malaysia - parlimen.gov.my · kebangsaan malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang...

155
Bil. 26 Selasa 16 Disember 2014 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

Bil. 26 Selasa 16 Disember 2014

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2014

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 2015 (Halaman 19) USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Urusan Mesyuarat (Halaman 19 &109)

Page 3: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

4. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

7. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor)

8. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah - Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

9. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

10. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik)

11. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik)

12. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik)

13. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

14. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor)

15. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

16. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor)

17. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

18. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan)

19. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik)

22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

23. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik)

24. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

25. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

26. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)

27. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

28. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat - (Kelantan)

29. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah)

30. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

31. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik)

32. “ Tuan Koh Chin Han (Melaka)

33. “ Dato’ Lee Chee Leong - Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

34. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak)

35. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang)

Page 4: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

ii DN 16.12.2014

36. Yang Berhormat Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

37. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

38. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

39. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

41. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

42. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

43. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik)

44. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

45. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

46. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik)

47. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

48. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

49. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

50. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

51. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik)

52. “ Datuk Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu)

53. “ Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang)

54. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

55. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka)

54. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah)

56. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

57. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

58. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

60. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang)

61. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik)

62. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani (Dilantik)

63. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan)

64. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik)

65. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

66. “ Tuan Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

Page 5: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Dato’ Lamien bin Sawiyo

Setiausaha Dewan Negara

Encik Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah

Rosna binti Bujairomi

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah Md Nasir

Hazliyana binti Yahaya

Page 6: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif
Page 7: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEDUA

MESYUARAT KETIGA

Selasa, 16 Disember 2014

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Haji Mohd. Salim bin Sharif minta Menteri Pertahanan menyatakan,

berapa ramai pelatih PLKN yang telah dilahirkan, dan apa cadangan pihak kementerian untuk masa akan datang.

Menteri Pertahanan [Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein]: Tuan Yang

di-Pertua, Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan pada 16 Februari 2004. Ini jelas objektif pelaksanaan program ini adalah pertamanya untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Kedua, memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Keempat, menyemarakkan semangat kesukarelaan. Kelima, melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan juga berkeyakinan.

Semenjak penubuhannya, PLKN telah berjaya melahirkan seramai 832,712 orang pelatih. Tuan Yang di-Pertua, kajian yang telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif kepada pelatih. Kajian juga telah dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada tahun 2013 yang melibatkan 3,787 orang responden, menunjukkan maklum balas yang positif dalam semua aspek yang dinilai, khususnya berkaitan semangat patriotisme bekas-bekas pelatih.

Bagi memastikan program ini mencapai objektif yang disasarkan serta ia terus relevan dengan kehendak serta keperluan semasa dan masa hadapan, pihak kementerian sedang dan akan terus membuat penambahbaikan ke atas program ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 yang lalu telah mengemukakan akan keperluan kajian semula PLKN dengan konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan juga kenegaraan.

Bagi memastikan perkara ini dapat dicapai, pihak kementerian telah mengadakan engagement dengan semua stakeholders, dengan izin, pihak-pihak yang berkepentingan, yang mempunyai interest seperti pihak ibu bapa, pemain industri, alumni PLKN, badan-

badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar-pelajar bagi mendapatkan input dan cadangan daripada mereka untuk membantu pihak kementerian membuat rumusan terbaik bagi mentransformasikan PLKN. Transformasi ini melibatkan prasarana kem, kemudahan pengurusan aset, keselesaan pelatih dan juga pembangunan kerjaya, kemahiran dan kebajikan para jurulatih.

Bagi merealisasikan transformasi ini juga, kerjasama strategik telah sedang dijalankan dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pihak kementerian bercadang mengadakan lab bagi memperhalus dan seterusnya merumus semua pandangan daripada pelbagai pihak yang tersebut tadi.

Page 8: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

2 DN 16.12.2014

Antara transformasi yang dicadangkan adalah untuk menambah baik modul dengan memasukkan elemen kemahiran soft skills dan hard skills, dengan izin, tanpa menjejaskan matlamat asal program ini. Jalinan elemen kemahiran dan kenegaraan ini akan dapat membentuk modal insan yang dapat memenuhi keperluan industri negara dan pada masa yang sama dapat memupuk semangat kasih sayang dan cinta negara.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata pihak kementerian berharap dengan transformasi yang dicadangkan ini akan menjadikan PLKN lebih dilihat manfaat kepada peserta yang menghadirinya serta menjadi pemangkin untuk ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti latihan PLKN. Manakala pelajar pula bersedia untuk menyertai program ini dengan rela hati. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita amat

bersyukur pagi ini dan berterima kasih kerana Menterinya sendiri hadir, menunjukkan beliau amat prihatin untuk menjawab soalan-soalan kita pada pagi ini. Dipersilakan soalan tambahan Dato’ Haji Mohd. Salim, silakan.

Dato’ Haji Mohd. Salim bin Sharif: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang

menjawab. Bagi saya suatu program yang cukup berjaya kerana telah melahirkan lebih kurang 800,000 orang pelatih daripada PLKN. Jadi, kita melihat bahawa kalau ikut 800,000 lebih yang dilatih melalui 82 buah kem, jadi nampaknya baru 20 peratus daripada pelajar yakni lepasan SPM dapat menduduki PLKN. Manakala yang 80 peratus ini tidak dapat untuk bersama-sama dalam membina negara, dalam program-program yang telah diajukan.

Jadi, di mana pihak kementerian merasakan dalam transformasi PLKN dan 10 tahun ini, adakah penambahan daripada segi kem yang sedia ada, daripada segi modul yang perlu ditingkatkan, dengan ancaman-ancaman yang hari ini cukup mencabar bagi generasi-generasi baru agar faham, membina negara bangsa ini bukan boleh berlaku hanya setahun dua tahun. Jadi apakah langkah-langkah pihak kementerian untuk mentransformasikan ke tahap yang lebih hebat dan disegani di seluruh dunia? Terima kasih.

■1010

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Terima kasih. Sebenarnya apa

yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Salim memang tepat pada waktunya. Selepas sepuluh tahun dilaksanakan, PLKN ini tepat pada masa dan waktunya untuk kita kaji semula hala tuju PLKN dalam konteks landskap global yang sekarang ini terkapai-kapai, bukan sahaja unik kepada negara kita tetapi negara-negara lain juga untuk menyuntik nilai-nilai yang akhirnya akan menentukan jatuh bangun sebuah negara, bangsa dan maruah sebuah negara yang merdeka.

Jadi, PLKN salah satu pendekatan yang mungkin kalau kita lakukannya dengan bersungguh-sungguh dan melibatkan seramai mungkin pihak yang berkepentingan, saya percaya bahawa usaha kita hendak mengadakan lab, usaha kita untuk melihat semula

mungkin untuk sepuluh tahun yang akan datang ini dengan landskap baru, ia merupakan sesuatu yang suka atau tidak suka, kena kita lakukan. Sama ada kita hendak tambah kem, jumlah pelatih, ini banyak bergantung pada hasil lab yang kita hendak adakan awal tahun depan.

Pendekatan baru untuk melibatkan seramai mungkin secara inklusif dalam usaha ini- saya dah umumkan tadi bahawa pendekatan baru kita ialah untuk melibatkan seramai mungkin kementerian-kementerian lain yang mungkin sebelum ini tidak terlibat dalam penggubalan modul dan juga input kepada penambahbaikan PLKN kita tadi. Kementerian-kementerian yang saya sebutkan dan saya ulang, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan inshaaAllah, dengan semua ini dilibatkan sekali secara inklusif, mungkin usaha kita hendak menyediakan ruang lebih ramai pelatih dapat dilibatkan itu akan menjadi satu kenyataan. Akan tetapi, sebelum itu berlaku, kita kena tengok balik pendekatan baru kita menekankan kepada kemahiran tadi tanpa menjejaskan perkara-perkara asas iaitu patriotisme, perpaduan dengan semangat kesukarelaan.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kerana kesempatan yang ada hadir pada pagi ini.

Page 9: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 3

Soalan yang pertama, apa peranan bekas pelatih PLKN dalam membendung

tekanan IS di negara ini khususnya bila melihat apa yang berlaku di Sydney, Australia? Kedua, apakah tindakan kementerian bagi melihat bekas pelatih ini terus melaksanakan apa yang dipelajari dalam kursus PLKN? Akhir sekali, sebagaimana yang kita tahu, Yang Berhormat pun tahu, lebih kurang 604 orang peserta kursus PLKN ini tidak tahu berbahasa Malaysia. Jadi kita hendak tahu apa peranan yang boleh dimainkan ataupun langkah-langkah pihak kementerian untuk menangani masalah isu ini? Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Terima kasih Yang Berhormat

Datuk Yahaya. Pertamanya berhubung kait dengan mereka yang tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu. Jumlahnya kalau hendak dibandingkan dengan cohort bukanlah sebegitu

besar dan peranan kita untuk memperbaiki keadaan itu terhad kerana masa yang ada kepada PLKN dengan mereka juga tidak boleh menyelesaikan isu 3M tadi iaitu, “Membaca, Mengira dan Menulis”.

Jadi sebab itu dengan usaha kita sekarang ini, dengan transformasi ini melibatkan beberapa kementerian pokok yang lain untuk bersama-sama dengan kita dan saya percaya dan saya akan pastikan syor daripada Yang Berhormat tadi dapat kita tangani. Ia akan menjadi satu perkara yang dibincangkan secara detail di dalam lab kita supaya PLKN bersama-sama dengan yang lain memastikan bahawa fenomena yang disebutkan tadi dapat ditangani.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil kesempatan mungkin lari sedikit daripada soalan asal berhubung kait dengan IS. Fenomena IS ini merupakan fenomena baru yang berbeza dengan ancaman pengganas-pengganas yang kita dah biasa sama ada Al-Qaeda, Jemaah Islamiah, Nordin Mat Top dan Mat Selamat. Kewujudan Wilayah Islamiah atau Islamic Caliphate, dengan izin, telah membawa satu daya tarikan yang cukup serius yang tidak pernah dilihat oleh dunia. Kita tahu bahawa sambutan daripada negara-negara, warganegara-warganegara yang sebelum ini tidak terlibat dengan keganasan Al-Qaeda dan Islamic militancy sekarang ini telah menunjukkan kesanggupan mereka untuk tampil ke hadapan termasuk dari negara-negara Eropah, dari Perancis, dari negara-negara Scandinavia.

Semalam kita tengok apa yang berlaku kepada seorang individu yang datangnya dari Iran, bermastautin di Australia dan telah mengambil tindakan, mungkin secara berseorangan dipengaruhi oleh sosial media dan kekosongan dalam jiwanya sendiri telah membuatnya mengambil tindakan yang cukup drastik yang dipaparkan di khalayak dunia melalui media antarabangsa dan juga sosial media.

Saya sempat berbincang dengan agensi-agensi risikan dan pihak-pihak ketenteraan di negara-negara yang rapat dengan kita dan sebenarnya benda ini, fenomena ini masih lagi sedang dikaji. Tidak ada sesiapa yang boleh mengatakan mereka tahu apa sebenarnya ancaman IS kerana ia begitu sofistikated, mempunyai aset yang begitu besar, mempunyai dana kewangan yang besar dan ideologi untuk mewujudkan satu caliphate tadi jangan ingat bahawa ia tidak boleh berlaku di rantau kita.

Malaysia akan mempengerusikan ASEAN bulan depan dan sepuluh buah negara di ASEAN ini sendiri mesti bersatu untuk memastikan bahawa keganasan dan fenomena IS ini tidak menular di rantau kita. Pengalaman apa yang dilalui oleh Australia semalam dan apa yang kita lihat menular di Eropah sedang kita kaji dan teliti, Yang Berhormat. Akan tetapi, Malaysia telah mengambil tindakan yang proaktif. Satu Kertas Putih telah pun dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Satu akta baru, Akta Keganasan akan melihat kepada fenomena IS ini.

Akan tetapi saya hendak tekankan di Dewan Negara, jangan lihat fenomena IS ini, pertamanya, sama seperti ancaman-ancaman pengganas yang kita dah biasa. Ini merupakan satu fenomena baru yang semua negara sedang memikirkan kaedah yang terbaik untuk tanganinya.

Perkara kedua, jangan ingat apa yang berlaku di Iraq dan Syria tidak boleh nasib yang sama menimpa kita di rantau ini. Pihak kerajaan sedang memantau dan dalam bajet contohnya, Yang Berhormat, bukan satu perkara yang kita rahsiakan, kita dah beri tumpuan sepenuhnya untuk memastikan keselamatan di Sabah di mana kita akan naik taraf Lapangan Terbang Labuan, kita dah pindah jet-jet hawks kita di sana. Kita akan lihat kepada kemampuan di Lahad Datu. Empat buah batalion, dua daripada polis, dua daripada military akan ada di sana.

Page 10: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

4 DN 16.12.2014

■1020

Kita akan naik taraf Sepanggar Bay Naval Dockyard, dengan izin. Kita akan refit submarines kita. Kita akan lihat offshore bases di mana kita gunakan pelantar minyak yang telah pun dicommission sebagai bases di tengah laut. Diletakkan patrol boat, UAV dan sebagainya. Jadi ini dalam pemantauan kita supaya apa yang kita lihat modular di Timur Tengah ini inshaaAllah dengan perancangan yang rapi, dengan kerjasama dengan negara-negara ASEAN, tidak akan menimpa kita pula. Terima kasih.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab

Yang Berhormat Menteri menyebut tadi bahawa soal kemahiran akan dimasukkan sekali dalam skim PLKN, saya ingin bertanya adakah kemungkinan masa untuk kursus itu dilanjutkan? Kedua, demi mempercepatkan dan meramaikan lagi lepasan sekolah kita dapat memasuki kem PLKN, harus ataupun tidak PLKN keluar dari kem-kem seperti yang ada sekarang.

Maksudnya kem ada, tetapi selepas daripada itu mungkin kita boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, sekolah-sekolah berasrama penuh, kita boleh jalankan aktiviti PLKN semasa hujung minggu dan cuti sekolah, begitu juga dengan kem-kem tentera kita. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Saya setuju dan sebab itu kita

melibatkan kementerian-kementerian lain dalam memikirkan hala tuju baru dan transformasi PLKN ini. Selain daripada asrama-asrama penuh dan di kem-kem tentera, kita telah pun mengenal pasti IKBN-IKBN daripada Kementerian Pendidikan, kita sudah melihat sekolah-sekolah vokasional. Semua ini perlu kita, utamanya teliti secara inclusive di dalam makmal

yang kita hendak lakukan supaya mereka tahu dan mereka boleh menyumbang kepada usaha kita ini. Kita akan tempatkan mereka bersama dalam memikirkan hala tuju ini, pendekatan baru kepada hasrat kita untuk memastikan semua inclusive dalam hal ini.

Keduanya isu persepsi. Apa jua kita lakukan, kalau kita tidak berkomunikasi kepada orang ramai lebih-lebih lagi ibu bapa dan mereka yang mungkin selepas ini akan jadi pelatih, saya bimbang untuk 10 tahun akan datang mereka tidak memahami apa hasrat kita dalam transformasi ini. Contohnya kem sahaja Yang Berhormat Dato’ Adam, 82. Jurulatih kita 3,000 orang. Sebanyak 2,000 merupakan kontrak, 1,000 part time.

Kita tengok bahawa alumni daripada PLKN sahaja 8,074, bermakna bahawa yayasan yang dicadangkan untuk menggembleng semua mereka yang telah pun melalui PLKN kita melalui alumni, merupakan satu tenaga yang kalau kita boleh salurkan semangat mereka itu dalam konteks terutamanya volunteerism, dalam konteks patriotisme, dalam konteks perpaduan, itu pun sudah syukur alhamdulillah. Ini kerana daripada 874,000 orang alumni, kita hanya mengenal pasti 174,000 sahaja yang dapat ditarik semua kembali dengan kita.

Jadi semua usaha ini akan dilakukan tetapi yang penting saya hendak tekankan pada Dewan Negara hari ini ialah kita tidak mungkin dapat menjayakan transformasi ini kalau kita tidak melibatkan seramai mungkin mereka yang- Ini cabaran terbesar kepada kementerian, menjadikan usaha ini sebagai satu usaha yang inclusive melibatkan seberapa ramai yang mungkin stakeholders itu tadi dan pelatih tiap-tiap tahun 80,000 sudah.

Itu pun sesuatu cabaran yang tidak dapat kita tangani. Kalau hendak tambah masa mereka dan jumlah mereka, kita kena tengok kemampuan 82 buah kem tadi, 3,000 orang jurulatih tadi, penerimaan ibu bapa tadi sama ada pelatih-pelatih itu sendiri sanggup dengan rela hati menerima pendekatan kita untuk sepuluh tahun yang akan datang. Doakan Dato’. Ini bukan satu kerja yang mudah tetapi insya-Allah seperti dahulu kalau niat kita ikhlas, jujur betul dan melibatkan seramai mungkin, ia akan menjadi satu kenyataan insya-Allah.

2. Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, jumlah peruntukan dalam Bajet 2015 yang dikhaskan untuk Tun Razak Estate Workers Housing Scheme yang diperkenalkan pada tahun 1976 dan jumlah rumah yang akan dibina dalam tahun 2015 untuk membantu pekerja-pekerja ladang (estate).

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam.

Page 11: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 5

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam

1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya Skim Perumahan Pekerja Ladang Tun Razak, istilah ini tidak ada lagi kita panggil pada hari ini dan kita lebih mengenali dengan Skim Pemilikan Perumahan Pekerja Ladang.

Dalam erti kata lain bahawa skim yang dahulunya yang dilancarkan pada tahun 1976 dan hari ini kita tidak menyediakan peruntukan khusus untuk skim ini kerana panggilan Tun Razak Estate Workers Housing Scheme tidak ada lagi. Walau bagaimanapun, kementerian dan kerajaan amat serius memberikan perhatian kepada pekerja ladang Dalam menentukan supaya mereka mempunyai penempatan ataupun rumah yang selesa untuk mereka.

Jadi semenjak tahun semenjak 1976, masa awal skim itu diadakan, sekarang ini kita tidak panggil lagi Yang Berhormat. Kerajaan telah melancarkan Skim Pemilikan Perumahan Pekerja Ladang (SPPL). Melalui skim ini pemilik ladang memperuntukkan sebuah ladang di kawasan masing-masing. Maknanya secara sukarela dan membina rumah-rumah kos rendah di kawasan tersebut untuk dijual kepada pekerja-pekerja dengan harga yang berpatutan. Dengan cara ini, pekerja-pekerja ladang boleh memiliki rumah sendiri semasa mereka masih berkhidmat dengan ladang dan terhindar daripada masalah ketiadaan tempat tinggal apabila mereka bersara ataupun diberhentikan kerja akibat daripada perubahan penggunaan tanah ladang.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, saya kira-kira sebanyak 73 buah ladang telah melaksanakannya dengan 6,364 buah rumah telah dibina dan dijual kepada pekerja ladang. Antara syarikat-syarikat perladangan yang menyertai program ini ialah Kumpulan Guthrie, Sime Darby, Golden Hope Plantation, Asiatic Development, Taiko Plantation, EPA Management dan beberapa buah syarikat ladang yang lain.

Kerajaan sedar akan kekurangan rumah mampu dibeli oleh golongan ini di pasaran. Sehubungan dengan itu bagi membantu pemilikan rumah di kalangan pekerja estet, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh atau RMK-10 telah membekalkan satu skim untuk pekerja-pekerja ladang yang dikenali sebagai Skim Khas Perumahan Pekerja Ladang dengan peruntukan sebanyak RM50 juta. Melalui skim ini, pekerja-pekerja ladang boleh membuat pinjaman perumahan sehingga 60,000 dengan kadar faedah 1 peratus. Kadar faedah yang amat rendah daripada baki pinjaman terakhir yang dianggap paling rendah dari lain-lain skim pinjaman perumahan kerajaan.

Secara keseluruhan dari tahun 2012 hingga 17 November 2014, terdapat sejumlah 136 permohonan diuruskan oleh BSN. RM50 juta yang kita peruntukan itu, kita park duit kita ini. Kita parking duit kita ini di BSN. Hanya 67 permohonan ataupun 49.3 peratus mendapat kelulusan pembiayaan, manakala 67 permohonan ataupun 49.3 peratus permohonan gagal, selebihnya dua permohonan masih dalam tindakan BSN. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang amat memuaskan. Soalan tambahan saya, saya ingin tahu apakah program yang dirancang pekerja ladang untuk memupuk budaya kerja yang unggul, cinta negara dan persekitaran, pembelajaran dan kokurikulum untuk menentukan anak-anak pekerja ladang akan lebih berjaya dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

■1030

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Senator yang bertanya atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap pekerja-pekerja ladang ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, mengikut rekod Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia terdapat seramai 321,187 orang pekerja telah digajikan secara terus oleh pihak ladang. Daripada jumlah ini seramai 78,729 orang pekerja tempatan, manakala 243,000 pekerja asing. Perangkaan ini menunjukkan memang negara masih bergantung kepada pekerja asing dan tidak kurang juga pekerja tempatan kita.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan tindakan kerajaan atau kementerian dalam memastikan supaya taraf hidup dan kemudahan dapat diberikan kepada pekerja-pekerja ladang dan anak-anak mereka.

Page 12: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

6 DN 16.12.2014

Sebenarnya bagi kita, kita tidak mengehadkan ataupun tidak membezakan faedah-

faedah yang perlu diperoleh oleh pekerja sama ada di syarikat-syarikat, industri dan juga ladang-ladang.

Sudah tentulah kita berharapkan supaya ladang-ladang ini juga memberikan perhatian kepada pekerja-pekerja mereka. Mereka harus sedar bahawa sumbangan yang diberikan oleh pekerja ladang kepada kemajuan ladang mereka hasil daripada pekerja itu sendiri. Jadi tahap kesihatan, tahap kemajuan pendidikan perlu diberi. Bagi kita, kita mempunyai beberapa buah jabatan, Jabatan Tenaga Kerja yang sentiasa membuat tinjauan dan lawatan kerja ke ladang-ladang.

Begitu juga daripada segi keselamatan pekerja-pekerja ini, sebab kita ada jabatan khas tentang keselamatan dan kesihatan pekerja, sama ada mereka di ladang atau di industri-industri atau mana sahaja, maka tanggungjawab kita, kita sentiasa lakukan untuk memastikan supaya tahap kesihatan, tahap pendidikan, tahap keselamatan pekerja-pekerja, termasuklah di ladang ini, dapat kita pastikan. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan

tambahan, silakan Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih. Saya nak balik kepada

soalan asal mengenai masalah perumahan pekerja ladang dan bekas pekerja ladang. Kalau kita lihat jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kelemahan yang ada dalam Tun Razak Housing Scheme itu, telah menyebabkan kerajaan mewujudkan beberapa inisiatif yang lain, contohnya peruntukan undang-undang untuk menjamin perumahan pekerja ladang dan bekas pekerja ladang. Contohnya peruntukan di Kanun Tanah Negara, soalan saya ialah adakah peruntukan-peruntukan ini, macam yang saya cakap, contoh di Kanun Tanah Negara di mana kelulusan Estate Land Board (ELB) ia memerlukan untuk memajukan atau jual sesuatu estate itu, daripada segi keberkesanannya, berapa efektif peruntukan-peruntukan ELB ini daripada segi menjamin perumahan pekerja ladang dan bekas pekerja ladang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang

Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya hendak kembali juga kepada soalan asal yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator yang pertama, dan kedua, tadi. Cuma kita boleh mengakui bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu kita tingkatkan, umpamanya daripada peruntukan yang telah pun kita sediakan sebanyak RM50 juta ini, Tuan Yang di-Pertua.

Kita masih lagi mendapat sambutan yang kurang menggalakkan kerana mungkin saya kira taraf hidup penduduk negara kita, bukan sahaja di bandar ataupun di ladang, mereka inginkan memiliki rumah yang lebih selesa. Jadi kalau dengan kos RM50,000 ini, sudah tentulah kadar keadaan rumahnya mungkin tidak baik untuk mereka dan mungkin mereka berkemampuan untuk membeli rumah selepas itu. Kita tidak mensyaratkan untuk mereka membeli di ladang-ladang seperti mana yang telah pun disebutkan pada awal tadi.

Sebab itulah skim khas perumahan pekerja ladang ini dengan peruntukan RM50 juta ini, kita berikan kepada pekerja-pekerja kita. Hari ini saya difahamkan kalau rekod kita tidak silap sebanyak RM2.5 juta dibelanjakan daripada peruntukan yang disediakan. Jadi maknanya sambutan masih agak rendah. Saya telah berbincang dengan pegawai-pegawai kita di kementerian, bagaimana kita boleh mencari jalan supaya peruntukan yang ada ini dapat kita berikan galakan kepada pekerja-pekerja ladang supaya merebut peluang ini. Mungkin ada kelemahan-kelemahan lain yang perlu kita lihat termasuklah seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator tadi, tentang Land Code punya peraturan, apa boleh memenuhi kehendak-kehendak yang diperlukan oleh pekerja ladang ini?

Saya melihat sebenarnya, sebagai contoh yang pernah saya bincangkan, katalah pekerja itu membeli rumah di kawasan ladang berkenaan, andai kata pekerja itu dibuang kerja akibat tindakan melanggar undang-undang umpamanya, sudah tentulah mereka berada dalam keadaan serba salah, kerana mereka telah beli tanah dan rumah di situ, yang dibiayai oleh melalui pinjaman ini, tetapi tanah itu berhampiran dengan ladang yang dimiliki oleh tuan mereka. Sudah tentulah keadaan-keadaan seperti ini boleh menjejaskan keselesaan hidup kepada pekerja-pekerja ini.

Page 13: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 7

Walau bagaimanapun, oleh sebab ini melibatkan undang-undang Yang Berhormat,

saya akan rujuk balik dan saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita

beralih ke soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Dato’ Chai Kim Sen. Silakan Yang Berhormat.

3. Dato' Chai Kim Sen minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, langkah-langkah

kerajaan yang mudah dan cekap untuk meringankan bebanan para pengusaha tidak kira bagi industri-industri perkilangan, pertanian dan perladangan dalam proses permohonan untuk mengupah pekerja-pekerja asing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi, salam bahagia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Chai Kim Sen berhubung dengan memudahkan untuk mengambil pekerja asing untuk bekerja dalam sektor-sektor yang telah disebutkan tadi.

Akan tetapi ingin saya sebutkan juga, walaupun kerajaan kementerian amat peka dengan keadaan yang sedemikian rupa dan keperluan pihak majikan mendapat pekerja asing dengan seberapa cepat yang boleh. Akan tetapi falsafah di sebalik mewujudkan sistem-sistem yang tertentu yang nampaknya amat payah, kompleks dan sebagainya adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada banyak pihak. Umpamanya kalau kita lihat the chart flow bagi melantik pekerja-pekerja asing ini menerusi satu-satu sistem ini, pertama untuk melihat sama ada majikan ini berkemampuan menggaji orang sebanyak mana yang dipohon. Itu yang pertama.

Kedua, sama ada berkemampuan mencari pekerja-pekerja tempatan, itu yang kedua. Memberi peluang kepada pekerja tempatan sebelum memberi peluang mengambil orang asing, mengambil bekerja di perkilangan mereka. Yang ketiga ialah untuk memastikan bahawa apabila orang, bila sudah ambil pekerja luar itu tadi mempunyai tempat kediaman, tempat pekerjaan dan sebagainya. Kalau tidak, bebanan itu akan dihadapi oleh negara kita. Dalam keadaan sedemikian, kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan majikan yang memerlukan pekerja asing untuk beroperasi.

Sehubungan ini, kerajaan telah menubuhkan pusat kelulusan setempat atau one-stop centre Kementerian Dalam Negeri bermula 1 Ogos 2005 lagi dan menempatkan

pegawai-pegawai dari agensi kawal selia secara sepenuh masa mengikut sektor. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu dan memudahkan majikan di pelbagai sektor untuk mendapatkan pekerja asing. Kerajaan juga telah menetapkan bahawa setiap permohonan majikan yang lengkap dan menetapi kriteria serta syarat yang ditetapkan akan diberi kelulusan pada hari yang sama.

Ini bagi memastikan majikan yang memerlukan pekerja asing mendapat kelulusan kuota untuk mengambil pekerja asing berdasarkan keperluan sebenar majikan pada hari yang sama untuk membantu majikan yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Bagaimanapun, prosedur pengambilan pekerja asing ini turut melibatkan komitmen majikan itu sendiri untuk mempercepatkan proses mengambil pekerja asing yang mana majikan sewajarnya memastikan permohonan mereka memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh agensi kawal selia.

Dalam hal ini, pihak majikan boleh mendapatkan senarai semak dan borang permohonan mengambil pekerja asing di Portal Kementerian Dalam Negeri bagi memudahkan pihak majikan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum mengemukakan permohonan di one stop centre Kementerian Dalam Negeri.

■1040

Namun begitu, kerajaan sentiasa mengambil langkah untuk membaik kualiti penyampaian perkhidmatan dalam setiap proses permohonan kelulusan dan penguatkuasaan pekerja asing.

Page 14: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

8 DN 16.12.2014

Justeru itu, kerajaan berhasrat untuk melaksanakan permohonan pengambilan

pekerja asing secara online bagi memudahkan majikan untuk mengemukakan permohonan tanpa perlu hadir ke OSC ataupun one-stop centre, Kementerian Dalam Negeri.

Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam peringkat kajian dan penelitian memandangkan proses pengambilan pekerja asing melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Sistem ini juga dijangka akan mengambil kira pengurusan pekerja asing secara holistik merangkumi peranan agensi kawal selia peringkat pelaksanaan, pemantauan dan juga penguatkuasaan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Dato’ Chai Kim Sen: Tuan Yang di-Pertua, terdapat empat NGO mengadakan

persidangan akhbar semalam. Mereka merayu kepada kerajaan untuk menukarkan permit pekerja asing di bawah program 6P kepada permit sementara yang boleh diperbaharui setiap 12 bulan sehingga maksimum 10 tahun. Empat NGO ini adalah daripada bidang pembinaan. Mengikut kata mereka, terdapat 100,000 orang pekerja asing yang mahir dari bidang pembinaan di bawah program 6P akan sampai masanya pada bulan depan dan terpaksa pulang ke negara masing-masing.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, bagi pekerja asing yang mahir yang mana majikan telah banyak membuat banyak pelaburan daripada segi latihan dan wang, mengapa kerajaan tidak memperkenalkan dasar pekerja asing yang lebih kekal dan bukan ad hoc. Apa langkah yang akan diambil sekiranya bilangan yang besar pekerja asing ini enggan keluar dari negara dan terus menjadi pekerja asing tanpa izin pada bulan Januari 2015. Terima kasih.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Saya cukup memahami apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator itu tadi dan saya juga memahami keperluan dan kehendak bidang industri ini. Sebagai seorang yang banyak terlibat dengan perkilangan, saya memahami, apabila kita telah melatih seseorang pekerja, memakan masa yang lama untuk melatih seseorang pekerja itu untuk mahir dan mengetahui dalam bidang-bidang industri yang mereka telah ceburi sendiri. Selepas itu apabila dihantar balik, maknanya syarikat akan kehilangan guna tenaga manusia yang telah mendapat latihan yang mempunyai cost outlay yang mungkin tertentu daripada pihak industri ini.

Jadi dalam perkara ini, saya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kajian yang sedang membuat kajian dan saya sebenarnya berhasrat pada bulan Januari ingin menjemput pihak-pihak wakil industri ini dengan harapan saya boleh menjemput empat NGO. Saya akan berhubung dengan Yang Berhormat, empat NGO yang membuat cadangan ini nanti untuk berhadapan dengan saya untuk memberi saranan mereka kepada saya dan kita akan kaji bersama semua kementerian terlibat, jabatan-jabatan agensi yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang dan juga untuk melantik pekerja ini akan dibawa bersama.

Harapan saya pada penggal yang pertama pada tahun hadapan saya akan membuat laporan atas kajian saya itu kepada Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk diterima pakai oleh kerajaan selepas jawatankuasa Kabinet menilai sama ada wajar ataupun tidak wajar. Terima kasih.

Tuan Zali bin Mat Yasin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya

rasa ini soalan saya yang pertama. Soalan saya, kita ingin menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 dan berpendapatan tinggi tetapi kita masih lagi bergantung kepada buruh asing yang murah. Ini belum lagi diambil kira tentang masalah sosial yang dibawa dan ada sesetengah pekerja asing ini, mereka ini kebanyakannya yang terus menetap di negara kita dan menimbulkan masalah daripada segi polarisasi kaum. Jadi soalan saya, apa jaminan kerajaan pada masa akan datang untuk meminimumkan pekerja asing ini di negara kita pada masa akan datang? Terima kasih.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Bahawa tidak lengkap jawapan saya kepada Yang Berhormat Senator yang bertanya dahulu daripada ini untuk menjawab persoalan ini. Salah satu daripada bidang yang saya lihat ialah apa yang disoal oleh Yang Berhormat itu tadi bahawa cara untuk mengurangkan pekerja asing datang ke negara kita ini untuk kita bergerak ke hadapan daripada menggunakan buruh murah dalam industri-industri yang kita sebutkan tadi. Kita boleh bergerak kepada automation dan mechanization, dengan izin, menggunakan bahasa Inggeris sebab saya tidak tahu Bahasa Malaysianya.

Page 15: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 9

Dengan itu mungkin kita boleh mengurangkan tetapi malang sekali nampaknya

industri kita kurang melangkah ke jejak itu untuk mengurangkan menggunakan guna tenaga Malaysia dan membuat penyelidikan untuk penggunaan mesin dan komputer untuk memperbaiki dan memberi lebih efficiency kepada perkilangan dan perladangan mereka.

Dalam sudut ini, saya juga akan menjemput pihak-pihak industri ini berjumpa dengan saya sebelum saya membuat laporan ini nanti kepada Jawatankuasa Kabinet yang saya sebutkan tadi supaya beberapa fakta yang saya hendak laporkan kepada Cabinet Committee itu akan lengkap bukan sahaja dalam sudut sistem penggajian pekerja asing, bagaimana untuk mengembalikan pekerja asing itu untuk kembali ke negara mereka selepas tamat perkhidmatan mereka di Malaysia dan ketiga ialah untuk mendorong atau mendesak pihak industri untuk mengurangkan penggunaan pekerja asing dan menggunakan pihak-pihak yang lebih terlatih dan berkemahiran tinggi dan mungkin menggunakan mechanization, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita

beralih kepada soalan yang seterusnya. Saya dimaklumkan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat tidak hadir pada pagi ini namun, Yang Berhormat telah pun mengamanahkan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany. Silakan Yang Berhormat.

4. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit [Di bawah P.M. 23(2)] minta Menteri

Kesihatan menyatakan, apa program yang dilaksanakan untuk mengatasi penularan wabak denggi yang mengancam negara kita dan peruntukan yang disediakan untuk melaksanakan tindakan ini.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Hajah Mariany. Sebenarnya, saya ingin memohon daripada Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab tiga soalan sekali gus.

Satu daripada Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat, esok iaitu 17 Disember 2014 daripada Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany sendiri, yang mana hari ini saya sudah jawab dan pada 18 Disember, soalan daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat. Semuanya berkenaan dengan denggi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, bilangan kes denggi yang

dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh bukan Januari hingga 13 Disember untuk minggu lepas ialah sebanyak 100,661 kes berbanding dengan tahun lepas pada tempoh yang sama 39,222 dan jumlah kematian dalam tempoh tersebut ialah 190 pada tahun ini dan pada tahun lepas, 82 sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani situasi denggi di negara pada masa kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan tindakan bersepadu menangani denggi melalui penubuhan jawatankuasa peringkat kebangsaan mengenai denggi yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sebanyak tujuh kementerian lain juga terlibat sama iaitu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan juga serta semua setiausaha kerajaan negeri. Susulan daripada itu Tuan Yang di-Pertua, sebuah pelan tindakan jawatankuasa peringkat kebangsaan mengenai denggi telah dilaksanakan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM27.6 juta yang diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Pelan tindakan bersepadu dijalankan melalui operasi khas yang dinamakan sebagai Operasi Mega yang telah dijalankan selama dua bulan iaitu mulai dari 14 Julai 2014 hingga 14 September 2014 di kawasan Lembah Klang, Seremban, Negeri Sembilan, manakala untuk negeri Kelantan, Operasi Mega dilaksanakan pada 21 Ogos 2014 hingga 21 Oktober 2014. Tindakan yang akan saya bacakan ialah untuk yang telah dibuat melalui program ini Tuan Yang di-Pertua, iaitu satu meningkatkan kerjasama dengan agensi lain seperti RELA, JPAM, PDRM bagi membantu aktiviti pemusnahan tempat pembiakan aedes di kawasan Lembah Klang, Seremban dan juga di Kelantan.

Page 16: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

10 DN 16.12.2014

■1050

Kita juga bekerjasama dengan CIDB ataupun Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dalam melaksanakan pemeriksaan aedes di tapak binaan terutama di kawasan-kawasan yang ada wabak denggi.

Ketiga, merealisasikan pasukan kawalan denggi dari negeri-negeri lain ke Lembah Klang yang melibatkan 151 pasukan dengan 420 orang anggota. Juga tindakan outsource kerana tidak cukup kakitangan, maka kita outsource semburan kabus ataupun fogging. Ini dijalankan di Daerah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kota Bharu. Kita lantik satu pest control operator Tuan Yang di-Pertua dalam hal ini.

Kelima, menambahkan lagi jawatan, ambil pekerja sebagai pekerja sambilan 450 jawatan semuanya untuk 11 buah negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Kelantan. Jika kita outsource kutipan sampah Tuan Yang di-Pertua, ini kita peruntukan sebanyak RM1.4 juta kepada pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dan Kelantan. Kita tambah kepada apa yang telah dibelanjakan.

Meningkatkan kualiti pengurusan kes denggi melalui sistem yang lebih mudah iaitu dengan kita panggil Dengue Clerking Sheet, Home-based Card dan Combo Rapid Test Kit. Juga kita sediakan waktu klinik tambahan untuk operasi klinik tambah lagi sehingga ke malam- extended hours dipanggil. Juga kita adakan klinik khas untuk denggi. Selain itu juga kita adakan aktiviti pendidikan melalui televisyen, radio dan akhbar. Ini kita belanja RM5 juta Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu di peringkat masyarakat, kita tubuhkan pasukan COMBI ataupun Communication for Behavior Change khas untuk masalah denggi Tuan Yang di-Pertua, dan terdapat lebih daripada 2,000 pasukan COMBI di seluruh Malaysia. Juga kita mengadakan pasukan khas pendidikan kesihatan dipanggil PAKAT dan telah pun kita adakan 59 orang pegawai pendidikan kesihatan. Ini khas untuk negeri Selangor sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Kita juga menggunakan operasi “Gempur Aedes”. Ini di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan dijalankan sejak bulan Julai tahun 2013, Tuan Yang di-Pertua. Hasil daripada tindakan-tindakan yang telah dibuat, maka didapati untuk dua bulan aktiviti yang dijalankan terdapat pengurangan sebanyak 51 peratus kes denggi di Negeri Sembilan, 48 peratus di negeri Selangor, 36 peratus di Wilayah Persekutuan dan Kelantan kurang 69 peratus.

Seterusnya juga Tuan Yang di-Pertua, kita adakan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi di peringkat negeri masing-masing. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin menyatakan di sini, difahamkan kita menggunakan strategi yang lama iaitu sudah 50 tahun, strateginya masih sama dan terima kasih di atas tambahan peruntukan. Akan tetapi walau bagaimanapun kalau strateginya strategi lama masih digunakan, dikhuatirkan akan kurang kejayaannya.

Juga saya ingin menambah bahawa maklumat mengatakan bahawa dengan kenaikan jumlah jangkitan denggi, kita telah- ada yang mengatakan bahawa dengan izin, it is a lost battle. Saya mohon penjelasan juga yang mengatakan klinik-klinik yang buka hingga 10 malam, kadang-kadang tidak berkesan kerana selama 48 jam tidak ada tindakan ataupun rawatan yang dibuatkan. Saya mohon penjelasan.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, tindakan yang telah kita

buat di bawah Kementerian Kesihatan memang kita ambil tindakan yang kos efektif Tuan Yang di-Pertua. Ada tindakan-tindakan lain seperti yang saya pernah dahulu tentang GMO, tentang nyamuk yang genetically modified nyamuk ini iaitu ia tidak kos efektif, kos terlalu tinggi. Oleh sebab itu kita tidak menggunakan kaedah itu untuk hendak mengurangkan vektor.

Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua dalam hal mengawal denggi ialah vector control. Ini melibatkan bukan hanya kementerian tetapi yang saya sebut tadilah. Semua agensi, NGO dan sebagainya dan seluruh rakyat kena terlibat dalam hal ini. Mereka kena main peranan masing-masing. Makna kita hendak kawal vektor dan nyamuk aedes.

Page 17: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 11

Masalahnya di banyak negeri terutama di Selangor adalah masalah kutipan sampah. Ini kalau sampah tidak dikutip, ia akan jadi tempat pembiakan nyamuk. Plastik 5cc pun sudah cukup untuk hendak membiak dan telur nyamuk ini ia tahan sampai enam bulan. Kalau kering tahan sampai enam bulan, kemudian apabila air masuk balik, ia akan membiak balik, enam bulan ia tahan. Ia boleh terbang sehingga 20 tingkat, ia boleh terbang sehingga radius 200 meter. Jadi satu masalah besar yang kita hadapi.

Jadi yang sangat penting ialah kita mengawal vektor itu, dan memanglah denggi ini berbagai. Ia ada empat jenis stereotaip Tuan Yang di-Pertua, gen 1, gen 2, gen 3 dan gen 4. Kalau kena satu, kita mungkin akan kena lagi tiga jenis. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat daripada segi pencapaian kita berbanding dengan tahun lepas, memang kata Yang Berhormat Senator Mariany, memang sebenarnya perkara ini berlaku bukan hanya di negara Malaysia, tetapi di negara jiran pun berlaku begitu juga, fenomena yang sama. Makna kes denggi meningkat walaupun usaha dibuat berbagai-bagai termasuk juga di Singapura Tuan Yang di-Pertua. Di mana kita katakan Singapura ini bersih tetapi berlaku juga pertambahan kes denggi. Jadi ini satu perkara yang it’s global phenomenal Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang saya setuju

dengan jawapan Yang Berhormat Menteri berkata bahawa wabak denggi ini fenomena antarabangsa sebab seluruh dunia sudah berlaku 100 juta kes. Di berita dunia pada pagi ini di Guardian, yang memaparkan bahawa saintis telah menemui antibodi denggi yang berpotensi untuk dijadikan sebagai vaksin untuk denggi. Pakar imunologi berkata bahawa tanpa vaksin tidak mungkin kita dapat mengawal kejadian denggi yang berlalu secara endemik. Apa langkah persediaan kementerian untuk melaksanakan pemvaksinan khususnya untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang berpadatan tinggi, sekiranya vaksin ini melepasi ujian di peringkat antarabangsa? Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, memang sekarang ini

banyak usaha dibuat untuk mencari kaedah vaksin ini, untuk mendapatkan vaksin yang sesuai, yang efektif. Setakat ini memanglah banyak claim dibuat tetapi masih lagi kita lihat tidak berjaya sepenuhnya. Apa yang paling hampir kepada kejayaan ialah vaksin daripada- saya sebut di sini Syarikat Sanofi Pasteur.

Mereka menjangkakan bersedia untuk melancarkan penggunaan vaksin ini pada tahun hadapan, pertengahan tahun hadapan. Mereka sudah buat clinical test sehingga peringkat ketiga. Jadi- tetapi efficacynya Tuan Yang di-Pertua, hanya lebih kurang 50 peratus, 50 peratus pun saya kira boleh digunakan kerana daripada tidak ada apa lebih baik kita guna vaksin yang ada. Jadi ini ada- tetapi memang ada kaedah-kaedah lain yang dibawa ke pengetahuan kita, akan tetapi kita masih belum yakin tentang keberkesanan mereka. Akan tetapi yang saya sebutkan tadi Sanofi Pasteur vaksin ini nampaknya boleh kita lancarkan tahun hadapan. Mereka ready, bersedia untuk lancarkan pada tahun

hadapan Tuan Yang di-Pertua.

5. Dato' Khairudin bin Samad minta Menteri Pengangkutan menyatakan, jumlah

saman yang dikeluarkan dalam operasi bersepadu besar-besaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan gagal mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran, penggunaan strobe light dan lampu HID di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, mulai 1 November 2014 sehingga 16 November 2014, sebanyak 9,679 sama telah dikeluarkan dalam operasi khas melibatkan kesalahan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan, penggunaan lampu High Intensity Discharged (HID) secara retrofit dan penggunaan strobe light. Pecahan kesalahan adalah seperti berikut:

Page 18: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

12 DN 16.12.2014

Kesalahan Jumlah (Bil. Saman)

Nombor pendaftaran kenderaan 8,345

Lampu HID 524

Strobe light 810

■1100

Seterusnya untuk tahun 2012, kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, saman dan notis sebanyak 24,553 dan pada tahun 2013 sebanyak 60,372. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Khairudin.

Dato’ Khairudin bin Samad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang

Berhormat Timbalan Menteri. Saya beruntung sedikit dapat jawapan dua hari berturut-turut. Semalam sewaktu penggulungan sudah ada jawapan daripada Menteri, hari ini kebetulan keluar nombor lima pula, dapat jawapan lagi. Akan tetapi soalan saya sekarang, soalan tambahan saya, kita difahamkan JPJ mencari kesalahan-kesalahan oleh sebab terlalu banyak kemalangan Soalan saya- ini kerana media sosial, rakyat marah, sudahlah JPJ membuang waktu untuk memeriksa kereta-kereta ini yang peliknya kenapa nombor kereta itu diukur menghabiskan waktu pemandu di jalan raya, menghabiskan waktu mereka berjam-jam untuk tunggu JPJ bawa pembaris untuk ukur nombor kereta. Apa kena-mengena nombor kereta dengan kemalangan jalan raya, yang itu menjadi pelik kepada kita.

Kita tahu ada orang yang langgar lari jadi kita cari yang nombor kereta tidak nampak. Kalau sebab itu sama ada JPJ standardize dengan izin, dia keluarkan nombor kereta. Jadi tidak ada masalah, orang tidak akan buat fancy lagi, orang tidak akan

keluarkan nombor kereta ikut suka. Ini kita pergi kedai, kedai cadangkan kepada kita, kita akan buat keluarkan nombor. Jadi terpulang kepada JPJ sekarang sama ada you standardize atau jangan cari kesalahan nombor kereta kerana kemalangan. Kalau alasan lain kita boleh terima. Kalau kemalangan jalan raya hendak check nombor kereta, saya

minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong bagi penjelasan sedikit soal ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang

sebenarnya plat nombor tidak menjadi punca kepada kemalangan tetapi masalahnya penguatkuasaan terhadap plat nombor ini untuk menangani kenderaan-kenderaan klon dan juga jenayah. Langkah ini kerana kedapatan daripada AES terdapat 38,314 kes gagal diselesaikan oleh pihak JPJ kerana penggunaan nombor palsu dan ini dapat dikesan melalui AES.

Kedua, terdapat 48,413 kes gagal diselesaikan kerana penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi, fancy, mengelirukan dan tidak dapat dibaca. Maka sebab itu pihak JPJ begitu serius bagi menangani masalah-masalah ini. Selain itu juga, masalah jenayah akan dapat dikawal sekiranya nombor-nombor klon ataupun nombor-nombor palsu yang terdapat dalam kes kejadian kereta curi, ini akan dapat dibendung.

Selain itu, masalah plat nombor yang tidak dapat dibaca ini, apabila berlaku kemalangan pihak berkuasa susah hendak menghubungi waris pemilik kereta kerana nombor tidak dapat dibaca dan ini menyukarkan dalam usaha membantu mangsa kemalangan. Jadi inilah punca-punca dan sebab pihak JPJ membuat penguatkuasaan ini untuk menangani masalah-masalah yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Soalan tambahan dipersilakan Datuk Seri Syed Ibrahim.

Page 19: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 13

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

hendak mengajukan satu soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang mana AES ini telah pun berkuat kuasa sudah lama tetapi saya banyak dapat berita dari luar yang mengatakan tidak payah bayar saman-saman AES ini, fasal apa dia tidak akan buat penguatkuasaan ataupun dia akan caj kan di mahkamah. Adakah berita ini betul? Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini mengenai AES

ini JPJ masih mengendalikan AES dan operasi melibatkan 10 buah kamera dan 4 kamera mobil di 14 buah lokasi sedia ada. Memang kerajaan telah menangguhkan roll out AES ini dan juga penangguhan prosiding pendakwaan AES di mahkamah mulai 17 Disember 2012 atas seperti mana arahan Peguam Negara. Mungkin atas arahan Peguam Negara ini pihak yang menerima saman mengambil kira itulah keputusan kerajaan tetapi apa yang disebutkan hanya menangguhkan prosiding pendakwaan AES di mahkamah. Itu sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Beralih kepada soalan seterusnya dipersilakan Dato’ Hajah Dayang Madinah.

6. Dato' Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta Menteri

Pendidikan menyatakan gejala “buli” tidak boleh dibiarkan bermaharajalela di kalangan pelajar sekolah, kolej atau asrama dan perlu perhatian serius. Apa pihak kementerian perlu memperkenalkan "KPI" untuk sekolah, kolej dan asrama bagi membendung kejadian buli pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam isu buli dalam kalangan murid sekolah yang sering dibangkitkan di media.

Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab bersekali pertanyaan lisan yang berhubung kait dengan perkara-perkara ini yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini. Pertanyaan tersebut adalah oleh Yang Berhormat Dato’ Dayang Hajah Madinah bin Tun Abang Haji Openg soalan nombor enam dan Yang Berhormat Dato’ Lim Nget Yoon soalan nombor 13.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan murid-murid sekolah berada dalam situasi disiplin yang baik dan harmonis. Prestasi disiplin murid yang baik akan memberi kesan kepada kecemerlangan akademik dan keterampilan sahsiah diri. Walaupun kes buli di sekolah dan di asrama mencetuskan kebimbangan kepada ibu bapa dan juga penjaga murid, namun kes buli masih berada di tahap terkawal dan dapat dibendung oleh pihak pentadbir sekolah.

Berdasarkan laporan yang diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2014, purata kes buli melibatkan murid sekolah adalah seramai 3,019 orang daripada jumlah pelajar 5.2 juta atau hanya 0.06 peratus dan tindakan tegas telah pun diambil terhadap semua pelaku.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan salah laku buli masih lagi terkawal, Kementerian Pendidikan Malaysia buat masa ini belum bercadang untuk memperkenalkan KPI bagi isu gejala buli di sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menghalang berlakunya kejadian buli adalah menguatkuasakan Surat Pekeliling Ikhtisas, Bil. 8/2010- Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah yang menggariskan:

(i) mengadakan peti aduan murid atau saluran aduan murid secara berkesan di sekolah dan di asrama;

Page 20: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

14 DN 16.12.2014

(ii) peranan jawatankuasa disiplin sekolah dan asrama perlu

diaktifkan sepenuhnya agar dapat menyiasat, meneliti serta mengambil tindakan segera terhadap semua aduan yang dibuat oleh murid atau pihak berkepentingan;

■1110

(iii) sesebuah sekolah dikehendaki menghapuskan budaya tertentu oleh murid yang berlawanan dengan prinsip pendidikan, akhlak dan usaha memupuk budi pekerti yang baik dalam kalangan murid sekolah;

(iv) sekiranya sekolah dan asrama ada melaksanakan aktiviti orientasi atau suai kenal terhadap murid baru, maka aktiviti tersebut hendaklah berada di bawah kawalan guru sepenuhnya;

(v) bagi sekolah berasrama, kewujudan guru atau warden hendaklah dapat dirasai oleh penghuninya sepanjang masa; dan

(vi) kempen dan penjelasan terhadap kesan perbuatan buli perlu dibuat secara berterusan dan boleh melibatkan pihak luar seperti Polis Diraja Malaysia, Persatuan Ibu bapa dan guru atau pihak lain yang difikirkan berkaitan.

Sekiranya terdapat murid-murid yang masih ingkar dan melanggar peraturan-

peraturan ini mereka boleh dikenakan tindakan hukuman termasuklah: (i) amaran keras, perlu tandatangan surat aku janji;

(ii) dilarang menggunakan kemudahan sekolah atau asrama atau

mengambil bahagian dalam program atau aktiviti sekolah untuk suatu masa tertentu;

(iii) dikenakan hukuman rotan tidak melebihi tiga kali atau digantung

persekolahan selama tempoh tidak melebihi 14 hari atau hukuman buang sekolah sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat murid-murid yang masih melakukan perbuatan buli.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan diambil bukan sahaja kepada murid, malah melibatkan pihak pengurusan sekolah sekiranya didapati lalai dalam menguatkuasakan peraturan tersebut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri yang telah memberi jawapan yang begitu jelas. Saya hendak bertanya sedikit tentang bagaimanakah kaedah waktu pengambilan para pelajar baru. Adakah pihak pentadbiran sekolah mengambil kira tentang rekod keperibadian ataupun perilaku setiap pelajar sama ada mereka yang sudah ada rekod negatif maksud saya ada terpengaruh ataupun mencebur diri dalam gengsterisme dan sebagainya supaya dapat dihindarkan mereka daripada masuk duduk di asrama. Terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat

senator dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita sentiasa melakukan pemantauan dan juga kita sentiasa melihat latar belakang pelajar di asrama. Akan tetapi apabila kita mengambil pelajar-pelajar tersebut, pelajar-pelajar itu masih tidak ada apa-apa masalah disiplin. Akan tetapi sekiranya ada, pihak kaunselor di setiap sekolah ini ada kaunselor. Biasanya kita akan merujuk pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin kepada kaunselor. Kebiasaannya masalah-masalah dapat diselesaikan.

Seperti mana yang saya katakan tadi daripada 5.2 juta orang murid kita yang

belajar di sekolah, yang masalahnya dalam 3,019. Walaupun angkanya kurang daripada 1 peratus, namun Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan melepaskan tanggungjawab mereka kerana perkara ini sangat penting.

Pembinaan akhlak ini bermula daripada kita di bangku sekolah dan ini peluang kita

untuk membantu anak-anak ini dididik dengan cara yang terbaik menunjukkan kepada mereka keterampilan yang terbaik supaya kita memberi fokus kepada pendidikan dan bukan sahaja pendidikan, akhlak murid juga dibina semasa berada di sekolah.

Page 21: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 15

Maka seperti mana yang saya telah maklumkan sebentar tadi, sekiranya ada

masalah, pihak kaunselor akan memberikan nasihat bukan sahaja kepada anak murid tersebut, tetapi juga akan menjemput ibu bapa memaklumkan kepada ibu bapa masalah ini dan kerjasama ibu bapa, guru-guru ramai pelajar kita telah berjaya membantu mereka untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Kita akan terus, kita tidak gembira dengan 0.06 peratus ini. Kalau boleh kita hendak kosongkan, itu harapan kita. Kita pasti dan kita percaya kita akan berjaya sampai ke matlamat tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima

kasih kepada Timbalan Menteri dan saya setuju dengan Timbalan Menteri iaitu kita kalau boleh kita kena kosongkan figure itu sebab saya rasa dengan izin, prevention is always better than cure. Yang ingin saya tanya sekarang ini mengenai masalah di sekolah asrama penuh. Sebab saya ada satu kes yang datang lapor di mana pelajar itu melaporkan bahawa dia sakit kepada warden dan seorang warden mengambil masa empat jam untuk melihat pelajar tersebut. Dalam tempoh empat jam itu pelajar itu sehingga tidak boleh berjalan untuk turun tangga untuk dibawa ke sosial. Jadi soalan saya kepada kementerian, berapa ratio antara pelajar dan warden.

Keduanya, berapa elaun yang kita bayar kepada warden ini untuk bertugas

sepanjang masa sebab saya berjumpa dengan pengetua sekolah tersebut dan saya dimaklumkan apa yang dijawab bayaran sedikit sahaja, macam mana hendak jaga pelajar yang begitu ramai. Dia kata, ratio tidak cukup. Jadi saya rasa ini satu masalah yang serius.

Yang pertama kalau kita hendak menangani buli dan juga menangani masalah-masalah semasa pelajar, kita harus melihat kepada ratio antara warden dan juga pelajar itu sendiri, terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat

Senator. Saya berharap Yang Berhormat Senator dapat mengemukakan sekolah dan asrama yang tersebut. Harus kita ambil maklum juga bukan semua asrama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Contoh MRSM bukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, kita bekerjasama juga dengan semua pusat pengajian tinggi di sekolah menengah, sekolah rendah, asrama, guru-guru kita punya. Ratio antara pelajar dan warden buat masa ini tidak ada bersama saya. Saya boleh berikan maklumat ini kepada Yang Berhormat.

Akan tetapi kita juga sedar. Kita juga menerima cadangan serta aduan

menyatakan elaun ini tidak cukup dan kita dalam proses untuk menyemak kembali, apa kos ataupun elaun yang berpatutan dan mungkin tanggungjawab warden ini kadang-kadang yang melakukan ataupun diberi tanggungjawab warden ini kepada guru-guru. Diberi tanggungjawab yang ditambah lagi sebagai warden dengan elaun yang tertentu.

Saya setuju apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi saya setuju dan

saya rasa perlu ada satu penimbangan semula bagaimana kita dapat menambah baik elaun untuk warden akan kita pertimbangkan dan yang paling penting selain daripada warden, selain daripada apa-apa pun di sini saya rasa yang paling penting ialah anak murid itu harus membuat laporan. Kita akan mengambil tindakan sekiranya ada laporan. Kita juga sedar ada beberapa kes yang tidak dilaporkan. Kita sedar.

Akan tetapi apabila kes itu tidak dapat dilaporkan, maka susah untuk pihak

kementerian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Akan tetapi kes yang dilaporkan, sudah tentu kita mengambil tindakan dan kita telah pun mengambil tindakan dalam semua aspek termasuk pihak pentadbiran sekolah. Sekiranya mereka lalai atau didapati lalai, tidak menjalankan tanggungjawab mereka, maka di sini tindakan boleh diambil sekiranya dilaporkan dan saya cadangkan dan sarankan kepada sesiapa yang terlibat dalam kes buli ini, buat laporan secepat mungkin. Terima kasih Yang Berhormat.

7. Tan Sri Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta Menteri Kesihatan

menyatakan, adakah pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan kepada pekerja-pekerja asing mencukupi untuk membendung daripada merebaknya penyakit-penyakit kritikal seperti batuk kering, kusta dan sebagainya yang mula kembali dan kini menjadi masalah.

Page 22: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

16 DN 16.12.2014

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim. Yang Berhormat, ini berkaitan dengan saringan pada pekerja-pekerja asing Tuan Yang di-Pertua.

■1120

Kerajaan memang menetapkan polisi saringan pemeriksaan perubatan pekerja asing yang bertujuan untuk mencegah kemasukan dan penularan penyakit berjangkit kritikal seperti batuk kering, kusta dan lain-lain yang dibawa masuk oleh pekerja asing ke dalam negara. Ini juga bertujuan mengurangkan beban ke atas kemudahan kesihatan awam disebabkan oleh kehadiran pekerja asing yang mempunyai penyakit kronik dan memerlukan rawatan jangka panjang.

Prosedurnya Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap pekerja asing yang dibawa masuk ke Malaysia dia mestilah membuat check up, membuat pemeriksaan kesihatan di negeri masing-masing dalam tempoh tiga bulan sebelum dia masuk. Bila didapati dia sihat, maka dia akan diberikan visa bekerja ataupun VDR, visa dengan rujukan. Kemudian bila masuk ke Malaysia, dia dalam masa sebulan kena pergi check up lagi sekali, kena buat pemeriksaan sekali lagi. Ini kalau di Semenanjung di bawah Fomema, dan kalau di Sabah, di bawah Syarikat Growarisan. Akan tetapi di Sarawak belum ada lagi syarikat konsesi dan kalau didapati memang tidak ada penyakit, maka dia mula boleh bekerja.

Akan tetapi tiap-tiap tahun selepas itu, dia kena menjalankan pemeriksaan tiap-tiap tahun, tahun pertama, tahun kedua dan seterusnya. Kita dapati bahawa contohnya di Semenanjung, saringan yang telah dibuat untuk tahun 2013, 1.27 juta orang pekerja asing, dan pada tahun 2014, tahun ini sudah 1.038 juta telah pun dibuat saringan. Di antara saringan itu didapati hampir 3 peratus yang gagal. Maknanya masih lagi tidak sihat, bermakna dia terlepas daripada pemeriksaan di negeri dia katakan sihat, tetapi datang ke sini dia didapati ada penyakit. Mereka ini kalau didapati berpenyakit kita akan rujuk kepada Imigresen dan terus pulang kepada Imigresenlah untuk hantar mereka balik.

Akan tetapi untuk kes tibi Tuan Yang di-Pertua, kita tak terus hantar. Kita bagi treatment dulu, kita berubat dulu dalam jangka masa sebulan. Dijangkakan tibi ini, kuman dia sudah tidak merebak lagi dah. Jadi dalam masa sebulan, selepas itu baru kita hantar balik dan dengan rekod dia sekali hantar balik supaya dia dapat sambung ubat dia di negeri masing-masing selama enam bulan lagi. Ini yang telah kita buat.

Kes-kes yang kita dapati Tuan Yang di-Pertua ialah yang banyak sekali ialah tibi (tuberculosis), yang kedua hepatitis B, syphilis pun ada, HIV, malaria, kusta, yang kes dadah pun ada Tuan Yang di-Pertua dan juga kes hamil pun kita tak benarkan masuk. Jadi ini kita akan terus buat saringan dan syarikat-syarikat yang di bawah kelolaan, yang di bawah pemerhatian Kementerian Kesihatan, memang kita sentiasa buat auditing supaya mereka buat kerja menepati piawaian yang telah ditetapkan, Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Kalaulah begitu angkanya ataupun pemeriksaan dibuat di negara masing-masing, agaknya sebab merebaknya penyakit ini kedatangan warga asing tanpa izin. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi angka kalau bolehlah sekarang, kalau tidak pun secara bertulis, berapa bilangan penyakit-penyakit kritikal seperti batuk kering dan sebagainya yang telah dapat dikesan di dalam negara setiap tahun. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan batuk kering ataupun penyakit tuberculosis, sehingga tahun ini minggu ke-49, tahun ini, terdapat jumlah 22,363 kes. Warganegara Malaysia 19,190 ataupun 85 peratus dan bukan warganegara 3,173 ataupun 14.1 peratus. Dengan ini yang masih banyaklah di kalangan warganegara. Memang pada satu peringkat Tuan Yang di-Pertua, penyakit tibi ini memang sudah hampir pupus, hampir habis di Malaysia tetapi oleh sebab dibawa oleh pendatang tanpa izin ataupun yang berizin pun ada juga penyakit tibi, dan penyakit tibi ini memang boleh merebak cepatlah kalau batuk. Kalau kita hampir dengan duduk ataupun berdiri dekat dengan pesakit itu, dia batuk, kita akan dapat sama.

Ini ditambah pula dengan penyakit-penyakit lain macam HIV, dia mudah dapat juga batuk kering ataupun penyakit kencing manis, diabetes, dia juga mereka akan mudah penyakit tuberculosis Tuan Yang di-Pertua. Jadi ini satu perkara yang juga dalam keadaan yang serius di Malaysia Tuan Yang di-Pertua.

Page 23: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 17

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertanyaan saya ialah, apa ada usaha memantau tempat-tempat tertentu yang telah dikenal pasti bahawa penyakit seperti batuk kering atau tibi ini berlaku dan jumlahnya besar. Misalnya baru-baru ini dilaporkan bahawa di Banting, Selangor telah berlaku peningkatan jumlah mereka yang mempunyai penyakit batuk kering ini. Adakah pemantauan dibuat oleh kementerian dan mengenal pasti punca kepada penyakit tersebut. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini, memang kita bekerjasama rapat dengan general practitioners (GP’s) doktor-doktor swasta dan juga pihak hospital kerajaan, klinik kerajaan memanglah wajib mereka melaporkan. Untuk juga kita dapat kerjasama daripada GP, general practitioners yang mereka juga akan melaporkan kes-kes yang begini dan bila ada kes yang banyak di kawasan tertentu, kita memang akan ada team pasukan kita yang akan pergi memeriksa. Contohnya, macam yang ketara sangat banyak di Sabah, di mana oleh sebab didapati kes di kawasan berkenaan banyak, ramai, jadi kita hantar pasukan kita untuk membuat pemeriksaan. Ambil dia punya kahak dia check dan juga buat pemeriksaan x-ray untuk kita kesan di kawasan yang berkenaan. Jadi ini kita buat secara berterusan Tuan Yang di-Pertua.

8. Datuk Kadzim M. Yahya minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

menyatakan, sejauh mana Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 akan memastikan jaminan makanan di Malaysia wujud apabila setiap individu, pada setiap masa, sama ada secara fizikal, sosial dan ekonomi mencapai kecukupan makanan yang selamat dan bernutrisi yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat dan aktif.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Kadzim.

Untuk makluman Dewan dan sebagai menjawab soalan daripada Yang Berhormat, keperluan kepada bahan makanan adalah terjamin di bawah dasar global makanan negara dalam tempoh 2011 dan 2020. Statistik menunjukkan yang demikian. Pertamanya, beras. Beras, kita mengeluarkan 70 peratus daripada keperluan negara iaitu sebanyak 1.7 juta metrik tan manakala keperluan 2.7 peratus, kita mengimport 853,000 tan metrik. Walau bagaimanapun, kita sedang meningkatkan produktiviti dan juga meluaskan jelapang padi untuk menambah pengeluaran ini sehingga mencapai 100 peratus dalam tempoh pada tahun 2020, insya-Allah.

Selain daripada itu, keperluan daging lembu dan kerbau, kita berada dalam kedudukan yang agak tidak begitu baik di mana pengeluaran hanya 30 peratus daripada keperluan negara iaitu 54,000 tan metrik. Permintaannya 181,000 tan metrik. Kita mengimport begitu banyak sekali dengan jumlah 2.6 bilion jumlah daging dan juga yang binatang hidup, 262 juta. Hampir 3 bilion kita mengimport daging lembu dan kerbau. Walau bagaimanapun, pada masa ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani sedang meningkatkan pengeluaran daging lembu dan kerbau ini dengan memulihkan semula rancangan NFC dan begitu juga dengan satellite farm di seluruh negara. Namun pengeluaran ayam juga keperluan kita terjamin kerana kita mengeluarkan 131 peratus daripada keperluan. Jadi kita mengeksport lebihan keperluan itu. Saya bagikan angka-angka ini sebagai bukti untuk menyokong kedudukan sebenar pembekalan makanan dalam negara kita di bawah Dasar Agromakanan.

■1130

Makanan ikan pula, kita mengeluarkan ikan sehingga 128 peratus. Pengeluaran 1.7 juta metrik tan. Permintaan 1.5 juta metrik tan. Kita mengeksport pula ikan-ikan yang bernilai seperti kerapu, sotong, udang dan lain-lain. Kita eksport. Jadi tidak ada masalah berhubung dengan ikan.

Sayur-sayuran juga merupakan bahan makanan yang penting kepada rakyat kita. Kita mengeluarkan 978,000 metrik tan. Permintaan sebanyak 1.8 juta metrik tan. Bermakna, 57 peratus sahaja pengeluaran negara kita. Kita mengimport begitu banyak sekali dengan nilai RM3.2 bilion. Ini disebabkan sayur-sayuran ada yang kita tidak boleh tanam di dalam negara kita ini.

Page 24: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

18 DN 16.12.2014

Kalau tanam pun tidak ekonomik seperti kentang, bawang, cili kering. Walaupun

kita ada banyak tanah dalam negara kita, tanah terbiar untuk diusahakan tetapi oleh sebab kesesuaian tanah ini menyebabkan tanaman yang disebutkan itu kalau ditanam pun tidak ekonomik, hasilnya tidak begitu baik. Tidak ada pilihan, jadi kita terpaksa mengimport sayur-sayuran yang saya sebutkan itu.

Manakala buah-buahan juga yang sangat penting untuk vitamin C, untuk bahan kesihatan bagi rakyat, kita mengeluarkan 1.6 juta metrik tan iaitu 57 peratus daripada keperluan 2.9 juta metrik tan. Ini disebabkan oleh banyak rakyat tempatan kita ini suka dengan buah-buahan dari luar negara seperti epal, mandarin orange, anggur dan sebagainya. Yang ini kita tak tanam dalam negara kita.

Jadi, mungkin lebih baik mulai daripada sekarang kita berkempen untuk menggalakkan rakyat makan buah-buahan tempatan. Tidak ada kurang khasiatnya. Pisang pun bagus, papaya ataupun betik pun bagus. Bagus daripada segi kesihatan, banyak vitamin C-nya, khasiatnya banyak. So, kita kena ubah psikologi rakyat Malaysia ini supaya

makan lebih buah-buahan tempatan,

Jadi daripada apa yang saya jelaskan itu menunjukkan bahawa Dasar Agromakanan Negara telah pun berhasil mengeluarkan bahan makanan yang agak mencukupi. Walau bagaimanapun, kita akan meningkatkannya dengan meningkatkan produktiviti pengeluaran padi dengan kita meluaskan jelapang padi dan kita juga akan mengusahakan tanah-tanah terbiar untuk diusahakan dengan tanaman-tanaman pelbagai jenis barang makanan.

