refleksi trends n issues

16
Tajuk: Perbezaan Pencapaian Matematik Antara Sekolah Bandar dengan Sekolah Luar Bandar Kumpulan: 1 Hari: Isnin Tarikh: 17/1/2011 Masa: 8.00 11.00 a.m ISI-ISI PENTING 1. Guru merupakan faktor yang paling penting dalam memainkan peranan di dalam kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik serta dapat menarik minat pelajar. 2. Pembelajaran Matematik bukannya berkaitan dengan pengiraan semata- mata. 3. Pelajar tidak boleh mengharapkan guru semata-mata untuk mempelajari Matematik akan tetapi diri pelajar itu sendiri hendaklah menanamkan sifat minat akan mata pelajaran ini. 4. Ibu bapa di luar bandar kurang memberi pengharapan kepada anak mereka untuk melanjutkan pengajian. Sebagai ibu bapa, mereka perlulah memberi galakkan dan dorongan kepada anak mereka. 5. Pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris tidak menjadi punca perbezaan pencapaian Matematik antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar kerana sebelum menggunakan bahasa Inggeris sudah terdapat perbezaan. 1

Upload: izzati-hamid

Post on 20-Jun-2015

2.928 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Trends n Issues

Tajuk: Perbezaan Pencapaian Matematik Antara Sekolah Bandar dengan Sekolah Luar

Bandar

Kumpulan: 1

Hari: Isnin

Tarikh: 17/1/2011

Masa: 8.00 – 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING

1. Guru merupakan faktor yang paling penting dalam memainkan peranan di dalam kelas agar

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik serta dapat menarik minat pelajar.

2. Pembelajaran Matematik bukannya berkaitan dengan pengiraan semata-mata.

3. Pelajar tidak boleh mengharapkan guru semata-mata untuk mempelajari Matematik akan

tetapi diri pelajar itu sendiri hendaklah menanamkan sifat minat akan mata pelajaran ini.

4. Ibu bapa di luar bandar kurang memberi pengharapan kepada anak mereka untuk

melanjutkan pengajian. Sebagai ibu bapa, mereka perlulah memberi galakkan dan dorongan

kepada anak mereka.

5. Pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris tidak menjadi punca perbezaan pencapaian

Matematik antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar kerana sebelum menggunakan

bahasa Inggeris sudah terdapat perbezaan.

1

Page 2: Refleksi Trends n Issues

SOALAN

1. Adakah guru yang berpengalaman dan cemerlang perlu dihantar ke sekolah luar bandar?

2. Adakah dengan menggunakan alat bantu mengajar yang canggih dapat meningkatkan

pencapaian Matematik pelajar di sekolah luar bandar?

3. Adakah kedudukan sesebuah sekolah itu mempengaruhi pencapaian Matematik pelajar?

4. Bagaimanakah cara seorang guru dapat lakukan agar pencapaian Matematik pelajar sama ada

di sekolah bandar ataupun luar bandar meningkat?

5. Perlukah guru mengadakan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar yang lemah dalam

Matematik pada hujung minggu di sekolah luar bandar?

2

Page 3: Refleksi Trends n Issues

Tajuk: Perbezaan Pencapaian Matematik antara Lelaki dan Perempuan

Kumpulan: 2

Hari: Isnin

Tarikh: 24/1/2011

Masa: 8.00 – 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING

1. Pelajar perempuan memperoleh keputusan Matematik yang lebih baik berbanding pelajar

lelaki dalam peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 1996-2000.

2. Perbezaan pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian

rendah pelajar perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaian

rendah pelajar lelaki mula diperkatakan.

3. Guru boleh mengubahsuai suasana di dalam bilik darjah seperti mobiliti, bunyi dan

persekitaran bilik darjah tersebut memenuhi profil gaya pembelajaran yang lebih digemari

pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan. Guru juga perlu mengambil kira keadaan serta

ruang belajar di dalam bilik darjah yang lebih kondusif serta selesa dengan keperluan

pembelajaran pelbagai pelajar mereka.

