan agama, kepercayaan dan kaum. Keadaan tersebut bertitik tolak daripada stereotaip berbahaya yang tertanam dan bukannya berdasarkan kebolehan atau meritokrasi. Undang-undang dan dasar ini telah mewujudkan diskriminasi yang sistemik berasaskan ketakutan dan pengecualian kaum dan agama yang meliputi kehidupan sosial, politik dan ekonomi kita semua.

Page 7: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

7

Stigma sosial terhadap dialog antara kaum, antara agama (interfaith) dan antara mazhab (intrafaith)

Dialog antara kaum, agama dan mazhab tidak menjadi sebuah budaya dan amalan dalam masyarakat, bukan sahaja di peringkat kerajaan bahkan masyarakat itu sendiri. Dialog seperti ini mempunyai stigmanya tersendiri hasil daripada ketakutan dan prasangka yang menganggapnya sebagai: 1. ruang bersifat sebelah pihak, tidak inklusif dan tidak memberi bermanfaat kepada

semua;2. ruang dakyah dan bukannya ruang untuk saling belajar dan memahami;3. ruang tertutup hanya untuk para elit ahli akademik dan agamawan, dan bukannya

untuk orang awam; dan,4. masalah semangat ketuanan yang melihat dialog dengan kumpulan agama atau

kepercayaan lain sebagai tidak setaraf kerana melabelnya sebagai kafir atau sesat. Setelah lebih 60 tahun kemerdekaan, sepatutnya hubungan antara kaum dan agama semakin baik dengan peningkatan titik persamaan identiti nasional, malangnya stigma terhadap dialog ini menghalang masyarakat daripada turut serta dalam interaksi antara kaum, agama dan mazhab, yang telah membuatkan pembentukan sebuah masyarakat yang inklusif semakin mencabar.

Kempen #Kebersamaan adalah penting untuk saya sebagai seorang warga Malaysia kerana kita hidup dalam sebuah masyarakat majmuk, di mana kepelbagaian kaum dan agama diraikan dan perbezaan antara kita ditoleransi dengan rasa hormat.Calvin Ohsey, Aktivis Antara Agama

Page 8: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

Cadangan Penambahbaikan Dasar bagi Memupuk Kebebasan Beragama, Berkepercayaan dan Berekspresi di Malaysia

Page 9: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

9

Penggunaan media sosial yang beretika

Terdapat keperluan untuk mendidik pengguna media sosial mengenai etika penggunaan media sosial melalui pelbagai kaedah bagi meningkatkan kesedaran seperti video, penglibatan masyarakat, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi apabila hidup di era ledakan maklumat, risiko kepada maklumat salah dan palsu dapat dikurangkan. Bukan sahaja melalui kaedah pengesahan sumber maklumat tetapi juga dengan memerangi maklumat yang bersifat generalisasi dan mencemarkan nama baik kelompok, kaum dan agama tertentu, yang sengaja dikaitkan apabila sesuatu isu timbul. Pada masa sama, naratif penghujahan balas yang dibawa sepatutnya bukan hanya simbolik kepada kepelbagaian, tetapi juga naratif hak asasi manusia dan penafsiran agama inklusif harus berkembang seiringan serta dimasukkan dalam mesej advokasi.

Kempen #Kebersamaan KMU merupakan sebuah platform yang sangat bermakna dalam menggalakkan warga Malaysia untuk membincangkan tentang topik mengenai keharmonian daripada sudut-sudut yang berbeza. Kempen tersebut telah memberi peluang kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang sama ada melalui siri-siri syarahan, artikel-artikel, ataupun hubungan media sosial – yang mana kesemuanya telah dijalankan dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris – untuk memulakan dan mengambil bahagian dalam perbualan yang jujur, dan untuk

mempelbagaikan wacana mengenai isu-isu sekitar hubungan antara agama dan kaum.Afra Alatas, Graduan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS)

Page 10: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

10

Meningkatkan kualiti interaksi antara kaum, antara agama (interfaith) dan antara mazhab (intrafaith)