Daripada segi kesihatan pun yang ditanya oleh Yang Berhormat iaitu daripada segi kesihatan, kita juga mempunyai peraturan-peraturan di mana Dasar Agromakanan Negara turut memberikan tumpuan untuk meningkatkan mutu dan keselamatan makanan dengan memperluaskan Malaysian Good Agriculture Practice, Amalan Pengilang Baik, Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal, Sanitari dan Fitosanitari, Skim Pensijilan Makanan dan berbagai-bagai lagi langkah untuk menjamin daripada segi kualiti dan juga keselamatan makanan-makanan yang dikeluarkan dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

Datuk Kadzim Haji M. Yahya: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah saya

ucapkan kepada kementerian dan kerajaan kerana berjaya dengan Dasar Agro makanan yang hampir membuat kita berjaya untuk menjadi self-sufficient, dengan izin, tidak lama lagi dan mungkin mencapai matlamat Agromakanan 2011.

Jadi soalan yang seterusnya, apa penekanan untuk memastikan makanan yang dikeluarkan adalah mencapai nutritional requirement, dengan izin, seperti bebas daripada

bahan-bahan kimia dan sebagainya seperti sayur-sayuran atau juga makanan ternakan yang boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang?

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat, terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kita ada beberapa tindakan yang kita ambil seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MISTI) dan juga seperti akreditasi halal serta meningkatkan mutu pembungkusan makanan. Ini semua merupakan langkah-langkah bagi memastikan kualiti makanan itu terjamin dan juga selamat untuk dimakan bagi rakyat kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab masa hari ini

dah kesuntukan dan kita banyak jawapan penggulungan daripada kementerian-kementerian, maka setakat itulah sahaja soalan lisan kita pada pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab lisan tamat.]

Page 25: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 19

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2015

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [15 Disember 2014]

Tuan Yang di-Pertua: Sebelum saya teruskan itu, saya minta salah seorang

Menteri untuk membuat satu Usul.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.36 pg.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10 malam atau sehingga selesai diputuskan dan diluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 yang mana terdahulu dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 17 Disember 2014.”

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan

masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya silakan Yang Berhormat Menteri Sumber

Asli dan Alam Sekitar menyambung jawapan daripada kementerian yang berkenaan. Silakan.

11.37 pg.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menyambung daripada saya berhenti pada malam tadi iaitu tentang mesyuarat di Cameron Highlands yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Mesyuarat membincangkan tindakan-tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti penerokaan haram di Cameron Highlands.

Page 26: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

20 DN 16.12.2014

Berhubung pencerobohan hutan di kawasan Janda Baik pula, setakat ini sebanyak

tiga aktiviti penguatkuasaan telah dilaksanakan di Hutan Simpan Kekal Lentang melibatkan kawasan seluas 68 ekar daripada keseluruhan 100 ekar yang dilaporkan telah diterokai secara haram. Antara tindakan yang telah dilaksanakan semasa aktiviti penguatkuasaan tersebut termasuk pemusnahan tanaman yang ditanam secara haram, pemeriksaan ke atas pendatang asing tanpa izin ataupun PATI serta penyiasatan peralatan dan jentera pertanian.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit telah menyentuh mengenai banjir kilat di Cameron Highlands.

■1140

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sedang melaksanakan projek melebar dan mendalamkan Sungai Bertam di Cameron Highlands, Pahang. Komponen utama projek melebar dan mendalamkan sungai sepanjang 1.9 kilometer bermula dari hulu Empangan Sultan Abu Bakar merangkumi kawasan Pekan Lembah Bertam. Projek tersebut telah bermula pada 21 November tahun 2014 dan dijangka siap pada November 2015.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit turut mencadangkan perwakilan kuasa penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengatasi masalah banjir kilat dan mempertingkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan serta mengusulkan agar Akta Pemuliharaan Tanah 1960 masih relevan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar membuat perwakilan kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan ke atas Kawalan Hakisan dan Kelodakan) 2012 kepada pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran bagi projek-projek yang tertakluk kepada kajian penilaian impak (EIA). Bagi memastikan penguatkuasaan tersebut dapat dijalankan dengan lebih berkesan, adalah wajar JPS diberikan peruntukan kewangan yang secukupnya agar satu unit khas dengan peralatan yang diperlukan juga diberi kepada JPS.

Berhubung kerjasama dengan pihak PBT di dalam mengalami isu banjir kilat, JPS telah menyediakan garis panduan yang dinamakan Manual Saliran Mesra Alam atau MSMA bagi perancangan dan reka bentuk sistem saliran secara mesra alam dan mapan terutamanya bagi kawasan pembangunan yang baru. Manual ini telah dipersetujui dan diterima oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Akta Pemuliharaan Tanah 1960 masih relevan lagi dalam pengawalan masalah hakisan dan kelodakan. Walau bagaimanapun, pemakaiannya tertakluk kepada pihak berkuasa negeri atau PBN.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat...

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

mencelah.

Dato Dr. James Dawos Mamit: Mohon mencelah? Silakan.

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya, tadi jawapan tentang akta pemuliharaan itu pemakaiannya tertakluk kepada negeri. Sekiranya negeri itu tidak mahu mengikut peraturan dalam akta pemuliharaan itu, dia dibenarkan. Adakah itu betul?

Dato Dr. James Dawos Mamit: Kerajaan Pusat memastikan bahawa akta itu

diguna pakai oleh pihak berkuasa negeri termasuk pihak berkuasa tempatan. Ini kita memastikan Akta Tanah 1960 ini supaya ia diguna pakai. Yang Berhormat, terima kasih atas pertanyaan itu.

Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Johari bin Mat juga telah membangkitkan mengenai masalah banjir di Rantau Panjang sehingga ke Pengkalan Kubor Kelantan. Bagi mengatasi masalah banjir di negeri Kelantan, kementerian telah memohon peruntukan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh atau RMKe-10 di bawah rancangan Tebatan Banjir Sungai Golok fasa satu yang berjumlah RM345 juta, namun ia tidak diluluskan. JPS akan memohon sekali lagi ataupun memohon semula peruntukan ini di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas atau RMKe-11.

Page 27: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 21

Seterusnya Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali telah membangkitkan

mengenai perubahan iklim berikutan peningkatan gas karbon dioksida terutamanya dalam sektor hidroelektrik. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali kerana menyentuh perkara ini. Ini permasalahan di negara kita perubahan iklim. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terkini pelepasan gas karbon dioksida yang menyumbang kepada perubahan iklim 34.5 bilion metrik tan di seluruh dunia. Ini pelepasan setahun.

Daripada jumlah tersebut, negara China menyumbangkan sebanyak 28 peratus, Amerika Syarikat menyumbang sebanyak 15.8 peratus dan Malaysia menyumbang sebanyak 0.62 peratus. Oleh itu, kejadian fenomena perubahan iklim di negara kita bukannya sumbangan negara kita sendiri, tetapi sumbangan negara-negara yang lain disebabkan udara memang merentasi sempadan. Dia pergi mana-mana sahaja mengikut hala tuju angin. Jadi, inilah menjadi permasalahan kepada kita.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa di Conference of Parties (COP-15), United Nations Framework Convention on Climate Change di Copenhagen, Denmark pada bulan Disember tahun 2009, telah mengemukakan bahawa Malaysia akan mengurangkan intensiti karbon berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020.

■1150

Pada masa ini Malaysia telah mencapai pengurangan intensiti karbon negara sebanyak 33 peratus. Baru lima tahun dari tahun 2009 sudah 33 peratus sebab langkah-langkah yang kita buat langkah yang betul. Dijangkakan Malaysia mampu mencapai pengurangan intensiti karbon pada tahun 2020 sebanyak 44 peratus. Kementerian dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) sedang melaksanakan Program Pelaporan GHG Kebangsaan atau dikenali sebagai MyCarbon. Bagi menggalakkan pelaporan pelepasan GHG oleh organisasi korporat dan syarikat boleh dibuat dengan teliti dan berkesan.

Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud telah membangkitkan mengenai pemuliharaan sungai daripada pencemaran sehingga menjejaskan hidupan akuatik. Ini satu pertanyaan yang saya bangga, sebab kita perlu menjagakan sungai kita, jangan menjejaskan hidupan akuatik termasuk ikan yang kita perlukan di dalam sungai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sememangnya memandang serius isu pencemaran air dan mengambil tindakan yang berterusan dan sewajarnya dalam pemuliharaan sungai.

Antaranya ialah pemantauan dan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan tiada effluent perindustrian, pelepasan kumbahan dan juga kumbahan ke dalam sungai kita. Ini kerana semuanya ini boleh menyebabkan pencemaran sungai yang sangat teruk. Pelaksanaan Kempen ‘Cintailah Sungai Kita’ ini juga dijalankan. Pelaksanaan Program 1 Negeri 1 Sungai, ini sudah pun dilaksanakan di semua negeri. Oleh itu kerajaan negeri semestinya meneruskan pemantauan di 1Negeri 1Sungai.

Keempat, memasangkan sistem perangkap sampah di anak-anak sungai dan juga sungai-sungai utama di seluruh negara. Sistem perangkap sampah ini biasanya digelar gross solid check dan ia amat berkesan jika dipasangkan di sungai. Kelima, melaksanakan

kerja-kerja penstabilan tebing sungai dan pengorekan dasar sungai. Keenam, meminta pihak kerajaan tempatan mewajibkan pemilik restoran memasang dan menyelenggarakan sistem perangkap makanan, minyak ataupun dinamakan grease trap. Ini adalah sangat penting juga bagi mengelakkan pencemaran sungai.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya ada dua hal yang hendak ditanyakan. Pertama mengenai pemantauan dan juga penguatkuasaan terhadap mereka yang melepaskan bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sungai-sungai. Sejauh ini berapa banyak kes yang mana mereka yang didakwa di mahkamah berhubung dengan apa yang saya tanyakan tadi, pertama.

Page 28: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

22 DN 16.12.2014

Keduanya ialah berhubung dengan pemuliharaan sungai-sungai. Selain daripada

mendalam sungai dan juga membetulkan tebing sungai, adakah usaha atau telah pun dilakukan usaha menanam pokok-pokok yang asal di tebing-tebing sungai tersebut? Ini kerana kalau kita perhatikan selain daripada membetulkan sungai, meluruskan sungai, mendalamkan sungai, tidak ada usaha setakat yang saya tahu, menanam pokok-pokok asal. Misalnya pokok jambu air, pokok engkabang, pokok ansurai dan sebagainya. Terima kasih.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan

itu yang saya anggapkan baik kerana perlu juga Dewan tahu apa yang telah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar. Pihak yang melepaskan bahan-bahan beracun ke dalam sungai memang ada, memang sudah dibawa pun ke mahkamah. Akan tetapi setakat ini saya tidak ada statistik untuk diberi kepada Yang Berhormat Senator tetapi saya boleh beri jawapan bertulis tentang kes mahkamah ini. Ya Yang Berhormat bolehkan?

Jadi ini adalah penting yang kita perlu tahu sebab mereka ini sebagai contoh kilang kelapa sawit waktu siang mereka memang sememangnya mereka tidak buat apa-apa. Kita boleh control mereka, mereka pun tidak berani melepaskan bahan-bahan tercemar ke dalam sungai. Akan tetapi waktu malam apabila pegawai kita sudah tidak ada lagi di situ inilah yang mereka selalu buat.

Mereka melepaskan. Jadi permasalahannya berlaku ialah kalaulah di sepanjang satu batang sungai ini ada tiga ataupun empat buah kilang kelapa sawit macam ini yang mana satukah kita boleh tangkap ataupun kita boleh denda. Ini kerana ada tiga kita memang boleh tahu daripada segi memungutkan sampel air dari sungai lepas itu kita buat penilaian di makmal. Akan tetapi itulah masalahnya di kalangan tiga buah kilang ini, siapa yang melepaskan bahan-bahan tercemar ini. Akan tetapi walaupun demikian kita ataupun pegawai-pegawai JAS dengan sedaya upaya akan terus membuat tugasan ini. Kalau dapat pun waktu malam kalau ada laporan diberi pada Jabatan Alam Sekitar di setiap negeri.

Soalan yang kedua adalah tentang menanam pokok asal di tebing sungai. Setakat ini penanaman pokok asal memang jarang-jarang dilakukan. Saya pun sebagai seorang forest ecologist saya memang ingin hendak melihat jenis pokok asal ditanam di tebing sungai seperti ansurai, engkabang dan jambu yang lain-lain juga. Jadi ini amatlah penting tetapi kita kementerian yang sedaya upaya menanam pokok asal di tebing sungai. Supaya tebing sungai itu menjadi sebuah tempat di mana kita melihat pokok asal ini akan terus membesar dan menjadi hutan rimba kita.

■1200

Sebab anak-anak kita, cucu-cucu kita pada masa hadapan perlu juga lihat jenis-jenis pokok ini disebabkan jenis-jenis pokok ini memang berfungsi untuk membuat kualiti alam sekitar dengan lebih baik, dengan lebih elok lagi Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan itu.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad membangkitkan mengenai cadangan-cadangan pembinaan zoo di Bukit Bata Machang. Alamak, ini memang baik sekali lah kalau dapat dibina zoo di Bukit Machang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja awalan pembinaan sebuah zoo di Machang telah pun dibuat oleh kementerian dahulu di Bukit Bata Machang, Kelantan. Ia dimulakan pada tahun 2005 sehingga tahun 2009. Walau bagaimanapun, projek ini tidak dapat diteruskan disebabkan kawasan tersebut cadangan pembinaan zoo tersebut tertakluk di dalam kawasan cadangan pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Selain itu, selaras dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Jabatan PERHILITAN hanya bertindak sebagai regulator sahaja bagi melaksanakan atau pun menjalankan tugas di sesebuah zoo sebagai regulator sahaja dan tidak membina zoo di negara kita. Sehubungan itu, kementerian tiada halangan sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan ingin meneruskan cadangan pembinaan zoo tersebut. Kerajaan Negeri Kelantan perlulah mendapatkan tanah dan menggunakan peruntukannya sendiri bagi pembinaan dan pengoperasian zoo di Machang.

Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad telah membangkitkan mengenai sistem dua-tiket bagi memasuki Kompleks Konservasi Giant Panda. Ini perlu diketahui oleh Dewan yang mulia ini.

Page 29: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 23

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan dua-tiket masuk di dalam zoo

yang memiliki giant panda bukan sahaja dilaksanakan di Zoo Negara, malah di banyak lagi negara-negara lain seperti di Chiang Mai Thailand dan di Beijing Zoo Republik Rakyat China pun mengguna pakai sistem ini. Bagi Zoo Negara, penggunaan sistem dua tiket adalah berasaskan sebab-sebab berikut:

(i) untuk mengenal pasti bilangan dan demografi pelawat zoo yang mengunjungi Pusat Konservasi Giant Panda;

(ii) mengenal pasti jumlah asal kutipan tiket oleh Pusat Konservasi Giant Panda. Ini kerana, sejumlah 5 peratus daripada hasil kutipan tiket tersebut akan disumbangkan semula bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti konservasi di hidupan liar termasuk di negeri-negeri lain juga untuk hidupan liar;

(iii) hasil kutipan digunakan untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan Pusat Konservasi Giant Panda yang meliputi kos penyelenggaraan operasi dan sumber manusia;

(iv) hasil kutipan ini juga digunakan untuk menampung bayaran insurans tahunan atau pun in-situ insurans untuk giant panda dan pembayaran perkhidmatan pakar kerana kita ada seorang pakar veterinary doctor daripada China bertugas di Zoo Negara untuk menjaga giant panda.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang kah lagi Yang Berhormat?

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Dua lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, boleh minta laluan sedikit.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Apakah dia?

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tidak, kita faham tempat lain, negara lain pun

dua kali masuk kena bayar. Itu di luar negara. Akan tetapi di Malaysia ini orang-orang tempatan dia hendak masuk terlalu tinggi. Contoh musim cuti ini banyak orang kampung mai dekat Kuala Lumpur hendak masuk zoo. Masuk sudah kena berapa Ringgit? Masuk dalam panda itu pun kena berapa puluh ringgit, terlalu tinggi. Minta kementerian buat kajian supaya harga itu bagi seimbang dengan pendapatan orang-orang di Malaysia ini. Kita faham kutipan yang hendak bayar kepada...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, apakah penjelasan Yang Berhormat

hendak minta kepada Yang Berhormat Menteri ini?

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Minta kurang. Minta kurang sedikit bayaran

masuk. Ini orang yang sudah berumur ini Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ya lah, ya lah. Tanya direct question, dengan izin.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Minta kurang sedikit supaya orang tempatan

bayaran tinggi sangat.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan itu.

Setakat ini warganegara dewasa membayar RM30 untuk masuk melihat zoo panda. Kanak-kanak tiga tahun hingga 12 tahun RM10, warga emas RM15 dan bagi bukan warganegara kita dewasa RM50, kanak-kanak RM25. Kalau RM30 itu Yang Berhormat menganggapkan ia agak tinggi, bolehlah kementerian nanti melihat berapakah yang perlu dibayar oleh warga tempatan kerana di mana-mana pun warga tempatan seharusnya membayar lebih rendah lagi daripada warga negara asing.

Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid, Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat dan Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah telah membangkitkan mengenai isu tanah rizab dan ini isu tanah rizab Melayu dan mengemukakan beberapa cadangan termasuk pemantauan tanah rizab serta cadangan untuk menghasilkan nilai tanah rizab Melayu.

Page 30: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

24 DN 16.12.2014

■1210

Terima kasih saya mengucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana menyentuh perkara ini dan atas cadangan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, hal ehwal berhubung dengan rizab tanah Melayu adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 74, Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai Negeri. Sehubungan itu, isu berkaitan tanah rizab Melayu sewajarnya diajukan kepada Dewan Undangan Negeri.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahajalah jawapan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 berkaitan dengan kementerian ini. Segala saranan dan cadangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya oleh kementerian ini akan diteruskan juga. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih banyak-

banyak. Sekarang saya mempersilakan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

12.12 tgh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puah Hajah Nancy bin Shukri]: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menggulung bagi pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan dengan ini mengucapkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah, Yang Berhormat To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin, Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah binti Mahat, Yang Berhormat Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah dan Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan semasa perbahasan peringkat dasar Bajet 2015.

Pihak kementerian amat menghargai serta mengambil perhatian terhadap semua pandangan, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator. Namun begitu sekiranya ada di kalangan Yang Berhormat Senator yang tidak berada dalam Dewan, saya akan bagi jawapan bertulis bagi menjimatkan masa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah telah mencadangkan bukan sahaja Vivekananda Ashram diwartakan sebagai bangunan warisan tetapi juga kawasan di sekitar Brickfields yang berusia hampir dan lebih 100 tahun dipertimbangkan sebagai kawasan warisan negara termasuk bangunan Maha Vihara Buddhist, Zion Lutheran Church, Kanthasamy Temple dan Hundred Quarters.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara sentiasa berusaha untuk memelihara, memulihara dan melindungi khazanah warisan negara termasuklah mewartakan sesuatu tapak sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu Akta 645. Bangunan Vivekananda Ashram adalah dalam proses pewartaan dan surat niat telah dikemukakan kepada pihak pemegang amanah pada 12 November 2014 ini. Surat memohon izin pihak berkuasa tempatan juga telah dikemukakan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan pada tarikh yang sama.

Setelah pewartaan dibuat, tapak yang berada bersempadanan dan berdekatan boleh ditetapkan sebagai tapak warisan sekiranya Pesuruhjaya Warisan bersetuju bahawa tapak yang berdekatan itu patut ditetapkan sebagai tapak warisan bagi melindungi nilai dan integriti tapak warisan yang telah diwartakan seperti mana peruntukan seksyen 25 Akta 645. Setelah notis dihantar Tuan Yang di-Pertua kepada pemunya dan persetujuan daripada pihak berkuasa negeri telah diperoleh di bawah seksyen 33 Akta 645, Pesuruhjaya Warisan boleh mengeluarkan suatu perintah perlindungan interim bagi menjaga tapak daripada sebarang usaha meroboh atau dirosakkan.

Bagi bangunan-bangunan yang bersempadanan seperti Bangunan Maha Vihara Buddhist, Zion Lutheran Church, Kanthasamy Temple, Hundred Quarters dan kawasan sekitarnya, Jabatan Warisan Negara sedang menjalankan penyelidikan terperinci sama ada kawasan tersebut menepati kriteria untuk diangkat sebagai warisan di bawah Akta 645.

Page 31: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 25

Untuk makluman Yang Berhormat jua, usaha-usaha untuk pencalonan mana-

mana bangunan sebagai bangunan warisan atau warisan kebangsaan boleh dilakukan oleh mana-mana individu melalui borang pencalonan yang disediakan di laman web rasmi Jabatan Warisan Negara dan bukan hanya dicalonkan oleh Jabatan Warisan Negara.

Seterusnya saya ke perkara seterusnya iaitu menaik taraf Perpustakaan Negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin ada di dalam Dewan? Tidak ada. Kalau tidak ada saya bagi jawapan bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Puah Hajah Nancy bin Shukri: Terima kasih. Seterusnya mengenai Muzium

Bukit Kepong oleh Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat. Ada di dalam Dewan?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada.

Puah Hajah Nancy bin Shukri: Tidak ada, saya pergi jawapan bertulis.

Seterusnya iaitu mengenai garis panduan homestay oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah. Ada di dalam Dewan? Tidak ada juga. Kita beri jawapan bertulis. Seterusnya Pameran Pelancongan Domestik iaitu Domestic Fair oleh Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad. Ada dalam Dewan?

Tuan Yang di-Pertua: Ada, ada.

Puah Hajah Nancy bin Shukri: Ada. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat

Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad mencadangkan kementerian memperbanyakkan lagi pameran pelancongan domestik ataupun Domestic Fair, dengan izin, yang menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga yang lebih rendah untuk menarik pelancongan dalam negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini tidak pernah meminggirkan pelancong domestik dalam usaha promosi pelancongan yang diadakan. Ini turut dibuktikan melalui hasil kajian pelancongan domestik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menyaksikan jumlah pelancong domestik terus meningkat daripada 10.2 peratus kepada 54.5 juta orang pelancong pada 2013 berbanding 49.4 juta orang pelancong pada tahun 2012,

Jumlah perbelanjaan pelancongan domestik juga telah meningkat 14.6 peratus daripada RM31.1 bilion pada 2012 kepada RM35.6 bilion pada tahun 2013. Melalui peruntukan dasar sedia ada tahun 2015, Tourism Malaysia telah merancang pelbagai usaha bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan domestik. Ini termasuklah penyertaan dalam 45 pameran pelancongan yang diadakan di seluruh negara sama ada anjuran pemain industri, pihak swasta mahupun pihak kementerian sendiri. Antaranya seperti berikut:

(i) penganjuran Program Corporate Travel Bazaar yang mempromosi pakej MICE pada sektor korporat domestik;

(ii) pihak kementerian menyokong penganjuran MATTA Fair yang merupakan pameran pelancongan terbesar di Malaysia dan berjaya mencatatkan jumlah jualan pakej-pakej pelancongan tempatan yang tinggi; dan

(iii) pihak kementerian juga dari semasa ke semasa dengan kerjasama agensi-agensi pelancongan dan hotel-hotel tempatan mengadakan dengan izin, Travel Road Show atau Mini Fair, dengan izin, bagi mempromosi pakej-pakej domestik khas bagi menggalakkan pelancongan domestik.

Selain daripada itu, penerbitan risalah Cuti-cuti 1Malaysia - “1001 Packages” yang dilancarkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 telah memberikan tawaran pakej-pakej pelancongan domestik yang menarik kepada pengguna.

■1220

Risalah ini telah diterbitkan dengan kerjasama 297 orang pengusaha pelancongan di seluruh negara dan menawarkan pakej-pakej percutian seperti homestay, ekopelancongan, pakej bulan madu, pakej berbasikal dan banyak lagi.

Page 32: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

26 DN 16.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, sejumlah besar premis tarikan pelancongan tempatan telah

sedia menawarkan kadar bayaran masuk yang lebih murah kepada pelancongan tempatan berbanding pelancong antarabangsa. Sebagai contoh, bayaran masuk ke Zoo Negara bagi pelancong domestik adalah antara RM25 hingga RM30 manakala bagi pelancong antarabangsa RM50.

Pelancong tempatan juga membayar kadar harga yang jauh lebih murah bagi tarikan-tarikan Sabah Park berbanding pelancong antarabangsa. Walau bagaimanapun, kadar bayaran masuk ke mana-mana tarikan pelancongan adalah ditetapkan oleh harga pasaran dan bukannya di bawah kawalan kementerian. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja isu-isu perbahasan yang menyentuh pihak kementerian.

Sesungguhnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mana-mana persoalan yang tidak sempat dijawab pada hari ini akan disusuli dengan jawapan bertulis daripada pihak kami. Akhir sekali, diharapkan agar semua Ahli Yang Berhormat dapat sama-sama mendukung iltizam untuk menjayakan Malaysia Year of Festival 2015 dengan izin, pada tahun hadapan.

Saya juga hendak mengambil peluang ini bagi pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengucapkan banyak terima kasih kepada semua pegawai-pegawai yang telah menjayakan, membantu kita dalam Dewan Negara ini, melancarkan tugas-tugas kita dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Selamat menyambut tahun baru kepada Tuan Yang di-Pertua, selamat menyambut Hari Krismas kepada mereka yang beragama Kristian dan selamat menyambut tahun baru kepada semua semoga kita inshaaAllah, berjumpa lagi pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya silakan

tanpa membuang masa lagi Yang Berhormat daripada Kementerian Luar Negeri. Silakan Yang Berhormat.

12.22 tgh.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Hamzah bin Zainudin]: Terima kasih

kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan bajet bagi Kementerian Luar Negeri tahun 2015. Sebelum saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri oleh Yang Berhormat Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ahli Yang Berhormat Tuan Chong Sin Woon dan Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan di atas beberapa kejayaan Malaysia di arena antarabangsa.

Ini termasuk pemilihan Malaysia sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2015, sumbangan negara sebagai pendamai antara MILF dan Moro di Filipina serta rundingan berkaitan MH17 sehingga kita berjaya membawa pulang jenazah mereka yang terkorban.

Saya juga bersetuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kejayaan ini membuktikan kepercayaan yang tinggi oleh negara-negara luar terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta prinsip kesederhanaan yang diperjuangkan oleh beliau. Ia juga merupakan pengiktirafan global terhadap kesediaan Malaysia bagi menyumbang dalam mencari penyelesaian kepada isu-isu antarabangsa.

Lebih penting, kejayaan Malaysia boleh dilihat sebagai penerimaan pendekatan Malaysia yang menonjolkan kesederhanaan dalam semua aspek. Ia boleh dilihat sebagai bukti yang kukuh bahawa negara kita mampu memainkan peranan utama bukan sahaja sebagai global player malah sebagai penggerak terhadap coordinated approach to international problem solving, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Kementerian Luar juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan dan Yang Berhormat Tuan Chong Sin Woon atas ucapan tahniah terhadap kejayaan Malaysia menduduki kerusi Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Page 33: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 27

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dan meletakkan

kepercayaan yang tinggi bahawa Malaysia akan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan sekali gus meningkatkan imej dan profilnya di persada dunia. Malaysia akan terus bekerjasama erat dengan negara-negara anggota tetap dan tidak tetap majlis tersebut dalam usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan sejagat.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Majlis Keselamatan merupakan badan antarabangsa utama yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. Sebagai Ahli Majlis Keselamatan PBB, Malaysia mempunyai hak mengundi yang akan membolehkan Malaysia memainkan peranan secara langsung dalam usaha-usaha Majlis Keselamatan PBB. Ini peluang baik bagi Malaysia untuk terus mengetengahkan dasar negara dalam menggalakkan dan keselamatan sejagat melalui pendekatan kesederhanaan dan pengantaraan bagi penyelesaian pertikaian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon juga telah menyentuh isu mengenai isu mengenai Konvensyen Berkaitan Status Orang-orang Pelarian 1951 dan Protokol 1967, dengan izin, Convention Relating to the Status of Refugees in 1951 and Its Protocol 1967. Sehingga kini Malaysia masih belum menandatangani dan buat masa ini tidak berhasrat untuk menjadi negara pihak kepada konvensyen tersebut.

Namun, perlu saya jelaskan bahawa sebelum Malaysia menyertai mana-mana instrumen antarabangsa khususnya Konvensyen Berkaitan Status Orang-orang Pelarian 1951 dan Protokol 1967, Malaysia perlu mengkaji secara mendalam kesan dan implikasinya kalau kita menyertai daripada segi ancaman keselamatan, peningkatan gejala sosial serta aspek beban kewangan yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan.

Sehubungan ini, persediaan menyeluruh perlu dilaksanakan dengan teliti oleh Kerajaan Malaysia sebelum sesuatu keputusan dimuktamadkan dalam usaha Malaysia menyertai sesebuah instrumen antarabangsa termasuklah sama ada instrumen antarabangsa berkenaan dapat dilaksanakan melalui rangka perundangan negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman ada membangkitkan tentang tuntutan Filipina terhadap Sabah. Saya ingin menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini.

Malaysia sebenarnya tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak sama ada Filipina atau mana-mana pihak Kesultanan Sulu dan sebagainya ke atas Sabah. Status negeri Sabah dalam Persekutuan Malaysia adalah sah dan telah diterima oleh masyarakat antarabangsa. Maka, ia tidak timbul sama ada terdapat orang yang hendak tuntut dan sebagainya. Walau bagaimanapun, atas soalan yang dibangkitkan tentang pembayaran wang ihsan kepada waris Sultan Sulu, saya nak jelaskan.

Wang ihsan yang dibayar kepada waris Sultan Sulu adalah berdasarkan perjanjian yang telah pun perjanjian yang telah pun diadakan pada tahun 1878 di antara Sultan Sulu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent daripada Syarikat Borneo Utara British di mana Sultan Sulu telah menyerahkan wilayah Borneo Utara secara tetap kepada Syarikat Borneo Utara ketika itu.

Jadi, tak timbul lagi kalau mana-mana pihak ingin membangkitkan soal pembayaran ini juga, kita telah jelaskan. Ini kita buat mengikut perjanjian yang telah pun termaktub pada tahun 1878 lagi. Yang Berhormat Datuk Jamilah juga ada membangkitkan tentang pembukaan pejabat konsulat jeneral di Sabah. Saya hendak jelaskan di sini, kedua-dua belah negara telah pun berbincang tentang isu ini. Sudah banyak kali telah pun kita bangkitkan isu ini dalam perbincangan di antara Malaysia dan Sabah. Malaysia berpendapat bahawa amatlah penting bagi Kerajaan Filipina menubuhkan pejabat konsulat mereka di Kota Kinabalu.

■1230

Ini adalah kerana penubuhan Konsulat Jeneral Filipina di Sabah bukan hanya boleh memudahkan Kerajaan Filipina untuk menghulurkan bantuan konsuler kepada rakyat mereka di Sabah tetapi juga ia akan menyumbang kepada pengembangan kerjasama kedua negara terutamanya dalam bidang ekonomi. Walau bagaimanapun, sehingga setakat ini saya hendak jelaskan mereka masih lagi tidak mengemukakan mana-mana surat untuk menubuhkan Konsulat Jeneral mereka di Sabah.

Page 34: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

28 DN 16.12.2014

Yang Berhormat Datuk Jamilah juga ada menyentuh tentang isu pertikaian Pulau

Sipadan dan Pulau Pandanan. Saya hendak jelaskan di sini apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau dengan izin Tuan Yang di-Pertua, International Court of Justice (ICJ) adalah soal kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Lingitan. Isu kedaulatan ke atas kedua-dua pulau ini telah selesai susulan penghakiman ICJ pada tahun 2002 di mana ICJ memutuskan bahawa Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Malaysia dan Indonesia pada masa ini sedang dalam proses untuk menentukan pembatasan sempadan maritim di antara kedua-dua negara tersebut.

Bagi Pulau Pandanan pula, saya ingin tegaskan bahawa Pulau Pandanan atau yang turut dikenali dengan nama Pulau Kapalai terletak berdekatan dengan Pulau Mataking, nama semua sedap Tuan Yang di-Pertua. Ia adalah terletak di dalam kawasan maritim Malaysia dan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pandanan tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Jadi kalau tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak, saya mengharapkan supaya Yang Berhormat semua tidak membangkitkan isu ini lagi.

Berhubung dengan isu perebutan telaga minyak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan yang pertamanya, Yang Berhormat ada menggunakan satu istilah yang saya tidak mahu sebut di sini manakala kita di Malaysia menggunakan istilah Laut Sulawesi bagi merujuk kawasan maritim yang menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Indonesia di luar pantai Sabah.

Malaysia tidak menggunakan istilah yang lain daripada istilah yang ini. Kita kena sedar apabila kita membangkitkan sesuatu isu itu, kalau sebuah negara lain menggunakan istilah mereka, kita mesti menggunakan istilah kita, menunjukkan bahawa itu merupakan hak kita. Jadi sebab itu saya tidak mahu menyebutnya, Yang Berhormat ada membangkitkannya, Yang Berhormat faham seperti yang telah saya maklumkan tadi Malaysia dan Indonesia sedang dalam proses merunding pembatasan sempadan maritim di Laut Sulawesi.

Yang Berhormat juga ada membangkitkan berhubung dengan tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly dan wilayah Laut China Selatan oleh China, Brunei, Vietnam, Filipina dan juga Malaysia. Saya ingin memaklumkan pertama, kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang khusus kepada isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan yang melibatkan negara-negara yang saya sebutkan tadi.

Tuntutan Malaysia di kawasan Laut China Selatan adalah seperti yang digambarkan oleh peta Malaysia tahun 1979 dan ia merangkumi sebahagian kecil Kepulauan Spratly yang daripada segi geografinya terletak di bahagian selatan Laut China Selatan. Republik Rakyat China pula adalah melalui peta dengan izin, Nine-lines, atau nine-dotted-line yang mana Republik Rakyat China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan. Itu perbezaan antara tuntutan mereka dan kita.

Kedua, negara-negara ASEAN termasuklah Malaysia tidak mengiktiraf dan mempertikaikan tuntutan China kerana ia bersandarkan faktor sejarah dan bukannya peruntukan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982 atau dengan izin, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982, (UNCLOS)

Bagi memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan dapat dikekalkan walaupun wujud tuntutan bertindih di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan Republik Rakyat China telah menandatangani deklarasi tatalaku pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan atau dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) pada 4 November 2002. Melalui DOC ini, semua

pihak komited untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan di Laut China Selatan terjaga.

Keempat, kerajaan berpendirian bahawa tuntutan bertindih ini perlu diselesaikan secara aman melalui perbincangan dan perundingan dengan negara-negara berkaitan berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuklah peruntukan-peruntukan di bawah UNCLOS 1982 yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki ada membangkitkan tentang tanggungjawab Kementerian Luar berhubung pendirian Malaysia terhadap takrifan hak asasi manusia yang diguna pakai oleh Malaysia.

Page 35: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 29

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan

yang dikemukakan bersama dengan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah.

Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia ataupun dengan izin, The Universal Declaration of Human Rights (UDHR) adalah

merupakan dokumen rujukan utama yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations General Assembly pada 10 Disember 1948 dalam memastikan pencapaian minimum bagi hak asasi manusia oleh semua pihak. Saya hendak jelaskan bahawa ia diterima dalam general assembly tersebut pada 10 Disember 1948.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa Malaysia pula sebagai negara ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut mendukung prinsip-prinsip hak asasi manusia seperti yang diperuntukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang dirangka pada tahun 1948 tersebut. Untuk makluman Ahli Dewan, prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia ini telah mengambil kira prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat yang paling asas. Oleh yang demikian, setiap negara berhak untuk menentukan parameter pemakaian hak asasi manusia yang perlu diikuti dan dipatuhi mengikut acuan sendiri dengan mengambil kira kepelbagaian budaya, agama serta tradisi sesebuah negara tersebut.

Maka Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara selaras dengan tujuan Perlembagaan Persekutuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil serta menjamin keharmonian, keamanan dan kestabilan negara. Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan turut memaktubkan prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia yang perlu dijamin.

■1240

Antara hak-hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan adalah seperti yang terkandung dalam peruntukan Bahagian II - Kebebasan Asasi, Perkara 5, hingga Perkara 13 yang menyatakan kebebasan-kebebasan asasi itu hak untuk hidup dan kebebasan diri, kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan, perlindungan daripada...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

memberi saya peluang bertanya. Saya rasa isu hak asasi manusia ini isu yang agak penting di mana takrifnya berbeza di antara sebuah negara ke sebuah negara, antara satu kumpulan kepercayaan dengan yang lain-lain. Oleh sebab itu saya rasa adalah penting untuk kita mempunyai tafsiran kita sendiri sesuai dengan watak dan keperibadian dan kepercayaan kita.

Umpamanya saya percaya takrifan kita dan sikap kita terhadap hak asasi manusia yang universal itu berbeza dengan banyak negara termasuk dengan negara Indonesia sendiri. Yang penting saya rasa Tuan Yang di-Pertua untuk kita memasyarakatkan takrifan kita itu. Memasyarakatkan dalam erti diajarkan kepada belia-belia, digunakan segala sistem komunikasi yang ada dalam negara kita ini supaya takrifan kita tentang hak asasi manusia itu benar-benar difahami oleh rakyat kita. Kalau tidak nanti kita akan kehilangan punca sekali lagi.

Jadi itulah saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan apa-apa usaha yang telah dilakukan untuk memastikan takrifan yang benar, yang sesuai dengan keperibadian kita mengenai keperibadian dan kepercayaan kita mengenai hak asasi manusia yang telah diadakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab apa

yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus ini, saya hendak jelaskan dahulu bahawa dalam Perlembagaan kita ada menyatakan kebebasan hak asasi itu mengikut perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan ini dan perbicaraan berulang.

Page 36: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

30 DN 16.12.2014

Banyak lagi perkara-perkara yang ingin saya jelaskan tadi. Hak mengenai

pendidikan, hak kepada harta ingin ditegaskan bahawa ini hak-hak turut terkandung dalam deklarasi sejagat hak asasi manusia. Untuk kita memasyarakatkan atau memberitahu kepada rakyat jelata supaya mereka faham dengan jelas, buat masa ini kita merasakan bahawa lebih baik kita berikan tumpuan kepada mereka yang masih lagi dalam zaman persekolahan kerana sudah sampai masanya untuk kita memberitahu di kalangan rakyat kita semasa mereka masih lagi kanak-kanak supaya tidak menjadi masalah tentang apabila sampai masa mereka menghayati Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Itu yang sedang kita bincangkan bersama dengan Kementerian Pendidikan.

InshaaAllah perkara ini kita akan bawa kerana tumpuan yang kita rasakan dalam

negara kita ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus. Masalahnya tentang memahami hakikat bahawa deklarasi hak asasi manusia ini berbeza di antara sebuah negara dengan negara yang lain. Contohnya dalam negara kita Malaysia sendiri. Kita juga mengikuti beberapa deklarasi prinsip-prinsip hak asasi manusia dibawa deklarasi Kaherah contohnya.

Kita juga mengikutinya seperti The Cairo Declaration of Human Rights in Islam ataupun satu lagi deklarasi di bawah Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN. Itu menunjukkan bahawa ada perbezaan di antara mana-mana deklarasi yang dibuat. Maka sebab itu kita hendak menjelaskan perkara ini semenjak mereka masih lagi kanak-kanak.

Sebagai rumusan...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah. Terima kasih. Saya

sangat gembira dengan penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Memang kita patut memulakannya di sekolah tetapi saya rasa Yang Berhormat supaya perkara ini pemasyarakatannya dilakukan, dilaksanakan pada setiap tahap masyarakat kita pada peringkat sekolah, belia dan yang lain-lain.

Untuk peringkat sekolah umpamanya saya rasa sudah tiba masanya supaya modul tersendiri untuk mengenai hak asasi manusia ini digubal untuk sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Oleh sebab sudah ada kecenderungan sekarang di mana orang-orang muda kita tidak memahami apa dia hak asasi manusia itu dan apa yang kita percayai. Oleh sebab itu saya harapkan di samping rancangan untuk memasyarakatkan di peringkat sekolah rendah seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi begitu juga dengan izin, concerted effort dilakukan pada setiap tahap, pada sektor masyarakat kita. Terima kasih.

Dato’ Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju

kerana akhir-akhir ini sudah nampak banyak timbul percanggahan daripada segi pemahaman apa yang kita sebut tentang hak asasi manusia dalam negara kita. Oleh sebab itu kalau ada pandangan-pandangan seperti yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus itu kita akan teliti dan kita akan kaji bagaimana hendak kita tentukan- masa depan kita buat melalui sekolah dan IPT tersebut.

Akan tetapi dalam masalah akhir-akhir ini bagaimana caranya untuk semua rakyat dalam negara kita memahami itu satu bab yang lain. Yang saya katakan tadi bab untuk jangka masa yang panjang. Akan tetapi buat masa ini saya faham oleh sebab masalah politik dalam negara yang begitu hebat menyebabkan kadang-kadang apa yang kita hendak buat ini dianggap sebagai satu persepsi yang negatif terhadap kerajaan. Mungkin sebab itulah kita mahu melihat yang pentingnya dalam jangka yang panjang itu akan kita gariskan satu lagi perkara yang boleh membawa kepada...

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya mencelah Yang

Berhormat?

Dato’ Hamzah bin Zainudin: Boleh Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita memahami hasrat pihak kerajaan daripada segi memberi hak kepada rakyat. Akan tetapi saya perhatikan sejak kebelakangan ini kalau kita bandingkan dengan negara-negara bahkan negara Barat kita nampak lebih liberal dan terbuka.

Page 37: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 31

Walhal kita dalam suasana masyarakat majmuk seperti Malaysia kita patut

mengambil kira mengikut acuan kita sendiri dengan keadaan sosiopolitik negara kita yang kita rasa cukup sensitif maka perkataan hak asasi mesti mengambil kira banyak kriteria.

Persoalan saya, negara kita begitu peka memberi satu bentuk definition yang lebih terbuka, yang lebih liberal tetapi kebelakangan ini banyak negara Barat tidak mengikut cara yang sama. Contohnya kalau kita lihat di US sendiri ia tidak ikut Human Rights Act yang sebenarnya, bahkan tidak memberi peluang kepada tahanan-tahanan di Guantanamo. Adakah itu hak asasi?

Keduanya juga baru-baru ini di Britain, parti konservatif yang memerintah Britain pada hari ini telah mencadangkan bahkan dikatakan pada hujung tahun ini akan mencadangkan the Human Rights Act 1998 akan dihapuskan dan akan digantikan dengan satu Bill of Rights and Responsibilities iaitu saya hendak kaitkan apabila kita bercakap tentang hak asasi, kita juga hendaklah menekankan tentang tanggungjawab. Ia bukan sahaja tanggung jawab kerajaan tetapi yang penting tanggungjawab rakyat.

Kerajaan begitu terbuka, begitu mengambil kira perasaan rakyat tetapi apakah rakyat sanggup bertanggungjawab apabila diberikan hak-hak tersebut. Saya hendak kait sedikit Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya kaitkan dalam pembacaan saya idea-idea yang berkaitan dengan hak-hak asasi dan idea-idea Barat saya perhatikan banyak merupakan satu idea yang berbentuk neocolonialism baru.

■1250

Satu buku yang ditulis oleh Ian Buchanan, ‘The Armies of God’ apabila membincangkan tentang konsep liberal dan plural. Buku ini mengatakan konsep liberal plural is meant only for Muslims to contain the economy, politic and social of the Muslims. Dalam pembacaan kita, kita kena berhati-hati terutama dalam suasana politik dunia pada hari ini khasnya setelah berlakunya 911, suasana yang cukup berubah. Kita dipengaruhi, di pressure oleh kuasa-kuasa besar, kita di pressure oleh rakyat dalaman yang tidak

memahami pentingnya perpaduan dan pentingnya keharmonian dan pentingnya kesejahteraan rakyat. Aspek itu patut lebih ditekankan.

Itu persoalan saya tadi, apakah kerajaan mengambil kira, apabila kita ingin meliberalkan perkataan hak asasi ini, mengambil kira sedalam-dalamnya implikasi seperti juga yang saya katakan negara-negara barat yang telah mengorak langkah untuk meneliti perkara-perkara seumpama ini? Saya tidak mahu kaitkan dengan ISA. Benda ini sudah banyak orang kata. Negara jiran juga masih mengekalkan ISA. Kita pandai-pandai menghapuskannya, sepatutnya ia diambil sebagai contoh supaya kita lebih mengambil kira benda-benda macam ini sebelum kita mengambil tindakan-tindakan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

Dato’ Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tan Sri

Ibrahim. Saya hendak jelaskan, pertamanya, tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator. Apa pun, kita kena faham bahawa Perlembagaan yang kita dukung hari ini dalam negara kita adalah berlatarbelakangkan kepada acuan dalam negara kita. Maka, kalaupun kita boleh bandingkan dengan beberapa buah negara luar seperti Amerika Syarikat dan juga United Kingdom, yang pentingnya kepada kita, kita hendak jelaskan apa yang kita buat tadi, acuan kita, kerana kita mahu semua rakyat bertanggungjawab atas undang-undang yang telah pun kita gubal dan telah pun kita buat dalam Dewan yang mulia ini.

Maka sebab itu, rakyat kena faham, acuan yang kita buat itu mengikut kita dan kita tidak boleh mahu rakyat membandingkan dengan acuan yang dibuat oleh mereka di luar sana kerana undang-undang yang ada, definisi kita mengikut undang-undang dalam negara kita. Itu kena jelas kerana, contohnya hari ini, sudah ramai rakyat yang membicarakan tentang moderation, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kerajaan beranggapan bahawa pemahaman daripada segi moderation itu berbeza di antara satu perkara dengan

satu perkara yang lain.

Contohnya isu yang hangat diperkatakan hari ini tentang wasatiyyah. Ada orang yang tidak faham seolah-olah beranggapan bahawa maknanya apa yang kita buat ini semata-mata kerana hendak melihat ia mesti dalam jalan tengah. Sebenarnya yang patut kita faham bahawa majoriti dalam negara mahukan keamanan dan keharmonian seperti yang Yang Berhormat Senator sebutkan tadi.

Page 38: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

32 DN 16.12.2014

Maka sebab itu wasatiyyah yang kita mahu rakyat faham satu keadilan yang

seimbang. Ini yang sepatutnya semua rakyat faham. Itulah acuan yang selama ini kita buat dan itulah cara di mana kerajaan menjalankan daripada segi pengurusan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan yang ada.

Jadi saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Ibrahim yang telah membangkitkan isu ini. Saya yakin, kalau ramai rakyat yang ada faham seperti apa yang Yang Berhormat Senator Tan Sri Ibrahim katakan tadi dan sama-sama berjuang dengan kita untuk menentukan semua rakyat faham, inshaaAllah, kita hidup dalam keadaan aman damai dalam negara kita. Terima kasih banyak Yang Berhormat Senator.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang ingin saya jelaskan. Saya tidak tahu sama ada saya patut membangkitkan isu yang telah pun dibawa oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat kerana saya dengar semalam seolah-olah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan bin Kassim telah pun menjawabnya. Oleh sebab itu, saya jangkakan mungkin jawapannya lebih kurang sama dengan apa yang saya hendak buat. Walaupun ia merupakan dalam tanggungjawab Kementerian Luar tetapi saya yakin bahawa dalam kerajaan, jawapannya, jawapan yang sama.

Itulah yang telah pun saya jawab, Tuan Yang di-Pertua, untuk semua yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Mana-mana yang saya mungkin tertinggal, inshaaAllah, kita akan beri jawapan secara bertulis.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Begitulah bunyinya

penggulungan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dan saya harap Yang Berhormat semua berada di dalam Dewan semasa kementerian menggulung. Saya harap juga Yang Berhormat semua melibatkan atau bertanya kalau sekiranya soalan-soalan yang tidak dijawab. Ini memang saya menggalakkan. Itulah sebabnya hari ini kita sanggup kita pergi lebih masa untuk memberi peluang kepada Yang Berhormat semua berbahas dengan penuh bertanggungjawab.

Untuk makluman Yang Berhormat, agaknya dalam perkara ini, saya fikir amat perlu Yang Berhormat semua mengambil kira kedudukan negara kita hari ini dan semua Yang Berhormat mesti bertanggungjawab untuk membahaskan setiap tajuk perkara yang dibangkitkan dengan penuh tanggungjawab juga.

Dalam perkara ini, saya fikir- Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia sudah ada? Saya dapat maklum bahawa Menterinya sendiri yang akan jawab. Akan tetapi, bagaimanakah Yang Berhormat? Adakah Yang Berhormat bersedia untuk menjawab?

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato’ Jailani bin Johari]: Saya

boleh menjawab, tetapi mungkin sebelah petang, mungkin Menteri sendiri yang nak menjawab.

Tuan Yang di-Pertua: Baik, saya beri kebenaran. Oleh itu Yang Berhormat, agaknya hendaklah jawab dengan tepat dan juga bijak. So saya gunakan perkataan smart, dengan izin, kerana kita hari ini- Yang Berhormat semua jangan teragak-agak bertanya. Saya hendakkan seperti mana saya selalu kata, teruskan tunjukkan kebolehan Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, betul-betul komited untuk membahaskan segala tajuk yang penting demi negara kita yang kita kasihi.

Sekarang tanpa membuang masa lagi, saya mempersilakan Yang Berhormat. Sila.

12.57 tgh.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato’ Jailani bin Johari]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 39: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 33

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli

Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi dan Multimedia sepanjang sesi perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Pihak kementerian akan memberi perhatian dan mengambil tindakan susulan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Terdapat seramai lebih kurang 15 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara di bawah tanggungjawab kementerian ini iaitu:

(i) Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman;

(ii) Yang Berhormat Senator Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim;

(iii) Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam;

(iv) Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som A/L Inong;

(v) Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin;

(vi) Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya;

(vii) Yang Berhormat Senator Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg;

(viii) Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon;

(ix) Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad;

(x) Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim;

(xi) Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad;

(xii) Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat;

(xiii) Yang Berhormat Senator Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai;

(xiv) Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif; dan

(xv) Yang Berhormat Senator Tuan Koh Chin Han.

Secara keseluruhannya, isu-isu berkaitan kementerian yang telah menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah dirumuskan merangkumi tiga isu utama iaitu: pertamanya isu infrastruktur; keduanya isu kandungan; dan yang ketiganya isu perkhidmatan.

Kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya boleh bahas yang pertama dahulu, dan mungkin disambung oleh Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak sempat Yang Berhormat hendak

mukadimah ini kerana jam tepat pukul 1 petang. Sekarang kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang nanti dan tentukan Yang Berhormat Menteri ada. Ini saya harap Yang Berhormat akan dapat bersama. Kita tangguhkan persidangan kita ke jam 2.30 petang ini. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah. Kita teruskan dengan menjemput Menteri

daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kementerian Komunikasi dan Multimedia, teruskan Yang Berhormat Menteri.

Page 40: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

34 DN 16.12.2014

2.33 ptg.

Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada timbalan saya yang sudah memulakan mukadimah pada sesi sebelah pagi tadi dengan menyatakan nama-nama 15 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara yang dipertanggungjawabkan di bawah kementerian kami.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang sudi menyentuh dan mengambil bahagian perkara-perkara yang saya kira menjadi kepentingan bersama Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh masyarakat dan negara kita. Izinkan saya menjawab dengan membahagikan perbahasan ini kepada tiga bidang utama yang menyentuh kementerian ini iaitu yang berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan infrastruktur komunikasi negara kita, kedua berkaitan dengan perkhidmatan komunikasi negara dan yang ketiga berkaitan dengan isu kandungan terutama yang dibawa oleh media massa dalam negara kita.

Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun yang menyentuh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi yang disebutkan tadi bahawa banyak lagi tempat-tempat dalam negara kita khususnya di Marang, sama di Kemaman, banyak lagi tempat lain yang belum menikmati sepenuhnya sistem jalur lebar yang berkelajuan tinggi.

Ingin saya maklumkan dalam negara kita sekarang ini, liputan jalur lebar berkelajuan tinggi telah mencapai 38 peratus isi rumah seluruh negara. Ia meliputi kawasan-kawasan yang dikatakan kawasan yang zon ekonomi terutama di Lembah Klang dan juga di kawasan Iskandar di Johor. Itu ialah di bawah program High Speed Broadband (HSBB) yang pertama yang kita kira sudah siap dan sudah pun dilaksanakan.

Sekarang ini kita masuk pada peringkat baru atau fasa yang kedua iaitu HSBB2 iaitu High Speed Broadband fasa yang kedua yang mana ia akan meliputi kawasan-kawasan ibu negeri di setiap negara kita. Jadi, ini juga merupakan satu fasa baru yang perlu diteroka. Keduanya dalam tempoh tiga tahun ini juga kita akan tumpukan pada Suburban Broadband (SUBB) iaitu jalur lebar di kawasan pinggir bandar. Ini juga akan

dimasukkan dalam bandar-bandar yang di luar dari kota-kota utama, pinggir bandar termasuk Marang dan sebagainya yang ada dalam negara kita.

Kita faham bahawa semua orang sekarang ini sudah melihat bahawa perkhidmatan jalur lebar sudah menjadi suatu asas utama kepada pengukuran maju atau mundur sesebuah negara, maju atau mundur sesebuah negeri, maju atau mundur sesebuah bandar ataupun daerah dan sebagainya. Orang tidak bertanya lagi tentang api, air, longkang, jalan raya, lebuh raya dan sebagainya. Orang akan bertanya berapakah kelajuan broadband ataupun kelajuan jalur lebar.

Kalau dikatakan di tempat saya itu kelajuannya hanya 1 megabait per saat, maka dianggap bahawa itu terlalu perlahan. Orang bercakap HSBB ataupun High Speed Broadband, jalur lebar berkelajuan tinggi mestilah daripada definisi yang diberikan oleh pihak kementerian di dalam blueprint ataupun blueprint jalur lebar kami ialah 10 megabait per saat dan ke atas. Kalau kurang daripada itu, hanyalah jalur lebar. Kalau kita mengikut definisi antarabangsa yang dikemukakan oleh ITU, apa sahaja lepas sahaja 256 kilobait, sekarang orang sudah tidak cakap dah sekarang ini tetapi itu definisi yang dibuat berpuluh-puluh tahun dahulu. Sekarang ini orang bercakap tentang 2 megabait, 4 megabait dan sebagainya, itu hanyalah dianggap sebagai jalur lebar. Akan tetapi kalau jalur lebar yang dimaksudkan jalur lebar berkelajuan tinggi mestilah 10 megabait ke atas.

Oleh sebab itu dalam program HSBB yang pertama dahulu, kita telah selesaikan sebanyak 38 peratus daripada isi rumah, tumpuannya hanyalah di kawasan tempat-tempat yang mempunyai impak ekonomi yang tinggi. Jadi kebetulan ialah kawasan Lembah Klang, Iskandar dan sebagainya dan sekarang ini masuk yang kedua. Itu pun perlu dimaklumkan bahawa orang akan bertanya kenapa tidak buat semua sekali. Cepat-cepat seluruh bandar, seluruh kampung dan sebagainya mestilah sepatutnya menikmati kelajuan yang tinggi tadi. Jawapannya mudah, macam kita punya highways ataupun lebuh raya kita.

Page 41: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 35

Kalau boleh kita hendak mulakan dari Kelantan, kalau boleh hendak mulakan dari

Terengganu, Kedah, Perlis dan sebagainya tetapi sudah tentu dikatakan bahawa ia dimulakan di tempat ramai orang pakai dahulu, yang perlukan ramai pengguna. Ini kerana kosnya terlalu tinggi. Misalnya HSBB yang pertama dahulu, kosnya ialah sebanyak lebih daripada RM11 bilion, RM11.3 bilion, RM11.4 bilion. Bayangkan berapa banyak hospital, berapa banyak lebuh raya kita buat. Ia tidak mampu dibuat oleh kerajaan. Kerajaan hanya melabur lebih kurang RM2.4 bilion daripada RM11.4 bilion yang dimaksudkan tadi, yang lain itu dilaburkan oleh pihak swasta.

Dalam konteks ini dilaburkan oleh pihak TM. Jadi TM dapat pulangan daripada pelaburan yang pertama, kita pergi kepada HSBB yang kedua yang dimaksudkan tadi dan kemudiannya masuk kepada SUBB iaitu jalur lebar di kawasan-kawasan pinggir bandar yang dimaksudkan tadi. Jadi ini program yang mesti kita fahami kerana kosnya adalah tinggi dan inshaaAllah, mahu atau tidak mahu, kita punya sasaran dalam masa beberapa tahun lagi, kita hendak capai sampai 75 peratus daripada isi rumah dalam negara kita menikmati kelajuan jalur lebar yang dimaksudkan tadi yang tinggi. Jadi ini merupakan kenyataan yang perlu kita terangkan dalam soal ini.

Begitu juga hal-hal lain yang berkaitan dengan perkhidmatan. Kalau disebutkan, kita hendakkan speed yang tinggi ataupun kelajuan yang tinggi ini mesti dilihat dua aspek.

Satunya pembinaan infrastruktur yang baik dalam negara kita dan negara kita untuk membina infrastruktur yang baik, bukan sekadar kita lihat berapa banyak Kerajaan Pusat ataupun pelaburan yang dipandu oleh Kerajaan Pusat untuk membinanya.

■1440

Ia mesti datang juga daripada kerajaan negeri ataupun pihak berkuasa tempatan. Misalnya untuk mendapat kelajuan tinggi mesti menggunakan fiber, menggunakan kita panggil fiber optic, gentian optik. Saya tidak tahu Bahasa Melayu yang tepat, gentian optik. Kalau dahulunya kita menyalurkan sistem telekomunikasi kita menggunakan copper

ataupun menggunakan tembaga. Tembaga ialah cara kita menggunakan aliran elektrik dan ia bergantung kepada denyutan elektrik. Ia kena ada booster pula, lama-lama denyutan elektrik itu akan hilang dan ia perlahan.

Untuk cepat, untuk menyampaikan data yang banyak, sekarang ini menggunakan fiber optic iaitu data dihantar melalui cahaya. Oleh sebab cahaya itu terlalu pantas, sangat pantas. Maknanya matahari kalau hari ini ia naik sebelah sana terus sampai ke mari. Itu mesti dihantar melalui cahaya. Oleh sebab itu menggunakan fiber optic cara yang terbaik. Akan tetapi fiber optic ini bukan murah. Untuk membina perkiraannya antara ia boleh jadi

RM100,000 boleh jadi RM150,000, boleh jadi RM200,000 bagi setiap satu kilometer. Bergantung kepada bentuk muka tanah yang berkenaan, ia tidak murah.

Keduanya ia terpaksa melalui kawasan-kawasan, melalui negeri. Negeri itu kata kalau hendak lalu jalan misalnya, lalu belakang bangunan dan sebagainya. Kalau negeri tersebut tidak ada perancangan awal untuk menyiapkan sistem telekomunikasi yang baik, mesti ada reserved jalannya, ada tempat ia punya longkang ataupun disebutkan conduit, untuk ducting untuk membina terowong-terowong kabel ini lalu maka ia juga menyebabkan kos yang tinggi dan tidak dapat dilalui. Jadi kita tanya Majlis Perbandaran Marang misalnya, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, majlis ataupun negeri Terengganu ataupun negeri-negeri lain.

Apakah daripada awal mereka ada sesuatu yang berkaitan dengan pembinaan sistem telekomunikasi yang sudah menyediakan semua saluran-saluran ini, bukan sahaja sampai ke negeri mereka lalu jalan raya yang besar tetapi untuk masuk ke setiap kawasan perumahan, sekolah, masjid dan sebagainya apakah itu ada ataupun tidak? Kalau tidak ada ia melambatkan proses bagaimana untuk membina sistem ini.

Jadi ia bukan sahaja dilihat tentang apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Pusat? Kita tanya juga kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan sebagainya, bagaimanakah sistem komunikasi yang mereka ada dan mereka buat untuk memastikan laluan ini datang dengan mudah dan murah? Akan tetapi kalau kemudian baru dia hendak caj, menjadikan segala-galanya mahal.

Keduanya...

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua.

Page 42: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

36 DN 16.12.2014

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri benarkan?

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Sila.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Saya ingin bertanya penjelasan daripada

Yang Berhormat Menteri, apakah setakat ini Kerajaan Persekutuan mempunyai masalah dengan kerajaan negeri? Lebih-lebih lagi negeri-negeri di bawah pembangkang, soalan pertama saya.

Soalan kedua saya, apakah terjadi kepada notebooks 1Malaysia yang kita bagi kepada anak-anak kita apabila mereka tidak dapat transmission ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Terima kasih, soalan yang pertama ya dan

tidak. Ada negeri yang mudah. Ada negeri yang mempunyai dasar-dasar yang tersendiri. Misalnya ada negeri yang kata bukan sahaja dikatakan untuk membina saluran untuk disampaikan apa yang disebutkan fiber tadi, ada negeri yang kata untuk TM misalnya hendak sampai ke tempat itu, okey dia boleh terima. Akan tetapi untuk pergi masuk jalan-jalan, untuk naik ke bangunan-bangunan yang tinggi pula ia mesti menggunakan syarikat-syarikat yang ditentukan oleh kerajaan negeri.

Sebagai contoh, ini berlaku di Pulau Pinang. Saya sebutkan tadi. Misalnya, dia juga dasar mengatakan banyak menara komunikasi yang ada dahulu tidak boleh, kena buat yang baru. Jadi ada kerajaan negeri yang mudah, ada kerajaan negeri yang saya difahamkan memberi banyak masalah kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dalam negara kita. Ini ada di mana-mana, sebagai contoh yang saya sebutkan tadi.

Jadi ini adalah antara perkara yang orang kena faham bahawa broadband ataupun jalur lebar ini bukan semestinya sesuatu yang mesti digerakkan dari atas ke bawah. Akan tetapi yang disebutkan pulling factor ataupun tarikan dari bawah itu adalah penting. Maknanya, sejauh manakah? Misalnya kalau di Amerika, setiap majlis perbandaran ataupun disebutkan local authority atau hospitality mereka. Mereka sanggup meminjam, mengeluarkan bon supaya menjadikan bandar mereka ataupun negeri mereka dilihat lebih kompetitif daripada tempat lain. Misalnya datanglah melabur di negeri kami, datanglah melancong di tempat kami. Hotel kami semua 100Mb per saat.

Semuanya yang terbaik datang ke tempat kami, dilihat daripada segi keupayaan jalur lebar mereka dilihatnya begitu. Akan tetapi ia belum lagi dijadikan sebagai asas utama perbandingan antara bandar-bandar, negeri-negeri di tempat kita sekarang ini. Oleh sebab dirasakan bila broadband hendak datang ke kami? Akan tetapi tidak datang dari bawah

untuk menyediakan seluruh infrastruktur jalur lebar yang terbaik di negeri mereka. Itu belum lagi dilihat begitu dalam konteks negara kita.

Netbook kebanyakan sudah diedarkan. Cumanya peringkat sekarang yang menjadi perbincangan yang terakhir antara pihak kementerian kami melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan pihak Kementerian Pelajaran, iaitu pembahagian lebih kurang 400,000 unit yang terakhir ini terdapat beberapa pandangan yang berbeza, sama ada diberikan kepada murid-murid yang terpilih seperti yang lepas. Ada pandangan kita berikan kepada guru dan sekarang ini ada pandangan daripada Kementerian Pelajaran tidak diberikan kepada guru tetapi diberikan kepada makmal-makmal komputer sekolah.

Jadi yang terakhir persetujuan kami ialah untuk memberi kepada makmal-makmal komputer sekolah. Kita ada 10,000, kalau 400,000 yang tinggal lebih kurang 41 akan diberikan kepada makmal-makmal komputer sekolah. Jadi makmal-makmal itu perlu diubahsuai dan sebagainya ini peringkat yang terakhir untuk kita menyalurkan netbook yang

berkenaan. Jadi saya harap dapat menjawab soalan Yang Berhormat Senator.

Keduanya menjawab kepada Yang Berhormat To’ Puan sebentar tadi ialah tentang pelaksanaan jalur lebar ini pertama, kita katakan drive ataupun apa yang dipandu oleh Kerajaan Persekutuan ataupun syarikat-syarikat swasta di dalam negara kita, yang berkemampuan untuk melaksanakan.

Kedua mesti dilihat daripada kesungguhan daripada kerajaan negeri ataupun pihak berkuasa tempatan.

Page 43: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 37

Ketiga ialah hubungan kita dengan dunia antarabangsa. Misalnya orang selalu bangga bahawa Korea adalah antara negara yang terbaik daripada segi penembusan jalur lebarnya. Seratus peratus rakyatnya ada di rumah mereka sistem jalur lebar tersambung dalam negara mereka. Akan tetapi itu dalam negara mereka untuk menyampaikan content ataupun kandungan-kandungan internet dalam negara mereka.

Akan tetapi hubungan mereka dengan antarabangsa lebih kurang kita sahaja. Ini kerana untuk mendapatkan- suatu cara untuk mendapatkan maklumat misalnya, kita hendak dapat maklumat dekat Amerika dia bukan datang begitu sahaja. Kita mesti ada satu sistem saluran hubungan fiber tadi sampai ke Amerika. Jadi sekarang ini kita mesti dari Cyberjaya ia pergi ke sebelah Pantai Timur, pergi dekat Mersing ataupun dekat dengan Cherating. Dari Cherating sambung ke Taiwan, sambung ke Jepun, sambung ke Amerika, ke San Francisco, ke California sana.

Bayangkan seluruh dunia ini mesti mempunyai sambungan-sambungan kabel yang saya tidak tahu berapa ribu kilometer kesemuanya. Sambungan ini bukannya murah, misalnya itu hendak bersambung ke Jepun, hendak sambung ke China, hendak sambung ke sebelah sini pula ke India, ke Arab, ke United Kingdom dan sebagainya. Semuanya kita kena sambung. Kalau tidak kita mesti lalu negara orang termasuk di negara jiran di sebelah selatan kita. Ia mempunyai sistem sambungan yang paling banyak.

Jadi dahulunya kita terpaksa melalui negara jiran, sebab itu cajnya mahal dan lambat sedikit. Jadi ini menjawab kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, kakanda yang bertanya tentang macam mana status projek kabel dasar laut dari Teluk Gong, Riau.

■1450

Jadi kalau orang dalam dunia telekomunikasi dia tidak tahu Telok Gong, dia hanya sebut Melaka. Nama Melaka itu lebih besar daripada Telok Gong tetapi orang Melaka tahu landing pointnya ialah Telok Gong. Telok Gong adalah landing point supaya kabel itu

datang untuk pergi ke Indonesia, ke Riau, maknanya pergi ke Dumai, Dumai sebelah sana sahaja Melaka. Daripada Dumai dia pergi ke Batam dan dari Batam terus pergi ke tempat-tempat lain ke seluruh Indonesia.

Jadi kalau tidak dahulunya kita mesti melalui negara lain untuk dapatkan maklumat dari Indonesia tetapi sekarang ini sudah dibuat, sudah pun beroperasi bermula pada 30 Disember tahun 2011 iaitu sudah tiga tahun lepas sudah pun beroperasi. Itu pun tidak murah belanja yang terpaksa dikeluarkan lebih kurang USD7 juta hanya hendak disambungkan ke Dumai sahaja lalu dekat bawah. Tidak melalui mana-mana Majlis Perbandaran kah apa sebagainya pun. Nampak murah sebenarnya tidak murah tetapi kita perlukan lebih banyak lagi kabel-kabel begini di seluruh tempat dalam negara kita.

Jadi ertinya orang tanya kita cuma dapat kelajuan di sini tidak nampak kabel berpusing. Kabel ini ada dekat luar sana cuma di sana dia ada AP, access point supaya kita dapat menikmati broadband di sini tetapi kabel-kabel memainkan peranan yang penting yang terpaksa kita gerakkan ke seluruh negara.

Jadi begitu juga tentang soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Norliza, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim dan sebagainya yang bertanyakan tentang kualiti perkhidmatan telekomunikasi di luar negara. Misalnya dikatakan hendak pasang kabel yang terbaik tetapi kabel mahal, jadi terpaksalah kita pergi sampai kepada pusat pemancaran seperti dipanggil microwave station. Daripada di sana dihantar ke menara-menara telekomunikasi.

Sekarang ini kita ada lebih kurang 336 buah menara telekomunikasi yang dibuat oleh kerajaan melalui SKMM, melalui duit yang kita kutip daripada syarikat-syarikat telco. Dijual sahaja kita kutip 6 peratus sebab kalau tidak dia tidak akan buat, kita tidak dapat untung. Jadi kita paksa diambil dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membina menara-menara telekomunikasi.

Sekarang ini dalam program yang terbaru tendernya dikeluarkan, kita akan buat dalam masa tiga tahun yang akan datang sebanyak 1,000 buah menara terbaru supaya liputan 3G dan sebagai akan dapat merangkumi dan sekarang pun sudah 80 peratus daripada kawasan yang berpenduduk dan kalau kita hendak sampai 100 peratus. Semua kawasan dapat mencapai liputan 3G sebagaimana yang kita kehendaki.

