reflektif praktikum

6
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER : JANUARI 2014 ______________________________________________________________ _____________ HBEF 3603 AMALAN PROFESIONAL ============================================================== ==== Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal NAMA : NUKMAN BIN YUNOS NO. MATRIKULASI : 791231715243001 NO. KAD PENGENALAN : 791231-71-5243 NO. TELEFON : 013-8601300 E-MEL : [email protected]

Upload: awafiq

Post on 18-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

790406115414001HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER : JANUARI 2014

___________________________________________________________________________

HBEF 3603

AMALAN PROFESIONAL

==================================================================

Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal

NAMA:NUKMAN BIN YUNOS

NO. MATRIKULASI : 791231715243001NO. KAD PENGENALAN: 791231-71-5243NO. TELEFON: 013-8601300E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN SABAH

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1

Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal

Setelah melaksanakan tugasan Fasa 1 iaitu menulis cadangan kajian tindakan (HBEF2503), kami perlu melaksanakan tugasan Fasa 2 iaitu HBEF 3603 Amalan Profesional.

Dalam tugasan kursus HBEF3603 Amalan Profesional ini, kami dikehendaki manjalani praktikum di sekolah iaitu melaksanakan inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF 2503. Sesi ini akan dipantau dan diselia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki menyediakan laporan praktikum seperti format yang disediakan dan dihantar sebagai T1A1 Semasa menjalani sesi praktikum, kami dikehendaki merakam suasana praktikum termasuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Seterusnya menyediakan laporan praktikum mengenai inovasi P&P. Kemudian kami perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif.

Pada awalnya saya betul-betul keliru dengan kehendak kursus ini. Saya juga berasa terbeban apabila memikirkan di saat kesibukan memulakan sesi persekolahan di awal tahun, saya terpaksa pula menjalani praktikum dan membuat rakaman, menulis laporan praktikum dan menulis jurnal reflektif. Namun, setelah bertenang dan memahami kehendak kursus dan berbincang dengan rakan-rakan serta tutor penyelia, barulah saya menyedari pada hakikatnya kursus ini bukanlah suatu bebanan,tetapi ianya suatu dokumentasi daripada amalan kerja hakiki seharian yang telah dilaksanakan sebelum ini. Cuma ianya perlu menepati beberapa perkara tertentu sebagai syarat pelengkap.

Apabila kehendak kursus ini diutarakan kepada pihak pentadbir sekolah, timbul sedikit perkara yang melucukan di saat memilih guru pembimbing yang akan menyelia tugasan ini. Masing-masing menolak kerana berpendapat sepatutnya saya yang membimbing mereka berdasarkan pengalaman lebih sepuluh tahun saya dalam pengajaran matematik ini. Namun, dengan penegasan daripada Guru Besar, akhirnya Pn. Noraini selaku Ketua Panitia Matematik bersetuju membimbing saya menyempurnakan tugasan ini.

Praktikum ini merupakan kesinambungan bagi melaksanakan tugasan Kajian Penyelidikan Dalam Pendidikan seperti apa yang telah dicadangkan dalam kertas proposal kajian. Dalam praktikum ini kami cuma perlu mengajar seperti biasa dan melaksanakan inovasi P&P seperti yang telah dirancang dan dicadangkan dalam proposal kajian.

Saya menjalani sesi praktikum di sekolah tempat saya bertugas di daerah Tuaran. Semasa menjalani praktikum saya melaksanakan inovasi P&P seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF 2503 iaitu kajian yang bertajuk penggunaan alat Jump To Transform (JTT) meningkatkan penguasaan murid tahun 4 dalam topik penukaran unit ukuran panjang.

Pengalaman melaksanakan praktikum ini dikira suatu cabaran baru apabila perlu dirakam dan dimuatnaik ke laman web YouTube. Walaupun berpengalaman lebih sepuluh tahun dalam bidang pendidikan ini, namun saya agak gementar melaksanakan sesi rakaman ini kerana sebelum ini pengajaran saya belum pernah dirakam. Namun dengan dorongan sahabat baik saya Puan Nurul Faizin, yang bertindak sebagai jurukamera serta guru pembimbing, saya berjaya juga melaksanakan sesi rakaman ini. Setelah melihat semula rakaman yang dihasilkan saya berasa terharu dan perbincangan dengan rakan serta guru pembimbing, ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Alhamdulillah, sesungguhnya sesi rakaman praktikum ini walaupun pada awalnya dirasakan suatu bebanan, namun keterpaksaan yang terpaksa dilalui membuahkan sesuatu yang positif. Saya semakin berkeyakinan dan menerbitkan keazaman baru untuk saya memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pengajaran saya.

Saya juga bersyukur kerana hasil daripada praktikum atau pelaksanaan P&P dengan inovasi seperti yang dicadangkan dalam proposal kajian tindakan itulah yang banyak membantu untuk menulis laporan dalam T1A3 kursus ini dan seterusnya menyiapkan kajian bagi bab 4 dan 5 nanti.

Berdasarkan analisis dapatan kajian yang diperoleh daripada ujian pra dan ujian pos, didapati majoriti pelajar sangat suka menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik. Perkara ini terbukti melalui ujian yang diadakan. Sebagai contoh, dalam ujian diagnostik, responden yang dipilih gagal untuk menjawab dengan tepat, namun selepas penggunaan inovasi ini, jelas menunjukkan penguasaan pelajar terhadap tajuk ukuran panjang ini dan terbukti apabila mampu menjawab ujian yang sama. Rakaman video ini juga menimbulkan keseronokan di kalangan pelajar yang dipilih sebagai responden. Apabila ditayangkan semula kepada mereka dan diberikan komentar, mereka nampaknya bersemangat dan meningkatkan motivasi mereka untuk memperbaiki pelajaran.

Sesungguhnya Kursus HBEF 3603 amalan profesional ini amat bermanfaat kepada guru-guru terutamanya yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG). Selain daripada memenuhi kehendak kursus, kursus ini dapat mendorong para guru untuk mengaplikasikan inovasi pendidikan. Selain itu ianya dapat meningkatkan kualiti pengajaran daripada sesi perbincangan dan bimbingan dengan guru pembimbing serta dapat meningkatkan keyakinan diri melalui sesi refleksi daripada rakaman video yang dilaksanakan.

2