Keterlibatan antara kaum, agama dan mazhab dalam aktiviti sosial dan kreatif seperti perbincangan atau dialog berkumpulan, seni, sukan, budaya, dan sebagainya harus berkembang bersama perkongsian nilai-nilai kebersamaan dan pertukaran kebudayaan. Bentuk interaksi dan penglibatan ini juga harus secara jujur mengenengahkan rentas isu yang meliputi rasisme, kesenjangan sosioekonomi dan penganiayaan terhadap individu atau kelompok tertentu disebabkan pengamalan hak kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi mereka. Selain itu, haruslah dilibatkan pihak yang pelbagai daripada kelompok majoriti mahupun minoriti, pemimpin tempatan, wanita, belia dan anggota keluarga. Pihak-pihak yang terlibat ini sekaligus dapat memperoleh pengalaman terus daripadanya, yang mana mampu menimbulkan rasa kemanusiaan dalam suasana yang aman dengan proses pembelajaran antara satu sama lain melalui amalan kebaikan, dan kisah suka duka serta kesukaran masing-masing. Dengan ini, maka akan terbentuklah satu nilai empati dan pemahaman yang kompleks terhadap isu-isu yang memberi kesan terhadap komuniti terlibat. Interaksi sebegini mestilah berterusan yang bertujuan untuk menghasilkan kaedah strategik bagi menangani isu-isu berbangkit, yang akan memberi kesan kepada perubahan cara fikir dan sikap lebih positif, sehinggalah kepada pembuatan dasar.

Page 11: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

11

Mengetengahkan persekitaran pendidikan dan kurikulum yang inklusif

Terdapat keperluan diberikan fokus kepada sistem pendidikan di Malaysia yang dilihat menjadi lebih terpisah-pisah disebabkan kaum, agama dan kelas ekonomi sejak awal lagi. Daripada satu aspek, persekitaran inklusif yang merangkumi pelajar dan guru daripada pelbagai latar belakang dapat membiasakan kepelbagaian melalui interaksi seharian. Bagi menyokongnya, sangat penting untuk memperbaiki dan mengarusperdanakan kurikulum yang menekankan unsur-unsur kepelbagaian budaya dan agama serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan sejarah yang kritikal tanpa memulaukan kelompok kaum atau agama tertentu. Hal ini dapat membantu generasi muda untuk membentuk hubungan dengan kumpulan luar, semangat toleransi dan integrasi tulen, serta tidak mudah terdedah kepada naratif kebencian, untuk terus hidup dalam Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama.

Kempen #Kebersamaan menawarkan sebuah platform kepada setiap orang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kebebasan beragama, berkepercayaan, dan berekspresi di Malaysia daripada perspektif hubungan antara kaum dan agama, terutamanya Malaysia yang unik disebabkan oleh kepelbagaian orangnya yang kita miliki. Kempen ini menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam kepada setiap orang mengenai isu-isu semasa di Malaysia dan membuka sebuah ruang kepada semua orang untuk berkongsi pandangan mereka serta membandingkannya dengan amalan di negara-negara lain.

Oleh sebab itu, kempen ini merangkumi banyak pendekatan seperti forum, perbincangan, dan video yang menjadikannya komprehensif dan mudah bagi semua orang untuk belajar dengan lebih banyak mengenai perkara-perkara yang berkaitan.Diyana Fazirah, Pengamal Sektor Korporat

Page 12: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

12

Mengarusperdanakan penyelesaian konflik yang aman dalam masyarakat

Perkara ini bagi mengarusperdanakan kaedah yang damai untuk menyelesaikan ketegangan atau konflik antara kelompok tertentu daripada peringkat akar umbi sehinggalah kepada pemimpin negara dan agama. Ia dapat dilakukan melalui konsultasi bersemuka dengan diwakili pihak pengantara bebas, kelompok tidak berpuas hati dan pihak pemegang taruh lain yang relevan untuk mengetengahkan segala luahan mereka bagi mencapai sebuah penyelesaian yang boleh disepakati. Dari satu sudut, ia merupakan sebuah proses kolektif dan katarsis terutama bagi kelompok yang tidak berpuas hati supaya terlibat dalam pembuatan keputusan dan rundingan bagi mendapatkan hasil yang kontekstual, serta bukannya sebuah keputusan yang ditentukan kerajaan dan berbentuk hukuman semata. Selain itu, proses ini juga bertujuan mengelakkan risiko wujudnya tindakan kebencian, balas dendam bahkan keganasan.

Sekaranglah waktunya kita memerlukan sebuah usaha kolektif seperti kempen #Kebersamaan dalam menangani peningkatan polarisasi etnik dan agama yang kita lihat berlaku di Malaysia. Kempen #Kebersamaan ini mengajak kita untuk memberi perhatian terhadap nilai dan harapan kita bersama demi merapatkan jurang perbezaan dan menghilangkan prejudis yang ada antara kita.