Page 44: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

38 DN 16.12.2014

Begitu juga dalam soalan yang berkaitan dengan mutu perkhidmatan TM, kita

akan pantau, kita akan ingatkan TM. Namun suatu perkara yang perlu saya maklumkan di sini isu yang besar banyak sambungan terputus kerana kita menggunakan sistem lama yang masih ada lagi, menggunakan kabel-kabel tembaga, copper tadi, terdapat isu kecurian copper antara perkara yang dianggap serius di dalam industri komunikasi. Susah hendak

dibuat, siapa hendak jaga sepanjang berpuluh-puluh batu di kawasan, misalnya dekat Jerai itu.

Kita tengok dekat Gunung Jerai sampai bawah itu dia punya kabel begitu panjang sekali mengikut jalan-jalan naik ke atas itu, kita tahu macam mana susah orang hendak jaga dia punya kabel yang ada, kabel copper. Kalau berlaku kecurian susah hendak

menanganinya. Hendak tangkap orang susah, hendak ganti pun susah maka sebab itu kerap kali ada tempat-tempat yang bekalan terputus akibat kecurian kabel ini.

Perkara lain yang...

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya

hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan kabel fiber optik bawah laut Melaka-Dumai tadi. Kita sudah belanja USD7 juta adakah kita sudah dapat balik pulangan, dan berapakah keuntungan di Indonesia dan juga berapa keuntungan kita di Malaysia? Berapa banyak pengguna sekarang ini dan apakah masa depan katalah sampai 2020, apakah ini juga boleh membantu memasyarakatkan lagi masyarakat ASEAN apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan?

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Untung rugi itu saya rasa itu terlalu spesifik

untuk saya boleh berikan jawapan kerana pelaburan ini besar, ambil masa sedikit untuk mendapatkan keuntungan. Akan tetapi sekurang-kurangnya kalau dahulu, kalau Yang Berhormat mungkin ada pengalaman dan selalu pergi ke negara jiran, kita ingat kadang-kadang kita melayari internet gunakan nombor yang kita buat secara roaming di sana.

Saya pun sendiri ada pengalaman tidak sampai 10 minit saya roaming hendak tengok Parlimen bersidang melalui nombor yang roaming, saya kena bayar sampai RM3,000 hingga RM4,000 sebab kos untuk ditampung oleh syarikat yang mengendalikan ia melalui negara jiran dan sebagainya terlalu tinggi. Akan tetapi semenjak siap ini kosnya sudah banyak jatuh. Ia keuntungan yang dinikmati oleh pengguna sekarang ini jadi bertambah baik kerana kita dapati roaming cost dan juga untuk membuat melayari Internet antara negara kita dengan negara jiran semakin berkurangan. Jadi sebab itu kita katakan bahawa salah satu program yang besar juga ialah untuk memastikan kita bersambung atau connected dalam segi fiber, fiber dasar laut dan sebagainya.

Daripada segi kabel dasar laut di seluruh negara di Asia Tenggara ini merupakan antara perkara yang menjadikan agenda utama. Sudah tentu saya tidak boleh kata semuanya sempurna kerana antara kita dengan Sabah dan Sarawak pun fiber yang ada tidak mencukupi dan kita akan masuk kepada satu program baru yang menelan belanja lebih kurang RM700 juta untuk menyambung fiber kabel antara Semenanjung ke Sarawak, ke Sabah.

Kalau kita faham bahawa kalau kita buat kabel ini tidak boleh buat satu. Kapal lalu terputus macam mana, kena buat ada back-upnya dua dan sebagainya. Oleh sebab itu

kosnya adalah tinggi. Jadi kalau orang hendak kompelin tentang kenapa komunikasi tinggi, saya tanya, siapakah yang patut menanggung kos dan akhirnya dipulangkan kepada pengguna? Kerajaan akan mempermudah dan sebagainya. Jadi ini tentang untung secara spesifik saya akan dapatkan jawapan kepada Yang Berhormat Tan Sri.

Lain-lain perkara ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan soal content. Saya mengambil perhatian beberapa persoalan yang ditanya misalnya dalam sistem televisyen kita ialah ada isu yang berkaitan dengan moral, kita tahu bahawa ada perkara-perkara yang perlu diberi perhatian tetapi ada perkara yang perlu terdapat berapa grey line misalnya isu

LGBT. Ada filem-filem yang tertentu yang disiarkan oleh stesen televisyen. Mana tahap yang dibenarkan, mana tahap yang dianggap melampau dan tidak perlu dibenarkan kerana sehingga sekarang ini dari segi sistem kita ialah lebih kepada meminta supaya syarikat-syarikat yang berkenaan ataupun stesen-stesen yang berkenaan mempunyai kawalan kendiri dan ada perkara yang mesti mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem iaitu di bawah Kementerian Dalam Negeri yang perlu diperhatikan daripada semasa ke semasa.

Page 45: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 39

Begitu juga tentang soal mutu bahasa yang digunakan, mutu subtitle ataupun

terjemahan yang digunakan daripada masa ke semasa kita akan pantau perkara ini. Begitu juga dengan soal yang berkaitan dengan media sosial yang kita lihat mesti dilihat secara menyeluruh kerana mengawal media sosial bukanlah satu perkara yang mudah dan isu ini bukan isu dalam negara kita semata-mata. Ia menjadi isu global, isu dunia memantau dan mengawal media sosial bukanlah perkara yang dapat diberikan jawapan yang ringkas.

Kita boleh tutup satu website, ataupun laman mereka boleh tutup sekejap, tetapi mereka keluar nama site lain. Dia tidak sebutlah perkataan porno kah, seks kah, apa sebagainya dia menggunakan nama lain. Esok kita tutup balik, lusa akan keluar lagi yang lain. Cumanya di bawah sistem kita, kita akan cuba memantau.

Kita akui perkara ini yang bersifat melanggar undang-undang ia adalah sama. Bila dia melanggar undang-undang di luar dalam online pun dia telah melanggar undang-undang. Ia boleh dikenakan pelbagai tindakan di bawah pelbagai akta yang ada. Akta Fitnah, Akta Hasutan, Akta Kanun Keseksaan dan sebagainya ia mesti dilihat apakah bentuk kesalahan yang dilakukan dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sedia membantu semua pihak yang menjalankan penyiasatan.

■1500

Ini merupakan perkara yang perlu ditingkatkan, perlu diteliti dari semasa ke semasa. Ada soalan hari ini berkaitan perkhidmatan Astro, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Nallakaruppan yang bertanyakan, saya faham bahawa terdapat beberapa isu yang menyentuh Astro, kenapakah perkhidmatan Astro selalu terganggu oleh sewaktu hujan? Kita mesti faham Astro menggunakan sistem satelit, menggunakan KU Band. KU Band ini ertinya ia bergantung sebab content yang diperoleh.

Astro banyakkan content luar negara, dihantar ke Bukit Jalil, Bukit Jalil akan naikkan kembali ke satelit, satelit itu akan turun kembali ke rumah yang menerima signal melalui parabola dish yang ada di rumah masing-masing. Jadi the nature of KU Band,

dengan izin, ialah kalau berlakunya awan tebal, hujan lebat dan sebagainya ia akan menyekat daripada segi perjalanan signal dari atas ke bawah. Jadi pihak Astro saya difahamkan telah mencuba beberapa daya.

Misalnya pemancar sekarang ini di Bukit Jalil. Akan tetapi kalau hujan ataupun berlaku awan tebal di Bukit Jalil ia akan dihantar melalui fiber ke Cyberjaya dekat Pusat MEASAT di sana dan dia akan dihantar lagi. Akan tetapi kalau dua-dua terdapat hujan dan sebagainya, ia akan mengganggu penyiaran dalam soal ini. Jadi ini perkara yang sukar untuk di atasi, tetapi sudah tentu pihak kerajaan, SKMM telah memberikan panduan. Kalaulah keseluruhan total gangguan tersebut melebihi 1 peratus, maka ia akan didenda.

Maknanya kena campurlah, hari ini beberapa minit, campur beberapa minit, setahun ada berapa ratus ribu minit keseluruhannya, berapa minit yang terganggu? Sehingga sekarang belum sampai lebih daripada 1 peratus. Kita terganggu sekejap-sekejap, kalau campur satu hari 24 jam, 1 peratus daripada 24 jam berapa? Dari 365 hari setahun berapa? Belum sampai ke tahap itu. Ia kita menggunakan international standard di mana gangguan yang masih boleh diterima sebanyak berapakah peratus daripada keseluruhan gangguan masih boleh diterima sehingga sekarang?

Ada dua tiga perkara yang melibatkan Astro. Kita kena faham Astro mengendalikan sebuah stesen televisyen swasta yang menggunakan platform satelit, bukanlah satu perkara yang mudah. Satunya infrastruktur satelit. Sebuah satelit bernilai lebih kurang antara USD300 juta hingga USD400 juta, satu. Saya difahamkan Astro sudah- MEASAT sudah ada di atas sana lebih kurang enam buah satelit. Sudah tentu dianggap bahawa bukan untuk negara kita tetapi negara lain. Pelaburannya adalah tinggi.

Kedua, kita mempunyai sebuah rejim pengawalan content yang agak ketat. Contohnya Astro sendiri mempunyai lebih daripada 300 orang kakitangan yang hanya terpaksa memantau takut-takut. Apabila sampai sahaja HBO ataupun FOX Movies, dia tidak siarkan terus, sebab disiarkan serentak, tetapi dia delaykan beberapa minit supaya ada pihak yang dapat tengok kalau ada apa-apa content yang melanggar Akta Lembaga Penapis kita. Orang tidak tahu sehinggakan siaran EPL pun ada orang yang penapis mendengarnya dan melihatnya. Sepatutnya kita kata tidakkanlah hendak tengok bola pun ada penapis, ada perkara. Takut ada. Kadang-kadang terkeluar kata-kata perkataan empat hurufkah dan sebagainya yang dikeluarkan, ia kalau keluar akan didenda.

Page 46: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

40 DN 16.12.2014

Maka dia terpaksa menggunakan lebih kurang lebih daripada 300 orang yang

mengawal daripada segi penapisan kendiri mereka sendiri.

Jadi ini antara perkara yang kita rasakan perlu difahami tentang kenapa kos mereka tinggi dalam soal ini, kerana kita meminta dan memaksa untuk memastikan tidak ada content yang terlepas, pun ada yang terlepas. Kadang-kadang saya difahamkan dahulu

Maharaja Lawak. Siapa hendak kawal kerana dia datang bercakap dia buat lawak itu secara spontan, tidak ada skrip awal. Akan tetapi dia terkeluar, dia kena denda. Ini yang terpaksa dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan content kita sesihat yang mungkin. Akan tetapi tidak ada perkara yang kita katakan boleh memberikan jaminan semasa. Yang Berhormat…

Dato’ Boon Som A/L Inong: Yang Berhormat Menteri, saya ingin mencelah.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Ya, sila.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan. Jadi ini berhubung dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. For my humble question Yang Berhormat Menteri, sejak kebelakangan ini saya terbaca blog-blog yang menyatakan kedudukan BERNAMA TV menghadapi masalah kewangan dan apakah kedudukan sebenarnya BERNAMA TV sekarang ini Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Sebelum pergi BERNAMA TV saya hendak jawab soalan Senator berkaitan dengan siaran content Siam dalam ucapan asal dahulu, sebelum saya terlupa pasal Siam ini. Saya terima pandangan, tetapi kita akan melihat nanti dalam konteks kita masuk pada satu era baru dalam sistem penyiaran kita. Iaitu tahun hadapan, inshaaAllah akhir tahun hadapan kita akan memulakan siaran digital. Siaran digital ini maknanya sekarang ini kita masih menggunakan kalau RTM1, RTM2, TV3 dan Media Prima semua sampai TV9 masih merupakan siaran kita siaran analog. Siaran analog menggunakan spektrum yang tidak ekonomik.

Jadi sekarang ini semuanya kita akan digitalize perkara ini. Bermakna dalam spektrum yang sama kita akan dapat pancarkan sehingga 40 hingga 50 saluran nanti. Jadi kalau kita banyak saluran nanti, kita boleh memikirkan suatu kaedah baru di dalam menyediakan content ataupun kandungan-kandungan. Jadi kita akan fikir bahawa misalnya

sistem penyiaran yang ada sekarang ini apakah masih relevan atau tidak. Sebagai contohnya TV1 dan TV2 masih menggunakan apa yang disebutkan mix channel ataupun general channel, iaitu saluran umum. Dalam itu ada berita, sukan, drama dan hiburan. Ini dianggap sebagai satu kaedah zaman dahulu, zaman tahun 60-an, zaman 70-an tidak berubah.

Zaman sekarang semuanya tidak disebutkan sebagai broadcasting, disebutkan narrow casting. Kalau sukan, sukan. Sekarang ini antara saluran yang tidak pernah kita fikirkan dahulu popular, saluran food channel misalnya. Ada tiga sekarang ini. Kalau dalam Astro dan sebagainya ada berpuluh lagi di tempat lain. Asian Food Channel, Travel Channel, kanak-kanak memasak, MasterChef dan sebagainya, merupakan satu saluran yang popular.

Jadi kalau dalam satu masa nanti kalau kita katakan sekarang ini sudah ada Korea, misalnya hendak ambil channel mereka sendiri, okey. Kita boleh bincang. Philippine ada channel mereka sendiri, boleh. Kalau Siam misalnya, kita menganggap bahawa kita perlu mendapatkan penonton yang sudah meminati rancangan-rancangan yang berbahasa Siam, sama ada kita hendak berbuat sendiri ataupun kita berunding dengan negara jiran misalnya. Apa salahnya, dia pun pergi pada digital juga. Mungkin kita akan bincang. Apa tidaknya di sana pun ada orang yang berbahasa Melayu di sana, mengambil channel yang berbahasa Melayu untuk disiarkan dalam antara satu daripada 40-50 channels yang ada di sana.

Kita boleh ambil satu dan sesuaikan dalam konteks penonton di Malaysia. Sudah tentu kita hendak panggil bahasa Siam, saya fahamkan bahasa Siam yang digunakan oleh ramai orang Siam di Malaysia ini tidak semestinya betul-betul sama dengan bahasa yang digunakan di Bangkok, misalnya. Akan tetapi kalau mereka hendak menggunakan bahasa Melayu, apakah mereka terpaksa menggunakan Bahasa Melayu Pattani yang lebih mirip pada orang Kelantan? Sebagai contoh.

Page 47: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 41

Jadi ini perkara yang harus kita uruskan antara pihak kita dan pihak sana supaya

kita pelbagaikan channel kita, pelbagaikan saluran kita, tetapi dalam masa yang sama merapatkan hubungan. Kalau kita boleh terima cerita dari Jepun, boleh terima cerita dari Brazil, Mexico dan Korea, apa salahnya kalau kita ada channel yang memberikan lebih content kepada rakan negara jiran kita dalam soal ini. Bagi saya terbuka. Akan tetapi kalau

hendak masukkan satu lagi dalam RTM1 dan RTM2 sekarang ini, saya rasa tidak praktikal kerana kiat sudah hendak pergi pada zaman digital nanti. Jadi itu jawapan yang kita berikan. Keduanya pasal BERNAMA TV ini.

■1510

Saya rasa Yang Berhormat Senator pun tahu. Saya akan berbincang dengan semua pihak untuk membuat beberapa keputusan dalam masa yang terdekat ini tentang masa depan Bernama TV kerana kita faham bahawa BERNAMA TV merupakan sebuah syarikat swasta. Nama BERNAMA, BERNAMA hanya memiliki 33 peratus kalau tidak silap saya daripada keseluruhan entiti tersebut. Akan tetapi orang menganggap bahawa kerajaan kena bantu sentiasa sebab akan timbul isu apabila sebuah syarikat swasta kerajaan bantu. Kalau ia lemah daripada segi kewangan, kerajaan terus bantu. Ini akan menimbulkan isu lain daripada segi sistem governance ataupun kerajaan yang baik dalam soal ini.

Jadi kita akan teliti perkara ini, akhirnya keputusan akan diambil keputusan komersial kerana ini merupakan sebuah badan komersial. Maka perlu diambil sebuah badan komersial ataupun cara-cara lain sekiranya diperlukan untuk meneruskan BERNAMA TV. Cuma ada dua, tiga isu lain yang kita katakan bahawa pada asalnya ialah hubungan antara Bernama TV dengan pihak Astro. Astro membeli content tetapi Astro sudah tidak beli content. Jadi ertinya dahulu Astro bayar tetapi sekarang Astro tidak bayar kerana Astro sudah mempunyai Awani, mempunyai sistemnya tersendiri dan sebagainya. Apakah Bernama TV boleh hidup tanpa ada pihak yang membeli content yang tertentu? Ini kita kena fikirkan.

Yang keduanya, apakah satu saluran berita yang menggunakan empat bahasa sesuatu yang viable atau tidak? Itu kita perlu gunakan sebab pada pandangan saya, saya kena dengar pandangan-pandangan profesional dalam soal ini. Mana ada negara dalam dunia yang mempunyai satu saluran berita yang pelbagai bahasa. Mungkin zaman itu sesuai tetapi tidak ada model dalam dunia satu saluran berita ada empat bahasa sebab sekarang ini saluran berita orang melihat mesti ada continuity, ada flow nya.

Misalnya berlaku gempa bumi, orang hendak tengok macam mana berlaku. Berlaku MH17, apa yang berlaku terus, tiba-tiba Tamil. Tidak ramai orang akan tunggu Tamil tetapi once dia dah lari, dia tidak akan datang balik ataupun orang Tamil tengah tengok Tamil, jadi Cina pula, bahasa Mandarin pula, dia tidak akan tunggu. Jadi tidak ada, baik BBC, baik apa sebagainya, ia tidak ada sebuah model yang dibuat dalam dunia maka dilihat apakah viable dengan menggunakan kaedah yang sama, ada banyak bahasa.

Timbalan Yang di-Pertua: Masih banyak lagi kah jawapan yang belum dijawab?

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek: Sedikit lagi, saya jawab yang ini, habis.

Selepas ini, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek: Yang keduanya saya kena lihat juga, ada

pilihan-pilihan lain. Misalnya kita dah ada Astro Awani yang menggunakan bahasa Melayu misalnya. RTM sendiri akan membina satu lagi saluran berita di bawah program digital nanti, 24 jam saluran berita bahasa Melayu. Politik sekarang ini Yang Berhormat tahu bahawa kita sekarang ini disiarkan secara langsung di bawah RTM Parlimen. Cumanya pagi tadi langsung keluar dalam TV sebab kalau keluar TV sepanjang masa, nanti orang marah pula pada RTM, tidak ada cerita lain kah? Cerita fasal RTM Parlimen sahaja, Yang Berhormat sahaja dan sebagainya.

Akan tetapi yang sekarang ini, kita siarkan langsung ia keluar dalam internet melalui IPTV RTM Parlimen. Kalau kita bersidang sampai pukul 12 pun ada siaran tersebut. Akan tetapi tidak lama bila digital, inshaaAllah akan ada satu saluran RTM Parlimen. Itu kita boleh tengok dalam TV sebab model ini ada di Brazil, model ini ada diBBC Parlimen, ada di Amerika, SISPEN ada banyak negara lain. Ini bukan satu perkara biasa.

Page 48: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

42 DN 16.12.2014

Orang akan boleh menonton bukan sahaja satu masa nanti apa yang berlaku di

Dewan Rakyat, Dewan Negara, mungkin kita boleh jemput Dewan Undangan Negeri pun kalau tidak bertelingkah waktunya, kita boleh tengok perbahasan di sana. Mungkin ada banyak Kabinet ataupun Parliamentary Committee, committee yang lain bersidang, PAC dan sebagainya. Berita, kita masukkan semua dalam satu unit.

Jadi yang kurang, satu lagi yang tidak ada ialah dalam bahasa Inggeris. News channel ataupun saluran berita dalam bahasa Inggeris belum ada lagi dalam negara kita. Jadi, ada orang timbulkan pejuang bahasa Melayu kata, “Tidak boleh, mesti Melayu juga”. Itu saya kena berbincang. Ada orang kata “Apakah salahnya?” China yang kuat nasionalismenya pun ada saluran berita bahasa Inggeris. Korea yang kuat pun ada aliran dalam bahasa Inggeris. Jepun yang kuat pun ada NHK dalam bahasa Inggeris. Perancis yang kuat ada dalam bahasa Inggeris. Jerman yang kuat pun semangat kebangsaan ada bahasa Inggeris. Akan tetapi Malaysia yang sudah lama belum ada. Jadi kita kena fikir juga.

Ini antara pilihan-pilihan yang perlu kita buat kerana kita mesti menyebarkan Malaysia pada satu dunia yang orang boleh tonton kita dalam bahasa yang difahami. Kemudiannya ada masyarakat kita yang memang lebih senang baca surat khabar bahasa Inggeris daripada surat khabar Melayu atau Cina tetapi belum ada satu saluran berita bahasa Inggeris. Jadi ini juga pilihan-pilihan yang mesti kita buat dalam masa yang terdekat tentang masa depan sistem broadcasting ataupun sistem penyiaran kita termasuklah Bernama TV dan termasuklah saluran-saluran lain yang akan kita bina dalam masa yang terdekat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua, rasanya saya ada sedikit

soalan yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua: Apakah soalan itu Yang Berhormat?

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Menyentuh mengenai dengan filem-filem yang bercorak lembut yang dipaparkan di TV, contohnya filem-filem seperti sotong, Sutun.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, saya ingat Yang Berhormat ada bangkitkan.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Ya, saya ada membangkitkan. Kenapa, tidak

sudi Menteri hendak jawab? Minta jawapan daripada Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua: Mungkin jawab secara ringkas Yang Berhormat.

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya pun ada

juga yang...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang ada sotong?

Dato’ Khairudin bin Samad: Bukan sotong. Saya yang pendidikan tatasusila

sivik, lorong, empat buah lorong kerana akhir-akhir ini kita lihat rakyat sudah mula lupa dengan tatasusila, lupa dengan sejarah. Saya minta supaya RTM melihat semula. Sudah tentulah ini semua melibatkan komersial tetapi Yang Berhormat Menteri yang bijaksana, saya rasa boleh kenakan levi di mana-mana untuk tampung kos-kos yang akan dikenakan kerana empat buah lorong di jalan raya pun orang tidak reti hendak guna. Kalau ada pendidikan daripada RTM misalnya boleh menyelesaikan banyak masalah.

Timbalan Yang di-Pertua: Okey, cukup itu, mungkin Yang Berhormat Menteri, sila

jawab.

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek: Terima kasih. Sebenarnya tadi saya sebut,

saya tidak perkataan ‘sotong’ sahaja, saya sebut perkataan LGBT tadi. Perkara itu kita perhatikan, kalau macam bawah RTM itu secara direct saya boleh ingat pada RTM tetapi

kalau dibuat dalam TV swasta kita boleh ingatkan mereka dan kita beritahu mereka mesti ikut garis panduan. Ada perkara yang bersifat grey, saya sendiri pun, minta maaf saya tidak menonton cerita sotong tadi.

Page 49: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 43

Ada orang kata ia lebih berbentuk pengajaran, jangan jadi sotong. Maka sotong

begini, orang itu pun bukanlah orang sotong dan sebagainya. Jadi perkara ini ada perkara-perkara yang perlu dilihat juga dari Lembaga Penapis Filem sama ada ia sesuai atau tidak untuk disiarkan. Jadi, minta maaf saya katakan ada perkara yang bersifat samar di sini untuk diperhatikan tetapi kalau ia keluar dalam RTM, saya akan ambil tindakan. Kalau keluar dalam TV swasta dan sebagainya, kita akan meminta mereka untuk meneliti kembali apakah perkara ini di luar daripada garis panduan yang diberikan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin sebentar tadi juga saya anggap ini ialah bersifat pandangan dan bersifat cadangan pada kita. Tadi pun saya dah sebut tentang beberapa cadangan yang baik. Sekarang pun dah ada, dipanggil iklan-iklan yang bersifat, dipanggil PSA atau public service announcement dan sebagainya yang mesti dipertingkatkan kerana bila kita benarkan Astro misalnya mengambil iklan, sebahagian beberapa minit, mestilah iklan yang dapat memberikan pengajaran ataupun memberikan pengumuman-pengumuman yang berkaitan dengan kepentingan-kepentingan awam.

Begitu juga RTM dan sebagainya tetapi saya percaya bahawa dalam dunia sekarang, apa sahaja yang keluar di dalam televisyen tidak mencukupi kerana dunia sekarang apa sahaja keluar dalam surat khabar tidak mencukupi kerana sebahagian besar daripada rakyat sekarang ini sudah mempunyai sumber-sumber lain daripada segi pengajaran, daripada segi pemberitaan, daripada segi pengumumannya dan sebagainya termasuklah telefon bimbit kita, termasuklah kaedah-kaedah lain. Semua ini mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada kami. Terima kasih [Tepuk]

■1520

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Seterusnya, kita beralih ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Silakan Yang Berhormat.

3.20 ptg.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Alexander Nanta Linggi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan

ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah sudi untuk membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa perbahasan Bajet 2015.

Jadi, izinkan saya untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat Senator semasa perbahasan itu.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya, untuk makluman Yang Berhormat Senator,

secara keseluruhannya sejumlah RM10.51 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan kementerian. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM6 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM4.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Jika dibandingkan dengan peruntukan yang diterima pada tahun 2014, ia berjumlah RM983 bilion. Terdapat peningkatan sejumlah RM675 juta atau 6.43 peratus yang diterima bagi tahun 2015 ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, peruntukan pembangunan yang diluluskan pada tahun 2015 meliputi pembangunan prasarana, modal insan, keusahawanan dan kemajuan Orang Asli. Dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, pihak kementerian akan melaksanakan projek mengikut keutamaan kerajaan negeri dan memastikan kumpulan sasar mendapat manfaat daripada peruntukan dan projek yang telah diluluskan.

Page 50: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

44 DN 16.12.2014

Pihak kementerian juga akan menilai dari semasa ke semasa dan akan menyusuli

dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi untuk membuat permohonan bajet tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak atau akan dimasukkan dalam permohonan Rancangan Malaysia Kesebelas bermula tahun 2016, nanti.

Kita mengharapkan semua Ahli Yang Berhormat Senator dari kedua-dua belah pihak Dewan ini untuk terus memberi sokongan kepada pihak kementerian kami dalam membawa arus pembangunan di kawasan luar bandar.

Berkenaan isu pembangunan infrastruktur kawasan. Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan tidak pernah meminggirkan penduduk di kawasan luar bandar. Namun, semua Ahli Yang Berhormat Senator perlu sedar bahawa usaha untuk melengkapkan kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar merupakan usaha berterusan kerajaan dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Pertama sekali, cadangan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin berkenaan cadangan agar dibina pusat renang atau kolam renang di kawasan luar bandar supaya anak-anak muda dan kanak-kanak belajar berenang di tempat yang betul dan nyawa tidak terkorban.

Untuk makluman Yang Berhormat, berhubung dengan cadangan pembinaan kemudahan atau fasiliti kolam renang di kawasan luar bandar, ia buat setakat ini masih di luar skop pelaksanaan projek ameniti sosial KKLW. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat Senator akan dipanjangkan kepada Unit Penyelarasan Projek serta pihak berkuasa negeri berkaitan.

Kedua adalah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok iaitu memohon kerajaan melihat semula pembangunan luar bandar Sarawak yang 20 tahun ke belakang dan jurang pembangunan infrastruktur yang tidak setimpal dan seimbang.

Untuk maklumat Yang Berhormat Datuk Senator, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika ini sememangnya memberi tumpuan kepada pembangunan di kawasan luar bandar di Sarawak dan di Sabah. Sarawak dan Sabah telah diberi keutamaan, khususnya dalam pelaksanaan projek infrastruktur asas. Ini dapat dilihat daripada agihan peruntukan pembangunan yang besar berbanding dengan negeri-negeri lain.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, 70 peratus daripada keseluruhan peruntukan infrastruktur asas dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah diagih kepada negeri Sarawak. Manakala, di bawah program NKRA infrastruktur asas luar bandar yang bermula pada tahun 2010 sehingga tahun 2014, agihan peruntukan infrastruktur asas kepada negeri Sarawak meningkat di antara 30 peratus hingga 40 peratus setiap tahun. Seterusnya, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas bin Umbul berkenaan projek pemajuan kawasan Kampung Selorom Taka, Daerah Nabawan, Sabah.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa memberi keutamaan kepada permohonan-permohonan yang diajukan oleh masyarakat luar bandar, terutamanya di Sabah. Sekiranya terdapat permohonan lain untuk Rancangan Malaysia Kesebelas, Yang Berhormat Senator dipohon mengemukakan permohonan ke kementerian untuk dipertimbangkan dan penjelasan lanjut berkenaan status projek yang telah disebut itu, penjelasannya agak panjang dan spesifik. Saya mohon untuk menyampaikan penjelasan secara bertulis. Boleh ya, Yang Berhormat Senator?

Sekarang beralih kepada perkara jalan luar bandar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak program NKRA dilaksanakan bermula dari tahun 2010 hingga tahun 2013, kementerian telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM8.63 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar di seluruh Malaysia.

Dengan pencapaian pembinaan jalan sepanjang 4,112 kilometer telah berjaya dibina dan dinaiktarafkan. Manakala, bagi tahun 2014, sehingga bulan September tahun 2014 ini, kementerian telah membelanjakan sebanyak RM673.83 juta dan telah mencapai 295.34 kilometer panjang jalan. Manakala, sasaran untuk dicapai pada tahun 2015 adalah untuk membina jalan sepanjang 496 kilometer dengan peruntukan yang disediakan sebanyak seperti mana terdapat dalam bajet iaitu RM943.98 juta.

Page 51: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 45

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa bekerjasama dengan

pihak berkuasa negeri seperti Jabatan Kerja Raya negeri dalam merancang pelaksanaan projek jalan luar bandar. Kelulusan pelaksanaan projek-projek yang dirancang adalah tertakluk kepada kelulusan agensi Pusat seperti Unit Perancang Ekonomi (UPE) ataupun Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri, dan yang paling utama kedudukan

semasa kewangan kerajaan.

Senarai projek yang dikemukakan untuk kelulusan mengikut keutamaan pihak berkuasa negeri. Pihak kementerian juga sentiasa prihatin terhadap permohonan yang dikemukakan oleh wakil rakyat dalam melaksanakan projek di bawah program jalan luar bandar. Walau bagaimanapun, peruntukan bagi Program Jalan Luar Bandar 2015 telah komited sepenuhnya Tuan Yang di-Pertua. Pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri dalam menjalankan siasatan tapak bagi tujuan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas 2016, bermulanya nanti.

Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin, ada menyentuh berhubung dengan kemudahan dan infrastruktur luar bandar dan memohon kerajaan menimbang cadangan untuk menaiktarafkan Jalan Padang Air Deras ke Masjid Kampung Tasik di Daerah Marang.

■1530

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian ini mengambil maklum permohonan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator To' Puan Hajah Zaitun untuk menaiktarafkan Jalan Padang Air Deras ke Masjid Kampung Tasik di Daerah Marang di Terengganu. Sehubungan itu, dipohon agar Yang Berhormat dapat mengemukakan permohonan secara rasmi kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi membolehkan kementerian mengambil tindakan lanjut dan menyenaraikan projek tersebut di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas nanti bermula tahun 2016.

Yang Berhormat Senator To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin juga ada memohon agar Jalan Bukit Kor Batu 9, Rhu Rendang dinaiktarafkan dengan segera. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian ini sentiasa komited untuk melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar pada setiap tahun secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan berdasarkan bajet yang diluluskan. Sehubungan itu, Yang Berhormat Senator boleh juga mengemukakan permohonan kepada kementerian untuk diteliti dan dipertimbangkan sewajarnya.

Perkara berkaitan dengan bekalan elektrik luar bandar. Yang Berhormat Senator Dato' Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg ada menyentuh berkenaan pembinaan infrastruktur bekalan elektrik ke kawasan yang belum menerima bekalan elektrik di negeri Sarawak dan juga negeri Sabah.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan sedar masih ada kawasan pedalaman di kedua-dua buah negeri ini yang masih belum menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam. Sehubungan itu, usaha-usaha untuk menyambungkan bekalan elektrik ke kampung-kampung terpencil di kedua-dua buah negeri ini telah dipergiatkan dan kerajaan yakin sasaran untuk mencapai liputan bekalan elektrik 95 peratus di Sarawak dan di Sabah akan dapat dicapai pada akhir tahun 2015 nanti.

Sekarang berkenaan dengan bekalan air luar bandar. Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok memohon kerajaan membangunkan kawasan luar bandar dengan kaedah yang baru bukan seperti sedia ada dan kaedah lama. Sebagai contoh, kerajaan membekalkan bekalan air luar bandar dengan cara membina empangan di sungai dan paip PVC ke rumah-rumah panjang. Air yang keluar dari paip PVC tetap air sungai dan bukan air terawat. Memang betul.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian dari semasa ke semasa akan menggunakan teknologi terkini bagi membantu masyarakat di luar bandar untuk mendapat bekalan air bersih yang sempurna. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya adalah bergantung kepada kesesuaian dan juga peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan. Sebagai contoh, kementerian telah membekalkan sebanyak 3,275 unit tangki Lifesaver M1 yang berfungsi untuk menapis air untuk kegunaan masakan dan minuman bagi penduduk di kawasan yang jauh terpencil di luar bandar.

Page 52: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

46 DN 16.12.2014

Isu MARA. Yang Berhormat Senator Dato' Boon Som a/l Inong ada menyentuh

berhubung dengan permohonan anggota masyarakat Siam untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dan penajaan daripada MARA juga ditolak atas alasan yang sama iaitu bangsa Siam bukan bumiputera.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MARA telah meluaskan kemudahan pendidikan MARA kepada bangsa Siam berstatus warganegara Malaysia berdasarkan kelayakan mengikut peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa. Ada ya, Yang Berhormat. Oh, Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan. Yang berstatus warganegara.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit ada menyentuh berhubung dengan Wilayah Persekutuan tiada satu pun sekolah MRSM dan ingin memohon sebuah sekolah MRSM untuk Wilayah Persekutuan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat berterima kasih atas cadangan Yang Berhormat Senator supaya kementerian membina sebuah MRSM di kawasan Wilayah Persekutuan dan kementerian akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak yang berkaitan bergantung kepada kedudukan kewangan yang sedia ada.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad memohon MARA mempercepatkan projek pembangunan MRSM di Perlis yang telah lama terbengkalai. Yang Berhormat ada dalam Dewan, tak ada? Tidak apalah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk sebentar.

Saya ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sudah sebutkan perkara ini beberapa hari lepas. Semasa Yang Berhormat Menteri menjawab, sila berada di dalam Dewan. Kadang-kadang soalan-soalan Yang Berhormat bangkitkan, Yang Berhormat Menteri menjawab tapi Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan. Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak apalah

sebab jawapan ini sangat bagus untuk diketahui. Jadi biarlah saya sebut untuk menjawab.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MARA telah melantik kontraktor bagi menyiapkan pembinaan MRSM Arau yang terbengkalai sebelum ini. Kontraktor yang dilantik sedang meningkatkan prestasi kerja di tapak MRSM bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut tempoh kontrak yang telah ditetapkan dan MARA menjangkakan pengambilan pelajar boleh dibuat pada tahun 2015 dalam pertengahan tahun depan setelah mendapat sijil layak menduduki.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus ada mencadangkan supaya pihak MARA menubuhkan jawatankuasa khas untuk Labuan bagi menangani masalah peniaga kecil yang tidak mampu dan khuatir disaman atau disenaraihitamkan sekiranya tidak mampu membayar sewa. Yang Berhormat Senator juga mencadangkan supaya MARA membeli lot-lot kedai dan memberikan sewa kepada peniaga bumiputera di Labuan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MARA telah membuat lawatan ke Labuan bagi mengenal pasti bangunan untuk dibeli dan disewakan kepada usahawan tempatan. MARA kini dalam proses pembelian satu lot kedai empat tingkat di Jalan OKK Abdullah, Labuan.

Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim pula bertanya mengenai adakah MARA membuat kajian pasaran sebelum membuat sebarang pembelian. Kedua, berapakah jumlah bangunan-bangunan komersial yang dibeli dan dibina oleh MARA? Ketiga, adakah tindakan atau jumlah bilangan tindakan yang diambil kepada unit yang disewa dan tidak beroperasi contohnya di Flat Kampung Melayu.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kajian pasaran perlu dilaksanakan sebelum membuat sebarang pembelian premis berdasarkan garis panduan dan prosedur bagi rancangan pembinaan, peningkatan dan pembelian premis bagi memastikan ia memberi pulangan kepada MARA.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, bagi jumlah pembelian dan pembinaan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah seperti berikut: satu pembelian 18 lot; satu pembinaan baru tiga tingkat 45 unit; dan 12 pembangunan semula dan naik taraf.

Page 53: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 47

MARA akan mengambil tindakan kepada penyewa yang tidak menjalankan operasi

perniagaan di premis MARA mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan dengan memberi surat peringatan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan sekiranya penyewa masih ingkar.

Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim juga ada membangkitkan mengenai kedai MARA di Flat Kampung Melayu yang telah disewakan melebihi 10 tahun tetapi tidak ada sebarang perniagaan dan pihak Yang Berhormat Senator telah mengemukakan surat kepada pihak MARA untuk bertanya kenapa kedai ini tidak beroperasi dan tidak diambil tindakan.

■1540

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MARA telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap premis berkaitan. Pada 23 Oktober tahun 2014, tindakan pemilikan kosong iaitu vacant possession telah dibuat di atas dua lot berkenaan. Pengisian penyewa baru akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Sekarang saya beralih kepada perkara yang berkaitan dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin mencadangkan agar kerajaan membangunkan lebih banyak PKS di kawasan luar bandar khususnya yang berasaskan pertanian dengan mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian yang akan menyediakan peluang-peluang pekerjaan serta melahirkan lebih ramai usahawan PKS kepada penduduk-penduduk setempat terutamanya sasaran golongan anak-anak muda di luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian sentiasa komited dalam pembangunan keusahawanan masyarakat luar bandar termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Di peringkat nasional, pembangunan PKS ditaja oleh SME Corp. dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang melaksanakan program pembangunan PKS.

Di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, antara program yang dilaksanakan dalam pembangunan PKS adalah seperti Program Rural Business Challenge (RBC), Program Desa Lestari dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED). Program RBC berkonsepkan pertandingan rancangan perniagaan dan terbuka kepada belia-belia di seluruh Malaysia khususnya luar bandar. Program RBC dilaksanakan bertujuan untuk mengembangkan perniagaan usahawan-usahawan belia yang terpilih melalui pemberian geran perniagaan bagi melaksanakan projek ekonomi di luar bandar.

Manakala Program Desa Lestari bertujuan untuk memaju dan menaik taraf ekonomi penduduk kampung terpilih melalui pelaksanaan projek-projek ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan dan membuka peluang-peluang pekerjaan baru kepada masyarakat luar bandar. Kaedah pelaksanaan projek melalui koperasi dan sejumlah peruntukan akan disalurkan kepada kampung yang terpilih bagi tujuan melaksanakan projek-projek ekonomi tersebut. Antara projek-projek yang dikenal pasti adalah seperti pelancongan desa, pertanian, penternakan, perikanan, perkhidmatan dan sebagainya.

Selain itu bagi menggalakkan perkembangan PKS di luar bandar, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) disediakan untuk membantu usahawan bumiputera luar bandar mendapatkan kemudahan pembiayaan.

Skop pembiayaan belian mesin ataupun peralatan yang akan membantu meningkatkan perniagaan dan perusahaan yang diceburi. Modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah dan ubah suai untuk menaik taraf premis perniagaan ataupun perusahaan. Skim ini pembiayaan bercagaran dengan kadar bayaran balik yang rendah dan dilaksanakan melalui Bank Kerjasama Rakyat ataupun Bank Rakyat dan SME Bank juga.

Sekarang berkenaan dengan isu agropolitan. Dalam aspek agropolitan pula, Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah ada menyeru kepada pihak kerajaan supaya pembangunan yang macam ini diteruskan supaya kawasan-kawasan luar bandar itu boleh didiami dengan selesa dan dengan baik. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah melaksanakan projek agropolitan di bawah Program Lonjakan Mega Luar Bandar melalui agensi pelaksana seperti RISDA dan FELCRA Berhad, Lembaga Kemajuan Wilayah di Kedah (KEDA), Lembaga Industri Getah di Sabah (LIGS) dan sebagainya.

Page 54: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

48 DN 16.12.2014

Projek agropolitan merupakan satu program bersepadu dan komprehensif yang

mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan di luar bandar melalui peningkatan pendapatan. Juga mengeluarkan mereka terus daripada garis kemiskinan di samping pembangunan kawasan mundur, terpencil dan terbiar.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, setakat ini terdapat 11 projek agropolitan yang telah dan sedang dilaksanakan iaitu dua projek di Pahang, satu projek di Perak, satu projek di Kedah, dua projek di Sabah dan lima projek di Sarawak dengan keluasan 10,247.99 hektar dan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 2,946 orang ketua isi rumah miskin tegar. Projek ini dijangkakan akan mampu melonjakkan pendapatan peserta dari RM300 kepada RM1,800 sebulan dengan penglibatan peserta secara aktif di ladang dan melalui agihan dividen kepada peserta. Harus juga diketahui Yang Berhormat, projek agropolitan ini yang saya sebut 11 projek ini adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ada agensi-agensi lain juga melaksanakan projek agropolitan ini.

Isu JAKOA. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah memohon kerajaan meningkatkan pembangunan Orang Asli selaras dengan peruntukan yang telah disalurkan. Hasil kajian dari EPU ke atas JAKOA iaitu hasil kajian itu penjenamaan semula JAKOA. Perjawatan perlu diperluaskan di peringkat negeri dan daerah, Ketua Pengarah JAKOA dilantik daripada kalangan masyarakat Orang Asli, pemilikan tanah kepada masyarakat Orang Asli dengan menyukat kawasan penempatan Orang Asli dan diwartakan, tender-tender JAKOA diberi keutamaan kepada kontraktor Orang Asli.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli iaitu JAKOA sentiasa komited dalam meningkatkan pembangunan Orang Asli secara berterusan. Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM352 juta melalui bajet tahun 2015 yang akan diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur, ekonomi, pendidikan dan kebajikan masyarakat Orang Asli. Perlu diketahui juga populasi masyarakat Orang Asli buat masa sekarang adalah dalam lingkungan 200,000 orang dan ketua isi rumah sekiranya dalam 36,658 dan bilangan kampung adalah terdapat 853 buah kampung.

Penjenamaan semula JAKOA melalui cadangan penyusunan struktur organisasi JAKOA yang telah pun diluluskan pada 26 Mei tahun 2014 yang melibatkan tambahan sebanyak lapan jawatan termasuk di JAKOA, di ibu pejabat, di negeri dan di peringkat daerah. Ini merupakan antara langkah transformasi jabatan sebagai peneraju utama pembangunan masyarakat Orang Asli yang progresif dan dinamik. Di samping itu, penstrukturan semula ini juga strategi untuk memaksimumkan kecekapan guna tenaga bukan memaksimumkan, memaksimumkan kecekapan guna tenaga sumber sedia ada dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Orang Asli.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator juga, pelantikan pegawai di sektor awam termasuk di JAKOA adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaku pihak berkuasa melantik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator juga, perjawatan Ketua Pengarah JAKOA diisi oleh pegawai gred JUSA C di bawah skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Pengisian jawatan ini dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pada masa yang sama, kementerian telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan jumlah pegawai di peringkat pengurusan tertinggi JAKOA. Antaranya menempatkan pegawai Orang Asli di bawah Skim Perkhidmatan Pendidikan melalui kaedah pertukaran sementara secara kontrak dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di mana seorang pegawai berkenaan sedang berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli di negeri Pahang.

■1550

Kita pinjam daripada jabatan yang lain. Selain itu, mantan Timbalan Ketua Pengarah JAKOA di pembangunan adalah merupakan seorang Orang Asli yang telah berkhidmat di JAKOA semenjak 1 April 2003 dan beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat saujana di United Kingdom dan ditempatkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Ini langkah-langkah proaktif yang kita ambil untuk membantu kita mengisi jawatan tinggi di JAKOA.

Dato’ Lim Nget Yoon: Boleh beri laluan?

Page 55: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 49

Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya.

Dato’ Lim Nget Yoon: Saya dari Pahang dan kawasan saya memang ada ramai

Orang Asli dan setahu saya tanah rizab Orang Asli ini selalu di sewa dan di usaha balik orang lain, bukan mereka sendiri. Jadi, adakah kementerian sedar dengan perkara tersebut dan adakah apa-apa langkah untuk membantu Orang Asli memajukan tanah mereka sendiri serta membantu mereka dalam ekonomi? Terima kasih.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya

ingat Yang Berhormat Senator pernah juga mengemukakan perkara yang sama di sesi yang sudah. Jadi, biarlah saya buat penjelasan sedikit. Memang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab kepada Kemajuan Masyarakat Orang Asli di mana Jabatan JAKOA ini adalah di bawah kementerian.

Kita sentiasa sedar, kita amat sedar bahawa masyarakat Orang Asli ini perlu dibantu dan apatah lagi kalau mereka ada tanah sendiri. Kita ada banyak program yang boleh membantu kalau diterima oleh masyarakat atau pun tuan punya tanah itu sendiri. Masalah tanah-tanah mereka ini di usahakan pihak lain. Perkara ini pun kita tahu berleluasa di mana-mana tempat dan ia bukan terjadi di masyarakat Orang Asli sahaja. Masyarakat Bumiputera yang lain pun berlaku juga.

Kalau kita melihat itu sebagai perkara yang tidak betul, kita seharusnya membantu mereka untuk mereka ini lebih sedar dan lebih yakin dan mungkin ada kemampuan mereka sendiri untuk mereka mengusahakan tanah-tanah tersebut. Tanggungjawab kita semua dan Yang Berhormat Senator sendiri, Ahli-ahli Wakil Rakyat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dan juga sesiapa pun yang sebagai ketua masyarakat kita seharusnya berganding bahu dan bekerjasamalah untuk membantu menyedarkan mereka dalam perkara yang tidak diingini ini.

Jadi, perkara itu memang kementerian amat sedar dan oleh itu seperti mana telah saya sebutkan tadi kita ada pelbagai program. Mungkin untuk saya hendak menggariskan satu persatu di sini Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak ada masa Yang Berhormat.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Tuan Yang di-Pertua, kita mengirakan masa

mungkin tidak cukup. Jadi, kalau Yang Berhormat Senator ingin hendak tahu dengan terperinci bolehlah mohon atau pun tidak apa, nanti saya akan arahkan pegawai untuk memberi kepada Yang Berhormat Senator apa dia program-program yang ada pada kita untuk kita boleh membantu masyarakat Orang Asli yang mempunyai tanah, okey.

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah: Boleh saya mencelah sedikit Yang

Berhormat Menteri?

Datuk Alexander Nanta Linggi: Boleh, boleh.

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah: Saya hanya ingin mempersoalkan

tentang perkara yang telah dibangkitkan oleh kampung Orang Asli bahawa banyak lagi tanah-tanah Orang Asli yang belum di gazetkan. Jadi, saya rasa ini menjadi satu isu juga kepada masyarakat Orang Asli kerana di penempatan yang telah saya masuk itu mereka telah mengatakan bahawa kalau dahulu tanahnya itu yang dijanjikan adalah besar tetapi lama-kelamaan mengecil kerana sebahagian daripada tanah mereka telah diberikan kepada pemaju-pemaju untuk dimajukan.

Mereka juga memang seperti Yang Berhormat katakan memerlukan program ekonomi dan kita telah pun memulakan sedikit sebanyak program ekonomi bersama dengan agensi FAMA Ladang Kontrak. Jadi, saya harap kalau boleh isu tanah yang belum digazetkan ini dapat dilihat dengan secara serius. Sila berikan sedikit penjelasan. Thank you.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, saya rasa Yang Berhormat

jawab dahulu soalan-soalan yang telah dibangkitkan semasa perbahasan. Kalau ada masa lebih nanti Yang Berhormat jawab soalan yang baru yang dikemukakan itu. Boleh Yang Berhormat Menteri.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Baiklah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

kira itu adalah yang lebih sesuai sebab memang ada dalam ucapan ini.

Page 56: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

50 DN 16.12.2014

Kalau Yang Berhormat sabar sedikit ada bab ini saya akan baca untuk sebagai

pencerahan kepada Yang Berhormat dalam perkara yang telah dibangkitkan tadi. Okey, saya teruskan ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Kementerian dari semasa ke semasa akan dan

terus mengadakan kerjasama strategik dengan pihak SPA bagi meningkatkan bilangan penjawat awam Orang Asli dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian tadi, dalam aspek pemilikan tanah kepada masyarakat Orang Asli seluas 31,480.44 hektar tanah telah diwartakan sebagai kawasan penempatan Orang Asli. Jadi ini sekali gus menjawab apa yang telah dibangkitkan oleh Senator Datuk Raja Ropiaah sebentar tadi lah. Manakala seluas 75,181.40 hektar tanah telah dipohon untuk diwartakan sebagai kawasan penempatan Orang Asli.

Di samping itu, terdapat seluas 19,774.22 hektar tanah telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai kawasan penempatan Orang Asli. Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara pada 4 Disember tahun 2009 telah ditangguhkan pelaksanaannya atas permintaan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang telah mengemukakan laporan inquiry nasional mengenai hak tanah Orang Asli, orang-orang asal.

Laporan tersebut juga pada masa yang sama sedang dikaji oleh pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Tab bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia yang telah dilantik oleh Kabinet bagi mengkaji dan memberi maklum balas mengenai laporan inquiry nasional mengenai hak tanah Orang Asli, orang asal untuk diambil kira sebagai penambahbaikan kepada pelaksanaan Dasar Pemberimilikan dan pembangunan tanah Orang Asli. Itu penjelasannya.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, JAKOA secara berterusan memberi keutamaan kepada kontraktor-kontraktor dan usahawan Orang Asli dalam proses tender dan sebut harga. Walau bagaimanapun, ia mestilah mengikut dan mematuhi persetujuan perolehan yang sedang berkuat kuasa. Bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2009 hingga 2013 sebanyak 89 buah syarikat Orang Asli telah ditawarkan kontrak berkenaan perkhidmatan dan kerja oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Isu Rural Transformation Center (RTC). Yang Berhormat Senator Puan Hajah

Mariany binti Mohammad Yit telah memohon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan sejak penubuhan UTC iaitu Urban Transformation Center dan RTC Rural Transformation Center, berapakah statistik transaksi yang telah dijalankan dan unjuran KPI kerajaan dalam memastikan perbelanjaan kerajaan dapat diterjemahkan untuk manfaat rakyat?

Untuk maklumat Yang Berhormat Senator, maklumat mengenai UTC akan dijawab oleh Kementerian Kewangan nanti memandangkan inisiatif ini diterajui oleh kementerian tersebut. Untuk RTC semenjak dibuka pada tahun 2012, RTC telah dikunjungi seramai 11 juta orang pengunjung, manakala nilai transaksi jualan telah melebihi RM735 juta.

■1600

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Sehingga kini seramai 1,238 orang usahawan telah terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan di semua RTC yang beroperasi. Daripada segi pencapaian inisiatif-inisiatif RTC dari Januari hingga Oktober 2014, sebanyak 261 latihan ataupun kursus telah dilaksanakan dengan penglibatan 8,432 orang peserta di tujuh buah RTC yang beroperasi. Bagi pelaksanaan inisiatif pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan dan pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian telah memberi manfaat kepada 29,713 orang usahawan dengan nilai jualan melebihi RM1.4 bilion. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas ini.

Page 57: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 51

Pelaksanaan inisiatif kemudahan pembiayaan kewangan sebanyak RM30.15 juta

telah disalurkan kepada 2,941 orang usahawan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pencapaian inisiatif RTC telah menunjukkan hasil yang amat positif. Usaha-usaha meningkatkan taraf pendapatan dan mengurangkan kos sara hidup masyarakat luar bandar turut diperkukuhkan melalui pelaksanaan program-program seperti jaringan strategik atau strategic linkages di antara mini RTC atau urban dan juga RTC bersama Urban Transformation Center, UTC.

Tuan Yang di-Pertua saya beralih kepada isu RISDA.

Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi Yang Berhormat.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Tidak.

Tuan Yang di-Pertua: Okey teruskan.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya teruskan ya, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.

Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih. Yang Berhormat Senator Puan

Shahanim binti Mohamad Yusoff memohon kementerian membuat satu tindakan drastik untuk membantu penoreh getah seluruh Malaysia daripada segi bantuan makanan dan peralatan sekolah. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, RISDA akan terus melaksanakan usaha-usaha melalui program dan aktiviti untuk kemajuan dan kesejahteraan komuniti pekebun kecil.

Walau bagaimanapun, belum ada program seumpama bantuan makanan dan peralatan sekolah kepada penoreh getah ya. Pihak kementerian akan mengambil perhatian terhadap saranan Yang Berhormat Senator untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan atau KKLW dan juga RISDA. Jadi bagi yang lain saya ingat Kementerian Komoditi akan menjelaskan nanti.

Yang Berhormat Senator, ini berkenaan dengan KEMAS sekarang. Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam memohon agar kementerian menimbangkan bantuan bulanan sebanyak RM300 seorang kepada mereka yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun termasuk pemaju masyarakat KEMAS. Memasukkan juga mereka yang berkhidmat dan bersara wajib 10 tahun ke atas Yang Berhormat Tan Sri. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Tan Sri, kelulusan bayaran bantuan RM300 seorang yang melibatkan seramai 1,650 orang individu dan bekas kakitangan kontrak kepada beberapa buah agensi bukan KEMAS sahaja, JASA dan sebagainya yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan bajet tahun 2015 ini. Sehingga kini KEMAS masih belum menerima pekeliling atau butiran terperinci mengenai penerima yang layak menerima bantuan bulanan tersebut walaupun sudah diumumkan ia akan dibayar.

Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim bertanya berkaitan penyelia kanan bagi setiap Parlimen dan bagaimanakah penempatan ini dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah kerana didapati bahawa di Pulau Pinang hanya ada seorang penyelia kanan KEMAS yang terpaksa menjaga tiga buah kawasan Parlimen.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, penempatan penyelia kanan KEMAS dibuat mengikut Parlimen. Bagi kawasan Parlimen Jelutong, Bukit Gelugor dan Tanjong di negeri Pulau Pinang, ketiga-tiga jawatan penyelia kanan KEMAS itu telah pun diisi. Namun atas keperluan mendesak, penyelia kanan Parlimen Bukit Gelugor sedang ditugaskan untuk kerja pengurusan aset dan inventori bagi KEMAS negeri Pulau Pinang. Penempatan penyelia kanan tersebut di pejabat KEMAS negeri adalah secara sementara sahaja. Dalam hal ini penyelia kanan Jelutong perlu menjaga dua Parlimen iaitu Jelutong dan Bukit Gelugor ya. Jelas ya Yang Berhormat.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus memohon kementerian mempertimbangkan elaun pembantu pegawai pemajuan masyarakat KEMAS. Difahamkan bahawa elaun yang diterima adalah sebanyak RM400 sebulan sahaja dan tidak relevan serta tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian selama sebulan memandangkan beban tugas yang berat. Dicadangkan KKLW memberi pertimbangan mengenai perkara berikut:

Page 58: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

52 DN 16.12.2014

(i) wujudkan jawatan tetap pembantu pegawai KEMAS;

(ii) ada kenaikan gaji dan elaun;

(iii) gaji minimum RM900 sebulan;

(iv) lanjutkan umur persaraan dari 58 tahun ke 60 tahun; dan

(v) skim pinjaman perumahan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bayaran sagu hati dibayar dengan kadar RM400 sebulan kepada pembantu pemaju masyarakat sukarela iaitu sukarelawati yang terdiri daripada suri rumah dan wanita tempatan di kawasan berdekatan yang ingin membantu tabika dan taska. Mereka juga bukan penjawat awam. Mereka pada mulanya diambil untuk membantu sahaja. Jadi belum lagi status ke peringkat penjawat awam. Antara tugasan PPMS ini menyediakan makanan dan minuman, mengurus kanak-kanak dan membantu pemaju masyarakat tabika/taska mengurus dan menjaga keselamatan kanak-kanak. Sebelum ini PPMS hanya dibayar menggunakan kutipan daripada ibu bapa iaitu wang tabungan di mana kadar upahnya adalah berbeza-beza antara RM100 sebulan ke RM300 sebulan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sampailah ke penghujungnya. Sebagai rumusan, Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli-ahli Dewan Negara sekalian, pihak kementerian akan meneruskan pelaksanaan projek-projek yang telah dibentangkan dalam bajet tempoh hari. Kita juga sedia maklum bahawa masih banyak projek pembangunan dan kemajuan di kawasan luar di seluruh negara yang perlu kita laksanakan dan selesaikan. Kerajaan akan sentiasa komited dan kementerian juga sentiasa komited dan akan menunaikan apa yang telah kita janjikan kepada rakyat selaras dengan pendekatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Akhir sekali pihak kementerian sentiasa mengalu-alukan input dan maklum balas daripada semua Ahli Yang Berhormat dan kita akan cuba untuk menyelesaikan sebarang isu dan masalah dengan sedaya upaya kita. Sesungguhnya segala isu dan saranan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator pastinya kementerian akan mengambil perhatian dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan salam hormat kepada semua dan juga saya menggunakan kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada yang beragama Kristian dan juga kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat beragama lain, Selamat Tahun Baru. Kita berjumpa lagi tahun 2015. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih banyak-

banyak. Sekarang saya silakan, untuk makluman Yang Berhormat kita ada 13 kementerian lagi dan kalau boleh Yang Berhormat yang menjawab kalau sekiranya ada perkara-perkara telah disentuh dalam lisan sebagainya di dalam Dewan ini, tidak payah ulang lagi dan pandai-pandai, bijak sikit untuk mengawal masa untuk dapat kita selesaikan pada malam ini. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memulakan. Silakan Yang Berhormat.

■1610

4.10 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada tujuh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 dari 3 hari bulan hingga 11 Disember 2014.

Antara isu-isu yang telah dibangkitkan berkaitan kementerian ini mengenai sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), hubungan dagang Malaysia-Taiwan dan Proton. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkenaan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) iaitu Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin mencadangkan agar kerajaan membangunkan lebih banyak PKS di kawasan luar bandar khususnya yang berasaskan pertanian dengan mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian.

Page 59: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 53

Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh ingin

mengetahui bilangan PKS dan mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah tanah capacity building untuk PKS. Yang Berhormat Senator Dato’ Goonasakaren a/l Raman meminta agar PKS dalam kalangan kaum India diberi perhatian dan peruntukan yang sewajarnya. Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Rohani binti Abdullah mencadangkan supaya pusat perkembangan PKS ditubuhkan di setiap daerah dan Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff mencadangkan produk-produk PKS di promosi dan diketengahkan dengan lebih meluas seperti mana produk-produk yang lain.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pembangunan industri PKS di Malaysia melibatkan banyak pihak. Pada masa ini, sebanyak 15 kementerian dan lebih daripada 60 buah agensi terlibat dalam pembangunan dan program PKS di Malaysia termasuk dalam sektor pertanian di kawasan luar bandar. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya iaitu SME Corp. bertindak sebagai agensi penyelaras pusat bagi pembangunan PKS merentasi sektor dan industri. SME Corp. turut menyediakan pusat rujukan setempat atau One Referral Centre (ORC) bagi membantu PKS di seluruh negara mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat mengenai program pembangunan PKS yang dijalankan oleh semua kementerian dan agensi kerajaan.

Pada tahun 2013, sebanyak RM92.2 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan 14 projek infrastruktur bagi industri PKS. Pada tahun 2014 pula, peruntukan program infrastruktur telah bertambah kepada RM208.8 juta. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian khususnya kepada PKS luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak serta memberi faedah kepada 1,099 buah syarikat PKS.

Agensi MITI yang lain iaitu SME Bank turut menyediakan tanah bagi perniagaan yang dijalankan di luar pantai yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED). Sehingga Oktober 2014, SME Bank telah meluluskan sebanyak RM224.8 juta kepada 2,168 orang usahawan luar bandar termasuk daerah Marang.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, antara kawasan bagi menggalakkan aktiviti perniagaan di kalangan PKS yang telah disediakan adalah ‘Mark Lau’ Industry Park fasa 2B, Sama Jaya Free Industrial Zone Fasa 5 dan Bio Valley Park oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak. Pembesaran Jeti Marina di Pengkalan Bot, penambahbaikan Medan Ikan Bakar Kampung Siti Manis dan Program Peningkatan Hab Halal Pengkalan Chepa di Kota Baharu oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Program Pembangunan Semula Pekan Melayu Mukim Sena, Perlis dan Program Pembangunan Premis Perniagaan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Dataran Usahawan Kota Sarang Semut oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah dan Rumah Kedai di Karakit, Pulau Banggi dan Premis Perniagaan Beluran oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan bancian yang dilaksanakan pada tahun 2010, terdapat sejumlah 645,136 buah pertubuhan yang didefinisikan sebagai PKS. Daripada jumlah ini, 77 peratus daripadanya adalah merupakan enterprise micro, 20 peratus syarikat kecil dan hanya 3 peratus syarikat sederhana. Dalam Bajet 2015 yang diumumkan pada Oktober lepas, sebanyak RM11.4 bilion peruntukan telah disediakan oleh kerajaan kepada PKS di Malaysia di mana RM8.8 bilion atau 77 peratus adalah terbuka kepada semua kaum. Antara bantuan, dan insentif, yang disediakan RM6.3 bilion diperuntukkan bagi memperkukuhkan sektor pertanian, RM300 juta bagi 1Malaysia Grip, RM300 juta bagi Services Export Fund (SEF) dan RM80 juta bagi Soft Loan Scheme For Automation and Modernization of SME.

Bajet 2014 juga telah memperuntukkan RM110 juta kepada PKS kaum India. Inisiatif khas ini termasuk pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM50 juta, Skim Pembangunan Usahawan Kaum India dan pinjaman mikro kredit sebanyak RM30 juta kepada usahawan wanita oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan peruntukan RM30 juta kepada golongan belia India sebagai penyediaan latihan teknikal serta bantuan. Dalam usaha mewujudkan PKS tempatan yang berdaya saing, kerajaan telah menyediakan pelbagai program pembangunan dan bantuan kewangan kepada PKS yang layak tanpa mengira kumpulan etnik. Antara program yang dilaksanakan oleh MITI melalui SME Corp. Malaysia program peningkatan perniagaan atau Business Accelerator Programme (BAP) dan program Enrichment and Enhancement e-Square.

Program BAP khusus untuk syarikat kecil dan sederhana, dan program e-square khusus untuk mikro enterprise bertujuan untuk membantu pertumbuhan PKS secara

Page 60: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

54 DN 16.12.2014

menyeluruh dan bersepadu termasuk membina kapasiti dan keupayaan serta khidmat nasihat teknikal. Sejak program ini dimulakan pada tahun 2011 sehingga 30 November 2014, sebanyak 576 PKS telah dibantu untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan di bawah kedua-dua program dengan nilai kelulusan RM100.67 juta. Daripada jumlah ini, 101 kelulusan adalah kepada PKS India bernilai RM20.23 juta.

■1620

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya maklum tadi, SME Corps Malaysia mempunyai Pusat Rujukan Setempat atau One Referral Centre (ORC) bagi memastikan PKS mendapat bimbingan melalui khidmat nasihat perniagaan serta menerima maklumat yang terkini mengenai tanah dan insentif kerajaan. Pada masa ini, sebanyak 12 buah lokasi ORC telah diwujudkan di seluruh negara. Antara perkhidmatan yang disediakan di ORC khidmat nasihat perniagaan, pautan ORC, penyediaan kaunter maklumat oleh kementerian, agensi dan institusi kewangan, pautan maklumat talian dan mail maklumat, pusat sumber, galeri produk PKS, produk PKS maya, laman web dan portal info mengenai PKS dan taklimat dan pocket talks.

Sepanjang tahun 2013, ORC SME Corps Malaysia telah mencatatkan seramai 10,153 orang pengunjung. Selain itu, ORC juga telah melaksanakan sebanyak 10 sesi hari terbuka pembiayaan mikro yang dihadiri oleh 1,480 orang peserta. Sebagai usaha untuk membantu mempromosikan produk-produk PKS, SME Corps Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan telah melaksanakan program pembangunan jenama PKS mulai tahun 2009. Program ini telah diluluskan semasa Mesyuarat Ke-7 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan pada 13 September 2007 yang bertujuan untuk meningkatkan penampilan produk dan perkhidmatan Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa. Bagi melaksanakan program ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan di bawah Bajet 2010 sebanyak RM50 juta bagi tujuan promosi dan penjenamaan. Inisiatif-inisiatif di bawah program ini adalah:

(i) galeri pembungkusan dan penjenamaan bergerak atau dikenali sebagai brand transformer;

(ii) National Mark of Malaysian Brand; dan

(iii) networking session for the National Mark of Malaysian Brand recipients and related agencies.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon meminta agar kerajaan meneliti cadangan mewujudkan perjanjian perdagangan dengan Taiwan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, hubungan Malaysia dan Taiwan dalam ekonomi dan perdagangan adalah baik di mana pada tahun 2013, Taiwan merupakan rakan dagangan Malaysia yang kelapan terbesar. Dalam isu yang dibangkitkan, MITI selaku kementerian yang dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan isu perdagangan antarabangsa sentiasa berbincang dengan Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra sebelum melaksanakan sebarang tindakan. Kerajaan sememangnya sedia maklum beberapa buah negara telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Taiwan seperti Taiwan-Singapura yang dikenali sebagai ANSZTEC dan Taiwan-New Zealand sebagai ANZTEC. Pada masa ini, kerajaan berpandukan dasar semasa iaitu menghormati dasar 1China Policy. Sehubungan itu, kerajaan sentiasa mencari jalan dan bersikap terbuka untuk

meningkatkan hubungan dagangan dan pelaburan dengan Taiwan tanpa menjejaskan 1China Policy.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam meminta kementerian menyatakan kedudukan Proton untuk terus bersaing dalam industri automotif. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, penubuhan Proton sebagai sebuah syarikat nasional telah berjaya merancakkan pertumbuhan industri automotif negara. Semenjak pasca krisis ekonomi global pada tahun 2008, industri automotif antarabangsa menghadapi pelbagai persaingan sengit yang juga memberi kesan kepada perkembangan industri automotif tempatan. Oleh itu, Proton melalui pelan pembangunan jangka masa panjang syarikat telah merangka beberapa inisiatif dalam usaha mentransformasikan dan memperkasakan kedudukan syarikat di masa akan datang.

Fokus utama Proton adalah dalam aspek penyelidikan dan pembangunan produk yang berterusan bagi menepati cita rasa pengguna serta memberi nilai terbaik dalam aspek-aspek penting kepada pengguna terutamanya daripada segi prestasi, keselamatan

Page 61: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 55

dan kepuasan keseluruhan. Inisiatif ini telah direalisasikan secara berperingkat yang mana model terbaru Proton iaitu IRIZ telah menerima banyak pengiktirafan termasuk Anugerah Keselamatan Lima Bintang oleh ASEAN NCAP malah model ini juga telah dinobatkan sebagai Model Terbaik Malaysia 2014 dalam kategori compact hatchback dan People’s Choice Award dalam NST Maybank Car of The Year 2014 yang telah diadakan baru-baru

ini.

Inisiatif-inisiatif lain yang turut merangkumi usaha pembangunan, penyelidikan strategik dan penerokaan pasaran baru dilaksanakan bagi memastikan Proton terus berdaya saing. Usaha-usaha ini merangkumi keseluruhan rantaian industri automotif yang dijangka dapat membantu Proton mencapai piawaian antarabangsa dalam semua aspek operasi sama ada daripada segi peningkatan proses, pengurusan kualiti dan kawalan kos. Oleh yang demikian, Proton akan terus mengorak langkah berdaya maju di dalam industri automotif sama ada tempatan mahupun global meskipun wujudnya pelbagai cabaran dan persaingan yang semakin sengit pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja jawapan saya terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Silakan Yang Berhormat.

4.28 ptg.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Dato’ Seri Mahdzir Khalid]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat

petang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit perkara yang berkaitan penggulungan perbahasan yang berkaitan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Jadi oleh sebab hanya satu sahaja Yang Berhormat Senator yang mengambil bahagian dalam Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, jadi jawapan ini sudah tentulah pendek dan memberi peluang barangkali cepat untuk dihabiskan. Okey, Tan Sri?

Tuan Yang di-Pertua: Bukan cepat Yang Berhormat, agaknya ramai kementerian

lain yang masih belum. Silakan Yang Berhormat, bagus.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga, Teknologi

Hijau dan Air menerima satu sahaja isu yang dibahaskan di Dewan yang mulia ini berkaitan dengan kementerian ini iaitu Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali. Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali telah membangkitkan dalam perbahasannya pada 4 Disember 2014 isu yang berkaitan dengan global warming dengan izin, pemanasan global dan ataupun yang disebut sebagai climate change, dengan izin, perubahan iklim yang serius berlaku kerana salah satunya kerana adanya pembakaran bahan fosil dan sebagainya. Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali juga membangkitkan mengenai janji kerajaan untuk menurunkan 40 peratus intensiti pengeluaran karbon yang berkaitan dan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar.

