pantang - asean

166

Upload: others

Post on 21-Oct-2021

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pantang - ASEAN
Page 2: Pantang - ASEAN

Pantang I

Kitani u

Penyusun Hulijuh Haji Hassan

4 g g ** LI"~ @L..&p DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BECIA DAN SUKAN

Page 3: Pantang - ASEAN

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dun Pustaka Kementerian Kebuda~aan, Beliu dan Sukan Lapangan Terbang Lama Berakas BB3J10 Negara Brunei Darussalam

ODewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam 2001

Cetakan Pertama 2001 Cetakan Kedua 2006

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, d m isi kandungan buku inidalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Dewan Bahasa dun Pustaka, Brunei Darussalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Pengkatalogan Data-dalam-Penerbitan

Hadijah Haji Hassan

Pantang Larang Kitani 1 Hadijah Haji Hassan. -- Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dm Pustaka Brunei, 2006. 150 p. ISBN 999 17-0- 17%

1 . Brunei Darussalam--Social life and customs. 2. Etiquette-- 390.095955

Reka Bentuk Hiasan Kulit Mohd. Jaafar Zabidi

Ilustrasi Dalam Muhammad Huzaimi Haji Sulaiman

Tim Penerbitan Hajah Rohani Haji Abd. Rahman, Hajah Rohani Haji Abd. Hamid, Hajah Ramlah Haji Abd. Rahman, Qan Hajah Norani Haji Sofri

Rupa Taip Teks: Tiepolo, I l / l l p o i n

A tur Huruf oleh Dewan Bahasa a h Pusta&, ,Brunei Darussalarn Dicetak oleh Syarikat Perdaga&an a h Percetakan Bintang Sdn. Bhd., Brunei Damssalam

Page 4: Pantang - ASEAN

Prakata

.-

Kandungan

Prakata (Dipetik dari cetakan pertama)

Pendahuluan Penyusun

Ambil balik sesuatu pemberian daripada seseorang kelak buruk siku

Anak gadis ditegah daripada kesurukan talam kelak susah mendapat suarni

Anak perempuan dilarang bermain permainan lelaki kelak sigau

Anak perempuan dilarang memakai pakaian lelaki kelak dikatakan sigau

Berat mulut terhadap tetamukeiak susah mendapat rezeki

Berabai rambut semasa memasak menjauhkan rezeki

Berbaring dengan bersarimpung batis membuang indung

Berbaring selepas makan kelak kurang aka1

Berbaring di hujung jungkar kelak disambar hantu

Berbaring di muka pintu ditakuti kelak kelangkahan hantu

Berbaring selepas makan mnjauh$an rezeki

Bercacau-cacau makan pada waktu maghrib kelak dirasuk iblis

Bercerita-cerita di muka pintu kelak lambatdipinang orang

Bercakap-cakap semasa makan &an termakan anak hantu

Bercerita-cerita di muka pintu kdak jadi pamali

ix

xi

xiii

I

2

3

4

5

6

8

9

10

12

14

I5

16

18

19

iii

Page 5: Pantang - ASEAN

Bercermin muka pada waktu malam kelak muka ditilik orang

Bercermin muka pada waktu malam kelak hilang seri muka-

Bergambar bertiga kelak pendek umur

Berinai kuku pada siang hari kelak dipatuk ayam

Berjalan di bawah rumah kelak matalih

Berkelahi semasa makan menjadikan hidup sering susah atau jerih

Berkayuh di dalam rumah kelak menjadi papa

Berlingas waktu petang kelak ditangkap hantu

Bermain simban di dalam rumah kelak sial dan jauh rezeki

Bermain simban pada waktu malam kelak diikut oleh hantu salibaya

Bermain tapuk-tapukan pada waktu malam kelak disembunyikan hantu kalindahau

Bermain tapuk-tapukan di dalam hutan kelak ditangkap hantu kalindahau

Bermain tapuk-tapukan di dalam rumah kelak ditapuk hantu kalindahau

Bermain tinting di dalam rumah ditakuti hantu ikut main sama

Berpapat kuku pada waktu tengah malam melagau hantu

Berpapat kuku pada waktu malam kelak sial dan lambat beroleh rezeki

Bersandar ke dinding ketika guruh dan kilat bersabung kelak melekat badan ke dinding

Berselimut seluruh badan kelak roh tidak mulih ke jasad

Page 6: Pantang - ASEAN

1

1

1 Bersiul pada waktu maghrib kelak mendapat sial selama 40 hari dijauhkan rezeki 41

Bersiul pada waktu malam boleh memanggil hantu 42

Bersiul sambil berjalan kelak mendapat sial dan tidak beroleh rezeki selama 40 hari 43

Bersiul semasa padi sedang menguning kelak roh padi akan hilang 44

Bersuruh-suruhan kelak sering mendapat kesusahan J

yang bertimpa-timpa 45

Bertakul tuhut kelak menjadi malas 46

Bertiarap menyumpah indung mati 48

Bertongkat ajai kelak sial dan celaka seumur hidup

Bertudungkan lakar periuk kelak berbiring kepala

Buang air kecil di atas api yang sedang bernyala kelak sering sakit ketika buang air kecil

Dilarang memulas telinga kanak-kanak dikhuatiri matingal

Duduk di atas bantal kelak ketulahan

Duduk di atas bantal kelak sering kencing malam

Duduk di dalam nyiru kelak celaka sekeluarga

Duduk di lesung ditakuti berbisul. Duduk di lesung kelak tertumbuk hantu lesung

Jangan imbang-imbang di pintu kelak tidak sampai hajat

Keluar rumah pada waktu maghrib kelak mendapat demam

Keluar rumah semasa hujan barai-barai kelak mendapat sakit

Keluar rumah pada waktu hari kuning ditakuti kelak sapar-saparan

Page 7: Pantang - ASEAN

Lalu di bawah pelacahan kelak matalih

Makan bagas cacah ambuyat kelak kena cecah-cecahi

Makan budu kelak hujan turun ketika naik pelamin

Makan dalam patang atau gelap ditakuti menyebabkan patang hati

Makan di dalam takung keiak tidak tetap fikiran

Makan di dalam tudung mangkuk kelak mendapat bala atau kesusahan yang bertimpa-timpa

Makan di kudut sumbing kelak pekerjaan kesumbingan

Makan dengan berlunjur menyebabkan untut

Makan di dalam tudung mangkuk menyebabkan sakit perut

Makan di tengah-tengah pintu ditakuti akan dilangkahi an& hantu

Makan galagah dari batang ke hujungnya kelak lemas di dalam air

Makan kepala ikan kelak malas belajar

Makan kerak nasi kelak berkerak hutang

Makan otak nanggalah kelak malas dan lambat pandai belajar

Makan nasi di dalam periuk menyebabkan bertampang mua

Makan sambil berdiri &an menyebabkan tidak mudah kenyang

Makan sambil berbaring akan mendapat pasangan hidup yang malas

1 Makan tumbung piasau lamas boleh menyebabkan lemas 87 1

i Mandi dalam keadaan berbogel malaikat takut menghampiri 88 I I Mandi di dapur kelak lantai patah 89

Page 8: Pantang - ASEAN

Melangkah ,atau meniti kayu besar kelak hilang dara 90

Melangkahi kayu langir kelak kabulilahan 91

Melangkahi kulit telur kelak mendapat bisul c

Melangkahi celapa kelak ketulahan

Melangkahi sasaban kelak mati kena cencang 95

Melihat atau menghendap orang sedang buang air besar, kelak pacah mata 96

Memanjat pokok kapayas kelak pecah perut 97

Memacakkan buluh temiang ke tanah kelak mati terpacak 98

Memasang payung di dalam rumah kelak mendapat bala. Memasang payung di dalarn rumah kelakrumah hangus I00

Membasuh tangan di daiam kudut kelak berkerak hutang I01

Membawa kanak-kanak beribun pada waktu malam kelak disambar bangkawat 102

Memijak nasi kelak tidak berezeki 103

Memotong atau memenggal kayu sambil berdiri kelak mati kena pancung 104

Memukul kanak-kanak dengan gagawi kelak mendapat sid. Memukul kanak-kanak dengan gagawi kelak cepat mati 105

Menaruh takung di atas kepala kelak berbiring I06

Menaruh tangan di belakang kelakcepat bongkok I08

Mencuri telur atau buah-buahan kelak berjaguk 110

Mendengar atau malangoi orang tua-tua sedang bercerita boleh menyebabkan ketulahan 112

Mencuci muka selepas makan kelak mendapat anak tiri 114

Menegur benda-benda ganjil di dalam hutan ditakuti kelak masap 115

' , Mengacau makanah orang Ga-tua boleh menyebabkan

ketulahan : , . . 116

Mengacau tempat tidur indung laki boleh menyebabkan matalih 118

vii

Page 9: Pantang - ASEAN

Mengacu-acukan parang boleh menyebabkan parang ketawa 119

Mengangkat atau mencuit dagu anak damit boleh menyebabkannya jadi pembingung 120

Mengangkat pinggan ke dagu ketika makan kelak rawan hati rezeki 121

Mengaut nasi dalam keadaan kudut berlapis-lapis kelak mendapat susah berturut-turut 122

Menggendang lantai boleh menyebabkan sial dan tidak beroleh rezeki 123

Mengikis periuk kelak ~ezeki habis berkikis

Menjahit atau mengoyak baju di badan kelak 124

sial seumur hidup 126

Menjemur kain pada waktu malam kelak mendapat bencana 127

Menjangkau kepala orang tua-tua kelak ketulahan 128

Menjulurkan lidah kel& putus lidah 130

Menjunyak nasi kelak ketulahan 132

Menuntum botol kelak bisu atau 'babau 133

Menyanyi di dapur kelak mendapat suami tua 134

Menyorok di bawah sampiran kel& hilang tuah 135

Menyorok di bawah tangga kelak mati kena gantung 136

Menyorok di bawah sampiran kelak menjadi gila atau hilang akal 138

Minum sambil berbaring kelak mendapat pasangan hidup yang malas bekerja 139

Naik batang pisang kelak pecah penrt 140

Tidur di bawah jendela ditakuti keteguran hantu 141

Tidur meninggi hari kelak kurang rezeki 142

Tidur atau baring di atas batang besar ditakuti ditolak hantu kagui 144

GLOSARI 146

Page 10: Pantang - ASEAN

Prakata

BERBAGAI-BAGAI pendekatan boleh dilakukan untuk mendidik kanak-kanak dan masyarakat umum sama ada melalui lisan atau tulisan, lebih-lebih lagi dengan perbuatan dan suasana yang bersesuaian dengan semua peringkat golongan. Selain daripada itu, pendidikan jangka pendek dan jangka panjang perlu juga dirancang untuk memberikan irnpak yang lebih baik dan berkesan kepada golongan sasaran. Usaha seumpama ini amat penting untuk melahirkan masyarakat yang mampu berfikir dan melihat sesuatu kepercayaan atau perbuatan yang ada sebab tertentu secara logik untuk dijadikan sandaran dan pedoman yang terdapat pengajaran di dalamnya seperti yang terkandung dalam buku Pantang Larang Kitani ini.

Dernikianlah dengan lahirnya buku Pantang Larang Kitani ini &an dapat menjadi alat bantu mendidik dan menyelitkan unsur- unsur kebaikan yang terdapat di dalamnya untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman terutama golongan kanak-kanak dan masyarabt umumnya.

- Dr. Mataim bin Bakar Pemangku Pengarah

Page 11: Pantang - ASEAN

Prakata (Dipetik dari cetakan pertama)

LANGKAH DEWAN Bahasa dan Pustaka yang tidak jemu-jemu mengakas dan mengumpul khazanah bangsa sama ada bidang bahasa, sastera, atau budaya adalah suatu usaha yang berterusan sesuai dengan hasrat dan matlamat jabatan ini.

Penerapan nilai-nilai kehidupan murni berdasarkan pendidikan tidak formal terutama pendidikan di rumah, dapat membantu ibu bapa menyelitkan pantang larang flexible yang difikirkan dapat mendidik anak-anakdengan iebih baik dan berkesan sesuai dengan kehendak zaman dan masa yang sentiasa mengalami perubahan.

Saya mengucapkan tahniah kepadaDayang Hadijah binti Haji Hassan khususnya kerana dapat mengungkayahkan penyusunan buku Pantang Lurang Kitani ini.

Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

- Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman Pengarah

Page 12: Pantang - ASEAN

Pendahuluan Penyusun

USAHA UNTUK menyingkap, membongkar, dan mengumpul khazanah bangsa yang hampir pupus merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penyalur bahasa dan ilmu yang sekali gus mengembangkannya kepada masyarakat.

Sebelum buku ini terbit, penyelidikan dilakukan dengan menemu bual beberapa orang informan dengan mengumpul sebanyak mungkin pantang larang yang dikira bersesuaian.

Pantang larang ini dapatlah dibahagikan kepada bebrapa kategori. Antaran ya pantang larang an& darnit, kanak- kanak, dan remaja. Pantang larang umum pula ialah seperti pantang larang ibu mengandung, ibu bersalin dan selepas bersalin, membuka hutan, pindah rumah, membuat rumah atau membangun rumah, dan pantang larang berbagai-bagai jenis penyakit. Bagaimanapun, dalam buku ini penyusunan hanya ditumpukan pada pantang larang kanak-kanak, remaja, dan umum.

Sebenarnya memang banyak pantang larang yang terdapat di negara kita ini yang belum dikakas. Apa yang termuat dalam buku ini adalah sebahagiannya sahaja yang dapat dikesan dan merupakan langkah awal pengumpulan secara berperingkat-peringkat. Di peringkat ini, penyelidikan dikhususkan di sekitar Kampong Ayer dan sebahagiannya pula di kawasan darat iaitu di Kampong Sengkurong.

Penyusunan buku ini pula berdasarkan kepada kekerapan atau kepopularitian pantang larang berkenaan diucapkan di kawasan terlibat iaitu dengan rnenemu bud orang tua-tua yang memang tahu dan pernah mendengar mengenai pantang larang berkenaan sehingga ia sebati dengan kehidupan mereka pada ketika itu.

Page 13: Pantang - ASEAN

Apabila memperkatakan pantang larang selalunya orang tua- tua kita tidak menerangkan dengan jelas sebab-musabab pantang larang itu. Kebanyakan mereka hanya mengatakan inda kuasa tanpa memberi sebab dan alasan yang munasabah. Malah pada masa itu, anak-anak hanya akur dan mematuhi teguran tanpa bertanya semula, apa tujuan atau sebab dilarang atau dipantang itu. Berbeza dengan zaman sekarang yang serba moden, anak-anak pintar dan cepat berfikir serta sikap ingin tahu mengapa mereka dilarang atau ditegah melakukan sesuatu itu.

Dalam buku ini sengaja dimasukkan sebab pantang larang, misalnya, 'Jangan makan di tengah-tengah pintu kelak dilangkahi anak hantu'. Orang tua-tua kita dahuiu tidak menyebuikan kelak atau memberi dilangkahi anak hantu, sebaliknya hanya mengatakan inda kuasa atau jangan makan di tengah-tengah pintu inda kuasa. Tujuan saya memasukkan sebab pantang larang tersebut ialah supayadapat menjelaskan pengertian, tujuan di samping pengajaran yang dapat diambil darigada larangan atau teguran itu.

Menurut Kamus &wan pantang bererti pantangan sesuatu yang dilarang melakukan (menurut adat dan kepercayaan). Sementara larang pula membrikan erti melarang, melarangkan, menahaa daripada melakukan sesuatu, tidak membenarkan (menginginkan), menegah.

Pantang larang merupakan sesuatu perkara yang tidak diingini atau tidak disukai olehseseorang individu atau sesuatu masyarakat. Apabilasuatu mas yarakat menganggap sesuatu perkara itu sumbang di mata mereka maka ahli masyarakat itu sendiri ditegah atau dilarang melakukannya. Daripada larangan tersebut timbullah istilah pantang larang. Sekiranya seseorang itu ingkar maka dipercayai sesuatu kejadian akan menimpa, sama ada terhadap diri individu itu sendiri mahupua terhadap keluarganya.

Pantang larang juga merupakan kata-kata tegahan atau larangan orang tua-tua Melayu kepada an& cucunya. Selalunya bagi orang Melayu segala pesan orang tua-tua akan dituruti tanpa banyak soal g'awab atau bantahan. Malahan anak-anak cucu memang tidak berhajat untuk tahu akan apa sebabnya. Kata orang tua-tua "inda kuasa" kdau dibantah atau disangkal, kelak buruk padahnya atau sial.