Saya berharap agar kempen #Kebersamaan ini dapat mengilhamkan semua orang untuk turut mengambil bahagian dalam inisiatif yang mulia dan penting ini.Dr. Azmil Bin Mohd Tayeb, Pensyarah, Universiti Sains Malaysia

Page 13: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

13

Pembaharuan undang-undang dan dasar bagi mengangkat kebebasan beragama, berkepercayaan dan berfikir

Kerajaan dan sektor perniagaan masing-masing harus menyemak semula undang-undang dan dasar yang mendiskriminasikan individu atau kelompok tertentu berdasarkan agama, kepercayaan, pemikiran dan kaum. Hak-hak mereka dalam kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi harus dilindungi daripada tindakan yang sewenang-wenangnya (seperti serbuan, tangkapan, penahanan, pengharaman oleh kerajaan, pembatalan pendaftaran, dan lain-lain) dan ancaman keterlaluan (seperti ugutan, ancaman bunuh dan ucapan kebencian). Perkara ini amat diperlukan bagi memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk mengamalkan hak-hak mereka. Kerajaan haruslah secara khusus menilai kembali undang-undang bagi menyesuaikan dengan konvensyen dan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa. Selain itu, ia boleh dimanfaatkan juga daripada saranan dalam Amman Message (berkenaan kewajipan bagi melindungi mazhab minoriti dalam Islam), Marrakesh Declaration (berkenaan kewajipan bagi melindungi agama minoriti bukan Islam), Beirut Declaration (berkenaan kewajipan bagi menjaga martabat dan kesetaraan semua manusia), dan amalan-amalan terbaik yang terpilih dalam konteks negara bermajoriti Muslim seperti Malaysia ini.

Wacana-wacana yang dikedepankan memberi anjakan mendorong ragam bermasyarakat yang lebih baik. Nilai-nilai seperti keterangkuman, belas ehsan dan keadilan disegarkan kembali. Semangat #Kebersamaan mengafirmasi bahawa

walau dalam waktu getir, cahaya kemanusiaan selalunya bangkit menyinari. Dr.Lee Ken Teo, Pengasas MUDA

Page 14: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

14 15

Cadangan Penambahbaikan

Dasar

Kerajaan

Masyarakat

Memantau ucapan berbaur kebencian dan meningkatkan kesedaran awam Menilai kembali undang-

undang dan dasar yang bersifat mendiskriminasi bagi melindungi kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi

Menubuhkan sebuah badan peringkat nasional bagi mengarusutamakan penyelesaian konflik secara aman

Menubuhkan sebuah majlis peringkat nasional bagi membiasakan interaksi antara kaum, agama dan mazhab yang pelbagai

Mengarusperdanakan persekitaran inklusif, kepelbagaian budaya, dan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan sejarah secara kritis dalam sistem pendidikan

Meningkatkan kesedaran kejiranan

Membiasakan interaksi antara kaum, agama dan mazhab dalam masyarakat

Mempromosikan persekitaran inklusif, kepelbagaian budaya, dan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan sejarah secara kritis dalam sistem pendidikan.

Menyokong bentuk penyelesaian konflik secara aman dalam masyarakat

Menyokong penambahbaikan undang-undang, dasar dan sikap mendiskriminasi bagi melindungi kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi

Memantau ucapan berbentuk kebencian kalangan pekerja dan majikan

Mengetengahkan penglibatan pelbagai kaum, agama dan mazhab di tempat kerja

Mempromosi penyelesaian konflik secara aman di tempat kerja

Mempromosikan persekitaran inklusif, kepelbagaian budaya, dan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan sejarah secara kritis dalam sistem pendidikan.

Menyemak semula dasar pekerjaan yang mendiskriminasi dan mempertahankan layanan sama rata kepada semua pekerja

Perniagaan

Page 15: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

16

Soalan-soalan lazim

1. Apa itu kempen #Kebersamaan? Berlatarbelakangkan peningkatan masalah rasisme dan kebencian agama pasca-PRU 2018, kempen #Kebersamaan ini bertujuan untuk mengetengahkan permasalahan ini dengan mempelbagaikan wacana positif mengenai kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi di Malaysia. Dalam masa yang sama, menyebarkan nilai-nilai progresif seperti rasa hormat menghormati, tidak diskriminasi dan bebas daripada keganasan dalam sebuah masyarakat Malaysia majmuk ini.

2. Apakah itu perlindungan kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi di Malaysia? Hak asasi manusia dalam mengamalkan dan mengekspresikan secara aman agama, kepercayaan dan pemikiran masing-masing, sebenarnya dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 11 dan 10). Walau bagaimanapun, terdapat banyak sekatan dalam undang-undang lain, fatwa, dan dasar sektor perniagaan secara tersurat mahupun tersirat telah membeza-bezakan individu atau kelompok tertentu hanya disebabkan identiti, amalan dan ekspresi terhadap agama, kepercayaan dan kaum mereka, yang mana harus disemak semula dalam mempertahankan kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi.