■1630

Yang Berhormat Senator juga bertanyakan mengenai dengan sejumlah lebih daripada RM40 juta arang batu yang diperlukan bagi penjanaan bekalan elektrik. Yang Berhormat Senator juga membangkitkan mengenai dengan perkara-perkara yang boleh menjadi pilihan kepada penggunaan arang batu pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, dasar sektor tenaga elektrik di Malaysia adalah berlandaskan kepada dua strategi penting iaitu menjamin keselamatan bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya harap dan juga daripada segi ekonomi pada harga yang berpatutan.

Justeru itu, campuran bahan api bagi penjanaan bergantung kepada tiga bahan api utama. Untuk di Malaysia ada tiga bahan api utama. Sumber yang pertama adalah daripada gas. Keduanya, daripada arang batu. Ketiganya ialah daripada hidro.

Page 62: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

56 DN 16.12.2014

Sebagai langkah mitigasi bagi menangani pengeluaran gas rumah hijau, kerajaan

telah memperkenalkan dasar lima bahan api pada tahun 2001 untuk menggalakkan penjanaan daripada sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui atau disebut sebagai TBB. Bagi mengurangkan pembebasan rumah hijau daripada penjanaan elektrik, kerajaan telah melaksanakan Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui yang di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Dasar ini dirangka bagi meningkatkan sumbangan tenaga boleh baharu bagi mengurang pembebasan rumah hijau daripada penjanaan elektrik dan meningkatkan kepelbagaian sumber penjanaan negara serta meningkatkan pembangunan sosioekonomi. Sasaran yang telah ditetapkan di bawah dasar ini sebanyak 2,080 megawatt menjelang tahun 2020. Sehingga bulan November 2014, sebanyak 828.3 megawatt kapasiti penjanaan daripada sumber TBB telah diluluskan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 243 megawatt telah mula beroperasi dalam tempoh yang sama. Dianggarkan sebanyak 2.8 juta tan pelepasan karbon dioksida akan dapat dielakkan daripada kapasiti penjanaan ini apabila kesemua Projek Feed-in Tariff, dengan izin, mula beroperasi pada pertengahan tahun 2017.

Untuk makluman Yang Berhormat, penyumbang utama kepada pengeluaran gas karbon dioksida adalah daripada sektor pengangkutan dan juga sektor bukan sektor penjanaan elektrik. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini hampir 20 juta tan arang batu digunakan di Semenanjung Malaysia untuk penjanaan elektrik. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 40 juta tan pada tahun 2020 dengan penambahan jumlah kapasiti penjanaan daripada sumber ini sebanyak 5,400 megawatt secara berperingkat mulai tahun 2015 sehingga tahun 2020.

Berdasarkan kepada kedudukan campuran bahan api pada masa ini, kebergantungan sektor penjanaan elektrik negara kepada dua buah sumber bahan api iaitu gas dan juga arang batu adalah diunjurkan kekal menjadi sumber utama bagi penjanaan elektrik, khususnya menjadi permintaan base load hingga tahun 2030. Walau

bagaimanapun, semua loji arang batu ini akan menggunakan apa yang disebut sebagai clean coal technology, dengan izin, bagi mengurangkan pengeluaran gas-gas rumah hijau.

Kerajaan juga akan terus meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui daripada solar, biomas, biogas sebagai sumber sokongan kepada penggunaan bahan api fosil dan dalam pada waktu itu sedang mengkaji potensi sumber-sumber alternatif seperti geotermal dan angin dalam usaha menjamin keselamatan bekalan dengan harga yang berpatutan.

Berhubung dengan penggunaan nuklear sebagai salah satu daripada bahan api penggunaan elektrik, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya. Walaupun penjanaan elektrik daripada sumber nuklear terbukti dapat mengurangkan kos penjanaan dan juga tidak melepaskan gas-gas rumah hijau. Aktiviti yang sedang dilaksanakan pada masa ini adalah tertumpu kepada kajian terperinci untuk mengenal pasti keperluan dan kesediaan negara.

Sehubungan itu, sekiranya penjanaan kuasa nuklear diperlukan bagi memenuhi permintaan tenaga pada masa hadapan, semua aspek persediaan akan diambil kira secara terperinci dan secara komprehensif lebih awal. Tuan Yang di-Pertua, demikianlah sahaja jawapan saya bagi pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin bin Ali. Dengan ini saya ingin merakamkan penghargaan...

Tan Sri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: Tuan Yang di-Pertua, boleh...

Tuan Yang di-Pertua: Ada seorang bangun Yang Berhormat. Silakan.

Tan Sri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

ingin bertanya kedudukan kerjasama antara Tenaga Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Indonesia iaitu PLN yang telah menandatangani perjanjian beberapa tahun dahulu untuk menjual lebihan bekalan elektrik dari Semenanjung iaitu dari Teluk Gong, Melaka ke Indonesia waktu malam, ketika kita kurang menggunakan bekalan elektrik. Dari Indonesia pula akan menjual pada Malaysia waktu siang ketika bekalan elektrik kurang digunakan di Riau. Saya hendak tahu apakah perkembangan projek kerjasama yang telah pun ditandatangani beberapa tahun dahulu. Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-

Pertua, dalam pembekalan elektrik untuk negara-negara ASEAN, dikenali sebagai ASEAN Great. Dalam Persidangan Menteri Tenaga ASEAN ke-32 di Vientiane, Laos, dua bulan

Page 63: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 57

yang lalu, pemimpin-pemimpin ataupun Menteri-menteri Tenaga ASEAN telah pada dasarnya isu untuk menyambung grid di antara Laos, Thailand, Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.

Pada waktu ini, Malaysia mempunyai sambungan grid dengan Thailand di utara dan juga mempunyai sambungan grid ke Singapore. Kita belum lagi ada sambungan ke Indonesia. Jadi, pihak TNB Malaysia dan juga PLN di Indonesia sedang dalam peringkat yang terakhir daripada segi rundingan. Oleh sebab ia melibatkan undang-undang dan juga undang-undang dua buah negara.

Keduanya adalah berkaitan dengan tarif yang hendak dikenakan sama ada di Indonesia ataupun di Malaysia. Ketiga, kos pembangunan independent power plant ini,

dengan izin, yang akan diletakkan di Sumatera. Itu Tuan Yang di-Pertua. Jadi, waktu ini maknanya setakat ini masih dalam proses yang belum sampai kepada proses yang muktamad. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Silakan Yang Berhormat.

4.39 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan [Perladangan dan Komoditi, Dato’ Noriah binti Kasnon]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang menyentuh bidang kuasa kementerian ini pada perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som A/L Inong, Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid telah membangkitkan isu kejatuhan harga getah dan telah menyarankan supaya kerajaan mengambil tindakan untuk menangani isu-isu ini, termasuk menstabilkan harga getah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, harga getah seperti lain-lain komoditi yang diperdagangkan di pasaran antarabangsa adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran. Terutamanya di negara-negara pengimport utama seperti China, Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Eropah. Sejak suku tahun ketiga 2013, pertumbuhan ekonomi di negara-negara berkenaan telah perlahan dan ini telah menyumbangkan kepada kelembapan permintaan dan seterusnya telah memberi kesan negatif kepada harga getah asli.

■1640

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memahami kesan penurunan harga getah kepada pendapatan pekebun kecil. Sebagai kerajaan yang prihatin untuk terus memajukan taraf sosioekonomi para pekebun kecil di negara ini, justeru dalam Bajet 2015, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM106.4 juta untuk menstabilkan pendapatan yang diterima oleh pekebun kecil getah di peringkat ladang melalui pelaksanaan dual mechanism.

Pertama, RM6.4 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang iaitu melibatkan koperasi dan melalui mekanisme koperasi ini, pihak koperasi akan membeli getah daripada pekebun kecil dan akan menjual terus kepada kilang memproses. Melalui mekanisme ini juga rantaian pemasaran akan dapat dipendekkan.

Kedua, peruntukkan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan insentif pengeluaran getah ataupun IPG, dengan izin, bagi menggalakkan pekebun-pekebun kecil untuk terus menoreh sewaktu harga getah rendah di pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan dual mekanisme tersebut akan dapat membantu pekebun-pekebun kecil menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka.

Page 64: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

58 DN 16.12.2014

IPG akan diaktifkan apabila paras harga SMR 20 FOB, dengan izin, berada pada

paras RM4.60 sekilogram dan harga cuplumps adalah pada RM4.70 sekilogram dan ke bawah. Pelaksanaan IPG ini melibatkan pemberian insentif pengeluaran seperti berikut:

(i) 30 sen bagi setiap kilogram cuplumps dengan 50 peratus kandungan getah kering (KGK);

(ii) maksima 90 sen bagi setiap kilogram lateks berdasarkan peratus KGK; dan

(iii) maksima 60 sen bagi setiap kilogram getah Unsmoked Sheet (USS) berdasarkan KGK juga.

Bagi memastikan pelaksanaan IPG ini berkesan dan dilaksanakan dengan adil, antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan termasuklah, pertamanya, penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang akan dipengerusikan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ataupun MPIC dengan keahlian daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan Pertanian Sarawak dan Lembaga Industri Getah Sabah. Jawatankuasa ini bertujuan memantau pelaksanaan IPG serta menimbang langkah-langkah untuk memperkukuhkan operasi IPG.

Bayaran insentif akan dilaksanakan berdasarkan kepada tuntutan yang dikemukakan oleh pekebun kecil melalui resit rasmi yang dikeluarkan oleh pembeli getah yang dilesenkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM). Resit akuan belian getah ini adalah dalam kawalan LGM kerana ia mengandungi nombor siri dan resit yang dikeluarkan oleh LGM. Pembeli getah yang terlibat dalam IPG adalah berlesen dengan LGM dan mereka terikat dengan Peraturan-peraturan LGM (Pelesenan dan Permit) 2014 di mana menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan denda jika memberikan maklumat yang tidak tepat ataupun palsu.

Pekebun kecil akan didaftarkan dan perlu mempunyai permit autoriti transaksi getah ataupun ringkasnya dengan izin, PAT-G yang juga terikat dengan Peraturan-peraturan LGM (Pelesenan dan Permit) 2014. Setiap tuntutan yang dikemukakan akan disemak dan disahkan oleh pegawai LGM dengan berdasarkan formula kapasiti pengeluaran getah bagi setiap hektar dan setelah pengesahan dibuat oleh pegawai LGM, bayaran insentif akan dibuat melalui akaun bank milik pekebun kecil. Sekiranya tuntutan yang dikemukakan adalah tidak munasabah, penyiasatan akan dibuat dan jika pekebun kecil didapati menipu atau bersubahat dengan pembeli, maka tindakan akan dibuat berdasarkan Peraturan-peraturan LGM (Pelesenan dan Permit) 2014.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan harga getah, Malaysia akan meneruskan kerjasama dengan Thailand dan Indonesia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC), dengan izin. Ketiga-tiga negara ini menghasilkan hampir 67 peratus pengeluaran getah asli dunia. Mesyuarat ITRC pada 20 November 2014 di Kuala Lumpur telah bersetuju supaya ketiga-tiga negara memastikan kawasan yang dibenarkan untuk tanam baru dan tanam semula getah tidak boleh melebihi had yang telah dipersetujui bagi tempoh 2015 sehingga 2020. Ini adalah untuk memastikan pengeluaran getah pada masa akan datang dapat dikawal untuk memastikan kestabilan harga.

Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, ketiga-tiga negara juga bersetuju untuk menyelaraskan eksport getah asli bagi memastikan tiada lebihan bekalan yang akan menyebabkan ketidakstabilan harga getah asli di pasaran dunia.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung cadangan Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som A/L Inong supaya kerajaan melaksanakan mekanisme harga lantai, ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan tidak dapat mempertimbangkan cadangan mewujudkan harga lantai tersebut berdasarkan beberapa fakta seperti berikut:

(i) menyediakan ruang kepada aktiviti spekulasi harga di mana para pedagang getah akan menekan harga ke paras rendah mengambil kira bahawa kerajaan akan menampung perbezaan di antara harga pasaran dan harga lantai;

Page 65: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 59

(ii) menyediakan ruang kepada aktiviti penyeludupan getah dari luar

negara memandangkan harga tempatan adalah lebih tinggi berbanding dengan harga antarabangsa;

(iii) penetapan harga lantai memerlukan sumber kewangan yang tinggi bagi menyokongnya sekiranya harga getah asli dunia mengalami trend penurunan yang mendadak dan berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid telah membangkitkan isu penyelidikan dan pembangunan atau R&D dengan izin dalam komoditi getah dan sawit, dan mencadangkan supaya kementerian merangka strategi untuk mempelbagaikan produk hiliran kedua-dua komoditi tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Untuk makluman, di Malaysia, getah asli telah digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan bukan terhad kepada pembuatan sarung tangan dan tayar sahaja. Industri hiliran yang mengeluarkan pelbagai barangan berasaskan getah berkembang dengan pesat di mana jumlah eksport telah meningkat daripada RM5.5 bilion pada tahun 2000 kepada RM14.6 bilion pada tahun 2013. Barangan berasaskan getah yang dihasilkan di Malaysia boleh dikategorikan kepada lima iaitu:

(i) tayar, kasut dan komponen kasut;

(ii) barangan berasaskan lateks seperti sarung tangan, kondom dan bebenang lateks;

(iii) barangan getah untuk kegunaan am seperti bola, botol air panas dan penggelek getah;

(iv) komponen getah automotif; dan

(v) barangan getah untuk kegunaan industri seperti tiub, hos dan tali sawat.

Selain daripada itu, terdapat lebih 400 buah komponen automotif yang berasaskan getah yang merupakan sektor utama barangan getah untuk kegunaan industri.

Di samping penggunaan barangan yang sedia ada, Lembaga Getah Malaysia masih terus menjalankan penyelidikan dan meningkatkan dan mempelbagaikan lagi penggunaan getah dan produk getah. Sebagai contoh, kajian penggunaan getah dalam pembinaan jalan raya yang dikenali sebagai rubberized road, dengan izin, telah juga dijalankan. Hasil kajian ini dapat mempelbagaikan kegunaan getah dan seterusnya dapat meningkatkan penggunaan getah domestik dan seterusnya akan dapat mengimbang permintaan dan pengeluaran dalam menangani harga getah yang rendah.

Getah sebagai bahan untuk membina jalan telah digunakan dengan jayanya di negara Thailand. Yang Berhormat Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi juga telah membuat lawatan ke Thailand pada bulan Oktober 2014 yang lalu untuk melihat sendiri bagaimana ia diguna pakai. Pihak Lembaga sedang berbincang dengan pihak R&D di Jabatan Pertanian Thailand sebagai perancangan untuk menggunakan getah sebagai campuran bahan membina jalan raya.

Di samping itu, bagi komoditi sawit pula, minyak masak merupakan antara hasil utama dari pokok kelapa sawit. Menerusi projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh MPOB, dengan izin, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, penggunaan minyak sawit telah dipelbagaikan bukan sahaja setakat minyak masak, malah ia telah banyak digunakan dalam pembuatan pelbagai produk lemak pejal ataupun dengan izin, solid fats products, seperti marjerin, shortenings, minyak sapi sayuran, lelemak untuk doh dan sebagainya.

■1650

Malahan menerusi usaha-usaha R&D oleh MPOB, pelbagai produk dan lemak khusus ataupun specialty fats dengan izin, yang bernilai tambah juga telah dihasilkan seperti lelemak gantian koko dan lelemak untuk aiskrim dan lelemak untuk keju dan sebagainya yang telah digunakan secara meluas dalam industri coklat dan confectionary.

Page 66: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

60 DN 16.12.2014

Menerusi aktiviti R&D yang dijalankan oleh MPOB juga telah membangunkan

beberapa teknologi yang dapat mengasingkan komponen-komponen yang berkhasiat daripada minyak sawit seperti tocotrienol dan tokoferol - vitamin ‘E’, beta-carotene - vitamin ‘A’ dan squalene - tocovid yang disebutkan juga merupakan satu daripada produk vitamin ‘E’ daripada minyak sawit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Malaysia. Minyak sawit merah ataupun red palm oil, dengan izin, juga merupakan satu lagi produk berkhasiat yang telah dihasilkan di Malaysia dan telah dipasarkan ke luar negara.

Selain daripada itu, menerusi aktiviti-aktiviti R&D yang telah dijalankan ke atas minyak sawit juga telah menghasilkan pelbagai produk bukan makanan seperti produk oleokimia yang banyak digunakan dalam industri pembuatan sabun, detergen, farmaseutikal, epoxy dan lain-lain. Penyelidikan yang dijalankan ke atas biojisim sawit juga telah menghasilkan pelbagai produk yang telah dikeluarkan secara komersial di Malaysia seperti produk MDF atau dengan izin, medium density fiberboard, papan lapis, plywood dan sebagainya. Di samping itu juga melalui MPOB, Malaysia telah menjalankan R&D untuk menghasilkan biodiesel daripada minyak sawit dan teknologi ini telah pun dikomersialkan. Industri hiliran yang mengeluarkan pelbagai barangan berasaskan sawit seperti oleokimia, biodiesel dan lain-lain telah berkembang dengan pesat di mana jumlah eksport telah meningkat daripada RM9.18 bilion pada tahun 2009 kepada RM11.45 bilion pada tahun 2013.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon telah juga sekali lagi membangkitkan aduan mengenai kelewatan memproses permohonan bantuan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) dan Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) oleh pihak MPOB. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bantuan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil dibuka kepada semua pekebun kecil persendirian di Malaysia.

Borang permohonan boleh didapati daripada 44 buah pejabat TUNAS yang terdapat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Borang permohonan boleh dimuat turun juga daripada laman web MPOB dan borang yang telah lengkap diisi mesti disertakan dengan salinan kad pengenalan, geran tanah, carian geran dari Pejabat Tanah dan sokongan daripada ADUN atau Ahli Parlimen kawasan. Apabila borang telah lengkap, permohonan dihantar, pegawai TUNAS akan melawat kawasan permohonan untuk mendapatkan koordinat, status dan kesesuaian tanah dan kawasan untuk tanaman sawit. Luas tanah maksimum yang dibenarkan untuk permohonan adalah lima hektar sahaja. Sekiranya tanah dan kawasan sesuai untuk tanaman sawit, permohonan akan direkodkan dan borang permohonan akan dihantar ke ibu pejabat MPOB untuk proses kelulusan.

Bantuan tanam baru sawit dan tanam semula sawit diluluskan oleh dua buah Jawatankuasa yang berlainan iaitu Jawatankuasa Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil dan Jawatankuasa Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil yang bermesyuarat dan meluluskan permohonan sebanyak dua kali sebulan. Maklumat permohonan yang berjaya atau lulus kemudian akan dihantar kepada pegawai TUNAS kawasan berkaitan untuk dimaklumkan kepada pemohon menggunakan surat, Yang Berhormat.

Pemohon diberi masa selama tiga bulan untuk menyediakan kawasan ataupun tapak sebelum benih sawit dihantar kepada mereka untuk ditanam. Apabila benih sawit telah ditanam dan disahkan oleh pegawai TUNAS, pemohon akan dibayar tunai sebanyak RM2,500 sehektar di Semenanjung dan RM4,000 sehektar di Sabah dan Sarawak untuk kos penyediaan kawasan dan lain-lain nilai bantuan yang diberi ialah benih sebanyak RM2,000 sehektar dan input pertanian daripada baja dan racun perosak bernilai RM3,000 sehektar dan bantuan ini diberi sehingga tahun kedua.

Sekiranya tiada apa-apa masalah berlaku, pemohon akan dapat mengetahui keputusan permohonan mereka lebih kurang dalam masa tiga bulan sebagaimana saya pernah nyatakan. Sekiranya berlaku kelewatan, ia adalah kerana mungkin borang tidak lengkap, maklumat yang diberi tidak betul, permohonan tidak mengikut syarat, tiada sokongan ADUN ataupun Ahli Parlimen, status tanah biasanya yang meragukan, syarat guna tanah bukan untuk tanaman sawit, tanah ataupun geran kongsi dan tidak menyemak permohonan mereka dengan pegawai TUNAS. Sehingga bulan Disember 2014, seramai 48,871 orang pekebun kecil persendirian di seluruh negara yang telah pun diluluskan permohonan mereka.

Page 67: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 61

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng

Chiang Chin telah membangkitkan pelbagai isu mengenai tanaman kenaf yang diperkenalkan oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak RM56.6 juta telah disalurkan bagi tujuan pembangunan kenaf, manakala di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh pula sebanyak RM124.3 juta telah disalurkan bagi tujuan pembangunan kenaf. Sehingga ke hari ini, seluas 1,613 hektar tanaman kenaf telah ditanam bagi pengeluaran fiber di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Selangor yang melibatkan seramai 818 orang penanam, manakala 360 hektar telah ditanam di negeri Kedah dan Perlis khusus bagi pengeluaran bijih benih kenaf yang melibatkan seramai 91 orang penanam.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini pendapatan yang diperoleh daripada tanaman kenaf adalah sekitar RM1,500 ke RM2,500 sahaja sehektar semusim, berbanding tanaman tembakau dalam anggaran RM6,000 ke RM7,000 sehektar semusim. Walau bagaimanapun, pihak kementerian telah melaksanakan kajian Pelan Induk Pembangunan Kenaf (PIPK) 2014-2025 dan kajian mendapati tanaman kenaf adalah berdaya maju atau viability, dengan izin, untuk diusahakan di negara Malaysia. PIPK telah menggariskan empat teras strategik seperti berikut:

(i) memberi tumpuan kepada proses penambahbaikan di peringkat huluan dan pertengahan;

(ii) pelaksanaan model pengeluaran kenaf secara berkelompok nukleus atau perladangan dengan keluasan minimum lima hektar dan pembangunan kilang pemprosesan dan pengeluaran produk kenaf (central processing line);

(iii) menyediakan kawasan kenaf yang sesuai untuk pembangunan ladang komersial untuk land bank; dan,

(iv) meningkatkan kesedaran dan daya tarikan perusahaan terhadap industri kenaf di Malaysia. Sebagai contoh, green incentive scheme, dengan izin.

Dengan melaksanakan teras strategik yang dicadangkan tersebut...

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: [Bangun]

Dato’ Noriah binti Kasnon: Pengeluaran kenaf dijangka akan mencapai

sebanyak 200,000 tan dengan nilaiannya sebanyak RM280 juta...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada seorang bangun Yang Berhormat.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Minta laluan. Terima kasih.

Dato’ Noriah binti Kasnon: Ya, silakan.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Saya ingin tahu sekiranya projek kenaf ini tidak viable, boleh atau tidak kenaf ini digantikan dengan tanaman yang lain? Terima kasih.

Dato’ Noriah binti Kasnon: Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan

tersebut. Juga disebutkan dalam perbahasan, pada mulanya mengikut pelan rancangan awal, kita sudah mendapati ia memang tidak begitu viable. Akan tetapi kita telah membuat kajian semula melalui PIPK teras 2014 hingga 2025 yang saya nyatakan tadi dengan empat buah teras, memberi fokus kepada empat buah teras yang baru dan kita lihat melalui kajian yang telah dibuat, ia adalah viable. Akan tetapi kita lihat sehingga akhir tempoh yang telah diberikan, kita akan sentiasa membuat kajian Yang Berhormat dan tidak ada negara yang mahu rakyat terus mundur sekiranya tanaman ini kelak terbukti mendatangkan hasil kepada negara, apatah lagi kepada para pekebun kecil kenaf kita. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, dengan melaksanakan teras-teras strategik yang saya nyatakan tadi, kita jangka pengeluaran kenaf akan dapat mencapai sehingga 200,000 tan dengan nilaian sebanyak RM280 juta setahun pada tahun 2025.

Manakala pendapatan pekebun kecil bagi penanaman lima hektar dianggarkan boleh mencapai sebanyak sehingga RM6,000 sebulan. Itu melalui kajian kita Yang Berhormat.

Page 68: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

62 DN 16.12.2014

■1700

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya itu sahaja isu-isu yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang menyentuh kementerian ini pada perbahasan Belanjawan 2015 yang lalu. Semua pandangan yang baik yang akan diberikan perhatian dan akan diberikan tindakan susulan yang sewajarnya terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya silakan

Kementerian Dalam Negeri. Silakan Yang Berhormat Dato’ Seri.

5.00 ptg.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pertamanya mengucapkan berbanyak-

banyak terima kasih kepada 11 orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah terlibat dalam perbahasan belanjawan pada kali ini dan membangkit isu-isu yang ada di bawah Kementerian Dalam Negeri semenjak 3 hingga 11 Disember yang lalu.

Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengagihkan ataupun memperuntukkan untuk diluluskan di Dewan yang mulia ini sebanyak RM13,393,653,700 bagi peruntukan mengurus dan belanja pembangunan sepanjang tahun 2015.

Peruntukan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan peruntukan jumlah RM12,418,891,000 yang diperoleh pada tahun 2014. InshaaAllah Kementerian Dalam Negeri akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang disalurkan untuk memberi impak yang maksimum kepada usaha memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara yang menjadi teras utama kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar bertanya, mengapakah kes pembunuhan kejam yang majoriti yang melibatkan warga asing di Pulau Pinang masih belum dapat diselesaikan serta berapakah orang pembunuh yang dikenal pasti terlibat? Apakah pihak polis kekurangan latihan keanggotaan dan peruntukan untuk membeli kelengkapan menjadi sebab kelewatan kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan?

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bahawa pada tahun 2014 Januari sehingga November 2014 jumlah kes bunuh di Pulau Pinang sebanyak 48 kes. Daripada jumlah tersebut, pihak polis Pulau Pinang telah dapat menyelesaikan 19 kes ataupun 39.5 peratus daripada jumlah yang telah dilaporkan. Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, kita telah mencapai lebih tinggi iaitu 4 peratus daripada apa yang ditetapkan oleh NKRA pada kita dan juga jauh lebih tinggi daripada jumlah penyelesaian ataupun nisbah penyelesaian yang dibuat oleh Interpol iaitu 26 peratus.

Analisa kes bunuh di Pulau Pinang pada tahun 2014 mendapati daripada 48 kes yang dilaporkan, 31 kes melibatkan warganegara asing. Daripada jumlah tersebut 18 kes melibatkan warganegara Myanmar. Satu kes masing-masing melibatkan warganegara Indonesia, Bangladesh dan Vietnam. Sementara 10 kes lagi masih belum dikenal pasti identiti dan diklasifikasikan sebagai orang tidak dikenali ataupun unknown person, dengan izin. Ini kerana mangsa tidak ada dokumen pengenalan diri dan tidak ada waris atau kenalan yang mengaku mengenali mangsa.

Polis Diraja Malaysia percaya bahawa pembunuhan ini memang melibatkan warganegara asing berdasarkan warna kulit, bentuk badan, cara pembunuhan yang dilakukan. Dua kejadian yang berlaku pada akhir tahun 2013 dan 16 kejadian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa semua kes pembunuhan tersebut mempunyai modus operandi yang lebih kurang sama dan dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama yang melibatkan warganegara Myanmar.

Sehingga kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tangkapan seramai 20 orang suspek. Seramai 19 orang lelaki Myanmar dan seorang perempuan Indonesia yang merupakan isteri kepada salah seorang lelaki Myanmar tersebut.

Page 69: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 63

Daripada jumlah tersebut, enam orang telah dibebaskan, dua orang lagi telah

dituduh di mahkamah di bawah Akta Imigresen. Manakala 12 orang suspek masih lagi ditahan untuk membantu siasatan. PDRM yakin beberapa kes pembunuhan yang berlaku di Pulau Pinang dapat diselesaikan setelah memperoleh beberapa petunjuk baru dalam siasatan yang dijalankan. Polis Diraja Malaysia akan terus melaksanakan risikan untuk mengumpul maklumat dan operasi yang berterusan hingga semua kes dapat diselesaikan dengan sepenuhnya.

Berkaitan dengan pertanyaan sama ada kurang latihan, keanggotaan dan kelengkapan menyebabkan kes tersebut tidak dapat diselesaikan ia bukanlah faktor penyumbang kepada kelewatan dalam siasatan. Banyak faktor lain yang menyebabkan kes berkenaan tidak dapat diselesaikan. Di antaranya adalah seperti yang saya sebut selepas ini. Kes pertama pembunuhan dilakukan di tempat lain dan mayat dibuang di tempat sunyi, di tepi jalan, semak, kawasan sawah ataupun di dalam ladang kelapa sawit.

Kedua, tempat mayat yang dijumpai dalam keadaan yang tidak sempurna seperti mayat tanpa kepala, ada setengahnya hanya anggota badan sahaja yang ditemui. Ini secara tidak langsung akan menyukarkan pihak polis untuk mengenal pasti identiti mangsa berkenaan.

Ketiga, kesukaran bagi pihak Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat. Ini kerana saksi yang dipanggil atau yang ditangkap tidak memahami Bahasa Melayu dan juga sebaliknya pihak PDRM tidak memahami bahasa percakapan dan dielakkan pesalah. Walaupun kita telah memohon bantuan daripada pihak kedutaan mereka untuk membantu kita dalam sudut siasatan ini, namun kita masih mendapat halangan-halangan yang tertentu dari sudut percakapan bahasa dan komunikasi dengan pihak-pihak yang ditangkap.

Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar juga ingin penjelasan tentang apakah tindakan kementerian terhadap ancaman sindiket pemalsuan wang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini bagi kes yang melibatkan pemalsuan wang hanya melibatkan tangkapan kes individu yang memiliki wang palsu. Sehingga kini pihak polis belum mengesan sindiket pemalsuan wang yang beroperasi di negara ini. Sehingga Oktober 2014, sebanyak 593 kes individu yang memiliki wang palsu telah dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut seramai 219 orang telah ditangkap dan 110 orang telah dituduh di mahkamah. Nilai wang palsu yang telah dirampas adalah seperti berikut. Sebanyak RM271,522, USD360,300, SGD10,000, AED24,300 dan Morocco, SAR3,950. Pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan dan bertindak proaktif mengumpul maklumat dan risikan untuk mengesan kegiatan mereka yang terlibat dalam kegiatan ini.

Tindakan akan diambil dari semasa ke semasa untuk mengekang kegiatan seumpama ini. Sebagai langkah pencegahan, pihak Polis Diraja Malaysia mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) kerjasama dengan pihak Bank Negara untuk menghebahkan kepada orang ramai ciri keselamatan mata wang Malaysia melalui media massa, tempat awam, institusi-institusi kewangan dengan cara mengedar risalah tentang cara-cara mengenal ciri-ciri ketulenan mata wang Malaysia;

■1710

(ii) mengadakan pameran-pameran dan memberi penerangan kepada masyarakat orang ramai tentang ciri wang palsu di lokasi-lokasi terpilih seperti pusat membeli-belah, sekolah-sekolah, melalui kempen Crime Awareness Day, Hari Kesedaran Jenayah;

(iii) mengadakan mesyuarat dua hala di antara institusi kewangan dengan pihak polis dalam membincangkan cara-cara untuk mempertingkatkan sistem keselamatan automated teller machine dan cash deposit machine supaya pihak bank dapat mengesan wang palsu yang dimasukkan melalui automated teller machine (ATM) dan cash deposit machine (CDM);

Page 70: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

64 DN 16.12.2014

(iv) menasihati orang ramai sekiranya mereka memiliki atau

menjumpai wang yang disyaki palsu atau meragui agar segera melaporkan kepada pihak polis ataupun kepada pihak bank.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad, Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim ingin mengetahui apakah tindakan tegas yang diambil terhadap sindiket judi haram? Berapakah jumlah sindiket perjudian tanpa lesen yang dikesan serta apakah tindakan yang telah diambil sehingga kini?

Secara statistik Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan operasi yang telah dilaksanakan pada tahun 2014, termasuk Ops Dadu Khas yang dilancar pada 26 Oktober 2014 sehingga akhir November yang lalu. Pihak Polis Diraja Malaysia telah membuat 62,819 serbuan dan merampas sejumlah 138,116 unit komputer yang dianggarkan bernilai RM138 juta berlandaskan anggaran RM1,000 setiap komputer. Dalam tempoh yang sama juga seramai 20,216 kaki judi dan penganjur telah ditangkap. Daripada jumlah tersebut, 7,181 orang telah dituduh di mahkamah dan berada di bawah siasatan polis.

Bagi menentukan aktiviti perjudian dapat ditangani dengan lebih berkesan dan terancang, kementerian dan pihak PDRM telah mengambil pendekatan dan langkah-langkah seperti berikut:

(i) pihak polis telah melancarkan operasi khas iaitu Ops Dadu pada 26 Oktober untuk memerangi secara habis-habisan aktiviti perjudian bagi memastikan tidak ada lagi pusat-pusat perjudian haram beroperasi di seluruh negara;

(ii) mulai 3 November 2014, premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian tetap telah ditutup kerana operasi yang dijalankan, pihak polis telah menggeledah premis berkenaan setelah waran diperolehi daripada pihak mahkamah;

(iii) kementerian telah menubuhkan pasukan khas di peringkat Bukit Aman

bagi membasmi masalah perjudian secara lebih berkesan. Penubuhan pasukan khas dengan kekuatan seramai 200 orang pegawai dan 30 orang kakitangan awam akan membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas pusat-pusat yang menganjurkan perjudian di seluruh negara. Pasukan khas yang telah ditubuhkan ini dikenali sebagai Special Task Force for Anti-vice, Gaming and Gangsterism (STAGG) yang dilancar secara rasmi oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada 7 Disember 2014; dan

(iv) kementerian telah menyediakan satu nota memaklumkan kepada

Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri tentang keperluan dan tindakan bersepadu antara pihak berkuasa tempatan dengan pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengekang kegiatan perjudian memandangkan pihak berkuasa tempatan mempunyai budi bicara bagi meluluskan dan membatalkan premis lesen untuk peniaga cybercafe di kawasan pentadbiran masing-masing.

Kementerian berkeyakinan pihak PDRM berupaya untuk membasmi kegiatan perjudian ini dengan kekuatan dan sumber sedia ada yang mencukupi bagi mengekang masalah ini. Namun demikian, masalah ini tidak akan berjaya sepenuhnya tanpa ada penglibatan daripada pihak orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan kerjasama masyarakat untuk menghindari terus aktiviti yang tidak sihat dan bermoral ini. Aktiviti perjudian dan maksiat akan terus beroperasi selagi ada permintaan daripada masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, Senator Hajah Noriah binti Mahat bertanya, berapa orang yang telah diambil tindakan dan ditangkap kerana menghasut, memijak bendera, menghina agama dan mencerca Raja-Raja? Apakah tindakan kementerian terhadap pelampau-pelampau yang terbaring di atas jalan bagi menghalang Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perak serta mengapakah kebanyakan peserta demonstrasi yang ditangkap oleh PDRM dibebaskan semula?

Page 71: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 65

Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, pihak polis telah mengambil tindakan

terhadap perusuh-perusuh yang terlibat dalam kejadian tersebut yang berlaku di tempat letak kereta Masjid Ubaidiyah, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 yang lalu. Kesemua mereka yang ditangkap seramai 7 orang yang telah dituduh di mahkamah dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun. Rayuan dibuat oleh tuduhan dan mahkamah telah melanjutkan hukuman kepada RM5,000 seorang, pihak pendakwa telah membuat rayuan atas keputusan ini dan kes ini masih lagi dalam perbicaraan. Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan membahaskan soalan pengisian apa yang berlaku dan fakta berhubung dengan kes ini kerana ia akan bertentangan dengan peraturan Dewan.

Tuan Yang di-Pertua, Senator Datuk Seri Abdul Halim bin Abdul Samad, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman bertanya, apakah tindakan kementerian terhadap kebanjiran warga asing di Cameron Highlands? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Dalam Negeri, khususnya melalui Jabatan Imigresen Malaysia telah mengambil langkah yang komprehensif bagi menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini dengan menjalankan tindakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi secara berterusan bagi menjaga kepentingan rakyat di negara ini.

Bagi warga asing yang menceroboh tanah Cameron Highlands, kerajaan telah menubuhkan pasukan penguat kuasa berpusat ataupun centralised enforcement team yang dianggotai oleh pelbagai agensi, penguat kuasa termasuk penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Malaysia (JPAM), pihak berkuasa tempatan dan lain-lain. Sebanyak 171 operasi telah dijalankan dengan 1,114 orang diperiksa. Daripada itu seramai 306 orang pendatang tanpa izin dan 22 orang majikan telah ditangkap atas pelbagai kesalahan Imigresen sehingga 9 Disember 2014.

Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader...

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Mintak izin, mencelah.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Jadi, kalaulah kita tangkap hanya 300 orang, saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan. Angka yang dimasukkan dalam surat khabar adalah di antara 15,000 hingga 30,000. Ada juga surat khabar yang mengatakan sampai 60,000. Jadi maknanya, apakah yang dilaporkan dalam surat khabar ini tidak betulkah ataupun kita belum tangkap lagi mereka ini? Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Ada sambung Yang Berhormat? Ya, silakan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Supaya sekali jawab.

Tuan Yang di-Pertua: Karang boleh jawab sekali.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

memberi peluang. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sambungan kepada Yang Berhormat Tan Sri Abdul Rahim tadi, ini mengenai khabar-khabar yang tidak sahih ini yang barangkali boleh memberi akibat yang sangat tidak baik. Ada yang mengatakan sekarang, antara khabar-khabar sahih, antara khabar-khabar yang tersebar sekarang, katanya kawasan itu sekarang sudah dikuasai oleh gengster yang menyebabkan pihak berkuasa mengalami kesulitan yang amat sangat untuk penetrate, dengan izin.

■1720

Saya rasa kalau ini berterusan dan kalau kita memperlihatkan sikap yang kurang tegas, ini barangkali diberi betis hendak paha nanti. Kalau perlu saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kita declare localized emergency di tempat itu, dengan izin. Sebentar tadi Tan Sri Rahim ada menyebut tentang khabar-khabar angin di surat khabar. Khabar-khabar angin di luar menyebut bahawa ramai gengster di tempat itu sekarang sehingga susah hendak masuk. Saya gembira mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tadi bahawa telah ada satu gerakan bersepadu.

Page 72: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

66 DN 16.12.2014

Akan tetapi kalau gerakan bersepadu dalam masa yang singkat tidak

mendatangkan apa-apa hasil, saya rasa tindakan yang lebih tegas, kalau perlu sekali lagi dengan izin, localized emergency di kawasan itu. Terima kasih.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Sebenarnya apabila pihak polis, Imigresen, RELA, JPAM dan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan dahulu, bukanlah maknanya semua orang yang telah kita bawa ke sebuah tempat untuk diperiksa telah ditangkap. Jadi kita membuat pemeriksaan mungkin berpuluh-puluh ringgit yang telah diperiksa.

Akan tetapi di kalangan yang diperiksa itu bukan semuanya mereka ini pendatang tanpa izin (PATI) ataupun orang yang bukan bekerja di tempat tersebut. Jadi dengan itu bahawa maklumat yang di heboh itu mungkin dari surat khabar dan sebagainya tidak mempunyai pengesahan daripada pihak berkuasa ataupun kementerian ataupun pihak Imigresen adalah kurang tepat. Sebenarnya tangkapan kita apa yang saya telah sebutkan tadi dan orang yang diperiksa itu memang lebih daripada yang kita tangkap. Itu satu.

Kedua, penglibatan pihak gengster ini saya boleh nafikan hingga sekarang ini saya tidak mempunyai laporan daripada pihak penguat kuasa di kawasan tersebut. Bahkan saya baru berbincang dengan pegawai yang telah terlibat dengan pihak berkuasa itu dan tidak ada maklumat-maklumat sedemikian telah diberi. Dalam masa yang sama, apa yang kita dengar sekarang, apa yg kita dapat maklumat sekarang ialah ada pihak-pihak tertentu mengatakan bahawa oleh sebab tindakan pihak berkuasa ini iaitu operasi bersepadu ini, maka pihak peladang di sana mengatakan mereka merasai kesan-kesan bahawa tidak mencukupi pekerja-pekerja untuk bekerja di ladang-ladang mereka. Dengan itu Menteri dan saya sendiri akan pergi ke Cameron Highlands dalam masa dua tiga hari ini Tuan Yang di-Pertua, inshaAllah dan kita akan mendapat maklumat secara on the ground daripada pihak-pihak yang tertentu.

Kita membuat penilaian secara peribadi perkara ini dan bukanlah mendengar daripada desas desus ataupun khabar-khabar angin daripada pihak luar. Jadi percayalah Yang Berhormat sekalian bahawa kementerian akan berterusan melihat perkara ini dan supaya khabar-khabar yang tidak tepat ini boleh kita atasi dan saya juga percaya Menteri akan buat satu press conference apabila berada di sana nanti. Kita bukan sahaja untuk

melihat aktiviti pihak pendatang asing, tetapi kita juga melihat apa yang sebenarnya berlaku di Cameron Highlands selama ini.

Adakah oleh sebab mereka yang mempunyai tanah-tanah yang tertentu, selepas itu tanah ini tidak mencukupi untuk ladang dan mereka memperbesarkan ladang mereka dan mereka menggunakan pekerja-pekerja asing oleh sebab ladang-ladang itu telah diperbesarkan. Mereka yang dikatakan sebagai pekerja asing ini telah menjadi tuan kepada peladang-peladang yang ada beroperasi di Cameron Highlands itu...

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Minta laluan?

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Jadi kita akan mendapat

gambaran yang lebih tepat apabila kita melawat nanti. Terima kasih.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Soalnya bagaimana kita hendak memberi satu

keyakinan kepada rakyat, itu yang penting kepada kita. Perkara ini berlaku bukan baru ini. Tahun lepas saya masih ingat dalam perbahasan saya, saya juga membawa soal ini. Tahun lepas juga ada banjir, ada kematian. Soal teroka tanah oleh pendatang haram ini sudah terlalu lama berlaku. Saya tidak mahu apa yang dikatakan di bawah sekarang ini, kementerian contohnya ataupun sesiapa agensi yang bertanggungjawab macam hangat-hangat tahi ayam. Kita tidak mahu perkara itu berlaku. Jadi kita berharap perkara ini dapat dibendung, dapat diselesaikan. Soal pendatang asing masuk ini sudah lama perkara ini berlaku dan saya harap kementerian ambil serius dalam soal ini dan kena buat sesuatu supaya rakyat di bawah sana lebih yakin kepada kita. Sekian, terima kasih.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya hendak

mencelah sedikit? Saya menyentuh mengenai dengan soalan saya tadi yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri, saya macam tidak puas hatilah.

Page 73: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 67

Peristiwa yang berlaku begitu ganas sekali, sebagaimana yang kita maklum,

peristiwa pijak bendera baru-baru ini, merempuh universiti gate dan macam-macam lagi. Jawapan Menteri ini dalam siasatan dan sudah dihukum. Mana yang dihukum tidak ramai. Akan tetapi yang buat pengkhianatan itu ramai. Jadi keputusan yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sedemikian rupa, ini tidak meyakinkan kita dan tidak meyakinkan rakyat. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, orang suka-suka sahaja buat di Malaysia ini. Dia hendak rempuh, dirempuh. Dia hendak demonstrasi, dia demonstrasi. Dia kata, “Kita buat sahaja, orang tidakkan tangkap kita”. Dia takut kalau kita sudah ramai-ramai, dia tidak akan tangkap. Jadi itu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Saya dan kita memandang serius

apa yang telah berlaku Yang Berhormat. Akan tetapi kalau kita lihat apa yang telah berlaku umpamanya merusuh, mereka yang baring di atas jalan apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan hendak melalui jalan tersebut, jadi kalau kita lihat dari sudut perundangan juga apa kesalahan yang telah berlaku selain daripada menghalang perjalanan Duli Yang Maha Mulia? Di bawah undang-undang apa? Jadi sebelum kita menilai ataupun mengambil tindakan, kita mendapat penasihat undang-undang. Kita tidak juga boleh semberono untuk mengambil tindakan.

Dalam masa yang sama kita kena melihat apa yang telah berlaku pertukaran keadaan di negara kita. Kita kena melihat dari sudut undang-undang kita dan dari sudut aktiviti-aktiviti aktivis yang sedemikian rupa dan apa yang kita lihat itu yang mempunyai bukti-bukti yang nyata yang boleh kita tuduhkan, kita tuduhkan. Kita tidak boleh bawa orang ke mahkamah oleh sebab kita tidak puas hati, kita marah, kita benci dan sebagainya. Kita mesti mengambil tindakan mengikut garis panduan undang-undang dan peraturan dan juga bukti-bukti yang ada pada kita. Umpamanya rusuhan di Universiti Malaya.

Ini adalah sebahagian daripada mereka dari universiti sendiri yang membuat rusuhan. Mereka telah memecahkan pagar universiti tersebut. Jadi ini kalau kita lihat daripada perseptif sebenar, apa yang telah berlaku. Jadi polis membuat siasatan berlandaskan laporan dan segala siasatan sedemikian siapa pemimpin-pemimpin yang telah...

Itu pun telah mendapat tindak balas yang berlainan juga menerusi sosial media dan pelbagai lagi. Walaupun kita tidak bimbang apabila kita mengikut garis panduan undang-undang, kita mengikut bukti-bukti yang ada pada kita mengambil tindakan. Kita tidak sepatutnya merasa bimbang dan ragu-ragu. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat kita kena melihat juga semua situasi ini secara objektif, tidak emotional dalam sudut apa sahaja yang kita lihat. Itu yang pertama.

Jadi balik kepada soalan yang di Cameron Highlands itu tadi. Yang Berhormat Senator mengatakan bahawa polis ataupun kementerian tidak serius ataupun imbasan menyatakan tidak serius. Ini adalah tidak tepat sebenarnya. Kalau kita lihat dari sudut perspektif pula, pihak berkuasa tanah bukan Kementerian Dalam Negeri. Jadi kita tidak tahu tanah mana yang diterokai dan sesiapa menerokai. Jadi kita kena mengetahui. Jadi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab berhubung dengan berapa ekar tanah, berapa ini, mana boundary dia, mana batasan dia, itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan

negeri. Itu adalah di bawah bidang kuasa pihak tanah dan galian, pihak berkuasa tempatan mungkin juga pegawai Daerah.

■1730

Jadi ini di luar pengetahuan kita. Maknanya kalau perkara ini berlaku di sana, kalau tidak ada laporan daripada pihak-pihak ini kepada Kementerian Dalam Negeri ataupun agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri, bagaimanakah mungkin boleh Kementerian Dalam Negeri sebagai pegawai penguat kuasa ataupun anggota penguat kuasa mengambil tindakan?

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Page 74: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

68 DN 16.12.2014

Jadi ini penting, jadi itulah saya apabila ditemui oleh pemberita, saya mengatakan

patut kita mewujudkan badan sebagaimana yang dibuat di Sarawak. Walaupun tuduhan-tuduhan bermacam oleh Ketua Menteri Sarawak mengatakan agensi-agensi ini tidak dapat dipercayai tetapi dalam masa yang sama, dia orang punya struktur yang tersendiri. Kalau kita boleh gerakkan mereka, kita boleh mengenal pasti di manakah ladang-ladang yang telah diberi oleh kerajaan dan di mana ladang-ladang yang dibuka oleh pihak-pihak yang tertentu secara haram.

Jadi kalau ini boleh dikenal pasti dahulu, barulah agensi penguat kuasa boleh menguatkuasakan. Soalannya sama ada kita serius ataupun tidak, tunjuk kepada siapa yang dulu membuat kelemahan. Jadi adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak serius dalam soalan ini. Kementerian Dalam Negeri sentiasa serius. Tuan Yang di-Pertua,

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, boleh? Saya tertarik

juga isu pendatang tanpa izin ataupun pendatang haram ini. Kita difahamkan ada 2.4 juta orang pendatang tanpa izin. Hairan kita, bagaimana kita tak boleh nak cari dia orang sedangkan bilangannya begitu ramai. Di Cameron Highlands sahaja ada 14 ribu dan jalan naik ke Cameron Highlands saya difahamkan ada empat buah jalan. Kalau kita tunggu dia dekat jalan naik itu pun, dia naik boleh keluar tak boleh. Kalau dia lari dalam hutan pun saya fikir kita naik helikopter, kita boleh suluh dia dekat mana dia lari. Itu yang rakyat merasa hairan bagaimana ini tak boleh kita tangani dengan cara yang cukup mudah dan baru-baru ini kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa khas dan apakah plan of action mereka? Sampai tahun berapakah pendatang tanpa izin untuk Cameron Highlands ini selesai?

Yang kedua, saya dengar dalam akhbar, kita akan mengurangkan pendatang tanpa izin ini sampai tahun 2020, baru dia jadi kosonglah. Jadi daripada sekarang ini ada 2.4 juta, kita tinggal lagi enam tahun. Jadi 2.4 bahagi enam, setahun kita akan kurang 400 ribu. Adakah ini planning kerajaan? Mengapakah pula jadi sampai macam itu kan? Habis

kalau dia beranak lagi di sini? Jadi, ini semua akan menimbulkan banyak masalah. Oleh sebab itu kita nak tahu planning kita yang berkesan betullah, bagaimanakah nak buat? Saya cadang kita kena ada satu committee khas yang kerjanya tiap-tiap hari kena buka sebuah jabatan menangani pendatang tanpa izin dengan semua agensi ada di dalamnya. Kalau ia berlaku di sebuah negeri maka agensi kerajaan negeri itu mesti terlibat bersama dan hari-hari kerjanya menangani pendatang tanpa izin. Terima kasih.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat,

terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cadangan untuk menubuhkan sebuah agensi untuk penguat kuasa ini bunyinya memang betul tetapi kalau kita lihat sudut penguatkuasaan itu, kita kembali pula kepada pihak polis dan imigresen sebab agensi yang kita tubuh itu tak mungkin ada bidang kuasa yang tertentu untuk menguatkuasakan undang-undang. Kalau seseorang itu menguatkuasakan undang-undang, dia kena ada kuasa diberi kepada dia, mesti ada. Kalau tak ada, bermakna dia kerja dia adalah illegal ataupun tak betul, salah. Kalau salah di sisi undang-undang, dia akan boleh diambil tindakan. Yang Berhormat, saya belum habis menjawab...

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Minta mencelah.

Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin: [Bangun]

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Saya belum habis menjawab ini, kalau tak, tak perlu jawablah [Ketawa]

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Kalaulah kita...

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: Dia tak bagi, duduk dulu. Duduk dulu, menjawab belum habis lagi.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Minta maaf, minta maaf.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Itu soalan yang itu, yang satu lagi

ialah saya kembali kepada apa yang dikatakan berapa belas ribu yang ada di Cameron Highlands itu. Sementara ini, kita masih lagi mengenal pasti siapa pekerja-pekerja asing yang betul-betulnya bekerja di atas ladang yang telah dikenal pasti ladangnya oleh pihak kerajaan negeri.

Page 75: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 69

Ini kena kita buat sekarang ini dan selepas itu baru kita mengenal pasti siapa

pendatang-pendatang asingnya. Apabila kita dah kenal pasti pendatang asing nanti, tindakan akan diambil, Yang Berhormat, tindakan akan diambil. Itulah sebabnya kita mengadakan jawatankuasa, sebuah badan yang dipanggil tadi Centralised Enforcement Team (CET) ini kerana kita kena menyelaraskan dengan agensi-agensi tempatan

sebagaimana yang saya sebut tadi, pihak tanah dan galian, DO dan PBT. Semua sekali akan dibawa bersama untuk mengenal pasti perkara ini.

Bila sudah dikenal pasti itu nanti baru boleh kita ambil tindakan yang terperinci dan itu yang kedua berhubung dengan soalan target time itu tadi. Yang Berhormat, kalau kita lihat pagi tadi ada Yang Berhormat membangkitkan persoalan kita nak menghantar balik 40 ribu orang pekerja yang diberi PLKS ataupun Pas Lawatan Kerja Sementara yang berada di Malaysia. Jumlah yang mendapat PLKS ini hampir 140 ribu keseluruhannya selepas operasi 6P dahulu dan apabila ini berlaku, kita nak hantar 40 ribu ini dahulu. Oleh sebab jangka masa tiga tahun yang kita beri di bawah PLKS itu hendak kembalikan sebab kita punya tempoh ialah tiga tahun. Apabila tiga tahun itu dah habis, kita nak hantar dia kembali.

Kita dah dengar dah mesyuarat diadakan oleh pihak NGO, pihak industri dan semua mereka telah mengadakan mesyuarat. Sebab-sebab mesyuarat ini diadakan ialah untuk membantah tindakan kerajaan untuk menghantar balik yang 40 ribu ini sebabnya mereka kata kami dah latih mereka ini sebaik mungkin dan dihantar balik ke negara mereka sendiri, lepas itu kita nak ambil semula 40 ribu untuk masuk ke Malaysia ini untuk bekerja dalam sektor-sektor kami ini lagi, maknanya kami akan kehilangan, mengikut surat khabar laporan NGO ini kata, 40 peratus daripada kos operasi mereka akan meningkat. Ini pun dasar yang telah kita tetapkan dan kita nak hantar semula ini, 140 ribu yang mendapat PLKS ini hendak dihantar balik ke negara mereka masing-masing.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Mohon maaf, mohon mencelah.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Jadi, saya akan bagi tahu Datuk

nanti bila boleh mencelah. Kita nak hantar semua mereka ini berperingkat-peringkat mengikut bila masa mereka mendapat PLKS ini dan apabila genap tiga tahun, dia akan dihantar balik. Jadi hingga sekarang ini tidak ada perubahan dari sudut dasar ini. Jadi ini ada bantahan pula, itulah kenapanya industri ini ada the pulling factor and the push factor.

Kita nak hantar balik, industri pula mengatakan mereka akan merasa kekurangan pekerja.

Begitu juga yang di Cameron Highlands, apabila serbuan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan, banyak peladang telah memberi maklumat bahawa harga sayur semua akan naik oleh sebab pengeluaran akan terjejas. Ha! Ini semua berkenaan tetapi walau bagaimanapun kita tidak melihat perkara ini kerana kita hendak menegakkan undang-undang kita. Jadi, Yang Berhormat Senator sila.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak cuba membezakan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam tadi ialah pendatang haram tanpa izin iaitu orang yang masuk dalam negara kita ini tanpa izin, tak ada pasport dan sebagainya. Dia telah mencadangkan supaya sebuahagensi khusus untuk menangani ini dan minta maaflah, Yang Berhormat kata bukan sesenang itu sebab kita tak ada undang-undang.

Tak bolehkah kita buat undang-undang supaya memberi kuasa kepada agensi ini untuk menangani perkara ini dan satu lagi perkara ialah apa Yang Berhormat kata tadi berhubung dengan pekerja-pekerja. Pekerja-pekerja yang datang ini bukan tanpa izin, kita tak ada masalah dengan pekerja yang dibawa, dengan izin. Nak masuk 40 ribu pun tak apa kerana mereka itu masuk dalam negara dengan izin. Yang kita worry ini, yang rakyat semua bertanya-tanya ini ialah 2.5 juta orang pendatang haram yang kononnya datang tanpa izin. Ini yang kita hendak menanganinya. Minta maaflah Yang Berhormat Menteri, saya bangkitkan perkara ini kerana ini adalah perkara yang sangat-sangat menjadi masalah kepada rakyat kita sekarang ini. Terima kasih.

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: [Bangun]

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ramai yang hendak

mencelah ini. Yang Berhormat bagi kah?

Page 76: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

70 DN 16.12.2014

■1740

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Saya jawab yang ini dulu yang

berhubung dengan PATI ini. Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita lihat Malaysia itu sendiri, kita di sekelilingi negara yang mahu datang ke Malaysia. Itu sahaja. Kalau kita lihat dari Indonesia, memang perbatasan kita ataupun perairan kita yang mudah dimasuki oleh pihak-pihak yang mahu datang ke Malaysia. Kita kena rasional dalam soal ini. Begitu juga daripada sempadan kita dengan utara, negara di utara kita.

Kita lihat walaupun ada buffer zone iaitu sebuah negara yang besar, Thailand. Boleh juga orang Myanmar merentasi Thailand itu, melalui Thailand dan sampai ke Malaysia, orang Myanmar boleh datang ke sini. Apabila datang ke sini pula, hampir setengah daripada pendatang itu di isytihar oleh pihak UNHCR sebagai pelari. Walaupun kita bukan a party to Refugee Convention- United Nations. Kita tidak menerima hakikat ataupun tidak mengiktiraf kehadiran refugees di negara kita tetapi kita juga terpaksa bersifat

peri kemanusiaan. Mereka sini sudah berada di negara kita. Jadi, apakah nak buat kepada mereka ini?

Pihak UNHCR pula mengisytiharkan mereka ini UNHCR dan ada beri kad. 150,000 keseluruhannya yang ada pada sekarang mengikut UNHCR. Mereka ini pula belum lagi dihantar oleh pihak UNHCR ke negara-negara yang ketiga untuk mereka terus mencari kehidupan. Akhirnya, menetap di negara kita ini. Jadi, begitu juga bukan sahaja daripada Mynmar. Mereka ada juga dari Sri Lanka, dari Pakistan dan negara-negara yang bergolak.

Begitulah akhirnya, negara kita menjadi tempat pelarian walaupun kita bukan signatory kepada Refugee Convention- United Nations. Jadi, kita dalam keadaan yang serba salah. Ada PATI ataupun pendatang tanpa izin yang sebenar tanpa izin sebagai economic refugees yang datang ke sini yang tidak diiktiraf oleh UNHCR dan kita hantar balik. Dalam masa yang sama, kita kena berbincang dengan semua embassy ataupun kedutaan-kedutaan ini. Ada juga kedutaan ini bekerjasama dengan kita tetapi dalam peringkat-peringkat yang amat slow sekali, amat berhati-hati sekali. Jadi, dalam keadaan sedemikian oleh sebab tidak ada dokumen yang tertentu, maka kita tidak boleh menghantar mereka dan hendak dihantar ke mana?

Jadi, inilah dilema yang kita hadapi dalam menangani masalah pendatang asing ini. Itulah kenapa kita menjemput pihak universiti, The Council of Professors yang pada malam ini saya akan merasmikan satu seminar yang dibuat oleh pihak The Council of Professors negara kita ini, pemikir macam mana sebenarnya kita boleh menghadapi masalah pendatang asing ini. Oleh sebab perbatasan kita yang begitu terbuka, boleh direntasi dan dimasuki oleh pihak pendatang asing. Negara ini masih sebuah negara yang menarik untuk mencari kehidupan dan boleh mencari pekerjaan oleh sebab banyak rakyat Malaysia itu tidak mahu lagi bekerja di sesuatu tempat yang tertentu.

Umpamanya dalam perladangan, dalam industri pembinaan dan banyak industri yang dianggapkan sebagai industri yang menurunkan maruah mereka iaitu 3D yang pernah saya pernah sebutkan iaitu dangerous, dirty and demeaning industry. Ini rakyat Malaysia kurang minat masuk. Jadi, itulah menarik perhatian pendatang asing untuk datang ke negara kita. Jadi, kita akan tidak berpuas hati...

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Boleh celah tak?

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: ...Kita tidak akan putus asa dan inshaaAllah kita akan berterusan untuk menangani masalah ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, masih banyak lagikah? Yang

Berhormat Menteri, masih banyak lagikah soalan yang hendak dijawab itu?

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: [Bangun]

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Dekat, tunggu Yang Berhormat.

Saya hendak jawab.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Oh! Sudah empat kali saya

berdiri.

Page 77: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 71

Timbalan Yang di-Pertua: Tunggu dulu Yang Berhormat, duduk dulu Yang

Berhormat. Masih banyak lagikah?

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya ini, Kementerian Dalam Negeri ini belum sampai 30 peratus ini [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat terus

menjawab soalan yang telah dikemukakan semasa perbahasan.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Jadi Yang Berhormat, minta

maaflah.

Timbalan Yang di-Pertua: Sebab kita masih ada 12 lagi kementerian. Teruskan

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Ya, terima kasih. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih [Ketawa] Oleh sebab dapatlah laluan mudah sikitlah. Nanti selepas ini Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita aturkan satu taklimat dan saya berikan masa yang panjang, masa yang mencukupi untuk kita bersembang-sembang soalan-soalan negara ini Yang Berhormat. InshaaAllah.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa itu paling baik Yang Berhormat Menteri. Kita

buat sesuatu..

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih. InshaaAllah,

pegawai di belakang sana dengar cakap saya ini ya? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih. Jadi, Yang

Berhormat Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader dan Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat ingin mengetahui berapakah bilangan pendatangan asing tanpa izin yang diputihkan melalui Program 6P?

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah Program 6P, seramai 521,734 PATI yang diputihkan di bawah proses pemutihan 6P. Sejumlah 503,161 orang PATI dan juga program khas pengurusan PATI, 18,573 orang PATI yang telah diputihkan. Mereka dibenarkan untuk bekerja secara sah selama tempoh tiga tahun untuk sektor yang dibenarkan dan dua tahun untuk sektor-sektor beku dan sektor luar dasar.

Penguatkuasaan Program 6P hasil daripada inisiatif makmal pengurusan warga asing dan merupakan penyelesaian menyeluruh isu PATI total package solution. Pecahan proses dan jumlah PATI yang menyertai program ini adalah seperti berikut:

(i) pendaftaran PATI - 1,303,126 orang;

(ii) pemutihan - 503,161;

(iii) pemantauan - 387,430.

Selepas itu penguatkuasaan dan pemantauan Ops 6P daripada 20 Oktober sehingga 31 Ogos 2013 adalah 42,102:

(i) Ops 6 bersepadu fasa 1 - 17,455;

(ii) Ops bersepadu fasa 2 - 28,936;

(iii) pengusiran pada tahun 2014 adalah berjumlah 141,664.

Tuan Yang di-Pertua, proses 6P dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan dan faedah yang diperoleh adalah seperti berikut:

(i) program pendaftaran iaitu kita boleh mendaftar secara biometrik, semua pihak yang telah kita check pada ketika itu;

(ii) program pemutihan sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi dan ada juga program pengampunan yang mana mereka tidak dituduhkan di mahkamah, selepas itu ditangkap dan dihantar semula ke negara asal mereka;

(iii) program pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran juga berlaku seterusnya.

Page 78: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

72 DN 16.12.2014

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia juga telah

mengenal pasti antara punca warga asing boleh menjadi PATI.

Yang Berhormat, jadi ini kadang-kadang kita melihat walaupun dia datang secara halal datang ke Malaysia, apabila berlaku satu-satu perkara itu, dia menjadi PATI. Sebenarnya, bukan pendatang asing per se atau pendatang asing sebenarnya:

(i) memasuki laluan jalan tikus tanpa sebarang dokumen perjalanan yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 6. Ini PATI yang sebenar.

(ii) golongan orang di mana pas atau permit yang telah dibatalkan menurut peruntukan Akta dan Peraturan Imigresen tetapi masih duduk di Malaysia. Mereka juga dipanggil pendatang tanpa izin.

(iii) apabila mereka memasuki Malaysia dengan menggunakan pasport dan kemudian tinggal lebih masa di Malaysia di bawah seksyen 15, mereka juga dipanggil PATI.

(iv) seseorang yang didapati memiliki pas atau permit yang palsu di bawah seksyen 56 dan juga mereka inilah PATI. Seorang yang menyalahgunakan pas yang diberi di bawah peraturan-peraturan Imigresen. Ini, sudah lepas ini, maknanya, kalau daripada berhijrah daripada satu sektor kepada sektor yang lain, mereka juga dianggap sebagai PATI.

Mereka akan cuba bekerja secara haram untuk mendapatkan wang seberapa yang boleh dengan mendapatkan kerjasama daripada orang tempatan. Selepas itu mereka sanggup pulang ke negara asal mereka dengan menaiki bot jeti haram sehinggalah membahayakan nyawa mereka.

■1750

Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil langkah-langkah memperkenalkan National Enforcement Registration System yang akan merekodkan biometrik para pesalah yang ditangkap dan selanjutnya dihantar pulang ke negara asal mereka.

Yang Berhormat Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman turut bertanya sama ada perlu diadakan satu pusingan bagi program pemutihan ini. Sehingga kini, kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan satu pusingan proses pemutihan program 6P. Berhubung dengan itu, majikan hendaklah bertanggungjawab untuk menghantar pulang pekerja mereka setelah tamat tempoh penggajian yang ditetapkan.

Kerajaan juga akan mempergiatkan tindakan penguatkuasaan berterusan mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir mereka ini supaya mereka balik ke negara asal; mempertingkatkan pengawasan di sepanjang pesisiran perairan negara iaitu kawasan yang telah dikenal pasti sebagai pendaratan pasukan PATI dijalankan dengan kerjasama pasukan gerakan Marin, polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia; dan menetapkan risikan pemantauan dan pengawasan bagi menyekat penyeludupan manusia sempadan darat negara yang dijalankan dengan kerjasama PDRM, Unit Pencegah Penyeludupan dan Pasukan Gerakan Am.

Punca kehadiran warganegara asing di negara ini tidak hanya menjadi tanggungjawab satu pihak sahaja tetapi sebaliknya melibatkan peranan semua agensi. Semua rakyat Malaysia juga perlu turut serta dalam membanteras PATI dengan tidak memberi perlindungan kepada mereka dengan menyewa premis atau harta kepada PATI atau menggaji PATI. Selagi rakyat Malaysia sendiri bersekongkol dengan PATI, adalah sukar bagi agensi penguat kuasa mengurangkan atau membanteras PATI dalam negara.

Namun itu, usaha berterusan dan gigih terus dilaksanakan oleh kerajaan demi memastikan kesejahteraan rakyat negara tidak dimudaratkan oleh sebab kemasukan warga asing.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Dalam Negeri khususnya melalui Jabatan Imigresen Malaysia telah mengambil langkah yang komprehensif bagi menangani isu kebanjiran PATI di negara ini dengan menjalankan tindakan operasi bersepadu bersama dengan lain-lain agensi penguat kuasa secara berterusan bagi menjaga kepentingan rakyat.

Page 79: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 73

Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar ingin penjelasan tentang tindakan kementerian terhadap ancaman sindiket pasport palsu. Pihak Imigresen sentiasa memberi perhatian yang serius dalam membendung kegiatan jenayah imigresen yang melibatkan warga asing sama ada yang datang untuk melancong atau bekerja di negara ini.

Untuk makluman, bilangan warga luar negara yang dikesan atau diambil tindakan akibat memasuki atau keluar dari negara ini dengan menggunakan pasport palsu bagi tahun 2012 hingga 2014 berakhir Julai adalah seperti berikut:

Tahun Bilangan (orang)

2012 11

2013 32

2014 (Sehingga Julai) 20

Daripada jumlah 63 orang warga asing yang ditangkap dalam tiga tahun ini, warganegara Indonesia merupakan warga asing yang paling ramai ditangkap dengan jumlah 34 orang, diikuti oleh warganegara Bangladesh enam orang, warganegara Myanmar tiga orang, warganegara Republik China dua orang, warga Philippines dua orang,

warganegara India dua orang, warganegara Pakistan, Nigeria, Australia masing-masing seorang.

Tuan Yang di-Pertua, antara kesalahan di bawah Akta Pasport 1990 yang lazim dilakukan adalah seperti berikut:

(i) memalsukan pasport, mengubah atau mencatat pasportnya atau dokumen perjalanan dalam negeri atau sesuatu visa atau catatan dalamnya atau tanpa kuasa yang sah menggunakan atau cuba menggunakan atau ada dalam miliknya; atau

(ii) seksyen 12(1) iaitu tanpa kuasa yang sah di sisi undang-undang dalam memiliki sesuatu pasport dan dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan untuk kegunaan seorang yang lain daripada sendirinya;

Apabila disabit kedua-dua kesalahan ini, seorang boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 dan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

Walaupun perangkaan jenayah pemalsuan dokumen dilakukan oleh warga asing adalah tidak signifikan, akan tetapi ia akan menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun dan boleh menjejaskan keselamatan negara sejagat. Oleh yang demikian, Jabatan Imigresen Malaysia telah merangka pelan tindakan yang di antaranya adalah seperti berikut:

(i) mewujudkan makmal pemeriksaan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk utama supaya perujukan segera boleh dibuat bagi mengesahkan sesuatu dokumen perjalanan yang dicurigai ketulenannya;

(ii) mewujudkan rangkaian pakar rujuk, subject matter expert, yang boleh dihubungi dalam negara bagi rujukan Pasport Malaysia dan di luar negara bagi rujukan pasport asing;

(iii) mengadakan kerjasama latihan dalam atau luar negara dengan

pihak dengan izin, non governmental organization seperti International Organization of Migrants dan pihak imigresen luar

negara dan memahirkan pegawai imigresen dalam mengenal pasti dokumen perjalanan penjenayah yang cuba memasuki negara ini;

Page 80: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

74 DN 16.12.2014

(iv) mewujudkan Malaysian Immigration Analysis Centre bagi

mengumpul dan menganalisis data penyebaran maklumat mengenai perkara warga asing dan kawasan-kawasan serta aktiviti menyalahgunakan kemudahan imigresen;

(v) mengadakan perkongsian seperti maklumat terperinci kes-kes kehilangan dokumen perjalanan dan modus operandi sesuatu sindiket yang telah dikenal pasti;

(vi) mengenal cap jari biometrik semua pekerja asing untuk rekod melalui program 6P;

(vii) membuat tapisan awal seperti memperketat pengeluaran visa di

luar negara;

(viii) memastikan warga asing yang memasuki negara ini adalah tulen dan berkemampuan untuk menyara hidup semasa berada di Malaysia;

(ix) menyemak senarai hitam dasar nama pemegang pasport dan

jika mereka pernah melakukan kesalahan di Malaysia, mereka akan dihantar pulang ke negara asal;

(x) mengadakan kerjasama operasi bersepadu dengan agensi-

agensi penguat kuasa seperti polis, RELA, pihak JPAM, PBT bagi mematahkan pengoperasian sindiket secara holistik; dan

(xi) mengaturkan strategi operasi yang kukuh supaya kes

perbicaraan dalam mahkamah boleh berjalan dengan lancar dan berjaya dijadikan iktibar kepada warga asing yang lain;

Jabatan Imigresen akan mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penglibatan warga asing yang cuba meloloskan diri masuk dan keluar dari negara ini.

