refleksi psv 3123 oleh luqman

6
Disediakan Oleh : Mohamad Luqmanulhakim Bin Mohamad Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, proses penyiapan kerja kursus dengan jayanya dapat jua saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya bagi subjek PSV perlu menjalani suatu tugasan khusus yang melibatkan penghasilan karya lukisan. Turut berterima kasih kepada En. Anuwar B. Hamat atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah beliau berikan sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada rakan-rakan satu pengajian, iaitu para guru pelatih PISMP Pendidikan Seni Visual Semester 6 atas kesudian meluangkan masa untuk menghadiri sesi perbincangan dan berkongsi pendapat sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada individu-individu yang terlibat secara tidak langsung dalam menyumbangkan idea mereka bagi membantu saya untuk menyiapkan tugasan. Dalam refleksi pada ini, ingin saya kongsikan berkaitan dengan kekuatan, kekurangan, penambahbaikkan serta peluang atau pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan program ini. Daripada permulaan saya beranggapan tugasan yang diberikan ini terlalu sukar kerana ini merupakan pengalaman pertama bagi saya menghasilkan lukisan bersaiz A1 yang melibatkan hal benda budaya tempatan. Saya beranggapan tugasan kali ini sangat mencabar kerana alatan tradisional tempatan ini sangat tinggi nilai estetikanya dengan kehalusan dan falsafahnya. Sebelum ini saya hanya belajar berkaitan dengan

Upload: mohamadluqmanulhakimmohamad

Post on 16-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Psv 3123 Oleh Luqman

Disediakan Oleh :

Mohamad Luqmanulhakim Bin Mohamad

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, proses penyiapan kerja kursus dengan

jayanya dapat jua saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya bagi subjek PSV perlu menjalani suatu tugasan khusus yang melibatkan penghasilan

karya lukisan. Turut berterima kasih kepada En. Anuwar B. Hamat atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah beliau berikan sepanjang

saya melaksanakan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada rakan-rakan satu pengajian, iaitu para guru pelatih

PISMP Pendidikan Seni Visual Semester 6 atas kesudian meluangkan masa untuk menghadiri sesi perbincangan dan berkongsi pendapat

sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada individu-individu yang terlibat secara tidak langsung dalam

menyumbangkan idea mereka bagi membantu saya untuk menyiapkan tugasan. Dalam refleksi pada ini, ingin saya kongsikan berkaitan

dengan kekuatan, kekurangan, penambahbaikkan serta peluang atau pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan program

ini.

Daripada permulaan saya beranggapan tugasan yang diberikan ini terlalu sukar kerana ini merupakan pengalaman pertama bagi saya

menghasilkan lukisan bersaiz A1 yang melibatkan hal benda budaya tempatan. Saya beranggapan tugasan kali ini sangat mencabar kerana

alatan tradisional tempatan ini sangat tinggi nilai estetikanya dengan kehalusan dan falsafahnya. Sebelum ini saya hanya belajar berkaitan

dengan teorinya sahaja dan kini saya perlu menghasilkan sebuah karya pula. Namun saya mengambil tugasan pada kali ini sebagai satu

cabaran dalam menjadi seorang bakal guru PSV yang serba boleh. Dalam tugasan ini, dalam penyiapan tugasan ini saya mendapati bahawa

penambahan ilmu berlaku kepada saya apabila saya mengkaji, menilai dan melakukan secara praktikal bidang lukisan terutama barangan kraf

tradisional. Berdasarkan tugasan pertama, dapatan saya mengkaji tteknik dan media yang yerkandung dalam sesebuah lukisan serta

mengaplikasikan kedalam karya seterusnya perlu diwujudkan dalam portfolio sebagai bahan bukti kajian serta sebagai rujukan akan datang.

Perkara-perkara yang difokuskan dalam tugasan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada saya sebagai seorang pendidik dalam memberi

Page 2: Refleksi Psv 3123 Oleh Luqman

pendedahan yang penting kepada murid-murid terhadap keperluan kemahiran selain dalam bidang menggambar. Melalui tugasan ini juga ,

saya diberi pendedahan yang amat berguna mengenai tanggungjawab seorang guru itu berfikiran kreatif dalam bidang melukis mahupun

penghasilan karya kepada murid dalam menarik minat murid untuk belajar. Latihannya dalam membuat kajian yang dibuat mampu

meningkatkan kefahaman elemen-elemen atau unsur-unsur jasmani, emosi,rohani,intelek dan sosial (JERIS) yang dilancarkan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Seterusnya memberi fokus dalam perancangan merealisasikan matlamat sebenar PSV ini kepada

saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dalam bidang keusahawanan.

