refleksi rumah tunas harapan

11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) KAMPUS KOTA BHARU BINA INSAN GURU (BIG) FASA IV NAMA : NURUL SYAFIQAH BINTI AZMI NO KP : 890906-06-5124 NO MATRIK : IPGM : JAN 09-02692 KUMPULAN : PISMP MUZIK SEM 4 AMBILAN : JANUARI 2009 PENSYARAH : ENCIK KAMARUDDIN BIN YUSOFF

Upload: zaliana89

Post on 25-Jun-2015

413 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Rumah Tunas Harapan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

(IPGM) KAMPUS KOTA BHARU

BINA INSAN GURU (BIG) FASA IV

NAMA : NURUL SYAFIQAH BINTI AZMI

NO KP : 890906-06-5124

NO MATRIK : IPGM : JAN 09-02692

KUMPULAN : PISMP MUZIK SEM 4

AMBILAN : JANUARI 2009

PENSYARAH : ENCIK KAMARUDDIN BIN YUSOFF

Page 2: Refleksi Rumah Tunas Harapan

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar dari kelas Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian semester 2 ambilan Januari 2009.

Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan

adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role

model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua

keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui  aktiviti yang

dirancang, pelajar dapat  mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan

pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan

guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan

sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia  di samping

mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi

Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru

hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir,

membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki

keterampilan profesional yang tinggi  dan dicirikan oleh penampilan diri yang

terpuji selaras dengan hasrat negara”.

Page 3: Refleksi Rumah Tunas Harapan

.

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai

akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang

tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.  Pembinaan insan guru

merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan

kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina

generasi negara. Selain itu, BIG khidmat masyarakat ini juga dapat menekankan

peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

 

Page 4: Refleksi Rumah Tunas Harapan

1. Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru fasa IV ( 2010 ).

2. Melatih guru pelatih menggunakan ilmu dan kemahiran dalam

perlaksanaan sesuatu

1. tindakan, amalan atau aktiviti melibatkan realiti sebenar seorang guru.

2. Bergaul dan bekerjasama antara guru pelatih dengan penduduk

kampung.

3. Memberi sumbangan kepada rakyat dan masyarakat setempat.

4. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

5. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara

berkumpulan.

6. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti

pendidikan

7. dengan masyarakat.

8. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan.

9. Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

Page 5: Refleksi Rumah Tunas Harapan

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU SESI 4

Nurul Syafiqah binti Azmi

PISMP Pendidikan Muzik/Pendidikan Jasmani/Bahasa Melayu

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya dan

rakan-rakan kelas berjaya juga menyelesaikan tugasan Program Bina Insan Guru ini

iaitu tugasan Khidmat Masyarakat bagi sesi 2010 ini. Program Bina Insan Guru ini

dijalankan di kalangan guru-guru pelatih dan tutor di setiap kampus institut pendidikan

kerana hal ini merupakan mata pelajaran wajib bagi setiap guru pelatih bagi mendapat

ijazah pendidikan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan.

Bagi program kali ini, saya dan rakan-rakan telah sepakat untuk melaksanakan

Bina Insan Guru di rumah anak-anak yatim, Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih,

Pengkalan Chepa pada 2 Oktober 2010 berhampiran dengan Institut Pendidikan Guru

Malaysia, Kampus Kota Bharu. Tugasan ini juga telah disertai guru pelatih daripada

Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet yang juga menjalankan Projek Khidmat Komuniti.

Dengan adanya kaki tangan kerja yang ramai, program kami akan dapat dijalankan

dengan cepat dan berkesan. Kami yang terdiri daripada 16 orang guru pelatih Muzik

dan 36 orang guru pelatih Pandu Puteri Kadet telah berjaya menyempurnakan impian

Page 6: Refleksi Rumah Tunas Harapan

kami yang berhasrat untuk menceriakan kawasan Rumah Tunas Harapan Pakatan

Kasih, Pengkalan Chepa.