4. Keyakinan dan minat merupakan dua elemen yang saling berkait dengan sikap seseorang.

Oleh itu, faktor ini juga mempengaruhi pencapaian Matematik antara lelaki dan perempuan.

5. Pada tahun 2004, pencapaian Matematik bagi tiga buah sekolah menengah di Terengganu

menunjukkan peratus kelulusan pelajar lelaki lebih tinggi berbanding pelajar perempuan.

Walaubagaimanapun, peratus cemerlang pelajar perempuan lebih tinggi. Daripada kenyataan

ini, dapat dirumuskan bahawa kemahiran Matematik bagi pelajar lelaki adalah dalam

lingkungan sederhana.

3

Page 4: Refleksi Trends n Issues

SOALAN

1. Mengapa ibu bapa lebih mengharapkan agar anak perempuan lebih berjaya? Tidakkah semua

ibu bapa mengharapkan semua anak-anak mereka berjaya tidak kira sama ada lelaki atau

perempuan?

2. Adakah pencapaian Matematik seseorang hanya dilihat pada keputusan peperiksaan?

Bagaimana pula dari aspek sosial dan emosi pelajar tersebut?

3. Adakah cara belajar yang berbeza antara lelaki dan perempuan mempengaruhi pencapaian

Matematik seseorang pelajar tersebut?

4. Adakah perbezaan pencapaian Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan melibatkan

semua bangsa Melayu, Cina dan India?

5. Adakah bahasa merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kelemahan pelajar sama

ada lelaki atau perempuan dalam mata pelajaran Matematik? Ini adalah kerana menurut Daud

(2000), antara sebab yang diberikan oleh pelajar apabila ditanya mengapa tidak dapat

menyelesaikan masalah Matematik ialah mereka tidak dapat memahami soalan yang diberi

terutama sekali soalan-soalan yang berbentuk ayat.

4

Page 5: Refleksi Trends n Issues

Tajuk: Perbezaan Pencapaian Matematik antara SK dan SJKC

Kumpulan: 3

Hari: Isnin

Tarikh: 7/2/2011

Masa: 8.00 – 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING

1. Daripada hujah-hujah yang dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa pencapaian Matematik

di SJKC adalah lebih baik berbanding di SK. Ini adalah berdasarkan laporan KPM mengenai

Prestasi Kebangsaan UPSR bagi tahun 1990 dan 2000 iaitu peratusan lulus bagi mata

pelajaran Matematik di SJKC adalah lebih tinggi.

2. Faktor utama yang menyumbang kepada wujudnya perbezaan dalam pencapaian Matematik

antara SK dan SJKC ialah ibu bapa. Ibu bapa bagi pelajar yang berbangsa Cina lebih

mengutamakan pencapaian akademik anak-anak mereka. Ini adalah kerana mereka ingin

anak-anak mereka menerajui dalam bidang perniagaan.

3. Waktu pembelajaran Matematik di SJKC lebih lama berbanding SK iaitu 360 minit

berbanding 120 minit di SK. Selain itu, mata pelajaran Matematik di SJKC diajar dalam dua

bahasa iaitu bahasa Mandrin dan bahasa Inggeris.

4. Perbezaan pencapaian Matematik ini bukanlah berfokuskan kepada bangsa semata-mata.

Akan tetapi, prinsip pembelajaran yang mesti ditekankan ialah gunakan sebanyak mungkin

deria yang kita ada.

5. Waktu pulang pelajar SJKC dari sekolah adalah lebih kurang jam 3 petang kerana waktu

pembelajaran mereka lebih lama.

5

Page 6: Refleksi Trends n Issues

SOALAN

1. Apakah yang menyebabkan perbezaan waktu pembelajaran untuk mata pelajaran Matematik

di SK dan SJKC? Sedangkan kedua-dua jenis sekolah ini di bawah Kementerian Pelajaran

Malaysia.

2. Adakah SJKC tiada sesi petang memandangkan waktu pembelajarannya lebih panjang

sehingga jam 3 petang?