Pantang larang orang Melayu, boleh dikatakan menyeluruh untuk semua golongan atau peringkat dalam beberapa keadaan

xiv

Page 14: Pantang - ASEAN

tertentu. Ia dapat dibahagikan kepada tiga kelompok melalui peringkat umur. Pantang larang di peringkat kanak-kanak lebih banyak berunsurkan pengajaran, nasihat dan menyeru supaya berbudi pekerti luhur. Umpamanya kanak-kanak dilarang 'duduk di atas bantal kelak sering kencing malam', bantal dengan kencing malam sebenarnya tidak ada hubung kaitnya. Akan tetapi secara logik kita berfikir, bantal merupakan tempat meletakkan kepala ketika tidur. Sememangnyalah kurang elok jika bantal dijadikan tempat duduk. Daripada pantang larang ini dapatlah disimpulkan bahawa ia mengajar kanak-kanak supaya bersopan santun.

Di sebalik kewujudan pantang larang ini terdapat pengajaran dan pendidikan yang disampaikm walaupun apa yang diucapkan itu tidak kena-mengena dengan apa yang dimaksudkan. Misalnya anak gadis dilarang menyanyi di dapur kelak mendapat suami tua. 'Menyanyi di dapur dengan mendapat suami tua' juga tidak ada hubungan langsung dengan perhatan menyanyi. Gadis yang masih muda remaja tentulah berasa takut jika rnendapat jodoh suarni tua. Dengan mengatakan kelak mendapat suami tua, anak gadis itu setidak-tidaknya akan rnematuhi pantang larang sedernikian.

Kita juga ingin tafiu, dari mana wujudnya pantang larang ini. Mengikut orang tua-tua, pantang larang ini telah wujud atau tercipta sejak turun-temurun iaitusejak datuk nenek mereka. Sukar bagi kita untuk membuat kepastian sejak bila pantang larang ini menguasai kehidupan mereka. Apatah lagi untuk menentukan dari mana asal usul pantang larang ini. Tetapi dapat kita mengambil kesimpulan bahawa masyarakat pada zaman dahulu memang peka dengan kejadian alam dan apa sahaja yang berlaku di sekeliling kehidupan mereka akan menjadi perbandingan malah ada yang menjadi punca atau kepercayaan yang sukar mereka lupakan sehingga sebati dengan penghidupan mereka.

Pantang larang ini ada sebahagiannya bertentangan dengan akidah Islam dan mula diketepiican oleh masyarakat secaraperlahan- lahan malah ada yang sudah luput. Walau bagaimanapun, mana- mana pantang larang yang tidak berkntangan dengan ajaran Islam, masih dapat bertahan.

Antara sebab mengapa pantang larang kransur-ansur hilang atau pupus dalam kehidupan masyarakat Melayu masa kini ialah kerana kesempatan ibu bapa untuk bersama-sama dengan anak- anak semakinterbatas terutama ibu bapa yang bekerja. Begitu juga

Page 15: Pantang - ASEAN

dengan pengaruh media massa, anak-anak lebih banyak menonton televisyen dan mendengar radio daripada bergaul dengan nenek mereka untuk mendengar 'tuturan'. Manakala kalangan ibu bapa sendiri kurang pengetahuan tentang pantang larang kerana,mereka lebih ramai tinggal sendiri dan tidak serumah dengan orang tua lagi.

Mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini akan dapat menarik minat pembaca terutama kanak-kanak dan juga golongan remaja.

Akhirnya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama informan- informan yang sama-sama mencurahkan pengalaman, pengetahuan, dan buah fikiran di samping meluangkan masa sehingga penyusunan buku ini dapat diungkayahkan. Antara informan yang telah melibatkan diri dalam penyusunan buku ini ialah Pengarah Haji Masri bin Raub, Awang Haji Umar bin Haji Mohd. Daud, Awang Haji Kadir bin Timbang, Dayang Hajah Rafiah binti Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar dan Dayang Hajah Angsa binti Haji Daim. Jugadiucapkan terima kasih kepada Awang Md, Shahri bin Pehin Orang Kaya Jurulatih Adat Istiadat Diraja Awang Haji Md. Hussin yang telah sama-sama membimbing, menunjuk ajar dan turut menyemak sehingga buku ini dapat diterbitkan.

- Hadijah Haji Hassan

Page 16: Pantang - ASEAN

Ambil balik sesuatu pemberian daripada seseorang kelak bumk siku

Pada hari i tu Awang telah bergaduh dengan Ahmad. Awang yang pernah memberi sebuah buku kepada Ahmad telah memintanya balik. Ketika mereka bergaduh i tu , Tua Aji terdengar Awang mendesak Ahmad supaya mengembali kan buku itu. Lalu Tua Aji pun menasihati Awang, "lnda kuasa meminta balik pemberian, memberi buruk siku."

Tujuan

Pantang larang ini bertujuan mengajar kanak-kanak supaya sentiasa ikhlas dalam membantu dan memberi seseorang. Biasanya kanak-kanak akan meminta kembali barang pemberiannya jika orang yang menerima pemberiannya itu berkelahi atau berselisih faham dengannya. Pantang larang ini mengingatkan kalau seorang Canak-kanak itu mengambil balik sesuatu yang sudah diberikannya kepada orang lain, kononnya kelak buruk siku.

Penga jaran

Perbuatan meminta balik barang yang telah diberikan kepada seseorang ialah suatu perbuatan yang tidak elok kerana ia boleh merosakkan taji silaturahim antara kedua-dua belah pihak (pemberi dan penerima).

Page 17: Pantang - ASEAN

Anak gadis ditegah daripada kesurukan talam kelak susah mendapat suami

"Hati-hati mengangkat talam tu nak, jangan sampai si dayang yangdudukdi sana tu kesurukan talam," kata Tua Bini kepada Alifah.

"Kenapa inda boleh kesurukan talam?" tanya Alifah.

"lnda kuasa nanti susah mendapat suami," bisik Tua Bini kepada Alifah.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada anak-anak gadis. Orang tua-tua mengingatkan anakmuda atau anakgadisagar berhati- hati ketika mengangkat talam atau benda-benda lain kerana dikhuatiri segala isi dalam talam itu akan tumpah dan mengenai orang.

Penga ja ran

Orang tua-tua menegur anak-anakremaja terutama di kalangan anak gadis supaya berbudi pekerti dan bersopan santun terutama ketika mengangkat hidangan.

Page 18: Pantang - ASEAN

Anak perempuan dilarang bermain permainan lelaki kelak sigau

"Awak tu perempuan, inda bisai bermain dengan budak- budak lelaki, nanti dikatakan sigau," kata Bu Tangah kepada budak perempuan itu.

Tujuan

Tujuanorang tua-tua melaranganak-anakperempuan bermain dengan budak-budak lelaki adalah u n t u k mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini. Biasanya permainan kanak-kanak lelaki agak kasar seperti bola sepak, memanjat pokok, dan bermain kikik. Memang tidaklah elok jika anak perempuan bermain dengan budak lelaki, berkejar-kejaran menendang bola dan sebagainya. Seharusnya anakperempuan mempunyai sifat lema h lembut dan halus perangai.

Anak perempuan secara u m u m diajar dan diasuh supaya berbudi pekerti mulia, Iemah lembut, dan bersopan santun. Anak perempuan seelok-eloknya menolong ibu mengurus rumah dan bukannya bermain dengan budak-bud& lelaki. Selain daripada itu orang tua jua mengingatkan supaya pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak terlalu bebas dan haws ada batasnya.

Page 19: Pantang - ASEAN

Anak perempuan dilarang rnemakai pakaian lelaki kelak dikatakan sigau

"Dang, pa.kai pakaian yang sesuai, inda kuasa memakai pakaian menyerupai lelaki ani, nanti kamu dikatakan sigau," tegur Tangah Aji kepada budak perempuan itu.

Pantang larang ini ditujukan-kepada anak-anakgadis yang suka memakai pakaian menyerupai pakaian lelaki. Dalam ajaran agama Islam, perempuan sangat dilarang memakai pakaian yang menyerupai pakaian lelaki. Orang tua-tua berpendapat jika perempuan rnemakai pakaian atau berkelakuan seperti lelaki akan dianggap sigau.

Pengajaran

Orang tua-tua melarang keras perbuatan seperti ini kerana ia tidak sesuai dan kurang sopan serta tidak manis dipandang apatah lagi ia bertentangan dengan ajaran agarna Islam.

Page 20: Pantang - ASEAN

Berat mulut terhadap tetamu kelak susah mendapat rezeki

"Kalau ada tetamu yang datang ke rumah kamu, layanlah dengan cara yangsopan. Jangan berat mulut terhadap tetamu, nanti susah mendapat rezeki," kata Tua Bini kepada anaknya.

Tujuan

Pantanglarangini ditujukan kepada semuagolongan khususnya kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua menyuruh kanak-kanak bertegursapa dengan orang lain teru tama tetamu yang datang ke rumah adalah u n t u k menggalakkan kanak-kanak berbudi bahasa dan melarang mereka berperangai kurang sopan. Bagi orang tua-tua, orang yang berat mulut terhadap orang lain akan dianggap sebagai orang yang kurang elok perangai.

Pengajaran

Teguran ini mengajar kanak-kanak supaya berbudi pekerti dan bersopan santun. Sifat bertegur sapa amat digalakkan oleh agama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Page 21: Pantang - ASEAN

Berabai rambut semasa memasak menjauhkan rezeki

"Kaiau hendak memasak, sanggul atau ikat dahulu rambut itu elok-elok, inda kuasa berabai rambut semasa memasak, memberi inda mudah beroleh rezeki," nasihat nini kepada cucunya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua orang khususnya kepada anak-anak perernpuan. Orang tua-tua menegur kanak- kanak daripada berabai atau berurai rambut ketika memasak kerana dikhuatiri rambut jatuh ke dalam masakan. Kalau masakan atau makanan sudah bercampur dengan rambut, makanan boleh jadi kotor dan orangyang hendak makan akan menjadi jijik dan mungkin akhirnya makanan itu dibuang begitu sahaja sehinggalah berlaku pembaziran.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini orang tua-tua mengingatkan anak- anaknya supaya sentiasa berkeadaan bersih dan kemas ketika memasak. Agama kita juga menitikberatkan soal kebersihan dalam k-ehidupan kita.

Page 22: Pantang - ASEAN
Page 23: Pantang - ASEAN

Berbaring dengan bersarimpung batis membuang indung

"Jangan bersarimpung batis ketika berbaring, inda kuasa. Kata orang tua-tua membuang indung," kata nini kepada cucunya.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak-kanak. Teguran orang tua-tua ini bertujuan mendidik kanak-kanak supaya berbaring dengan cara yang betul kerana perbuatan

I sedemikian boleh membahayakan diri sendiri. Kepercayaan

i mengatakan perbuatan itu membolehkan membuang indung

i atau mendoakan ibu bapa cepat mati ialah satu cara orang 1 tua-tua menegur kanak-kanaksupaya patuh dan takut berbuat

sesuatu yang tidak elok. 1

, Penga jaran

i Di sebalik teguran ini orang tua-tua mengajar dan mendidlk

I kanak-kanak supaya berbaring dengan cara yang betul dan mengikut adab serta ajaran agama Islam.

Page 24: Pantang - ASEAN

Berbaring selepas makan kelak kurang akal

"Jangan berbaring selepas makan, memberi kurang akal," kata Tua Aji Gepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tujuan orangtua-tua melarang kanak-kanak berbaringselepas makan ialah dikhuatiri akan mendapat sakit perut atau malas u.ntuk membuat .sebarang kerja.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini dapat dibuat kesimpulan bahawa ibu bapa tidak suka anak-anaknya bersikap malasdan menyuruh mereka supaya membuat sesuatu yang berfaedah. Perbuatan berbaring selepas makan adalah kurang elok dan tidak baik daripada segi kesihatan.

Page 25: Pantang - ASEAN

Berbaring di hujung jungkar kelak disambar hantu

"Jangan berbaringdi hujung jungkar, inda kuasa nantidisambar hantu," tegur nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan terutama kanak-kanak. Orang tua-tua melarang kanak-kanak tidur atau berbaring di tempat yang berbahaya seperti di hujungpantaran kerana dikhuatiri akanmendapat kemalangan seperti terjatuh.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini ia dapat memberipengajaran kepada kanak-kanak itu supaya tidur pada tempat yang sesuai seperti di dalam bilik atau di dalam rumah bukannya di Iuar rumah.

Page 26: Pantang - ASEAN
Page 27: Pantang - ASEAN

Berbaring di muka pintu ditakuti kelak kelangkahan hantu

"Kalau hendak tidur masuk ke dalam bilik, inda kuasa tidur atau baring di muka pintu, kelak kelangkahan hantu," tegur Nini Aji kepada cucunya yang sedang berbaring di muka pintu.

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada semua golongan terutama kanak-kanak. Orang tua-tua sangat melarang kanak-kanak tidur atau berbaring di muka pintu kerana boleh menghalang orang lain yang hendak keluar masuk melalui pintu berkenaan. Dengan mengatakan kelak kanak-kanak itu akan kelangkahan atau kerasukan hantu, kanak-kanak itu tidak berani membantah.

Di sebalik teguran ini orang tua-tua mengingatkan kanak- kanak supaya tidur di tempat yang sesuai. Berbaringatau tidur di muka pintu itu suatu perbuatan yang tidak manis dan kurang elok apata h lagi boleh menghalangorang keluar masu k.

Page 28: Pantang - ASEAN
Page 29: Pantang - ASEAN

Berbaring selepas makan menjauhkan rezeki

"Selepas makan, hendakiah cuci tangan dan mulut, jangan terus baring;inda kuasa membari inda beroleh mencari rezeki," kata Nini Aji kepada cucunya.

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tu juan orang tua-tua melarangkanak-kanakkrbaring selepas makan ialah dikhuatiri mereka itu akan rnendapat sakit perut dan malas untuk membuat sebarang kerja. Kalau sudah terlalu malas membuat sebarang kerja sudah kntu rezeki tidak akan diperoleh dengan mudah.

Teguran orang tua-tua sedemikian itu adalah supaya kanak- kanak segera mencuci tangan dan mulut selepas makan dan menggalakkan kanak-kanak membuat sesuatu yang berfaedah seperti menolong ibu bapa membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya. Dengan berbuat dkmikian kanak-kanak akan terhindar daripada sifat malas.

Page 30: Pantang - ASEAN

Bercacau-cacau makan pada waktu maghrib kelak dirasuk iblis

"Kalau hendak makan tunggulah selepas sembahyangmaghrib, inda kuasa bercacau-cacau makan pada waktu maghrib kelak dirasuk iblis," kata Tua Aji kepada anak-anaknya yang sibuk hendak makan itu.

Tujuan . .

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan terutama kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak berebut-rebut makan pada waktu maghrib itu adalah supaya mereka dapat menghormati waktu sembahyang. la juga melatih kanak-kanak supaya menyegera kan sembahyang fardu. Mengikut kepercayaan orang tua-tua, iblis su ka keluar mengacau dan melalaikan manusia ketika waktu senja atau petang khususnya waktu sembahyang.

Pengajaran , .

Di sebalikkepercayaan itu terdapat pengajaran iaitu agar kita sentiasa menghormati waktu sembahyang iaitu dengan menyegera kannya apabila tiba waktunya. Di samping itu ia juga bertu juan mendidik mereka supaya jangan terlalu lalai dengan perkara-perkara yang ku rang berfaeda h da n mendidik kanak-kanak supaya berakhlak mulia.

Page 31: Pantang - ASEAN

Bercerita-cerita di muka pintu kelak lambat dipinang orang

"Jangan suka bercerita-cerita di muka pintu, memberi lambat dipinang orang," pesan nini kepada anak-anak gadis itu.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak-kanak perempuan yang suka bercerita di muka pintu. Tujuan orang tua-tua melarangatau menegur anak-anaknya terutama anak gadis supaya tidak bercerita-cerita di muka pintu ialah perbuatan sedemiwan itu adalah kurang sopan. Di samping itu, ibu bapa tidak suka pintu dijadkkan tempat bercerita kerana ia boleh menghalang orang lain yang hendak keluar dan masuk.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini orang tua-tua mengingatkan anak-anak gadis mereka supaya bersopan santun dan mempunyai'disiplin yang baik. Bercerita-cerita di muka pintu suatu perbuatan yang kurang elok dao ditakuti melakukan percakapan yang tidak berfaedah seperti mengumpat dan mencerca orang.

Page 32: Pantang - ASEAN
Page 33: Pantang - ASEAN

Bercakap-cakap semasa makan akan termakan anak hantu

"lnda kuasa bercakap-cakap semasa makan, nan ti terma kan anak hantu," tegur Bungsu Aji kepada budak-budak itu.

Tujuan

I Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak- kanak dan remaja secara umum. Kanak-kanak dilarang bercakap ketika makan kerana dikhuatiri makanan yang dihidangkan i tu tidak dapat dihabiskan dan mem baair.

