renaissance telah membawa perubahan pemikiran dan · pdf filerenaissance telah membawa...

2
Renaissance telah membawa perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu pengetahuan di Eropah Barat pada abad 17 19. Bincangkan. A. Pendahuluan i. Renaisans bermaksud kelahiran semula. Renaisans juga merujuk kepada pergerakan intelektual, sastera, dan seni yang bermula di Itali pada abad ke-14 selepas Zaman Pertengahan dan kemuncaknya pada abad ke-16. ii. Pada masa ini, cendekiawan dan pejuang seni mentafsir semula warisan klasik empayar Rom dalam bidang seni bina, seni arca, falsafah, muzik, dan sastera. iii. Asas zaman Renaisans ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai 1ocial11. B. Isi-isi perubahan 1. Bidang seni i. Salah satu 1ocia-ciri seni Renaisans ialah pembangunan perspektif liner yang sangat 1ocial11c. Giotto di Bondone dipuji kerana dianggap sebagai tingkap kepada ruang yang kemudiannya pandangan ini telah diterima sebagai teknik seni. ii. Pembangunan perspektif merupakan sebahagian daripada trend yang lebih luas kearah 1ocial1 dalam seni. Untuk itu, pelukis juga membangunkan teknik-teknik lain, belajar cahaya, baying-bayang, dan dalam kes Leonardo da Vinci, iaitu anatomi manusia. iii. Teknik yang diperkenalkan telah mendasari perubahan dalam kaedah seni, iaitu keinginan baru untuk menggambarkan keindahan alam semula jadi. 2. Bidang seni bina i. Filippo Brunelleschi terkenal kerana kajiannya tentang tinggalan bangunan purba klasik dan ilmu yang dijumpai semula daripada penulis Vitruvius. Perkembangan disiplin matematik telah membentuk gaya Renaisans yang menambah baik bentuk klasik. ii. Antara seni bina cemerlang ialah pembinaan semula Basilika St. Peter yang menggabungkan kemahiran tokoh seperti Bramante, Michelangelo, Raphael, Sangallo, dan Maderno. 3. Bidang sains i. Penemuan semula teks-teks purba dan penciptaan alat mencetak telah menggalakkan pembelajaran dan percambahan dan penyebaran idea dengan lebih cepat. Hal ini

Upload: phamtruc

Post on 21-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Renaissance telah membawa perubahan pemikiran dan · PDF fileRenaissance telah membawa perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu pengetahuan di ... sastera, dan seni yang bermula di Itali

Renaissance telah membawa perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu pengetahuan di

Eropah Barat pada abad 17 – 19. Bincangkan.

A. Pendahuluan

i. Renaisans bermaksud kelahiran semula. Renaisans juga merujuk kepada pergerakan

intelektual, sastera, dan seni yang bermula di Itali pada abad ke-14 selepas Zaman

Pertengahan dan kemuncaknya pada abad ke-16.

ii. Pada masa ini, cendekiawan dan pejuang seni mentafsir semula warisan klasik empayar

Rom dalam bidang seni bina, seni arca, falsafah, muzik, dan sastera.

iii. Asas zaman Renaisans ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk

menyelesaikan permasalahannya. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai 1ocial11.

B. Isi-isi perubahan

1. Bidang seni

i. Salah satu 1ocia-ciri seni Renaisans ialah pembangunan perspektif liner yang sangat

1ocial11c. Giotto di Bondone dipuji kerana dianggap sebagai tingkap kepada ruang yang

kemudiannya pandangan ini telah diterima sebagai teknik seni.

ii. Pembangunan perspektif merupakan sebahagian daripada trend yang lebih luas kearah

1ocial1 dalam seni. Untuk itu, pelukis juga membangunkan teknik-teknik lain, belajar

cahaya, baying-bayang, dan dalam kes Leonardo da Vinci, iaitu anatomi manusia.

iii. Teknik yang diperkenalkan telah mendasari perubahan dalam kaedah seni, iaitu keinginan

baru untuk menggambarkan keindahan alam semula jadi.