Yang Berhormat Senator Dato' Adam bin Abdul Hamid ingin mengetahui mengapakah penggunaan sistem Advance Passengers Screening System masih lagi belum dilaksanakan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelaksanaan Advance Passengers Screening System ataupun APSS masih dalam peringkat perundingan di mana terdapat

isu-isu dasar terutamanya berkaitan perundangan yang sedang diteliti sebelum pelaksanaan sistem ini dapat dijalankan dengan lancar kelak.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia juga memiliki mekanisme seperti penyimpanan butiran orang-orang yang ditegah keluar mahupun masuk Malaysia dalam senarai syak jabatan dan agensi-agensi kerajaan berkenaan. Ini termasuk menyimpan butiran-butiran mengenai biometrik pendatang asing tanpa izin yang direkodkan dalam National Enforcement dan Registration System oleh pihak berkuasa serta butiran-butiran lost and stolen passport yang dilaporkan dan direkodkan.

Dalam pada itu, kementerian juga dalam tindakan untuk memasang close-circuit television dan facial recognition untuk mengesan dan merekodkan pergerakan orang-orang yang dikenal pasti.

Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader ingin mengetahui apakah status kewarganegaraan bagi pendatang projek kad pengenalan Sabah serta anak-anak mereka.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dakwaan wujudnya projek kad pengenalan Sabah merupakan salah satu terma rujukan dan menjadi siasatan di bawah Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah iaitu RCI. Hasil dapatan siasatan ini telah didedahkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 3 Disember 2014.

Page 81: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 75

Berdasarkan hasil siasatan suruhanjaya turut menyentuh mengenai projek kad

pengenalan Sabah yang telah dibangkit oleh saksi-saksi daripada kalangan ahli politik, penulis, wartawan, orang ramai di mana suruhanjaya telah membuat kesimpulan bahawa terdapat kebarangkalian projek kad pengenalan Sabah ini wujud pada masa yang material.

■1800

Namun, ia hanya berdasarkan keterangan lima orang saksi yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas ataupun cross examination, malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan dengan penglibatan mereka dalam pengeluaran kad pengenalan secara haram. Suruhanjaya juga mendapati tidak terdapat petunjuk jelas bahawa tatacara yang berhubung dengan permukaan maklumat dan dokumen yang diperlukan dalam pengeluaran kad pengenalan telah dilanggar oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagaimana diperuntukkan di bawah National Registration Rules 1972 dan tatacara yang diguna pakai oleh pihak berkuasa didapati teratur.

Justeru bagi langkah penambahbaikan dan the way forward, kerajaan telah bersetuju menerima syor suruhanjaya supaya jawatankuasa tetap mengenai pendatang asing di Sabah ditubuhkan. Terdapat jawatankuasa kerja yang ditubuhkan di bawahnya yang di antara lain berperanan untuk meneliti isu yang dibangkit oleh laporan suruhanjaya serta maklum balas aduan dan pandangan masyarakat Sabah untuk diketengahkan kepada jawatankuasa tetap di atas.

Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh bertanyakan berapakah banyak pemohon warga negara daripada kaum India yang terima melalui Skim MyDaftar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Program MyDaftar merupakan salah satu daripada program turun padang yang dilaksanakan oleh kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara. Program-program lain termasuk program outreach dan mobile ihsan bertujuan mengatasi masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri di kalangan rakyat Malaysia yang berkelayakan. Program MyDaftar telah dilaksanakan pada 9 Februari 2011 sehingga 26 Februari 2011. Bagi program ini, Jabatan Pendaftaran Negara telah menerima sebanyak 9,529 permohonan bagi semua kategori dokumen pengenalan diri.

Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman ingin kepastian tentang langkah dan tindakan kementerian bagi menentukan hala tuju dan penempatan kanak-kanak yang tidak berstatus kewarganegaraan dan adakah mereka di benar tinggal terus di Malaysia atau dihantar balik ke negara asal ibu bapa mereka.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan secara jelas mengenai undang-undang kewarganegaraan Malaysia. Dalam hal ini, kewarganegaraan seseorang kanak-kanak yang dilahirkan di Persekutuan boleh dan telah pun dibentuk melalui peruntukan undang-undang di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan selain rujukan dan semakan yang dibuat ke atas status perkahwinan ibu bapa kanak-kanak berkenaan serta taraf kewarganegaraan ibu bapa kanak-kanak tersebut semasa kanak-kanak itu dilahirkan. Oleh itu, persoalan bahawa anak-anak tidak mempunyai kewarganegaraan tidak timbul.

Justeru untuk membantu pihak kerajaan mendokumentasikan kelahiran kanak-kanak di Malaysia, ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan hendaklah hadir ke mana Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran dan mengemukakan dokumen lengkap bagi membolehkan pendaftaran kelahiran kanak-kanak tersebut dibuat. Walau bagaimanapun, bagi usaha membolehkan kewarganegaraan dan dokumen perjalanan kanak-kanak dilahirkan di Persekutuan oleh warga asing adalah tidak wajar sekiranya pihak Kerajaan Malaysia didesak untuk menganugerahkan kewarganegaraan Malaysia kepada kanak-kanak tersebut. Sebaliknya, menjadi tanggungjawab ibu bapa mereka untuk mengurus dokumen pengenalan diri anak mereka dengan kedutaan negara asal masing-masing.

Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh juga ingin kepastian apakah tindakan kementerian bagi membantu menyelesaikan masalah kanak-kanak stateless di negara ini agar mereka dapat hidup seperti kanak-kanak lain

terutamanya daripada segi aspek pendaftaran persekolahan.

Page 82: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

76 DN 16.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang diketahui, Kementerian Dalam Negeri

melalui Jabatan Pendaftaran Negara menyimpan rekod bagi individu yang telah berdaftar bagi urusan kelahiran dan kematian, perkahwinan dan perceraian dan bukan beragama Islam dan juga yang telah dikeluarkan kad pengenalan. Oleh itu, mengenai aspek persekolahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah wajar sekiranya perkara ini dirujuk kepada kementerian yang berkenaan juga.

Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader mohon penjelasan apakah status bangsa masyarakat India Muslim yang sering menimbulkan kekeliruan yang mana yang dikategorikan sebagai Melayu dan ada yang dikategorikan sebagai India. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Sehubungan dengan itu, adalah wajar sekiranya perkara ini dirujuk kepada kementerian atau jabatan yang berkenaan. Walau bagaimanapun, dalam pendaftaran setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara mengguna pakai undang-undang yang termaktub di bawah tiga akta berkaitan pendaftaran kelahiran Malaysia seperti berikut:

(i) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 bagi Semenanjung Malaysia;

(ii) Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian bagi negeri Sabah;

(iii) Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 bagi negeri Sarawak.

Oleh itu, penentuan keturunan seorang kanak-kanak yang dilahirkan di Semenanjung Malaysia dan Sabah semasa pendaftaran kelahiran adalah berdasarkan kepada keturunan bapa atau ibu kanak-kanak berkenaan. Manakala bagi negeri Sarawak pula, penentuan keturunan kanak-kanak yang dilahirkan di negeri tersebut adalah berdasarkan kepada keturunan bapa sahaja. Kementerian ini mengambil maklum bahawa perkara yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah merujuk kepada penggunaan keturunan India Muslim dalam sijil kelahiran kanak-kanak. Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Negara akan menggunakan status berkenaan sekiranya kanak-kanak tersebut layak atau didaftarkan sebagai seorang yang berketurunan India Muslim sebagaimana yang dinyatakan seperti di atas.

Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som A/L Inong memohon penjelasan, mengapakah permohonan untuk menukar istilah bangsa Thai kepada bangsa Siam di dalam kad pengenalan dan sijil kelahiran masih lagi belum diselesaikan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Pendaftaran Negara telah menyelaras penggunaan istilah Siam semasa pendaftaran kelahiran bermula 17 Februari 2012. Oleh itu, perlu diambil maklum dan difahami bahawa bagi individu yang asal usul keturunan Siam tetapi didaftar sebagai keturunan Thai dalam sijil kelahiran, individu tersebut boleh mengemukakan permohonan pembetulan maklumat di bawah peraturan seksyen 27, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian di Jabatan Pendaftaran Negara dengan mengemukakan dokumen yang menyokong permohonan tersebut.

Bagi membolehkan istilah Siam diguna dalam sijil kelahiran, status ibu dan bapa kanak-kanak tersebut perlu bertaraf warganegara Malaysia, telah lahir dan menetap di Malaysia serta berketurunan Siam. Manakala bagi kanak-kanak yang ibu atau bapanya warganegara Malaysia, telah lahir dan menetap di Malaysia tetapi keturunan Thai, kelayakan ini hanya terhad kepada generasi ketiga sahaja iaitu bagi kes ibu bapa yang menjadi warganegara Malaysia melalui permohonan kewarganegaraan Malaysia. Dalam hal ini, setiap permohonan untuk menukar keturunan daripada Thai kepada Siam memerlukan penelitian terperinci bagi memastikan hanya permohonan daripada individu yang benar-benar layak dan benar-benar berketurunan Siam sahaja diluluskan. Selain itu, kepada anak-anak yang memegang pasport Thailand, keturunan kanak-kanak tersebut adalah kekal Thai berdasarkan pasport yang dipegang negara asal.

Yang Berhormat Dr. Ariffin bin S.M Omar mohon penjelasan apakah tindakan kementerian terhadap ...

Dato’ Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah?

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Ancaman sindiket kad

pengenalan palsu.

Page 83: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 77

Dato’ Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya mereka yang memohon untuk bangsa Siam itu, dulunya Jabatan Pendaftaran meletak pada dulunya Siam, lepas itu masuk Thai jadi bangsa Thai, lepas itu masuk menjadi Siam balik. Jadi maknanya apabila hendak mohon itu menyusahkan mereka, menyulitkan mereka. Mereka memegang IC, kad pengenalan Malaysia, ibu bapanya memegang kad pengenalan Malaysia, warganegara Malaysia.

Jadi bila tukar di Kedah tidak ada masalah apa, tetapi tidak selaras. Bila di Kuala Lumpur lain, di Johor pula lain. Ini kerana sistem online pendaftaran itu tidak diupdate, masih lagi di bawah Thai.

■1810

Padahal dalam Jabatan Pendaftaran Negara menyatakan bahawa istilahnya Thai mereka yang memegang pasport luar warganegara Thai tetapi Siam mereka yang warganegara Malaysia. Jadi saya fikir dengan IC, dengan kad pengenalan sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka Siam. Itu sahaja, terima kasih.

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya

jawapan saya tadi telah cukup jelas. Jadi, kalau ada keraguan daripada Yang Berhormat berhubung dengan istilah sama ada Thai atau pun Siam ini saya berharap Yang Berhormat boleh membawa senarai-senarai yang tertentu kepada saya dan berjumpa di kementerian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini Kementerian Dalam Negeri memandang serius kes-kes pengeluaran dan pengedaran kad pengenalan palsu yang dilakukan oleh sindiket kerana hal itu bukan sahaja melibatkan penipuan kepada penerimaan tetapi menjejaskan nama baik Jabatan Pendaftaran Negara. Oleh itu, kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara telah mengambil langkah dengan menjalankan operasi menguatkuasakan atas pemalsuan kad pengenalan semenjak tahun 1971.

Dalam hal ini, dari tahun 2010 hingga 16 Disember 2014 sebanyak 1,423 operasi penguatkuasaan telah dijalankan. Melalui operasi penguatkuasaan tersebut seramai 729 orang telah ditangkap kerana menggunakan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan orang lain di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang menetapkan seperti berikut:

(i) tanpa kuasa yang sah atau sebab yang munasabah mendapatkan lebih daripada satu kad pengenalan atau menggunakan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan lain daripada penggunaan atau pun milikan apa dokumen palsu yang dikeluarkan di bawah peraturan-peraturan ini atau apa dokumen pengenalan lain yang bukan atas namanya;

(ii) jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda minimum RM3,000 atau maksimum RM20,000.

Selain itu, kementerian juga telah mengambil langkah untuk mempertingkatkan ciri-ciri kualiti kad pengenalan itu dengan mengeluarkan kad pengenalan baru bertaraf warganegara Malaysia MyKad struktur baru yang memiliki ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan canggih.

Di samping itu, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia juga sentiasa bekerjasama dalam menjalankan operasi secara bersepadu memantau, menyiasat dan membendung sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, semenjak pengenalan kad yang baru yang mempunyai imej yang kedua, tidak ada pemalsuan didapati semenjak itu. Jadi, apa yang menjadi persoalan sekarang ialah secepat mana boleh kita menukar semua kad lama kepada kad baru tetapi pada masa sekarang kita tidak memaksa mereka menukar. Walau bagaimanapun, kita telah hampir 80 peratus membuat penukaran daripada kad lama kepada kad baru dan saya menyeru pada pihak di luar sana yang mempunyai sampai ke tahap 12 tahun bolehlah menukar kad mereka supaya jangan didapati bersalah oleh pihak kerajaan.

Page 84: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

78 DN 16.12.2014

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, selamat

datang kembali. Setakat inilah sahaja penjelasan-penjelasan yang dapat saya beri mengenai isu yang telah sepanjang tempoh perbahasan...

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada seorang bangun ini.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Saya hendak minta penjelasan.

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Pendek sahaja, pendek sahaja.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Ya, seminit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Jawab pun pendek.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Sebelum ditamatkan, saya ingin minta

penjelasan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan kenyataan semalam apabila Yang Berhormat menyatakan jumlah tahanan ISA sehingga ia dimansuhkan ialah 8,000 orang. Akan tetapi dalam satu hal yang lain, Menteri Dalam Negeri pada tahun 2004 waktu itu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyatakan bahawa jumlah tahanan ISA ialah 10,662 orang. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab

penjelasan ini dibuat oleh Perdana Menteri yang dahulu, jadi saya ini Timbalan Menteri yang sekarang. Jadi, bagi saya fakta yang saya beri itu fakta yang tepat. Jadi, saya mohon membuat semakan semula untuk meneliti sama ada yang dikeluarkan Perdana Menteri dahulu atau pun yang saya keluarkan ini mungkin ada kesilapan dari sudut faktanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli...

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua, saya minta, mungkin ada

soalan saya sedikit yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Apakah dia Yang Berhormat?

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Saya ada nyatakan bahawa saya hendak tanya

Yang Berhormat Menteri oleh sebab pendatang tanpa izin ini bukan sahaja dia menjadi buruh dan lain-lain, sekarang ini dia sudah menjadi peniaga dan merebut kekayaan di negara kita. Saya ada bertanyakan, saya hendak tanya siapa yang bagi lesen untuk dia meniaga dan bolehkan mereka ini mendapat lesen dan adakah mereka ini layak untuk mendapat lesen? Terima kasih.

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat

Senator dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua oleh sebab memberi peluang saya menjawab soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua: Jawab ringkas Yang Berhormat, jawab ringkas.

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Saya memang pernah menyebut dalam press conference saya atau pun pendedahan media saya bahawa pihak pendatang asing ini sama ada PATI atau pun yang halal datang ke sini tidak layak diberi lesen untuk berniaga dan pemberi lesen peniaga di negara kita ialah pihak PBT dan sebagainya dan bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Jadi, saya menyeru supaya masyarakat di luar sana bukan sahaja jangan memberi lesen tetapi juga jangan mengalibabakan lesen-lesen yang ada pada mereka kepada pihak pendatang asing ini sama ada dia pendatang halal atau pun Pendatang Asing Tanpa Izin, jangan diberi peluang menjadi tauke atau pun menjadi ali baba kepada tauke-tauke yang mempunyai lesen sedemikian. Jadi, itu sahaja jawapan saya Yang Berhormat Senator.

Page 85: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 79

Dengan itu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli

Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Mana soalan-soalan yang tidak dijawab, saya mohon notis supaya diberitahu jawapan-jawapan boleh dijawab secara bertulis selepas ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang sebelum Yang

Berhormat Kementerian lain membuat penggulungan, izinkan saya menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat. Kita ada 12 kementerian lagi, kita sudah keluarkan notis sampai pukul 10. Kalau sekiranya tidak selesai juga saya sanggup sampai 12 tengah malam pun tidak mengapa. Persoalannya sekarang saya mohon kerjasama kepada semua pihak sama ada di pihak Yang Berhormat atau pun juga pihak daripada kementerian jawab dengan tepat, ringkas dan juga boleh memberi penjelasan. Selepas itu saya mohon kerjasama, pandai-pandailah Yang Berhormat. So, tanpa membuang masa lagi saya persilakan Kementerian Pertahanan sekarang untuk menjawab. Silakan.

6.18 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-

Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada empat Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2015 iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya, Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim, Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki.

Sungguhnya keprihatinan Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu yang telah diletakkan di bawah kementerian ini kita akan pertimbangkan dan cadangan-cadangan bernas akan kita ambil perhatian. Sahabat saya Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya, ada membangkitkan berkaitan dengan cadangan untuk memindahkan Skuadron Hawk ke Lapangan Terbang Lahad Datu dan sekiranya pemanjangan landasan lapangan terbang tersebut selesai dilaksanakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Skuadron pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia akan ditempatkan di Labuan dan sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pertahanan hanya merancang untuk melokasikan penempatan ini di Labuan dan ini adalah selaras dengan kenyataan rasmi yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Bajet 2015 yang telah dibentangkan pada 10 Oktober 2014.

Sebagai maklumat Yang Berhormat, walaupun pesawat berkenaan ditempatkan di Labuan, namun pesawat ini akan terlibat dalam operasi Ops Sanggah di kawasan ESSCOM dan di dalam mengawal dan mengawasi kawasan perairan Pantai Timur Sabah daripada ancaman konvensional dan juga ancaman non konvensional iaitu kumpulan pengganas dan penculik atau pun penjenayah.

■1820

Di samping itu, pesawat juga akan terlibat dalam Ops Pasir yang membantu Tentera Darat Malaysia bagi pemantauan dan pengawasan dari Kudat sehingga ke Tawau iaitu Pulau Sebatik dan justeru, walaupun pesawat berkenaan tidak ditempatkan secara kekal di Lahad Datu. Namun, kehadirannya tetap akan dirasai atau sebagai satu cegah rintang ataupun deterrent.

Tuan Yang di-Pertua, pendirian kerajaan ini adalah untuk menempatkan Squadron Hawk di Labuan adalah berasaskan kepada pelbagai pertimbangan. Yang pertama ialah prasarana yang sedia ada di Labuan adalah bersesuaian dan relevan untuk menerima aset-aset anggota TUDM yang bakal berkhidmat di sana. Ini akan membantu untuk menjimatkan perbelanjaan. Kedua, Pulau Labuan adalah berada di lokasi sumber ekonomi Malaysia dalam bentuk petroleum (oil and gas) iaitu merupakan laluan antarabangsa, sea line of communication di Laut China Selatan dan memerlukan penempatan dan kehadiran kuasa udara yang mantap secara kekal.

Ketiga, Labuan sebuah kepulauan yang dilihat mampu memberi lebih jaminan kepada keselamatan aset-aset TUDM dan risiko lebih rendah daripada sebarang ancaman

Page 86: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

80 DN 16.12.2014

sabotaj yang bersifat non-traditional berbanding dengan Lahad Datu yang lebih dekat

daripada sempadan perbatasan perairan negara jiran. Keempat, aspek perundangan pula iaitu airspace ability di Labuan adalah lebih memberi kelebihan kepada TUDM kerana ia lebih luas berbanding Lahad Datu yang terhad daripada segi freedom to manouvre kepada pesawat TUDM disebabkan berhampiran dengan sempadan ruang udara negara jiran.

Kelebihan ini akan menjadi salah satu ciri kekuatan kuasa udara di mana keupayaan bertindak yang fleksibel dan versatile. Apabila digerakkan ia sangat responsif dan memberi banyak opsyen untuk memenuhi objektif misi.

Kelima, justeru itu walaupun pesawat berkenaan di tempatkan Labuan, namun dengan kebolehan untuk deliver kuasa tembakan yang tinggi pada jarak yang jauh dan

dalam masa yang singkat tidak menjadi kekangan untuk pesawat ini menjaga kedaulatan ruang udara, khususnya di kawasan Pantai Timur. Inilah merupakan keputusan yang dibuat setakat ini tetapi sekiranya ada keputusan-keputusan baru di masa-masa akan datang dan jika ada keperluan-keperluan, kita akan mempertimbangkan.

Yang Berhormat Senator Puan Puan Norliza binti Abdul Rahim ada membangkitkan berkaitan dengan perpindahan rasional atau perpindahan Pangkalan Udara Butterworth ke tapak baru. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya cadangan projek pemindahan dan pembangunan semula Pangkalan Udara Butterworth ini sebenarnya adalah masih di peringkat kajian yang terperinci dan penelitian akan dibuat oleh pelbagai pihak. Banyak peringkat lagi proses yang perlu dilalui sebelum pihak kerajaan dapat membuat keputusan ke atas cadangan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemindahan ini akan memberikan peluang kepada TUDM untuk mempertingkatkan kemampuan pertahanan udara Pangkalan Udara Butterworth serta mengatasi masalah trafik udara yang kian bertambah di ruang udara Bayan Lepas. Pertambahan pertumbuhan pesat di sekitar Butterworth juga akan mengehadkan usaha-usaha untuk membangunkan Pangkalan Udara Butterworth.

Oleh sebab itu, dengan adanya pangkalan baru akan memberikan peluang kepada TUDM untuk mendapat satu kemudahan baru yang lebih moden iaitu pangkalan udara baru yang akan dilengkapi dengan kelengkapan-kelengkapan yang boleh memperkukuhkan lagi keupayaan TUDM. Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun Yang Berhormat.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Mohon mencelah. Saya ingin bertanya kepada

Yang Berhormat Menteri. Saya masih tidak faham apa rasionalnya untuk dipindahkan ke sebuah kawasan yang jauhnya kurang daripada 20 kilometer. Saya difahamkan tapak yang hendak dialih itu pula, keadaannya adalah kurang rata berbanding dengan tapak di TUDM Butterworth. Ketiga, sekiranya pembangunan ini berlaku, akan melihatkan penghijrahan 22 Kampung Melayu yang mana penduduk di situ terpaksa berpindah. Jadi, saya rasa impaknya adalah sangat-sangat tinggi.

Jadi, kenapakah masih kita dalam masih mahu mempertimbangkan mengenai ini? Terima kasih.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan

Norliza. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang saya katakan tadi keputusan kelulusan dasar telah pun dibuat oleh kerajaan berkaitan dengan perkara ini. Akan tetapi perinciannya akan dilakukan, kajian-kajian dan penilaian-penilaian akan dibuat oleh pelbagai pihak berkaitan dengan pemindahan di Butterworth ini. Walaupun cadangan ini telah pun dikemukakan tetapi yang penting sekali ialah untuk memastikan bahawa apabila berlaku pemindahan ini akan memberikan kesan positif kepada semua pihak. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, TUDM memang berhasrat untuk mendapatkan kemudahan yang lebih moden.

Akan tetapi bagaimanapun ini keputusan yang harus dibuat oleh Unit Kerjasama Awam Swasta iaitu merupakan kuasa yang tertinggi di peringkat kerajaan untuk melihat dari semua aspek iaitu daripada segi kesesuaian dan juga kebaikan yang boleh diperolehi daripada projek ini.

Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud, ada membangkitkan tentang cadangan untuk memberikan veteran ATM yang tidak berpencen supaya diberikan faedah pencen bulanan bagi menghargai perkhidmatan mereka. Untuk

Page 87: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 81

makluman Yang Berhormat, cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator ini bagi agar veteran ATM yang tidak berpencen untuk diberikan pencen. Ingin saya jelaskan di sini bahawa kementerian setakat ini belum bercadang untuk memberikan faedah pencen bulanan seperti mana yang telah Yang Berhormat cadangkan.

Ini disebabkan skim perkhidmatan ATM yang tersedia menetapkan tempoh-tempoh perkhidmatan bagi seseorang anggota lain-lain pangkat berdasarkan kepada keperluan semasa perkhidmatan serta permohonan daripada anggota itu sendiri.

Justeru itu, pemberian pencen kepada anggota yang berkhidmat kurang 21 tahun tidak dapat dilaksanakan kerana setiap anggota yang menamatkan perkhidmatan akan diberikan ganjaran ataupun faedah persaraan mengikut peraturan yang masih berkuat kuasa iaitu berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Angkatan Tetap atau Pencen (Ganjaran dan Faedah-faedah) 1982 atau di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973.

Kelayakan pemberian faedah persaraan kepada anggota adalah berdasarkan pada tempoh perkhidmatan yang telah dipersetujui oleh anggota serta kelulusan daripada perkhidmatan. Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, ia akan mewujudkan ketidakadilan kepada anggota ATM yang setia berkhidmat sehingga ke umur persaraan berbanding dengan mereka menamatkan perkhidmatan secara lebih awal iaitu kurang 21 tahun. Di samping itu ia juga akan menjadi pemangkin untuk lebih ramai anggota ATM yang berkemahiran meninggalkan perkhidmatan secara lebih awal. Situasi ini iaitu kurang 21 tahun dan akan menjejaskan struktur asas guna tenaga ATM yang kesan langsungnya akan menjejaskan keupayaan pengoperasian ATM secara berterusan.

Walau bagaimanapun, ingin saya jelaskan di sini bahawa seorang veteran ATM yang tidak berpencen berada dalam kehidupan daif atau memerlukan sebarang bentuk bantuan sama ada bantuan perubatan atau kebajikan, mereka boleh memohon untuk mendapatkan bantuan-bantuan ini di bawah Skim Bantuan Kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Terakhir, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, membangkitkan berkenaan dengan keberkesanan Program PLKN. Untuk makluman Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu ini, sejak ia diperkenalkan pada 16 Februari 2004, objektif PLKN adalah yang pertama, meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Kedua, memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Keempat, menyemarakkan semangat kesukarelaan. Kelima, melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan berkeyakinan. PLKN yang telah dilaksanakan semenjak 10 tahun telah menunjukkan keberkesanannya dalam melahirkan generasi muda seperti mana yang telah digariskan dalam objektif penubuhannya.

Kajian pengukuran keberkesanan ini telah pun dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden yang melibatkan alumni PLKN, ibu bapa, penjaga, majikan, pendidik dan juga masyarakat umum. Kajian ini telah menunjukkan bahawa Program PLKN sememangnya telah berjaya membawa perubahan yang positif kepada pelatih berdasarkan objektif penubuhannya.

■1830

Kajian impak nilai patriotisme siswa bekas pelatih PLKN negeri-negeri utara Semenanjung juga telah dilaksanakan bersama dengan Universiti Malaysia Perlis pada tahun 2013 yang melibatkan 3,787 orang responden. Kajian ini turut menunjukkan maklum balas yang positif dalam semua aspek yang dinilai khususnya yang berkaitan dengan semangat patriotisme bekas pelatih.

Selain daripada itu, kajian persepsi juga turut dilaksanakan pada setiap sesi latihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi menentukan keberkesanan latihan yang diterapkan kepada pelatih adalah terbaik dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kajian-kajian keberkesanan ini akan dilaksanakan secara berkala dengan institusi yang berwibawa bagi mendapatkan kesan kajian yang telus dan boleh diterima oleh masyarakat umum.

Pada masa yang sama, pihak JLKN juga sedang dalam proses membuat transformasi seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2015 bagi menambah baik program ini. Ia terus relevan dengan kehendak semasa dan pada masa akan datang dapat mencapai objektif asal penubuhannya.

Page 88: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

82 DN 16.12.2014

Bagi cadangan Yang Berhormat agar hasil kajian PLKN ini dibawa kepada Parlimen, ia cadangan yang baik dan ia akan dipertimbangkan akan kesesuaiannya. Jadi, itu sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih atas penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan Bajet 2015 Kementerian Pertahanan dan kita sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat. Sekarang

saya mempersilakan Kementerian Kesihatan.

6.31 ptg.

Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. S. Subramaniam]: Terima kasih Tuan Yang

di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas pandangan dan isu-isu yang dibangkitkan mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia dan saya percaya pandangan yang dilontarkan semasa ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 akan meningkatkan lagi tahap penyampaian perkhidmatan kesihatan di dalam negara ini.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah bangkitkan isu berkenaan dengan kemudahan dialisis di hospital besar kerajaan. Pada masa sekarang, kementerian telah menyediakan kemudahan dialisis di semua hospital Kementerian Kesihatan melainkan tiga buah hospital di negeri Sabah di mana rancangan telah dibuat untuk menyediakan perkhidmatan ini dalam masa yang akan datang. Walaupun sedemikian, kementerian sedar bahawa kemudahan yang tersedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan daripada pesakit end stage renal disease yang telah bertambah

tiap-tiap tahun dan ada lebih kurang 15,000 orang di dalam negara yang memerlukan kemudahan ini.

Untuk bantu dalam perkara ini, kementerian telah mengemukakan satu cadangan baru iaitu satu cara dialisis yang berbeza yang dipanggil Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) yang boleh dibuat di rumah tanpa seseorang pesakit pergi ke hospital. Dalam bajet tahun 2013, kerajaan telah menyediakan satu peruntukkan khusus untuk menjalankan program ini dan kementerian menggalakkan mereka yang mempunyai penyakit end stage renal disease untuk mengikuti program CAPD daripada pilih

hemodialisis.

Walaupun sedemikian, dalam bajet tahun ini, kerajaan akan membekalkan 635 unit mesin hemodialisis baru bagi facility KKM serta tambahan untuk ubat-ubatan yang berkaitan dengan ini. Kita secara dasar telah membuat keputusan untuk meningkatkan kemudahan dialisis bukan sahaja di dalam hospital kerajaan tetapi untuk memperluaskannya di klinik-klinik kesihatan supaya lebih banyak kemudahan dialisis boleh disediakan.

Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim telah bertanya tentang keperluan minimum ubat yang harus disediakan di hospital-hospital? Mengapakah waktu yang diambil untuk merawat pesakit di dalam wad adalah lama? Tentang ubat, kerajaan mempunyai dasar dan telah menetapkan satu formulary ubat Kementerian Kesihatan yang diasaskan kepada jenis-jenis rawatan yang ditawarkan di facility tersebut. Kementerian secara umumnya menyediakan ubat untuk lebih kurang semua penyakit yang ada di dalam negara kita walaupun kadang-kadang apa yang berlaku, ada pelbagai jenis ubat yang boleh diberi kepada satu-satu penyakit dan dalam keadaan ini terpulang kepada pilihan doktor yang memberi rawatan dan pilihan pesakit.

Pada masa sekarang, pembekalan ubat, jumlah ubat dan jenis ubat yang ada di Kementerian Kesihatan ialah mencukupi untuk pastikan rakyat Malaysia boleh mendapat satu tahap perkhidmatan kesihatan yang baik, menyeluruh dan selaras dengan mutu dan tahap antarabangsa. Tentang soalan yang kedua tentang waktu yang diambil untuk merawat pesakit, inilah satu perkara yang akan berbeza daripada seorang pesakit ke seorang pesakit yang lain.

Ini kerana rawatan ini bergantung kepada jenis penyakit dan berapa teruk penyakit ini dan apakah langkah-langkah yang sepatut diambil oleh pihak hospital untuk memberi rawatan kepada pesakit itu? So, ada penyakit yang boleh dirawat dengan satu jangka masa

yang pendek, ada yang penyakit yang memerlukan rawatan yang panjang dan lama.

Page 89: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 83

Akan tetapi, secara ketetapan KPI kementerian, kementerian akan menjalankan segala yang sepatutnya dibuat untuk pastikan bahawa rawatan diberi di dalam satu jangka masa yang pendek dan membuat apa-apa prosedur yang diperlukan dalam masa yang pendek juga selaras dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada di dalam hospital. Kita sentiasa meningkatkan proses ini. Contohnya baru-baru ini di dalam Johor Bahru, di dalam Hospital Sultan Ismail, kementerian telah membuat keputusan untuk meningkatkan, memendekkan rawatan kanser di hospital ini melalui pembukaan Unit Radioterapi pada waktu malam.

Pembukaan Unit Radioterapi pada hujung minggu, sebagai satu langkah supaya rawatan boleh diteruskan untuk satu masa yang lebih panjang untuk mengurangkan masa yang diperlu untuk pesakit menunggu untuk mendapat rawatan.

Yang Berhormat Senator S. Bagiam telah menyatakan...

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada seorang bangun Yang Berhormat.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Ya, ya.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan

tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana Menteri dan Timbalan Menteri kedua-duanya hadir pada petang ini untuk menjawab soalan. Saya sebenarnya kepada Yang Berhormat Menteri, saya membangkitkan isu tempoh waktu rawatan ini lanjutan daripada kes salah seorang artis kita yang baru meninggal iaitu Allahyarham Datuk Mustapha Maarof. Beliau telah dibawa ke bilik kecemasan pada 2 Disember, pada lebih kurang jam 9.30 malam.

Akan tetapi, selepas dua jam setengah masih tidak ada apa-apa tindakan segera yang diambil walaupun kemudiannya ada seorang doktor India yang datang memeriksa beliau kemudiannya. Cuma persoalannya saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri tahu mengenai masalah ini? Adakah tempoh dua jam setengah dalam bilik kecemasan itu bagi saya agak lama khususnya kalau ada kes-kes yang drastik seperti tidak boleh bernafas, pneumonia, ini satu kes yang perlukan satu rawatan segera.

Walau bagaimanapun, kita faham kekangan Kementerian Kesihatan mungkin kekurangan tenaga dan segalanya, tetapi saya rasa untuk wad kecemasan kejadian seperti ini harus diambil perhatian yang serius.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Terima kasih. Saya mengambil maklum tentang

apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat. Secara umum, keadaan yang dijelaskan oleh Yang Berhormat ini sepatutnya tidak berlaku. Saya mengakui bahawa dua jam setengah untuk seseorang pesakit untuk dilihat dan mendapatkan rawatan dalam unit kecemasan itu terlalu panjang. Biasanya apa yang berlaku dalam unit kecemasan kalau salah seorang pesakit sudah masuk, tindakan awal ialah untuk buat apa yang kita panggil triage iaitu untuk mengenal pasti betapa makna keseriusan penyakit itu. Daripada itu kalau penyakit itu ialah satu penyakit yang serius, tindakan mesti dibuat serta-merta. Kalau yang kurang serius ada zon. Zon merah, zon hijau dan zon kuning. Mereka akan diagihkan kepada zon-zon masing-masing supaya diberi rawatan.

■1830

So, di zon merah di mana ada yang paling serius mereka akan diberi rawatan

dengan serta-merta. Dalam keadaan ini saya tidak faham mengapa ini berlaku tetapi saya akan mengambil maklum dan membuat siasatan kepada perkara ini. Saya boleh beritahu ini bukan KPI kementerian. Ini bukan satu perkara yang berlaku secara biasa. Secara biasa semua kes yang serius sepatutnya diberi rawatan dengan serta-merta kerana saringan dibuat secara awal. Mungkin ada kelemahan di hospital tertentu atau di klinik tertentu yang telah menyebabkan keadaan ini. Saya akan mengambil maklum dan membuat siasatan tentang perkara ini.

Sebagai lanjutan Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam telah menyatakan bahawa skim perkhidmatan perubatan pihak hospital begitu lemah dan ingin mengetahui apa yang dibuat oleh kementerian. Terlebih dahulu saya ingat saya mahu menjelaskan dan mempertahankan Kementerian Kesihatan daripada dakwaan ini untuk beritahu bahawa rakyat Malaysia pada keseluruhannya bertuah kerana kita sebuah negara yang mungkin

Page 90: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

84 DN 16.12.2014

mempunyai satu sistem perkhidmatan kesihatan yang telah mendapat kebanggaan di dalam seluruh dunia.

Ini kerana rangkaian kesihatan kita yang mula daripada klinik-klinik yang ada di peringkat akar umbi klinik desa sampai ke hospital-hospital pusat rawatan yang mempunyai pakar ini ialah satu sistem yang memastikan bahawa rakyat Malaysia yang kaya ataupun miskin sentiasa dijamin mereka akan diberikan rawatan walaupun mereka tidak mempunyai kemampuan. Ini ialah satu keistimewaan dalam sistem kita.

Akan tetapi memang ada kekangan dalam sistem Kementerian Kesihatan seperti apa yang Ahli Yang Berhormat cakap tadi kerana daripada segi peruntukan kewangan dan keperluan yang diperlu oleh kita lebih jauh daripada apa yang telah disediakan. Saya tidak menyalahkan Kementerian Kewangan kerana apa peruntukan negara mesti diagihkan kepada semua kementerian dan kementerian mendapat 8.4 peratus daripada peruntukan kesemuanya. Akan tetapi sebagai salah sebuah negara di dunia ini yang menyediakan perkhidmatan kesihatan secara percuma kepada rakyat.

Kadang-kadang kos kita RM1,000 tetapi kita caj RM1 sahaja. Dengan sistem sedemikian memang kerajaan akan menghadapi kekangan dalam menyediakan sistem yang lebih luas, lebih baik, mungkin yang boleh dibandingkan dengan swasta. Akan tetapi daripada apa perkhidmatan yang telah disediakan di dalam Kementerian Kesihatan ialah selaras dengan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh hospital swasta. Kepakaran yang ada di dalam Kementerian Kesihatan ialah mempunyai mutu yang sama seperti yang ada di dalam hospital swasta. Pelbagai jenis kemudahan yang tersedia ada di swasta telah disediakan di Kementerian Kesihatan juga.

Oleh itu, mutu Kementerian Kesihatan daripada penyampaian skim perkhidmatan ialah selaras walaupun ada beberapa kekurangan yang kita sedang cuba untuk mengatasi. Salah satu daripadanya, kita dalam usaha untuk menambahkan bilangan katil pesakit di dalam beberapa buahhospital. Kita sedang dalam proses untuk membuat perubahan kepada hospital-hospital negeri yang tidak mempunyai kepakaran pada masa sekarang supaya ditempatkan dengan pakar-pakar di hospital itu. Kita telah mewujudkan satu rangkaian bersama atau networking antara hospital pusat kepakaran dengan hospital-hospital daerah yang lain supaya kepakaran yang sedia ada di hospital pusat ini boleh dikongsi dengan hospital-hospital yang lain.

Untuk tambahan pula kita telah menambahkan perkhidmatan day care atau rawatan harian di beberapa buah hospital contohnya, untuk pembedahan-pembedahan minor cataract boleh dibuat tanpa masuk ke dalam hospital. Baru-baru ini kita telah meningkatkan lagi kemudahan perkhidmatan melalui wujudkan satu sistem domiciliary health care yang dituju supaya mereka yang sudah keluar dari hospital, rawatan mereka akan disambung semasa berada di rumah. Pemulihan mereka akan dibantu oleh satu pasukan kesihatan yang akan pergi ke rumah mereka, nasihat keluarga mereka dan memastikan proses pemulihannya sentiasa dikawal dan dinasihati oleh kementerian.

Tambahan daripada itu terdapat banyak hospital di kementerian di mana pembedahan dibuat pada hari Sabtu. Untuk pastikan rakyat di kawasan-kawasan di luar bandar dan di pedalaman mendapat rawatan yang baik mobile team iaitu klinik-klinik gerak melalui bot, bas dan melalui pelbagai jenis kemudahan sampai ke peringkat akar umbi supaya mereka boleh mendapat rawatan yang lebih sesuai. Ini adalah pelbagai daripada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk pastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat satu mutu perkhidmatan kesihatan yang sihat. Kita akan berusaha untuk menambah ini pada masa yang akan datang.

Tentang kos ubat-ubat yang ada di hospital swasta yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan S. Bagiam pun kos di hospital swasta ada sebahagian daripada ini dikawal oleh kementerian, ada separuh yang tidak dikawal. Melalui Jadual Ketiga Belas di bawah Private Hospitals Act, kerajaan telah menetapkan satu fee schedule untuk fee perundingan iaitu consultation fee untuk pemeriksaan dan untuk proses-proses seperti pembedahan yang dilakukan oleh seorang doktor. Contohnya kalau you jumpa doktor dan dirawat ada siling untuk fee yang boleh dikenakan oleh doktor ke atas pesakit.

Kalau doktor menjalankan satu pembedahan ada siling yang telah ditetapkan untuk fee profesional untuk menjalankan pembedahan. Ini dikawal.

Page 91: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 85

Kalau seseorang doktor atau sesebuah hospital mengenakan fee yang lebih tinggi

daripada apa yang ditetapkan di dalam schedule fee ini kementerian boleh ambil tindakan ke atas doktor itu. Akan tetapi kementerian tidak mengawal fee untuk contohnya bilik rawatan iaitu urusan jururawat, ubat yang diberi, ini tidak dikawal oleh kementerian. So, kementerian mengawal cuma melalui Jadual Ketiga Belas ini, mengawal fee yang dikenakan ke atas professional fees. ini dibuat sebagai satu langkah untuk memberi perlindungan kepada pesakit.

Pada masa sekarang kita sedang fikir langkah-langkah yang boleh dibuat untuk mengawal kos ubat di dalam hospital swasta dan di dalam hospital kerajaan.

Kita sedang mengadakan perbincangan dengan industri untuk mewujudkan satu fasa baru melalui mana kos ubat boleh dikawal melalui sistem perundangan walaupun ini pada masa sekarang masih dalam peringkat perbincangan. Kita kena membuat beberapa perubahan kepada Akta Farmasi yang sedia ada untuk membolehkan kerajaan mengawal harga ubat di dalam negara ini. So, ini adalah beberapa daripada langkah yang dibuat oleh

kerajaan supaya rakyat diberi perlindungan daripada kos yang terlampau dalam pihak perkhidmatan kesihatan swasta di dalam negara kini.

Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin bin S.M. Omar telah bertanya tentang isu ketirisan yang berlaku di dalam Kementerian Kesihatan khususnya dalam kehilangan stok ubat-ubatan di Hospital Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang. Saya mengakui ini berlaku kerana kelemahan dalam sistem keselamatan di dalam kedua-dua hospital ini. Selepas kajian dibuat, laporan polis telah dibuat tentang kedua-dua kehilangan ini. Polis sedang membuat siasatan ke atas kes-kes tertentu dan selepas polis membuat keputusan dan ada bukti mereka akan mengambil tindakan kepada pihak bertanggungjawab.

Akan tetapi di peringkat kementerian, kita pun telah lihat balik kepada sistem keselamatan yang sedia ada dan telah menambah baik sistem ini melalui meningkatkan lagi kawalan kamera litar tertutup yang lebih menyeluruh dan lebih komprehensif.

■1850

Ini dipasang di beberapa buah tempat yang kritikal dan lokasi-lokasi yang berisiko tinggi. Kita pun telah meningkatkan lagi penguatkuasaan kawalan keselamatan bangunan di mana polis bantuan telah ditugaskan menjaga semua stor. Pihak-pihak penolong farmasi telah diarahkan untuk membuat perondaan yang lebih kerap ke atas stor dan farmasi mereka untuk pastikan perkara-perkara ini tidak akan berlaku. Dengan peningkatan tahap keselamatan dalam kemudahan-kemudahan ini, saya berharap kejadian ini tidak akan berlaku pada masa yang akan datang.

Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Khalid bin Ahmad telah minta Kementerian Kesihatan tentang Akta Dadah Berbahaya, berkaitan daun ketum dan bila ia akan dibentangkan. Kementerian telah membuat keputusan untuk membuat pindaan kepada Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 secara berperingkat dengan jenis pindaan jangka pendek yang boleh dibuat secara lebih cepat, pindaan jangka panjang yang memerlukan pindaan kepada akta. Sebagai langkah untuk pastikan bahawa tindakan yang lebih kuat boleh diambil untuk kegunaan daun ketum dan ke atas mereka yang tanam pokok ketum di dalam Malaysia. Kita berharap bahawa kedua-dua pindaan ini akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang akan datang.

Pada masa sekarang, ingredient active di dalam daun ketum iaitu mitrogynine ialah satu bahan chemical yang telah diharamkan. Akan tetapi tindakan cuma boleh diambil kalau dipastikan ada ingredient itu secara pure, bukan kepada daun ketum atau pokok ketum. Dengan pindaan yang dibuat, kerajaan boleh ambil tindakan kepada raw material iaitu raw ketum. Seperti undang-undang yang tersedia ada untuk raw opium, poppy straw dan raw cannabis dan sebagainya. Saya berharap melalui pindaan ini, isu berkenaan daun ketum dan kegunaannya di dalam negara boleh diselesaikan.

Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin telah tanya tentang langkah diambil untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan rakyat termasuk pembinaan hospital baru, menambah baik Klinik 1Malaysia dan sebagainya. Ini satu usaha yang diteruskan.

Di dalam tahun ini, kerajaan akan membina empat buah hospital dan menaik taraf beberapa buah klinik. Ada cadangan untuk membina hospital-hospital yang baru dan menaik taraf hospital di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Page 92: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

86 DN 16.12.2014

Secara khusus, soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat, tentang keperluan sebuah hospital di daerah Marang telah dibincang secara dalam oleh kementerian. Ada dalam rancangan kementerian sebagai satu tindakan untuk jangka masa panjang. Buat sementara waktu, kementerian telah membuat keputusan untuk meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di dalam kawasan daerah Marang. Kementerian akan membina di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu pada tahun yang akan datang, sebuah klinik kesihatan jenis 3 dengan kuarters di Marang. Ini akan meningkatkan lagi mutu dan kemudahan perkhidmatan kesihatan di dalam kawasan ini.

Selain daripada itu, untuk kes-kes lain, mereka akan dirujuk untuk mendapat rawatan daripada semua segi. Termasuk daripada rawatan kepakaran, di dalam Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu yang terletak lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Marang.

Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian telah bertanya tentang pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. Beliau berpendapat bahawa keadaan itu kerajaan tidak memberi tumpuan kepada keadaan sedia ada. Akan tetapi ini bukan suatu perkara yang betul kerana kementerian telah membuat banyak untuk meningkatkan kemudahan fasiliti kesihatan di dalam negeri Sarawak. Contohnya, di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kementerian telah membina satu clinical research centre dan neurology ward di Hospital Umum Sarawak, menaik taraf psychiatric ward di Hospital Umum Sarawak, telah meluluskan projek naik taraf daycare, pathology, blood bank, tempat letak kereta dan kemudahan shoplots di Hospital Umum Sarawak, menyediakan perkhidmatan rawatan jantung di Pusat Jantung di Sarawak, 3 buah hospital baru, iaitu Hospital Lawas, Hospital Putrajaya dan Hospital Sri Aman telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Pembinaan hospital tersebut sedang diteruskan pada masa sekarang di dalam beberapa peringkat. Kementerian telah pun menaik taraf kemudahan di hospital-hospital yang lain seperti wad berjangkit di Hospital Miri, naik taraf wad penyakit berjangkit dan patologi di Hospital Sibu, naik taraf wad Burns Unit di Hospital Bintulu dan beberapa projek yang lain telah diluluskan. Beberapa projek yang lain pun akan diluluskan dalam rancangan Malaysia Kesebelas.

Ini semua menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat tentang keperluan penduduk-penduduk dalam negeri Sarawak dan negeri Sabah. Saya sendiri telah membuat lawatan kepada semua kawasan dan tiga buah hospital besar di negeri Sarawak iaitu Hospital Kuching, Miri dan Sibu untuk mengenal pasti kekurangan mereka dan telah mengambil tindakan untuk memastikan bahawa keperluan dan kekurangan itu boleh diatasi melalui tindakan kerajaan.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan telah tanya tentang status pembinaan Hospital Padang Besar. Kementerian telah meluluskan projek ini dan kita telah minta EPU supaya menyenaraikan projek ini pada Rancangan Malaysia Kesepuluh supaya ia boleh dibina di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Inilah beberapa daripada perkara yang telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pandangan, teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mohon kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk pastikan Kementerian Kesihatan selaras dengan visinya boleh menyampaikan mutu perkhidmatan kesihatan, yang baik, yang bermutu tinggi kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat atas kehadiran Yang

Berhormat Menteri sendiri hadir dan juga Timbalan Menteri pun hadir. Ini menunjukkan bahawa kementerian ini betul-betul peka dan prihatin terhadap apa yang kita lakukan ataupun kita bahaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat. Tanpa membuang masa, saya persilakan Yang Berhormat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Terima kasih Yang Berhormat, ini pun seorang Menteri lagi. Bagus, beri semangat.

6.57 ptg.

Page 93: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 87

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob]:

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sekalian kerana telah pun memberikan perhatian yang khusus terhadap perkembangan sektor pertanian negara sepanjang perbahasan Bajet 2015 pada kali ini.

Seramai 16 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam membahaskan pelbagai isu yang menyentuh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sesungguhnya, kementerian amat menghargai segala teguran dan pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid dan Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin telah membangkitkan isu mengenai produktiviti pengeksportan dan pembangunan usahawan industri asas tani. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian menyediakan Program Change Upgrade Product (CUP) untuk usahawan-usahawan mikro dan High Impact Project (HIP) untuk

usahawan sedia eksport. Program CUP dan HIP yang disediakan ini adalah untuk membantu usahawan meningkatkan produktiviti melalui penggunaan teknologi terkini dalam pengeluaran produk dan pembungkusan.

■1900

Selain daripada bantuan dalam bentuk mesin dan pembungkusan, Program CUP dan HIP turut menawarkan bantuan menaik taraf premis usahawan bagi tujuan pensijilan seperti sijil halal, sijil kesihatan dan sebagainya. Kementerian sentiasa menyarankan usahawan memperoleh sijil-sijil berkaitan bagi membolehkan produk-produk mereka dipasarkan dalam negara mahupun luar negara.

Program CUP ini ditawarkan adalah berbentuk geran pemadanan yang mana 80 peratus dibiayai oleh kementerian dan 20 peratus komitmen usahawan. Manakala Program HIP ditawarkan dalam bentuk geran pemadanan yang mana 60 peratus ditampung oleh kementerian dan 40 peratus komitmen usahawan. Sehingga 10 Disember 2014, seramai 106 orang usahawan telah menerima bantuan di bawah Program CUP dan seramai 78 orang usahawan telah menerima bantuan di bawah Program HIP. Dalam hal ini, kementerian akan terus mengenal pasti usahawan yang benar-benar layak untuk ditawarkan bantuan di bawah program yang disebutkan tadi.

Selain daripada bantuan geran pemadanan, kementerian juga membantu mempromosikan produk-produk usahawan melalui road show, media dan juga promosi luar negara melalui program di bawah Food and Agro Council for Export (FACE) ataupun Majlis

Eksport. Penubuhan Agrobazaar di Singapura telah memberi peluang kepada 84 orang usahawan untuk membawa sebanyak 314 stock keeping unit ataupun SKU bagi tujuan jualan di sana. Sejak pembukaannya sehingga November 2014, jualan yang direkodkan adalah sebanyak RM1.309 juta.

Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid dan juga Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon telah membangkitkan isu bantuan kepada nelayan. Untuk makluman Yang Berhormat, bantuan RM300 sebulan untuk nelayan zon ‘A’ atau RM250 sebulan untuk nelayan zon ‘B’ dan zon ‘C’ merupakan program pembayaran elaun sara hidup nelayan yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2008. Pembayaran elaun sara hidup nelayan adalah bertujuan untuk menampung peningkatan kos sara hidup nelayan seluruh negara. Baru-baru ini misalnya, kita naikkan kepada RM300 apabila pihak kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen. Kita tahu ia akan meningkatkan bebanan kepada nelayan. Jadi kita naikkan elaun sara hidup daripada RM200 ke RM300.

Selain daripada itu, proses pemantauan sentiasa dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemutihan peringkat negeri yang terdiri daripada pegawai-pegawai LKIM, Jabatan Perikanan Malaysia dan persatuan nelayan kawasan untuk memastikan nelayan yang menerima elaun itu betul-betul turun ke laut. LKIM juga mensyaratkan nelayan-nelayan yang menerima elaun mendaratkan ikan di kompleks-kompleks pendaratan ikan sebagai satu cara mengenal pasti nelayan terbabit melalui pengisytiharan minyak di sistem-sistem yang dikendalikan oleh LKIM dan Jabatan Perikanan yang akan mengesahkan sama ada lesen nelayan penerima elaun sara hidup sudah tamat tempoh ataupun telah diperbaharui.

Berkenaan dengan isu kaedah pembayaran, kaedah pembayaran dibuat dikreditkan melalui bank setiap pertengahan bulan. Walau bagaimanapun, pembayaran

Page 94: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

88 DN 16.12.2014

secara tunai juga dibuat secara berkala dan disampaikan melalui pemimpin-pemimpin tempatan. Para pemimpin tempatan juga boleh memohon dari semasa ke semasa kepada LKIM untuk menyampaikan elaun sara hidup tersebut secara tunai mengikut masa yang ditentukan oleh mereka. Jadi mereka boleh request bila-bila masa sahaja.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali telah mencadangkan beberapa langkah untuk membantu golongan petani. Mengenai isu bantuan kewangan atau bahan makanan secara tetap kepada isi rumah miskin dan miskin tegar, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian merupakan champion yang dilantik untuk membantu golongan sasar dalam sektor pertanian dan agromakanan melalui Projek AZAM Tani bermula pada tahun 2010.

Bantuan Projek AZAM Tani ini diberikan kepada ketua isi rumah berpendapatan rendah, berdaftar dalam sistem e-Kasih dan tergolong di bawah kategori miskin tegar, miskin serta mempunyai minat dalam mengusahakan projek-projek di bawah skop pertanian. Projek ini dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Peserta projek ini perlu menjalankan projek yang mendatangkan hasil cepat iaitu di antara satu bulan hingga enam bulan pelaksanaannya. Bentuk projek yang diterima oleh peserta adalah bernilai maksimum RM10,000 dan diberikan secara berpakej. Sehingga 31 Disember 2014, seramai 18,299 orang peserta telah menerima manfaat daripada projek ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM205.16 juta. Daripada jumlah tersebut, seramai 7,503 orang ataupun 41 peratus telah pun berjaya dikeluarkan daripada sistem eKasih.

Untuk meningkatkan pengeluaran padi, penggunaan teknologi moden digalakkan. Ini kerana harga bersih bayaran padi kepada pesawah bergantung kepada mutu padi. Melalui pengamalan Amalan Pertanian Baik, kandungan padi muda, batang padi, jerami, hampa, batu dan lain-lain dapat dikurangkan dan seterusnya meningkatkan kualiti padi dan menambahkan pendapatan petani.

Berkenaan dengan cadangan oleh Yang Berhormat Senator mengenai pemberian subsidi kepada petani, ia telah pun dilaksanakan oleh kerajaan. Sejumlah RM2.201 bilion telah diperuntukkan pada tahun 2014 bagi pemberian bantuan subsidi dan insentif di bawah subsektor padi dan beras. Secara khususnya, setiap petani menerima bantuan input pertanian berjumlah RM2,500 per hektar berupa baja, kapur, racun dan upah membajak dalam usaha membantu penanaman padi untuk menggalakkan hasil tanaman. Skim subsidi harga padi pada kadar RM248.10 per tan metrik juga telah diberikan kepada petani bagi membantu mengurangkan bebanan kos usaha sawah seterusnya meningkatkan pendapatan petani.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali juga telah membangkitkan isu projek ikan sturgeon. Untuk makluman Yang Berhormat, ikan sturgeon merupakan ikan yang bernilai tinggi khususnya dalam pengeluaran telur ikan ataupun kaviar dan daging. Kaviar merupakan salah satu produk ikan bernilai tinggi dikenali juga sebagai black gold, dengan izin, dan boleh mencapai harga sehingga RM30,000 sekilogram dalam segmen pasaran elit khususnya di Eropah dan Amerika Utara.

■1910

Kini terdapat beberapa buah negara di Eropah, Amerika Syarikat, Republik Korea dan China telah berjaya membangunkan teknologi aquaculture, akuakultur untuk mematangkan ikan sturgeon dalam persekitaran ternakan tertutup bagi tujuan pengeluaran kaviar.

Di Malaysia, projek ini dicadangkan di Kuala Tahan, Pahang dengan kawasan seluas 50 ekar. Projek ini dijangka mampu menghasilkan 30 tan metrik kaviar dengan nilai USD120 juta ataupun RM396 juta dan 60 metrik tan daging ikan sturgeon dengan nilai RM8.91 juta setahun. Jabatan Perikanan telah menjalankan kajian Import Risk Analysis (IRA) bagi melihat potensi risiko kemasukan ikan eksotik tersebut daripada segi kesannya kepada diversiti genetik, pengenalan patogen penyakit ikan dan juga kesan kepada persekitaran semula jadi serta biodiversiti spesies ikan tempatan.

Berdasarkan hasil kajian IRA, kelulusan bersyarat boleh diberikan kepada syarikat di mana ternakan hendaklah dijalankan secara tertutup dan syarikat yang diluluskan untuk

Page 95: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 89

mengusahakan perlu mengadakan langkah-langkah kawalan biosecurity yang telah

ditetapkan. Untuk projek ini, pembangunan projek cadangan penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan ini ditangguhkan sehingga kajian Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) selesai. Jadi jangan bimbang, kita still akan tunggu sehingga kajian alam sekitar diselesaikan. Selepas itu baru kita boleh buat keputusan, sama ada meneruskannya atau tidak.

Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon dan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul telah membangkitkan isu penukaran status tanah pertanian kepada projek pembangunan lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui penggubalan Rancangan Fizikal Negara Ke-2, semua kawasan jelapang padi telah dizonkan sebagai zon kekal pengeluaran padi.

Dua buah dasar yang terkandung dalam Rancangan Fizikal Negara Ke-2 ini adalah berkaitan strategi pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan pertanian termasuk kawasan jelapang padi bagi menjamin bekalan negara. Di bawah Rancangan Fizikal Negara (RFN) 6, kawasan pertanian utama perlu dipelihara khusus untuk tujuan pertanian dan pembangunan bandar dalam kawasan tersebut perlu dihadkan. Manakala kawasan RFN 7 pula, sebanyak lapan buah kawasan jelapang padi strategik iaitu MADA, KADA dan enam IADA perlu dipelihara bagi memastikan kelestarian dan pengekalan kawasan padi. Kuasa bagi meluluskan permohonan tukar syarat tanah pertanian kepada projek pembangunan yang lain adalah di bawah bidang kuasa negeri. Walau bagaimanapun, kementerian ini melalui mesyuarat-mesyuarat dengan kerajaan negeri sentiasa memohon supaya tanah pertanian dikekalkan bagi tujuan pengeluaran agromakanan.

Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon dan Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman telah membangkitkan tentang isu food security. Kementerian berdepan dengan cabaran untuk sentiasa meningkatkan pengeluaran bahan makanan dan mencapai tahap sara diri 100 peratus komoditi makanan utama negara supaya negara tidak terus bergantung kepada bahan makanan yang diimport. Program food security yang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini adalah berlandaskan kepada Dasar Agromakanan Negara (DAN) yang digubal bagi tempoh 2011 hingga 2020. Di bawah pelaksanaan DAN, industri agromakanan dijangka akan meningkat sebanyak 4.2 peratus setahun berbanding peningkatan peratus permintaan dalam negara iaitu 2.9 peratus sebelumnya. Ini bersamaan dengan 9.1 juta tan metrik kepada 11.2 juta tan metrik.

Usaha-usaha yang dijalankan untuk meningkatkan pengeluaran semasa adalah disebabkan oleh permintaan terhadap bekalan makanan di Malaysia yang dijangka akan terus meningkat kepada 14.8 juta tan metrik menjelang tahun 2020. Di samping itu, pelbagai penyelidikan dan pembangunan telah dibangunkan oleh MARDI, Institut Penyelidikan Perikanan dan juga Institut Penyelidikan Veterinar.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya mencelah Yang

Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ucap tahniah dengan langkah-langkah yang akan diambil. Cuma saya hendak tanya, apabila kita bercadang untuk menaikkan lagi jumlah tangkapan ikan dan makanan laut, saya nampak salah satu masalah yang kita hadapi pada hari ini ialah kita tidak ada satu bentuk undang-undang untuk dikuatkuasakan supaya nelayan-nelayan yang menangkap ikan yang belum besar. Saya pernah menyuarakan perkara ini. Ia belum cukup besar, ketam, udang atau kerang.

Di luar negara undang-undang ada, bahkan nelayan boleh dibawa ke mahkamah, di US dan di negara-negara Eropah. Contohnya kalau didapati nelayan tersebut menangkap ikan yang tidak mengikut saiz yang telah ditetapkan ataupun kerang ataupun ketam, udang. Akan tetapi di sini perkara ini tidak dilakukan, nelayan sewenang-wenangnya menangkap ikan bahkan ikan yang masih kecil, belum cukup umur pun ditangkap. Ini saya rasa saya ingin mencadangkan kalau sekiranya perkara ini dapat dilihat dan diadakan satu undang-undang. Walaupun saya faham kita boleh mendisiplinkan nelayan, tetapi undang-undang juga adalah penting.

Juga saya ingin menyatakan kalau kita merasa terkilan banyak spesis ikan yang telah pun pupus. Contohnya ikan terubuk dan juga saya masih ingat semasa kecil di

Page 96: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

90 DN 16.12.2014

kampung saya, makanan laut yang kita panggil sinting iaitu kalau tuan-tuan pernah lihat sinting, hari ini tidak ada lagi. So kita lihat cukup banyak Allah telah memberikan bekalan makanan yang banyak, tetapi kita tidak berusaha untuk memastikan ia berkekalan. Itu cadangan saya. Terima kasih.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Yang Berhormat. Kita

sebenarnya, penggunaan peralatan itu sebenarnya yang juga merupakan satu sebab kenapa ikan-ikan kecil itu tidak dapat kita kekalkan untuk membesar. Misalnya penggunaan pukat tunda. Kita dapati merupakan alat yang boleh membunuh segala-gala yang berada di laut, termasuk ikan-ikan kecil yang masih belum membesar. Kita mempunyai peraturan dan undang-undang daripada segi penggunaan peralatan. Jadi, ini juga bertujuan untuk melindungi segala spesis ikan khususnya ikan-ikan kecil tadi.

Baru-baru ini misalnya pada tahun lepas kita mengharamkan penggunaan pukat bermata lebih daripada 38mm misalnya. Kalau dahulu, penggunaan pukat kurang daripada 38mm digunakan dan ini menyebabkan ikan-ikan kecil pun ditangkap. Jadi kita gunakan undang-undang iaitu kita hanya benarkan penggunaan mata pukat lebih besar daripada 38mm. Ini juga bertujuan untuk menyelamatkan anak-anak ikan daripada ditangkap dan sebagainya.

■1920

Pada tahun 2016, saya telah pun mengumumkan bahawa mulai dari tahun 2016, di Zon ‘B’, semua pukat tunda diharamkan daripada segi penggunaannya kerana pencerobohan biasanya berlaku daripada Zon ‘B’ kepada Zon ‘A’. Seperti kita tahu anak-anak ikan mula membiak dan tempat pembiakan anak ikan ini adalah di kawasan Zon ‘A’. Jadi sudah besar baru dia pergi ke tengah laut dan sebagainya. Jadi ini juga merupakan perkara yang kita lakukan.

Jadi peraturan yang ada kepada kita daripada segi penggunaan peralatan. Dalam peraturan undang-undang tersebut, semua peralatan yang tidak dibenarkan ada tersenarai termasuk penggunaan-penggunaan lain seperti bom ikan, racun, chemical dan sebagainya kita haramkan juga bagi menyelamatkan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi untuk peraturan undang-undang khusus untuk daripada segi tangkapan tadi jenis ikan dan sebagainya inshaaAllah saya tahu ada di sesetengah negara bila mereka tangkap ikan yang less size, yang kecil mereka terpaksa campakkan balik ke laut kerana itu didapati menyalahi peraturan dan sebagainya. Kita akan lihat cadangan yang dikemukakan tersebut. Yang Berhormat Datuk...

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: [Bangun]

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat kalau soalan itu tidak ada kaitan

dengan soalan yang dikemukakan semasa perbahasan saya rasa tidak payah dikemukakan.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Pendek sahaja Tuan Yang di-

Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Sebab kita betul-betul kesuntukan masa. Masih ada 10

lagi kementerian.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Yang ini pun ada terkait dengan-

terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terkait dengan soal penangkapan ikan juga cuma yang ini penangkapan ikan kecil yang berkenaan untuk pemancing-pemancing. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas keprihatinan membatalkan cadangan untuk mengenakan lesen kepada pemancing-pemancing ikan dikuatkuasakan dengan serta-merta. Cuma pada masa yang sama kita dikejutkan juga ada cadangan oleh Menteri Besar Selangor supaya pemancing ikan mesti membayar permit di PBT di negeri Selangor.

Jadi macam mana ini boleh berlaku dalam masa yang sama Yang Berhormat Menteri membatalkan tetapi dalam masa yang sama Menteri Besar mencadangkan supaya dikenakan bayaran permit kepada pemancing ikan di negeri Selangor. Jadi mohon juga.

Page 97: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 91

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri jawab secara ringkas.

Selepas itu jawab soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Saya jawab ringkas. Saya jawab ringkas.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Apabila lesen atau permit dikeluarkan untuk

menangkap ikan oleh PBT bermakna itu ikan di kawasan sungai ataupun tasik kerana sungai, tasik adalah di bawah kerajaan negeri. Lesen yang kita keluarkan yang kita cadangkan untuk keluar dan dibatalkan tersebut ialah untuk laut. Kenapa kita batalkan, kerana kita dapati yang terlibat di dalam memancing ikan ini terdiri daripada nelayan-nelayan Zon ‘A’ iaitu nelayan miskin.

Itu sebab Kementerian Pertanian batalkan terus cadangan yang dibuat itu kerana ia akan melibatkan nelayan miskin. Kalau kita minta nelayan miskin pergi daftar dan siapa yang daftar didenda RM500. Kalau tangkap kali kedua akan dibawa ke mahkamah dan sebagainya akan menyulitkan golongan miskin. Oleh sebab itu kerajaan kita kerajaan yang prihatin kepada orang miskin... [Tepuk] Sebab itu kita tidak kenakan, sebab itu kita tarik balik. Mungkin berbeza dengan kerajaan PKR di Selangor, mungkin pemancing di Selangor yang pemancing di tasik, di sungai, orang kaya-kaya belaka jadi saya pun tidak tahu. Jadi mungkin ada sebab-sebab tertentulah.

Jadi saya terus...

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Itu ringkas itu. Jadi saya pergi kepada Yang

Berhormat Senator...

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: [Bangun]

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Ikan lagi?

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Saya hendak tanya, kita tahu oleh sebab ramai

juga nelayan-nelayan asing yang mencerobohi perairan kita dan ini menyebabkan kesukaran kepada nelayan-nelayan tempatan. Saya hendak tanya apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian?

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Pencerobohan nelayan asing memang kita

akui dan tangkapan sentiasa dilakukan dan kita bekerjasama dengan pihak APMM di dalam menguatkuasakan laut kita seperti yang untuk makluman Yang Berhormat sejak tahun 2005 kita telah mewujudkan satu autoriti penjagaan laut di bawah APMM dan kita sentiasa bekerjasama dengan APMM untuk mengawal laut kita dari diceroboh oleh nelayan asing.

Sebenarnya setiap tahun ada sahaja nelayan asing yang ditangkap oleh APMM dan kita membatalkan, kita mengambil tindakan untuk merampas bot-bot mereka dan sebagainya. Walau bagaimanapun, oleh sebab soalan itu terlalu spesifik daripada segi jumlah dan sebagainya, saya boleh beri jawapan secara spesifik melalui jawapan bertulis.

Yang Berhormat Datuk Yahaya bin Mat Ghani membangkitkan isu nelayan di Zon C2 tentang diesel. Untuk makluman Yang Berhormat, nelayan Zon C2 perlu membeli minyak subsidi pada harga RM2.20 berbanding dengan harga RM1.45 bagi Zon ‘A’, ‘B’, dan ‘C’ kerana bot C2 bot komersial yang mempunyai kelengkapan menangkap ikan berteknologi moden dan berkeupayaan menangkap ikan lebih banyak dalam bentuk kuantiti berbanding dengan hasil tangkapan dari Zon ‘A’ yang sedikit dan ia juga dianggap sebagai industri tangkapan, industri di laut.

Untuk memberikan keadilan kepada nelayan di Zon C2, insentif tangkapan telah pun dinaikkan misalnya bagi nelayan Zon ‘A’, dan ‘B’ insentif tangkapan sebanyak 10 sen bagi 1 kilo manakala nelayan ‘C’ dan C2 sebanyak 20 sen bagi sekilo. Jadi ini insentif tambahan akibat daripada kita menaikkan harga minyak tersebut.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

sebab ini ada hubung kait dengan soalan saya tempoh hari dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan. Sebenarnya kalau kita tengok perusahaan laut dalam C2 terutamanya pelbagai caj yang dikenakan oleh mereka di samping kenaikan

Page 98: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

92 DN 16.12.2014

harga minyak yang sekarang ini RM2.20 seliter dan dibenarkan sebanyak 28,000 liter sebulan saya kira.