2 Kanak-kanak digalakkan menggunakan masa makan sebaik-baiknya kerana kaiau makan terialu lama, masa untuk membuat pekerjaan lain akan terjejas.

Penga jaran

Di sebaiik teguran ini, kanak-kanak diajar supaya bersopan santun ketika. makan. Pantang larang ini ialah watu cara orang tua-tua mendisiplinkan anak-anak mereka supaya menumpukan perhatian dalam apa jua pekerjaan.

Page 34: Pantang - ASEAN

Bercerita-cerita di muka pintu kelak jadi pamali

"Dang, kalau hendak bercerita-cerita pun masu kla h ke dalam rumah, inda kuasa bercerita-cerita di muka pintu, memberi pamali," tegur Bu Limah kepada anak gadisnya.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kaum perempuan khususnya anak gadis yang suka berbual-bual kosong di muka pintu. Tujuan orang tua-tua melarang anak- anak gadis duduk sambil bercerita-cerita atau berbual-bual di muka pintu adalah kerana perbuatan seumpama ini kurang sopan dan menunjukkan seolah-olah gadis itu pemalas dan tidak mahu berusaha.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini ia mengajar anak-anak ga'dis supaya tidak membuang masa dan mempunyai sifat malu.

Page 35: Pantang - ASEAN

Bercermin muka pada waktu malam kelak muka ditilik orang

"Kata orang tua-tua kalau seringbercermin muka pada malam hari mudah ditilik orang," kata Tua Limah kepada anak- anaknya.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada anak-anak gadis remaja yang suka bercermin muka pada waktu malam. Melaranganak-anakgadis bercermin mukapada waktu malam ialah dikhuatiri muka yang pada awalnya cantikdan molek itu akan kelihatan menjadi hodoh kerana ditumbuhi jerawat dan sebagainya. Sesetengah orang tua-tua ada yang percaya dengan kuasa tilik.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini orang tua-tua mengingatkan kepada anak-anakgadis supaya jangan terlalu asyik merenung muka di cermin sehingga lupa hendak membuat pekerjaan lain seperti mengaji dan sebagainya. Waktu malam ialah masa untuk berehat dan mengaji. WaJau bagaimanapun pantang larang ini merupakan khu-rafat.

Page 36: Pantang - ASEAN
Page 37: Pantang - ASEAN

Bercermin muka pada waktu malam kelak hilang seri muka

"Dayang, jangan terlalu lama bercermin muka pada waktu malam, kata orang tua-tua memberi hilang seri muka," tegur nini kepada cucu perempuannya.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada semua golongan terutama anakgadis. Tujuanorangtua-tua melarang anak-anaknya bercermin muka pada waktu malam ialah dikhuatiri muka yang sememangnya halus dan cantik akan kelihatan pula menjadi buruk atau hodoh kerana dipenuhi dengan jerawat dan sebagainya. Orang tua-tua menakut-kan anak-anaknya terutama anak-anak perempuan denganhanya mengatakan kelak hilang seri muka.

Penga jaran

Pada masa dahulu setiap rumah hanya diterangi lampu pelita atau lilin, kalau hendak bercermin pada waktu malam memang kurang jelas apatah lagi kalau bercermin itu terlalu lama dan asyik pula. jadinya orang tua-tua menegur mereka dengan mengatakan bercermin muka pada waktu malam kelak hilang seri muka. Kalau terlalu lama atau asyik merenung muka di hadapan cermin memang banyak kerja rumah akan tertinggal dan terbengkalai. Apatah lagi pada waktu malam ialah masa untuk berehat dan masa untuk mengaji dan membaca buku. Walau bagaimanapun pantang larang ini merupakan khurafat semata-mata.

Page 38: Pantang - ASEAN

Bergambar bertiga kelak pendek umur

"Kalau hendak bergambar biarlah cukupkan bilangannya. lnda kuasa bergambar bertiga kelak pendek umur," kata orang tua itu kepada mereka.

Tujuan

Pantang larang ini dikenakan kepada semua orang terutama kanak-kanak dan remaja. Orang tua-tua tidak suka kepada sesuatu yang ganjil seperti angka tiga. Bergambar bertiga mengikut kepercayaan orang tua-tua membolehkan seseorang itu akan pendek umur. Tujuan sebenar hanya untuk menakut- nakutkan anak-ana knya daripada berbuat demikian.

Pengajaran

Kepercayaan bergambar bertiga dipercayai pendek umur, tidak ada kaitan langsung dengan umur seseorang itu dan ia hanya merupakan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Page 39: Pantang - ASEAN

Berinai kuku pada siang hari kelak dipatuk ayam

"Kalau hendak berinai, biarlah waktu malam. lnda kuasa berinai k u k u pada siang hari memberi dipatuk ayam," kata Tangah Bini.

Tujuan

Tegahan ini selalunya ditujukan kepada golongan remaja. Tegahan ini bertujuan supaya anak-anak i tu dapat menggunakan waktu siang dengan kerja-kerja yang berkebajikan dan berfaedah seperti mengemas rumah dan sebagainya. Sememangnya amat susah untuk membuat sesuatu kerja ketika tangan dipenuhi dengan inai. Oleh kerana itu untuk menegur mereka ini supaya tidak berinai pada siang hari, orang tua-tua mengatakan kelak dipatuk ayam.

Pengajaran

Di sebalik tegahan ini orang tua-tua mendidik mereka terutama golongan remaja supaya menggunakan masa siang itu dengan perkara-perkara yang berkebajikan.

Page 40: Pantang - ASEAN

Berjalan di bawah rumah kelak matalih

"Kalau hendakberjalan ke belakang rumah, lalu di tepi, jangan lalu di bawah rumah inda kuasa nanti matalih," pesan Tua Bini kepada anaknya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Ibu bapa tidak mahu anak-anaknya mendapathhaya seperti terhempap kayu dansebagainya. Mereka melaranganak-anaknya supaya jangan lalu di bawah rumah tanpa memkr i sebab mengapa mereka dilarang berbuatdemikian. Ibu bapa hgnya mengatakan akan matalih jika lalu atau melintas di bawah rumah.

Pengaja ran

Pada masa dahulu rumah diperbuat daripada kayu dan berlantaikan buluh atau nibung. jika lalu di bawah rumah berbagai-bagai ksmungkinan boleh berlaku seperti terjatuh barang yang bole h menga kibatkan seseorang itu tercedera. Di samping itu orang tua-tua mengingatkan kanak-kanak supaya berhati-hati ketika berjalan terutama apabila lalu di bawah rumah seba-b kadang-kadang di bawah rumah terdapat binatang yang merbahaya seperti lipan dan kalajengking.

Walau bagaimanapun pantang larang seperti ini mungkin tidak berkesan lagi pada masa kini kerana kebanyakan rumah diperbuat daripada batu sama ada lantai mahupun dinding.

Page 41: Pantang - ASEAN

Berkelahi semasa makan menjadikan hidup sering susah atau jerih

Ani dan Ah sering berkelahi semasa makan. lbunya marah dan berkata, "Jangan berkelahi semasa makan inda kuasa kelak hidup kamu akan sering jerih atau susah," nasihat ibu mereka.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak yang suka berkelahi sesama sendiri terutama ketika makan.

1 Melarangkanak-kanaksupayajanganselalubergaduh semasa makan.

2 Membiasakan kanak-kanak supaya tidak berkelahi antara adi k-beradik.

Kononnya jika sering berkelahi semasa makan kelak hidup kanak-kanak itu akan sering mendapat susah. Di sebalik teguran ini ada diselitkan pengajaran iaitu mengajar kanak- kanak itu supaya bersopan santun semasa makan kerana berkelahi sesama sendiri itu merupakan perbuatan yang tidak elok dan boleh mendatangkan ba haya. Kana k-kanak perlu diasuh berbuat baik sesama insan apatah lagi adik-beradik. Di samping itu mereka juga perlu dididik supaya berakhlak mulia dan berhemah tinggi.

Page 42: Pantang - ASEAN
Page 43: Pantang - ASEAN

Berkayuh di dalam rumah kelak menjadi papa

"lnda kuasa berkayuh dalam. ruma h member kepada budak-budak itu.

# i papa," kata nini

Tujuan

1 Kanak-kanak memang suka bermain olok-olok seperti bermain 1 ajung. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak daripada

I bermain di daiam rumah seperti krkayuh dan sebagainya itu adaiah supaya tidak menggunakan sesuatu yang dianggap berguna seperti bantal dan tilam untuk dijadikan alat bermain

i kayuh-kayuhan. Apabila benda-benda seperti ini rosak atau

I koyak, susa-h pula untuk mencari gantinya tambahan pula

i pada masa da h u h benda-benda berkenaan mernang susah

i didapati. Untukrnenegur anak-anakdaripada bermain kayuh-

I kayuhan di dalam rurnah, ibu bapa mengatakan kelak jadi papa atau hanya mengatakan inda kuasa.

Kepercayaan mengatakan berkayuh-kayuhan dalam ruma h kelak Vjadi papa merupakan khurafat. Akan tetapi ia dapat dijadikan pengajaran kepada kanak-kanak supaya berakhlak mulia dan tahu menjaga dan menghargai benda atau alat di dalam rumah.

Page 44: Pantang - ASEAN

Berlingas waktu petang kelak ditangkap hantu

"Awang, jangan berlingas waktu petang nanti ditangkap hantu," bisik nini kepada cucunya.

Tujuan

Pantang larang in i dituju kan kepada kanak-kana-k. Orang tua-tua mclarangkanak-kanak berlingas atau bergurau pada waktu petang ter.utama waktu maghrib. Dengan mengatakan kelak ditangkap hantu adalah suatu cara orang tua-tua menakutkan kanak-kanak daripada berkelakuan demikian.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini, orang tua-tua menyelitkan sedikit pengajaran iaitu kanak-kanak jangan terbiasa dengan perkara- perkara yang tidak berfadah. Berlingas atau bergu rau senda yang berlebihan itu suatu perkara yang tidak elok dan boleh melalaikan daripada melaku kan perkara-perkara yang berkebajikan. Walau bagaimanapunkepercayaan mengatakan kelak ditangkap hantu itu merupakan khurafat.

Page 45: Pantang - ASEAN

Bemzain simban di dalam rumah kelak sial dan jauh rezeki

"lnda kuasa bermain simban dalam rumah,'kata orang tua- tua boleh membawa sial dan jauh rezeki," kata nini kepada cucunya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak umumnya. Orang tua-tua melarang kanak-kana k jangan terlalu leka dengan bermain simban sehingga lupa dengan kerja-kerja rumah seperti menolong ibu bapa untuk membersihkan rumah.

Pantang larang ini pada dasarnya merupakan khurafat tetapi di sebaliknya mengingatkan kanak-kanak supaya menghargai dan menggunakan masa dengan membuat perkara yang lebih berfaeda h. Perbua tan bermain simban juga kurang elok dilakukan di dalam rumah terutama ketika tetamu datang berkunjung kerana ia boleh mengganggu perbualan orang tua-tua.

Page 46: Pantang - ASEAN

Bemain simban pada waktu malam kelak diikut oleh hantu salibaya

1

1 "lnda kuasa bermain simban pada waktu malam kelak diikut 1 oleh hantu salibaya," ucap babu kepada budak-budak itu.

! ! Tujuan 8 rii ZE 1:

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak yang suka bermain simban pada waktu malam:Orang tua-tua melarang kanak-kanak daripada terlalu asyik berrnain simban terutama pada waktu malam kerana pada waktu beginilah masa untuk berehat, mengaji atau membacabuku dan sebagainya. Ini juga boleh mengganggu orang lain yang berehat. Orang tua-tua melarang kanak-kanak daripada berbuat dernikian dengan mengatakan kela k diikut oleh hantu salibaya.

Penga jara n

Di sebalik teguran ini ia mengingatkan kanak-kanak supaya jangan terlalu leka dan lalai dengan bermain sahaja. Perbuatan bermain simban tidaklah dilarang tetapi ibu bapa mahu anak- anaknya mernanfaatkan waktu ma4am itu dengan perkara yang lebih berfaedah seperti mengaji atau membaca buku'.

p v dourlp g w 31

1

Page 47: Pantang - ASEAN

Bemain tapuk-tapukan pada waktu malam kelak disembunyikan hantu kalindahau

"hda kuasa bermain tapuk-tapukan pada waktu malam. kata orang tua-tua nanti ditapuk hantu kalindahau." kata ~ u a Aji kepada budak-budak itu.

.I'

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarangkanak-kanak daripada bermain tapuk- tapukan atau bermain sembunyi pada waktu malam kerana dikhuatiri mereka kelak tidak dapat mencari jalan keluar daripada tempat persembunyian mereka. Ini boleh merisaukan ibu bapa.

~ e r ~ a i n tapuk-tapukan merupakan salah satu permainan kanak-kanak yang memerlukan ramai pemain. Selalunya kanak-kanak itu bersembunyi pada tempat yang tersorokdan gelap sehingga orang lain tidak dapat mencarinya. Kadang- kadang apabila mereka terlalu asyik bermain, keadaan akan menjadi bisingdan boleh mengganggu orang lain yangsedang berebat. Dengan mengatakan kelak disembunyikan hantu kalindahau kanak-kanak tidak berani bermain tapuk-tapukan pada waktu malam.

Di sebalik teguran ini ibu bapa mengajar anak-anaknya supaya tahu menyesuaikan rnasa untuk bermain dan masa untuk berehat. Waktu malam adalah masa yang sesuai u n t u k berehat. Kanak-kanak jugs ,dididik untuk menghargai waktu.

Page 48: Pantang - ASEAN
Page 49: Pantang - ASEAN

Bermain tapuk-tapukan di dalam hutan kelak ditangkap hantu kalindahau

"Jangan bermain tapuk-tapukan dalam hutan nanti ditangkap hantu kalindahau," pesan nini kepada budak-budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kana-k-kanak bermain sembunyi- sernbunyididalam hutan ialah dikhuatiri mereka akan tersesat di dalam hutan belukar atau sebagainya. Orang tua-tua tidak mengatakan maksud sebenar mengapa dilarang, akan tetapi mengatakan kelak ditangkap hantu kalindahau. Kanak-kanak pula tidak berani membantah dan mereka tidak pergi jauh dari ruma h.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini ada diselitkan pengajaran iaitu kanak- kanak jangan terlalu asyik atau leka dengan bermain sahaja hingga lupa akan perkara yang berkebajikan seperti menolong ibu bapa.

Page 50: Pantang - ASEAN

Berrnain tapuk-tapukan di dalam rumah kelak ditapuk hantu kalindahau

"Jangan bermain tapuk-tapukan di dalam rumah, inda kuasa, memberi ditapuk hantu kalindahau," tegur Tua Bini kepada budak-budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak bermain tapuk-tapukan dalam rumah ialah dikhuariri orang yang bersembunyi di iempat-tempat tersorok tidak dapat keluar atau lemas. Di samping itu bilik yang awalnya kemas menjadi berserak atau bersepah. Untuk melarang kanak-kanak daripada bermain tapuk-tapukan ibu bapa mengatakan kelak ditapuk oleh hantu kalindahau.

Di sebalik teguran ini ibu bapa mengajar kanak-kanaknya supaya jangan leka dengan bermain sahaja hingga lupa akan perkara yang berkebajikan seperti menolong ibu bapa.

Page 51: Pantang - ASEAN

Bermain tinting di dalam rumah ditakuti hantu ikut main sama

"Inda kuasa bermain tinting di dalam rumah, kata orang tua- tua, hantu akan ikut bermain," tegur Tua Aji kepada budak- budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak yang suka bermain tintingdidalam rumah. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak bermain tinting di dalam rumah adalah supaya mereka jangan berbuat bising dan laiai daripada membuat kerja rumah. Bermain tinting di dalam rumah juga boleh mendatangkan bahaya seperti kesusuran papan dan jatuh. Orang tua-tua juga khuatir papan lantai akan patah kerana pada masa dahulu lantai rumah selalunya tidak rata.

Di sebalik pantang larang ini orang tua-tua mengajar kanak- kanak supaya tahu menggunakan tempat yang sesuai u n t u k bermain. ~emernangnyahrangelok bermain tinting di dalam rumah kerana ia boleh mengganggu keten-teraman orang lain yang mungkin sedang berehat atau tidur.

Page 52: Pantang - ASEAN

Berpapat kuku pada waktu tengah ma lam melagau hantu

"lnda kuasa berpapat k u k u pada waktu tengah malam, melagau hantu," tegur nini kepada anak muda itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua orang umumnya kepada golongan remajadan kanak-kanak khususnya. Tujuan orang tua-tua melarang berpapat atau memotong k u k u pada waktu tengah malam ialah dikhuatiri akan terpotong isi kuku atau jari. Dilihat pada masa iaitu pada zaman dahulu belum ada pemotong kuku , mereka hanya menggunakan pisau. Di samping itu lampu yang digunakan pada masa dahulu itu hanya pelita atau lampu tanah dibanding dengan masa kini kuasa elektrik digunakan untuk menerangi rumah. Oleh kerana itu, timbullah pantang larang yang menegah berpapat kuku pada waktu tengah malam kerana pada waktu tengah malam juga adalah masa u n t u k berehat dan tidur.

