respira si

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TINGKATAN 3 Kelas : Tingkatan 3 Prihatin Tempoh : 80 Minit Bilangan Pelajar : 34 orang Mata pelajaran : Sains Tema : Pengurusan dan Kesinambungan Hidup Bidang Pembelajaran : Respirasi. Objektif Pembelajaran : Menyedari Kepentingan Kesihatan Sistem Respirasi. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran ini, murid dapat : a) Menyenaraikan bahan-bahan yang memberi kesan buruk terhadap sistem respirasi. b) Menerangkan kesan-kesan bahan pencemar terhadap sistem respirasi. c) Menyenaraikan penyakit-penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi.. d) Mengamalkan tabiat yang baik untuk meningkatkan kualiti udara. Sikap Saintifik dan Nilai Murni : a) Bersyukur b) Hormat menghormati dan bekerjasama c) Menghargai dan mengamalkan kebersihan dan hidup yang sihat. Pengetahuan Perlu Ada : a) Pelajar perlu tahu bahaya bahan-bahan pencemar seperti asap rokok terhadap sistem respirasi manusia. b) Pelajar perlu tahu kepentingan menjaga kebersihan dan pentingnya meningkatkan kualiti udara. Keperluan Khas : a) Sebuah Laptop dan satu projektor LCD. b) Bahan-bahan dan radas ujikaji untuk mengkaji kesan merokok keatas sistem respirasi manusia. Persediaan Guru : a) Persembahan power point untuk menerang dan membincangkan mengenai ; i. Bahan-bahan pencemar dan kesannya terhadap sistem respirasi manusia. ii. Jenis-jenis penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi. iii. Cara-cara meningkatkan kualiti udara. b) Radas dan bahan eksperimen untuk mengkaji kesan merokok ke atas sistem respirasi.

Upload: siti-aqilah

Post on 08-Feb-2016

168 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: Respira Si

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TINGKATAN 3

Kelas : Tingkatan 3 Prihatin Tempoh : 80 Minit

Bilangan Pelajar : 34 orang Mata pelajaran : Sains

Tema : Pengurusan dan Kesinambungan Hidup Bidang Pembelajaran : Respirasi.

Objektif Pembelajaran : Menyedari Kepentingan Kesihatan Sistem Respirasi.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran ini, murid dapat :a) Menyenaraikan bahan-bahan yang memberi kesan buruk terhadap sistem respirasi.b) Menerangkan kesan-kesan bahan pencemar terhadap sistem respirasi.c) Menyenaraikan penyakit-penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi..d) Mengamalkan tabiat yang baik untuk meningkatkan kualiti udara.

Sikap Saintifik dan Nilai Murni : a) Bersyukur

b) Hormat menghormati dan bekerjasama c) Menghargai dan mengamalkan kebersihan dan hidup yang sihat.

Pengetahuan Perlu Ada : a) Pelajar perlu tahu bahaya bahan-bahan pencemar seperti asap rokok terhadap sistem respirasi manusia.

b) Pelajar perlu tahu kepentingan menjaga kebersihan dan pentingnya meningkatkan kualiti udara.

Keperluan Khas : a) Sebuah Laptop dan satu projektor LCD. b) Bahan-bahan dan radas ujikaji untuk mengkaji kesan merokok keatas sistem respirasi manusia.

Persediaan Guru : a) Persembahan power point untuk menerang dan membincangkan mengenai ;i. Bahan-bahan pencemar dan kesannya terhadap sistem respirasi manusia.ii. Jenis-jenis penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi.iii. Cara-cara meningkatkan kualiti udara.

b) Radas dan bahan eksperimen untuk mengkaji kesan merokok ke atas sistem respirasi.

Page 2: Respira Si

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

Permulaan Guru dan pelajar membaca dan mengaminkan doa

Guru menyediakan peralatan pembelajaran dan pengajaran

Set Induksi Pengenalan kepada tajuk.

Mengingat kembali pelajaranYang lalu mengenai struktursistem respirasi manusia danlaluan udara melalui saluranpernafasan.

Menayangkan gambarajah sistem respirasi manusiaMenggunakan laptop dan LCD.

Pelajar diminta untuk menjawab soalan-soalan berikut;1) Namakan organ-organ yang terlibat dalam sistem respirasi Berdasarkan rajah yang dipaparkan.2) Terangkan laluan udara melalui organ-organ respirasi.3) Apakah yang akan berlaku jika kita terganggu.

Tajuk pelajaran hari ini diperkenalkan.

Strategi P&P :PemerhatianKaedah : Kelas

Teknik : Soal jawab

Alat : Laptop, LCD

Kemahiran : Kritis & KreatifNilai : Bersyukur atas nikmat kesihatan yang baik.