2. Bidang seni bina

i. Filippo Brunelleschi terkenal kerana kajiannya tentang tinggalan bangunan purba klasik

dan ilmu yang dijumpai semula daripada penulis Vitruvius. Perkembangan disiplin

matematik telah membentuk gaya Renaisans yang menambah baik bentuk klasik.

ii. Antara seni bina cemerlang ialah pembinaan semula Basilika St. Peter yang

menggabungkan kemahiran tokoh seperti Bramante, Michelangelo, Raphael, Sangallo, dan

Maderno.

3. Bidang sains

i. Penemuan semula teks-teks purba dan penciptaan alat mencetak telah menggalakkan

pembelajaran dan percambahan dan penyebaran idea dengan lebih cepat. Hal ini

Page 2: Renaissance telah membawa perubahan pemikiran dan · PDF fileRenaissance telah membawa perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu pengetahuan di ... sastera, dan seni yang bermula di Itali

menyebabkan sains dan seni bercampur semasa Renaisans awal. Hal ini adalah kerana artis

polymath seperti Leonardo da Vinci membuat lukisan pemerhatian anatomi dan alam

semula jadi. Beliau melakukan eksperimen dalam aliran air, diseksi perubatan, dan kajian

sistematik tentang pergerakan dan aerodinamik. Beliau juga mencipta prinsip dan kaedah

penyelidikan yang member beliau gelaran sebagai Bapa Sains Moden

ii. Pada tahun 1492, Christopher Columbus telah menjumpai apa yang digelar “Dunia

Baharu” yang telah mencabar pandangan dunia klasik. Persekitaran yang sesuai telah

diwujudkan untuk mengkaji doktrin saintifik. Apabila Reformasi Protestan dan

Counter_Reformasi bertembung, Renaisans menunjukkan anjakan yang signifikan, iaitu

berpindah 2ocia daripada falsafah semula jadi Aristotle ke bidang kimia dan sains biologi

(botani, anatomi, dan ubat-ubatan). Kesediaan untuk menilai semula kepercayaan dan

pegangan terdahulu membolehkan pencarian kebenaran dan jawapan yang baharu

berdasarkan ilmu dan kemajuan saintifik.

iii. Renaisans menyaksikan perubahan ketara dalam cara berfikir tentang alam semesta dan

kaedah dalam menjelaskan fenomena semula jadi. Buku bertajuk De humani Corporis

Fabrica (Fungsi Badan Manusia) oleh Andreas Vesalius telah 2ocial pengetahuan tentang

peranan pembedahan, pemerhatian, dan pandangan mekanik anatomi. Buku karya Nicolaus

Copernicus pula menceritakan bahawa bumu bergerak mengelilingi matahari.

iv. Perkembangan yang paling signifikan ialah proses untuk mencari penemuan baharu, iaitu

kaedah saintifik. Kaedah saintifik menekankan kepada bukti empirical, kepentingan

matematik, dan mengetepikan pendapat Aristotle. Idea ini disokong oleh Nicolaus

Copernicus, Galileo, dan Francis Bacon. Kaedah saintifik baharu ini membawa kepada

sumbangan besar dalam bidang astronomi, fizik, biologi, dan anatomi.

C. Kesimpulan

i. Dalam bidang intelektual, perkara yang ditekankan ialah semangat inkuiri dan

memetingkan pemikiran 2ocia, saintifik, falsafah, dan metafizik.

ii. Secara tradisinya, transformasi intelektual ini telah menyebabkan Renaisans dilihat sebagai

jambatan antara Zaman Pertengahan dengan era Moden. Walaupun Renaisans

menyaksikan revolusi dalam bidang intelektual serta pergolakan 2ocial dan politik,

sumbangan yang paling ketara ialah dalam bidang seni.