Penga jaran

Walaupun teguran ini merupakan khurafat ia dapat dijadikan salah satu pengajaran kepada anak-anak supaya tahu menggunakan masa yang sesuai jika hendak memotong kuku. Kepercayaan 'melagau hantu' jika memotong kukupada waktu tengah malam itu merupakan suatu alasan sahaja.

Page 53: Pantang - ASEAN

Berpapat kuku pada waktu malam kelak sial dan lambat beroleh rezeki

"lnda kuasa berpapat kuku pada malam hari, memberi sia I

mencari rezeki," kata nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua orang umumnya terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja. Orang tua- tua melarangkanak-kanaC memotongkuku pada waktzl malam. Pada masa dahulu memototlg kuku adalah dengan menggunakan pisau. Di samping itu lampu yang digunakan pula ialah lampu pelita dan cahayanya tidak terang. Oleh kerana itu orang tua-tua khuatir kanak-kanak akan cedera apabila terpotong isi kuku lalu mereka mengatakan kelak sial dan lambat beroleh rezeki jikalau memotong kuku pada waktu malam.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini orang tua-tua rnengingatkan iaitu memotong kuku hendaklah pada waktu siang dan sesuai dengan harinya apatah lagi waktu siang terang dan dapat dilakukan dengan mudah. Anggapan siaidan lambat mndapat rezeki hanyalah sebagai alasan untuk mengelakkan kanak- Canak supaya tidak memotong . k w h pada waktu maiam.

Page 54: Pantang - ASEAN

Bersandar ke dinding ketika guruh dan kilat bersabung kelak melekat badan ke dinding

Ketika hujan lebat dan petir serta kilat bersabung, kami d u d ~ k dl ruang tenga h bilik. Salah seorang adik menepi kerana takut. Lalu ibu menariknya ke tempat kami dan katanya, "Inda boleh bersandarke dinding waktu begini, inda kuasa, kelak melekat."

Pantang iarang ini pada urnumnya ditujukan kepada semua golongan. Tujuan orang tua-tua menegur kanak-kanak jangan bersandar ke dinding atau bersembunyi ialah dikhuatiri badan seseorang itu melekat di tempat berkenaan kerana ia ada hubung kaitnya dengan kesan tekanan elektrik. Pancaran daripada kilat dan petir serta guruh boleh mengeluarkan kuasa elektrik yang boleh meresap k e tempat-tempat yang kena pancarannya terutama pokok, kayu, dinding dan sebagainya. Un tuk mengelakkan pancaran petir dan kilat orang tua-tua mengingatkan kanak-kanak supaya menjauhkan diri daripada tempat-tempat berkenaan.

Penga ja ran

Kilat,petir, danguruh mempunyai-kuasa elektrikdan pancaran akibat pertembungan ketiga-tiga kuasa ini jika mengenai pokok, ruma h dan sebagainya boleh menyebabkan kebakaran. Sebab itu orang tua-tua sentiasa mengingatkan anak-anaknya supaya jangan bersandar ke dinding malah dilarang berada berhampiran dengan tempat-tempat yang boleh mengakibatkan pancaran daripada kilat dan petir.

Page 55: Pantang - ASEAN

Berselimut seluruh badan kelak roh tidak mulih ke jasad

"Jangan berselimut seluruh badan inda kuasa, kata orang tua- tua kelak roh tidak mulih ke jasad," tegur nini kepada anak muda itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semuagolongan terutama sekali golongan kanak-kanak. Orang tua-tua melarang kanak-kanak berselimutseluruh badan kerana dikhuatiriboleh membawa berlaku kemungkinan seperti lemas. Dengan mengatakan kelak roh tidak dapat kembali semula ke jasad, kanak-kanak tidak berani membantah.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini dapat disimpulkan bahawa orang tua- tua mendidik kanak-kanak supaya tidur atau baring dengan cara beradab dan bersopan.

Page 56: Pantang - ASEAN

Bersiul pada waktu maghrib kelak mendapat sial selama 40 hari dijauhkan rezeki

"lnda kuasa bersiul waktu maghrib, memberi sial, kata orang tua-tua 40 hari dijauhkan rezeki," kata nini kepada anak muda itu.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada golongan remaja supaya tidak bersiul pada waktu maghrib. Waktu maghrib adalah waktu wajib bersembahyang. Jika sembahyang maghrib itu kita lalaikan maka rugilah kita apatah lagi waktu maghrib terlalu singkat waktunya. Tujuan orang tua-tua menega h anak-anak remaja bersiul pada waktu maghrib ialah supaya jangan ialai daripada mengerjakan suruhan Allah.

Penga jaran

Di sebalik tegahan ini, ia dapat memberi pengajaran kepada anak-anak remaja dan masyarakat umumnya supaya mengingati Allah dengan rnengerjakan suruhan-Nya tepat pada waktunya. la juga mendidik mereka supaya berbudi pekerti dan berakhlak mulia terutama menghormati waktu- waktu sembahyang.

Page 57: Pantang - ASEAN

Bersiul pada waktu malam boleh memanggil hank

"Inda kuasa bersiul pada waktu malam, boleh melagau hantu," tegur nini kepada anak muda itu.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Bersiul dipercayai perbuatan iblis atau orang yang tidal< senonoh. Orang tua-tua tidak suka mendengarnya kerana boleh mengganggu orang lain yang sedang berehat, tidur, dan melaksanakan ibadat.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini mengajaranak-anak remaja dan kanak- kanak amnya supaya menghormati orang lain yang sedang berehat atau membuat pekerjaan pada waktu-waktu demikian. Perbuatan sedemikian juga tidak elok lebih-lebih dalam bulan

Page 58: Pantang - ASEAN

Bersiul sambil berjalan kelak mendapat sial dan tidak beroleh rezeki selama 40 hari

"lnda kuasa bersiul sambil berjalan, memberi sial, kata orang tua-tua 40 hari dijauhkan rezeki," kata Tua Aji kepada budak perempuan itu.

Selalunya pantang larang ini ditujukan kepada kanak- kanak perempuan atau gadis. Perbuatan bersiul merupakan perbuatan yang kurang sopan dan dianggap tidak berahlak serta kurang manis dipandang. Dengan menekankan sial seiama 40 hari tidak mendapat rezeki, orang tua-tua nlenegur anak-anak perempuan mereka daripada berkelakuan yang tidak baik.

Teguran ini mengajar dan mendidik anak-anak gadis supaya mempu'nyai budi pekerti yang muiia dan berakhlak yang sempurna.

Page 59: Pantang - ASEAN

Bersiul semasa padi sedang menguning kelak roh padi akan hilang

"Jangan bersiul semasa padi sedang masak menguning inda kuasa, kata orang tua-tua kelak roh padi hilang," pesan Nini Aji kepada anak cucunya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada masyarakat umum khususnya kepada kanak-kanak dan remaja. Mengikut kepercayaan orang tua-tua, perbuatan bersiul seolah-olah memanggil atau memikat burung, unggas, dan sebagainya u n t u k memakan padi yang sudah masak menguning itu. Perbuatan seperti ini sangat tidak disukai oleh ibu bapa atau orang tua-tua, lalu mereka mengatakan kelak roh padi akan hilang.

Penga jaran

Walaupun pantang larang ini merupakan khurafat akan tetapi ia dapat dijadikan satu cara untuk menegur kanak-kanak daripada berkelakuan yang kurang baik kerana perbuatan bersiul itu seolah-olah memanggil burung dan musuh padi untuk mernakan padi yang sedang masak. Ibu bapa tidak mahu jerih payah mereka akan menjadi sia-sia kerana padi yang dituai hanya menghasikan hampas.

Page 60: Pantang - ASEAN

Bersuruh-suruhan kelak sering mendapat kesusahan yang bertimpa-timpa

x< ?4 ><. , - +:

$- : "jangan suka bersuruh-suruhan cu, kelak sering mendapat F< g: susah yang bertimpa-timpa," pesan nini kepada budak itu. pT --i

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak-kanak yang suka bersuruh-suruhan ketika disuru h u n t u k membuat sesuatu pekerjaan. Selalunya bersuruh-suruhan ini beriaku jika seorang ibu menyuruh salah seorang anaknya membuat sesuatu tetapi anak itu menyuruh pula adiknya atau orang lain. Kadang-kadang sikap seperti ini membawa kepada pergaduhan antara kedua-dua adik-beradik. Oleh itu timbul pantang larang orang tua-tua bahawa jika mengamalkan sikap bersuruh-suruhan, boleh mendatangkan kesusahan yang bertimpa-timpa. Sebetulnya orang tua-tua mahu kanak- kanak patuh membuat atau melakukan suruhan ibu bapa mereka dengan segera.

Penga jara n

Di sebalik teguran ini orang tua-tua mendidik kanak-kanak supaya segera melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh ibu bapa dan ia hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas. Perbuatan bersuruh-suruhan itu adalah suatu sikap yang tidak elok dan boleh mefalaikan pekerjaan.

Page 61: Pantang - ASEAN

Bertakul tuhut kelak menjadi malas

"Wang, jangan duduk bertakul tuhut saja, i.nda kuasa nanti jadi pemalas," pesan Tua Aji kegada anak bua.hnya.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukankepadakanak-kanak yang suka dudukdengan berpeluk lu tu t . Orang tua-tua sangat melarang kanak-kanak duduk tanpa membuat sebarang pekerjaan kerana ini menunjukkanperbuatan malasdan tidak mahu berusaha.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini orang tua-tua mengingatkan kanak- kanak supaya duduk dengan bersopan santun kerana duduk berpeluk l u t u t i tu adalah kurang manis dipandang apatah lagi jika di hadapan orang ramai atau dalam sesuatu majlis.

Page 62: Pantang - ASEAN
Page 63: Pantang - ASEAN

Bertiarap menyumpah indung ma ti

161nda kuasa bertiarap, memberi mati indung," pesan Nini Aji kepada cucunya.

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Jika kanak-kanak baring dengan bertiarap ia dikhuatiri akan mendarangkan bahaya seperti kesusuran lantai kerana pada masa dahulu, lantai sesetengah rumah diperbuat daripada papan yang kasar, nibung, buluh dan sebagainya. Walaupun pada masa kini sesetengah rumah diperbuat daripada batu dengan berlantaikan jubin, orang tua-tua masih mengingatkan anak-anaknya supaya jangan bertiarap.

Pengajaran

Teguran ini dapat dijadikan pengajaran supaya kanak-kanak tidak melakukan perbuatan yang tidak sesuai. Bertiarap suatu perbuatan yang kurang elok dan tidak manis dipandang.

Page 64: Pantang - ASEAN
Page 65: Pantang - ASEAN

Bertongkat ajai kelak sial dan celaka seumur hidup

"Wang, turunkan tanganmu tu ke bawah, inda kuasa bertongkat ajai, memberi sial dan mendapat celaka seumur hidup," nasihat Tua Laki kepada anaknya.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak-kanak yang su ka bertongkat dagu atau ajai. Biasanya perbuatan bertongkat ajai memberi gambaran yangseseorang itu seolah- olah menghadapi masalah berat dan sebagainya. Apabila .kanak-kanak berkelakuan seperti ini, ibu bapa mengesyaki anak-anaknya mempunyai masalah.

Penga jaran

Sebenarnya perbuatan bertongkat dagu atau ajai tidak menjadikan seseorang itu sial atau celaka seumur hidup, sebaliknya ibu bapa mengingatkan anak-anaknya supaya mempunyai sifat yang mulia dalam kehidupan sehari-hari. Bertongkat dagu juga merupakansuatuperbuatan yangkurang manis dipandang apatah lagi dilakukan di hadapan khalayak atau tetamu.

Page 66: Pantang - ASEAN
Page 67: Pantang - ASEAN

Bertudungkan lakar periuk kelak berbiring kepa la

"Jangan bertudungkan lakar periuk, memberi berbiring kepala," kata Tua Bini kepada anak buahnya yang sedang bermain itu.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak meletakkan lakar periuk di atas kepala bukadah disebabkan kelak rnendapat biring dan sebagainya. Tetapi lakar periuk ialah sejenis alat u n t u k mengalas periuk atau belanga. Memang tidak manis jika lakar periuk diletakkan di atas kepala.

Pengajaran

Di sebalik melarang kanak-kanak bermain lakar periuk orang tua-tua mengharap agar kanak-kanak berkelakuan baik dan berbudi pekerti yang mulia di samping tahu meletakkan sesuatu benda itu sesuai dengan kedudukannya. Perbuatan meletakkan lakar periuk di atas kepaia merupakan suatu perbuatan yang tidak elok.

Page 68: Pantang - ASEAN

Buang air kecil di atas api yang sedang bemyala kelak sering sakit ketika buang air kecil

"Jangan buang air kecil di atas api yang sedang bernyala, nanti sering sakit ketika buangair kecil," kata nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang nakal. Oleh sebab pada masa dahulu belum ada kemudahan-kemudahan bagi menghalau nyamuk dan agas, orang tua-tua selalunya akan menyalakan api di halaman rumah. Andai kata parunan api i t u dibuangi air apatah lagi air kencing, api akan padam dan nyamuk akan naik ke rumah. U n t u k melarang kanak-kanak itu daripada berbuat demikian orang tua-tua tidak mengatakan secara terus terang akan tetapi mireka mengatakan kelak sering sakit ketika buang air kecil jika berbuat demikian.

Penga jaran

Dari segi kepercayaan, penyakit timbul akibat buang air kecil di atas api yang sedang menyala itu merupakan khurafat akan tetapi sebaliknya mengajar kanak-kanak supaya melakukan sesuatu perkara biarlah di tempat yang sesuai. Perbuatan membuang air kencing di atas api adalah suatu perbuatan yang tidak sopan dan tidak elok malah boleh membahayakan kanak-kanak i tu sendiri.

Page 69: Pantang - ASEAN

Dilarang memulas telinga kanak-kanak dikhuatiri matinga 1

I , " "lnda kuasa memulas telinga kanak-kanak, nanti matinga tegur nini kepada Ali.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua orang. Tujuan orang tua-tua melarang memul'as telinga kanak-kanak ialah dikhuatiri telinga kanak-kanak yang masih lembut itu akan cedera yang boleh mengakibatkan kurang pendengaran atau tuli.

Penga jaran

Teguran ini merupakan suatu cara orang tua-tua menanamkan sifat perikemanusiaan dan kasih sayang kepada kanak-kanak kerana perbuatan memulas telinga adalah suatu penganiayaan dan penderaan.

Page 70: Pantang - ASEAN

Duduk di atas bantal kelak ketulahan

"Lai, jangan duduk di atas bantal, inda kuasa, memberi ketulahan," tegur Nini Timah kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kana-k. Bantal ialah suatu benda yang digunakan untuk meletakkan kepala ketika .baring atau tidur. .Kalaulah bantal itu kotor ia tidak dapat d-igunakan lagi sebagai alas icepala.

Penga ja ran

Di sebalik pantang larang ini ia mengajar dan mendidik kana-k-kanak supaya tahu menjaga kebersihan dan memanfaatkan bantal dengan sebaik-baiknya.

Page 71: Pantang - ASEAN

Duduk di atas bantal kelak sering kencing ma lam

"Lai, jangan dudu.k di atas bantal, inda kuasa, memberi bakamih malam," nasihat Tangah Aji kepada anaknya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-ka na k supaya jangan duduk dl atas bantal. Ban-tal ialah alas .kepala ketika baring atau tidur. Tujuan orang tua-tua mengatakan kelak sering kencing malam jikadudukdi atas bantal ialah dikhuatiri bantal itu akan menjadi kotor.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini ia mengajar kanak-kanak supaya tahu menjaga kebersihan dan memanfaatkan serta mengeta hui kegunaan bantal dengan sebaik-baiknya.

Page 72: Pantang - ASEAN

Duduk di dalam nyiru kelak celaka sekeluarga

"Jangan membiarkan kanak-kanak duduk dalam nyiru, kata orang tua-tua inda kuasa, nanti celaka sekeluarga," pesan nini kepada cucunya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan terutama ibu bapa supaya jangan membiarkan anak-anaknya duduk di dalam nyiru. Nyiru ialah suatu alat yang biasanya digunakan untuk menampi beras dan sebagainya. Jika nyiru dijadikan tempat duduk, nyiru itu akan rosakdan jikalau rosak mungkin tidak boleh digunakan iagi.