Tujuan kami memilih lokasi tersebut adalah untuk mengindahkan lagi

kawasan halaman Rumah Tunas Harapan tersebut agar penghuni di sana lebih selesa

untuk meneruskan kehidupan dan menunaikan ibadat. Adat menjalankan sesuatu

pekerjaan, sudah tentu pelbagai cabaran dan pengalaman yang telah saya dan rakan-

rakan hadapi dan rasai sepanjang program tersebut. Berbekalkan pengalaman ini, saya

belajar bahawa setiap tugasan dan amanah yang diberikan tidak harus dilengah-

lengahkan oleh seorang guru sewaktu di sekolah nanti. Oleh itu, demi mencapai cita-

cita menjadi seorang guru yang berjaya kelak, kita harus melaksanakan amanah yang

diberi tepat pada tempoh masa yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. Hal ini

juga berkaitan dengan menepati waktu. Saya agak kecewa dengan sesetengah

masyarakat terutama sekali melayu, yang sukar sangat untuk menepati waktu. Saya

berhasrat untuk membuang tabiat ini di kalangan generasi akan datang semasa saya

menjadi guru kelak.

Pelbagai tanggungjawab dan tugasan yang telah diagihkan oleh pengerusi

program Bina Insan Guru, Khidmat Masyarakat bagi kumpulan Major Muzik kepada

setiap ahli kelas mereka sekali gus dengan pengerusi Pandu Puteri Kadet yang

menjalankan tanggungjawab yang sama. Hal ini adalah untuk memudahkan tujuan

projek terlaksana dengan jayanya. Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan, antaranya

jawatankuasa kesegaran, jawatankuasa pengangkutan dan lain-lain lagi. Saya pula

Page 7: Refleksi Rumah Tunas Harapan

telah diamananahkan sebagai ahli jawatan kuasa hadiah yang bertanggungjawab ke

atas urusan hadiah kepada anak-anak yatim tersebut.

Dua hari sebelum program ini dilaksanakan, saya telah ke pasar raya Mydin,

Kota Bharu untuk mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak yatim

dan pengurus rumah anak yatim Tunas Harapan. Saya mengambil keputusan untuk

membeli pensel warna dan keperluan alat tulis untuk mereka. Manakala untuk

pengurus rumah anak yatim, dengan panggilan mesranya Kak Ada, saya membelikan

jam dinding.

Setibanya di tapak projek iaitu Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih,

pengkalan Chepa, saya dapat melihat setiap guru pelatih menjalankan tugas yang

telah diagihkan dengan sendirinya. Ini menunjukkan bahawa saya dan rakan-rakan

masih prihatin dalam menjalankan tanggungjawab yang digalas. Daripada aspek ini,

saya sebenarnya belajar betapa besarnya tanggungjawab seorang pemimpin dan rasa

tanggungjawab seorang ahli biasa dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh

ketua. Sifat-sifat ini sebenarnya amat penting bagi seorang guru kerana banyak

tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir ( guru besar ) yang perlu dilaksanakan

dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Selain itu, bila bergelar seorang guru kelas

kelak, sifat-sifat kepimpinan untuk memimpin anak-anak didiknya di dalam kelas nanti

amat penting demi mencapai hasrat kerajaan seperti yang termaktub dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, saya berharap agar segala pengalaman untuk

Page 8: Refleksi Rumah Tunas Harapan

menjadi seorang pemimpin dan guru yang patuh pada arahan dan tugasan dapat

diaplikasi apabila saya bergelar guru kelak.

Pelbagai kerja telah saya dan rakan-rakan lakukan setibanya berada di Rumah

Tunas Harapan Pakatan Kasih. Sesetengah daripada kami telah mengecat separuh

bahagian taman permainan halaman kawasan tersebut, ada yang memasak untuk

jamuan Hari Raya, ada yang membersihkan dewan, vakum karpet di dalam rumah dan

macam-macam lagi. Berbekalkan pengalaman ini, saya telah belajar betapa semangat

kerjasama antara guru dengan pihak pentadbir, guru dengan guru-guru lain, guru

dengan murid-murid dan guru dengan masyarakat amat penting di sekolah nanti.

Kesimpulannya, pelbagai pengalaman dan cabaran telah saya hadapi sepanjang

program Bina Insan Guru ini berlangsung sama ada sebelum dan selepasnya. Selain

daripada mematangkan saya, program ini sebenarnya memberi saya peluang untuk

membina sifat-sifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri untuk menjadi

seorang guru pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

Page 9: Refleksi Rumah Tunas Harapan

Nurul Syafiqah binti Azmi

PISMP Mu/Pj/Bm