reflektif perkahwinan

Upload: zaidawati-zainal

Post on 14-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 reflektif perkahwinan

    1/4

    Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurnia daninayah-NYA

    dapat saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Setelahbertungkus-lumus mengikut

    tempoh yang telah diberikan, maka inilah yang dapatsaya persembahkan. Sepanjang melakukan

    tugasan ini, saya tidak menghadapimasalah yang besar, hal ini kerana pensyarah Puan Norzaini

    Binti Yusof telahmemberi penerangan dengan jelas mengenai tugasan Kerja Kursus Projek

    (KKP)pada kali ini.Kerja kursus ini mempunyai dua soalan yang perlu dipilih. Saya dan Nur

    Izzahmemilih soalan dua iaitu kebudayaan Melayu dikatakan banyak dipengaruhi

    olehperadapan-peradapan yang pernah mendominasi alam Melayu.Kebudayaan mempunyai

    pelbagai definisi. Antaranya ialah budaya didefinisikansebagai suatu cara hidup yang diamalkan

    oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistemsosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,

    kepercayaan, adat resam , sikapdan nilai.Kebudayaan pula merujuk kepada tamadun sesuatu

    masyarakat yang diwarisidan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan

    menolak yangdipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem

    kehidupan,didalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial, kepercayaandan

    sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat.Pengalaman semasa menyiapkan

    tugasan ini adalah saya dapat memahamidengan lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu

    dari segi pantang larang, adatresam, agama dan sebagainya.

    Melalui tugasan ini, pelbagai pengetahuan baharu yang telah saya

    pelajari. Antaranya ialah pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu. Terdapatbeber

    apa pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu iaitu pengaruhanimisme, Hindu,

    Barat dan Islam. Pengaruh-pengaruh luar ini banyakmempengaruhi kehidupan masyarakat

    Melayu sehingga kini. Antaranya ialahpengaruh Hindu dalam adat perkahwinan , adat berinai,

    adat bersanding dansebagainya. Pengaruh animisme juga mempengaruhi masyarakat Melayu

    dalampantang larang.Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak mempunyai masalah

    yangbesar. Hal ini kerana, terdapat banyak sumber seperti buku dan laman sesawanguntuk

    dirujuk. Hanya satu masalah yang saya hadapi iaitu panjang tugasan adalahterhad sedangkan

    banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Hal inimenyebabkan saya perlu

    mengehadkan dan memuatkan hanya perkara yangpenting dalam tugasan ini. Masa untuk

    menyiapkan tugasan ini juga mencukupi. Apabila bahan rujukan banyak, masa untuk

    menyiapkan tugasan akan menjadi lebihsingkat. Tambahan pula, soalan tugasan diberikan awal,

  • 7/27/2019 reflektif perkahwinan

    2/4

    jadi saya dapat memulakantugasan dengan lebih awal dan sebelum praktikum

    bermula. Antara dapatan baharu yang saya perolehi ialah pengetahuan

    tentang sistemkepercayaan masyarakat, sistem hidup masyarakat Melayu semasa

    pengaruhanimisme, pengaruh Hindu, pengaruh Barat dan pengaruh Islam. Melalui tugasan

    ini juga, saya mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang adat resam,pantang larang

    yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Saya juga mengetahuisebab apa sesuatu adat resam

    dan pantang larang itu wujud.Secara kesuluruhannya, saya dapat lebih kefahaman, pengetahuan

    dan dapatmengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerjakursus

    ini. Saya berharap masyarakat Melayu masa kini memartabatkan bahasaibunda kita kerana

    bahasa Melayu mempunyai keindahan dan keunikan yangberbeza berbanding bahasa-

    bahasa lain di dunia ini seperti kata pepatah BahasaJiwa Bangsa .

  • 7/27/2019 reflektif perkahwinan

    3/4

    BIBLIOGRAFI

    Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran.

    Puchong,Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

    Boon, P. Y, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. (2011).

    Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Prof. Dr. Koentijaraningrat. (2007). Masyarakat Melayu Dan Budaya Dalam Perubahan.

    Yogyakarta : Adicita Karya Nusa.

    _________. (2009). Kepentingan Membina Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

    Dalam Konteks Sekolah Di Malaysia (Rasional Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)

    Dilayari Daripada Http://Nyongatthesky.Blogspot.Com/2009/06/Kepentingan -membina -

    persekitaran-bilik Html pada 17 Ogos 2012.

    http://nyongatthesky.blogspot.com/2009/06/Kepentinganhttp://nyongatthesky.blogspot.com/2009/06/Kepentinganhttp://nyongatthesky.blogspot.com/2009/06/Kepentingan
  • 7/27/2019 reflektif perkahwinan

    4/4

    Nur Diyana Bt Makhzani, Nur Hidayah Bt Afandi, Nurul Hafifah Bt. Abdul Razak.

    (__________). Bilik Darjah Mesra Budaya. Dilayari daripada

    ://Www.Scribd.Com/Doc/46531299/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya pada 17 Ogos 2012.

    Gotong Royong Kenduri Dulu dan Sekarang - Dilayari daripada

    http://www.tranungkite.net/lama/b05/warta680.htmpada 30 Ogos 2012

    http://www.tranungkite.net/lama/b05/warta680.htmhttp://www.tranungkite.net/lama/b05/warta680.htmhttp://www.tranungkite.net/lama/b05/warta680.htm