rencana isu utama dalam pengajaran perpuluhan

Upload: ooi-sheau-yee

Post on 01-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rencana

TRANSCRIPT

Pengarang: Dinesha VairappanISU UTAMA DALAM PENGAJARAN PERPULUHAN

Daripada hasil bacaan yang saya perolehi terdapat beberapa isu utama dalam pengajaran bagi topik perpuluhan. Menurut Carpenter et al.1981 Hart 1981 Hierbert dan Weame 1986 nombor perpuluhan adalah antara tajuk yang didapati sukar oleh kebanyakkan pelajar. Selain itu, salah satu faktor yang menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran adalah kekurangan pengetahuan tentang konsep nombor perpuluhan. Oleh itu, pelajar lebih suka untuk menghafal petua dan langkah-langkah yang berkaitan dengan nombor perpuluhan. Contohnya pertukaran pecahan persepuluh kepada perpuluhan.

Tambahan pula, menurut hasil kajian yang dibuat oleh Aida Suraya et. Al (1992) mendapati pelajar Tahun Lima menghadapi masalah dalam pendaraban yang melibatkan nombor perpuluhan. Kebanyakkan mereka tidak dapat menentukan tempat titik perpuluhan selepas pendaraban dijalankan. Pendaraban nombor perpuluhan juga tidak dapat membantu murid disekolah untuk mengganggar jawapan dengan lebih tepat. Contohnya :

1.0 360

Oleh itu , murid akan memberi jawapan seperti ini tanpa menentukan titik perpuluhan yang betul.

Dengan adanya masalah seperti ini guru mestilah memahami konsep perpuluhan yang berkaitan dengan nilai tempat sistem pernomboran. Selain itu, guru juga perlu memahami bentuk perpuluhan berdasarkan pecahan di mana penyebutnya adalah gandaan 10, 100 dan juga 1000.

Perkaitan pecahan dengan nombor perpuluhan amat ketara sekali. Nombor perpuluhan boleh diwakilkan dengan nombor pecahan yang penyebutnya 10, 100 dan 1000. Terdapat beberapa kesukaran dan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid yang akhirnya membawa masalah kepada kemahiran dalam tajuk perpuluhan. Antara kesilapannya ialah menyatakan nilai tempat bagi nombor perpuluhan. Contohnya murid diberi nombor 26.098 dan nyatakan nilai tempat bagi digit 9 dalam nombor tersebut. Bagi murid yang mempunyai masalah menguasai kemahiran perpuluhan tentunya murid akan menjawap puluh walaupun jawapan yang betul adalah persepuluh.2 6 . 0 9 8 =PERSEPULUH

Bagi mengatasi masalah ini dengan cara menunjukkan jadual nilai tempat bagi nombor perpuluhan. Murid akan dibimbing melihat pebezaan antara nilau tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan.Kedudukan nilaiNombor bulat sebelum titik perpuluhanTitik perpuluhan (.)Nombor perpuluhan selepas titik perpuluhan

26.098

Nilai tempatpuluhsa.persepuluhPer seratusperseribu

Nilai digit206.0.00.090.008

Apabila murid telah mahir dan menguasai nilai tempat bagi setiap nombor murid akan menyelesaikan soalan melibatkan nombor perpuluhan dengan mudah. Setelah murid dapat memahami konsep dan kemahiran ini jadual diatas diabaikan dan dijadikan sebagi rujukan sahaja.Oleh yang demikian, guru mestilah bijak mengatasi segala isu yang melibatkan pengajaran Matematik. Konsep dalam Matematik perlulah dititik beratkan supaya murid dapat memahami konsep dengan baik segaligus menanamkan minat ingin tahu lebih mendalam dengan matapelajaran Matematik. Kesedaran perlu ada untuk memastikan murid-murid ini menguasai konsep asas matematik dengan baik agar mereka menjadi generasi yang dapat merealisasikan wawasan negara di masa akan datang.