3. Adakah pencapaian Matematik di SJKC lebih baik disebabkan guru-guru di SJKC memberi

latihan Matematik yang lebih banyak berbanding SK? Jadi, adakah ini bermakna guru-guru

di SK kurang memberi latihan?

4. Adakah buku teks yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bagus

sehinggakan kebanyakan SJKC mempunyai buku teks dan buku kerja alternatif sendiri? Oleh

itu, adakah tidak ada SK yang menggunakan buku kerja alternatif?

5. Adakah dengan membuat latih tubi yang banyak pada setiap hari pelajar akan dapat

menguasai subjek Matematik?

6

Page 7: Refleksi Trends n Issues

Tajuk: Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Matematik: Konstruktivisme vs Latih Tubi

Kumpulan: 4

Hari: Isnin

Tarikh: 21/2/2011

Masa: 8.00 – 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING

1. Perubahan tingkah laku dari segi pembelajaran ialah sesuatu yang murid tidak dapat buat

sebelum ini dan selepas sesuatu pembelajaran murid dapat buat.

2. Kaedah pembelajaran dan pengajaran Matematik yang lebih berkesan ialah konstruktivisme.

3. Antara ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme ialah menggalakkan murid bertanya dan

berdailog dengan guru dan memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

4. Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme ialah murid lebih faham, lebih ingat, lebih

berfikir, lebih yakin, lebih seronok dan lebih berkemahiran sosial.

5. Latih tubi biasanya lebih sesuai untuk mengukuhkan lagi kemahiran murid dalam sesuatu

topik. Selain itu, latih tubi menghadkan kebebasan pelajar untuk berfikir, membosankan,

tidak menarik dan lebih sesuai untuk soalan yang berbentuk penyelesaian masalah.

7

Page 8: Refleksi Trends n Issues

SOALAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan tingkah laku?

2. Bagaimana hendak mengajar dalam kelas bagi murid yang senyap?

3. Adakah peranan guru sebagai fasilitator akan menyebabkan berlakunya kemungkinan guru

tidak mengajar?

4. Adakah pendekatan konstruktivisme berkesan bagi kelas yang bilangan muridnya ramai? Jika

bilangan murid ramai bagi sesebuah kelas itu, adakah guru dapat mengendalikan kelas

dengan baik dan berkesan?

5. Adakah pendekatan konstruktivisme ini hanya boleh dijalankan oleh guru yang

berpengalaman sahaja? Bagaimana pula dengan guru yang kurang berpengalaman? Adakah

perlu diberikan kursus kepada mereka untuk mengendalikan kelas dengan menggunakan

pendekatan komstruktivisme?

8

Page 9: Refleksi Trends n Issues

Tajuk: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kumpulan: 5

Hari: Isnin

Tarikh: 28/2/2011

Masa: 8.00 – 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING

1. KSSR merupakan transformasi kurikulum yang terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul

Teras Tema dan Modul Elektif.

2. KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Salah satu sebab

istilah standard digunakan adalah untuk memastikan semua murid melepasi standard yang

ditetapkan.

3. Pendidikan seks telah diterapkan dalam subjek pendidikan kesihatan iaitu terdiri daripada

perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan & kekeluargaan, kemahiran kendiri dan

kesihatan & tingkah laku seksual.

4. KSSR menekankan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul. Jika dibandingkan

KBSR hanya menekankan 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

5. Penaakulan ialah mengembangkan fikiran, membuat pertimbangan dan penilaian dengan

menggunakan akal yang logik.

9

Page 10: Refleksi Trends n Issues

SOALAN

1. Apakah kelebihan KSSR dan apakah kelemahan KBSR sehinggakan perlu dilakukan

perubahan kurikulum?

2. Bagaimanakah guru hendak pastikan bahawa KSSR yang dijalankan berjaya dilaksanakan?

Adakah dengan melihat prestasi murid dalam ujian?

3. Adakah kelemahan yang ada pada KBSR sudah diatasi sepenuhnya sebelum melaksanakan

KSSR?