Pengajaran

Orang tua-tua mengingatkan kanak-kanak supaya menjaga sesuatu benda itu dengan sempurna dan digunakan mengikut kesesuaiannya. Duduk dalam nyiru merupakan perbuatan yang kurang sopan dan tidak kena pada tempatnya.

Page 73: Pantang - ASEAN

~ u d u k di lesung ditakuti berbisul. Duduk d i lesung kelak tertumbuk

hantu lesung

"Pesan orang tua-tua jangan duduk di lesung, nanti berbisul," kata Nini Aj i kepada cucunya.

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak dan semua golongan amnya. Selalunya lesung ialah tempat menumbuk padi dan beras untuk dijadikan tepung dan sebagainya. Orang tua-tua tidak suka melihat -kanak-kanak duduk di atas Iesung kerana dikhuatiri lesung itu akan kotor.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini ada diselitkan sedikit pengajaran iaitu supaya menjaga kebersihan lesungdi sampingmendidik kanak- kanak tahu memanfaatkan kegunaan lesung itu.

Page 74: Pantang - ASEAN
Page 75: Pantang - ASEAN

Jangan imbang-imbang di pintu kelak tidak sampai hajat

"Jangan imbang-imbang di pintu, inda kuasa, memberi hajat inda sampai," kata nini kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini biasanya ditujukan kepada -kana k-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Orang tua-tua melarang kanak-kanak berdiri atau imbang-imbang di muka pintu supaya pintu itu tidak disekat atau dihalang kerana pintu ialah laluan un1u.k keluar dan masuk.

Penga ja ra n

Pantang larang ini dapat dijadikan pengajaran kepada kanak- kanak terutama kanak-kanak perempuan supaya jangan suka berdiri atau imbang-imbang di muka pintu kerana perbuatan demikian adala h kurang sopan dan tidak manis. la juga boleh menghalang orang keluar dan masuk.

Page 76: Pantang - ASEAN
Page 77: Pantang - ASEAN
Page 78: Pantang - ASEAN

Keluar rumah semasa hujan barai-barai a

kelak mendapat sakit

"Emak kata jangan keluar rumah semasa hujan barai-barai nanti demam," teriak emak Amin dari beranda.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Selalunya hujan bermula renyai-renyai dan hujan begini dipercayai mengandungi asid atau racun yang boleh mengakibatkan sakit. U n t u k menegah kanak-kanakdaripada berhujan, orang tua-tua mengatakan kelak boleh mendagat sakit kalau terkena hujan.

Pengajaran

Hujan renyai-renyai atau barai-barai selalunya berlaku pada waktu petang. Orang tua-tua mempercayai, hujan renyai-renyai itu boleh mengakibatkan demam. Walaupun ia merupakan pantang larang, tetapi dapat dijadi kan pengajaran kepada kanak-kanak supaya menjaga kesihatan dan mengelakkan diri daripada sebarang pen yakit.

Page 79: Pantang - ASEAN

Keluar rumah pada waktu hari kuning ditakuti kelak sapar-saparan

"Kalau hendak keluar rumah jangan pada waktu hari kuning, inda kuasa nanti sapar-saparan," pesan nini kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan -kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua meiarang kanak-kanak keluar rumah pada waktu hari kuning ialah kerana waktu begini dipercayai hantu atau iblisberkeliaran keluar mengacau manusia. Kanak- kanak pula apabila terdedah dengan keadaan cuaca hari kuninglalu kanak-kanak itu mendapat sakit maka dipercayai mereka ini disampuk hantu.

Pengajaran

Mengikut orang tua-tua, hari kuning selalunya berlaku pada waktu senja. Walaupun tegahan ini merupakan kepercayaan semata-mata tetapi dapat dijadikan penga jaran bagi mengingatkan kanak-kanaksupaya dapat menyesuaikan waktu untukkeluar rumah, sama ada untuk bermain atau sebagainya.

Page 80: Pantang - ASEAN

Lalu di bawah pelacahan kelak matalih

"Jangan lalu di bawah pelacahan, nanti matalih," kata babu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kana k dan semua golongan. Pelacahan selalunya terdapat di rumah di kampung- kampung pada ketika dahulu. Segala kekotoran terus saja dibuang ke bawah melalui lantai kamar itu. Kalau berjaian di bawah pelacahan dikhuatiri barang kotor atau benda-benda tajam dan sebagainya akan jatuh ke atas diri seseorang yang boleh membahayakan dirinya.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini, mengingatkan kanak-kanak supaya berhati-hati ketika berjalan atau melintas di tempat-tempat seperti pelacahan kerana tempat tersebut memangnya kotor.

Page 81: Pantang - ASEAN

Makan bagas cacah ambuyat kela k kena ceca h-cecahi

"Jangan makan bagas cacah ambuyat nanti kena cecah- cecahi," kata nini kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Kalau makan ambuyat mestilah dengan cecahnya sekali. Tetapi jika cecah telah habis dahulu dimakan, dan ambuyatnya masih ada tentulah akan berlaku pembaziran. Cara orang tua-tua menegur kanak-kanak ketika makan ambuyat secara tidak langsung menyuruh kanak- kanak itu makan dengan teratur.

Pengajaran

Pantarig larang ini walaupun khurafat akan tetapi ia juga mengajar kanak-ka'nak supaya tidak membazir kerana membazir ialah perbuatan yang dilarang dalam Islam.

Page 82: Pantang - ASEAN

Makan budu kelak hujan turun ketika naik pelamin

Aminah beria-ia hendak makan b u d ~ lauk yang ibu hidangkan itu tetapi ibu melarangnya. "Kanak-kanak jika makan budu, nanti bila naik kahwin, t u r u n hujan," kata ibu Aminah.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak-kanak perempuan terutama anak gadis. Orang tua-tua melarang kanak-kanakmemakan budu atau pekasam bukan disebabkan takut hujan akan t u r u n ketika naik pelamin, sebaliknya orang tua-tua tidak mahu mereka memakan benda-benda yang masam atau tidak sesuai untuk kanak-kanak. Tambahan pula jika pekasam ini hanya dibuat sedikit dan susah pula untuk mendapatkannya, ibu bapa sengaja menegah anak mereka memakan budu atau pekasam itu kerana mereka takut tidak akan diampiti.

Budu ialah sejenis pekasam yang diperbuat daripada bahan mentah seperti bubuk atau ikan, kadang-kadang dicampur dengan buah kepa,yang atau sebagainya.

Di sebalik tegahan ini, orang tua-tua menyelitkan sedikit pengajaran kepada kanak-kanak supaya mereka tidak memakan benda-benda yang masam atau jenis jeruk kerana makanan jenis ini kurang sesuai dan mungkin boleh menyebabkan sakit perut. Walau bagaimanapun ia hanya merupakan khurafatdan tidak kena-mengena langsungdengan hujan turun ketika naik pelamin.

Page 83: Pantang - ASEAN

Makan dalam patang atau gelap ditakuti menyebabkan patang hati

"Kalau hendak makan, duduklah di tempat yang agak terang. Inda kuasa makan dalam patang, memberi patang hati," tegur Tua Aji kepada anaknya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan terutama kanak-kanak. Orang tua-tua melarang kanak-kanak makan dalam gelap adalah untu k mengeiakkan sebarangkemungkinan yang tidak baik seperti ketulangan atau termakan benda- benda kotor.

Penga jaran

Makan dalam gelap kononnya mnyebabkan kanak-kanak itu akan patang hati atau gelap hati. Orang yang mempunyai sifat gelap hati i tu berperangai suka marah yang tidak dapat dikawal. Walau bagaimanapun teguran ini dapat dijadikan panduan supaya apabila hendak makan biarlah di tempat yang terang dan selesa supaya terhindar daripada sesuatu yang buruk.

Page 84: Pantang - ASEAN

Makan di dalam takung kelak tidak tetap fikiran

"Jangan makan di dalam takung, nanti memberi inda tetap fikiran," pesan nini kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak makan di dalam takung atau bakul adalah untuk mendidik anak-anaknya supaya apa bila hendak makan hendaklah menggunakan tempat atau bekas yang sesuai seperti piringatau mangkuk. Orang tua-tua tidak menjelaskan apa akibat di sebalik pantang larang itu. Mereka hanya akan mengatakan inda kuasa atau akan mengatakan memberi tidak tetap fikiran. Bakul atau takung selalunya digunakan u n t u k menyaring ikan, sayur, dan sebagainya, bukan tempat makan.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini orang tua-tua mengajar dan mendidik kanak-kanak supaya tahu menggunakan tempat yang sesuai un tuk dijadikan .tempat makan seperti pinggan atau mangkuk. Makan di dalam takung atau bakul adalah suatu perbuatan yang tidak eiok.

Page 85: Pantang - ASEAN

Makan di dalam tudung mangkuk kelak mendapat bala atau kesusahan yang

bertimpa-timpa

"lnda kuasa makan di dalam tudung mangkuk, memberi selalu mendapat bala yang bertimpa-timpa," kata nini kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan terutama kanak-kanak. Tudung mangkuk bukanlah tempat yang sesuai untuk makan x p r t i pinggan atau piring kerana tudung mangkuk biasanya mempunyai pemegang di atasnya dan sifatnya juga melengkung.

Penga jaran

Perbuatan makan di dalam tudung mangkuk adalah kurang .elok dan mengaibkan. Lagipun perbuatan makan dalam tudungmangkuk itu menggambarkan sikap orang yangpemalas dan gelojoh sehingga tidak sempat mengambil piring atau tempat yang sesuai digunakan untuk makan.

Page 86: Pantang - ASEAN

Makan di kudut sumbing kelak pekerjaan kesumbingan

"Kata orang tua-tua dahulu, makan di kudut sumbing itu boleh mcnyebabkan segala pekerjaansering kesumbingan, ada-ada saja perkara yang hendak dibuat itu tidak dapat diselesaikan dengan segera," kata Nini Laki kepada kami.

Tujuan

Pantanglaranginiditujukan kepada masyarakat umum terutama k-epada kanak-kanak lelaki. Perbuatan makan dengan menggunakan kudut atau pinggan sumbing memanglah tidak elok dipandang kerana kudut yang sumbing boleh membahayakan penggunanya.

Kesumbingan ertinya sesuatu yang dilakukan atau dibuat tidak menjadi atau tidak sebaik yang diharapkan ataupun cacat, biasanya daripada segi pekerjaan, orang tua-tua tidak suka anak-anaknya membuat sesuatu pekerjaan itu sama ada tidak berhasil ataupun cacat.

Pengajaran

Pinggan atau piring yang sumbing atau retak tidak elok digunakan u n t u k makan kerana dikhuatiri seseorang akan termakan belahan atau pecahan piring itu. Orang tua-tua sangat melarang kanak-kana k menggunakan pinggan yang sumbing terutama k-epada kana(<-kanak lelaki kerana anak lelaki dianggap akan menjadiketua dalam sesebuah keluatga.

Page 87: Pantang - ASEAN

Makan dengan berlunjur rnenyebabkan untut

"Kalau hendak makan, duduklah dengan cara yang elok, jangan makan dengan berlunjur nanti untut," kata ibu Siti.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Orang tua-tua melarang kanak-kana.k berlunjur ketika makan-kerana perbuatan begitu kurang elok. Di samping itu perbuatan demikian boleh mengganggu orang lain.

Penga jaran

Pan tang la rang ini mendidik dan mengajar kanak-kanak supaya mempunyai disiplin dengan krtatatertib dan bersopan ketika makan. Berlunjur ketika makan merupakan perbuatan yang kurang elok dan tidak manis dipandang mata.

Page 88: Pantang - ASEAN
Page 89: Pantang - ASEAN

Makan di dalam tudung mangkuk menyebabkan sakit pemt

"Jangan makan di dalam tudung mangkuk, inda kuasa, memberi sakit perut," tegur nini kepada cucunya.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Orang tua-tua melarang kanak-kanak makan di dalam tudung mangkuk supaya mereka dapat menggunakan tempat yang sesuai untuk makan seperti mangkuk atau piring. Dengan menyatakan akibat melanggar pantang tersebut, kemungkinan kanak-kanak itu akan takut melakukannya.

Pengajaran

Di sebalik pantang larang ini terdapat pengajaran ibu bapa kepada anak-anaknya supaya menggunakan sesuatu benda itu dengan kesesuaiannya seperti apabila hendak makan gunakanlah piring atau mangkuk. Perbuatan makan dengan menggunakan tudung mangkuk itu adalah tidak sopan dan tidak manis dipandang mata. Malah ia menggambarkan seolah-olah orang yang malas dan tidak rnahu berusaha.

Page 90: Pantang - ASEAN
Page 91: Pantang - ASEAN

Makan di tengah-tengah pintu ditakuti akan dilangkahi anak hantu

"Jangan makandi tengah-tengah pintu, inda kuasa, kata orang tua-tua nanti dilangkahi anak hantu," tegur Tangah Aji kepada anaknya yang sedang makan di tengah-tengah pintu.

. . . . Tujuan . ..

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Apabila hendak makan mestilah di tempat yangsesuai seperti didapur atau bilik makan. jika makandi tengah-tengah pintu, boleh menghalang orang yang hendak lalu atau keluar masuk.

Walaupun pantang larang ini merupakan khurafat akan tetapi ia mengandungi pengajaran supaya kanak-kanak bersopan santun dan makan di tempat yang sesuai.

Page 92: Pantang - ASEAN
Page 93: Pantang - ASEAN

Makan galagah dari batang ke hujungnya kelak lemas di dalam air

"Kalau hendak makan galagah, biar dari hujung barulah ke pangkalnya. lnda kuasa makan galagah dari pangkal, kelak lemas," kata Tua Bini kepada budak-budak i tu .

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tidak ada tujuan tertentu mengapa orang tua-tua melarang kanak- kanak makan galagah atau tebu dari pangkal. Orang tua-tua menyuru h kanak-kanak makan galagah dari hujung supaya galagah i t u dimakan hingga habis dan mengelakkan pembaziran.

Penga ja ra n

Teguran ini mengingatkan kanak-kanak supaya jangan su ka membazir.

Page 94: Pantang - ASEAN

Tujuan

Makan kepala ikan kelak malas belajar

"Kanak-kanak dilarang makan kepala ikan nanti inda pandai belajaratau menjadi malas," kata emak kepada anaknya yang hendak makan kepala ikan.

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak-kanak. Ramai orang suka makan kepala ikan terutama orang tua-tua. Untuk mengelakkan kepala ikan daripada dimakan oleh kanak- kanak itu, orang tua-tua menakutkan kanak-kanak dengan mengatakan jika makan kepala ikan kelak malas belajar.

Pengajaran

Kepercayaan mengatakan kanak-kanak itu akan menjadi pemalas jika memakan kepala ikan adalah tidak berasas kerana kepala ikan merupakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi banyak protein.

Page 95: Pantang - ASEAN

Makan kerak nasi kelak berkerak hutang

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kan8a k. Ibu bapa tidak suka anak-anaknya memakan makanan yang kurang elok seperti kerak nasi yang selalunya keras, hitam, dan tidak sedap dimakan.

Penga jaran

Memakan kerak nasi tidaklah menjadikan seseorang itu banyak hutang. Akan tetapi ibu bapa tidak mahu anak- anaknya memakan makanan yang kurangelok. Jika keraknasi tidak dimakan ia boleh dijadikan makanan untuk ayam dan itik.

"Kata orang tua-tua, kanak-kanak tidak boleh makan kerak nasi ditakuti kelak berkerak hutang," kata nini kepada budak itu.

Page 96: Pantang - ASEAN

Makan otak nanggalah kelak malas dun lambat pandai belajar

.-. - .

"Pada masa nini masih kanak-kanak, nini dilarang makan otak nanggalah, kerana ia boleh menjadikan seseorang itu pemalas dan inda pandai belajar," kata nini.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak- kanak. Udang nanggalah atau udang galah memang mempunyai telur yang sedap di bahagian otaknya. Jika otak udang nanggalah itu dimakan semua oleh kanak-kanak, orang tua-tua yang berhasrat hendak makan otak udang nanggalah itu tentu tidak dapat bahagian. Oleh itu un tuk menghalang anak-anak daripada memakan otak nanggalah, mereka mengatakan bahawa orang yang makan ota-k nanggalah kelak akan menjadi orang malasdan tidakpandai bela jar.

Penga jaran

Kepercayaan yang membolehkan seseorang itu malas dan tidak pandai belajar jika seseorang itu memakan otak nanggalah sememangnya tidak masuk aka1 sedangkan udang nanggalah mempunyai khasiat yang tinggi dan sangat diperlukan bagi pertumbuhan kanak-kanak. Akan tetapi ibu bapa ingin menanamkan sifat berampit-ampitan di kaJangan m-ereka supaya setiap orang dalam keluarga itu dapat rnerasa atau m,enikmatinya. Dengan demikian dapat mengikat pertalian silaturahim yang harmoni -dalam .keluarga itu.

