rencana perpaduan umat melalui pelbagai kegiatan

2
8/5/2015 Perpaduan umat melalui pelbagai kegiatan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm 2/4 rencana ARKIB : 30/07/2010 Perpaduan umat melalui pelbagai kegiatan Oleh DR. SAODAH ABD RAHMAN PERPADUAN merupakan asas kepada kekuatan umat. Pergolakan politik sesama umat Islam dalam negara ini menunjukkan betapa sukarnya untuk menyatupadukan umat melalui saluran politik. Sikap dan mentaliti para pemimpin parti politik yang terlalu mengagungkan diri sehingga ke tahap merendahkan keimanan dan sumbangan pihak lain dalam memperjuangkan Islam jelas menunjukkan bahawa usaha ke arah perpaduan umat tidak mungkin tercapai. Perpaduan dan kompromi dalam setiap aspek kehidupan memerlukan kepada sikap toleransi, saling memahami antara satu sama lain dan lunak hati untuk kebaikan umat. Penyatuan parti politik mungkin sukar untuk dilaksanakan kerana setiap parti politik mempunyai prinsip dan perjuangan berteraskan kepada persetujuan kesemua ahli politik. Prinsip dan perjuangan politik jika tidak berlandaskan kepada konsep Islam yang universal, komprehensif dan sederhana boleh menyebabkan mereka disisih oleh masyarakat kerana sikap dan mentaliti yang terlalu mengagungkan diri dan menghukum orang yang tidak sehaluan dengan parti mereka sebagai orang yang tidak memperjuangkan Islam bertentangan dengan akhlak Islam. Keimanan dan perjuangan untuk memperkukuhkan akidah, syariah dan akhlak Islam bukan hanya bergantung kepada perjuangan parti politik yang menggunakan label Islam, malah dakwah dan perjuangan Islam merangkumi aspek yang paling luas. Perjuangan untuk memantapkan ajaran Islam memerlukan kerjasama kesemua individu Islam termasuk sumbangan individu-individu Islam yang jahil dengan ilmu wahyu. Dalam Islam, tidak ada sikap mendabik dada memperakui diri orang yang paling bertakwa dan gigih memperjuangkan Islam. Konteks pembentukan negara Islam perlu difahami secara jelas supaya setiap individu Islam memahami bahawa dalam pembinaan negara dan tamadun, ia memerlukan kerjasama, perpaduan, kepakaran dan kegigihan. Pemikiran dan hati nurani setiap individu Islam perlu dijuruskan kepada konsep hidup yang bercirikan tawaduk dan bukan keangkuhan sehingga menidakkan sumbangan orang lain terhadap agama dan masyarakat. Kefahaman terhadap pengertian manusia sebagai insan yang mempunyai kelemahan dan tidak sempurna sepatutnya disemat dalam sanubari individu Muslim yang arif dengan ilmu wahyu supaya mereka tidak terlalu ghairah menghina dan memperlekehkan umat Islam yang tidak setaraf dengan keilmuan mereka. Manusia diciptakan dengan pelbagai bakat dan kepakaran. Penganugerahan begini membolehkan manusia mengendalikan urusan dunia secara Waktu Solat Kuala Lumpur Subuh 5:52 Zohor 1:22 Asar 4:42 Maghrib 7:29 Isyak 8:42 Klik untuk waktu solat kawasan lain 1347132724 Dengar SuriaFM Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu Riuh Rio Brazil 2014 Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014 Tragedi Pesawat MH370 Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370 KE7B Greenland 2014 Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014 IKLAN@UTUSAN IKLAN@UTUSAN Lain-lain Galeri Foto Versi Mobile Arkib Iklan Langgan ePaper SMS Alert Facebook Sign in HSBC Credit Card Promo Get Up To RM688 When You Apply & Spend With An HSBC Credit Card Here

Upload: truongmien

Post on 30-Jan-2017

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: rencana Perpaduan umat melalui pelbagai kegiatan

8/5/2015 Perpaduan umat melalui pelbagai kegiatan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm 2/4

rencanaARKIB : 30/07/2010

Perpaduan umat melalui pelbagai kegiatanOleh DR. SAODAH ABD RAHMAN

PERPADUAN merupakan asas kepada kekuatan umat. Pergolakan politik sesama umatIslam dalam negara ini menunjukkan betapa sukarnya untuk menyatupadukan umatmelalui saluran politik.

Sikap dan mentaliti para pemimpin parti politik yang terlalu mengagungkan dirisehingga ke tahap merendahkan keimanan dan sumbangan pihak lain dalammemperjuangkan Islam jelas menunjukkan bahawa usaha ke arah perpaduan umat tidakmungkin tercapai.

Perpaduan dan kompromi dalam setiap aspek kehidupan memerlukan kepada sikaptoleransi, saling memahami antara satu sama lain dan lunak hati untuk kebaikan umat.

Penyatuan parti politik mungkin sukar untuk dilaksanakan kerana setiap parti politikmempunyai prinsip dan perjuangan berteraskan kepada persetujuan kesemua ahlipolitik.

Prinsip dan perjuangan politik jika tidak berlandaskan kepada konsep Islam yanguniversal, komprehensif dan sederhana boleh menyebabkan mereka disisih olehmasyarakat kerana sikap dan mentaliti yang terlalu mengagungkan diri dan menghukumorang yang tidak sehaluan dengan parti mereka sebagai orang yang tidakmemperjuangkan Islam bertentangan dengan akhlak Islam.