4. Apakah jaminan KSSR akan berjaya dilaksanakan jika kelemahan KBSR pun tidak berjaya

diatasi?

5. Adakah dengan penerapan pendidikan seks dalam subjek pendidikan kesihatan dapat

mengurangkan masalah sosial dalam kalangan murid terutama masalah pembuangan bayi

yang semakin berleluasa sekarang?

10

Page 11: Refleksi Trends n Issues

Tajuk: Penggunaan ICT dalam Mengajar Matematik:

Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer atau Pengajaran Matematik

Tanpa Menggunakan Komputer

Kumpulan: 6

Hari: Isnin

Tarikh: 7/3/2011

Masa: 8.00 – 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING

1. Penggunaan ICT dalam P&P Matematik ialah menggunakan ICT secara berfitrah, terancang

dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran Matematik. Berfitrah bermaksud proses pembelajaran yang menggalakkan

pelajar berfikir secara optimum atau mendalam.

2. Contoh pengajaran Matematik menggunakan perisian komputer ialah The Geometer’s

Sketchpad (GSP) iaitu bagi tajuk Penjelmaan Tingkatan 2.

3. Tidak dinafikan pembelajaran menggunakan komputer menarik. Akan tetapi tidak semua

topik Matematik sesuai menggunakan komputer kerana bagi topik yang melibatkan

pengiraan, murid akan lebih memahami apabila guru menunjukkan jalan kira di papan hitam.

4. Antara kelebihan komputer ialah hubungan interaktif iaitu dapat mengesan jawapan yang

salah, pengulangan dan maklum balas & peneguhan.

5. Penggunaan komputer dalam P&P Matematik bergantung kepada prasarana ICT di sekolah.

Ini adalah kerana tidak semua sekolah menyediakan makmal Matematik seperti makmal

Sains.

11

Page 12: Refleksi Trends n Issues

SOALAN

1. Apakah kelemahan ICT dalam pengajaran Matematik jika prasarana cukup?

2. Adakah tugas guru untuk mengajar akan berkurang jika pengajaran menggunakan komputer

sepenuhnya?

3. Adakah penggunaan ICT sesuai untuk pengajaran Matematik?

4. Mengapa penggunaan ICT tidak sesuai untuk pelajar yang lemah? Jika guru ingin

menggunakan juga ICT dalam pengajaran pelajar yang lemah, bagaimanakah cara yang

sesuai boleh guru lakukan?

5. Perlukah kerajaan bekalkan komputer bagi setiap kelas di sekolah? Dengan penggunaan

komputer dalam pengajaran Matematik, adakah pencapaian pelajar akan lebih meningkat?

12

Page 13: Refleksi Trends n Issues

Tajuk: Penggunaan Kalkulator dalam Matematik

Kumpulan: 7

Hari: Isnin

Tarikh: 14/3/2011

Masa: 8.00 – 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING

1. Penggunaan kalkulator akan membantu pelajar meningkatkan pembelajaran dalam

Matematik kerana masa untuk membuat pengiraan yang panjang akan dikurangkan. Oleh itu,

pelajar dapat menggunakan masa yang lebih untuk fokus pada penyelesaian masalah, konsep

dan aplikasi Matematik.

2. Selain itu, penggunaan kalkulator juga tidak menjejaskan kemahiran Matematik pelajar

kerana kalkulator hanya alat bantu untuk memudahkan pengiraan dan penyelesaian masalah.

3. Dengan penggunaan kalkulator, ia dapat merangsangkan kemahiran berfikir pelajar. Ini

adalah kerana kalkulator hanya memberi jawapan dan tidak memberikan penjelasan. Jadi,

pelajar sendiri perlu memikirkan sebabnya dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.

4. Akan tetapi, pelajar yang menggunakan kalkulator akan menjadi malas untuk berfikir.

Kadang-kadang soalan penambahan asas yang senang pun pelajar akan menekan kalkulator.

Ini menunjukkan pelajar tidak berfikir.

