report 2 bahulu

14
VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III SEJARAH / LATARBELAKANG USAHAWAN Nama Usahawan : Puan Norhana binti Mohamed Noor Umur : 42 Tahun Pekerjaan : Usahawan dan suri rumah sepenuh masa Nama suami : Zahari bin Md Akhir Umur suami : 45 Tahun Pekerjaan suami : Usahawan sepenuh masa Alamat rumah : No 70, Lorong Mengkuang Indah 2, Taman Mengkuang Indah, 14000 Kubang Semang, Pulau Pinang. No Telefon : 012-5034655 Jenis Perniagaan : Kuih baulu tradisional Tahun mula berniaga kecil-kecilan : 1985 Jumlah pekerja terkini : 5 orang Jangkaan jualan bulanan : RM20,000.00 Jangkaan jualan tahunan : RM240 ,000.00 1. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN DAN PRODUK 1

Upload: saiful-amir

Post on 10-Feb-2017

798 views

Category:

Career


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

SEJARAH / LATARBELAKANG USAHAWAN

Nama Usahawan : Puan Norhana binti Mohamed Noor

Umur : 42 Tahun

Pekerjaan : Usahawan dan suri rumah sepenuh masa

Nama suami : Zahari bin Md Akhir

Umur suami : 45 Tahun

Pekerjaan suami : Usahawan sepenuh masa

Alamat rumah : No 70, Lorong Mengkuang Indah 2, Taman Mengkuang

Indah, 14000 Kubang Semang, Pulau Pinang.

No Telefon : 012-5034655

Jenis Perniagaan : Kuih baulu tradisional

Tahun mula berniaga kecil-kecilan : 1985

Jumlah pekerja terkini : 5 orang

Jangkaan jualan bulanan : RM20,000.00

Jangkaan jualan tahunan : RM240 ,000.00

1

Page 2: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

1. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN DAN PRODUK

Perniagaan ni berasal dari turun temurun, ia bermula apabila ayah puan Norhana iaitu encik

Mohamed Noor yang bekerja kampung mencetuskan idea untuk membuat baulu secara kecil-

Kecilan dan hanya bermodalkan hanya rm12. Bermula dengan menghantar baulu ke kedai-

kedai kopi serta kedai yang berdekatan. Setelah pelanggan mengetahui kesedapan baulu

tersebut, permintaan terhadap baulu semakin meningkat. Pelanggan mula mencari baulu

tersebut sehingga mereka tidak mencukupi kakitangan. Sebelum diambil alih oleh Puan

Norhana, perniagaan baulu ini hanya dijual dirumah sahaja. Pembekal akan mengambil

segala pesanan baulu dari rumah keluarga Puan Norhana. Perniagaan baulu ini ketika

dirumah hanya menggunakankaedah tradisional iaitu dibakar menggunakan sabut kelapa.

Seiring peredaran masa, perniagaan Puan Norhana tidak lagi membakar menggunakan sabut

kelapa seperti dahulu, tetapi untuk pastikan rasa tidak hilang, Puan Norhana menggunakan

bahan terbaik selain dibakar sempurna menggunakan ketuhar.

Keistimewaan baulu perniagaannya ,Puan Norhana menggunakan resepi warisan keluarga

sejak 30 tahun lalu. Permulaan perniagaan baulu ini dibantu oleh pejabat daerah. PERDA

juga memberi bantuan dari segi peralatan semasa perniagaan dibuat dirumah. Setelah sekian

lama beroperasi dirumah Puan Norhana telah mengembangkan perniagaan beliau dengan

membuka kedai sejak tiga tahun yang lalu di Taman Mengkuang Indah untuk memudahkan

pelanggan beliau membeli baulu.Segala peralatan membuat baulu dikedai dibeli sendiri Puan

Norhana menggunakan modal sendiri kerana peralatan yang diberi oleh PERDA tidak boleh

digunakan lagi.

2

Page 3: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Menurut Puan Norhana tempahan akan meningkat pada musim perayaan iaitu 30,000 biji

baulu berbanding pada bulan biasa iaitu 15,000 biji baulu.Peningkatan pada hari raya

aididilfitri dan raya cina. Musim perayaan Puan Norhana terpaksa membuka perniagaannya

pada setiap hari untuk memenuhi permintaan yang banyak. Jika bulan biasa Puan Norhana

akan membuka perniagaannya pada hari Isnin sehingga hari Sabtu manakala pada hari Ahad

perniagaannya akan tutup. Pendapatan bulanan Puan Norhana mencecah RM 20,000

manakala tahunannya RM 240,00

Perniagaan Warisan Ilham Enterprise mula didaftarkan secara sah pada tahun (PG 0083920-

P) dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) beralamat di No 70, Lorong Mengkuang

Indah 2, Taman Mengkuang Indah, 14000 Kubang Semang,Pulau Pinang. Ketika itu, pemilik

ingin mengembangkan perniagaan dan memasarkan perniagaannya ke seluruh Malaysia.