Charges yang dikenakan termasuklah lesen tahunan. Untuk pukat tunda RM3,500. Ada penggunaan virtue juga dikenakan sebanyak RM3,190 dan ada lagi deposit lesen sebanyak RM5,000 dan pelbagailah. Apa yang membimbangkan kita hari ini, perikanan laut dalam hari ini hanya ada 1,023 buah sahaja untuk yang sedang beroperasi. Apa yang saya utarakan kebimbangan dengan kenaikan harga minyak diesel sebanyak RM2.20. Sedangkan semasa RM1.80 dahulu pun ia telah membebankan dan difahamkan pendapatannya, keuntungannya 50-50 dan ditambah pula dengan kenaikan tempoh hari tahun 2013.

Ia banyak difahamkan bahawa terutama nelayan-nelayan di Pantai Timur yang agak susah dan ada banyak gulung tikar pun tidak mampu.

Sebab yang kita fahamkan sebagaimana Yang Berhormat Dato’ Adam beritahu tadi pencerobohan nelayan asing, Vietnam contohnya mereka datang, mereka duduk di laut antarabangsa memerhati sahaja keadaan, kealpaan kita, maritim kita, APMM kita mereka terus masuk dan mereka menggunakan cara-cara macam tunda gading, lima buah sekali tunda, sepuluh buah sekali tunda. Begitu juga yang terbaru ini, mereka menggunakan jenis takul itu yang boleh mengaut semuanya dan ini sudah tentu hasilnya.

■1930

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, kalau mencelah itu

terus kepada soalan ataupun penerangan ataupun cadangan.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya

hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah yang akan diambil soal-soal untuk memberi sedikit kesenangan ataupun kepada nelayan-nelayan yang menyuarakan soal ini? Memorandum ini ada kepada saya dan saya akan serah kepada Yang Berhormat Menteri untuk dibuat kajian, bagaimana langkah-langkah yang boleh diambil ataupun sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Yang Berhormat atas simpati

Yang Berhormat kepada nelayan C2 tersebut. Nelayan C2 ini seperti saya sebutkan tadi bahawa mereka ini pemain industri. Bezanya industri mereka di laut. Dia ada dua buah industri sekarang. Industri di darat, industri di laut. Kalau di darat, pemain industri mempunyai kilang yang berharga jutaan ringgit, pemain industri di laut ini mempunyai kapal yang berjumlah, yang bernilai, berharga berjuta-juta ringgit.

Jadi, mereka mempunyai kapasiti, mempunyai kemampuan tersendiri. Di darat, kilang-kilang tidak mendapat subsidi diesel pun, langsung tidak mendapat sebarang subsidi untuk diesel. Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan ada, mereka tidak mendapat subsidi diesel. Harga dia adalah harga industri tetapi di laut, walaupun mereka industri tetapi masih mendapat subsidi diesel. Kita kurangkan subsidi tetapi kita tidak kurangkan subsidi semata-mata. Kita kurangkan subsidi dan kita ganti dengan insentif pendaratan supaya mereka tangkap ikan dan bawa balik ikan ke darat dan sebagainya kerana kita tahu banyak juga di antaranya yang tidak membawa balik ikan ke darat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, saya akan tengok memorandum yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat Datuk Senator tadi. Saya dok fikirkan cadangan saya untuk menghapuskan terus subsidi yang ada, yang tinggal sedikit ini pun akan kita hapuskan supaya players industri ini tidak kira darat dan laut, sama rata sahaja. Tidak ada subsidi kerana subsidi adalah untuk orang yang miskin. Kalau subsidi untuk orang miskin, nelayan zon ‘A’ nelayan miskin yang sepatutnya berhak mendapat sebanyak mana subsidi yang patut diterima.

Untuk seterusnya Yang Berhormat membangkitkan tentang pukat ganding. Pukat tunda dua bot ataupun pukat ganding ataupun apa jua pukat yang dikenali dengan apa nama sekali pun yang disesuaikan supaya dapat ditunda di sepanjang dasar laut dengan menggunakan dua bot jentera merupakan peralatan menangkap ikan yang dilarang penggunaannya.

Ini di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 dan Akta Perikanan 1985, seksyen 26. Jabatan Perikanan juga dalam proses

Page 99: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 93

memperkasakan program pemantauan dan pengawasan dalam zon A melalui peningkatan keupayaan anggota dan bot-bot peronda dengan enjin kuasa kuda yang lebih tinggi.

Berkenaan dengan kes tunda ganding, pada tahun 2014, sebanyak enam buah vessel telah ditangkap kerana melakukan kesalahan tunda dua buah bot. Sebanyak 47 buah vessel nelayan asing turut ditangkap sepanjang tahun 2014 kerana melakukan aktiviti

pencerobohan iaitu menangkap ikan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Ini menjawab soalan celahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Adam bin Abdul Hamid tadi.

Merujuk kepada Akta Perikanan 1985, seksyen 25A, jika vessel yang berkenaan itu adalah vessel menangkap ikan asing atau orang yang berkenaan rakyat negara asing,

denda dikenakan tidak melebihi RM1 juta setiap orang dalam hal empunyanya atau nakhoda dan RM100,000 dalam hal tiap-tiap anggota krewnya. Saya juga seperti yang saya maklumkan telah mengumumkan vessel pukat tunda di zon ‘B’ akan diharamkan mulai 1 Januari 2016 dan vessel C2 tidak terlibat. Ini Datuk Abas ya, C2 tak terlibat.

Pada masa ini terdapat sebanyak 4,025 buah vessel pukat tunda zon ‘B’ yang berdaftar di seluruh negara yang melibatkan sejumlah 13,981 orang nelayan. Perkara ini perlu dilaksanakan kerana kebanyakan vessel pukat tunda zon ‘B’ ini telah didapati sering melakukan pencerobohan ke kawasan nelayan tradisional zon ‘A’. Pada tahun 2014, sejumlah 113 kes pencerobohan telah direkodkan dan 74 kes adalah daripada vessel pukat tunda.

Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah binti Sulaiman membangkitkan isu mengenai negeri Sarawak dijadikan negeri jelapang padi kesembilan serta kebergantungan beras. Untuk makluman Yang Berhormat, IADA Batang Lupar merupakan salah satu daripada empat buah kawasan jelapang padi baru iaitu Pekan, Rompin dan Kota Belud. Dijangkakan dengan pengwujudan empat buah kawasan jelapang padi baru ini, pengeluaran padi dapat ditingkatkan ke arah memenuhi keperluan beras negara. Ketika ini purata hasil nasional sebanyak 3.8 tan metrik sehektar yang merupakan purata bagi keseluruhan kawasan jelapang dan luar jelapang termasuk di Sabah dan Sarawak. Purata hasil di kawasan jelapang secara khususnya adalah antara lima tan metrik sehektar. Menjelang tahun 2020, purata hasil pengeluaran padi dijangka dapat ditingkatkan kepada enam tan metrik sehektar.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah membangkitkan mengenai program bumi hijau. Untuk makluman Yang Berhormat, program bumi hijau tidak mati. Ia masih diteruskan dan diperkasakan melalui penjenamaan semula kepada program Jom Bertani. Program Jom Bertani h merupakan program sosioekonomi yang dirancang untuk memenuhi keperluan bahan makanan rakyat Malaysia di samping untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penanaman sayur-sayuran, rempah ratus, herba dan lain-lain dengan menyasarkan 10,000 orang peserta setahun melalui peruntukan RM5 juta bagi tahun 2014.

Untuk pengetahuan Dewan, sehingga Disember 2014, seramai 10,190 orang peserta terlibat dalam program ini. Program ini melibatkan seluruh rakyat khususnya para petani, penternak dan nelayan.

Timbalan Yang di-Pertua: Masih banyak lagikah Yang Berhormat bagi dijawab

Yang Berhormat Menteri?

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Ada sikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Sikit lagi ya. teruskan.

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Sekarang muka surat 15. Saya ada separuh

lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Separuh lagi.

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Isu pengurusan tanah terbiar juga telah

disentuh oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah mengenal pasti seluas 119,273 hektar tanah terbiar milik individu yang berpotensi untuk dibangunkan dengan aktiviti pertanian.

Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud, telah menyentuh beberapa isu berkaitan dengan pemeliharaan perikanan seperti kemasukan ikan asing di

Page 100: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

94 DN 16.12.2014

sungai, pemuliharaan ikan asli dan juga salah laku menggunakan racun, letupan dan lain-lain. Untuk makluman Yang Berhormat, ikan merupakan sumber protein utama. Jabatan Perikanan menggalakkan penternak ikan mempelbagaikan spesies ternakan bagi tujuan peningkatan pengeluaran akuakultur dan menjamin bekalan makanan. Ikan keli dan tilapia yang asalnya spesies ikan asing, namun sekarang diternak secara komersial di Malaysia.

■1940

Bukan semua spesies ikan asing bermasalah. Manakala kemasukan ikan pacu adalah bagi tujuan pameran dan pembelajaran. Jabatan Perikanan boleh memberi kelulusan khas Ketua Pengarah Perikanan di bawah Peraturan-peraturan Perikanan. Selain daripada itu, Jabatan Perikanan akan menjalankan kajian import risk analysis bagi melihat

potensi risiko kemasukan ikan tersebut. Isu pemeliharaan ikan-ikan asli Jabatan Perikanan Malaysia telah dan sedang menjalankan program penyelidikan pembiakan ikan asli dan telah berjaya membiak ikan-ikan asli seperti ikan kelah, temoleh, sebarau, patin buah, kerai, lampam, tengas dan sebagainya.

Pusat-pusat perkembangan akuakultur seperti Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Banding dan Glami Lemi juga membuat pembiakan ikan asli dan melepaskan ke perairan umum seperti tasik-tasik dan empangan.

Sejak tahun 2005 hingga 2013, sejumlah 62.16 juta benih telah dilepaskan ke perairan umum di seluruh negara. Antara spesies ikan yang telah dilepaskan ialah ikan sebarau, temoleh, kelah, lampam sungai, terbul, baung, tengas, patin dan udang galah.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja. Saya

nak tahu sama ada benih ini daripada tanah kita, air kita ataupun dibawa dari luar? Sebab semalam saya bertanya kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tentang jelawat. Jelawat ini dianggap sebagai ikan Sultan, dulu di Pahang. Jelawat yang ada ini adalah berasal daripada sama ada Thailand atau Indonesia. Apakah benar begitu?

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Kebanyakan ikan asli yang kita biak ini adalah

berasal daripada ikan tempatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga ikan-ikan yang dikacukkan dengan ikan-ikan dari luar dan sebagainya. Misalnya ikan keli Afrika yang dibawa masuk ke Malaysia dikacukkan dengan ikan tempatan dan akhirnya menjadi ikan keli tempatan dan sebagainya. Akan tetapi kebanyakannya ikan sungai ikan daripada tempatan. Ikan patin, ikan terbul, ikan baung dan sebagainya ikan tempatan. Boleh rujuk pada seksyen 26, Akta Perikanan 1985, menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya dilarang. Ia terpakai di seluruh Malaysia kecuali Sabah. Antara usaha yang dilakukan untuk mengelakkan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

(i) jika vessel dilesenkan di bawah Akta Perikanan 1985, lesen-lesen akan dibatalkan dengan serta-merta; dan

(ii) poster-poster dan kempen-kempen diperluaskan bagi meluaskan pengetahuan kepada masyarakat mengenai bahaya dan juga kesan-kesannya.

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul juga telah menyentuh beberapa isu di bawah sektor agromakanan serta sistem pengairan dan juga penglibatan belia dalam pertanian serta peruntukan program penyelidikan. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam RMKe-10 bagi negeri Sabah secara amnya, projek pembangunan telah dijalankan pada tahun ini adalah menaik taraf jalan pertanian dengan peruntukan sebanyak RM500 ribu.

Bagi tahun 2015, projek yang dirancang untuk dilaksanakan pembinaan infrastruktur pengairan dan saliran di Padang Lapis, Pitas sebanyak RM4.4 juta. Saya cuba memendekkan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Isu penglibatan belia dalam pertanian. Kementerian telah mengambil langkah positif untuk menarik lebih ramai penglibatan generasi muda dalam sektor pertanian melalui

Page 101: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 95

penubuhan Unit Agropreneur Muda dan unit ini telah mempelbagaikan program dan dilaksanakan sejak ditubuhkan pada September 2013.

Antaranya yang saya ingin maklumkan bahawa sehingga ini terdapat pendaftaran sebanyak 3,244 orang peserta di bawah program Agropreneur Muda kementerian ini dan pihak kementerian menyediakan pakej-pakej untuk melibatkan golongan muda dalam pertanian ini. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul dan Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal juga menyentuh tentang isu Majlis Latihan Pertanian.

Untuk makluman, NATC ataupun Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan sedang melaksanakan sijil dan diploma kemahiran dalam bidang pertanian di 14 buah institusi latihan pertanian di seluruh Semenanjung Malaysia dan melaksanakan program iaitu Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Latihan Dual Nasional. SKM secara pengiktirafan pencapaian terdahulu, DKM secara pengiktirafan pencapaian terdahulu serta sebagai penyelaras program-program latihan pertanian di bawah jabatan dan agensi kementerian iaitu Sijil Pertanian, Sijil Veterinar serta kursus-kursus jangka pendek. Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin telah membangkitkan isu mengenai kempen jihad memerangi orang tengah.

Jihad yang disebutkan adalah dengan maksud bagi memerangi ketidakadilan yang berlaku terhadap golongan petani dan nelayan akibat manipulasi segelintir orang tengah yang mengaut keuntungan secara berlebihan.

Bagi memastikan kempen jihad ini berkesan seperti mana yang diharapkan, kementerian telah merangka kaedah terbaik dengan memendekkan lapisan atau tier

rangkaian pemasaran. Saya ingin memaklumkan untuk bajet bagi program jihad memerangi orang tengah ini sebanyak RM123.45 juta telah pun diperuntukkan dengan pecahan iaitu dana kebajikan petani sebanyak RM100 ribu dengan nikmat membeli hasil tangkapan nelayan secara terus sebanyak RM12 juta, pengambilalihan hutang nelayan oleh TEKUN sebanyak RM40 juta, menyediakan tabung pinjaman oleh Pertubuhan Nelayan Kawasan sebanyak RM34.35 juta, menambahkan pasar nelayan di seluruh Malaysia sebanyak RM11 juta, pengukuhan pasar sayuran dan buah-buahan sebanyak RM49 juta.

Mengenai Senator Dato’ Goonasakaren yang membangkitkan isu pengurusan pinjaman TEKUN bagi kaum India, saya ingin menjelaskan tiada perbezaan antara kaum India dan kaum Melayu daripada segi pinjaman TEKUN. Cuma jika ada kelewatan daripada segi pengeluaran pinjaman tersebut kerana disebabkan oleh jumlah pinjaman melebihi daripada bajet yang telah pun disediakan untuk pinjaman tersebut. Saya ada beberapa lagi yang perlu saya jawab, ada empat, lima lagi. Oleh sebab waktu telah agak singkat, jadi saya mohon kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya jawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, you cuma sebut sahaja tajuk itu, you beritahu.

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Okey. Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin

Abdullah membangkitkan isu insentif peningkatan hasil padi. Yang Berhormat Dato’ Suhaimi, insentif ini masih bukan seperti yang digembar-gemburkan. Insentif ini iaitu sebanyak RM20 juta masih lagi diteruskan bagi tahun 2015 ini. Senator Dato’ Suhaimi juga menyentuh beberapa isu berkaitan dengan MADA, berkenaan peningkatan pendapatan petani di MADA.

■1950

Trend hasil padi di MADA menunjukkan peningkatan dan beberapa perancangan telah dilakukan oleh MADA untuk meningkatkan hasil padi di dalam kawasan jelapang padi di MADA. Beberapa pembangunan sistem pengairan akan dilaksanakan dalam keseluruhan MADA dan sebagainya. Saya akan beri jawapan secara detail kepada Yang Berhormat. Datuk Hajah Rohani binti Abdullah mencadangkan agar kerajaan mewujudkan skim subsidi boat fibre dan enjin sangkut. Setakat ini belum ada cadangan untuk mengujudkan skim subsidi boat fibre dan enjin sangkut tersebut. Walau bagaimanapun, skim pinjaman bagi nelayan untuk membeli bot dan enjin sangkut ada disediakan dengan faedah yang rendah iaitu 2 peratus bagi pinjaman untuk membeli enjin dan untuk membeli bot tiada faedah dikenakan.

Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah membangkitkan isu portal mengenai agrobazar online...

Page 102: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

96 DN 16.12.2014

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak ada Yang Berhormat, boleh bagi jawapan bertulis.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Okey, kita skip. Saya akan jawab secara

bertulis dan seterusnya juga Senator Datuk Raja Ropiaah, saya tidak perlu jawab. Saya jawab secara bertulis, bukan tidak perlu jawab. Yang terakhir ialah Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad.

Tuan Yang di-Pertua: Dia ada. Dia rajin.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Rajin, saya kena jawab secara detail.

Mencadangkan supaya dijalankan penyelidikan terhadap limpahan lambakan buah-buahan bermusim. Kita akui dahulu memang banyak lambakan buah-buahan bermusim kerana masalah yang besar adalah kerana tiada tempat untuk memasarkan produk buah-buahan tersebut. Sekarang ini pihak FAMA telah mewujudkan pusat pengumpulan. Cadangan kita satu Parlimen sebuah pusat pengumpulan.

Sehingga hari ini sudah ada 176 buah pusat pengumpulan buah-buahan yang mana kita akan kumpulkan buah-buahan dari kampung-kampung tersebut. Ada dua jenis buah. Satu yang berkualiti, yang boleh kita jual buah-buahan tersebut.

Satu buah yang tiada kualiti. Yang tiada kuliti kita juga ambil untuk kita proses. Misalnya kalau buah-buahan rambutan dan sebagainya kita boleh jadikan sebagai rambutan dalam sirap dan sebagainya.

Jadi, kita akan cuba untuk membantu masyarakat luar bandar supaya buah-buahan mereka dapat kita pasarkan. Walau bagaimanapun untuk membantu buah-buahan yang tidak berkualiti ini supaya kita boleh tukarkan menjadi buah yang berkualiti. Kita mempunyai program replanting supaya pokok-pokok lama dapat digantikan dengan pokok

baru dengan klon yang baru dan sebagainya. Pihak kerajaan memberikan bantuan untuk replanting ataupun tanam semula ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, demikian sahaja...

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Sedikit sahaja penjelasan Tuan Yang di-

Pertua. Berhubung dengan MADA tadi Yang Berhormat Menteri, bersyukurlah Yang Berhormat Menteri kata menaikkan ekonomi orang-orang di kawasan MADA. Akan tetapi saya nampak MADA fail sedikit daripada segi politik di kawasan MADA. Seluruh kawasan MADA itu nampaknya 80 peratus menyokong pembangkang. Jadi, apakah agaknya peranan yang akan dimainkan oleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soal agaknya parti pembangkang kah

parti apa jangan bangkitkan dalam Dewan Yang Berhormat. Rakyat kita sama. Fikir apa yang patut. Itu sahaja yang saya fikir yang elok ditekankan.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Saya minta pemimpin tempatan buat kerja

sedikit untuk convert daripada pembangkang kepada penyokong kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang ini tidak panggil pembangkang Yang Berhormat,

minoriti.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Ya?

Tuan Yang di-Pertua: Wakil kaum minoriti. Kalau Dewan Negara minoriti. Baiklah,

Yang Berhormat sudah habis?

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jadi

sekali lagi saya bagi pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan ini dan yang terus menyokong usaha kementerian untuk meningkatkan martabat petani, nelayan dan penternak di negara kita, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat saya juga mengambil

kesempatan mewakili semua Ahli Dewan di sini mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri sendiri datang. Hendak beri maklum kepada semua Ahli Yang Berhormat, saya cakap dari dahulu lagi diharap berada dalam Dewan supaya kalau Menteri boleh datang dia akan jawab, Yang Berhormat boleh mendengar. Sekiranya Yang Berhormat tidak ada di dalam Dewan, Menteri tidak usah jawab, jawab secara bertulis kerana masa tidak mengizinkan, itu cara yang saya terpaksa buat.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini Menteri juga menjawab, baju merah hebat.

Page 103: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 97

7.55 mlm.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kena pakai merah supaya nampak gagah. Terima kasih [Ketawa]

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada 12 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian menyentuh kementerian saya dan inshaaAllah ini adalah satu yang sangat kami hargai iaitu segala pandangan, saranan, cadangan, keprihatinan dan juga teguran membina untuk membaiki lagi pelaksanaan dalam kementerian ini. Bagi tahun 2045, kementerian diperuntukkan sejumlah RM2.247 bilion dan daripada jumlah ini RM2.04 bilion adalah di bawah peruntukan mengurus manakala RM202.6 juta adalah di bawah peruntukan pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan daripada segi perbahasan-perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut.

Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin dan Yang Berhormat senator Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman telah menyentuh mengenai potensi dan keupayaan wanita untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Justeru, pelbagai inisiatif dan program disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam guna tenaga kerja termasuk membawa semula suri rumah ke pasaran pekerjaan. Antara inisiatif dan program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) program usahawan wanita;

(ii) program 1Malaysia Support for Housewives di bawah National Blue Ocean Strategy;

(iii) flexible work arrangement; dan

(iv) Program Latihan Kemahiran di setiap kawasan Parlimen

Ini termasuk juga ramai wanita yang bergiat melibatkan diri dalam perniagaan online yang memberi peluang untuk mereka menjana pendapatan sampingan sekali gus membantu mengurus keluarga.

Kementerian tidak menggariskan atau menetapkan ciri-ciri suri rumah tangga yang akan dipilih atau dibawa semula ke alam pekerjaan sebaliknya ia terpulang kepada mereka sendiri yang menunjukkan minat dan kecenderungan yang tinggi. Dalam masa yang sama penyertaan wanita dalam program-program kemahiran yang dianjurkan di bawah Kementerian turut disertai oleh wanita bandar dan juga luar bandar. Sekiranya peserta yang menerima latihan kemahiran memerlukan bantuan dana untuk mengembangkan perniagaan, permohonan ini akan disalurkan kepada agensi-agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA atau institusi kewangan yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab Yang Berhormat senator Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal, penubuhan PERWANI adalah disandarkan kepada semangat kesukarelaan. Dalam hal ini kementerian amat menggalakkan program atau aktiviti dijalankan secara kerjasama dengan menggunakan pendekatan iaitu NBOS bersama dengan syarikat korporat dan juga NGO. Dalam masa yang sama permohonan peruntukan dana PERWANI telah diangkat kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan seterusnya.

Yang Berhormat senator Dato’ Goonasakaren a/l Raman iaitu Program Pengarah Wanita yang dilaksanakan untuk memberi peluang kepada lebih ramai wanita yang berkelayakan untuk diketengahkan sebagai pengarah syarikat. Di bawah program ini peserta diberikan latihan mengikut modul iaitu pendedahan teknikal mengenai lembaga syarikat, soft skill, simulasi dalam mesyuarat lembaga, coaching secara individu dan berkumpulan serta online assessment.

■2000

Page 104: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

98 DN 16.12.2014

Jumlah wanita yang telah dilatih sehingga 1 Disember tahun ini seramai 966

orang. Daripada jumlah ini, 65 peratus bumiputera dan 35 peratus bukan bumiputera. Wanita yang ingin mengikuti program ini mestilah warganegara Malaysia, berumur 40 tahun ke atas, mempunyai ijazah atau kelayakan profesional dan mempunyai pengalaman kerja di peringkat pembuat keputusan sama ada di sektor awam atau swasta.

Yang Berhormat Senator Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman pula bertanya mengenai pelantikan Ahli Lembaga Pengarah. Kementerian tidak mempunyai kuasa dalam urusan pelantikan tersebut dalam mana-mana syarikat. Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Wanita dipantau oleh NEW iaitu agensi di bawah kementerian saya dengan kerjasama Bursa Malaysia bagi syarikat tersenarai awam atau public listed company dan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM) bagi syarikat-syarikat lain.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad, Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim dan Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan di mana bertanyakan mengenai pemantauan bimbingan dan penilaian bagi memastikan bantuan kebajikan memberi impak kepada kumpulan sasar. Ia bertujuan untuk menggalakkan para penerima bantuan hidup berdikari dan tidak terus bergantung kepada bantuan semata-mata.

Dalam hal ini, setiap bantuan kebajikan bulanan yang diluluskan adalah untuk tempoh satu tahun. Dalam tempoh tersebut, pemantauan akan dilakukan supaya individu atau ahli keluarga penerima bantuan yang produktif dapat dipulihkan untuk hidup berdikari. Program kebajikan produktif yang merupakan inisiatif inovasi sosial bagi membantu golongan keperluan khas meningkatkan tahap ekonomi. Sehubungan itu, bantuan geran pelancaran untuk kumpulan sasar memulakan perniagaan kecil dan projek mikro.

Peserta akan diberikan latihan kemahiran, bantuan peralatan, bahan mentah dan bimbingan serta dipantau secara berkala oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pemantauan laporan kemajuan akan dibuat sekurang-kurangnya enam kali di dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh tersebut, sekiranya didapati pendapatan client telah melebihi paras garis kemiskinan per kapita bantuan kewangan bulanan ditamatkan bagi menjayakan Program Exit Policy jabatan.

Kementerian prihatin dan peka terhadap keperluan kumpulan sasar. Oleh itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa mengkaji kadar bantuan yang diberikan dari semasa ke semasa supaya ia adalah relevan dengan keadaan sosioekonomi dan beberapa jenis skim bantuan telah dikaji sejak tahun 1999 hingga kini. Penyelarasan kadar bantuan kebajikan yang terkini telah diumumkan melalui pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober yang lalu. Di mana kerajaan telah meluluskan kenaikan kadar elaun pekerja cacat atau EPC daripada RM300 kepada RM350 sebulan. Manakala, bantuan OKU tidak berupaya bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan, berkuat kuasa Januari 2015. Penyelarasan ini melibatkan penambahan peruntukan berjumlah RM66 juta.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad dan Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim bertanyakan kaum wanita, khususnya ibu tunggal yang memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, bantuan berbentuk ekonomi, emosi, sosial dan pendidikan amat dititikberatkan. Pelbagai program ekonomi, kemahiran malah merangkumi perkhidmatan kaunseling disediakan.

Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim, prihatin dan memahami kesan kenaikan harga barangan terhadap golongan berpendapatan rendah, khususnya ibu tunggal dan OKU. Hingga Jun tahun 2014, seramai 61,585 orang ibu tunggal telah menerima manfaat daripada kerajaan melalui bantuan kanak-kanak iaitu sejumlah 42,719 orang. Bantuan am- 18,803 orang dan bantuan geran pelancaran seramai 63 orang dengan peruntukan kesemuanya RM75.5 juta. Manakala, untuk kesejahteraan golongan OKU hingga Jun tahun 2014, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM205.8 juta untuk memanfaatkan kepada seramai 134,985 orang OKU.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan telah bertanya mengenai kesejahteraan golongan OKU di mana komitmen berterusan yang diberikan oleh kerajaan.

Page 105: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 99

Dalam hal ini, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan

kempen pendaftaran secara berterusan bagi memastikan lebih ramai OKU mendaftar dan seterusnya dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Pada tahun ini, banyak kempen pendaftaran telah diadakan di seluruh negara mengikut zon dan kempen ini akan diteruskan bagi tahun 2015. Dari Januari tahun ini hingga Ogos, seramai 19,445 OKU berjaya didaftarkan melalui kempen-kempen berkenaan. Kementerian juga menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat berhubung saranan supaya pindaan terhadap Akta Orang Kurang Upaya 2008 dilaksanakan. Antaranya bagi memasukkan aspek punitif terhadap sebarang pelanggaran hak yang termaktub dalam akta tersebut serta meneliti semula komposisi keanggotaan Majlis Kebangsaan bagi OKU.

Usaha-usaha ke arah mengkaji keperluan pindaan akta, terutamanya berkenaan punitif akan dimulakan dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan atau stakeholders, termasuk NGO yang mewakili kepentingan OKU dan juga individu OKU.

Menyentuh tentang cadangan untuk menambahkan kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi OKU, berdasarkan seksyen 7(1), Akta OKU 2008, Majlis berkenaan perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Pada masa ini, pihak kementerian mendapati bilangan kekerapan mesyuarat tersebut adalah memadai dan tidak berhasrat untuk membuat sebarang pindaan.

Walau bagaimanapun, kementerian sangat menggalakkan setiap jawatankuasa kecil iaitu ada enam di bawah Majlis Kebangsaan bagi OKU untuk mengadakan mesyuarat dengan lebih kerap lagi jika ada keperluan dan tidak perlu kita menunggu mesyuarat majlis. Berkaitan dengan syor supaya hanya bidang-bidang yang berkenaan dengan bantuan sahaja dikekalkan di bawah JKM dan selainnya diletakkan di sebuah jabatan untuk menguruskan hal ehwal OKU. Buat masa ini, struktur yang tersedia ada memadai untuk menjaga kesejahteraan orang kurang upaya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Draf Laporan Negara terhadap Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya telah disediakan berdasarkan input yang diperoleh daripada kementerian dan agensi pelaksana yang berkenaan. Draf Laporan Negara tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada tahun 2015 dan seterusnya dikemukakan pada Jabatan Peguam Negara untuk semakan sebelum diangkat untuk persetujuan kerajaan bagi membolehkan ia dikemukakan kepada Jawatankuasa Mengenai Hak OKU di Peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

■2010

Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyambut baik saranan agar petugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) diambil sebagai kakitangan tetap dan diberi gaji minimum. Namun demikian, saranan tersebut adalah tidak selari dengan pendekatan pembangunan komuniti yang diamalkan dalam PDK. Petugas PDK dilantik secara sukarela selama tiga tahun oleh Jawatankuasa PDK dan mereka diberi bayaran elaun sebanyak RM800 sebulan menggunakan peruntukan kewangan yang disediakan oleh kerajaan setiap tahun. Saranan akan menukarkan modus operandi PDK berlandaskan kolaborasi dan menjejaskan pendekatan pembangunan komuniti.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penerangan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan...

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Mohon laluan.

Datuk Hajah Rohani binti Abdullah: Terima kasih...

Tuan Yang di-Pertua: Ada dua orang. Siapakah dahulu?

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

laluan yang diberi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma saya rakamkan ucapan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi penjelasan. Tinggal lagi, saya ingin dapat penjelasan memandangkan daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi, kail pun sudah dibagi, ikan pun kerajaan sudah bagi, apakah negara kita ini tidak boleh dikategorikan lagi sebagai negara berkebajikan? Kalau ia berada di tahap demikian, apakah status ataupun kedudukan negara kita ini di mata antarabangsa? Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 106: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

100 DN 16.12.2014

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat ada bangkitkan dahulu

dalam ucapan Yang Berhormatkah?

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Ada, ada.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey, teruskan.

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Oleh

sebab itu tadi saya sebutkan mengenai produktif welfare. Setiap bantuan yang kita berikan, kita memberi masa tempoh dua tahun sebagai exit policy. Kita akan nilai semula setiap tahun. Sebabnya Yang Berhormat, kita tidak mahu kebergantungan terhadap bantuan itu semata-mata. Oleh sebab itu tadi Yang Berhormat, betullah Yang Berhormat kata kita beri segala-gala untuk memastikan bahawa mereka dapat berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bergantung semata-mata. Yang Berhormat, kami pun memang sangat risau mengenai negara berkebajikan.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat.

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim: Okey, terima kasih. Satu lagi Tuan

Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, apakah dia Yang Berhormat?

Datuk Hajah Rohani binti Abdullah: Saya sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sedikit sahaja.

Datuk Hajah Rohani binti Abdullah: Merujuk kepada perbahasan saya yang

lepas, saya hendak tanya berkaitan status 1AZAM. Terima kasih.

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, 1AZAM ini memang, inshaaAllah, kita akan teruskan hingga tahun 2015 seperti

yang ada dalam bajet. Ini satu usaha kita juga untuk tidak bergantung semata-mata kepada bantuan kebajikan. Mereka ini bagi tahun ini, tahun 2014, dan inshaaAllah, tahun 2015, kami telah dimaklumkan untuk menggunakan senarai dalam e-Kasih. Ini kerana kita pun hendak ‘membersihkan’ nama-nama dalam e-Kasih supaya mereka dapat bergantung atas usaha sendiri dengan satu pendapatan yang melebihi garis kemiskinan. Jadi Yang Berhormat, ia diteruskan, alhamdulillah, tetapi kaedahnya kita mengguna senarai e-Kasih dahulu. Selepas itu, sudah habis dalam e-Kasih itu, inshaaAllah, kita pantau dan mereka dapat berdiri di atas kaki sendiri, kita ada satu program Yang Berhormat, dinamakan iaitu Beyond 1AZAM. Kita nama Orang Putihlah sedikit, “Beyond 1AZAM”...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, cukuplah itu.

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim: Okey, terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan inshaaAllah, kita akan memberi yang

terbaik khasnya kepada semua kumpulan sasar kita dalam kementerian. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Baru ini dalam perbahasan baru ini saya ada bertanya

kepada pihak kementerian, selain daripada pihak kementerian memberi bantuan kepada orang-orang tertentu tadi sebagaimana diterangkan, ada lagi pihak lain seperti Majlis Agama Islam umpamanya menyalurkan bantuan. Saya mahu tahu adakah penyelarasan dibuat antara kementerian dengan pihak-pihak lain tadi supaya bantuan itu dapat diselaraskan. Ini kerana saya dapati ada setengah-setengah kalangan yang menerima itu dapat dua. Jadi kalau dua itu baguslah bagi saya tetapi sebahagian orang dapat, sebahagian tidak. Itu saya hendak- kalau tidak boleh, kalau kesuntukan masa pun tidak apalah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, boleh jawab Yang Berhormat?

Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat

Senator. Memang kita sentiasa menyelaraskan melalui senarai-senarai yang menerima tetapi ada jugalah Yang Berhormat ada yang terlepas itu. Jadi, itu mungkin kita namakan rezeki dialah. Terima kasih. Akan tetapi, inshaaAllah, Yang Berhormat, memang kita selaraskan bersama. Terima kasih.

Page 107: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 101

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih. Yang Berhormat semua, saya ingin

mengetahui kementerian yang belum ini, adakah semua Menteri atau Timbalan Menteri ada di Dewan ini? Semuanya adakah? Saya hendak tentukan. Kalau sekiranya ada dan Yang Berhormat semua bersedia kita teruskan sampai habis, kita kena sambung. Ada sanggup? Okey. Kalau begitu, kementerian semua ada? Kalau ada, saya akan buat...

Sekarang saya mempersilakan Kementerian Kerja Raya.

8.16 mlm.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rahshid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada seramai 14 orang Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 yang melibatkan tugas dan bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.

Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat; Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid; Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader; Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin; Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya, Yang Berhormat Senator Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg; Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad; Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus; Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin; Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit; Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed; Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif; dan Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal.

Segala cadangan, pandangan dan teguran oleh Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberikan perhatian sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga akan ambil pendekatan hanya Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir yang akan saya jawab.

Sebelum saya menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu untuk memaklumkan secara ringkas mengenai peruntukan Bajet 2015 yang bakal diterima oleh Kementerian Kerja Raya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya akan menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM5.95 bilion pada tahun 2015. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.11 bilion diperuntukkan di bawah Maksud Butiran B.27 untuk Mengurus dan baki sebanyak RM3.84 bilion lagi di bawah Maksud Butiran P.27 Pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pembinaan negara ini dijangka akan terus kekal sebagai sektor ekonomi utama yang mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun hadapan. Sektor pembinaan dijangka akan terus mengekalkan trend pertumbuhan dua digit sebagaimana tahun-tahun sebelum ini iaitu diunjurkan 10.7 peratus pada tahun 2015 dengan anggaran nilai keseluruhan pembinaan projek yang terlibat ialah sebanyak RM136 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, kerancakan sektor ini disumbangkan menerusi pelaksanaan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perkongsian Awam Swasta (PPP) dan Pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah. Ini termasuk juga pelaksanaan lapan projek infrastruktur utama yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2015 tempoh hari iaitu merangkumi lima pembinaan projek lebuh raya yang baru dan juga tiga projek rel kereta api. Di samping itu, sektor pembinaan juga menerima manfaat daripada kepesatan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau RAPID di Pengerang, Johor dan pelbagai projek pembangunan lain yang dilaksanakan oleh pihak swasta.

Page 108: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

102 DN 16.12.2014

■2020

Tuan Yang di-Pertua, untuk memudahkan kefahaman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan membahagikan jawapan penggulungan ini kepada pecahan topik seperti berikut. Pertama, Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia. Ahli Yang Berhormat Senator Dato' Adam bin Abdul Hamid dan Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Johari bin Mat telah membangkitkan cadangan supaya kerajaan menaik taraf jalan persekutuan sedia ada di sebelah bahagian Pantai Timur Semenanjung iaitu dari timur negeri Johor melalui Pengerang ke Desaru ke Mersing ke Kuala Rompin ke Pekan ke Kuantan dan seterusnya memasuki negeri Terengganu dan berakhir hingga ke Pengkalan Kubor di negeri Kelantan.

Umumnya, cadangan pembinaan jalan raya dan lebuh raya di negara ini dibuat berasaskan kepada strategi yang digariskan oleh Laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau lebih dikenali sebagai HNDP. Laporan HNDP fasa 1 untuk Semenanjung Malaysia telah diterbitkan pada tahun 2008 di mana ia telah mengenal pasti cadangan projek-projek baru dan naik taraf jalan yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat hingga tahun 2020.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, projek membina jalan baru empat buah lorong dua hala dari Jalan Persekutuan 92 (FT92) ke Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut (PULAREK) Kota Tinggi dan Jalan Persekutuan 3 (FT03) di negeri Johor atau dikenali sebagai jalan pesisir pantai di timur Johor sememangnya telah termasuk dalam perancangan kerajaan. Pada masa kini, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM274 juta untuk projek membina jalan baru empat buah lorong dua hala dari FT92 ke PULAREK Kota Tinggi sepanjang 15 kilometer. Laluan baru ini juga merupakan jalan utama untuk ke Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC). Pembinaan projek ini telah bermula pada bulan Mac 2014 yang lalu dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perancangan untuk menaik taraf Jalan Persekutuan FT03 pula iaitu melibatkan jajaran Kota Tinggi ke Mersing ke Kuala Rompin ke Pekan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan laporan HNDP, laluan tersebut sememangnya telah dicadangkan untuk dinaiktarafkan kepada jalan empat buah lorong dua hala. Namun demikian pada masa kini, aliran trafik di laluan berkenaan masih lagi rendah iaitu dianggarkan kurang 10,000 buah kenderaan sehari. Sehubungan itu, laluan ini dicadangkan untuk dinaiktarafkan kepada laluan empat buah lorong dua hala apabila trafik telah mencapai kapasiti melebihi 22,500 buah kenderaan sehari.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu, sebagai alternatif kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh telah meluluskan projek menaik taraf Jalan Persekutuan 12 (FT12) melibatkan laluan Segamat ke Gambang ke Kuantan yang akan dilaksanakan secara berfasa. Keseluruhan projek ini melibatkan kos sebanyak RM2.3 bilion. Untuk permulaan, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM340 juta bagi melaksanakan fasa menaik taraf dari Gambang ke persimpangan Chini sepanjang 47 kilometer. Pembinaan fasa ini dijangka akan dimulakan pada 2015 iaitu sebaik sahaja proses reka bentuk terperinci projek berkenaan dapat disiapkan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi laluan di bahagian negeri Terengganu pula iaitu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, inshaaAllah ia dijangka akan siap dan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas pada 31 Disember tahun ini. Manakala cadangan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 di negeri Kelantan (LPT3) pula ia masih sedang dalam pertimbangan pihak kerajaan. LPT3 ini Yang Berhormat, bermula di daerah Kuala Terengganu melalui Setiu, Besut dan seterusnya memasuki negeri Kelantan.

Kajian kemungkinan awal projek LPT3 telah disiapkan pada tahun 2009 di mana ia telah mengenal pasti cadangan jajaran laluan terlibat iaitu dari Kampung Gemuruh Kuala Terengganu hingga ke Pengkalan Kubor Kelantan sepanjang 147 kilometer. Projek ini Ahli-ahli Yang Berhormat, berpotensi untuk dilaksanakan secara penswastaan dan akan dipertimbangkan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas kelak.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, beliau tidak ada di Dewan pada hari ini, jadi saya akan jawabnya secara bertulis.

Ahli Yang Berhormat Senator Dato' Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif telah mencadangkan supaya kerajaan membina lebuh raya yang baru menghubungkan timur Negeri Sembilan dan Pahang iaitu melalui Seremban ke Kuala Pilah ke Jempol ke Bera dan seterusnya ke Temerloh.

Page 109: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 103

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini pengguna dari timur Negeri

Sembilan yang ingin ke Pahang tanpa memasuki Lembah Klang masih boleh menggunakan jalan persekutuan yang sedia ada iaitu Jalan Persekutuan FT09 dari Bahau ke Karak melalui Batu Kikir ke Simpang Pelangai ke Manchis dan seterusnya ke Bentong sepanjang hampir 100 kilometer. Jalan Persekutuan FT09 tersebut sememangnya termasuk dalam perancangan kerajaan untuk dinaiktaraf iaitu melibatkan laluan Jalan Persekutuan Central Spine dari Simpang Pelangai Bentong sehinggalah ke Kuala Krai Kelantan.

Projek ini sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat Yang Berhormat, bermula daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh dan akan bersambung ke Rancangan Malaysia Kesebelas. Kos keseluruhan bagi membina dan menaik taraf Jalan Central Spine ini adalah sebanyak RM6.6 bilion iaitu melibatkan jajaran Bentong ke Kuala Krai sepanjang 390 kilometer. Setakat ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion untuk membiayai pelaksanaan fasa-fasa yang telah diluluskan bagi projek ini iaitu sebahagian daripada pakej tiga di kawasan Kuala Lipis.

Tuan Yang di-Pertua, di samping Jalan Persekutuan 9 (FT09), pengguna dari Negeri Sembilan yang berhasrat ke Pahang juga boleh menggunakan laluan alternatif lain iaitu Jalan Persekutuan 10 (FT10) melalui Bahau ke Serting ke Kemayan ke Triang seterusnya ke Bera atau Jalan Persekutuan 11 (FT11) yang menghubungkan Bahau ke Keratong ke Bandar Tun Abdul Razak dan seterusnya ke Muadzam Shah sepanjang hampir 100 kilometer. Trafik di kedua-dua laluan dua buah lorong dua hala ini masih lagi rendah dengan tahap pemanduan yang selesa. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, untuk perancangan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, kementerian akan memohon pertimbangan daripada agensi pusat untuk melaksanakan cadangan membina dan menaik taraf di kawasan timur Negeri Sembilan ke Pantai Timur.

Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan baru dan menaik taraf jalan sedia ada dari Tanjung Ipoh ke UiTM seterusnya ke Serting Tengah dan terus ke Bandar Seri Jempol ke Ayer Hitam dan ke Kemayan Pahang sepanjang 60 kilometer dengan anggaran kos sebanyak RM320 juta. Pelaksanaan projek ini masih tertakluk kepada kelulusan daripada agensi pusat di mana senarai kelulusan akhir projek Rancangan Malaysia Kesebelas dijangka hanya akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2015.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin pula telah membangkitkan mengenai...

Dato' Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun Yang Berhormat.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Silakan Yang Berhormat.

Dato' Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Saya mencelah sedikit. Apa

yang saya maksudkan dalam permohonan cadangan itu ialah dari Seremban ke Kuala Pilah. Kita tahu bahawa kesesakan ini berlaku saban hari. Sebenarnya jalan Yang Berhormat sebut tadi tidak sesak, memanglah kurang kereta. Jalan yang sesaknya dari Seremban ke Kuala Pilah, bottle neck daripada Pantai Timur menuju ke Seremban ke Kuala Lumpur melalui jalan ke Kuala Pilah. Ini sebenarnya yang teruk, sesak. Yang Berhormat sebut tadi memang saya akui tidak sesak. Terima kasih.

■2030

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Okey, terima kasih Yang

Berhormat, kita akan ambil maklum jajaran yang telah Yang Berhormat sebutkan tadi dan kita akan maklumkan secara bertulis mengenai perancangan kementerian untuk jajaran ini Yang Berhormat ya. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat Senator To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin telah membangkitkan mengenai cadangan menaik taraf Jalan Bukit Payong ke Kampung Rhu Rendang dan seterusnya ke Bandar Marang, Terengganu.

Page 110: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

104 DN 16.12.2014

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebahagian dari jalan penghubung spur

road dengan izin Bukit Payong telah dibina dan disiapkan pada tahun 2011 di mana ia termasuk di bawah skop Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang dilaksanakan oleh MTD Berhad.

Jalan dengan kos pembinaan sebanyak RM264 juta itu menghubungkan persimpangan Telemong di LPT2 dengan Jalan Persekutuan 14 sepanjang 16 kilometer. Manakala Jalan Kampung Rendang ke Marang yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebenarnya merujuk kepada sambungan dari persimpangan Bukit Payong, Jalan Persekutuan 14 atau FT14 ke Jalan Negeri T171 sepanjang kira-kira 11 kilometer dan seterusnya bersambung dengan Jalan Persekutuan 3 atau FT3 ke Marang sepanjang kira-kira 1.9 kilometer. Jalan Negeri T171 itu Yang Berhormat terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Terengganu.

Namun demikian perkara ini akan dipanjangkan untuk perhatian pihak kerajaan negeri manakala Jalan Persekutuan 3 ataupun FT3 Yang Berhormat dari Marang ke Kuala Terengganu pula telah pun dinaik taraf kepada laluan jalan empat buah lorong dua hala Yang Berhormat. Seterusnya saya merujuk kepada isu yang melibatkan Jalan Persekutuan di negeri Sabah dan negeri Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, isu cadangan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak telah menarik perhatian Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg, saya percaya beliau ada di Dewan...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada dalam Dewan.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat Senator Datuk

Kadzim Haji M. Yahya yang juga berada di Dewan pada hari ini. Sebagaimana pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semasa sesi pembentangan Bajet 2015 yang lalu, kerajaan Yang Berhormat telah memutuskan bahawa projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan dibina oleh pihak swasta mulai tahun 2015. Anggaran kos keseluruhan yang terlibat adalah sebanyak RM27 bilion manakala anggaran jajaran keseluruhan Lebuh Raya Pan Borneo ini sepanjang 1,663 kilometer di mana 957 kilometer melibatkan jajaran Jalan Pan Borneo di negeri Sarawak dan bakinya iaitu 706 kilometer di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini butir-butir perjanjian mengenai pemilihan syarikat swasta dan skop pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo ini sedang dirundingkan di peringkat Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta yang diurus setia kan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri ataupun UKAS, JPM. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri Sabah dan juga negeri Sarawak.

Berdasarkan perancangan perjanjian konsesi projek Lebuhraya Pan Borneo bagi negeri Sarawak dijangka akan dimuktamadkan awal tahun hadapan iaitu 2015. Manakala untuk negeri Sabah pula, ia masih sedang dalam peringkat perundingan awal. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, secara prinsipnya, pihak swasta yang bakal dilantik melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo ini akan bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membina dan menguruskan operasi serta menyelenggarakan lebuh raya untuk tempoh masa tertentu dengan menggunakan pembiayaan sendiri.

Sebagai balasan kerajaan akan membayar balik pelaburan pihak swasta berkenaan secara ansuran untuk suatu tempoh yang akan dimuktamadkan selepas keseluruhan projek ini disiapkan. Namun demikian butir-butir perjanjian termasuklah penentuan skop, jajaran, kos, tempoh masa pembinaan dan sebagainya adalah tertakluk kepada hasil rundingan antara pihak kerajaan dan syarikat pembida swasta yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin tidak ada dalam

Dewan.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Beliau tidak ada, jadi saya akan

menjawab secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat.

Page 111: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 105

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Isu yang ketiga melibatkan isu

kualiti turapan jalan raya yang dibangkitkan pertamanya oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus. Beliau juga tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada, ada dalam Dewan.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Oh beliau ada. Orangnya kecil

molek jadi tidak nampak tadi Yang Berhormat tetapi sudah nampak. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus telah membangkitkan mengenai isu kualiti turapan jalan yang tidak memuaskan di Jalan Pancur Hitam ke Pohon Batu, Labuan. Teguran Ahli Yang Berhormat ini telah dicatat dan akan diberi perhatian oleh kementerian ini. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Jalan Pancur Hitam ke Pohon Batu, Labuan ialah laluan utama yang menghubungkan bahagian utara dan selatan Pulau Labuan. Jalan tersebut Yang Berhormat sememangnya agak sesak di mana purata bilangan trafik yang menggunakan laluan tersebut dianggarkan sebanyak 20,000 buah kenderaan sehari.

Di samping itu jalan tersebut juga terlibat dengan kerja-kerja menaik taraf utiliti paip air bersaiz 450 mililiter yang terletak di bawah jalan Yang Berhormat. Ini menyebabkan jalan yang baru dibina itu terpaksa dikorek semula untuk kerja-kerja pemasangan paip.

Walaupun begitu untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya kualiti penurapan jalan yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor perlu mematuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan oleh arahan teknik jalan Jabatan Kerja Raya atau JKR. Garis panduan ini telah digubal dan disesuaikan dengan piawaian antarabangsa seperti British Standards (BS), dengan izin.

Di samping itu pihak JKR juga sentiasa melaksanakan audit kualiti terhadap kerja-kerja turapan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi. Jika terdapat sebarang ketidakpatuhan, JKR akan mengeluarkan amaran termasuklah Yang Berhormat menahan bon jaminan kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pengalihan dan pemasangan utiliti.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Johari bin Mat...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada dalam Dewan.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Telah membangkitkan mengenai

kualiti jalan raya yang mudah rosak selepas musim hujan terutama di laluan Jalan Persekutuan 8 atau FT8 (Central Spine) daripada Bentong ke Raub, seterusnya Lipis ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu. Jalan Persekutuan FT8 ini diselenggarakan oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Roadcare Malaysia Sdn. Bhd. Kementerian ini sememangnya mengambil maklum mengenai isu kualiti turapan jalan di laluan tersebut dan kemerosotan kualiti turapan Yang Berhormat disebabkan oleh faktor usia ataupun life span jalan tersebut.

Antara jenis kerosakan seperti cracks, rutting, shoving, depressions, edge cracks dan potholes, dengan izin. Kaedah rawatan yang digunakan oleh pihak konsesi penyelenggaraan untuk membaiki kerosakan itu menerusi kaedah Cold In-Place Recycling (CIPR), MILL and Pave Reconstruction, averlay dan regulate, dengan izin. Pada masa kini kerja-kerja penyelenggaraan jalan berkenaan dijalankan secara berterusan daripada semasa ke semasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM49.2 juta pada tahun 2013 dan juga 2014 bagi maksud menyelenggarakan keseluruhan Jalan Persekutuan FT8 sepanjang lebih 400 kilometer ini. Manakala pada tahun hadapan pula iaitu tahun 2015, kementerian ini dijangkakan akan membelanjakan peruntukan sebanyak RM32.4 juta bagi tujuan yang sama.

■2040

Tuan Yang di-Pertua, saya ke isu keempat iaitu melibatkan isu keselamatan jalan raya. Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader dan Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad telah membangkitkan mengenai isu keselamatan jalan raya khususnya berkaitan dengan kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Page 112: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

106 DN 16.12.2014

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya memandang

serius mengenai isu kemalangan dan kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah purata kemalangan maut melibatkan motosikal untuk tempoh tahun 2009 hingga tahun 2013 seramai 4,150 orang setiap tahun. Jumlah ini merupakan 60 peratus daripada jumlah kemalangan maut bagi semua kategori kenderaan.

Sehubungan dengan itu, pembinaan lorong khas motosikal merupakan salah satu daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di negara ini. Pembinaan lorong khas motosikal di kawasan bandar-bandar utama terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, jalan-jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala bidang kuasa kementerian ini melibatkan jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya sahaja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya pada tahun lalu iaitu tahun 2013 telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji cadangan pembinaan lorong khas motosikal. Ia antara lain telah mengenal pasti cadangan untuk membina 143 kilometer lorong khas motosikal yang baru di jalan-jalan persekutuan. Ia merupakan tambahan kepada kira-kira 50 kilometer lorong khas motosikal yang telah siap dibina di jalan persekutuan di seluruh negara.

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Cadangan...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat boleh saya buat cadangan juga Yang Berhormat? Lubang-lubang, manhole yang dikorek di tengah jalan itu pastikan diturap supaya ianya sama rata dengan ini. Kalau tidak motosikal cuba mengelak masuk bawah lori. Yang itu juga kita kena lihat.

Kemudian yang keduanya, jalan-jalan sekarang ini kebanyakan jalan-jalan kita tidak lagi melengkung seperti dahulu. Jadi kalau hujan, air akan mengalir ke tepi. Sekarang jalan raya ini saya lihat seperti lapangan tennis court, dengan izin. Seperti tennis court, jadi

bila hujan air menakung. Motosikal kah, kereta kah kalau lalu dah tentulah masuk dalam air akan skit, dengan izin. Jadi ini juga harus diberi perhatian. Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat.

Cadangan yang cukup baik. Memang sering kali kita mengingatkan syarikat konsesi yang melakukan penyelenggaraan jalan ini untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi termasuklah manhole, black spot dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat. Saya yakin pegawai sedang mencatat apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat dan kita akan ambil perhatian sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pembinaan lorong khas motosikal ini akan dibincangkan dengan pihak agensi pusat untuk pertimbangan dan juga kelulusan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu dari tahun 2016 hingga tahun 2020. Manakala untuk lorong khas motosikal di lebuh raya-lebuh raya pula, pada masa kini terdapat kira-kira 115 kilometer lorong khas motosikal di lebuh raya tertentu seperti Lebuhraya Persekutuan 2, Lebuhraya Guthrie, Lebuhraya KESAS, Lebuhraya Butterworth ke Kulim (BKE), Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang dan sebahagian dari Lebuhraya SPRINT di Kuala Lumpur.

Bagi pembinaan lebuh raya yang baru, dasar kerajaan sememangnya telah menetapkan bahawa reka bentuk lebuh raya baru perlu mengambil kira kelebaran jalan yang selamat dan memadai untuk penunggang motosikal. Sama ada menerusi pembinaan lorong yang khusus atau berkongsi laluan utama di mana bahu jalan dibina dengan kelebaran sekurang-kurangnya tiga meter. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pembinaan lorong khusus motosikal di lebuh-lebuh raya yang sedang beroperasi akan melibatkan kos yang sangat tinggi. Ini kerana ia memerlukan pengubahsuaian dibuat terhadap struktur jambatan dan persimpangan bertingkat yang telah sedia ada.

Page 113: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 107

Di samping itu, cadangan lorong khas motosikal ini memerlukan proses

pengambilan tanah dan pengalihan utiliti dibuat untuk tujuan tersebut. Terdapat juga isu kekangan rizab tanah bagi lebuh raya-lebuh raya yang dibina di kawasan bandar di mana telah sedia wujud pembangunan yang pesat di sepanjang koridor jajaran lebuh raya berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed telah membangkitkan mengenai isu keselamatan lebuh raya melibatkan kenderaan berat di lebuh raya dan bidang kuasa penguatkuasaan stesen-stesen timbang yang terdapat di lebuh raya. Sebagaimana yang kita maklum, kenderaan berat antara mod pengangkutan terpenting di negara ini. Peraturan-peraturan berkaitan pergerakan kenderaan, spesifikasi kenderaan dan muatan kenderaan juga telah diperuntukkan di bawah undang-undang negara dan dikuatkuasakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat termasuklah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Manakala stesen-stesen timbang telah dibina di beberapa buah lokasi lebuh raya di mana penguatkuasaan kenderaan berat ini terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah menetapkan perintah larangan kepada kenderaan-kenderaan berat menggunakan lebuh raya semasa musim perayaan utama iaitu Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina. Di samping itu, kementerian ini juga sedang mengkaji cadangan untuk memperluaskan perintah larangan tersebut di lebuh raya utama tertentu untuk musim perayaan yang lain termasuklah perayaan Hari Raya Aidiladha, sambutan Deepavali, Hari Wesak dan cuti-cuti panjang tertentu yang melibatkan pergerakan trafik yang tinggi dalam satu-satu masa.

Cadangan tersebut akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam tempoh masa terdekat ini.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada isu yang kelima iaitu isu kutipan tol elektronik atau ETC menerusi penggunaan kad Touch’ N Go. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal telah membangkitkan mengenai isu berkaitan sistem kutipan tol elektronik menggunakan kad Touch’ N Go. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah menetapkan sasaran tahun 2020 untuk melaksanakan dasar kutipan tol secara elektronik atau ETC sepenuhnya di semua plaza tol di lebuh raya negara ini.

Tujuan peralihan daripada transaksi tunai kepada elektronik ini ialah untuk mengurangkan masa menunggu kepada pengguna sekali gus mengurangkan masalah kesesakan trafik yang sering berlaku di plaza-plaza tol. Di samping itu, kaedah kutipan tol secara elektronik ini akan memudahkan syarikat-syarikat konsesi untuk melaksanakan program rebat ataupun diskaun tol. Ia dapat sebenarnya Yang Berhormat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pengguna lebuh raya dan pada masa kini pihak konsesi telah diarah untuk menggiatkan sesi penerangan secara menyeluruh kepada para pengguna sebelum kerajaan melaksanakan dasar ETC sepenuhnya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penggunaan sistem tunggal kad Touch’ N Go sebagai medium pembayaran tol di lebuh raya sebenarnya memberikan lebih kemudahan kepada pengguna. Ini kerana sebelum sistem kutipan tol elektronik diseragamkan pada tahun 2004, pengguna terpaksa membeli pelbagai kad pembayaran tol yang berbeza untuk lebuh raya tertentu di mana ini menimbulkan kesulitan dan juga kekeliruan di kalangan pengguna.

■2050

Sehubungan itu kerajaan telah memutuskan hanya penggunaan kad Touch ‘n Go sahaja diterima setakat ini sebagai medium tunggal pembayaran tol secara elektronik atau ETC.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga sentiasa memantau kecenderungan penggunaan ETC di semua lebuh raya menerusi penetapan indeks prestasi utama ataupun KPI kementerian ini pada setiap tahun. Pada tahun 2013 penggunaan ETC secara keseluruhan telah mencapai tahap penggunaan sekitar 59 peratus. Manakala jangkaan penggunaan ETC pada tahun ini pula ialah sebanyak 63 peratus iaitu peningkatan kira-kira 4 peratus berbanding pada tahun 2013.

Page 114: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

108 DN 16.12.2014

Pada masa kini terdapat tujuh buah plaza tol telah melaksanakan kaedah ETC

sepenuhnya iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru dan Plaza Tol Kempas dan tiga lagi plaza tol di laluan Lebuhraya LinkKedua Malaysia ke Singapura. Manakala dua lagi plaza tol iaitu Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga di Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) telah menguatkuasakan penggunaan ETC sepenuhnya pada 22 November 2014 yang lalu.

Timbalan Yang di-Pertua: Masih banyak lagikah Yang Berhormat?

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Ini bermakna tiada lagi lorong transaksi tunai dibuka pada plaza-plaza tol yang saya sebutkan tadi.

Ahli Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal pula ingin mengetahui jumlah kutipan tol keseluruhan di Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga di Lebuhraya Persekutuan 2 untuk tempoh dari tahun 2010 hingga tahun 2013. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah purata keseluruhan kutipan tol di Lebuhraya Persekutuan 2 bagi tempoh empat tahun yang terakhir ini iaitu tahun 2010 hingga tahun 2013 dianggarkan dalam lingkungan antara RM95 juta hingga RM100 juta setahun. Di mana daripada jumlah tersebut dianggarkan sebanyak RM40 juta dikutip di Plaza Tol Sungai Rasau dan RM60 juta lagi di Plaza Tol Batu Tiga.

Untuk pengetahuan atau untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun sistem kutipan tol secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya di Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga tetapi ia tidak melibatkan pemberhentian pekerja di kedua-dua plaza tol tersebut.

Manakala mengenai isu program PLUSMiles pula, setakat ini program PLUSMiles, dengan izin, termasuk pembayaran rebat kepada pengguna yang layak masih lagi diteruskan dan berjalan seperti biasa. Oleh itu adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan program ini telah diberhentikan. Untuk tempoh dari 1 September 2009 hingga 30 November 2014 jumlah rebat PLUSMiles yang telah dibayar kepada pengguna yang layak ialah sebanyak RM13 juta. Manakala jumlah rebat PLUSMiles yang tidak dituntut oleh pengguna untuk tempoh yang sama pula adalah sebanyak RM31.6 juta.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit telah membangkitkan mengenai isu rintihan oleh graduan vokasional termasuk lepasan daripada Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang didakwa sukar untuk memperoleh peluang pekerjaan daripada syarikat-syarikat gergasi yang memperoleh kontrak-kontrak utama daripada kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau CIDB melalui Akademi Binaan Malaysia (ABM) telah menjalinkan kerjasama dengan para penggiat industri pembinaan menerusi latihan amali dalam industri dengan syarikat-syarikat kontraktor utama sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan kapasiti dan kebolehpasaran pelatih binaan ABM.

Latihan amali ini juga akan memberikan pendedahan industri kepada para pelatih binaan tempatan dan seterusnya mereka dapat diserap sebagai pekerja mahir dalam track atau bidang yang berkenaan. Berdasarkan statistik dan rekod CIDB hampir kesemua pelatih ABM dapat tempat dan peluang pekerjaan dalam bidang industri pembinaan yang berkaitan. Seperti contoh graduan bidang-bidang tertentu di ABM seperti operasi kren dan kursus kimpalan mendapat permintaan yang tinggi daripada para penggiat industri pembinaan.

Sehubungan itu para graduan ABM yang sukar dan masih gagal mendapat peluang pekerjaan di luar dinasihatkan supaya menghubungi pihak pengurusan ABM yang terdekat untuk bantuan match making dengan syarikat-syarikat pembinaan yang berdaftar dengan CIDB.

Tuan Yang di-Pertua, setakat inilah penjelasan yang dapat saya berikan kepada isu yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan kementerian ini akan sudah tentu mengambil tindakan dan juga perhatian ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan. Mana-mana pertanyaan yang tidak sempat saya jawab akan diberikan perhatian dan tindakan susulan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 115: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 109

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya

tanpa melengahkan masa saya ingin mempersilakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sebelum itu saya ingin menjemput seorang Menteri untuk membukakan satu usul. Silakan Yang Berhormat Menteri.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

8.26 mlm.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) saya mohon mencadangkan bahawa tanpa menghiraukan Usul yang terdahulu, Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan dan diluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 17 Disember 2014.”

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-

ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Jawab straight to the point ya,

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

8.57 mlm.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 yang lalu. Sepanjang perbahasan terdapat lima orang rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Berhormat telah membangkitkan...

Timbalan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat itu tidak ada di dalam Dewan

sekarang tidak payah Yang Berhormat. Jawab secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah: Baik Tuan Yang di-Pertua. Telah

membangkitkan sebanyak enam isu yang akan saya jelaskan dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, isu yang pertama yang saya ingin sentuh ialah mengenai cadangan Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin.

Page 116: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

110 DN 16.12.2014

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad

ada?

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah: Yang Berhormat Senator Dato’

Khairudin bin Samad supaya diadakan Ops Bersepadu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan bersama dengan kementerian di kedai-kedai aksesori kenderaan. Untuk makluman Yang Berhormat pada ketika ini kementerian hanya mengawal penjualan tayar pneumatik kenderaan dan topi keledar motosikal agar mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Penjualan aksesori seperti tinted film, lampu hidrogen, strobe light dan lain-lain aksesori kenderaan pula tidak termasuk dalam kawalan kementerian. Walau bagaimanapun kementerian sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya mengenai persediaan ibu bapa dalam menghadapi persekolahan anak-anak tidak lama lagi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif telah mencadangkan supaya diwujudkan kedai menjual kelengkapan persekolahan dengan konsep kedai seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa.

Kementerian mengucapkan terima kasih atas cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan kedai yang khusus menjual barangan keperluan sekolah pada harga yang lebih murah. Dalam hal ini kementerian perlu membuat kajian yang mendalam sebelum melaksanakan sesebuah inisiatif bagi melihat impak dan keberkesanan program bukan sahaja kepada rakyat malah kepada peniaga yang menyertainya.

■2100

Kita sedia maklum bahawa permintaan terhadap barangan keperluan sekolah ini adalah bermusim ataupun seasonal yang mana permintaannya meningkat hanya apabila

tiba musim baru persekolahan setiap tahun. Walau bagaimanapun, kementerian mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana syarikat swasta yang berhasrat untuk mewujudkan kedai sepertimana Yang Berhormat Senator cadangkan. Mereka bolehlah hadir ke kementerian untuk kita berbincang dan kementerian sentiasa menyokong segala usaha ke arah membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Pada masa yang sama, kementerian ini sememangnya sedar akan keperluan ibu bapa yang telah melaksanakan kempen Kembali ke Sekolah ataupun Back to School sejak tahun 2011 lagi. Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan para pengusaha barangan persekolahan mengadakan jualan harga istimewa sempena musim baru persekolahan dan seterusnya membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa.

Kempen Kembali ke Sekolah pada tahun ini telah kita lancarkan secara serentak di seluruh negara pada 2 Disember 2014 yang lalu dan sebanyak 247 buah syarikat dengan jumlah 367 buah premis yang menjual kelengkapan persekolahan terlibat dalam kempen pada tahun ini. Peningkatan jumlah syarikat yang menyertai kempen pada tahun ini meningkat lebih daripada 100 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya dan menunjukkan sokongan padu daripada kalangan peniaga terhadap usaha kementerian membantu meringankan beban rakyat. Di kesempatan ini kementerian ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kempen ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga mengenai kawalan harga barang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah. Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia mengamalkan konsep ekonomi terbuka, oleh yang demikian, penentuan harga barangan yang diperdagangkan adalah berasaskan kepada permintaan dan penawaran atau kuasa pasaran. Sebarang campur tangan oleh kerajaan ke dalam pasaran secara berlebihan boleh mengganggu perkembangan ekosistem perniagaan di negara ini.

Menyedari hal ini, kerajaan telah memberi keutamaan kepada barang-barang keperluan pengguna yang utama sahaja, bagi barangan yang telah melalui proses tambah nilai seperti Yang Berhormat sebut, Teh O, MILO, Nescafe, Kopi O dan sebagainya yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tempoh hari dan peniaga diwajibkan mempamerkan tanda harga bagi membolehkan pengguna mendapat maklumat harga yang tepat.

Page 117: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 111

Dalam keadaan ini, pengguna selaku penentu kuasa pasaran haruslah memainkan

peranan mereka dengan membuat perbandingan harga dan berlaku bijak ketika berbelanja.

Pada masa yang sama, kerajaan sentiasa memantau harga barangan yang lain secara umum dan jika berlaku kenaikan harga secara mendadak, tindakan menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 boleh diambil. Pihak peniaga yang cuba mengaut keuntungan secara tidak munasabah boleh diberikan notis di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk memberi maklumat lebih lanjut dan menjalankan siasatan dan tindakan diambil berdasarkan hasil siasatan yang diperoleh oleh pihak penguat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed telah mencadangkan supaya kementerian melibatkan pihak berkuasa tempatan dalam aktiviti pemantauan dan kawalan harga barang terutamanya menjelang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak lama lagi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang telah berkuat kuasa pada 1 September 2014 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah diperuntukkan kuasa untuk melantik pegawai pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan mana-mana kuasa di bawah akta ini. Kementerian sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan perkara ini.

Menjelang dengan pelaksanaan GST, KPDNKK akan mengadakan operasi pemeriksaan dan pemantauan harga barang besar-besaran di seluruh negara termasuk penguatkuasaan bersepadu dengan agensi lain bagi menghadapi kemungkinan peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga dengan alasan GST.

Menyentuh cadangan Yang Berhormat supaya diadakan kempen pengguna bijak kepada ibu-ibu di kampung, sukacita saya memaklumkan bahawa sehingga pertengahan Disember 2014, sebanyak 1,803 program kepenggunaan telah kita laksanakan di seluruh negara. Program-program ini menyasarkan penglibatan semua golongan masyarakat tidak kira dewasa, wanita, belia ataupun kanak-kanak di bandar dan juga di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif mengenai syarikat-syarikat francais di Malaysia, iaitu McDonald’s, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan juga A&W. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini McDonald’s Malaysia mempunyai sejumlah 267 buah outlet di seluruh Malaysia. Sebanyak 197 daripada outlet tersebut dimiliki oleh francaisor sendiri, iaitu Golden Arches Sdn. Bhd. manakala baki 70 buah outlet dimiliki oleh francaisi yang terdiri daripada 11 francaisi bumiputera, dan 18 francaisi bukan bumiputera.

Walaupun ekuiti McDonald’s di Malaysia ini dimiliki sepenuhnya oleh ekuiti asing,namun kementerian sering mengingatkan kepada syarikat akan tanggungjawab untuk memberikan hak perniagaan francais kepada warganegara Malaysia sama ada francaisi bumiputera atau bukan bumiputera. Kementerian dimaklumkan oleh pihak McDonald’s Malaysia bahawa di bawah pelan perniagaan mereka menjelang tahun 2020, McDonald’s menyasarkan outlet yang dimiliki oleh mereka sendiri berbanding outlet dimiliki francaisi adalah pada kadar nisbah 50:50 iaitu 50 daripada McDonald’s dan 50 lagi daripada

francaisi, sama ada bumiputera ataupun bukan bumiputera. Kementerian akan terus memantau perkembangan perkara ini.