5. Oleh itu, kalkulator tidak boleh menggantikan kemahiran berfikir manusia yang kompleks.

Penggunaan kalkulator akan menjadi lebih berkesan jika kita memanfaatkannya dengan

betul.

13

Page 14: Refleksi Trends n Issues

SOALAN

1. Adakah sesuai jika penggunaan kalkulator turut diberikan kebenaran kepada murid sekolah

rendah?

2. Adakah wajar jika masa untuk menjawab soalan Matematik ditambah dengan syarat

penggunaan kalkulator tidak dibenarkan?

3. Adakah wajar jika penggunaan kalkulator hanya dibenarkan semasa proses P&P dan apabila

waktu peperiksaan tidak dibenarkan?

4. Adakah perlu diseragamkan jenis kalkulator yang boleh digunakan disemua sekolah

memandangkan terdapat pelbagai jenama sekarang?

5. Adakah perlu diadakan bengkel penggunaan kalkulator kepada guru supaya guru mahir

dalam semua aspek pengiraan yang melibatkan kalkulator dan boleh diajar kepada pelajar

mereka?

14

Page 15: Refleksi Trends n Issues

Tajuk: Pensijilan Guru Matematik: Pengetahuan Matematik yang Mendalam vs

Pengetahuan Matematik + Kursus Perguruan

Kumpulan: 8

Hari: Isnin

Tarikh: 28/3/2011

Masa: 8.00 – 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING

1. Walaupun pekerjaan sebagai guru dipanggil sebagai profesion keguruan akan tetapi tiada

badan khusus yang dapat memberi lesen kepada seseorang itu boleh mempraktikkan latihan

yang telah dipelajari untuk menjadi seorang guru. Badan ini juga amat berkuasa dan boleh

pecat pekerja jika melanggar etika-etika yang telah ditetapkan. Sebagai contoh doktor

merupakan satu pekerjaan yang profesion kerana mereka ada satu badan yang diiktiraf.

2. Pekerjaan yang profesional biasanya sentiasa mengutamakan pelanggannya. Oleh itu, sebagai

guru kita hendaklah sentiasa mengutamakan pelajar. Selain itu, profesion hendaklah ada kod

etika yang perlu dipatuhi. Pekerjaan yang profesional juga perlu belajar untuk seumur hidup.

3. Biasanya guru daripada IPG adalah lebih baik berbanding guru daripada IPTA kerana latihan

yang diberikan kepada guru di IPG adalah berdasarkan suasana dan situasi sekolah yang

sebenar. Latihan praktikal bagi guru di IPG adalah lebih daripada dua kali.

4. Pekerjaan yang profesion biasanya akan bekerja di hadapan khalayak ramai dan di tempat

terbuka supaya dapat menarik pelanggan. Sebagai contoh peguam akan bekerja di makahmah

di mana ramai orang akan melihat cara mereka mengendalikan kes.

5. Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) dan Latihan Mengajar merupakan satu pendedahan

pengajaran dan pembelajaran yang diadakan untuk guru-guru pelatih.

15

Page 16: Refleksi Trends n Issues

SOALAN

1. Apakah perbezaan antara guru dengan profesion keguruan? Apakah ciri-ciri profesion yang

membolehkan sesuatu pekerjaan tersebut dipanggil profesion? Adakah guru merupakan satu

pekerjaan yang profesional?

2. Patutkan DPLI dan KPLI diwujudkan? Adakah dengan adanya DPLI dan KPLI maka sesiapa

sahaja dapat menjadi guru? Adakah ini bermakna guru adalah pilihan yang terakhir?

3. Apakah bukti yang mengatakan bahawa guru yang terlatih adalah lebih baik daripada guru

yang tak terlatih?

4. Adakah dengan mempelajari khusus profesional pendidikan sudah cukup untuk seseorang

menjadi guru yang dapat mengajar dengan baik?

5. Kenapa sistem pengajaran dan pembelajaran di IPG tidak sama dengan IPTA? Bolehkah

kalau sistem di IPG dan IPTA disamakan?

16