81

Page 97: Pantang - ASEAN

Makan nasi d i dalam periuk menyebabkan bertampang rnua

m i -

"Cu, inda kuasa makan nasi di dalam periuk, memberi bertampang mua," tegur nini kepada salah seorang cucunya yang sedang mencedok nasi dalam periuk.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Makan nasi dalam periuk merupakan perbuatan yang kurang elokdan tidak manis dipandang mata. Orang tua-tua menyuruh kanak-kanak makan dengan cara yang betul iaitu apabila hendak makan mestilah menggunakan pinggan atau tempat yang sesuai.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini, orang tua-tua secara langsung mengajar kanak-kanak supaya berakhlak mulia dan bersopan santun ketika makan.

Page 98: Pantang - ASEAN
Page 99: Pantang - ASEAN

Makan sambil berdiri akan menyebabkan tidak mudah kenyang

"Kalau hendak makan, duduk elok-elok, jangan makan sambil berdiri. ltulah sebabnya tidak mudah kenyang," nasihat emak kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua orang terutama kanak-kanak. Teguran ini bertujuan mengajar dan mendidik kanak-kanak supaya bersopan santun ketika makan, sama ada ketika makan bersendirian atau dalam satu-satu majlis.

Penga jaran

Perbuatan makan sambil berdiri itu dipercayai menjadi punca tidak mudah kenyangatau-sentiasa lapar. Teguran ini mendidik kanak-kana k supaya bertatatertib dan bersopan santun ketika makan. Makan sambil berdiri adalah salah satu perbuatan yang kurang sopan dan tidak digalakkan dalam agama Islam.

Page 100: Pantang - ASEAN
Page 101: Pantang - ASEAN

Makan sambil berbaring akan mendapat pasangan hidup yang malas

"Jangan makan sambil berbaring, inda kuasa. Kata orang tua- tua akan mendapat pasangan hidup yang malas," kata emak Aminah.

Tujuan

Pantang larang in i selalunya ditujukan kepada kanak- kanak. Berbagai-bagai bahaya akan terjadi jika berbaring keti ka ma kan seperti boleh men yebabkan sesa k nafas kerana makanan yang dimakan tersekat di kerongkong.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini orang tua-tua mengingatkan kanak- kanak supaya jangan menjadi seorang pemalas kerana perbuatan makan sambil berbaring itu menunjukkan sikap seorang pemalas. Di samping itu mengajar kanak-kanak supaya bersopan santun dan bertatatertib ketika makan.

Page 102: Pantang - ASEAN

Makan tumbung piasau lamas boleh menyebabkan lemas

"Kanak-kanak dilarang makan tumbung piasau lamas kelak lemas," kata ayah.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tumbung piasau ialah kecambah di dalam buah kelapa tua. Tumbung piasau lamas pula ialah kecambah yang baru hendak membesar, isinya lebih manis daripada kecambah besar. Orang tua-tua melarang anak-anaknya memakan kecambah kecil ini hanya sekadar menghalang anak-anaknya daripada memakannya.

Penga jaran

Memakan kecambah bukanlah penyebab menjadikan seseorang itu lemas. Di sebalik teguran ini, orang tua-tua mungkin berpendapat daripada timbul pergaduhan sesama sendiri kerana hanya sebiji kecambah atau tumbung lebih baik tidak dima kan langsung oleh sesiapa pun.

Page 103: Pantang - ASEAN

Mandi dalam keadaan berbogel ma laika t ta kut menghampiri

"Jangan mandi berbogel, inda kuasa nanti malaikat takut menghampiri," kata emak.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak dan semua golongan umumnya. Orang tua-tua menegah kanak-kanak mandi berbogel kerana mereka mahu kanak-kanak membiasakan diri dengan menutup aurat ketika mandi. Pada keti ka dahulu sesetengah ruma h tida k mempunyai bilik mandi yang khas dibandingkan sekarang. Bilik mandinya ditempatkan di sebelah hujung dapur atau di halaman rumah. Kadang- kadang bilik mandi itu hanya berdindingkan potongan papan atau zink. Dengan mengatakan malaikat akan takut menghampiri diri kanak-kanak itu adalah suatu cara orang tua-tua menghalang kanak-kanak mandi berbogel.

Penga jaran

Mandi dalam keadaan berbogel merupakan suatu perbuatan yang tidak elok dan tidak digalakkan oleh agamaIslam. Orang tua-tua secara langsung mengajar kanak-kanak supaya bersikap sopan dan bertatatertib ketika mandi.

Page 104: Pantang - ASEAN

Mandi di dapur kelak lantai patah

"Kalau hendak mandi t u r u n ke bawah, jangan mandi di dapur nanti lantai patah," tegur nini.

Tujuan

Pantang larang ini selaiunya ditujukan kepada kanak-kanak. Orang tua-tua melarang kanak-kanak mandi di dapur kerana pada masa dahulu terutama di kampung pedalaman, rumah mereka mcnggunakan lantai yang diperbuat daripada bilah buiuh atau nibung. OIeh kerana lantai buluh biasanya mudah reput maka timbullah larangan demikian.

Penga jaran

Apa yang kita tahu lantai dapur orang-orang yang tinggal di kampung-kampung pedalaman pada masa dahulu menggunakan lantai buluh. U n t u k membiasakan kanak- kanak itu supaya tidak mandi di dapur, ibu bapa mereka mcngatakan kelak lantai patah jika mandi di dapur.

Page 105: Pantang - ASEAN

Melangkah atau meniti kayu besar kelak hilang darh

':Dang, hati-hati melangka h kayu besar, kata orang tua-tua dahulu memberi hilang dara," bisik nini kepada budak perempuan itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak perempuan atau gadis. Orang tua-tua melarang anak-anak gadis meniti kayu besar dikhuatiri anak gadis itu terjatuh atau tergelincir yang boleh rnengakibatkan bahaya kepada diri mereka.

Penga jaran

Mernang tidak manis seorang anak gadis meniti atau melangkah kayu besar kerana perbuatan begini mengikut kelakuan orang lelaki, di samping boleh mendapat kemungkinan bahaya.

Page 106: Pantang - ASEAN

Melangka hi kayu langir kelak memberi kabulilahan

"Jangan melangkahi kayu langir, inda kua-sa nanti kabulilahan," kata nini budak itu.

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Orangtua- tua melarang kanak-kanak melangkahi kayu langir kerana kononnya kayu langir &anggap suci dan sering digunakan ketika persucian atau ubat bagi orang-orang dahulu. U n t u k menegur kanak-kanak itu daripada melangkahi kayu langir, orang tua-tua akan mengatakan inda kuasa ditambah pula dengan mengatakan kelakkanak-kanakitu menjadi kabulilahan atau mendapat tulah.

Pengajaran

Kepercayaan kelak mendapat tulah itu merupakan khurafat. Akan tetapi di sebaliknya orang tua-tua mengajar supaya kanak-kanak berhati-hati ketika berjalan atau ketika melangkah. Melangkah kayu langir atau benda-benda yang baik serta berguna adalah perbuatan yang kurang sopan.

Page 107: Pantang - ASEAN

Melangkahi kulit telur kelak mendapat bisul

"Jangan sekali-kali melangkahi kulit telur nanti berbisul," kata nini kepada budak-budak itu.

Tujuan

Pantang Iarang ini ditujukan kepada semua golongan terutama kalangan kanak-kanak. Kulit telur terutama telur ayam atau itikadalah kerasdan tajam. Sekiranya kulit telur itu terpija k , mungkin bolch mencederakan ka k i . Untuk mengelakkan kanak-kanak terpijak kulit telur, ibu bapa mengatakan kelak mendapat bisul. Tujuan yang lain supaya kanak-kanak itu segera membuangkan kulit telur ke tempat tertentu seperti tong sampah.

Penga jaran

Teguran ini mengingatkan kanak-kanak supaya apabila makan telur kulitnya hendaklah dibuang kedalam tongsampah. Perbuatan melangkahi kulit telur itu juga suatu perbuatan camah mata.

Page 108: Pantang - ASEAN
Page 109: Pantang - ASEAN

Melangkahi celapa kelak ketulahan

"Aminah, hati-hati ketika berjalan, jangan sampai terlangkah celapa. lnda kuasa melangkahi celapa, memberi ketulahan," kata nin

Tujuan

i kepada Aminah.

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak dan semua golongan amnya. Celapa atau tepak sirih digunakan oleh orang tua-tua u n t u k menyimpan sirih, pinang, gambir, dan kapur. Biasanya ia dihidangkan dalam sesuatu majlis beradat di sampingdigunakan u n t u k makanan sehacian. Dalam sesuatu majlis, celapa mempwnyai peranan yang tersendiri iaitu digunakan sebagai pembuka mulut. Orang tua-tua sangat rnenekankan supaya celapa dijaga dengan baik, jangan sampai dilangkah apatah lagi dipijak dan sebagainya.

Penga jaran

Daripada teguran ini orang tua-tua mendidik kanak-kanak supaya bersopan santun dan berakhlak mulia. Perbuatan melangkahi celapa suatu perbuatan yang tidak elok.

Page 110: Pantang - ASEAN

Melangkahi sasaban kelak mati kena cencang

"Jangan melangkahi sasaban, inda kuasa nanti mati kena cencang," kata nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantanglaranginiditujukan kepadasemua golongan khususnya kanak-kanak. Terdapat beberapa tujuan mengapa orang tua- tua mela rang kanak-kana k melangkahi sasaban. Antaranya:

I Supaya kanak-kanak berhati-hati ketika melangkah atau berjaian.

2 Supaya jangan membiarkan sasaban diietakkan di a t a s lantai, sebaik-baiknya disimpan di tempat yang sesuai selepas menggunakannya.

3 Supaya kanak-kanak tahu menjaga kebers ihan sesuatu benda terutama alat yangdigunakan alas untuk memotong berbagai-bagai jenis ma kanan.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini, ia dapa t dijadikan panduan kepada kanak-kanak dan masyarakat umumnya supaya menjaga sesuatu benda itu dengan baik. Di samping itu ia mendidik kanak-kanak supaya berakhlak dan bersopan santun yang mulia.

Page 111: Pantang - ASEAN

Melihat atau menghendap orang sedang buang air besar, kelak pacah mata

"Siapa suka melihat orang sedang buang air besar, kelak pacah mata," sindir Ahmad kepada budak-budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak yang suka menghendap orang buang air besar. Tujuan orang tua-tua mengatakan kelak pacah atau buta mata adalah cara menegur kanak-kanak supaya jangan suka menghendap orang.

Pengajaran

Di sebalit teguran ini, dapat mengajar kanak-kanak supaya mengelakkan diri daripada menghendap orang yang sedang buang air besar kerana perbuatan demikian adalah kurang sopa n.

Page 112: Pantang - ASEAN

Memanjat pokok kapayas kelak pecah perut

"Jangan memanjat pokok kapayas, nanti pecah perut," kata nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanakmemanjatpokok kapayas atau betik kerana dikhuatiri pokok itu akan tumbang. Apabila pokok itu sudah rosak boleh jadi ia tidak berupaya lagi menghasilkan buah.

Pengajaran

Walaupun teguran ini merupakan khurafat, ia mengingatkan kanak-kanak supaya menjaga tanaman seperti pokokkapayas daripada rosak atau patah kerana jenis pokok ini kecil dan lembut.

Page 113: Pantang - ASEAN

Memacakkan buluh temiang ke tanah kelak mati terpacak

"Jangan memacak-macakkan buluh temiang ke tanah, inda kuasa memberi mati terpacak," kata Tua Aji kepada budak- budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak dan semua golongan amnya. Tujuan menegah memaca-kkan buluh ke tanah ialah dikhuatiri kanak-kanak atau orang lain akan terpacak buluh berkenaan apatah lagi buluh itu mempunyai runcing.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini dapat mendidi k kanak-kanak supaya berhati-hati ketika membuat sesuatu pekerjaan seperti bermain dengan benda-benda tajam dan sebagainya. Memacakkan buluh ke tanah tanpa tujuan tertentu merupakan suatu perbuatan sia-sia dan mendatangkan bahaya.

Page 114: Pantang - ASEAN
Page 115: Pantang - ASEAN

Memasang payung di dalam rumah kelak mendapat bala.

Memasang payung di dalam rumah kelak rumah hangus

"lnda kuasa memasang payung di dalam rumah, memberi didatangi bala," kata nini.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya djtujukan kepada kanak- kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak bermain payungdi dalam rumah ialah dikhuatiri mereka akan mendapat bahaya seperti tercucuk mata atau sebagainya. Di samping itu, payung juga boleh jadi rosak atau koyak.

Pengajaran

Di sebalik teguran ini, orang tua-tua mengingatkan kanak- kanak supaya menggunakan sesuatu benda itu dengan baik dan kena pada tempatnya, di samping menghindarkan diri daripada bahaya. Teguran ini juga mendidik kanak-kanak supaya berkelakuan baik dan sopan.

Page 116: Pantang - ASEAN

Mernbasuh tangan di dalam kudut kelak berkerak hutang

- - -

"lnda kuasa membasuh tangan dalam kudut, memberi berkerak hutang," kata nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Pinggan atau piring tidak sesuai dijadikan tempat basuh tangan kerana la digunakan sebagai tempat menyimpan makanan. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak a tau seseorang membasuh tangan di dalam kudut ialah dikhuatiri air basuhan tangan itu akan terpercik ke dalarn hidangan yang lain. Lazimnya bokor atau mangkuk basu han tangan selalunya disediakan ketika makan.

Penga jaran

Kepercayaan mengatakan lambat lunas hutang jika mencuci tangan dalam pinggan atau kudut merupakan khurafat. Larangan ini adalah satu cara orang tua-tua rnenegur kanak- kanak supaya bersopan santun ketika makan dan selepas makan.

Page 117: Pantang - ASEAN

Membawa kanak-kanak beribun pada waktu malam kelak disambar bangkawat

"Jangan terlampau lama membawa beribun anak damit pada malam hari, memberi disarnbar bangkawat," kata nini.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan Gepada kanak-kana k dan semua golongan amnya. Tujuan orang tua-tua menegur kanak-kanak daripada sering membawa beribun an& damit pada waktu malam ialah dikhuatiri anak damit itu tidak dapat tidur dan boieh jadi akan sering menangis malam. Pada waktu malam juga adalah masa untuk berehat dan masa anak damit itu tidur.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini, orang tua-tua mengingatkan kanak- kanak supaya jangan terlalu asyik beribun atau bergurau senda apatah lagi beribun dengan anak damit pada waktu malam kerana waktu begini adalah masa untuk berehat dan tidur.

Page 118: Pantang - ASEAN

Memijak nasi kelak tidak berezeki

"Kata orang tua-tua, nasi itu kepala rezeki, jika dipijak atau dijurit, nanti inda berezeki," kata nini kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak memijak dan menjurit nasi adalah supaya kanak-kanak makan dengan tertib dan cermat. Nasi merupakan makanan asas harian yang harus diberi keutamaan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Perbuatan memijak dan menjurit nasi merupakan suatu perbuatan yang tidak baik.

Penga jaran

Perbuatan memijak nasi di atas lantai merupakan suatu perbuatan yang kurangsopan. Secara tidak langsung, teguran ini mengajar kanak-kanak supaya bersopan santun dan bertatatertib serta ta hu bagaimana memanfaatkan rezeki.

Page 119: Pantang - ASEAN

Memotong atau memenggal kayu sambil berdiri kelak mati kena pancung

"Kaiau hendak memotong kayu, duduklah dengan cara yang betul. jangan memotong kayu sambil berdiri, inda kuasa. Kata orang tua-tua memberi mati kena pancung," pesan nini kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada semua golongan terutama di kalangan kana k-kanak dan remaja. Teguran ini bertujuan untuk mengingatkan kanak-kanak supaya berhati-hati ketika membuat sesuatu pekerjaan terutama keti ka memegang benda-benda tajam seperti pa rang. Memotong kayu sambil berdiri boleh membahayakan diri sendiri seperti terpotong anggota badan.

Pengajaran

Memotong kayu sambil berdiri satu perbuatan yang tidak elok dan boleh membahayakan diri sendiri seperti terpotong kaki atau sebagainya. Dari itu orang tua-tua mengingatkan kana k-kanak supaya berhati-hati ketika membuat sesuatu pekerjaan terutama ketika hendak memotong kayu dan sebaga inya.

Page 120: Pantang - ASEAN

Memukul kanak-kanak dengan gagawi kelak mendapat sial.