Berhubung dengan francais KFC di Malaysia pula, hak francais KFC dipegang oleh JCorp yang diperoleh daripada francaisor induk di Amerika Syarikat iaitu Yum! Brand Incorporated. Kementerian dimaklumkan bahawa setakat ini Yum! Brand Incorporated tidak bercadang untuk melantik mana-mana francaisi perseorangan di negara ini. Kementerian telah mencadangkan kepada JCorp supaya membuka peluang perniagaan francais KFC kepada francaisi yang berminat. Namun kementerian masih belum menerima sebarang kata putus berhubung dengan cadangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin dalam perbahasan, beliau meminta kementerian untuk menjelaskan mengenai jumlah penyelewengan diesel yang dikesan melalui Ops Titik yang dijalankan oleh kementerian.

Page 118: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

112 DN 16.12.2014

Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Titik dari

15 Mei 2014 sehingga 15 Disember 2014, kementerian telah berjaya mematahkan 541 cubaan menyeleweng bahan petroleum bersubsidi dengan rampasan bahan petroleum dianggarkan bernilai RM10.5 juta.

Melalui operasi yang dijalankan oleh pihak KPDNKK bersama pasukan petugas khas Jabatan Peguam Negara pula, sebanyak 72 cubaan menyeleweng bahan petroleum bersubsidi dengan rampasan dianggarkan bernilai RM19.7 juta telah berjaya ditumpaskan. Operasi ini telah memberi impak yang amat membanggakan di mana sehingga November 2014, kuantiti permintaan diesel yang ditanggung subsidi oleh kerajaan telah dapat dikurangkan sebanyak kira-kira 34 peratus berbanding permintaan sebelum Ops Titik dijalankan dalam tempoh enam bulan pelaksanaannya iaitu dari Mei hingga Oktober 2014 sebanyak RM1 bilion liter diesel dengan nilai subsidi dianggarkan mencecah RM426.4 juta telah berjaya dikurangkan.

Di samping itu, masalah stock out minyak diesel di stesen-stesen minyak yang

sebelum ini dilaporkan pada hampir setiap hujung bulan kini tidak lagi berlaku. Ini memberi gambaran bahawa kebocoran diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak yang disebabkan oleh aktiviti penyelewengan sudah berkurangan dan dapat dikawal dengan berkesan.

■2110

Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir iaitu berkaitan dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan petroleum yang dilaksanakan oleh kerajaan baru-baru ini. Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin telah meminta kementerian untuk menjelaskan mengenai kaedah penetapan harga petrol RON95 dan RON97. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk mengapungkan secara terkawal penetapan harga RON95 dan diesel mulai 1 Disember 2014. Langkah ini bukanlah merupakan langkah yang baru kerana ia telah dilaksanakan terhadap RON97 sejak bulan Julai 2010 lagi.

Pengapungan terkawal ataupun manage float merupakan satu kaedah penetapan harga runcit RON95 dan diesel berdasarkan kepada perubahan kos produk petroleum di pasaran dunia melalui formula automatic pricing mechanism (APM), dengan izin.

Dalam hal ini, kos produk petroleum boleh dipengaruhi oleh kadar pertukaran mata wang dan harga pro-rata harian produk petroleum di peringkat antarabangsa. Melalui pengapungan terkawal ini, pro-rata perubahan kos produk pada bulan semasa akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitulah juga jika sebaliknya berlaku. Kalau ia turun, makna kata RON95 dan diesel juga akan menurun.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada...

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah: Ya.

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Yang Berhormat Timbalan

Menteri, soalan saya tidak terjawab lagi. Soal pengapungan harga RON95 dengan RON97, kesan kepada pengusaha stesen yang terpaksa mengadakan stok minyak yang banyak. Oleh sebab daripada kesan itu mereka akan mengalami kerugian. Jadi, apakah kajian yang pihak KPDNKK buat?

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah: Terima kasih Yang Berhormat.

Memang ada soalan Yang Berhormat mengenai pertama dengan termasuk juga komisen. Yang itu akan dijawab oleh Kementerian Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan yang dapat saya perjelaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Saya percaya pandangan dan juga cadangan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membantu memperkukuhkan lagi polisi dan juga tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kementerian ini untuk kita laksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 119: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 113

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Sekarang kita beralih kepada Kementerian Sumber Manusia. Silakan Yang Berhormat.

9.13 mlm.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam

1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bagi pihak Menteri kementerian dan seluruh warga Kementerian Sumber Manusia mengucapkan...

Timbalan Yang di-Pertua: Agaknya berapa banyak soalan yang hendak dijawab?

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Kita ada 18 isu.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada 18 isu ya.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih kepada 12 orang Ahli

Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh 18 isu. Tuan Yang di-Pertua, saya akan berbahas ataupun...

Timbalan Yang di-Pertua: Secara ringkas dan precise Yang Berhormat.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Secara issue-by-issue. Pertama

ialah retrenchment fund ataupun tabung untuk jaminan kepada pekerja yang diberhentikan. Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan dan juga Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud menyentuh tentang perkara ini dan juga tentang KWSP, SOCSO dan Kumpulan Wang Amanah Pencen.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan dan Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir membangkitkan isu langkah-langkah memastikan kebajikan pekerja dan retrenchment fund, dengan izin.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sentiasa mengambil berat berkaitan dengan kebajikan pekerja mahupun awam dan swasta. Tuan Yang di-Pertua, malah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui ucapan Bajet 2015 telah mengumumkan cadangan pelaksanaan sistem insurans pekerjaan (SIP). Bagi melaksanakan sistem ini, kerajaan telah mengadakan kajian dengan kerjasama pihak Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk mengenal pasti kaedah terbaik pelaksanaan sistem insurans pekerjaan di Malaysia.

Pada masa ini, mana-mana pekerja yang diberhentikan kerja oleh majikan adalah tertakluk kepada bayaran faedah penamatan kerja di bawah Akta Kerja 1955, Peraturan-peraturan Kerja, Faedah-faedah Penamatan dan Renti Kerja Sementara 1980, Ordinan Buruh Sabah, Bab 67 dan Ordinan Buruh Sarawak, Bab 76. Di samping itu kerajaan telah mengadakan kerjasama dengan pihak Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk menjalankan kajian bagi melaksanakan sistem insurans pekerjaan.

Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia sedang memperhalus cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ILO dengan mengambil kira amalan terbaik, best practice. Pelaksanaan SIP dari negara Korea Selatan, Jepun dan Taiwan kita telah buat tinjauan Yang Berhormat. Konsep SIP Malaysia akan dibentangkan untuk kelulusan kerajaan selepas sesi perbincangan dengan stakeholders. SIP ini, insurans pekerjaan ini merupakan penambahbaikan kepada dasar dan undang-undang perburuhan sedia ada. Pengenalan SIP menggambarkan fleksibiliti dasar dan undang-undang perburuhan negara dalam menyediakan perlindungan kepada pekerja serta menyesuaikan sektor perburuhan negara dengan keadaan semasa. SIP juga berkonsepkan pasaran buruh yang aktif.

Page 120: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

114 DN 16.12.2014

Pelaksanaan sistem insurans pekerjaan (SIP) bagi melindungi pekerja yang

kehilangan pekerja ini meliputi elaun mencari pekerjaan, penempatan pekerjaan, elaun latihan. Dijangka mungkin akan diusahakan dalam tahun 2016, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang penubuhan KWSP, SOCSO dan Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, mempunyai matlamat yang berbeza di samping memberi manfaat kepada semua pekerja di seluruh negara. Secara prinsipnya, KWSP merupakan tabungan simpanan pekerja padahari tua dan terletak di bawah Kementerian Kewangan. Pencarum KWSP bukan semestinya seorang pekerja yang layak mencarum. Sementara itu SOCSO ataupun PERKESO, sebuah pertubuhan keselamatan sosial atau pertubuhan keselamatan sosial agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pencarum PERKESO yang mana ia menyediakan skim bencana pekerjaan dan skim keilatan.

Hanya pekerja yang layak sahaja wajib didaftar dan caruman tertakluk di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Sementara Kumpulan Wang Amanah Pencen kumpulan wang amanah pencen untuk kakitangan awam yang memilih skim pencen sebagai faedah persaraan. Kakitangan awam yang memilih skim pencen tidak layak mencarum di bawah KWSP dan juga PERKESO. Pada tahun 2013, Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah melaksanakan skim latihan pekerja yang dihentikan kerja bagi melatih semula pekerja yang dihentikan kerja daripada majikan dan industri yang diliputi di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad dalam kita membantu mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Isu kedua ialah tentang kajian semula Akta Kerja. Ini disuarakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sumber Manusia sentiasa membuat penambahbaikan kepada akta-akta yang berkaitan undang-undang perburuhan dan pekerja sesuai dengan keperluan dan pemakaian pada masa ini.

Untuk penambahbaikan berkenaan adalah pindaan Akta Kerja 1955, Akta 265 pada tahun 2010 dan 2012 berhubung dengan perlindungan kerja separa masa, mekanisme siasatan gangguan seksual, bayaran gaji melalui bank, kelayakan cuti bersalin kepada pekerja wanita dan had pekerja yang dilindungi oleh Akta 265 ini dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan. Ini antara pembaikan yang telah pun dibuat.

■2120

Kedua, mewujudkan akta baru pada tahun 2011 dan 2012 iaitu Akta Majlis Perundingan Gaji Negara [Akta 732] dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753].

Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, pada masa ini semua pekerja sektor swasta yang bergaji RM2,000 dan ke bawah serta pekerja manual tanpa had gaji adalah dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 tertakluk kepada terma dan syarat-syarat tertentu. Manakala bagi pekerja di Sabah dan Sarawak, mereka adalah dilindungi menerusi Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan Ordinan Buruh Sarawak, Bab 76. Penyeragaman kedua-dua ordinan buruh ini dengan Akta Kerja 1955 telah pun dibuat pada tahun 2005 yang antara lain menyeragamkan kuasa pengarah untuk mendengar dan menentukan keputusan tuntutan majikan atau pekerja, kandungan perjanjian perkhidmatan dan lain-lain lagi yang mana sebelum ini telah diperuntukkan di bawah kedua-dua ordinan berkenaan.

Selain itu, kajian semula Akta Kerja 1955 secara holistik akan dibuat untuk memastikan peruntukan akta ini sesuai dengan suasana perburuhan semasa untuk memantapkan lagi aktiviti penguatkuasaan dan mengambil kira serta disesuaikan dengan pelbagai inisiatif kerajaan yang lain seperti cadangan perwujudan sistem insurans pekerjaan, seperti yang saya sebutkan awal tadi, aspek pemudah cara perniagaan dan lain lagi. Sebarang pindaan yang dibuat pada Akta Kerja 1955 akan turut diadaptasi oleh ordinan-ordinan buruh mengikut kesesuaian untuk tujuan penyeragaman.

Berhubung dengan pindaan Akta Kerja 1955 ke atas seksyen 59 hingga seksyen 60E yang menyediakan peruntukan minimum membenarkan kajian semula ini bersifat holistik, maka keseluruhan peruntukan akta tersebut termasuk seksyen-seksyen ini akan dikaji semula untuk melihat kesesuaian tanpa menjejaskan perlindungan minimum yang sedia ada.

Page 121: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 115

Untuk kajian menyeluruh berhubung dengan pindaan-pindaan yang difikirkan wajar

dilakukan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Jawatankuasa Kerja Kajian Undang-undang Perburuhan bagi membuat semakan dan cadangan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi isu ketiga ialah National Human Resource Standard ataupun NHRS dengan izin. Perkara ini juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Syed Shahir yang ingin tahu kriteria kerangka piawaian NHRS ini, bilakah akan dilaksanakan dan apakah usaha untuk menterjemahkannya?

Untuk makluman Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, inisiatif kerangka National Human Resource Standard (NHRS) ini dengan izin, oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad bermula sejak Februari 2014. Usaha ini dimulakan dengan penubuhan satu Jawatankuasa PEMANDU yang dianggotai oleh wakil dari PSMB, Kementerian Sumber Manusia, ILMIA, Talent Corp, Akademia dan pihak industri sendiri. Bagi mendapatkan input dan pandangan mengenai draf piawaian tersebut, PSMB telah menganjurkan siri perbincangan dan pembentangan sebanyak 28 kumpulan yang melibatkan 1,100 orang pengamal sumber manusia dari industri, akademia, persatuan dan mereka yang berminat di bidang sumber manusia.

Merujuk kepada perkembangan terkini pula, dokumen piawaian tersebut telah siap dirangka, dibentangkan kepada Bahagian Dasar, Kementerian Sumber Manusia dan dilancarkan sebagai National HR Standards semasa majlis HRDF Conference and Exhibition 2014 @ Borneo, dengan izin, pada 4 November yang lepas. Bagi meneruskan inisiatif ini, PSMB bercadang untuk mengedarkan dokumen NHRS tersebut kepada semua pihak dalam website kita yang boleh didownload melalui www.hrdf.com.my dan

www.nhrc.com.my dalam masa yang terdekat.

Dari masa ke semasa, piawaian ini akan diperhalusi serta diperkasakan lagi dengan kerjasama daripada para pengamal HR dan industri. Manakala untuk perancangan jangka masa panjang pula, PSMB berhasrat untuk menubuhkan sebuah badan khas pada tahun 2015 yang berperanan untuk mentadbir pelaksanaan piawaian ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi isu keempat ialah caruman PERKESO yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan – ada Yang Berhormat Tuan Haji Shukor? Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Rohani binti Abdullah? Ada. Jadi oleh sebab seorang ada Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa juga menjawab.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan dan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Rohani binti Abdullah telah membangkitkan caruman PERKESO.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini, PERKESO telah pun melindungi kakitangan awam bergaji RM3,000 dan ke bawah yang bertaraf kontrak. Dulu kita tidak buat. Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat ialah untuk diletakkan di bawah PERKESO. Kita telah letakkan mereka yang kakitangan awam yang bergaji RM3,000 dan ke bawah yang bertaraf kontrak dan sementara yang telah pun kita laksanakan mulai 1 Jun 2013 di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Manakala bagi kakitangan awam yang berstatus tetap dan berpencen, mereka ini dilindungi di bawah Skim Pencen Perkhidmatan Awam dan Skim Ex-gratia.

Tuan Yang di-Pertua, PERKESO bertanggungjawab secara berkanun menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Tanggungjawab tersebut memastikan bahawa pekerja yang layak, dilindungi di bawah akta ini. PERKESO komited meneruskan aktiviti penguatkuasaan seperti:

(i) menambah bilangan anggota penguat kuasa seramai 100 orang lagi bagi tujuan lawatan ke premis majikan;

(ii) mengadakan operasi pengesanan majikan yang layak tetapi belum mendaftar dan mencarum pekerja mereka;

(iii) mempergiatkan penerangan dan kefahaman berkaitan

tanggungjawab majikan serta hak-hak yang dilindungi oleh PERKESO ke atas pekerja; dan

Page 122: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

116 DN 16.12.2014

(iv) menerima dan menyiasat aduan yang dilaporkan oleh pekerja yang dinafikan hak mereka.

Untuk makluman, di bawah seksyen 94 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ini, seseorang yang didakwa dan disabitkan kesalahan oleh mahkamah di bawah keengganan untuk mendaftarkan pekerja mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan didenda sebanyak RM10,000 ataupun kedua-duanya sekali.

Tuan Yang di-Pertua, isu kelima ialah pekerjaan untuk orang kurang upaya (OKU) dan orang kelainan upaya yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Bathmavati a/p Krishnan. Yang Berhormat Senator membangkitkan isu pekerjaan untuk orang kurang upaya.

Untuk makluman Dewan dan Yang Berhormat Senator, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja komited untuk membantu pencari-pencari kerja daripada golongan orang kurang upaya mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemampuan melalui aktiviti yang dirancang oleh Jabatan Tenaga Kerja melalui sistem penempatan secara online dan manual. Kementerian Sumber Manusia mempunyai rakan rapat yang cukup mesra dengan Kementerian Wanita dalam kita menangani isu pekerja kurang upaya ini seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri...

Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan ya.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Ya, sila.

Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan: Apa yang saya tanya dalam perbahasan

saya ialah latihan bagi petugas-petugas di PDK untuk Kementerian Sumber Manusia merangka satu latihan supaya petugas-petugas ini boleh dilatih dan tugas mereka diiktiraf dan diberi gaji minimum RM900.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat. InshaaAllah, itu pandangan yang cukup dan kita akan buat penyelarasan dengan Kementerian Wanita kerana PDK ini adalah di bawah Kementerian Wanita dan kita berikan perhatian dalam perkara ini, inshaaAllah.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, dalam tahun 2000 sehingga Disember 2014, Jabatan Tenaga Kerja telah berjaya membuat penempatan pekerjaan sebanyak 7,268 orang ataupun 67.48 peratus orang OKU daripada 10,771 orang pendaftar OKU yang ingin mencari pekerjaan. Daripada 10,000, kita telah memberikan pekerjaan kepada mereka seramai 7,268.

■2130

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, terdapat beberapa program dan aktiviti yang dijalankan untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerja bagi OKU yang telah dirancang oleh Kementerian Sumber Manusia. Program dan aktiviti berkenaan adalah seperti berikut. Mungkin Yang Berhormat Senator, mungkin kita boleh masukkan cadangan Yang Berhormat tadi bagi mereka yang bertugas di PDK ini:

(i) penganjuran program penempatan pekerja khas kepada OKU bagi memudahkan pihak majikan berjumpa dan melaksanakan temu duga terbuka kepada OKU yang hadir;

(ii) menganjurkan seminar sokongan pekerjaan OKU dan memberi pendedahan kepada para majikan berkaitan kelebihan menggaji OKU;

(iii) kursus sokongan pekerjaan kepada majikan sektor swasta bagi memberi pendedahan berkenaan tindakan yang perlu dimainkan sekiranya menggaji OKU sebagai pekerja mereka;

(iv) lawatan promosi juga diadakan ke tempat-tempat pekerjaan untuk menggalakkan majikan menggaji atau mengambil OKU sebagai pekerja;

Page 123: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 117

(v) menawarkan Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang

Upaya di bawah SBGP-OKU. Skim bantuan tersebut merupakan geran kepada usahawan OKU yang ingin mengembangkan lagi bidang perniagaan mereka dan mereka akhirnya mengambil pekerja-pekerja juga terdiri daripada orang OKU; dan

(vi) Skim Bantuan Latihan di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad. KSM juga menawarkan kepada mereka bantuan kewangan ke atas yuran yang dibelanjakan bagi mendapatkan khidmat sokongan job coach, dengan izin, untuk membantu

pekerja OKU di tempat pekerjaan dan para majikan juga layak kepada geran latihan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad bagi yuran yang dibelanjakan dalam penyertaan mereka dalam program-program tentang kursus yang saya sebutkan tadi kepada OKU.

Tuan Yang di-Pertua, bagi isu yang berikutnya yang keenam ialah pengangguran graduan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon, membangkitkan isu graduan menganggur.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) komited...

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Ya, sila.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan. Saya ingin mengutarakan mengenai dengan pengambilan pekerja-pekerja di sektor oil and gas di Labuan. Saya masih tidak

puas hati dan tidak adil. Saya minta supaya Menteri Sumber Manusia campur tangan kerana masih ramai budak-budak kita yang menganggur walaupun mereka ini they are graduated actually.

Jadi kalau boleh panel mungkin penemu duga dan sebagainya daripada pihak Kementerian Sumber Manusia ataupun antaranya dari pihak pekerja tempatan. Mereka pemain oil and gas tidak memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan atau budak-budak tempatan. Terima kasih.

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus dari Labuan. Saya tidak pasti Tuan Yang di-Pertua, mungkin persoalan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus pekerja-pekerja ini mungkin diambil dari luar Labuan tetapi mungkin orang tempatan, tetapi di luar Pulau Labuan ataupun pekerja dari luar negara yang lain. Mungkin dua-dua isu ini kita boleh bawa sekali.

Saya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Senator, saya bersetuju hari ini kita berdepan dengan isu pekerja asing yang cukup membimbangkan kita. Jadi saya ingat mungkin cadangan ini akan kita bawa kepada kementerian saya, bagaimana supaya satu pendekatan baru boleh kita cari supaya pengisian jawatan-jawatan yang boleh diisi oleh pekerja-pekerja tempatan sama ada di Semenanjung, Sabah, Sarawak, Labuan dan sebagainya dan dalam konteks ini kita adalah Malaysia. Orang Malaysia tidak kiralah, mungkin orang Semenanjung boleh pergi Sabah dan sebagainya tetapi yang kita hendak pastikan jangan pekerja asing diutamakan. Pekerja luar diutamakan sedangkan pekerja tempatan yang mempunyai qualification, dengan izin, boleh kita ambil termasuk dalam oil and gas ini.

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Mohon mencelah. Maksud saya Tuan Yang di-

Pertua ialah pekerja khas dari Pulau Labuan. Terima kasih.

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Yang Berhormat Datuk Senator, jadi saya akan bawa Yang Berhormat, inshaaAllah.

Page 124: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

118 DN 16.12.2014

Berbalik kepada isu yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’

Lim Nget Yoon tadi. Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja komited untuk membantu pencari-pencari kerja untuk mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemampuan melalui aktiviti yang telah dirancang oleh JTK. Sehingga 3 Disember 2014 melalui 12 aktiviti Program Penempatan Pekerjaan (3P), JTK telah berjaya membuat penempatan pekerjaan seramai 54,857 orang siswazah ataupun 21.4 peratus daripada seluruh keseluruhan penempatan pekerjaan yang berjaya dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang sebab-sebab mungkin pengangguran graduan ini berlaku. Sebenarnya kita melihat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya pengangguran ini yang mungkin boleh saya sebutkan:

(i) graduan tidak mahu lagi bekerja selepas mereka graduated;

(ii) mungkin mereka berasa selesa berada di dalam keluarga;

(iii) mungkin sebahagian daripada mereka juga mungkin memilih pekerjaan;

(iv) mereka yang menyambung pelajaran walaupun sepatutnya sudah termasuk dalam bidang pekerjaan tetapi masih tidak bekerja, dikategorikan sebagai penganggur;

(v) mencari pekerjaan yang lebih baik dan suka tukar kerja antaranya; dan

(vi) masalah komunikasi dan keyakinan diri ataupun pengalaman yang belum ada.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketujuh ialah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohamad Yit, mencadangkan Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia perlu bertindak segera untuk membuat perancangan teliti skim latihan apparentice dan mathcing placement, dengan izin, bagi semua graduan.

Untuk makluman Dewan dan Yang Berhormat Senator, salah satu program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad adalah bagi tujuan matching placement dengan izin, ataupun menyesuaikan penempatan pekerja dengan pekerja antara lepasan PMR, SPM, pelajar tercicir dan majikan melalui skim perantisan. Skim ini dilaksanakan bertujuan melengkapkan pelatih dengan kemahiran khusus bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir di sektor pembuatan dan perkhidmatan. Latihan berasaskan well training system, dengan izin, ini mengambil masa antara 6 hingga 30 bulan bergantung kepada program latihan. Memandangkan skim ini melibatkan tajaan majikan, matching placement, dengan izin, atau

penawaran pekerjaan pada pelatih yang tamat di bawah skim ini 80 peratus.

Daripada segi graduan pula, PSMB telah melancarkan Future Workers Training Scheme (FWT), dengan izin, bagi membolehkan majikan berdaftar dengan PSMB dan juga persatuan majikan mendapatkan bantuan kewangan apabila melatih graduan menganggur dengan kemahiran berkaitan operasi syarikat mereka sebelum ditawarkan pekerjaan sebagai pekerja tetap. Latihan dijalankan di premis majikan oleh pengajar dalaman ataupun pengajar luar menggunakan modul spesifik yang dibangunkan oleh majikan tersebut selaras dengan operasi harian syarikat. Skim ini mensyaratkan majikan yang ingin mendapatkan bantuan kewangan daripada PSMB mengemukakan maklumat keperluan tenaga kerja dan waktu wajib menyerapkan pelatih tersebut selepas tamat latihan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, yang kelapan ialah latihan kemahiran pengasuh kanak-kanak yang disuarakan, ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan yang meminta Bahagian standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun National Occupational Skills Standard, dengan izin, untuk merangka kursus khas untuk diberi latihan yang bertahap supaya petugas di KEMAS dapat latihan dan pengalaman untuk mengajarkan kanak-kanak.

Sebelum saya memberikan sedikit jawapan, untuk makluman Yang Berhormat Senator, petugas...

Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan: Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana jawab. Bukan KEMAS tetapi PDK, pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

Page 125: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 119

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Tadi pun saya sudah jawab sedikit

tentang PDK. Jadi dalam rekod yang disediakan oleh pegawai kita, dia tulis KEMAS.

■2140

KEMAS ini sebenarnya di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah juga telah membangkitkan isu latihan kemahiran. Suka kita maklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK telah membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Dalam subsektor penjagaan kanak-kanak bermula tahap tiga hingga tahap lima yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kementerian Wanita.

Sebenarnya kita ada NOSS, kita ada standard yang telah pun kita buat dalam penjagaan kanak-kanak ataupun child care ini, dengan izin. Dengan kerjasama tersebut pelatih yang keluar daripada institusi latihan kemahiran memenuhi keperluan dan standard yang dikehendaki oleh industri. Selain daripada itu juga, sepanjang menjalani latihan kemahiran juga diterapkan dengan elemen co-ability, dengan izin, dengan merangkumi cara komunikasi di tempat kerja, hubungan kerjasama, pengurusan dan perancangan kerja, pengurusan sumber dan bekerja dengan bersistem sebagai salah satu modul asas sebelum menamatkan latihan. Terima kasih Yang Berhormat Senator yang bertanya.

Saya pergi kepada Tuan Yang di-Pertua ialah perkara kesembilan, latihan kemahiran yang dikemukakan oleh Yang Berhormat senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah meminta supaya- Datuk Roopiah ada? Tidak ada. Saya ingat Tuan Yang di-Pertua tidak payah jawab, saya jawab bertulis.

Saya pergi kepada yang ke-10 iaitu pekerja wanita yang disuarakan oleh Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun oh ada. Ingin tahu strategi untuk meningkatkan bilangan penyertaan tenaga kerja wanita melalui program 1Malaysia Support For Housewives dan program Woman Carrier Comeback, dengan izin. Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah

Zaitun binti Haji Mat Amin dan Yang Berhormat Senator Dato’ Roslin juga menyuarakan perkara yang sama telah membangkitkan isu pekerjaan untuk wanita ini. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja JTK komited untuk membangunkan golongan suri rumah untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemampuan mereka.

Melalui Portal JobsMalaysia dari awal tahun ini sehingga 31 Oktober 2014, JTK telah berjaya membuat sebanyak 11,581 pendaftaran suri rumah untuk mencari pekerjaan. Saya Tuan Yang di-Pertua saya ingat jawapan yang diberi oleh kementerian ini harus Ahli-ahli Yang Berhormat relatekan ataupun kaitkan dengan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Wanita kerana kita secara kolaborasi bersama memberikan perhatian memastikan masa hadapan golongan wanita ini. Sebanyak 11,581 pendaftaran suri rumah untuk mencari pekerjaan. Daripada jumlah itu seramai 4,620 ataupun 39.9 peratus daripada mereka telah berjaya ditempatkan pekerjaan, makna sudah ditempatkan seramai 4,000 bagi tempoh yang saya telah sebutkan tadi.

Bagi meningkatkan bilangan penyertaan tenaga kerja wanita dalam pasaran pekerjaan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) sebuah agensi kerajaan di bawah Kerajaan Sumber Manusia dalam melaksanakan program Housewives Enhancement and Reactivate Talent Scheme (HEARTS). Saya akan sebut HEARTS selepas ini. Mulai tahun 2013 program ini merupakan satu program yang dilaksanakan di bawah inisiatif 1Malaysia Support For Housewifes bagi menyokong usaha kerajaan dalam menggalakkan penglibatan suri rumah secara berterusan dalam aktiviti ekonomi negara. Program HEARTS ini menyasarkan untuk melatih semula suri rumah berpelajaran daripada peringkat diploma dan ke atas yang telah menjadi pendam.

Tuan Yang di-Pertua, kita ramai suri rumah yang cukup mempunyai qualification, dengan izin, tetapi oleh sebab sayang anak-anak dan keluarga mereka tinggal di rumah. Ini usaha yang kita buat melalui program HEARTS ini. Dengan kemahiran kursus bagi membolehkan mereka kembali ke alam pekerjaan dan seterusnya menyumbang secara aktif pada pertumbuhan ekonomi sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah dengan mengekalkan status mereka sebagai suri rumah.

Page 126: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

120 DN 16.12.2014

Sejak dilaksanakan pada 2013, PSB telah menerima 1,540 permohonan daripada

suri rumah yang berminat dalam kategori ini. Walau bagaimanapun hanya 574 orang suri rumah yang berjaya melepasi kriteria pemilihan yang ditetapkan dan diluluskan menerusi program ini dengan bantuan kewangan sebanyak RM942,950. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran sentiasa giat dalam usaha memperkasakan latihan kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi seterusnya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Pembangunan NOSS yang melibatkan 29 sektor pekerjaan memberi peluang sama rata kepada semua golongan bagi menceburi mana-mana bidang pilihan. Sehingga November 2014 sejumlah 401 buah pusat latihan awam dan 816 buah pusat latihan bertauliah swasta di seluruh negara telah ditauliahkan oleh JPK yang menawarkan sejumlah 6,744 program latihan kemahiran.

Tuan Yang di-Pertua, Perbadanan Tabung Kemahiran menawarkan program peningkatan kemahiran perindustrian di pusat pembangunan kemahiran negeri di seluruh negara yang menawarkan program latihan kemahiran dalam bidang kejuruteraan ICT dan untuk pengurusan meningkatkan kebolehpekerjaan siswazah. Dalam tahun 2011 hingga 2014, sejumlah RM145 juta telah diperuntukkan di bawah program ini dan telah melatih seramai 2,717 orang graduan wanita.

Tahun Peserta lelaki Peserta wanita

2011 1,227 624

2012 1,811 1,118

Bagi tahun 2015 RM40 juta akan diperuntukkan yang dijangka dapat melatih seramai 2,215 orang graduan untuk meningkatkan kebolehpekerjaan siswazah.

Tuan Yang di-Pertua, isu ke-11 cuti bersalin yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun. Yang ingin tahu langkah kerajaan untuk menambahbaikkan kemudahan cuti menjaga anak bagi memastikan kebajikan wanita di sektor swasta terpelihara dan terbela. Juga mencadangkan menaikkan had cuti bersalin berbayar daripada lima orang kepada tujuh orang anak dan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari di sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, Kementerian Sumber Manusia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Senator To’ Puan atas isu-isu wanita dan atas cadangan yang diusulkan. Untuk makluman Dewan ini pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan kebajikan pekerja wanita di sektor swasta dipelihara dan terbela seperti mana yang jawapan sebelum ini yang saya berikan.

Cadangan supaya menambah baik kemudaan cuti menjaga anak dan menaikkan had cuti bersalin berbayar daripada lima orang kepada tujuh orang dan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari di sektor swasta merupakan cadangan yang baik dan telah pun dibincangkan bersama rakan tripartite. Namun begitu, setakat ini kementerian dan rakan tripartite ataupun majikan pekerja dan juga kerajaan belum mendapat kata sepakat yang terbaik. Mungkin cadangan ini boleh kita ketengahkan semula Tuan Yang di-Pertua dan kita boleh melihat perbandingan dengan negara lain bagaimana mereka melaksanakan cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia telah membuat beberapa pindaan ke atas Akta Kerja [Akta 265] yang berkuat kuasa 1 April 2012 khusus untuk wanita iaitu dengan memperluaskan faedah bersalin kepada semua pekerja wanita tanpa mengira gaji yang diterima. Dahulunya faedah ini hanya dinikmati oleh pekerja wanita yang bergaji RM1,500 ke bawah dan pekerja manual wanita tanpa had gaji. Pindaan ini juga menggariskan bahawa penamatan pekerja wanita semasa cuti bersalin satu kesalahan di bawah akta kecuali atas alasan penutupan syarikat. Maknanya kalau kerana wanita bersalin tidak datang kerja, majikan memberhentikan mereka itu satu kesalahan yang boleh diambil tindakan pada majikan.

Page 127: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 121

■2150

Selain itu mana-mana pekerja wanita yang bersalin setelah hamil 22 minggu, juga layak mendapat faedah cuti bersalin. Dulu tak boleh Tan Sri. Berbanding hamil 28 minggu, maknanya kita takut dia hamil cepat. Kalau dulu 28 minggu, sekarang 22 minggu.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang ke lagi?

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Baru isu ke-11, ada 20.

Tuan Yang di-Pertua: Jawab yang mana yang dibangkitkan sahajalah, Yang

Berhormat.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Ya, ya. Ini yang dua isu, Tuan Yang

di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, okey.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Jadi, dengan beberapa pindaan itu saya kira banyak kemudahan pembaikan telah diberikan kepada wanita dan insya-Allah perkara yang sama akan saya bawa kepada kementerian untuk kita melihat.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ke-12 ialah pemberhentian pekerja MAS yang disuarakan oleh Puan Norliza binti Abdul Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak komen banyak tentang isu MAS ini kerana akta baru kita bentang di Parlimen dan struktur penyusunan MAS ini walaupun kita dengar daripada 20,000 orang pekerja nak berhentikan 6,000 orang pekerja, ini pun tidak ada muktamadnya lagi. Jadi saya ingat kita serahkan kepada kerajaan dengan pihak berkenaan.

Walau bagaimanapun, isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator ialah tentang pekerja, tentang union. Beliau mengharapkan supaya isu MAS ini yang kita faham

akan sebahagian pekerjanya akan diberhentikan, Senator ataupun kita pun berharap supaya perbincangan bagi menangani isu pekerja ini dapat dibincangkan bersama dengan kesatuan sekerja. InshaaAllah Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya beberapa buah committee yang juga melibatkan kementerian kita telah pun berjalan dan insya-Allah kita akan melihat supaya tiada penganiayaan berlaku kepada pekerja dan kepentingan win-win situation akan dapat diperoleh oleh pekerja, majikan (MAS) dan juga kerajaan keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, isu ke-13. Reskilling dan eksploitasi pekerja yang ditimbulkan dan disuarakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir yang membangkitkan berkaitan reskilling dan upskilling dibimbangkan pihak majikan akan mengeksploitasi pekerja. Contoh yang diberi ialah apabila empat orang pekerja digantikan dengan dua orang pekerja yang berkemahiran, adakan kemahiran setimpal dengan gaji yang diterima.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya reskilling dan upskilling, dengan izin, kita memahirkan semula dan kita meningkatkan kemahiran pekerja bukan bermakna majikan boleh sewenang-wenangnya mengurangkan pekerja. Sebab itulah di pihak Kementerian Sumber Manusia, pihak majikan sering kali dinasihatkan untuk tidak menamatkan perkhidmatan mana-mana pekerja dengan sewenang-wenangnya jika ada pekerja yang surplus ataupun yang agak tidak produktif, mereka ini masih boleh ditempatkan di mana-mana bahagian atau unit lain dalam organisasi majikan tersebut dan walaupun ada peningkatan kemahiran dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, isu ke-14 ialah TPPA iaitu Trans-Pacific Partnership Agreement, yang ditimbulkan oleh Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud. Beliau membangkitkan hak pekerja mengenai Trans Pacific Agreement diperjuangkan oleh orang lain. Kementerian diminta mengambil serius perkara ini dan menganjurkan dialog di peringkat nasional untuk membincangkan isu-isu ini dan memberi persepsi yang betul kepada golongan pekerja.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, TPPA merupakan satu perjanjian yang komprehensif bermatlamat untuk membentuk sebuah rejim di mana aktiviti perdagangan dan pelaburan tidak mengambil kesempatan atas kemapanan aspek-aspek yang lain seperti kebajikan buruh, alam sekitar, hak harta intelek mahupun meningkatkan kecekapan tadbir urus negara.

Page 128: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

122 DN 16.12.2014

Kerajaan sedar akan cabaran untuk merundingkan hak buruh. Bagi kementerian

kita, yang lebih penting ialah tentang buruh, Tuan Yang di-Pertua. Terma-terma perjanjian kini masih dirundingkan secara teliti dan mengambil kira konteks pasaran dan keperluan buruh di Malaysia. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, kita akan memberikan jaminan. Kita melihat supaya dengan pelaksanaan TPPA ini, kepentingan buruh dan pekerja-pekerja negara kita dapat kita pertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ke-15 ialah mahkamah perusahaan yang disuarakan juga oleh Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud. Beliau telah membangkitkan isu awards oleh Mahkamah Perusahaan. Bagi makluman Dewan yang mulia dan Yang Berhormat Senator, peranan Mahkamah Perusahaan mendengar kes-kes pembuangan kerja dan kes-kes pertikaian perusahaan yang dirujuk oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Mahkamah Buruh ialah berkenaan dengan bayaran duit gaji dan sebagainya, Mahkamah Perusahaan ialah kes-kes pembuangan kerja dan sebagainya.

Remedi yang diberikan oleh Mahkamah Perusahaan tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan keputusan-keputusan Mahkamah Perusahaan juga mahkamah atasan. Remedi utama dalam kes pembuangan kerja pemulihan kerja. Jika tuntutan pekerja dibenarkan dan perintah pemulihan kerja dibenarkan, perintah semula semua gaji kebelakangan (back wedges) dan faedah-faedah lain akan diberi berkuat kuasa daripada tarikh pembuangan kerja. Jika tuntutan pekerja dibenarkan tetapi pemulihan kerja tidak dibenarkan, pampasan sebagai ganti rugi pemulihan kerja akan diberi berdasarkan satu bulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan di samping gaji kebelakangan yang juga diberi tetapi terhad kepada 24 bulan.

Tuan Yang di-Pertua, tentang kes-kes ataupun dikatakan keputusan lambat dibuat oleh mahkamah perusahaan ini, mahkamah perusahaan sentiasa memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes-kes tertunggak mengikut usia kes. Sehingga 30 November 2014, terdapat 1,880 kes yang masih belum diselesaikan.

Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, mungkin yang ini boleh kita beri secara bertulis kepada Yang Berhormat. Selain bagi kes yang tertunggak untuk tempoh yang sama, Mahkamah Perusahaan telah dapat menyelesaikan sebanyak 1,239 kes mengikut tempoh sebagaimana jadual seperti berikut iaitu tahun pertama, jumlah kes sebanyak 479. Tahun kedua sebanyak 406 kes. Ini tak berapa detail, Tuan Yang di-Pertua. Saya akan beri detail kepada Yang Berhormat ini. Berdasarkan jadual dua ini, sebanyak 885 kes ataupun 71.6 peratus telah diselesaikan dalam tempoh dua tahun. Maknanya tempoh itu kita dapat selesaikan lebih daripada 70 peratus, Yang Berhormat Senator dan saya kira inilah menunjukkan bahawa kita tak boleh katakan agak lewat.

Walaupun ada kelewatan dan antara sebab-sebab kelewatan yang berlaku antaranya peguam pihak-pihak pertikai dan wakil pihak pertikai memohon untuk penangguhan tarikh bicara. Ini antaranya, sebab itulah kita harap dapat menyelesaikan dalam tempoh dua tahun tetapi sedikit terlewat kerana fakta-fakta berikut. Terdapat juga kes-kes di mana walaupun tarikh bicara telah ditetapkan tetapi pihak pertikai memohon untuk meminda dan membuat penyatuan beberapa kes dalam satu kes.

Yang ketiga, kebanyakan kes yang tertangguh kes-kes yang rumit yang melibatkan banyak pihak menuntut dan saksi. Yang keempat, terdapat permohonan sampingan yang lain ke Mahkamah Tinggi dan yang kelima, terdapat juga kes yang telah selesai dan diperturunkan award, telah dirujuk untuk semakan kehakiman dan diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk dirujuk dan didengar semula.

Mahkamah Perusahaan, Tuan Yang di-Pertua daripada semasa ke semasa akan berusaha untuk mengatasi segala masalah dan kelewatan-kelewatan yang ditimbulkan.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ke-16 ialah, ada sikit lagi, tiga lagi Tuan Yang di-Pertua iaitu kesatuan sekerja yang juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, mohon agaknya Yang Berhormat berhenti

sekejap. Saya turut menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa jam kita hampir pukul 10 malam.

Page 129: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 123

Saya ingin mengucapkan syabas dah tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat

yang berada dalam Dewan setakat ini termasuk Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan semua Ahli Yang Berhormat tetapi saya nak menarik perhatian, saya cukup liberal dalam perkara ini. Siapa nak keluar, siapa ada hal, beritahu saya, saya benarkan tetapi ada separuh nampaknya ini hilang begitu sahaja. Saya menarik perhatian kepada nama-nama yang saya sebut ini, tolong bagi tahu saya esok bila saya datang ke Dewan.

Yang Berhormat Tuan Koh Chin Han, Yang Berhormat Tuan Chong Sin Woon, Yang Berhormat Tuan Chia Song Cheng, Yang Berhormat Datuk S. Vigneswaran, Yang Berhormat Datuk Yoo Wei How, Yang Berhormat Tuan Subramaniam, Yang Berhormat Datuk Raja Ropiaah, Yang Berhormat Dato’ Chai Kim Sen. Ramai ini Ahli-Ahli yang baru ini.

■2200

Kita pernah dulu sampai 12 tengah malam. Semangat kebersamaan kolektif, responsibility mesti ada. Saya harap perkara ini diambil berat. [Tepuk] Kalau tidak, tak fairlah, tidak patutlah kepada yang sanggup sambung. Sebentar tadi Yang Berhormat

sanggup disambung. Ini saya hendak harapkan, Dewan Negara mesti kita martabatkan dan semua mesti bertanggungjawab.

Saya harap ambil ingatan saya dan tanggungjawab ini, tanggungjawab bersama. Yang Berhormat sudah angkat sumpah hari itu dan ambil berat. Siapa yang ponteng-ponteng, saya akan ambil tindakan. Saya cakap benar ya. So saya harap Timbalan saya take over, selepas ini saya harap Yang Berhormat, kalau ada apa-apa hal beritahu saya. Saya benarkan. Tidak ada seorang pun saya tahan sesiapa hendak keluar. Akan tetapi keluar dengan ada hormat kepada Dewan.

Sekian, terima kasih. Saya bukan marah tetapi saya rasa saya kena buat perkara ini dan mengingatkan diri saya. Ini seven series sudah ini [Ketawa] Yang Berhormat ya. So kita harap- sesiapa yang ada hal yang penting, beritahu saya, saya sedia benarkan tetapi tidak mahu ponteng-ponteng dalam Dewan. Sekian, terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Menteri. Masih banyak

lagikah?

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Tuan Yang di-Pertua boleh saya

sambung. Sikit lagi, saya ingat dalam tidak sampai sepuluh minit kot, lima minit kot. Isu ke-16 ialah kesatuan sekerja yang juga disuarakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud. Yang Berhormat Senator membangkitkan isu peratusan kecil pekerja menjadi ahli kesatuan sekerja. Seperti dimaklumkan bahawa setiap pekerja diberi kebebasan memilih sama ada untuk menjadi ahli kesatuan sekerja sesebuah persatuan sekerja ataupun tidak.

Hal ini telah termaktub dalam Artikel 10(1)(c), Perlembagaan Persekutuan. Pada masa ini, terdapat kira-kira 738 buah kesatuan sekerja di seluruh negara dengan keahlian seramai 918,637 orang sehingga November 2014. Berkenaan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang ditindas, mereka boleh melaporkan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja atau Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk tindakan selanjutnya.

Berhubung dengan penterjemahan Konvensyen 144 yang merupakan salah satu konvensyen yang diratifikasi oleh Malaysia, konvensyen ini telah diterjemah secara langsung melalui penubuhan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Sumber Manusia sendiri. Kementerian juga telah mengamalkan...

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Saya hendak meminta penjelasan

daripada Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Ya.

Page 130: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

124 DN 16.12.2014

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Bila Yang Berhormat Menteri menyebut

bahawa ia diterjemahkan dengan penubuhan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, dalam tahun ini berapa kali Majlis ini bermesyuarat, dalam tahun lepas berapa kali Majlis ini bermesyuarat, dan siapa-siapakah pihak yang berkepentingan ataupun stakeholder? Terima kasih.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Tuan Yang di-Pertua dan Yang

Berhormat Senator, oleh sebab perkara ini perlukan maklumat, mesyuarat bagi ILC ini telah diadakan dua kali tahun ini. Detail untuk Ahli-Ahli itu, saya ingat saya beri secara bertulis Yang Berhormat Senator.

Perkara yang ketujuh belas Tuan Yang di-Pertua, ialah berkenaan dengan isu pengambilan pekerja tempatan yang disuarakan oleh Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit. Puan Hajah Mariany ada? Ada ya, okey. Kadar pengangguran negara ini terus menyusut pada 2.7 peratus pada Oktober 2014. Walau bagaimanapun, terdapat sektor-sektor tertentu seperti di sektor perladangan, perkhidmatan masih memerlukan pekerja asing sebagai pekerja.

Pekerja-pekerja asing ini pekerja asas dan sebagai langkah sementara, sebelum diisi oleh pekerja tempatan. Oleh itu keperluan pekerja asing ini adalah untuk memastikan sektor-sektor ekonomi ini tidak terjejas. Kementerian Sumber Manusia mengutamakan pekerja tempatan dan komited untuk membantu rakyat Malaysia tidak mengira latar belakang untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemampuan mereka.

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja melaksanakan 12 buah aktiviti Program Penempatan Pekerjaan (3P) yang telah dirancang di seluruh negara bagi membantu rakyat negara ini memperoleh pekerjaan. Tempat yang terdekat Tuan Yang di-Pertua kita akan adakan di Kuala Terengganu pada 20 hari bulan. Job Fair dan 12 program yang kita buat ini telah menghasilkan cukup banyak pulangan kepada kita. Pencapaian JTK dari Januari hingga Disember 2014, seramai 256,311 orang pencari kerja telah berjaya ditempatkan di alam pekerjaan.

Daripada jumlah itu seramai 54,875 atau 21.41 peratus golongan siswazah dan selebihnya 201,436 ataupun 78.59 peratus bukan siswazah.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada program-program ini. Saya ingat mungkin saya beri kemudianlah oleh sebab masa tidak mengizinkan.

Perkara yang berikutnya Tuan Yang di-Pertua ialah pengambilan pekerja emas, warga emas yang disuarakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin. Datuk Ng Chiang Chin ada? Oh, terima kasih. Ingin tahu sama ada Kementerian Sumber Manusia bercadang untuk mengimplementasikan cadangan untuk menggaji warga emas di negara kita untuk mengisi kekosongan kerja di pelbagai sektor di negara ini bagi mengurangkan kebanjiran warga pekerja asing.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja komited untuk membantu warga emas yang merasakan dirinya cukup sihat dan berkemampuan untuk bekerja sesuai dengan jenis pekerjaan yang dipilih. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Senator dan Ahli-ahli Yang Berhormat kita pun juga ada yang daripada warga emas, tetapi mereka masih lagi komited dalam menjalankan kerja. Syabas! Sebab itulah saya tidak mempertikaikan usaha untuk mengambil warga emas ini.

Salah satu aktiviti Program Penempatan Pekerja JTK aktiviti program khas di mana program ini dikhaskan untuk golongan-golongan tertentu termasuk warga emas dan pesara. Dari Januari hingga 3 Disember 2013, seramai 2,128 orang golongan warga emas telah berjaya ditempatkan ke alam pekerjaan di mana seramai 1,440 atau 67.6 peratus daripada mereka lelaki manakala seramai 680 orang ataupun 32.33 peratus adalah wanita.

Selain itu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Kementerian Sumber Manusia bersama Jabatan Perkhidmatan Awam telah melaksanakan projek 1Malaysia Civil Service Retirement Support (1MCSSR). Maknanya kita memberi sokongan kepada pesara-pesara awam. Melalui projek ini portal 1MCSRS telah dimuat naik di laman web JPA dan JobsMalaysia bagi membolehkan pesara yang berminat untuk bekerja semua berdaftar. Data pekerja akan dihantar kepada pihak JobsMalaysia untuk tindakan pemadanan dan

penempatan pekerjaan.

Page 131: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 125

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ialah isu pekerja asing yang ditimbulkan oleh

Senator Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad, Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader dan Dato’ Lim Nget Yoon dan dikaitkan dengan kedudukan pekerja asing dan juga masalah cadangan pengambilan 12,000 pekerja di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, isu pekerja asing hari ini ialah suatu isu yang agak panas di negara kita. Mungkin ini memberikan satu gambaran baru kepada kerajaan, kementerian dan kepada kita bahawa walaupun kita perlukan pekerja asing, tetapi kehadiran mereka yang begitu ramai di negara kita boleh menjejaskan bukan sahaja peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan kita tetapi juga daripada segi ekonomi dan sebagainya.

Jadi, sebenarnya saya tidak hendak bercadang untuk menghuraikan terlalu lebar tentang perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak payah Yang Berhormat. Kalau ada butiran-

butiran lain itu boleh buat secara bertulis. Terima kasih.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Ya, ini kerana lebih banyak bukan

melibatkan saya dan kita serahkan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Timbalan Perdana Menteri kita. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak kepada dua belas orang ahli Yang Berhormat yang cukup berminat dengan Kementerian Sumber Manusia kerana kita manusia dan kita perlu jaga manusia ini yang menguruskan dunia ini.

Jadi minta maaf kalau ada jawapan-jawapan yang tidak tepat, boleh rujuk kepada Menteri saya, saya dan juga kementerian. Terima kasih, assalamualaikum dan salam sejahtera.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya kita

beralih ke Kementerian Wilayah Persekutuan. Silakan Yang Berhormat.

10.09 mlm.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Wilayah Persekutuan ingin

mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah berbahas tentang Rang Undang-undang Perbekalan 2015 khususnya kepada Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader yang telah menyentuh tentang struktur kem carpool serta masalah tempat letak kereta dan kepada Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani yang telah membangkitkan isu lambakan pembangunan rumah mewah di Kuala Lumpur.

■2210

Kementerian ini amat memahami keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian seperti mana saya memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2015, iaitu mengambil kira memahami denyut nadi rakyat serta realiti kehidupan, falsafah tunjang kepada pembikinan bajet tahun ini mestilah menitikberatkan keseimbangan antara capital economy dan people economy.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader tentang status kempen carpool di kalangan pengguna jalan

raya di Kuala Lumpur. Saya ingin memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kempen carpool di kalangan pengguna jalan raya di Kuala Lumpur kurang mendapat sambutan dan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pada masa ini peratus bilangan kenderaan dengan seorang pemandu sahaja yang memasuki Bandaraya Kuala Lumpur adalah sangat tinggi iaitu sekitar 70 peratus.

Oleh itu, DBKL menumpukan kepada kaedah lain untuk mengurangkan bilangan kenderaan di pusat bandar iaitu dengan menyediakan kemudahan sokongan kepada sistem pengangkutan awam. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah membina lebih banyak park and ride berhampiran stesen transit pinggiran bandar, di samping menyediakan laluan pejalan kaki yang selesa, selamat dan dihubungkan dengan kawasan aktiviti.

Page 132: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

126 DN 16.12.2014

Di samping itu, DBKL juga telah mula mengurangkan keperluan bilangan tempat

letak kereta khususnya bagi pembangunan yang berhampiran dengan stesen transit. Tambahan lagi DBKL juga menjalankan kajian semula kadar bayaran tempat letak kereta bagi kemudahan tempat letak kereta di tepi jalan. Matlamat kajian tersebut adalah untuk merumuskan satu struktur caj bayaran tempat letak kereta tetapi jalan yang boleh mewujudkan kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang harga kos sebenarnya iaitu kos membawa kenderaan sendiri ke pusat bandar jauh lebih mahal daripada kos menggunakan pengangkutan awam. Dengan cara ini dijangkakan ramai pengguna kenderaan persendirian akan beralih menggunakan pengangkutan awam.

Masalah tempat letak kereta di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader juga telah turut membangkitkan permasalahan tempat letak kereta di pejabat-pejabat kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kementerian ini melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Putrajaya mengambil maklum dan memahami kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh pengunjung yang membawa kenderaan sendiri untuk meletakkan kenderaan, terutamanya bagi mereka yang berurusan di premis-premis kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, di Putrajaya terdapat sejumlah 30,000 unit tempat letak kereta sedia ada, sama ada di dalam kompleks kerajaan ataupun tempat letak kereta terbuka ataupun park and ride, yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya sebagai tambahan. Manakala terdapat sejumlah lebih kurang 3,000 unit lagi tempat letak kereta yang sedang dalam pembinaan di kompleks-kompleks kerajaan dan swasta. Ini termasuklah sejumlah hampir 950 unit tempat letak kereta yang telah siap dibina oleh Perbadanan Putrajaya di Presint 4. Terdapat juga kemudahan tempat letak kereta di atas tanah milik Putrajaya Holding Sdn. Bhd yang masih belum dibangunkan, yang turut digunakan oleh orang awam sebagai tempat letak kereta sementara bagi mereka yang berurusan di bangunan kerajaan, dianggarkan sejumlah hampir 3,500 unit tempat letak kereta di blok-blok tersebut.

Antara usaha kementerian melalui Perbadanan Putrajaya bagi memenuhi permintaan tempat letak kereta yang semakin meningkat adalah seperti berikut. Perbadanan Putrajaya terus menambah tempat letak kereta sementara di atas tapak kosong dari semasa ke semasa. Terbaru Perbadanan Putrajaya bersetuju menambah tempat letak kereta bagi pengguna yang berurusan di Hospital Putrajaya. Perbadanan Putrajaya juga dalam masa yang sama meningkatkan perkhidmatan bas Nadi Putra bagi membawa pengguna dari park and ride Presint 7 dan Presint 14, ke Kompleks Kerajaan.

Bagi mengurangkan kesesakan di persekitaran Putrajaya, antara langkah-langkah yang diambil oleh Perbadanan Putrajaya termasuklah memperkenalkan dedicated bus lane bagi pengguna Kompleks Kerajaan di Presint 1 yang telah mula beroperasi sejak tahun 2012. Perbadanan Putrajaya juga memperkenalkan laluan ekspres, laluan hijau bagi lorong terkanan bagi kenderaan di Persiaran Sultan Salahuddin.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya katakan...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, banyakkah

soalannya?

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Tidak ada. Dua sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Dua sahaja. Teruskan.

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Sebagaimana yang telah saya

katakan dari awal tadi bahawa kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan keselesaan kepada rakyat dari pelbagai aspek dan keperluan termasuklah menyelesaikan masalah paling utama iaitu kesesakan lalu lintas yang sebenarnya menjadi duri dalam daging kepada kesejahteraan hidup rakyat di Wilayah Persekutuan. Pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan lain di Kuala Lumpur bagi memastikan infrastruktur sokongan bagi pengangkutan awam disediakan di samping menaik taraf mutu perkhidmatan sistem pengangkutan awam sedia ada. Kementerian ini sentiasa komited untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur melalui pelbagai aktiviti pemantauan, perbincangan dan penguatkuasaan bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan.

Page 133: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 127

Walau bagaimanapun, kementerian ini percaya usaha yang lebih agresif untuk

memberi kesan kepada rakyat tentang penggunaan pengangkutan awam sewajarnya menjadi keutamaan kepada kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Melalui hala tuju yang lebih jelas dalam isu seumpama ini, iaitu memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah lebih selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan lestari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup.

Kementerian ini melalui DBKL akan sentiasa bekerjasama dengan pihak SPAD bagi merealisasikan matlamat ini kerana kementerian turut berhasrat untuk memajukan, memperkemaskan dan melengkapkan sistem pengangkutan secara bersepadu bagi memenuhi keperluan bandar raya dan penduduknya sehingga tahun 2020.

Soalan yang berikutnya, dan yang terakhir- lambakan pembangunan rumah mewah di Kuala Lumpur. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani telah menyuarakan kebimbangan beliau tentang pembangunan rumah mewah di Kuala Lumpur.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator secara spesifik terhadap persoalan tentang pembangunan rumah mewah di Kuala Lumpur sahaja, manakala bagi jawapan keseluruhan tentang isu perumahan di Malaysia, akan diberi ulasan sepenuhnya oleh rakan saya dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebentar nanti.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Mohon mencelah sedikit,

boleh? Terima kasih Yang Berhormat. Saya tahu masa tidak banyak mengizinkan kita ini. Sebab Yang Berhormat bangkit berhubung dengan masalah perumahan ini saya hendak bangkitkan sedikit masalah di Bandaraya Kuala Lumpur dan juga termasuk Putrajaya. Seperti yang kita tahu dalam satu-satu projek perumahan yang meliputi lima ekar dan lebih, 30 peratus mestilah diperuntukkan untuk rumah murah. Apa dasarnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk pembinaan rumah kos rendah dan rumah kos sederhana, adakah ia juga hanya berdasarkan kepada kawasan ataupun bilangan unit-unit di satu-satu tapak sebelum dikenakan untuk developers membina 30 peratus rumah kos rendah dan rumah kos

sederhana, apakah dasarnya di Putrajaya dan di Kuala Lumpur? Terima kasih.

■2220

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Terima kasih Yang Berhormat

Senator. Bolehkah saya jawab soalan Yang Berhormat Senator selepas saya beri jawapan kerana sebahagian soalan tadi dijawab dalam soalan saya juga.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa lebih baik macam itu Yang Berhormat.

Teruskan.

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian

Wilayah Persekutuan mengambil maklum tentang lambakan pembangunan rumah mewah di Kuala Lumpur dan ingin menyatakan dalam- sorry. Projek pembangunan di atas tanah milik DBKL- minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya kembali...

Timbalan Yang di-Pertua: Tersilap muka surat.

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Ya, minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak apa Yang Berhormat, sudah waktu malam.

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/LJaganathan: Minta sambung Tuan Yang di-

Pertua. Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil maklum tentang lambakan pembangunan rumah mewah di Kuala Lumpur dan ingin menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa pembangunan infrastruktur di Kuala Lumpur merupakan satu usaha kementerian untuk meningkatkan kualiti persekitaran hidup, kerja dan niaga. Bagi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia yang memberi manfaat kepada warga kota, usahawan, ahli perniagaan dan pelawat, khususnya menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, kementerian memahami keperluan dan sentiasa berusaha untuk menyediakan rumah kos rendah dan rumah mampu milik kepada golongan rakyat yang disasarkan, terutamanya dengan isu kenaikan harga rumah yang melonjak akhir-akhir ini. Serta pembinaan rumah bernilai tinggi di bandar-bandar besar di Kuala Lumpur.

Page 134: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

128 DN 16.12.2014

Di Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL menetapkan

mana-mana pembangunan skim kediaman di atas tapak yang melebihi lima ekar. Akan disyaratkan untuk menyediakan rumah mampu milik dengan keluasan 800 kaki persegi setiap unit dengan harga tidak melebihi RM300 ribu. Projek-projek pembangunan atas tanah milik DBKL melalui projek penswastaan, pemaju akan dikenakan syarat menyediakan rumah mampu milik sebanyak 50 peratus daripada jumlah keseluruhan unit-unit kediaman yang dicadangkan. Sekiranya tanah tersebut terlibat dengan setinggan di tapak, maka pemaju disyaratkan untuk menyediakan rumah kos rendah untuk ditawarkan kepada para penduduk setinggan yang terbabit. Bagi tapak pembangunan milik swasta dengan keluasan tapak melebihi lima ekar, DBKL akan mensyaratkan penyediaan rumah mampu milik sebanyak 30 peratus daripada bilangan kediaman yang dicadangkan.

Apabila pembangunan kediaman yang melibatkan tanah swasta tetapi kurang dari lima ekar, Menteri Wilayah Persekutuan boleh mensyaratkan 30 peratus pembangunan rumah mampu milik. Sebagai balasan, pemaju boleh diberi insentif dalam bentuk penambahan densiti pembangunan bagi projek yang dilaksanakan. Sehubungan itu, kementerian melalui DBKL tidak pernah memberi kelulusan pembangunan rumah mewah yang tidak mengambil kira penyediaan rumah kos rendah kerana kementerian sentiasa mengutamakan keperluan rakyat...

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Saya minta laluan.

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Boleh saya habis Yang Berhormat?

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Habis nanti saya tidak boleh hendak tanya pula

kalau sudah habis.

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Saya kena habiskan beberapa

baris sahaja.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Habis...

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Saya akan jawab. Kementerian

sentiasa mengutamakan keperluan rakyat, bukan sahaja golongan-golongan tertentu yang mampu membeli rumah-rumah mewah tetapi juga terhadap rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Ya, Yang Berhormat.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini sebab

jawapan yang diberi itu tidak- rasanya orang Kelantan kata ‘tidak jelira’, tidak masuk ke dalam jiwa saya. Saya tanya, dari Jalan Sentul kita masuk, kiri dan kanan ada pembangunan rumah mewah, kondominium yang berstatus tanah dalam tiga ekar, empat ekar. Tadi Yang Berhormat Menteri kata disyaratkan oleh Dewan Bandar Raya melalui Menteri Wilayah supaya ada 30 peratus. Macam mana hendak buat rumah kos rendah 30 peratus ataupun rumah mampu milik 30 peratus sedangkan tanah itu tiga ekar. Apa yang berlaku dalam bahagian Batu hari ini, pembangunan yang dibuat, kondominium adalah bertaraf mewah, RM500 ribu ke atas. Contohnya, One Sentul Utama, One Sentul,

contohnya Panorama, tidak ada rumah kos rendah ataupun rumah mampu milik di situ. Jadi, ini yang berlaku.

Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, kalau saya tidak cakap ini orang kampung marah saya. Ini pesanan sangat daripada orang kampung, Kampung Delima. Saya hendak tanya Menteri. Dahulu pada tahun 2003, tanah itu diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk buat tebatan banjir. Di situ ada dua lombong, lombong Kampung Delima dan lombong Jinjang, kononnya disatukan menjadi satu lombong besar, tebatan banjir. Akan tetapi hari ini apa yang berlaku, tiba-tiba naik lake kondominium, lake apa dia kata? Di tengah-tengah antara dua lombong itu. Apa yang jadi persoalannya orang kampung tanya saya, siapakah yang bagi kelulusan ini?

Naik kondominium mewah di tengah-tengah untuk buat tebatan banjir, siapakah yang bagi kelulusan? Sama ada Menteri ataupun sama ada PTG, sama ada Dewan Bandaraya? Sepatutnya Dewan Bandaraya memantau. Kasihan orang kampung di situ Yang Berhormat Menteri, kena tipu! Kena tipu kepada Dewan Bandaraya, kena tipu kepada JKR.

Timbalan Yang di-Pertua: Cukup itu Yang Berhormat, saya rasa soalan itu dia

sudah faham. Biarkan Yang Berhormat Menteri menjawab.

Page 135: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 129

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Ini rayuan, rayuan, rayuan Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih.

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, bila kita memberi kebenaran merancang ataupun pembangunan, tanah di bawah kawalan DBKL ataupun tanah kerajaan memang kita boleh syaratkan mereka dengan syarat-syarat untuk memastikan bahawa pembangunan-pembangunan untuk rumah kos rendah, rumah kos sederhana, mampu milik disediakan. Walau bagaimanapun kita ada dasar, sekiranya ia lebih daripada lima ekar, kita memastikan mereka mempunyai 30 peratus rumah mampu milik dibangunkan. Akan tetapi di kawasan-kawasan di mana kita dasarkan tanah itu terlalu kecil dan mereka tidak dapat membina rumah kos rendah. Kita terpaksa bergantung kepada prerogatif Menteri untuk memastikan apa yang dia hendak syaratkan untuk membantu rakyat yang tidak dapat membeli rumah-rumah mewah.

Kedua, di mana soalan berkenaan Kampung Delima dan Jinjang ini. Ini soalan khusus Yang Berhormat, saya tidak ada jawapan di sini. Saya terpaksa dapatkan jawapan yang secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana jawapan ini saya kena tahu sama ada memang kita lulus atau tidak lulus.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2015. Khususnya kepada mereka yang telah menyentuh tentang kementerian ini. Segala teguran, pandangan dan cadangan yang membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator semua amatlah kami hargai dan akan kami manfaatkan untuk kepentingan bersama. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Tunggu sekejap, ada apa Yang Berhormat? Soalan

ada tidak terjawab kah?

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Saya hendak sampaikan sedikit

berita daripada orang kampung. Maaf ya, saya ini anak Wilayah Persekutuan, dengan itu Dato’ Jaya tahu, Senator kita, 40 tahun di Wilayah Persekutuan. Saya dengar macam-macam cerita. Apakah jadi pada setinggan? Ramai orang yang tidak berada ini tidak ada rumah. Banyak tanah telah diserah kepada syarikat-syarikat besar. Contoh satu, mereka ini buat kondokah dalam kawasan Setiawangsa. Harga satu tidak kurang daripada RM400 ribu, studio RM300 ribu, siapakah hendak beli? Maka, kita hampalah orang kampung ini hendak beli. Ada sampai RM600 ribu yang baru ini dibuat oleh PKNS, sampai RM700 ribu. Apa sebabnya kita tidak kawal tanah-tanah ini dijual kepada pemaju, maka dia habislah. Cuba tengok Menteri, saya hendak beritahu...

Timbalan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, saya rasa soalan itu dia

sudah faham.

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Saya hendak tanya lagi. Ini berlaku

tunjuk perasaan di Bukit Dinding, Setiawangsa, fasal rumah juga ini. Tolong kajilah, saya hendak tahu apa sebabnya. Terima kasih.

Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, seperti mana yang saya katakan tadi, dasar untuk kita mempertahankan ataupun melindungi rakyat kita yang tidak mampu memiliki rumah-rumah mewah ini memang kita ada. Dasar-dasar ini memang kementerian di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri, kita amat serius. Kita pastikan bahawa di semua tempat di mana tanah itu dijual kepada pemaju, dipastikan bahawa pemaju-pemaju ini membangunkan rumah mampu milik sekurang-kurangnya 50 peratus.

Juga saya ingin beri jaminan kepada Yang Berhormat bahawa kita akan teruskan usaha ini supaya rakyat dapat menikmati pembangunan bersama. Di Kuala Lumpur ini, tanah di Kuala Lumpur ini mahal. Apabila mereka membuat satu pembangunan swasta, maka pembangunan swasta ini mereka terpaksa beli tanah ini mahal. Oleh sebab itu, harga rumah di Kuala Lumpur mahal, Yang Berhormat.

Page 136: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

130 DN 16.12.2014

■2230

Bagi soalan yang kedua berkenaan dengan penunjuk perasaan tadi, saya tidak ada faktor-faktor, saya terpaksa beri jawapan bertulis. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang kita

beralih ke Kementerian Belia dan Sukan. Silakan Yang Berhormat Menteri.

10.30 mlm.

Menteri Belia dan Sukan [Tuan Khairy Jamaluddin]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh perbahasan Bajet 2015.

Seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya dan Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad mengenai sepak takraw, sukan ini diterapkan sebagai salah satu daripada enam sukan. Ini kerana ia merupakan sukan tradisi rakyat Malaysia dan juga dominasi Malaysia dalam sukan sepak takraw sebelum ini.

Kementerian Belia dan Sukan juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Sepak Takraw Malaysia dalam menyediakan blueprint bagi menyusun program pembangunan daripada peringkat akar umbi. Persatuan juga akan menyediakan modul dan program latihan bagi peringkat umur bawah 12, 14, 16, 18 dan 21 tahun dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mencungkil bakat daripada peringkat sekolah, kolej hingga ke peringkat universiti. Kementerian juga menyokong segala usaha untuk memperbanyakkan kejohanan tempatan seperti Sepak Takraw League dalam mengenal pasti lebih banyak bakat sepak takraw negara.

Berkenaan dengan usul yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Berhormat Datuk Yahaya bin Mat Ghani, Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon dan Yang Berhormat Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin mengenai tumpuan sukan-sukan teras kepada persiapan atlet menghadapi sukan temasya seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik di samping penilaian semula di dalam memperbaiki mutu sukan negara, Kementerian Belia dan Sukan memandang serius terhadap mutu persembahan dan prestasi atlet-atlet negara ketika bertanding dalam sukan temasya seperti Sukan SEA dan sukan-sukan yang saya sebutkan tadi.

Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon, kementerian sentiasa meletakkan fokus utama kepada sukan-sukan yang mampu menyumbang pingat kepada kontinjen negara. Walau bagaimanapun, sukan-sukan yang layak secara merit juga wajar diberi pertimbangan. Pasukan ragbi negara telah layak secara merit untuk bertanding di Sukan Komanwel pada tahun ini berdasarkan kepada pencapaian menduduki ranking kedua negara Asia di dalam Asian Rugby Federal Union di belakang negara Sri Lanka.