Langkah 1 Penerangan mengenai bahan-bahan dan punca pencemaran yang memberi kesan terhadap sistem respirasi.

Menggunakan video untuk menayangkan gambar-gambarAsap kilang, asap kenderaan, pembakaran sampah, asap merokok dan kejadian jerubu.

Pelajar diminta untuk memadankan bahan-bahan kimia yang diberikan dengan gambar-gambar yang ditayangkan, seperti nikotin, tar, sulfur dioksida, karbon dioksida, karbon monoksida, habuk dan debu.

Strategi P&P :PemerhatianKaedah : * Kelas * IndividuTeknik : PeneranganAlat : Laptop, LCDKemahiran : Kritis & KreatifNilai : Menghargai kebersihan dan kesihatan.

Page 3: Respira Si

Langkah 2 Penerangan mengenai jenis-jenis penyakit yang melibatkan sistem respirasi disebabkan oleh bahan-bahan pencemar dalam langkah 1

Menggunakan laptop dan LCD untuk menunjukkan gambar jenis-jenis penyakit yang melibatkan sistem respirasi.

Pelajar diminta untuk mengenalpasti jenis-jenis penyakit yang digambarkan seperti, asma, kanser paru-paru, bronkitis dan emfisema peparu.

Pelajar diminta memberikan kaedah-kaedah untuk meningkatkan kualiti udara.

Strategi P&P :PemerhatianKaedah : * Kelas * IndividuTeknik : Penerangan

Alat : Laptop, LCD

Kemahiran : Kritis & KreatifNilai : Menghargai kesihatan.

Langkah 3 Menjalankan eksperimen

Guru menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan merokok ke atas sistem respirasi.

Pelajar dibekalkan dengan bahan cetakan yang mengandungi soalan-soalan yang perlu dijawab berdasarkan eksperimen yang ditunjukkan.

Strategi P&P :Pemerhatian

Kaedah : Mengeksperimen

Teknik : Tunjukcara

Alat : Radas dan bahan kimia

Kemahiran : Kritis & Kreatif

Nilai : Jujur dan yakin.

Page 4: Respira Si

Langkah 4 Perbincangan dalam kumpulan:

Kesan merokok ke atas sistem respirasi.

Pelajar membentuk enam kumpulan dan melantik seorang ketua.

Setiap kumpulan diarahkan membincang dan menjawab soalan yang diberi berdasarkan eksperimen yang diperhatikan

a) Apakah tujuan eksperimen itu?

---------------------------------------------------------------------------------------------b) Apabila rokok dinyalakan, nyatakan pemerhatian-pemerhatian berikut,

i) Suhu :_______________________________________________

ii) Kapas putih :_______________________________________________

iii) Penunjuk hidrogen bikarbonat :_______________________________________________

c)Nyatakan kandungan dalam asap rokok yang menyebabkan perubahan padai) Termometer :______________________________________ii) Kapas putih :______________________________________iii) Penunjuk hidrogen karbonat:_________________________

d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen itu ______________________________________________________

Guru bertindak sebagai fasillitator.

Strategi P&P :

Kaedah : Kumpulan

Teknik : * Perbincangan * Bimbingan

Alat : Bahan cetak

Kemahiran : Kritis & Kreatif

Nilai : Tolong menolong

Page 5: Respira Si

Langkah 5 Pembentangan Minta ketua setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan yang dijalankan.

Buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi hasil pembentangan kumpulan

Contoh :Apakah yang diwakili oleh kapas putih dalam eksperimen itu?Apakah yang akan berlaku keatas organ respirasi tersebut?

Strategi P&P :HipotesisKaedah : KelasTeknik : * Penerangan * Sumbangsaran

Alat : Bahan cetakKemahiran : Kritis & KreatifNilai : Hormat menghormati.

Rumusan Kesimpulan Edarkan soalan dan minta pelajar menjawab soalan berkaitan keseluruhan tajuk yang dipelajari dengan bimbingan guru.

Guru membincangkan kembali apa yang dipelajari hari ini.

Strategi P&P :

Kaedah : KelasTeknik : BimbinnganAlat : Bahan cetak

Kemahiran : Kritis & Kreatif

Nilai : Bersyukur.

Penutup Membina Buku Skrap

Murid diarah membuat buku skrap dengan mengumpulkan gambar dari akhbar atau majalah mengenai kesan buruk bahan-bahan pencemar ke atas sistem respirasi sebagai kerja rumah.

Minta seorang murid memimpin membaca tasbih kifarah dan surah al Asr.

DISEDIAKAN OLEH : PANITIA SAINS SMK SYED IBRAHIM.

Page 6: Respira Si