3. Apakah itu ucapan kebencian? Ia adalah ucapan atau tulisan berbentuk kesat atau mengancam yang menzahirkan prasangka terhadap individu atau kelompok tertentu, terutama atas asas agama, kepercayaan, kaum atau orientasi seksual mereka. Di sinilah batasan kepada kebebasan berekspresi, hal ini kerana dalam beberapa keadaan ucapan kebencian dapat menjerumuskan lebih banyak keburukannya seperti diskriminasi dan keganasan berasaskan kebencian. Maka kebebasan berekspresi ini harus dipraktikkan dengan penuh bijaksana dan pengawasan ketat bagi mencegah amalan memilih bulu dan salah guna kuasa. Di Malaysia, terdapat keperluan mendesak untuk memperkasakan kebebasan beragama, berkepercayaan dan berekspresi yang mampu memperkaya wacana dan perbincangan awam dalam usaha melawan ucapan kebencian.

Page 16: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

17

4. Apakah itu interaksi antara kaum, antara agama (interfaith) dan antara mazhab

(intrafaith)? Ia adalah suatu bentuk ruang selamat yang melibatkan pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang seperti agama, kepercayaan, mazhab dan kaum untuk berbincang, berinteraksi dan memahami antara satu sama lain dan merapatkan jurang perbezaan melalui pengalaman memanusiakan masing-masing. Beberapa interaksi ini boleh berlaku dalam suasana berbentuk formal seperti dialog, bengkel dan persidangan, namun ia juga boleh berlaku dalam suasana santai melalui aktiviti seni, sukan, budaya, khidmat masyarakat dan sosial. Kaedah yang ideal ini bergantung kepada konteks tempatan, objektif dan golongan sasar dengan sebaik mungkin yang bukan sahaja bagi memupuk kepelbagaian pengalaman rentas budaya, tetapi juga pemikiran kritis dan nilai empati dalam diri setiap orang.

5. Apakah itu penyelesaian konflik yang aman? Ia adalah sebuah proses yang dimudahcarakan untuk mencapai penyelesaian damai terhadap ketegangan atau konflik antara kelompok tertentu. Prosesnya mesti melibatkan pelbagai pihak seperti badan bebas, kelompok tidak berpuas hati dan pemegang taruh yang lain bagi mengambil kira semua pandangan mereka seterusnya mencapai sebuah penyelesaian yang boleh dipersetujui bersama.

Hidup dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia sentiasa menjadi rahmat kepada saya. Saya bersyukur dengan siapa diri saya apabila mengenali ramai orang daripada kaum dan agama yang lain. Kita dapat berkongsi pandangan mengenai Tuhan dan menunjukkan kepelbagaian nilai budaya kita yang semestinya unik bagi Malaysia. Atas sebab ini, saya percaya bahawa kempen #Kebersamaan ini adalah sangat penting dan diperlukan pada waktu sekarang. Perbezaan yang wujud antara kita tidak sepatutnya menjadi batu penghalang untuk kita meneroka tentang makna kehidupan dan hidup bersama. Sebaliknya, perbezaan seperti itu harus mengajar kita agar lebih bertimbang rasa dengan orang lain dan membimbing kita untuk menghargai kewujudan kita. Paling penting, kita semua ialah manusia, di mana kita

menginginkan kebenaran dan kebenaran bagi apa-apa jua agama sekalipun yang kita pilih untuk percaya.

Rs Azira Sulaiman, Pelajar Sarjana, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Page 17: BUKU KEMPEN #KEBERSAMAAN

18

Komuniti Muslim Universal (KMU) Malaysia ditubuhkan pada tahun 2015 oleh bekas belia yang telah teradikalisasi. Terinspirasi oleh pengalaman yang mengubah hidup mereka, KMU Malaysia ialah sebuah organisasi belia, keagamaan, kemasyarakatan dan hak asasi manusia merangkumi dan menyokong nilai-nilai al-Quran dan as-Sunnah seperti keadilan sosial dan kesamarataan untuk semua pada abad ke- 21. Demi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari PBB 2030, KMU memfokuskan kepada:1. Pencegahan dan Melawan Ekstremisme Ganas2. Kebebasan Beragama dan Berkepercayaan3. Hak-hak Wanita4. Pendidikan Seksualiti dan Gender(SOGIE)