Usaha-usaha pemulihan atau penambahbaikan, perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program persediaan atlet sukan prestasi tinggi menjadi perkara asas untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Beberapa pendekatan awal akan diambil seperti berikut:

(i) penstrukturan semula program penyediaan atlet jangka masa panjang, lapan hingga sepuluh tahun yang bersepadu dan seragam di peringkat negeri, pelapis dan elit; dan

(ii) memperkukuhkan struktur organisasi Persatuan Sukan Kebangsaan dengan meletakkan sasaran petunjuk prestasi utama KPI sebagai sebahagian daripada perancangan utama persatuan.

Page 137: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 131

Tuan Yang di-Pertua, namun, selain daripada fokus kepada peringkat atlet elit dan

pelapis, kementerian sedar tentang kepentingan menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan. Usaha ini bagi meluaskan tapak piramid sukan kita agar puncaknya iaitu atlet elit lebih ramai dan berkualiti.

Oleh yang demikian, pihak kementerian ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan pihak Perbendaharaan kerana begitu prihatin terhadap usaha-usaha membangunkan pembangunan sukan negara dengan memberikan peruntukan yang sewajarnya. Sebanyak RM103 juta Malaysia telah diperuntukkan di dalam Bajet 2015 bagi pelaksanaan program di bawah blue print negara bersukan atau pun sporting nation, dengan izin, yang meliputi pelaksanaan MyTID ataupun My Talent Identification and Development Programme, dan Program Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi, Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya, Yang Berhormat Senator Tuan Koh Chin Han dan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Rohani binti Abdullah, bermula pada tahun 2015, kementerian akan melaksanakan program saringan bakat MyTID. Ia berperanan mewujudkan satu kumpulan besar kanak-kanak yang terlatih dan berbakat melalui pengujian dan pemilihan secara saintifik dan sistematik. Ini akan melibatkan semua sekolah di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman. Kaedah pemilihan sekolah berdasarkan stratified sampling, dengan izin, secara peratusan.

Dalam jangka masa enam tahun, program saringan bakat MyTID ini dijangkakan akan menghasilkan seramai 404,000 orang peserta yang mengikuti program multi-lateral pembangunan bakat di sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti dan peserta-peserta ini yang akan sedia untuk dipilih ke peringkat pelapis dan seterusnya.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Senator Tuan Koh Chin Han, kementerian juga telah melancarkan aplikasi mobil bagi Fit Malaysia di mana sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan umur dapat menganjurkan dan menyertai aktiviti-aktiviti sukan di peringkat masyarakat dan kementerian berharap aplikasi sebegini dapat membantu masyarakat merentas silo kaum dalam sukan dan meningkatkan penglibatan dalam sukan di setiap peringkat masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, selain fokus kepada atlet elit, atlet pelapis dan rakyat Malaysia secara umum dalam mengharumkan bidang sukan Malaysia, kementerian memandang serius kebajikan bekas-bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara dalam sukan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan atau pun YAKEB bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kebajikan atlet dalam pelbagai aspek seiring dengan matlamat memberi manfaat kepada atlet negara sama ada yang masih aktif menyumbang tenaga ataupun yang telah bersara termasuk atlet kelainan upaya. Kesemua bekas atlet negara yang berdaftar dengan pihak YAKEB akan dilindungi dengan Skim Insurans untuk pembiayaan perubatan dan pampasan khairat kematian.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya, kegagalan Persatuan Sukan Bola Sepak Negeri membayar allowance dan gaji pemain-pemain bola sepak menyebabkan timbul isu bookie. Kementerian Belia dan Sukan telah pun mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Integriti yang ditubuhkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam membantu membanteras gejala rasuah dalam bola sepak kita melalui pendekatan education, engagement and enforcement, dengan izin. Kerjasama kementerian bersama jawatankuasa berkenaan yang turut dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mencapai kata sepakat iaitu mewajibkan semua persatuan atau kelab bola sepak menubuhkan Jawatankuasa Integriti masing-masing dengan pemantauan yang rapi.

Merujuk kepada usul yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani mengenai penstrukturan semula Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara yang telah melebihi enam tahun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kali terakhir penstrukturan semula MSN diluluskan oleh JPA pada 1 Disember 2008 dengan jumlah perjawatan sebanyak 236 jawatan, manakala ISN telah diperuntukkan sebanyak 72 jawatan.

Page 138: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

132 DN 16.12.2014

Pada 2 Oktober 2013, ISN telah menerima 61 jawatan tambahan menjadikan

keseluruhan perjawatan ISN sebanyak 131 jawatan. Pada Ogos 2013, MSN telah mengemukakan cadangan penstrukturan semula yang melibatkan penambahan jawatan kepada pihak KBS dan permohonan tersebut telah dipanjangkan kepada JPA pada Oktober 2014 untuk pertimbangan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani juga, pelantikan kontraktor bagi kerja-kerja menaik taraf padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dibuat secara tender terbuka. Perbelanjaan untuk projek menaik taraf padang Stadium Nasional bagi pembinaan rumput adalah sebanyak RM1.5 juta yang mana kos tersebut termasuklah pemunggahan profil tanah dan juga facility profile padang. Kos ini merupakan

kos pasaran yang bertepatan bagi kerja-kerja yang dijalankan dengan menggunakan rumput jenis bermuda hybrid yang dibawa dari negara Thailand yang berasaskan pasir atau pun sand-based pada permukaan padang.

Perbadanan Stadium Malaysia telah mengarahkan kontraktor untuk menjalankan program pemulihan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2014. Tempoh masa yang diberikan adalah selama dua bulan dan Perbadanan telah memutuskan bahawa sekiranya syarikat gagal dalam tempoh yang ditetapkan, Perbadanan akan menamatkan kontrak sedia ada. Dalam tempoh tersebut, kontraktor telah menjalankan culture practice bagi memulihkan permukaan padang. Kerja-kerja scarifying linear aeration top grass brushing dan penggunaan bahan tambahan seperti penggunaan bio-stimulant diaplikasikan dalam proses pemulihan tersebut.

Dimaklumkan Perbadanan masih mengalami masalah kekurangan penerimaan cahaya matahari di kawasan penjuru padang dan ini menyebabkan sebahagian kawasan tersebut mempunyai kepadatan rumput yang rendah. Perbadanan mengambil inisiatif menggunakan grow light pada kawasan tersebut bagi membantu pertumbuhan rumput.

Berkaitan dengan penganjuran Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki pada 20 Disember, hari Sabtu ini, saya merasakan keadaan padang pada waktu ini adalah pada 75 peratus hingga 80 peratus bersedia. Namun atas keputusan FAM dan juga AFF menganjurkan perlawanan tersebut di Stadium Bukit Jalil, KBS akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kelancaran pada perlawanan tersebut nanti.

■2240

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin, pembinaan fasiliti kolam renang di luar bandar seperti pembinaan mana-mana fasiliti sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan perlu mengambil kira kesesuaian daripada aspek keperluan permintaan lokasi dan juga penyelenggaraan memandangkan tidak semua pihak berkuasa tempatan sanggup untuk menyediakan peruntukan penyelenggaraan sesebuah kolam renang yang mungkin mencecah puluhan ribu sebulan berbanding pendapatan hasil kutipan tiket. Pihak kementerian tidak bercadang untuk membina kolam renang di kawasan luar bandar buat masa ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato’ Goonasakaren A/L Raman, pengurusan KOMBES, Kompleks Belia dan Sukan diletakkan di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri bagi memudahkan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, belia-belia di persekitaran digalakkan untuk menjalankan aktiviti mereka dengan kerjasama pihak KOMBES.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan Yang Berhormat Senator To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin berhubung perkara yang telah dibangkitkan. Untuk makluman, dalam memastikan belia di luar bandar, isu yang dibangkitkan mendapat akses latihan dan kemahiran teknikal. Kementerian melalui 20 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di seluruh negara turut menawarkan program-program di luar IKBN iaitu seperti bidang jahitan, elektronik, melalui kerjasama dengan agensi swasta bagi menampung permintaan para belia yang tercicir daripada sistem pendidikan mahupun para belia yang telah bekerja tetapi ingin menambahkan kemahiran mereka. Antaranya program seperti Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) pada hujung minggu dan program perantisan. Jumlah belia luar bandar yang mengikuti program tersebut di bawah KBS adalah seramai 23,902 orang.

Page 139: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 133

Tuan Yang di-Pertua, setakat itu saja maklum balas dan jawapan saya ke atas

pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Kementerian Belia dan Sukan.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khairy Jamaluddin: Yes.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Sebelum Yang Berhormat Menteri

mengakhiri, saya ingin menyampaikan satu dua soalan. Pertama saya ucapkan tahniah kerana Yang Berhormat Menteri telah mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan prestasi juara-juara sukan kita di masa akan datang seperti mengadakan pemilihan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah. Ini saya percaya boleh membawa kebaikan iaitu membawa balik pingat emas terutama dalam Sukan Asia pada tahun 2018. Saya juga hendak ucapkan tahniah kerana telah banyak juga memberi bantuan pembangunan sukan kepada bidang-bidang sukan.

Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, kalau dapat bina stadium latihan bagi sukan karate dan silat. Sekarang ini kita pinjam gelanggang yang terdapat di Bukit Jalil. Kalau ada pusat latihan yang lebih khusus, saya percaya karate dan silat akan terus membawa pingat emas untuk Malaysia. Kedua, sukan teras ada enam. Bolehkah dimasukkan juga silat dan karate? Terima kasih.

Tuan Khairy Jamaluddin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Tan

Sri, soalan yang pertama, saya amat menghargai sumbangan Ahli Yang Berhormat Senator Tan Sri dalam membangunkan sukan karate.

Untuk makluman Dewan ini, di bawah kepimpinan Ahli Yang Berhormat Senator Tan Sri, karate Malaysia bukan hanya muncul sebagai kuasa di peringkat rantau Asia Tenggara malah telah pun menang pingat perak baru-baru ini di kejohanan dunia. Syabas dan tahniah atas pencapaian tersebut. Sama juga dengan pencapaian silat kita di bawah Senator Yang Berhormat Megat kita dan juga Yang Berhormat Tan Sri juga yang menjadi pahlawan kita, yang menunjukkan kepimpinan yang begitu baik sekali dalam bidang martial art. Saya sebagai Menteri Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai dan saya melihat kepada prestasi. Sekiranya prestasi itu baik, kita akan buat apa saja untuk memastikan kita beri pembiayaan yang terbaik.

Oleh sebab Tan Sri minta dalam Dewan yang mulia ini supaya diadakan satu Dewan ataupun stadium yang khusus untuk martial art, untuk seni pertahan diri di Bukit Jalil, maka di sini saya ingin memberitahu kepada Tan Sri bahawa dalam perancangan saya, dalam fasa kedua pembangunan Bukit Jalil yang akan diadakan dalam tempoh masa yang terdekat, kita akan membina satu gelanggang khusus untuk seni pertahan diri [Tepuk]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Untuk sukan itu Tan Sri, sebenarnya seni pertahan diri banyak seni pertahan diri termasuk dalam 19 core sport, 6 itu sukan teras. Kita sekarang ini mengamalkan core sport, 19 core sport dan sudah termasuk dalam core sport tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja daripada Kementerian Belia Sukan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Ini Yang

Berhormat Menteri Belia dan Sukan kita ini cukup rajin nampaknya. Saya rasa kalau dia boleh datang pun agaknya, kita, itu seorang Yang Berhormat Menteri contoh. Kalau semua Yang Berhormat Menteri datang bagus juga. Ramai juga Yang Berhormat Menteri tunjuk muka pun tidak ada Yang Berhormat. So ini saya hendak sampaikan kepada orang itu,

datang-datanglah tengok di sini. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Sekarang saya silakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini Yang Berhormat ini nampak dalam keadaan macam itu pun datang juga. Bagus Yang Berhormat, teruskan. Yang Berhormat kena tolong itu, dipicit-picit.

Page 140: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

134 DN 16.12.2014

22.45 mlm.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Halimah binti Mohd. Sadique]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang

Berhormat Timbalan Menteri MOSTI kena tolong picitkan mikrofon saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan bagi pihak kementerian KPKT untuk mengucapkan terima kasih kepada 14 Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah pun mengambil bahagian dan membangkitkan lapan isu yang telah pun saya kumpulkan yang berkaitan dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Isu yang berkaitan dengan harga rumah telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Yahaya bin Mat Ghani. Kementerian berpendapat Tuan Yang di-Pertua, bahawa penilaian kemampuan pemilikan rumah tidak boleh lagi diasaskan kepada negara secara keseluruhannya kerana ia akan menunjukkan gambaran yang tidak tepat daripada keadaan sebenar. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani, kerajaan telah pun menubuhkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di bawah Kementerian Kewangan dan bagi memantau segala pertumbuhan industri hartanah di seluruh negara.

Antara fungsi NAPIC ini Yang Berhormat, adalah untuk mengumpulkan data tentang permintaan dan juga penawaran hartanah daripada pelbagai pihak dan menasihati kerajaan tentang perancangan pembangunan hartanah di peringkat negara. Berdasarkan daripada laporan daripada NAPIC Tuan Yang di-Pertua, purata harga rumah di Malaysia pada suku tahun pertama bagi tahun 2014 - RM276,668 dan hanya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak saja yang telah pun mencatatkan purata harga rumah melebihi daripada RM300. Malah purata harga rumah pada tempoh yang sama di Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Kedah, Pahang, Kelantan dan juga Perlis masih di bawah daripada RM200 ribu.

Manakala berdasarkan kepada laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan purata isi rumah telah pun meningkat daripada RM4,025 sebulan pada tahun 2009 kepada RM5,000 sebulan bagi tahun 2012. Purata pendapatan isi rumah ini dijangkakan iaitu seseorang individu akan dapat memiliki rumah di bawah harga RM300,000. Peningkatan harga rumah di negara ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, turut di pengaruh oleh beberapa faktor lain seperti lokasi, kos tanah, kos buruh, kos bahan binaan serta kemudahan yang disediakan oleh pemaju dan terdapat juga faktor-faktor yang menyumbang.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini kerajaan juga telah pun mengambil beberapa langkah proactive cooling-measures, dengan izin, dan juga fiskal untuk menstabilkan harga rumah di pasaran. Antara langkah-langkah yang telah pun diambil oleh pihak kerajaan, yang pertama ialah untuk meningkatkan kadar cukai keuntungan hartanah. Kedua, meningkatkan harga jualan minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

Ketiga, meningkatkan ketelusan harga jualan hartanah di mana pemaju perlu mempamerkan secara terperinci harga jualan termasuk semua manfaat dan insentif yang akan diberikan kepada pembeli. Keempat melarang pemaju perumahan melaksanakan projek berciri Developer Interest-Bearing Schemes (DIBS) dengan izin, dan yang kelima ialah sebagai langkah tambahan garis panduan mengenai Loan-to-Value (LTV) 70 peratus juga telah pun dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi mengurangkan spekulasi daripada mereka yang membeli lebih daripada dua buah rumah, di mana mereka ini akan hanya mendapat pinjaman sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus lagi perlu ditanggung oleh diri sendiri.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan supaya rakyat dapat memiliki rumah bukan saja melalui kementerian, termasuk daripada PR1MA dan SPNB.

■2250

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif ada, tak ada? Tak ada saya jawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua.

Page 141: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 135

Seterusnya saya beralih kepada isu seterusnya- susahlah tangan sebelah ini. Bila

tangan sebelah ini susahlah Tuan Yang di-Pertua. Isu yang telah pun dibangkitkan berkaitan dengan isu pemantauan Majlis Perumahan Negara. Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid ada?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Adam ada, Yang Berhormat

Adam ada.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Ada?

Tuan Yang di-Pertua: Dia keluar tadi.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Okey. Yang Berhormat Senator Dato’ Adam

bin Abdul Hamid, untuk makluman Yang Berhormat, termasuk juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman dan juga Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan mekanisme pemantauan terhadap projek-projek perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan supaya semua program perumahan ini dapat dipantau dengan sebaiknya.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini telah pun diwujudkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Jawatankuasa Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri KPKT dan jawatankuasa ini dianggotai oleh Jabatan Perumahan Negara, kedua PR1MA, jabatan dari Jabatan Perdana Menteri (SPNB), daripada Kementerian Kewangan, agensi-agensi pusat, kerajaan-kerajaan negeri, Bank Negara, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) dan juga Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sabah (SHAREDA).

Fungsi dan peranan jawatankuasa yang saya nyatakan ini Tuan Yang di-Pertua, yang pertama ialah untuk meneliti bincang syor sebarang perkara yang berkaitan dengan sektor perumahan yang akan dibentangkan kepada Majlis Perumahan Negara, meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan juga dengan Kerajaan Tempatan, pantau, menyelaras penyediaan rumah mampu milik supaya selaras dengan dasar dan juga sasaran yang telah pun ditetapkan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, laporan daripada segi pelaksanaan semua program perumahan ini akan dibentangkan kepada Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang kedua baru sahaja dilangsungkan pada petang tadi jam 3 petang yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Fungsi Majlis Perumahan Negara ini memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, membolehkan supaya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bekerjasama rangka strategi pelan tindakan untuk tambah baik lagi sistem penyediaan perumahan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua...

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua boleh Yang

Berhormat?

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Ya, ya jemput Yang Berhormat Tan Sri.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Saya ucapkan terima kasih. Berkaitan

dengan Majlis Perumahan Negara dan juga rumah kos rendah ya, kerajaan sekarang jual RM35,000. Isu yang timbul mereka yang nak beli ini kena pinjam dari bank yang telah ditentukan. Akan tetapi, pihak bank masih lagi ketat. Kena semak dengan CCRIS ya dan sebagainya sedangkan pembeli-pembeli ini orang miskin. Kadang-kadang ada hutang sana, ada hutang sini tetapi bank tidak bagi pinjaman.

Oleh sebab itu saya harap kerajaan dapat kembalikan semula agar bayaran balik kepada pejabat daerah ataupun kepada bank yang telah dipilih tetapi bank janganlah guna sistem biasa. Ia mesti bagi special, istimewa macam mana DO bila orang miskin itu dah lulus, terus saja bagi kunci dan bayar deposit katakanlah sebulan sewa ataupun bayaran yang pertama. Maka, dengan cara begini mudahlah bagi orang miskin. Saya harap kementerian dapat berjuanglah supaya sistem ini dapat dilaksanakan semula. Terima kasih.

Page 142: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

136 DN 16.12.2014

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Boleh, boleh. Terima kasih kepada Senator

Tan Sri Mohd Ali, terima kasih. Ia sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Tan Sri, pihak kementerian sudah pun merangka cadangan sedang masih lagi dalam peringkat perbincangan untuk dihalusi. Ini kerana selain daripada mereka mempunyai tangga gaji yang rendah, tidak memudahkan mereka untuk mendapatkan pinjaman bank dan sebagainya. Maka kerajaan di peringkat kementerian telah pun mencadangkan supaya mungkin boleh digunakan kemudahan yang diletakkan di bawah program pelesenan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian iaitu Lesen Pemberi Pinjam Wang.

Kita mengharapkan mudah-mudahan kita masih lagi di peringkat pertama dan sedang dihalusi. InshaaAllah kalau pada tahun depan pihak kementerian boleh mengguna pakai Lesen Pemberi Pinjam Wang yang ada kepada kementerian dan inshaaAllah kita harapkan supaya itu dapat memberikan kemudahan untuk kita membantu kepada mana-mana pembeli rumah yang bertangga gaji yang rendah dan sebagainya untuk mendapatkan pinjaman. Kita masih lagi sedang menghalusi itu Yang Berhormat Tan Sri.

Jadi kerana untuk berurusan dengan pihak bank, bank telah pun menetapkan cara bank dan maka kerana itu pihak kementerian telah mendatangkan cadangan yang sedemikian. Selain daripada itu, kesukaran untuk mendapatkan pinjaman ini juga merujuk kepada statistik Bank Negara Malaysia. Cuma 18.8 peratus sahaja daripada mana-mana permohonan pinjaman perumahan yang ditolak iaitu untuk tahun 2014. Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan.

Selain daripada itu, isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman iaitu supaya peranan untuk memantau SPNB dan juga PR1MA yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan– kenapa tidak diletakkan kepada Kementerian Perumahan supaya dapat dikawal selia dan dijalankan secara keseluruhan? Ini adalah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Rahim.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya dah sebutkan tadi bahawa tidak ada masalah dan kerana peranan kepada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga peranan yang akan dilaksanakan oleh Majlis Perumahan Negara yang telah saya sebutkan tadi.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani yang berkaitan untuk mewujud, mencadangkan supaya mewujudkan sebuah pusat penyimpanan data pemilikan rumah. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian sedang dalam usaha membangunkan satu sistem pangkalan data yang bertujuan untuk kita kumpulkan dan simpan semua data-data perumahan yang dibina bukan sahaja oleh Jabatan Perumahan Negara termasuk agensi-agensi kerajaan termasuklah kerajaan-kerajaan negeri dan juga PR1MA serta SPNB dan termasuk juga perumahan-perumahan yang dibina oleh sektor swasta.

Sistem ini dibangunkan Tuan Yang di-Pertua bertujuan untuk mengumpul, membantu kerajaan untuk memastikan supaya semua perancangan pembinaan perumahan dilaksanakan dengan baik oleh semua agensi yang telah pun saya nyatakan tadi. Sistem pangkalan data perumahan ini akan kita kongsikan secara bersama dengan semua pihak.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader tentang isu permit iklan. Yang Berhormat telah pun bertanyakan apakah tindakan kementerian terhadap pihak pemaju yang mengeluarkan iklan tanpa mempamerkan harga unit.

Untuk makluman Yang Berhormat, setiap pemajuan perumahan di Semenanjung Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan di bawahnya. Akta 118 ini dikuatkuasakan bagi bertujuan untuk kita pastikan supaya semua pemajuan perumahan dijalankan secara teratur, terancang serta mewujudkan industri perumahan yang berdaya saing.

Selain daripada itu, semua pemaju perumahan hanya boleh dilaksanakan setelah pemaju perumahan mendapatkan lesen pemajuan Yang Berhormat serta permit iklan dan jualan di bawah akta ini melalui kementerian saya.

Page 143: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 137

Selain daripada itu, sekiranya kesalahan dilakukan menerusi Peraturan 6(1) dalam

Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 telah pun ditetapkan supaya setiap iklan oleh pemaju perumahan berlesen selain daripada yang disampaikan melalui alat terima radio, televisyen hendaklah mengandungi butiran seperti nombor lesen, nombor permit, nama dan alamat pemaju, serta juga harga jualan dan lain-lain maklumat yang telah pun ditetapkan seperti jenis pegangan, tanah, tarikh projek dijangka siap dan sebagainya.

■2100

Sekiranya didapati terdapat mana-mana pemaju perumahan yang melakukan kesalahan yang saya sebutkan tadi, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 23A, Akta 118 yang membolehkan kementerian mengenakan kompaun terhadap pemaju berkenaan di antara minimum RM4,000 dan maksimum RM20,000 dan bagi kesalahan berkaitan dengan iklan seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 24(2)(g) Akta 118. Sekiranya pemaju gagal untuk menjelaskan kompaun ataupun melakukan kesalahan-kesalahan berulang Yang Berhormat, maka pengawal perumahan iaitu kementerian boleh mengambil tindakan untuk mendakwa pemaju di mahkamah dan menyenaraihitamkan syarikat dan ahli lembaga pengarah.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya beralih kepada isu penyediaan perumahan di bawah kementerian yang telah pun dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Antara isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin ada? Ada, ada. Agaknya dekat luar agaknya. Memohon supaya kerajaan khususnya melalui Jabatan Perumahan Negara dan SPNB untuk membina dan membawa skim perumahan ini ke Terengganu khususnya dalam kawasan Yang Berhormat Senator di Marang. Untuk makluman Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian tidak ada halangan. Sekiranya bersedia juga untuk menimbang mana-mana permohonan untuk kita bina PPR baru daripada mana-mana kerajaan negeri. Walau bagaimanapun kelulusan pembangunan ini tertakluk kepada kemampuan kewangan. Bagi tahun 2015 mungkin pihak Kerajaan Negeri Terengganu boleh cadangkan untuk membina PPR di kawasan Marang.

Selain daripada itu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon ada atau tidak ada? Tidak ada? Tidak ada, saya menjawab secara bertulis. Terima kasih. Isu yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani...

Tuan Yang di-Pertua: Ada?

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Ada.

Tuan Yang di-Pertua: Ada, keluar tadi.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya?

Tuan Yang di-Pertua: Ada, ada.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya

saya hendak jawab yang berkaitan dengan soal CF yang kadang-kadang pembeli sewa rumah kena bayar, loan bank dan sebagainya, kelewatan untuk mendapatkan CF daripada pihak berkuasa tempatan. Pihak kementerian KPKT Tuan Yang di-Pertua, sentiasa memantau pelaksanaan projek perumahan yang dilesenkan bagi memastikan supaya projek berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual sehingga memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Sekarang kita tidak pakai CF lagi. Kita gunakan CCC ataupun Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO).

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani mulai daripada 12 April 2017 sistem CCC iaitu Perakuan Siap dan Pematuhan telah pun dikuatkuasakan mengganti CFO. Melalui sistem ini CCC dikeluarkan oleh profesional-profesional selaku principle submitting person, dengan izin, berbanding dengan sistem CFO di mana kebenaran merancang, KM dan pelan bangunan dikemukakan untuk kelulusan pihak berkuasa tempatan dan kemudian baru pihak berkuasa tempatan akan keluarkan CF.

Melalui sistem baru ini Tuan Yang di-Pertua, proses ini telah pun dimudahkan dan dipercepatkan di mana pelan bangunan masih perlu dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi CCC dikeluarkan oleh principle submitting person, dengan izin, dan pihak berkuasa tempatan masih lagi tetap memainkan peranan untuk check and balance bagi

memastikan semua peraturan yang dikuatkuasakan itu dipatuhi.

Page 144: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

138 DN 16.12.2014

Dalam masa yang sama kementerian akan terus memantau secara rapi bagi

projek perumahan swasta yang berada dalam kategori lewat dan juga kategori sakit.

Untuk makluman Yang Berhormat juga pihak KPKT sentiasa mengadakan perbincangan bersama pihak pemaju, pihak berkuasa tempatan dan juga pihak utiliti agar projek-projek yang menghadapi masalah kelewatan akan dapat diselesaikan dengan segera.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya juga telah bangkitkan rumah transit. Saya telah menjawab dalam soalan lisan pada 10 Disember. Jadi saya tidak berhajat untuk mengulang jawapannya sekali lagi pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi saya akan hantarkan salinan jawapan saya yang telah saya jawab pada 10 Disember untuk makluman kepada Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani.

Isu yang dibangkitkan seterusnya oleh Yang Amat Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat iaitu tentang perumahan, tentang jumlah keseluruhan daripada 143,000 yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah pun berjanji Yang Berhormat untuk membina sebanyak 1 juta buah rumah dalam tempoh lima tahun mulai pada tahun 2013. Sehingga 30 November 2014, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat sejumlah 95,124 unit rumah telah pun siap dibina bagi tahun 2014. Dari tahun 2013 hingga 30 November 2014 dan sebanyak 42,857 unit masih lagi dalam peringkat pembinaan dan 249,468 unit rumah lagi masih dalam peringkat perancangan.

Ini janji yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan bajet dan juga berjanji untuk kita terus menyediakan kemudahan perumahan untuk tempoh lima tahun daripada tahun 2013. Sehingga 30 November 2014 Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah pun menyiapkan 101 projek PPR yang di bawah tanggungjawab kementerian iaitu melalui Jabatan Perumahan Negara yang melibatkan 73,542 unit rumah di seluruh negara dan 23 projek sedang dalam pelaksanaan terdiri daripada 12,447 unit rumah dan manakala 44 projek dengan 16,476 unit sedang dirancang.

Bagi tahun 2013 sahaja untuk makluman Yang Berhormat kementerian telah pun menyiapkan sebanyak 3,737 unit rumah PPR yang melibatkan lapan projek. Untuk tahun 2014, kerajaan telah pun menyediakan peruntukan sebanyak RM578 juta bagi kita memulakan projek-projek PPR yang melibatkan pembinaan sebanyak 16,473 unit PPR di seluruh negara.

Bagi isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bagi pelaksanaan rumah PPR ini kementerian kita tidak melaksanakan sistem 50:50 Yang Berhormat bersama pihak kontraktor yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat. Pelaksanaan pembangunan projek PPR ini sebenarnya kita menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan secara sepenuhnya dan dilaksanakan melalui kaedah perolehan kontrak yang berkuat kuasa. Selain daripada itu untuk makluman Yang Berhormat juga pihak kontraktor yang dilantik ataupun diterima untuk melaksanakan sesuatu projek akan melaksanakan projek PPR berdasarkan kepada harga dan juga kontrak yang telah dipersetujui.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator S. Bagiam iaitu berkaitan dengan jumlah rumah yang sudah siap, saya baru sebutkan tadi Yang Berhormat. Saya harap itu dalam makluman Yang Berhormat.

Seterusnya isu pembiayaan perumahan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif ada? Ada. Saya tidak berapa cam malam ini Tuan Yang di-Pertua minta maaf. Saya cam Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam sahaja [Ketawa] Saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif. Terima kasih.

Saya beralih seterusnya kepada isu yang dibangkitkan sekali lagi oleh Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah. Untuk makluman Yang Berhormat isu yang telah pun Yang Berhormat bangkitkan, KPKT bercadang untuk menubuhkan bank tanah, land bank khusus bagi pembangunan rumah-rumah di bawah PPR, di bawah Jabatan Perumahan Negara di seluruh negara pada masa yang akan datang. Melalui land bank ini atau bank tanah, kerajaan akan membeli tanah-tanah yang strategik dan juga pengambilan balik tanah melalui Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

Page 145: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 139

Mengikut laporan NAPIC Tuan Yang di-Pertua, purata harga tanah bagi

perumahan untuk tahun 2010 hingga tahun 2014 di bandar-bandar utama di seluruh negara telah meningkat antara 33 peratus sehingga 150 peratus. Kos tanah merupakan komponen kos utama dalam mana-mana perancangan pembangunan rumah PPR yang dibangunkan oleh Jabatan Perumahan Negara dan di samping kos infra dan juga kos pembinaan yang lain. Dijangkakan supaya kos projek dapat dikurangkan kerana tanah telah pun kita peroleh lebih dahulu dalam perancangan bank tanah tersebut. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu untuk merancakkan lagi pembinaan PPR, tanpa masalah ke atas isu tanah. Saya ada sedikit sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua.

■2310

Seterusnya isu yang berkaitan dengan kuota rumah kos rendah dan bumiputera yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader. Ini sebenarnya antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Perumahan Negara petang tadi, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian amat prihatin dan mengambil berat tentang permasalahan penjualan unit bumiputera ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Perumahan Negara yang telah pun saya nyatakan tadi, yang telah bermesyuarat pada petang tadi, pihak kementerian akan menyediakan sebuah kertas dan untuk kita mendapatkan maklumat dari semua pihak kerajaan negeri. Ini kerana kuota unit rumah bumiputera ini Yang Berhormat, ia adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, di bawah Dasar Perumahan Negeri. Arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi supaya kita dapatkan semua feedback dari semua negeri dan kemudian akan dibentangkan dalam Mesyuarat Perumahan Negara pada masa yang akan datang dan untuk dibincangkan bersama-sama dengan ketua kerajaan negeri, iaitu Yang Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri, bagaimana cara untuk kita menyelesaikan soal penjualan unit kuota bumiputera ini. Ini kerana pelepasan untuk penjualan, ada negeri yang meletakkan syarat selepas enam bulan,baru boleh buat permohonan untuk pelepasan, akan tetapi ada negeri yang mengenakan syarat yang lebih panjang. Maka kerana itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Perumahan Negara pada sesi yang akan datang dan kemudian saya akan memaklumkan kepada Yang Berhormat.

Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman. Pada dasarnya pembangunan rumah mampu milik ini merupakan salah satu daripada teras utama Dasar Perumahan Negara, Tuan Yang di-Pertua. Di mana rumah mampu milik ini bukan sahaja dilaksanakan oleh agensi seperti kementerian, SPNB, PR1MA, malah ia juga dilaksanakan oleh agensi dan kerajaan negeri yang ada yang membantu dalam pembangunan rumah mampu milik.

Bagi kumpulan sasar berpendapatan rendah, di bawah pendapatan threshold income, dengan izin, RM2,500 ke bawah, maka kerajaan telah pun mengadakan program-program perumahan seperti PPR di bawah kementerian KPKT, Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB, Program Bantuan Rumah di bawah KKLW. Bagi pendapatan isi rumah antara RM2,500 sehingga RM10,000, kerajaan telah menyediakan program di bawah Skim Perumahan Mampu Milik oleh PR1MA, skim MyHome di bawah KPKT, Rumah Idaman Rakyat oleh SPNB serta Program Perumahan Penjawat Awam (PPA1M).

Kerajaan Persekutuan memohon kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri, Tuan Yang di-Pertua supaya sama-sama akan dapat merancang untuk mengadakan program-program perumahan khususnya bagi Rumah Mesra Rakyat di peringkat negeri-negeri. Di samping itu juga, kerajaan negeri yang mempunyai dasar khusus untuk menentukan kuota pembinaan bagi harga jualan rumah mampu milik ini dan kita harap supaya dasar ini akan dapat digunakan semasa memberikan kebenaran merancang dan juga building plan.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Tuan Chong Sin Woon, tidak ada? Saya jawab secara bertulis. Saya minta maaf mungkin isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman lebih panjang daripada itu, dan saya akan jawab secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu, isu yang dibangkitkan sekali lagi oleh Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani perlu mewajibkan pemaju hartanah swasta membina rumah kos rendah sekurang-kurangnya pada 30 peratus. Ia menjadi amalan ataupun Dasar Perumahan Kerajaan Negeri, Yang Berhormat untuk menetapkan kuota pembinaan kos rendah ataupun kos sederhana rendah.

Page 146: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

140 DN 16.12.2014

Itu tanggungjawab yang telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri.

Beberapa peratusan kuota, sama ada 30 peratus atau 40 peratus, itu bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri melalui Dasar Perumahan Negeri yang ada.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya pun sudah sebut tadi, faktor kepada kenaikan harga rumah, saya telah sebutkan pada peringkat awal, pada jawapan yang telah pun saya nyatakan tadi.

Kedua terakhir, dua sahaja lagi isu Tuan Yang di-Pertua. Isu garis panduan perancangan tanah perkuburan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau JPBD Semenanjung Malaysia telah pun menerbitkan Garis Panduan Perancangan Tanah Perkuburan Islam dan Bukan Islam 1997 sebagai panduan kepada pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan dan mana-mana badan berkanun dan juga pihak swasta mengenai keperluan perancangan tanah perkuburan Islam dan bukan Islam.

Garis Panduan Tanah Perkuburan Islam dan Bukan Islam 1997 ini masih diguna pakai sehingga kini. Yang Berhormat bertanya, bilakah agaknya hendak dibuat pindaan terhadap garis panduan yang berkenaan? Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa pihak kementerian sedang menyemak semula tentang kedua-dua garis panduan yang saya sebutkan tadi, yang kini dikenali sebagai Garis Panduan Perancangan Tanah Perkuburan dan Krematorium. Itu garis panduan baru yang kita kenali, yang dua-dua itu digabungkan atas nama Garis Panduan Perancangan Tanah Perkuburan dan Krematorium. Draf garis panduan ini akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan Yang Berhormat, dan pindaan-pindaan baru ini akan melibatkan pendekatan untuk mengatasi segala masalah kekurangan tanah perkuburan di kawasan membangun seperti pertambahan bilangan krematorium dan juga perkuburan Islam yang bertingkat.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin. Ada? Tidak ada. Saya jawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf kerana sudah jam 11.17 malam, saya ingin mengambil kesempatan sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyambutnya dan Selamat Tahun Baru 2015. Terima kasih di atas segala pandangan, teguran dan sebagainya, dan saya minta maaf sekiranya saya tidak dapat jawab semua akan tetapi ia telah pun diambil sebagai pertimbangan kepada pelaksanaan tanggungjawab di peringkat kementerian. Saya ucapkan terima kasih.

Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Cukup, cukup.

Sekarang saya mempersilakan- terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, silakan.

23.17 mlm.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam

1Malaysia. Kementerian yang ke-23, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu ingin saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan dengan isu-isu di bawah kementerian ini sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015.

Seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat sedia maklum, MOSTI bertanggungjawab menerajui agensi sains, teknologi dan inovasi negara menerusi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan, perkhidmatan sains dan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi. Menyedari akan kepentingan STI, MOSTI akan terus memberi tumpuan khusus kepada aspek pengkomersialan produk R&D.

Page 147: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 141

MOSTI juga menyasarkan peningkatan kadar pengkomersialan produk R&D yang

dibiayai di bawah dana awam kepada 15 peratus menjelang tahun 2020 berbanding hanya 8 peratus pada masa ini. Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan kasar R&D - 1.1 peratus daripada KDNK kepada 2 peratus menjelang tahun 2020.

Sepanjang dalam sesi ini, hanya dua orang Yang Berhormat sahaja yang telah menyentuh isu-isu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Pertama pada 3 Disember 2014, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah mendapat celahan daripada Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah berkenaan dgn MBOT ataupun akta baru Rang Undang-undang Teknologi dan Juruteknik. Sebenarnya akta ini sudah pun dibacakan untuk bacaan kali pertama pada 27 November 2014.

■2320

Saya hari itu bercadang hendak buat bacaan kali kedua pada sesi yang lepas tetapi oleh sebab terlalu banyak akta, akta ini akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga pada Parlimen akan datang. Jadi, memang kita hanya mendapat kelulusan daripada Kabinet pada 14 November. Jadi kita mengambil masa dua minggu dan ini akan menyelesaikan banyak masalah dan tidak akan memberi manfaat melebihi daripada 300,000 orang pelajar graduate yang dalam bidang kemahiran. Ini akan memberi

satu lagi bidang profesional yang baru di Malaysia dan sudah tentu ini akan disambut baik oleh mereka yang berkelulusan kemahiran seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Senator tadi.

Kedua, pada Hari Kebangsaan 11 November 2014, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Rohani binti Abdullah ada bertanya sejauh manakah kejayaan program Transformasi bioekonomi khususnya melalui program Pembangunan Komuniti Bioekonomi ataupun Bioeconomy Community Development yang telah diumumkan pada Bajet 2014 yang lalu. Saya juga telah menjawab beberapa soalan ini sebelum ini. Sebagaimana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, program BCDP yang saya maksudkan tadi adalah merupakan salah sebuah komponen di bawah program BTP yang telah diumumkan dalam Bajet 2014 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Objektif utama BCDP ini adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat-syarikat berstatus BioNexus dan projek-projek BTP melalui perladangan kontrak untuk meningkatkan pendapatan dan pengeluaran petani melalui penggunaan bioteknologi dan untuk memaksimumkan potensi ekonomi di tanah-tanah terbiar.

Secara umumnya, projek ini memerlukan penglibatan oleh para petani ataupun penduduk di kawasan luar bandar untuk menanam tanaman yang bernilai tinggi atau bahan mentah yang berpotensi untuk dijadikan input kepada syarikat-syarikat yang berstatus BioNexus dan projek-projek di bawah program BTP. Program BCDP ini juga memberikan tumpuan yang khusus bagi mewujudkan nilai tambah kepada syarikat-syarikat yang berstatus BioNexus termasuk projek-projek di bahawa BTP melalui pembangunan rantaian bekalan bahan mentah yang selamat dan berkualiti. Di samping itu, program ini juga dijangka dapat menjana pendapatan tambahan kepada para petani melalui mekanisme belian balik yang dijamin oleh syarikat-syarikat ini. Penglibatan langsung daripada syarikat BioNexus dan projek-projek di bawah BTP juga akan dapat mewujudkan bioentrepreneurs yang baru seperti mana yang telah diumumkan.

MOSTI melalui BiotechCorp salah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi-agensi di bawah MOA seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pelaksanaan program BCDP ini di bawah Blue Ocean Strategy. Setakat ini, seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat Senator, tujuh projek perintis BCDP dalam peringkat pelaksanaan iaitu di kawasan Kota Tinggi, Johor melibatkan tanah seluas 400 ekar, di Kuala Linggi, Melaka melibatkan tanah seluas lima ekar, Pasir Raja, Terengganu melibatkan tanah seluas 1,000 ekar dan Balik Pulau, Pulau Pinang melibatkan tanah seluas 10 ekar.

Kesemua program perintis ini dijangka akan beroperasi, pasal ia baru sahaja diumumkan daripada projek 2014, beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan, tahun 2015. Projek-projek perintis ini melibatkan seramai 47 orang petani dan dijangka mampu untuk menjana pendapatan tambahan dengan purata sebanyak RM4,200 sebulan kepada para peserta dan seterusnya pula dijangka akan menyumbang sebanyak RM5.2 juta setahun kepada ekonomi negara.

Page 148: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

142 DN 16.12.2014

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Rohani binti Abdullah

juga telah bertanya apakah perancangan dan pelan tindakan MOSTI berhubung dengan pelbagai bentuk dana yang akan disalurkan bagi tujuan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dalam Bajet 2015. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, MOSTI telah diperuntukkan sebanyak RM195 juta bagi tujuan pembiayaan aktiviti pembangunan penyelidikan sahaja. Selain daripada itu kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi inisiatif baru iaitu public private research network yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama MTDC iaitu agensi di bawah MOSTI dan sejumlah ‘RM500’ juta kepada Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bagi program Technology Commercialization Platform.

Pada tahun 2015, MOSTI masih lagi mengekalkan skim pembiayaan yang sedia ada iaitu skim dana sains, dana pengkomersialan untuk TechnoFund dan InnoFund. Namun demikian, MOSTI juga telah merangka cadangan memperluaskan skop bagi skim dana pra pengkomersialan yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan sebagai penambahbaikan kepada skim dana sedia ada bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan agensi-agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan.

Pelan peluasan skop pendanaan MOSTI ini termasuklah memperkenalkan dana fasilitasi dan penghubung ataupun facilitation and bridging funds. Dana ini lebih bersifat kepada tipping point dan pemangkin untuk melonjakkan kapasiti syarikat startup kepada tahap pengkomersialan dan seterusnya meningkatkan tahap kesediaan pengurusan produk R&D tempatan ataupun dipanggil increase commercialization readiness. Dana fasiliti dan penghubung tersebut juga bertujuan untuk mengurangkan jurang kegagalan antara fasa pra pengkomersialan dan pengkomersialan- ia ada gaps di situ. Dana ini dijangka akan dapat membantu pemilik-pemilik teknologi untuk mempertingkatkan tahap kesediaan produk R&D mereka bagi menembusi pasaran menerusi peningkatan bimbingan rapat ataupun handy hand holding yang melibatkan kolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan. Pembiayaan ini

akan meliputi aktiviti seperti reka bentuk produk, inkubator perniagaan, kajian klinikal, kajian pasaran, projek demonstrasi, pelabelan, pembungkusan, akreditasi dan persijilan.

Selain daripada itu, perluasan skop oleh MOSTI juga akan turut memasukkan agensi penting inovasi sosial di bawah skim Community Innovation Fund ataupun CIF

setelah mengambil kira keadaan semasa dan asimilasi yang boleh berlaku di semua peringkat dan sektor ekonomi. Skim Community Innovation Fund ini skim sedia ada juga diwujudkan bagi membantu kumpulan komuniti penterjemah pengetahuan dan idea kepada produk, proses dalam perkhidmatan untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat. Dengan elemen inovasi sosial tersebut, maka skop pembiayaan MOSTI akan dapat diperluaskan kepada projek yang memberi manfaat dan impak yang besar kepada komuniti melalui idea R&D yang terbaru.

Saya ingat itu sahaja penjelasan saya yang seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa MOSTI secara langsung atau secara tidak langsung dan bagi mengakhiri penggulungan ini saya mengucapkan terima kasih. Segala teguran dan saranan Ahli Yang Berhormat yang mana semuanya akan diberi perhatian serius oleh MOSTI untuk tindakan sewajarnya akan diambil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima

kasih Yang Berhormat. Tanpa buang masa saya persilakan Kementerian Kewangan menggulung.

11.28 mlm.

Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasaan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 di Dewan yang mulia ini.

Page 149: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 143

Seramai 16 orang yang terlibat iaitu Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul

Rahim bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad, Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin, Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah, Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som A/L Inong, Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul, Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah, Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani, Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, mengenai kedudukan ekonomi.

Walaupun berdepan cabaran kejatuhan harga minyak mentah dunia, kerajaan yakin sasaran paras defisit sebanyak 3 peratus daripada KDNK pada tahun 2015 dapat dicapai berdasarkan kepada perkara-perkara berikut. Kebergantungan kepada hasil berkaitan petroleum telah berkurangan daripada 41.2 peratus pada tahun 2009 kepada 29.7 peratus pada tahun 2014. Ia dijangka akan terus berkurangan dengan unjuran untuk tahun 2015 pada 27 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil kerajaan.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Pelaksanaan GST secara langsung telah memperluas asas cukai dan mempelbagaikan hasil pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung pada sumber hasil daripada petroleum yang bersifat berkurangan dan cukai pendapatan yang dipengaruhi keadaan ekonomi semasa.

■2330

Kerajaan juga telah menambahbaikkan pentadbiran cukai supaya lebih cekap dalam pungutan dan manfaatkan kemajuan teknologi seperti e-filing bagi memudahkan pembayaran, meningkatkan pematuhan cukai termasuk melalui penguatkuasaan dan pengauditan cukai yang lebih baik. Memperteguh asas-asas ekonomi makro negara untuk meningkatkan lagi aktiviti ekonomi dan keuntungan sektor swasta. Kerajaan sedang giat melaksanakan program pembaharuan fiskal secara berperingkat bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan memastikan kemapanan fiskal jangka panjang negara bagi mengekalkan daya tahan ekonomi negara.

Di samping itu harga minyak yang rendah dijangka akan memberikan kesan yang positif kepada ekonomi negara. Ini kerana penurunan harga minyak akan mengurangkan kos kepada perniagaan dan pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi. Seterusnya, menggalakkan permintaan domestik melalui perbelanjaan penggunaan persendirian, private consumption, dengan izin, yang lebih tinggi. Tambahan pula, penjimatan perbelanjaan subsidi yang ketara berikutan keputusan kerajaan untuk beralih kepada sistem pengapungan terkawal harga runcit petrol RON95 dan diesel berkuat kuasa 1 Disember 2014, mampu mengimbangi penurunan hasil akibat kejatuhan harga minyak.

Selain daripada itu kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kecekapan perbelanjaan kerajaan bagi mengelakkan pertambahan peruntukan dan ketirisan. Kerajaan membuat penilaian secara berterusan ke atas keperluan perbelanjaan dengan mengambil kira komitmen baru serta keupayaan jabatan kerajaan untuk menjayakan projek yang dirancang. Kerajaan juga telah memperkenalkan sistem outcome based budgetting (OBB), dengan izin, untuk menambahbaikkan pengurusan belanjawan secara terhemat. Kerajaan akan terus memantau dan membuat penilaian kedudukan kewangan kerajaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kemapanan fiskal untuk tempoh jangka masa sederhana dan panjang. Kita kekal komited untuk mengurangkan defisit secara berperingkat ke arah mencapai bajet berimbang pada tahun 2020.

Mengenai penyusutan nilai ringgit yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Syed Shahir dan Yang Berhormat Senator Tan Sri Ali.

Page 150: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

144 DN 16.12.2014

Penyusutan nilai ringgit bukanlah satu kes yang terpencil kerana kebanyakan mata

wang pasaran membangun juga turut mengalami penyusutan nilai berikutan peningkatan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dunia. Walaupun nilai ringgit telah menyusut baru-baru ini, apa yang penting ialah di sebalik peningkatan volatility mata wang ringgit, pasaran kewangan masih kekal teratur. Di samping itu prospek pertumbuhan ekonomi dan asas-asas ekonomi yang masih kukuh akan memastikan bahawa nilai ringgit akan kembali mengukuh untuk mencerminkan asas-asas ini.

Penilaian yang dibuat pada masa ini menunjukkan bahawa penyusutan nilai semasa ringgit tidak menjejaskan ekonomi negara. Seperti mana-mana ekonomi lain di dunia, terdapat segmen ekonomi yang mendapat manfaat apabila nilai mata wang jatuh. Ada juga pihak yang akan mengalami kerugian. Contohnya, apabila ringgit menyusut nilai, walaupun pembeli barangan dan perkhidmatan dalam mata wang asing terpaksa membayar harga yang lebih tinggi daripada segi ringgit, kesannya akan di seimbang oleh manfaat yang diperoleh pengeksport barangan dan perkhidmatan dalam mata wang asing berikutan hasil perolehan yang lebih tinggi dalam denomination ringgit. Ini termasuklah sektor pelancongan yang akan mendapat manfaat ekonomi yang besar.

Apa yang penting ialah asas-asas ekonomi Malaysia terus kukuh, disokong oleh beberapa faktor utama. Termasuklah kepelbagaian sumber ekonomi yang menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan, sistem kewangan yang stabil serta rizab antarabangsa yang tinggi. Ini terbukti kerana semenjak ringgit diapungkan pada 21 Julai 2005, ringgit telah meningkat sebanyak 9.7 peratus berbanding dengan dolar Amerika dan sebanyak 5 peratus berbanding dengan mata wang 10 orang rakan dagangan utama negara. Kekuatan ringgit sepanjang tempoh ini mencerminkan prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan dan pengukuhan asas-asas ekonomi negara.

Mengenai rasionalisasi subsidi, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany. Kerajaan terus komited untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi. Namun, apabila kita melaksanakan pengapungan terkawal, rasionalisasi subsidi ini kita tangguhkan untuk sementara waktu.

Kemudian, Yang Berhormat Senator Tuan Syed Husin Ali, beliau tidak ada dalam Dewan. Ada beberapa perkara yang dibangkitkan. Yang Berhormat Senator Tan Sri Ali Rustam, Yang Berhormat Senator Tan Sri Abdul Rahim bin Abdul Rahman, menyentuh tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Berdasarkan simulasi harga yang telah dijalankan, sebanyak 56 peratus barang dan perkhidmatan dijangka akan mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus. Kerajaan jangkakan bahawa indeks harga pengguna akan meningkat pada kadar 1.08 peratus sahaja. Peningkatan ini adalah secara one-off dan sementara dan akan stabil dalam tempoh jangka masa pendek. Peningkatan ini adalah minimum disebabkan pelbagai barang tidak dikenakan GST termasuk produk petroleum.

Namun begitu, penurunan harga hanya akan berlaku sekiranya peniaga menyalurkan semua penjimatan yang diperoleh daripada pemansuhan SST, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan kepada pelanggannya. Sebaliknya, harga barang tidak akan mengalami penurunan seperti dijangkakan sekiranya peniaga tamak, mengambil kesempatan dan menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga atau mengambil keuntungan secara berlebihan.

Bagi mengelakkan peniaga mendapat peluang untuk mengambil keuntungan berlebihan, kerajaan telah mewujudkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan demi menjaga kepentingan rakyat. Sistem GST yang akan dilaksanakan di Malaysia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kepentingan golongan ini sentiasa dijaga. Di mana pelbagai barang dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST. Semasa pembentangan Bajet 2015 yang lalu bagi mengurangkan lagi beban golongan berpendapatan rendah, kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Ali juga telah bertanyakan tentang kekeliruan kerana terdapat pihak yang memutarbelitkan fakta mengenai GST. Kita ingin menyatakan bahawa GST merupakan satu sistem cukai yang lebih telus, cekap dan berkesan berbanding sistem Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) pada saat dan ketika ini. Kelebihan sistem GST ini telah terbukti apabila lebih 160 buah negara telah pun melaksanakannya.

Page 151: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 145

Model GST di Malaysia mampu menjadikan sistem percukaian lebih adil serta

berpotensi menjana hasil demi memastikan kedudukan kewangan negara terus mampan dalam jangka masa panjang untuk membiayai pembangunan ekonomi bagi manfaat rakyat. Ini memandangkan GST tidak membebankan golongan berpendapatan rendah. Oleh itu struktur GST yang akan dilaksanakan di Malaysia bersifat progresif dan bukan regresif kerana kepentingan golongan berpendapatan rendah sentiasa dilindungi.

Bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu memutar belit maklumat berkaitan GST, kerajaan melalui pelbagai saluran perhubungan sentiasa mempergiatkan program kesedaran dan latihan GST secara berterusan. Pelbagai aktiviti penerangan dan pemakluman GST pada umum telah, sedang dan akan terus dilaksanakan. Kita juga mengadakan komunikasi secara bersemuka, media massa, media digital, online sebagai aktiviti pemakluman kepada rakyat.

Penjelasan dan kempen GST juga dilaksanakan melalui pelbagai program wawancara, bual bicara, iklan, pengumuman, kapsul dan sebagainya melalui saluran stesen televisyen dan juga radio kerajaan dan swasta. Bagi memastikan strategi komunikasi GST yang lebih cekap dan memberi kesan yang positif, kerajaan juga memberi fokus dalam menangani isu-isu GST di media sosial. Ini memandangkan media tradisional kurang berkesan, terutamanya daripada segi kepantasan, penyampaian maklumat yang tepat. Dengan itu tumpuan diberikan kepada pemantauan isu-isu GST di media sosial secara real time bagi menangani isu yang boleh disensasikan sehingga mengakibatkan salah faham, terutamanya di kalangan golongan muda. Untuk penjelasan dan keterangan lanjut mengenai GST, orang ramai boleh melayari laman web www.gst.customs.gov.my

Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Hamid, kenapakah kerajaan tidak memperkasakan bahasa kebangsaan dengan menggunakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) berbanding dengan GST? Istilah rasmi yang diguna pakai kerajaan ialah Cukai Barang dan Perkhidmatan, yang mana ia boleh dilihat dalam perundangan yang diguna pakai iaitu Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Naskhah sahih untuk perundangan percukaian ini adalah dalam bahasa Malaysia. Penggunaan istilah GST hanya digunakan dalam proses komunikasi dan dalam sesi penerangan yang dijalankan. Istilah GST diguna pakai di Malaysia selaras dengan pemakaiannya di peringkat antarabangsa dan ini dapat mengurangkan kekeliruan di kalangan semua pihak, termasuk masyarakat peniaga dan pengguna.

Selain itu ia juga adalah untuk menunjukkan bahawa sistem percukaian yang akan dilaksanakan ini bukanlah satu sistem yang baharu. Penggunaan istilah GST ini juga memudahkan peniaga atau pengguna untuk mendapatkan maklumat dari luar negara. Sebagai contoh, mereka hanya perlu menaip perkataan “GST” semasa membuat carian dalam internet dan semua maklumat berkaitan GST akan terpapar.

Yang Berhormat Senator Datuk Lucas bin Umbul, bagi kategori ubat, sebanyak 2,900 jenis ubat untuk merawat lebih 30 jenis penyakit telah ditetapkan layanan GST pada kadar sifar. Senarai ubat ini adalah berdasarkan senarai ubat penting nasional yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai 2,900 ini sedang dalam diproses untuk ditingkatkan kepada 4,900. Dengan itu, kerajaan tidak bercadang untuk mengecualikan ubat herba tradisional daripada GST memandangkan ia bukan sebahagian daripada ubat penting nasional. Di samping itu, adalah sukar untuk menentukan dengan tepat kandungan suatu produk herba tradisional untuk disahkan sama ada sebagai kategori ubat atau vitamin atau sebagai makanan tambahan.

■2340

Pelbagai jenis tumbuhan juga boleh didakwa sebagai ubat tradisional yang mana ia akan menimbulkan isu klasifikasi dan berpotensi besar membuka peluang untuk mengelakkan pembayaran GST. Bagi ubat tradisional yang dijual secara runcit di luar bandar atau oleh kedai atau orang yang mempunyai nilai jualan kurang daripada RM500,000, ia tidak akan tertakluk kepada GST.

Yang Berhormat Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah, kerajaan telah menetapkan bahawa yuran penyelenggaraan atau maintenance fee yang dibayar oleh pemilik pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah dikecualikan daripada GST. Ini bertujuan untuk mengurangkan beban kepada penghuni yang merupakan golongan berpendapatan rendah.

Page 152: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

146 DN 16.12.2014

Yang Berhormat Datuk Yahaya Mat Ghani, kerajaan sangat prihatin terhadap

kemudahan perumahan kepada rakyat. Dengan itu, semua jenis rumah kediaman tanpa mengira harga termasuk rumah yang berharga melebihi RM500,000 adalah tidak dikenakan GST. Langkah ini diambil bagi memastikan kesan ke atas rakyat dalam golongan berpendapatan rendah di tahap minimum.

Berdasarkan simulasi Jabatan Kastam, dijangkakan kos pembinaan rumah bagi pemaju perumahan hanya akan meningkat sekitar 1 peratus hingga 2 peratus sahaja. Sekiranya berlaku peningkatan yang lebih daripada paras tersebut ke atas harga rumah kediaman, ia bukanlah disebabkan oleh GST tetapi disebabkan oleh faktor selain daripada GST. Antaranya termasuklah aktiviti spekulasi, peningkatan kos input pembinaan, kenaikan kadar gaji, pertukaran mata wang asing dan juga mendapatkan keuntungan yang berlebihan.

Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk membendung aktiviti spekulasi hartanah yang boleh menyumbang kepada peningkatan harga rumah kediaman dengan menaikkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Langkah ini telah dibuat mulai tahun taksiran 2014 yang telah diumumkan dalam Bajet 2014 supaya tiada peningkatan yang ketara ke atas harga rumah kediaman.

Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaiton mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi memastikan hanya yang layak sahaja yang akan menerima BR1M. Proses verifikasi maklumat penerima BR1M akan dibuat setiap tahun. Proses verifikasi dilaksanakan secara menyeluruh dengan semakan bersama data-data daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sehubungan itu, setiap penerima dipohon agar dapat mengemas kini maklumat peribadi mereka dan proses semakan data dapat dibuat dengan lebih tepat seterusnya dapat mengelak keciciran bagi mereka yang tercicir. Kerajaan juga memberi peluang kepada mereka untuk membuat rayuan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin, Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd. Salim, pemberian bantuan tunai BR1M bantuan jangka pendek bermatlamat membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup. BR1M dilaksanakan dengan mengambil kira keupayaan kedudukan kewangan negara dan pengukuhan dasar fiskal kerajaan serta selaras dengan hasrat kerajaan untuk menstrukturkan subsidi ke arah subsidi bersasar.

BR1M juga pakej pelengkap kepada semua program bantuan kerajaan. Penetapan kriteria pendapatan di bawah RM4,000 adalah kerana golongan ini golongan yang mudah terjejas apabila program rasionalisasi kerajaan dilaksanakan. Bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000, terdapat pelbagai bantuan lain yang ditawarkan oleh kerajaan seperti bantuan elaun sara hidup di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kepada golongan bujang, kerajaan akan terus fokus dalam memberikan pendidikan dan latihan kemahiran serta pendedahan di dalam bidang keusahawanan. Ini bagi memastikan mereka ini lebih berdaya saing terutamanya dalam mendapatkan pekerjaan dalam masa hadapan.

Pada masa ini, penetapan isi rumah di bawah RM4,000 sebagai penerima BR1M masih dikira munasabah mengambil kira matlamat BR1M iaitu bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah. Penetapan kriteria pendapatan di bawah RM4,000 adalah kerana golongan ini golongan yang mudah terjejas. Selain daripada BR1M, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif yang lain antaranya penerusan subsidi barangan seperti beras, minyak masak dan gas memasak, pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah, baucar buku RM250, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan juga pengurangan kadar cukai individu sebanyak satu hingga tiga mata peratusan. Contohnya, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425.

Tambahan pula, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan sumber kewangan pinjaman bagi melibatkan diri dalam industri kecil-kecilan dan keusahawanan. Terdapat banyak sumber seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, MARA dan dana PKS dan mikro kredit yang ditawarkan dengan bantuan subsidi kadar faedah oleh kerajaan.

Page 153: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 147

Dari semasa ke semasa, kita akan terus menambahbaikkan program-program

bantuan bagi memastikan ia dapat terus membantu rakyat.

Mengenai Yang Berhormat Senator Chandra Mohan mengenai KWSP. Ahli-ahli KWSP terdiri daripada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam. Sehingga September 2014, KWSP mempunyai seramai 14.11 juta orang ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.59 juta orang. Bilangan majikan aktif pula seramai 528,369 orang majikan. Untuk makluman, kadar caruman KWSP Malaysia adalah kelima paling tinggi dalam dunia iaitu 24 peratus daripada gaji pekerja di mana majikan 13 peratus dan pekerja 11 peratus. Pertama, Singapura, 35 peratus; kedua, China, 30 peratus; ketiga, Greece, 29 peratus; keempat, Sepanyol, 28 peratus; dan kelima, Malaysia, 24 peratus. Setakat hari ini, KWSP telah memperkenalkan banyak langkah untuk meningkatkan simpanan persaraan.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Abdul Rahim bin Abdul Rahman mengenai UDA Holding. Matlamat penubuhan UDA adalah untuk membantu kaum bumiputera mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pegangan ekuiti dalam semua kegiatan perdagangan dan perusahaan di setiap peringkat. Sejak UDA diswastakan kira-kira 15 tahun yang lalu, semua keistimewaan yang dinikmati telah ditarik balik. Sekarang UDA tidak lagi diberi geran dan UDA perlu mempelbagaikan modal yang diberikan kira-kira 20 tahun dahulu untuk mendapatkan dana dan sebagainya untuk kos pentadbiran serta modal tabungan terbaru. Oleh sebab itu, UDA terpaksa menggunakan sumber yang terhad.

UDA merupakan pemilik ruang niaga terbesar di Malaysia dengan 60 peratus disewakan kepada bumiputera. Berdasarkan rekod sedia ada, UDA tidaklah memberikan tumpuan kepada projek pembangunan hartanah komersial...

Timbalan Yang di-Pertua: Masih banyak lagikah yang nak dijawab, Yang

Berhormat Timbalan Menteri?

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Saya kira sebelum berubah hari saya

selesai.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah, teruskan.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Ini dibuktikan melalui peratusan penyertaan

bumiputera yang tinggi dalam pemilikan hartanah dan premis perniagaan yang dibangunkan dalam setiap projek pembangunan UDA. Sebanyak 5,687 ataupun 81 peratus unit kediaman dijual kepada bumiputera, 85 peratus unit rumah ruang niaga dijual kepada bumiputera, 59 kontrak pembinaan diberikan kepada kontraktor bumiputera, 107 kontrak perundingan diberikan kepada perunding bumiputera. Usahawan dan peniaga bumiputera sentiasa didahulukan untuk berniaga di Kompleks Perniagaan milik UDA seperti Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur dan Angsana Mall, Johor Bahru.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor mengenai rangkaian Hotel Seri Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelan perniagaan rangkaian Hotel Seri Malaysia adalah berdasarkan sistem francais di mana di bawah aturan francais RHSM, usahawan individu bumiputera yang berpotensi akan dilatih dalam jangka masa tertentu iaitu sehingga mereka boleh berdikari tanpa bantuan kerajaan yang mana selepas tempoh tersebut, usahawan terbabit akan digantikan dengan usahawan baru bagi menguruskan cawangan hotel rangkaian Seri Malaysia.

Saya cuba meringkaskan. Yang Berhormat Puan Hajah Mariany binti Mohamad Yit, pada masa ini terdapat 14 orang kakitangan warga asing yang berkhidmat di Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp). Pengambilan kakitangan warga asing berkenaan adalah perlu kerana melibatkan skop bidang tugas yang memerlukan kepakaran seperti kerja pembinaan terowong. Kesemua kakitangan warga asing merupakan pegawai yang ditempatkan dalam bahagian projek di MRT Corp dan skop kerja mereka berkait langsung dengan pengurusan pembinaan MRT.

Perbankan dan kewangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaiton dan Yang Berhormat Datuk Dr. Asyraf Wajdi. Berdasarkan Laporan Pembangunan Kewangan Islam 2014 yang diterbitkan oleh Islamic Corporation for the Development of Private Sector dan Thomson Reuters, Malaysia menduduki tempat pertama daripada 92 buah negara yang dinilai berdasarkan pelbagai aspek pembangunan dan prestasi industri kewangan Islam. Ini kali pertama diumumkan di dalam Dewan ini.

Page 154: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

148 DN 16.12.2014

Pengiktirafan ini ekoran daripada langkah berterusan kerajaan sejak penubuhan

inisiatif Malaysia International Islamic Finance Centre pada lapan tahun yang lepas bagi memajukan ekosistem kewangan Islam yang lengkap serta berdaya maju.

Pada umumnya, kita bermatlamat melonjakkan aktiviti kewangan Islam merentas sempadan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasaran terbuka yang berhubung rapat dengan rangkaian pusat kewangan Islam. Berikutan dengan inisiatif yang dijalankan, Malaysia kini telah menjadi negara terkemuka dalam industri kewangan Islam dengan sumbangan aset kewangan Islam yang terbesar pada peringkat global iaitu sebanyak USD423 bilion atau 25 peratus daripada pasaran dunia pada tahun 2013.

■2350

Kita akan terus mengusahakan pengiktirafan global ini dan kita sentiasa merangka perundangan yang kukuh, membuat amalan tadbir urus yang berkesan, fungsi kawalan pengurusan risiko syariah, fungsi penilaian syariah, fungsi audit syariah, langkah pengawalseliaan berterusan oleh Bank Negara dan pelbagai inisiatif pembangunan modal insan bagi memperkasa pematuhan syariah. Kalau saya hendak baca tajuk topik itu sahaja bertukar hari, jadi saya meringkaskan.

Kerajaan tidak berhasrat untuk menubuhkan Bank Pusat yang baru selain Bank Negara Malaysia untuk menangani dwi sistem kewangan di Malaysia. Kerajaan telah mengiktiraf kewujudan dua sistem perbankan dalam konteks Malaysia dan kedua-dua sistem perbankan Islam dan perbankan konvensional telah dikawal selia secara berkesan oleh Bank Negara Malaysia.

Mengenai ketidakseimbangan antara peruntukan belanja mengurus dan pembangunan ditimbulkan oleh dua Senator. Peruntukan pembangunan DE disediakan mengikut siling peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah ditetapkan sebanyak RM230 bilion serta keperluan aliran tunai projek yang hendak dilaksanakan. Kerajaan memutuskan supaya peruntukan pembangunan tahun 2015 adalah sebanyak RM48.5 bilion. Ini meningkat sebanyak RM4 bilion berbanding RM44.5 bilion pada tahun 2014.

Senator Dato’ Boon Som bertanyakan tentang status bumiputera. Kementerian Kewangan tidak mendaftarkan syarikat berdasarkan bangsa, tetapi sebaliknya pendaftaran dibuat berdasarkan struktur ekuiti bumiputera dan bukan bumiputera. Namun untuk mendapatkan status itu, beberapa syarat perlu dipenuhi termasuklah juga kena syarat ini kepada syarikat milik Melayu, Iban, Kadazan, bumiputera Sabah dan Sarawak termasuklah masyarakat Siam.

Pertama, pemilikan saham syarikat dimiliki oleh bumiputera. Seterusnya Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh bumiputera, jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan, Pengurus Besar ataupun key post hendaklah dipegang oleh bumiputera, pekerja syarikat terdiri daripada bumiputera, pengurusan kewangan dikuasai oleh bumiputera dan carta organisasinya hendaklah bumiputera, barulah dapat taraf bumiputera, tidak kiralah daripada masyarakat mana ia dipohon.

Kemudian Senator Puan Hajah Mariany mengenai UTC atau Pusat Transformasi Bandar. Bermula Jun 2012 sehingga kini, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan lapan buah UTC dan dua buah mini UTC. Bilangan pengunjung yang datang mendapatkan perkhidmatan di UTC dan mini UTC, Januari hingga November 2014 sebanyak 8,353,741 orang. Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk menubuhkan sebuah UTC di setiap negeri.

Penubuhan UTC dan mini UTC dilaksanakan dengan mengubahsuai dan menaik taraf bangunan kerajaan yang terbiar kosong. Dalam tahun 2015, kerajaan merancang untuk menubuhkan UTC Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis, Kelantan serta mini UTC di Kedah, Sabah dan Sarawak.

Senator Dr. Ariffin, Jabatan Akauntan Negara telah membuat dua laporan polis terhadap pegawai yang disyaki yang terlibat dalam kes penyelewengan mengenai RM1 juta dan ia sedang di bawah siasatan polis.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani mengenai SPNB, ia merupakan syarikat milik Kementerian Kewangan diperbadankan. SPNB telah pun menunjukkan satu sistem pangkalan data bagi program dan setakat ini di bawah SPNB terdapat 71,948 orang pemohon di dalam sistem pangkalan data SPNB dari tahun 2002.

Page 155: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif

DN 16.12.2014 149

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2015 adalah ekonomi keperluan rakyat dan kita

berharap tujuh strategik Bajet 2015 akan dapat dicapai iaitu:

(i) memperkukuh pertumbuhan ekonomi;

(ii) memantapkan tadbir urus fiskal;

(iii) mengupayakan modal insan dan keusahawanan;

(iv) memperkasa agenda bumiputera;

(v) memartabatkan peranan wanita;

(vi) membangun program transformasi belia negara; dan

(vii) menyejahterakan rakyat.

Akhirnya, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan pandangan dan saranan untuk perhatian Kementerian Kewangan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalahnya dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

[Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua]

Bacaan Kali Yang Ketiga

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

memaklumkan bahawa rang undang-undang bersama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan tahun 2015 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu telah disetujukan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 53(2) Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]:

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini

dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini

ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 17 Disember 2014.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 11.56 malam.]