Tetapi terlebih dahulu perniagaan ini perlulah mendapat pengiktirafan kerajaan malaysia

untuk memastikan perniagaan yang bakal dilaksanakan boleh dipasarkan, berdaya saing dan

terus maju serta sah disisi undang-undang perniagaan 1956. Perniagaan Warisan Ilham

Enterprise merupakan pengusaha bumiputera di bawah bimbingan PERDA . Zana baulu

sangat terkenal disekitar utara selain Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Atas berkat usaha yang

dipamerkan, Puan Norhana telah dianugerahkan anugerah usahawan tekun cemerlang 2015

peringkat negeri Pulau Pinang pada 2 Mei yang lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar

Perahu, Pulau Pinang.

3

Page 4: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

KONSEP PERNIAGAAN / PROGRAM

JENIS PERKONGSIAN

Puan Norhana memilih perniagaan jenis perkongsian kerana beliau berkongsi perniagaan

bersama suaminya iaitu Encik Zahari Md Akhir. Organisasi perniagaan jenis ini juga popular

kerana proses penubuhannya yang mudah di samping kos penubuhannya yang agak rendah

dan boleh ditubuhkan bersama Encik Zahari serta memudahkan Puan Norhana berurusan

bersama suaminya. Perjalanan firma perkongsian di Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta

Perkongsian 1961.

Dalam Akta Perkongsian 1961, perkongsian bermaksud “Perhubungan yang wujud antara

orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapatkan keuntungan”.

Pada umumnya, undang-undang perkongsian adalah juga merupakan undang-undang kontrak,

oleh itu Akta Kontrak 1950 dan undang-undang kontrak adalah diterima pakai dalam undang-

undang perkongsian. Daripada definisi ini, terdapat tiga unsur penting dalam perkongsian

seperti perniagaan, dijalankan bersama-sama dan untuk mendapatkan keuntungan.

2. SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Pelajar Sekolah

Sebelum beroperasi perniagaan di kedai Puan Norhana pernah menganjurkan proses

membuat baulu untuk para pelancong, program anak angkat di kampungnya dan pelajar

sekolah. Mereka dapat merasai cara membuat dan memproses baulu. Ini dapat

menunjukkan sikap bekerjasama antara satu sama lain disamping itu dapat mempamerkan

keharmonian penduduk kampung kepada orang luar.

4

Page 5: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

KEKELUARGAAN

Perniagaan yang diwarisi dari turun temurun ini dapat meningkatkan ekonomi terhadap

keluarga. Disamping meningkatkan sikap berkasih sayang ia juga dapat memupuk sifat

saling bantu membantu, berkerjasama antara satu sama lain dalam mengembangkan lagi

perniagaan yang kian berkembang ini. Sokongan daripada keluarga juga dapat membantu

untuk mencapai sesuatu kejayaan sesorang usahawan didalam bidang perniagaan. Bak

kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Masyarakat Sekitar

Perniagaan yang dijalankan oleh Puan Norhana bukan saja mengubah kehidupan mereka

sekeluarga tetapi dapat membantu beberapa lagi individu untuk bekerja dengannya dan

menambah pendapatan mereka. Pada musim perayaan, Puan Norhana perlu mengupah

lebih banyak pekerja untuk memenuhi jumlah permintaan. Dengan adanya perniagaan ini

Puan Norhana dapat bersama-sama berkongsi rezeki bersama masyarakat disekelilingnya

untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang mencari pekerjaan.

Masa Depan

Perancangan merupakan satu tatacara atau aturan bekerja untuk mendapat

hasil yang dapat dinyatakan dengan jelas dan tersusun dalam satu sistem membuat

keputusan yang bersepadu. Berfikir tentang masa hadapan dan berusaha untuk mengawal

masa depan merupakan satu komponen penting dalam perancangan.(Mintzberg, 1994

p.12). Puan Norhana bercadang melakukan promosi melalui medium media sosial dan

berhasrat memasarkan produknya ke luar negara seperti Singapura dan Brunei. Hasil

usaha yang gigih dan tidak pernah mengalah yang ditunjukkan oleh Puan Norhana dengan

bantuan suami dan pekerjanya, impian Puan Norhana untuk melebarkan sayap

pasarannya dapat dipenuhi

5

Page 6: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

3. PERSAINGAN

Mak Ngah Baulu adalah penghasil kueh tradisional yang beroperasi di Bukit Mertajam sejak

tahun 2001. Kepakarannya semestinya dalam menghasilkan kueh bahulu yang sedap dan

digemari ramai. Mak Ngah Bahulu boleh menghasilkan pelbagai bentuk kueh bahulu seperti

bentuk ikan emas dan buah cermai.Selain kueh bahulu, Mak Ngah Bahulu juga menghasilkan

pelbagai jenis kueh tradisi lain seperti  kueh semprit, peneram dan sebagainya.