Keimanan dan perjuangan untuk memperkukuhkan akidah, syariah dan akhlak Islambukan hanya bergantung kepada perjuangan parti politik yang menggunakan labelIslam, malah dakwah dan perjuangan Islam merangkumi aspek yang paling luas.Perjuangan untuk memantapkan ajaran Islam memerlukan kerjasama kesemua individuIslam termasuk sumbangan individu-individu Islam yang jahil dengan ilmu wahyu.

Dalam Islam, tidak ada sikap mendabik dada memperakui diri orang yang palingbertakwa dan gigih memperjuangkan Islam. Konteks pembentukan negara Islam perludifahami secara jelas supaya setiap individu Islam memahami bahawa dalam pembinaannegara dan tamadun, ia memerlukan kerjasama, perpaduan, kepakaran dan kegigihan.

Pemikiran dan hati nurani setiap individu Islam perlu dijuruskan kepada konsep hidupyang bercirikan tawaduk dan bukan keangkuhan sehingga menidakkan sumbanganorang lain terhadap agama dan masyarakat.

Kefahaman terhadap pengertian manusia sebagai insan yang mempunyai kelemahandan tidak sempurna sepatutnya disemat dalam sanubari individu Muslim yang arifdengan ilmu wahyu supaya mereka tidak terlalu ghairah menghina danmemperlekehkan umat Islam yang tidak setaraf dengan keilmuan mereka. Manusiadiciptakan dengan pelbagai bakat dan kepakaran.

Penganugerahan begini membolehkan manusia mengendalikan urusan dunia secara

Waktu Solat Kuala Lumpur

  Subuh 5:52Zohor 1:22Asar 4:42

Maghrib 7:29Isyak 8:42

Klik untuk waktu solat kawasan lain

 1347132724

Dengar SuriaFMRadio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Riuh Rio Brazil 2014Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Tragedi Pesawat MH370Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014

IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

Lain-lainGaleri FotoVersi MobileArkibIklanLanggan ePaperSMS Alert

FacebookSign in

HSBC Credit Card PromoGet Up To RM688 When You Apply & Spend With An HSBCCredit Card Here

Page 2: rencana Perpaduan umat melalui pelbagai kegiatan

8/5/2015 Perpaduan umat melalui pelbagai kegiatan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm 3/4

sempurna jika mereka bersatu dan bekerjasama serta menghargai sumbangan antarasatu sama lain. Apabila umat Islam menyedari bahawa ilmu Allah adalah luas dan setiapindividu mempunyai ilmu dan pengalaman tertentu, maka mereka akan menghormatiantara satu sama lain.

Islam memberi kebebasan kepada umatnya memilih ilmu dan corak hidup selama manaia tidak bertentangan dengan konsep kehidupan Islam. Jika seseorang individu memilihcorak hidup berzuhud, maka tawaduk merupakan keperibadiannya.

Apabila seseorang itu berminat untuk menceburkan diri dalam arena politik maka amatperlu baginya memahami konsep pembinaan negara Islam supaya perjuangan politiknyamenjurus kepada kebajikan masyarakat dan aktif melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang boleh menyediakan kemudahan asas dan pemakanan serta minumanrakyat.

Konsep kerjasama di antara ulama dan umarak (pemerintah) perlu dijadikan prinsipkehidupan masyarakat Islam supaya peranan dan kedudukan individu Islam dapatdifahami secara jelas. Kekaburan terhadap konsep ini boleh menjuruskan individu Islammelibatkan diri dalam kegiatan yang tidak bertepatan dengan ilmu dan bakat dirinya dimana akhirnya perjuangan suci yang dilaungkan itu mengundang kemusnahan umatdan agama.

Jika usaha untuk perpaduan dan perdamaian di antara umat Islam dilihat dalamperspektif yang negatif dalam kalangan pemimpin parti politik dalam negara ini, makamasyarakat dan agensi-agensi kerajaan perlu mempergiatkan usaha untukmenyatupadukan masyarakat dengan pelbagai kegiatan sosial. Ia lebih mulia di sisi Allahdaripada memperjuangkan prinsip parti yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Masyarakat Islam dapat menilai kepimpinan para pemimpin politik dan kewibawaanpara ulama. Bagi merealisasikan perjuangan parti politik maka setiap ahli politik perlumenonjolkan diri sebagai pemimpin yang prihatin terhadap rakyat dalam soal keperluanasas masyarakat dan berjiwa lunak, bukan bengis dan angkuh.

Oleh itu, muhasabah diri amat penting supaya setiap individu Islam merasai bahawaperpaduan sesama umat Islam merupakan rahmat, bukan bencana atau cabaran.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti IslamAntarabangsa Malaysia.

Kongsi Konten di :

TAJUK­TAJUK BERITA LAIN:

• Tugasan besar menanti Malaysia di UNSC• Mana ada kelas pakai nama Melayu...• Bersihkan agensi penguatkuasaan daripada pengkhianat• BISIK­BISIK AWANG SELAMAT• Mistik belantara• Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki• Khemah digoncang lembaga• Diekori pocong puncak Nuang• Terserempak kumpulan pembawa obor• 'Disapa' jin tanah di Kem Lolo• Gangguan boleh mendatangkan mudarat• Jutawan bekas pengemis• Kamera rakam perbuatan keji jururawat lelaki• Bukan mudah bergelar haji dan hajah• Citra negara perlu dalam pelaksanaan dasar bahasa• Lebih baik miskin material daripada miskin jiwa

ePlayer Sukan

MENARIKRuang iklan percuma hartanah, produkPromosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan MalaysiaDapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbarBeritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja SehariAbadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu MingguanKekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

SMS News Alert Utusan MalaysiaDapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.