resipi semasa pantang
DESCRIPTION
goodTRANSCRIPT
RESIPI SEMASA PANTANG DAGING
DAGING BAKAR
~ Panggang Daging
Bahannya:300 gm daging lembut/ batang pinangGaram (secukup rasa)Minyak
Caranya:1. Hiris daging mengikut urat2. Gaulkan daging dengan garam3. Panggang sehingga masak.4. Renjiskan minyak sekali sekala supaya daging tidak melekat pada pemanggang.
~ Air Asam
Bahannya:4 keping asam gelugor1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)Garam (secukup rasa)Sedikit hirisan bawang kecil
Caranya:1. Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
DAGING HALIA
Bahannya:300 gm daging (dihiris) (seeloknya guna bahagian daging yang tak berlemak atau boleh ganti dengan hati ayam jika suka)1 1/2 inci halia (dihiris)1 inci kunyit (dihiris)3 ulas bawang putih (dihiris)1 sudu besar kicap manis1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)1 sb sos lada hitam-pilihan1/3 labu bawang besar-potonggaram, minyak
Caranya:1. Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu.2. Bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. Biarkan air kering.3. Tuangkan minyak, kacau daging rata2.4. Masukkan kicap, sos lada hitam dan lada hitam. kacau rata.5. Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam.6. Goreng sampai bawang besar layu. Siap utk dimakan.
DAGING GORENG LADA HITAM (Marinated)
Bahan-bahanya:Daging dihiris halus1 biji bawang besar di hiris bulat
Bahan Perap:Lada hitam secukup rasaHalia di kisarBawang besar- di kisarBawang putih di kisarSos Cili/Cili mesin di kisarSos tomatoSos tiramKicap pekatGaram/serbuk perasa
Caranya:1. Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.2. Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap3. Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.4. Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan-bahanya:Daging dihiris nipis1 biji bawang besar di hiris bulat biji cili merah di potong serong biji cili hijau di potong serong sudu besar serbuk kunyitGaram secukup rasa.Air secukupnyaMinyak masak
Caranya:1. Perap daging dgn serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.2. Masukkan daging ke dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.3. Rebus daging hingga empuk.4. Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau. Kacau sekata.
DAGING PINDANG
Bahan-bahannya:300gm daging lembu1 labu bawang putih -5 ulas bawang merah -1 -2 batang cili merah - di hiris5 cm lengkuas - ketuk5 cm kunyit - di hiris5 cm halia muda1 batang serai ketuk3 4 keping asam gelugor4 cawan airGaram secukup rasa
Caranya:1. Panaskan minyak2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.3. Tuang air.4. Masukkan daging.5. Masukkan serai6. Masukkan asam keping dan garam.
DAGING GORENG HALIA & BLACK PEPPER
Bahannya:Daging3 ulas bawang merah (dihiris)2 ulas bawang putih (dihiris)5 cm halia (dihiris)1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)Sedikit minyak bijan
Caranya:1. Tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar, halia) dengan sedikit minyak bijan hingga naik bau.2. Masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging) & masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.