reflektif jurnal minggu 5

2
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 5 (02-06/02/2015) Isu/ Masalah/ Peristiwa: Isu yang saya ingin katakana pada minggu ini ialah berkaitan dengan murid yang tidak dapat dikawal semasa pdp sedang dijalankan. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa: Saya berasa amat sedih kerana murid yang saya ajar tidak dapat mendengar saya malah bermain semasa saya berada di kelas mereka. Terdapat murid yang bermain apabila mereka menyiapkan kerja yang diberikan. Namun apabila saya memberikan kerja yang lain, mereka telah hilang focus dan tidak ingin melakukan kerja yang diberikan. Saya berasa amat sedih kerana murid- murid ini tidak menunjukkan motivasi mereka untuk menimba ilmu. Murid yang berada di kelas ini kebanyakkannya murid yang lemah. Kerana kelas ini merupakan kelas yang terakhir. Terdapat murid yang masih lagi tidak mengenal nombor walaupun hamper 4 tahun belajar di sekolah rendah. Analisis isu/ masalah/ peristiwa: Punca: Saya telah mengajar kelas ini selama satu bulan. Walaupun saya hanya memasuki kelas ini sekali seminggu sahaja, namun saya tetap memberikan yang terbaik kepada murid kelas saya ini. Namun disebabkan hal ini, saya masih lagi tidak dapat mengawal kelas saya.

Upload: felisca-farah-rubert

Post on 24-Sep-2015

68 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 5 (02-06/02/2015)Isu/ Masalah/ Peristiwa:Isu yang saya ingin katakana pada minggu ini ialah berkaitan dengan murid yang tidak dapat dikawal semasa pdp sedang dijalankan. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa: Saya berasa amat sedih kerana murid yang saya ajar tidak dapat mendengar saya malah bermain semasa saya berada di kelas mereka. Terdapat murid yang bermain apabila mereka menyiapkan kerja yang diberikan. Namun apabila saya memberikan kerja yang lain, mereka telah hilang focus dan tidak ingin melakukan kerja yang diberikan. Saya berasa amat sedih kerana murid-murid ini tidak menunjukkan motivasi mereka untuk menimba ilmu. Murid yang berada di kelas ini kebanyakkannya murid yang lemah. Kerana kelas ini merupakan kelas yang terakhir. Terdapat murid yang masih lagi tidak mengenal nombor walaupun hamper 4 tahun belajar di sekolah rendah. Analisis isu/ masalah/ peristiwa:Punca: Saya telah mengajar kelas ini selama satu bulan. Walaupun saya hanya memasuki kelas ini sekali seminggu sahaja, namun saya tetap memberikan yang terbaik kepada murid kelas saya ini. Namun disebabkan hal ini, saya masih lagi tidak dapat mengawal kelas saya. Salah satu punca lain mengapa murid ini tidak mendengar arahan saya disebabkan oleh cara saya yang agak kasar. Saya menggunakan kaedah seorang guru yang garang menyebabkan mereka tidak berminat untuk mendengar arahan saya.Cadangan Penambahbaikan:Saya mengambil keputusan untuk menggunakan pendekatan yan lain bagi membantu murid saya untuk lebih bermotivasi untuk mempelajari ilmu yang baharu. Iaitu dengan menggunakan kaedah yang lebih lembut namun tegas dalam mendidik mereka.