Mak Ngah Bahulu juga menyediakan memenuhi tempahan untuk majlis-majlis seperti majlis

pertunangan, akad nikah, perkahwinan, kenduri kendara dan sebagainya. Pembeli juga boleh

membuat tempahan kuih dalam pelbagai saiz mengikut citarasa pembeli. Bagi Mak Ngah

yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, keunikan bahulu beliau adalah asli dan

tiada perisa tiruan dicampurkan. Malah, apa yang menarik adalah ia dijual dalam empat

bentuk berbeza iaitu ikan emas, matahari, buah cermai dan ikan sedang.

Dari segi pemasaran Mak Ngah Baulu mula, memasarkan produk di sekitar kampung, kedai-

kedai dan pada masa kini ada memasarkan kepada pemborong.Pada musim perayaan

termasuk Tahun Baru Cina, Mak Ngah tak menang tangan untuk menyiapakan tempahan

baulu dari orang ramai, pagi malam buat dan sukatan bertambah sekali ganda,Bahan-bahan

asas pembuatan bahulu adalah tepung, telur, gula dan essence vanilla bagi mengelakkan ia

bebau hanyir.

Bertanya mengenai cabaran dihadapi, Mak Ngah memberitahu bahawa persaingan adalah

amat ketara.Disebabkan faktor tersebut, Mak Ngah kini mempelbagaikan lagi produk

keluarannya kepada kerepek pisang (tiga perisa), kerepek ubi keledek dan lain-lain mengikut

permintaan semasa.

6

Page 7: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Makngah bahulu merupakan salah satu persaingan perniagaan bagi Puan Norhana.Persaingan

yang dimaksudkan kerana keluaran produk perniagaan yang sama iaitu kuih tradisional

bahulu dan pelbagai aneka kuih tradisional yang lain.Selain itu, lokasi perniagaan yang

berdekatan di Bukit Mertajam juga merupakan persaingan secara sihat yang perlu dihadapi

oleh Puan Norhana.Persaingan ini boleh diambil secara positif oleh Puan Norhana untuk

lebih memajukan lagi perniagaan beliau supaya pelanggan dapat melihat perbezaan dari sudut

penghasilan produk yang pelbagai untuk menarik hati pelanggan.

7

Page 8: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

KELEBIHAN & KELEMAHAN

4. Kelebihan

Menawarkan Pelbagai Jenis Produk

Ia adalah merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai jenis kuih tradisional

kepada pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai jenis kuih selain

bahulu yang sedia ada dan baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang

kreatif hasil daripada perbincangan dengan rakan sekerja.

Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh

Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk

menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti

perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa

memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.

Menawarkan Harga Yang Kompetitif

Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan

berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran

semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan

sekitar. 

8

Page 9: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Lokasi Yang Strategik

Lokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi

oleh sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan kawasan perumahan.

Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang ditawarkan kerana kuih

tradisional merupakan salah satu makanan yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan

Kelemahan

Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang

mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran,

sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah

keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran

dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi

penampilan prestasi perniagaan yang memuaskan. 

Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap

Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih

lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan

pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya

menjadi pelanggan tetap perniagaan.

9

Page 10: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Kurang Dikenali

Perniagaan Puan Norhana merupakan perniagaan yang hanya dikenali di kawasan jajahan

iaitu di Bukit Mertajam tetapi kurang ternama. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru

dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi

pasaran dan pesaing yang ada.  

Jangka Hayat Produk Terhad

Oleh kerana tiada bahan pengawet yang digunakan maka ketahanan produk tidak dapat

bertahan lama. Ini membuatkan produk bahulu mempunyai tarikh luput yang agak terhad

untuk disimpan.

Penggunaan Teknologi

Aspek tekonologi merupakan perkara penting dalam perniagaan kerana teknologi dapat

memudahkan urusan manusia selain dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu

mengeluarkan kos tenaga manusia untuk membayar upah.Puan Rohana tidak

menggunakan teknologi secara optima.teknologi bukan hanya boleh digunakan untuk

pengeluaran produk tetapi boleh digunapakai untuk mempromosikan produk seperti

internet.

10

Page 11: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

3. CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN

Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang.

Perkembangan perniagaan boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang

dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di

manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding

pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.

Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan

Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di

pasaran. Ia berhubungan dengan makanan tradisional yang merupakan makanan yang

menjadi permintaan ramai tidak kira golongan dan peringkat umur.Penambahan kiosk di

tempat yang strategik seperti pasar tani dapat mempromosikan dan meningkatkan lagi

imej perniagaan. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat

pelanggan.

Mempelbagaikan Produk

Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi bentu dan perasa

kuih bahulu dan menambah produk tradisional lain seperti kuih peneram,kuih kapal

terbang,rempeyek,karas dan sebagainya.Selain itu, makanan dingin beku seperti karipap

segera dan sebagainya boleh juga turut diperkenalkan. Dengan mempelbagaikan pilihan

produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh.

11

Page 12: Report 2 bahulu

VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

Perkembangan Secara Online

Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada

perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang

disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini

yang ditawarkan melalui facebook dan instagram.

12