Memukul kanak-kanak dengan gagawi kelak cepat mati

"Kalau marahkan anak-anak, jangan sekali-kali memukulnya dengan gagawi, memberi sial," pesan nini kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan terutama ibu bapa. Orang tua-tua melarang anak-anaknya memukul kanak-kanak dengan sebarang benda keras seperti gagawi kerana dikhuatiri kanak-kanak i t u akan mendapat cedera sama ada fizikal mahupun mental;

Penga ja ran

Di sebalik tegahan ini, orang tua-tua mendidik anak-anaknya terutama ibu bapa muda supaya mempunyai rasa kasih sayang terhadap anak-anak mereka. Memukul kanak-kanak suatu perbuatan yang ditegah oleh agama kerana ia rnerupakan penderaan dan penganiayaan.

Page 121: Pantang - ASEAN

Menaruh takung di atas kepala kelak berbiring

"Jangan menaruh takung di atas kepala, memberi berbiring," tegur nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Pada ketika dahulu takung atau bakul diperbuat daripada daun atau tulang daun. Baku1 sedemikian tidak sesuai untuk dijadikan alat permainan. la hanya sesuai u n t u k menyimpan ikan atau benda-benda lain. Jika takung atau bakul yang digunakan itu dijadikan u n t u k alat permainan dan diletakkan pula di atas kepala, sudah tentu kepala akan menjadi kotor.

Penga ja.ran

Teguran ini mengajar kanak-kanak supaya ta h u menjaga sesuatu benda itu dengan sempurna dan bukan dijadikan alat permainan.

Page 122: Pantang - ASEAN
Page 123: Pantang - ASEAN

Menaruh tangan di belakang kelak cepat bongkok

"Kata orang tua-tua, orang yang suka menaruh tangan di belakang, akan cepat bongkok," kata nini kepada budak itu.

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak yang .sering meletakkan tangan di belakang. Perbuatan seperti i tu menggambarkan sifat orang yang bongkak atau som.bong.

Penga jaran

Sifat orang yang suka meletakkan tangan di bela-kang merupakan satu sifat yang kurang .elok, lebih-lebih lagi ia menunjukkan sifat orang yang sombong dan bongkak. Oleh kerana itu orang- tua-tua tidak mahu melihat kanak-kanak berkelakuan demikian.

Page 124: Pantang - ASEAN
Page 125: Pantang - ASEAN

Mencuri telur atau buah-buahan kelakbeqiaguk . .

"Sesiapa yangmencuri telur atau buah-buahan, nanti lehernya berjaguk," kata Tua Aji kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini selalunya ditujukan kepada kanak-kanak dan semua golongan amnya. Orang tua-tua menegah kanak- kanak daripada perbuatan mencuri bukan sahaja telur atau buah-buahan malahan juga benda-benda lain. Perbuatan mencuri ini berdosa.

Penga jaran

Mencuri telur dan buah-buahan kononnya kelak berjaguk merupakan satu cara orang tua-tua menegur kana k-kana k supaya menjau hkan diri daripada perbuatan mencuri kerana hukum mencuri berdosa di sisi agama Islam.

Page 126: Pantang - ASEAN
Page 127: Pantang - ASEAN

Mendengar atau melangoi orang tua-tua sedang bercerita boleh menyebabkan

ketulahan

"Aminah, pergi masuk ke dalam, inda kuasa melangoi orang tua-tua sedang bercerita, memberi ketulahan," kata Tua Limah kepada Aminah.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak yang suka mengganggu orang tua-tua sedang bercerita. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak mendengar atau mencampuri ha1 orang tua-tua adalah supaya membiasakan kanak-kanak jangan terlalu mengambil tahu ha1 orang tua-tua.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini, orang tua-tua mengajar kanak-kanak i tu supaya menanamkan sifat bersopan santun dan menghormati orang tua-tua dan tetamu.

Page 128: Pantang - ASEAN
Page 129: Pantang - ASEAN

Mencuci muka selepas makan kelak mendapat anak tiri

"Jangan mencuci muka selepas makan, nanti kamu mendapat anak tiri," kata nini kepada Salbiah.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan-kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak mencuci muka selepas makan, bukan disebabkan takut kelak mendapat anak tiri, tetapi sebenarnya orang tua-tua khuatir anak itu mendapat bahaya seperti mata berasa pedih kerana tangan yang masih kotor terkena mata. Boleh jadi muka yang cantik akan menjadi hodoh kerana air yang kotor daripada tangan itu melekat pada muka dan sebagainya.

Pengajaran

inilah salah satu cara orang tua-tua menegur kanak-kanak daripada mencuci muka selepas makan. Di sebalik teguran ini terdapat sedikit pengajaran yang berguna iaitu mengajar kanak-kanak supaya mernbersihkan tangan sebelum dan sesudah makan.

Page 130: Pantang - ASEAN

Menegur benda-benda ganjil di dalam hutan ditakuti kelak masap

"Kalau berjalan dalam hutan, jangan sekali-kali menegur benda-benda ganjil, inda kuasa, memberi masap," pesan nini kepada cucunya yang hendak pergi ke hutan.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan terutama di kalangan kanak-kanakdan remaja. Orangtua-tua melarang kanak-kanak menegur benda-benda ganjil ketika berjalan di dalam hutan dan mereka diingatkan supaya berhati-hati ketika berjalan kerana hutan adalah tempat yang asing, dan tempat binatang buas tinggal.

Penga jaran

Walaupun larangan menegur benda-benda ganjil di dalam hutan merupakan khurafat di sebaliknya ia mengingatkan mereka yang berpergian i tu supaya berhati-hati atau berwaspada ketika berada di dalam hutan. Di samping itu kita tidak disuruh bercakap takbur ketika berada di tempat yang asing.

Page 131: Pantang - ASEAN

Mengacau makanan orang tua-tua boleh menyeba bkan ketulahan

"Jangan mengacau makanan di dalam dulang atu, makanan atu bahagian bapamu, memberi ketulahan," kata emak budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak dan juga golongan remaja. Pada kebiasaan sesetengah orang pada ketika dahulu makanan orang-orang tuanya terutama bapa sebagai ketua rumah disediakan di tempat khas seperti di dalam talam bertutup dengan tudung dulang. Anak-anaknya pula akan makan bersama ibunya di tempat lain. Orang tua- tua mela-rang kanak-kanak mengacau makanan orang tua-tua terutama makanan bapa mereka supaya kanak-kanak itu mempunyai rasa hormat kepada bapa mereka kerana bapa ialah ketua keluarga.

Penga jaran

Perbuatan mengacau makanan atau hidangan orang tua-tua terutama bapa kanak-kanak itu dianggap tulah atau ketulahan merupakan salah satu cara orang tua-tua mendidik kanak- kanaksupaya bersopan santun dan berakhlak mulia. Mengacau makanan orang tua-tua merupakan perbuatan yang kurang elok dan tidak manis dipandang. Di samping itu orang tua-tua ingin mengajar kanak-kanak bagaimana menghormati ibu bapa.

Page 132: Pantang - ASEAN
Page 133: Pantang - ASEAN

Mengacau tempat tidur indung laki boleh menyeba bkan matalih

"Jangan mengacau tempat ketiduran bapamu nak, inda kuasa memberi matalih," tegur ibu kepada Ali.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan-kepada kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua menegur kanak-kanak daripada mengacau atau menguli atau menggauli tempat ketiduran ibu bapanya adalah supaya kanak-kanak itu dapat menghormati dan menjaga kebersihan bilik tidur ibu bapa kerana di sinilah tempat mereka berehat daripada penat lelah.

Penga ja ra n

Matalih disebabkan ketulahan oleh ibu bapa sudah cukup menakutkan diri kanak-kanak itu. Di samping itu, teguran ini dapat mengajar kanak-kanak itu supaya berkelakuan baikdan berakhlak mulia dan menghormati ibu bapa, serta menjaga hak kepunyaan ibu bapa dengan sebaik-bai knya.

Page 134: Pantang - ASEAN

Mengacu-acukan parang boleh menyebabkan parang ketawa

"Jangan sekali-kali mengacu-acukan parang ke muka orang lain, inda kuasa, kelak parang itu ketawa. ~ i i i sendiri juga yang dapat bahayanya," tegur nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantang Iarang ini ditujukan kepada semua golongan khususnya kanak-kanak. Parang atau senjata tajam boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain jika diacu-acukan dengan sengaja. Maksudparang ketawa itu ialah jika parang itu digunakan tanpa tujuan berkemungkinan akan mencederakan tuannya ataupun orang lain, kerana dipercayai iblis syaitan suka menghasut manusja. Tidak mustahil perkara yang tidakdiingini boleh berlaku. Dari itu perbuatan seumpama ini tidak disukai oleh orang tua-tua malah sesiapa pun.

Penga jaran

Di sebalik kepercayaan mengatakan parang itu akan ketawa jika diacu-acukan, mengingatkan kita supaya jangan sekali- kali bermain dengan senjata tajam tanpa sebarang tujuan. Guna kanlah senjata tajam itu pada tempat yang berfaedah dan ketika diperlukan sahaja.

Page 135: Pantang - ASEAN

Mengangkat atau mencuit dagu anak damit boleh menyebabkannya jadi pembingung

"Dang, jangan diangkat ajai si awang damit atu, nanti jadi pembingung, bapa mamanya jua yang susah nanti," tegur nini.

Pantang larang ini ditujukan Cepada semua golongan khususnya kanak-kanak. Orang tua-tua melarang kanak-kanak mengangkat atau mencuit dagu anak damit bukan kerana takut anak damit itu jadi pembingung. Sebenarnya orang tua- tua tidak suka anak damit yang belum pandai bergerak bebas itu diganggu oleh orang lain.

Pengajaran

Perbuatan mengangkat dagu anak damit merupakan suatu perbuatan yang kurang baik kerana ia boleh mengganggu ketenteraman anak damit yang kadang-kadang sedang tidur atau asyik menyusu dan sebagainya.

Page 136: Pantang - ASEAN

Mengangkat pinggan ke dagu ketika makan kelak rawan hati rezeki

"Tidak elok makan dengan mengangkat pinggan ke dagu, kata orang tua-tua dahulu memberi rawan hati rezeki," tegur Nini Aji kepada cucunya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kana k dan juga remaja. Orang tua-tua tidak ingin melihat kanak-kanak makan dengan tidak tertib seperti rnengangkat pinggan hingga ke paras dagu kerana dikhuatiri pinggan itu akan terjatuh dan makanan bersepah di lantai serta pinggan pecah. Orang tua- tua mendidik kanak-kanak supaya makan dengan cara yang betul dan tidak gelojoh.

Penga jaran

Sebetulnya orang tua-tua ingin mengajar kanak-kanak dan remaja supaya bersopan santun ketika makan. Makan dengan mengangka t pinggan ke paras dagu merupa kan perbuahn yang tidak elok.

Page 137: Pantang - ASEAN

Mengaut nasi dalam keadaan kudut berlapis- lapis kelak mendapat susah berturut-turut

"Kalau mengaut nasi angkatlah kudut atu satu-satu. lnda kuasa mengaut nasi dengan keadaan kudut berlapis-lapis, mendapat susah yang berturut-turut," kata Nini Bongsu kepada Aminah yang sedang menyenduk nasi ke pinggan.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua orang dan di kalangan remaja amnya. Tujuan orang tua-tua melarang anak cucunya mengaut atau menyenduk nasi dalam keadaan pinggan berlapis-lapis adaiah supaya mereka berhati-hati ketika menyenduk nasi iaitu dengan mengangkat pinggan satu-satu kerana dikhuatiri pinggan yang digunakan itu masih kotor atau berhabuk dan sebagainya.

Penga ja ra n

Kepercayaan kelak mendapat bala atau kesusahan yang bertimpa-timpa adalah satu cara orang tua-tua pada zaman dahulu menegur anak-anaknya. Di sebalik kepercayaan ini orang tua-tua mengingatkan anak-anaknya supaya berhati- hati dan cermat ketika rnelaku-kan sesuatu pekerjaan terutama ketika mengaut nasi.

Page 138: Pantang - ASEAN

Menggendang lantai boleh menyebabkan sial dan tidak beroleh rezeki

"Jangan menggendang lantai nak, inda kuasa. Kata orang tua- tua kalau mencari rezeki inda mudah beroleh," kata Tua Aji kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak dan masyarakat umumnya. Perbuatan menggendang lantai boleh mengganggu ketenteraman orang lain yang mungkin sedang berehat atau membuat sesuatu pekerjaan. Orang tua-tua melarang kanak-kanak dengan mengatakan sial dan tidak mudah beroleh rezeki.

Penga jaran

Pantang larang ini merupakan salah satu cara orang tua-tua mengajar kanak-kanak supaya tidak melakukan perbuatan yangsia-sia seperti menggendang lantai tanpa sesuatu tujuan.

Page 139: Pantang - ASEAN

Mengikis periuk kelak rezeki habis berkikis

"Kalau mengaut nasi jangan sampai mengikis periuk. lnda kuasa, memberi rezeki habis berkikis," tegur Tua Aji kepada anak daranya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan terutama kalangan remaja dan kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-kanak mengikis periuk bukanlah menjadi sebab kelak rezeki habis berkikis. la bertujuan untuk mengingatkan kanak-kanak supaya berhati-hati ketika mengaut nasi jangan sampai terdengar oleh orang lain yang mereka kehabisan nasi di daiam periuk.

Penga jaran

Mengikis nasi dalam periuk adalah suatu perbuatan yang kurang e b k dan tidak manis dipandang malah la boleh mengaibkan seseorang atau keluarga.

Page 140: Pantang - ASEAN
Page 141: Pantang - ASEAN

Menjahit atau mengo yak baju di badan kelak sial seumur hidup

"Kata orang tua-tua kalau menjahit atau mengsyak baju di badan, inda kuasa takut sial seumur hidup," kata Hajah Siti kepada anaknya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan sama ada kanak-kanak, remaja ma-hupun orang dewasa. Menja hit baju ketika baju itu mash di badan ada kemudaratannya seperti badan boieh tercucuk jarum. Begitu juga sebaliknya mengoyakkan baju ketika pakaian masih di badan. jika mengoyak baju , dikhuatir i baju yang dikoyak i t u berkemungkinan melarat menjadi koyak yang besar. Untuk melarang kanak-kanak daripada berbuat begitu, ibu bapa mengatakan akan sial seumur hidup.

Pengajaran

Kepercayaan mengatakan sial seumur hidup jika menjahit atau mengoyak baju di badan walaupun merupakan khurafat akan tetapi di sebaliknya ia juga mengajarsupaya berhati-hati ketika hendak menjahit atau mengoyakbaju. Malah lebih elok dan mudah sekiranya baju yang koyak itu ditanggalkan daripada badan sebelum menjahitnya.

Page 142: Pantang - ASEAN

Menjemur kain pada waktu malam kelak mendapat bencana

"Kalau hendak menjemur kain, biarlah esok pagi. lnda kuasa menjemur kain waktu malam kelak mendapat bencana," pesan nini kepada kami.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan terutama kalangan remaja atau anak gadis. Selalunya sampiran atau sidaian dibuat di tanah atau di luar rumah. Menjemur pakaian pada waktu maiam memangnya tidak sesuai. Pastinya tidak mudah kering rnalahan basah oleh embun malam. Jikalau pakaian itu baharu dan cantik serta berjemur pula di luar rumah tidak mustahil ia bokh diarnbil atau dicuri orang. Di samping itu ia juga boleh jatuh kerana ditiup angin.

Penga jaran

Sesetenga h masyara kat ada yang masih percaya dengan ilmu batin seperti pugai dan pantak. Orang tua-tua sangat takut dengan ilmu-ilmu seperti ini. Oleh-kerana itu, mereka melarang anak-anaknya menjemur pakaian -pada waktu malam. Di sebalik teguran ini, orang tua-tua mengingatkan anak-anaknya supaya menyesuaikan waktu untuk menjemur pakaian. Sebaik- baiknya menjemur pakaian biarlah pada sebelah siang.

Page 143: Pantang - ASEAN

Menjangkau kepa la orang tua-tua kelak ketulahan

"lnda kuasa menjangkau kepala orang tua-tua, memberi ketulahan," kata nini kepada budak itu.

Tujuan

Orang tua-tua tidak suka kanak-kanak menjangkau atau mengusik kepala orang yang lebih tua daripadanya terutama kepala ibu bapa. Mengikutkepercayaan orang tua-tua, semua 'semangat' terkumpul di kepala. Oleh yang demikian kepala haruslah dijaga jangan sampai tarafnya menjadi rendah dan hina.

Penga jaran

Perbuatan menjangkau atau mengusik kepala orang tua-tua dianggap suatu perbuatan yang tidak elok dan juga tulah. Di sebalik teguran ini terdapat pengajaran yang berguna kepada kanak-kanak iaitu supaya mereka mempunyai rasa hormat terhadap ibu bapa dan orang yang lebih tua daripada mereka.

Page 144: Pantang - ASEAN
Page 145: Pantang - ASEAN

Menjulurkan lidah kelak putus lidah

"Jangan menjulurkan lidah memberi putus lidah," kata nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak yang suka menjulurkan atau menjelirkan lidah terutama ketika berhadapan dengan orang lain. Mengikut orang tua-tua perbuatan menjulurkan lidah itu adalah tidak elok malah dianggap keji dan tidak menghormati orang lain.

Di sebalik teguran ini, ia dapat dijadikan pengajaran kepada kanak-kanak supaya merkka berbudi pekerti yang mulia dan bersopan santun terutama ketika berhadapan dengan orang lain apatah lagi dengan orang yang lebih tua daripada mereka.

Page 146: Pantang - ASEAN
Page 147: Pantang - ASEAN

Menjunyak nasi kelak ketulahan

"Jangan dijunyak nasi nak, inda kuasa memberi ketulahan," kata nini kepada cucunya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Nasi ialah makanan asas kita dan orang tua-tua tidak suka melihat kanak-kanak membazir makanan terutama nasi. Mereka juga tidaksuka melihat kanak-kanakmembuangatau menjurit nasi di merata tempat. Untu k menegur kanak-kanak supaya tidak membazir nasi, orang tua-tua mengatakan jika nasi bersepah di lantai dan dipijak, nasi itu akan menangis dan mendoakan orang itu supaya mendapat tulah.

Penga jaran

lnilah salah satu cara orang tua-tua menegur kanak-kanak daripada berkelakuan tidak senonoh. Di samping itu ia juga mendidik kanak-kanak supaya makan dengan cermat, berhati- hati, dan bertatatertib.

Page 148: Pantang - ASEAN

Menuntum botol kelak bisu atau babau

"Kalau hendak minum, gunakan cawan atau gelas, jangan minum dengan menuntum botol, kata orang tua-tua memberi babau," tegur emak kepada adik.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Perbuatan menun tum botolsememangnyabu kanla h penyebab seseorang itu menjadi babau atau bisu malah ia dikhuatiri air yang di dalam botol itu akan kotor keseluruhannya dan tidak boleh lagi diminum oleh orang lain. Ibu bapa tidak suka anak- anaknya bersikap sedemikian. Menggunakan cawan atau gelas adalah cara yangsebaik-baiknya apabila hendak minum.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini terdapat pengajaran iaitu mendidik kanak-kanak supaya bersopan santun ketika minum. Minum dengan menuntum botol adalah suatu perbuatan yang tidak elok.

Page 149: Pantang - ASEAN

Menyanyi di dapur kelak mendapat suami tua

"Dang, inda kuasa menyanyi di dapur kelak bersuamikan orang tua," tegur Tua Bini kepada anaknya yang sedang memasak di dapur.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada anak-anak gadis. Orang tua-tua melarang anak-anakgadis menyanyi di dapur dengan tujuan supaya tidak leka menyanyi sedangkan masakan masih di dapur dan boleh mengakibatkan masakan akan hangus. la juga boleh melalaikan sebarang kerja-kerja rumah.

Pengajaran

Pada masa dahulu anakgadis tidak boleh keluar rumah apatah lagi u.rituk bercakp-cakap di luar rumah. Daripada teguran orang tua-twa ini anak-anak gadis tidak berani membantah kerana takut kelak mendapat suami orang tua. Selain itu perbuatan menyanyi di dapur adala h suatu perbuatan yang tidak elok dan tidak manis bagi seorang gadis.

Page 150: Pantang - ASEAN

Menyorok di bawah sampiran kelak hilang tuah

"lnda kuasa menyorok di bawah sampiran, nanti hilang tuah. Kalau hendak bermain pun pergi ke tempat yang lapang," tegur nini kepada budak-budak itu.

Tujuan

Biasanya pantang larang ini ditujukan kepada kanak- kanak. Terdapat beberapa sebab mengapa orang tua-tua melarang kanak-kanak menyorok di bawah sampiran. Antaranya:

I Dikhuatiri kanak-Ganak itu akan terjerut leher oleh tali atau dawai sampiran.

2 Pakaian yang bersidai atau berjemur akan kotor.

3 Sidaian yang awalnya elok dan kemas menjadi tidak elok atau kemungkinan talinya akan melentur dan sebagainya.

Pengajaran

Di sebalik larangan itu, orang tua-tua cuba mendidik kanak- kanak supaya mereka berhati-hati ketika berjalan atau menyorok di bawah sesuatu yang merentang seperti tali dan dawai.

Page 151: Pantang - ASEAN

Menyorok di bawah tangga kelak mati kena gantung

"Jangan menyorok di bawah tangga nak, nanti mati kena gantung," tegur Tua Aji kepada anak buahnya yang sedang bermain di bawah tangga itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak. Pada masa dahulu tangga rumah diperbuat daripada kayu dan kadang- kadang boleh diangkat pindah, sesetenga h tangga ruma h diikat dengan tali pada anaktangga dansebagainya. Ibu bapa tidak menyuruh anak-anaknya bermain di bawah tangga kerana dikhuatiri mendapat bahaya seperti terhantuk pada anak tangga atau tangga itu sendiri menimpa diri mereka.

Penga jaran

Bermain di bawah tangga atau menyorok di bawah tangga dipercayal kononnya kelak akan mati kena gantung, mempunyai muslihat iaitu supaya kanak-kanak akan beringat- ingat dan berjaga-jaga ketika menyorok di bawa h tangga yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu sendiri.

Page 152: Pantang - ASEAN
Page 153: Pantang - ASEAN

Menyorok di bawah sampiran kelak menjadi gila atau hilang akal

"jangan menyorok bawa h sampiran kelak gila," tegur nini kepada Bakir.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan teru tama kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua melarang kanak-.kana k menyorok di bawah sampiran ialah dikhuatiri leher kanak- kanak atau seseorang itu akan terjerat dan ini boleh membahayakan diri mereka. Di samping itu pakaian yang berjemur di sidaian atau sampiran itu akan menjadi kotor atau koyak kerana dilanggaroleh mereka. Bagi orang yang menuntut ilmu batin atau kerohanian juga dilarang mcnyorok di bawah sampiran dipercayai kelak mereka akan menjadi gila atau hilang akal.

Penga jaran

Di sebalik teguran ini orang tua-tua mengingatkan kanak- kanak supaya berhati-hati ketika berjalan dan jangan sekali- kali menyorok di bawah sampiran atau apa saja tali yang merentang kerana dikhuatiri bokh membahayakan diri mereka sendiri. Di samping itu mengajar kanak-kanak supaya berbudi pekerti dan bersopan santun. Menyorok di bawah sampiran merupakan perbuatan yang kurang elok dan tidak manis.

Page 154: Pantang - ASEAN

Minum sambil berbaring kelak mendapat pasangan hidup yang malas bekerja

"Ali, jangan minum sambil berbaring, inda kuasa. Kata orang tua-tua memberi mendapat pasangan hidup yang pemalas," tegur Tua Aji kepada anaknya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada semua golongan, terutarna golongan kanak-kanak. Tujuan orang tua-tua menegah kanak- kanak minum sambil berbaring, supaya membiasakan mereka duduk dengan tertib dan'sopan ketika minum. K.epercayaan mengatakan kelak mendapat pasangan hidup yang -malas bekerja itu adalah sebagai alasan untuk menakut-nakutkan kanak-kanak.

Pengajaran

Kepercayaan mengatakan kelak mendapat pasangan hidup yang malas bekerja adalah satu cara melarang kanak-kanak. Semua orang tidak suka mendapat pasangan hidup yang malas bekerja kerana ini akan membebankan keluacga dan menimbulkan masalah, apatah lagi untuk mendapatkan rezeki yang lebih. Di sebalik teguran ini, ibu bapa mengajar anak- anaknya supaya bersopan santun dan bertata-tertib ketika minum atau makan. Minum sambil berbaring itu merupakan perbuatan yang kurang baik dan tidak manis dipandang.

Page 155: Pantang - ASEAN

Naik batang pisang kelak pecah penit,

''lnda kuasa naik pokok pisang, memberi pecah perut," tegur Tua Aji kepada budak itu.

Tujuan

Selalunya tegahan ini ditujukankepada kanak-kanak. Tegahan mengatakan naik batang pisang membolehkan pecah perut bertujuan supaya batang pisang i tu tidak dirosa kkan -kerana batangnya yang lembut dan Jembap boleh tumbang atau patah jika dinaiki. Apabila pokok pisang itu rosak atau tumbang sudah tentu ia akan mati dan tidak boleh menghasilakan buah. Oleh sebab orang tua-tua tidak suka menegur kanak-kanak secara berterus terang maka timbullah pantang larang mengatakan kelak pecah perut jika naik pokok pisang.

Penga jaran

Di sebalik larangan tersebut bukan saja kanak-kanak itu mendapat bahaya malahan pokok pisang yang sepatutnya akan mengeluarkan hasil buah akan rosak dan tumbang. Di samping itu orang tua-tua mengajar kanak-kanak itu supaya menanamkan sifatsayangdan suka kepada tumbuh-tumbuhan atau tanaman.

Page 156: Pantang - ASEAN

Tidur d i bawah jendela ditakuti keteguran hantu

"Wang, jangan tidurdi bawah jendela, nanti keteguran hantu," pesan Tua Aji kepada anaknya.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak dan remaja serta semua golongan. Orang tua-tua melarang kanak-kanak tidur di bawah jendela dikhuatiri akan terjadi sesuatu yang boleh membahayakan diri seperti terkena panas atau hujan. Di samping itu juga menghalang orang lain untuk ke jendela be-rkenaan.

Pengajaran

Oleh sebab sesetengah jendela rumah pada masa dahulu agak berbeza-beza yang mana ada jendelanya tidak ada daun atau hanya ditutup dengan kain atau sebagainya, timbullah pantang larang yang melarang kanak-kanak dan remaja tidur di bawah jendela, Di sebalik teguran ini, terdapat pengajaran iaitu berhati-hati dan jangan alpa ketika hendak tidur. Tidurlah di tempat yang selesa dan sesuai.

Page 157: Pantang - ASEAN

Tidur meninggi hari kelak kurang rezeki

"Nak, banguntah, jangan tidur meninggi hari nanti inda berezeki," kata emak.

Tujuan

Terdapat beberapa tujuan mengapa dilarang tidur hingga meninggi hari atau lewat bangun. Antaranya:

Melatih golongan remaja dan kanak-kanak supaya membiasakan diri bangun lebih awal.

Menggalakkan mereka supaya menyegerakan sembahyang fardu subuh.

Menggalakkan mereka supaya bersedia lebih awal keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal kerana rezeki. pada waktu pagi adalah lebih baik.

Daripada kesihatan jika sering lewat bangun boleh mendatangkan'berbagai-bagai penyakit;

Menjau hkan diri daripada bersikap malas dan kurang. berusaha.

Orang yang sering lewat bangun selalunya kurang mendapat bahagian seperti makanan aaau min,uman.

Di sebalik teguran ini dapat mendidik kanak-kanak berakhlak mulia dan membiasakan diri dengan mengamalkan disiplin terutama semasa hendak tidur dan bangun tidur.

Page 158: Pantang - ASEAN
Page 159: Pantang - ASEAN

Tidur atau baring di atas batang besar ditakuti ditolak hantu kagui

"Wang, jangan tidur atas batang, nanti ditolak oleh hantu kagui," tegur nini kepada budak itu.

Tujuan

Pantang larang ini ditujukan kepada kanak-kanak dan semua golongan amnya. Tujuan orang tua-tua menegur kanak-kanak daripada tidur atau baring di atas batang adalah dikhuatiri kanak-kanak itu kelak terjatuh dan boieh mendatangkan bahaya ke atas diri rnereka.

Penga ja ran . .

Di sebalik teguran ini orang tua-tua rnengingatkan kanak-kanak supaya apabila hendak tiduratau baring, tidurlah di tempat yang selesa dan selamat. Lagipun tidur di atas batang, boleh menyebabkan berkemungkinan kejadian yang tidak diingini boleh menimpa ke atas diri mereka seperti jatuh dan sebagainya.

Page 160: Pantang - ASEAN
Page 161: Pantang - ASEAN

GLOSARI

Ajai

Ambuya t

Babau

Bagas

Bangkawat

Barai-barai (barai)

Batis

Beribun (ibun)

Berlingas (lingas)

Bera bai (ra bail

Bercacau-cacau (caca u)

Berjaguk (jaguk)

Berlimpang

Berpapat (papat)

Bersarimpung

Bertakul (takul)

Bertampang (tam pang)

Cacah

dagu

makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang ditumpahi dengan air mendidih

bisu

bekas

(balingkawat ) pelangi

renyai

betis

.bergurau senda

bergurau senda, nakal

terhurai dengan tidak menentu (biasanya rambut pan ja ng)

berserabu t, kelam-kabut

sj penya ki t (bengka k) pada leher di bawah dagu, beguk

berbaring

pepat, kerat

bersilang kaki ketika duduk berlunjur dan sebagainya

pelu k

bercoreng-coreng (dengan cat, arang dll)

kuah (un tuk pemakan ambuyat, putu mayang dll)

Page 162: Pantang - ASEAN

Damit

Ditapuk (tapuk)

Gagawi

Jungkar

Kagui

Kalinda hau

Kamih

Kabulilahan

Kapayas

Ketulahan

Kudut

La ka r

Masap

kecil

sembunyi

sj alat (daripada kayu dll) untuk mengacau y a n g bentuknya seperti dayung

sj tumbuhan, tebu, Saccharum officinarium

tercegat-cegat (biasanya di muka pintu)

hujung pantaran

sj hantu selalunya di pokok- pokok

sj orang halus dipercayai bokh menyembunyikan orang

b a n g air kecil

perihal perangai yang tidak senonoh (biasanya kanak- kanak)

sj tumbuhan (pokok), betik, Carica papaya

tulah, mendapat tulah

pinggan

sj a las periuk diperbuat d a r i p a d a lidi a t a u d a u n mengkuang dl1

kejadian (ribut, hujan dl11 yangterjadi dengan tiba- tiba yang dipercayai akibat daripada perbuatan a tau perca-kapan yang melampaui batas

Page 163: Pantang - ASEAN

Melagau (lagau)

melangoi (langoi)

menjunyak (junyak)

menjurit (jurit)

Menuntum ( tun tum)

Mulih

Nanggalah

Paca h

Pa ta ng

Parunan

Pelacahan

Pamali , . . i .

Piasau

Sapar-saparan

Salibaya

I

Sasaban

I

i Siga u I

sifat kurang cekap menerima nasihat pelajaran dan lain-lain

sifat tidak lekas mendengar cakap (ajaran, suruhan dl11

panggil

memandang ke atas

pijak

bersepah, bersele.rak

minum terus dari botol (tekodll) d e n g a n c a r a menunggangkannya ke m u l u t

balik, pulang

udang galah

gelap, petang

longgokan rumput yang dibakar

tempat membuang air yang kotor; pelimbahan

perihal kelakuan yang tidak senonoh

kelapa

. , kesampukan, ketaguran

sj hantu dipercayai suka mengikut bunyi da r ipada perbuatan orang

' potongankayu yangdigunakan . . untuk alas memotong-motong

- . (ikan, daging dll), landas, : . - icencang

Page 164: Pantang - ASEAN

Sirnban

Ta kung

sj permainan kanak-kanak dengan rnenggunakan batu- batu kecil, batu seremban

sj bakul diperbuat daripada lidi dan lain-lain yang dianyarn jarang (digunakan untuk membasuh dan mengetuskan ikan dll)

Tapuk-tapukan (tapu k) sernbunyi

Tangah panggilan untuk bapa saudara atau ibu saudara yang ketiga

Tinting sj permainan kanak-kanak

Tuhut lutut

Page 165: Pantang - ASEAN

Biodata Penyusun

HADIJAH HAJI Hassan dilahirkan di Kampung Pudak, Brunei Darussalam. Mula mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Rendah Pudak (1 965-1 969). Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (1 970-1 975). Pada tahun 1976-1977 melanjutkan pelajaran di Pusat Tingkatan Enarn, Jalan Muara (sekarang Maktab Sains Paduka Seri Begawan).

Mula berkhidmat sebagai Penolong Penyunting pada 1 September 1983 di Dewan Bahasadan Pustaka, Brunei Darussalam. Jawatan sekarang sebagai Penyunting di jabatan yang sama.

Menyusun buku Perambahan Brunei terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1987 (edisi pertama), 1991 (edisi kedua), 2003 (edisi perbaikan keempat). Terlibat dalam penyusunan buku Toys How We Make Them (1 993) yangdiselenggarakan bersamaoleh ASEAN- COCI. Menghasilkan buku Karyawan Bengkel yang bertajuk Tik-tik Lur Senapang Patah.. . terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1997).

Page 166: Pantang - ASEAN