Disamping itu, saya sedar bahawa guru PSV haruslah sentiasa sedar , prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan pemikiran

murid-muridnya. Saya berpendapat bahawa pembelajaran PSV adalah sangat baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan pemodenan

zaman. Maksud yang ingin disampaikan adalah guru mestilah kreatif dalam melaksanakan suatu aktiviti seni mengikut tahap

pemikiran/kreativiti murid melalui proses PdP. Tambahan pula dunia sekarang semakin lama semakin mencabar dari segi kognitif iaitu

peningkatan golongan akademik semakin meningkat. Jadi penerapan kemahiran juga menjadi asas keperluan untuk berjaya. Malahan daya

kreativiti juga semakin mencabar menjadi satu penjanaan daya yang tinggi kepada kaum melayu. Berhubung perkara diatas,kesenian melayu

ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan kecintaan kepada keindahan alam dan terus kepada ilahi.

Sebenarnya, sistem ini adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara kepada murid.

Sehubungan dengan itu, kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia akan

berubah dari segi pemikiran dan sosial. Secara tidak langsung dapat merangsang minat dan mampu mengembangkan daya kognitif, fizikal,

emosi serta sosial secara ansur maju agar pembelajaran mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Ia memberikan

iktibar kepada saya bahawa apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya harus mengambil berat keperluan daya kognitif dan penerapan

kemahiran-kemahiran murid saya mereka yang baru mengalami proses perkembangan. Mereka harus diajar secara berperingkat dan

mempunyai langkah-langkah pelaksanaannya. Sekiranya tiada perubahan yang dibuat maka kita tidak akan dapat mengatasi masalah

pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada pelajar-pelajar yang semakin meruncing saban hari dalam pelajaran mahupun dalam aktiviti sosial

dalam PSV. Kurikulum yang digubal oleh kerajaan diharap dapat membentuk pelajar yang berketerampilan, bersahsiah serta berilmu dalam

menyumbang tenaga mereka kepada negara suatu hari nanti.

Page 3: Refleksi Psv 3123 Oleh Luqman

Berhubungkait dengan penerapan ilmu ukiran kayu, saya berpendapat bahawa falsafah dalam bidang ukiran mempunyai makna yang

tersirat berkaitan hubungan manusia dengan manusia mahupun manusia dengan Pencipta. Ia menunjukkan sifat penuh kehambaan.Sebagai

contoh olahan penghujung daun. Tidak boleh menajam dan bertembung. Falsafah ini mengajar saya sebagai seorang guru Islam perlu

mempunyai sifat kehambaan dan beradab apabila bergaul dalam kalangan masyarakat.

Walau bagaimanapun, dapat saya simpulkan secara ringkas, tugasan kerja kursus bagi memberi kesedaran kepada guru pelatih

bahawa PSV bukanlah semata-mata kreatif dan ekspresi serta kemahiran malahan terselit di situ nilai-nilai murni sama ada sikap tolong-

menolong, kerjasama, bertolak ansur, berpandangan positif serta beramah mesra dengan masyarakat sekeliling(murid) apabila melakukan

kerja. Sebagai contoh dalam pendedahan nilai murni melalui aktiviti-aktiviti seni, jika sebelum ini kami hanya di dedahkan kerja berkumpulan

sesama rakan sekelas kami sahaja sama ada 4 atau 2 orang sekumpulan, tapi pada kali ini dapat menguji bagaimana kerjasama kesemua ahli

kelas kami antara satu lain dalam berkongsi ilmu kemahiran. Kerjasama yang di tunjukkan adalah amat baik dari semua pihak tidak kira

berlainan kaum, bangsa mahupun agama. Kami telah bersama-sama berganding bahu atau bekerjasama kesemua dalam melaksanakan

menghasilkan produk serta ukiran supaya tidak menjadi beban dan memperuntukkan masa yang lama untuk disiapkan kerana masa dalam

program kami dihadkan bak kata pepatah ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’. Dengan itu, kami melaksanakan kerja dengan begitu tekun

dan sabar. Kami saling merujuk antara satu sama lain untuk mencantikkan lagi kerja kursus kami ini. Sehingga saya berjaya mengaplikasikan

gabungan warna pensel dengan krayon yang menggunakan teknik gosokan amat sesuai diaplikasikan untuk kulit rebana ubi tersebut. Di

sinilah kami belajar sikap kerjasama dan tolong menolong antara kami. Keberanian dan keyakinan untuk belajar datang dari semangat rakan-

rakan. Kami menyedari bahawa kerjasama penting semasa berada dalam kumpulan kerana tanpa kerjasama ini akan mengendalakan segala

aktiviti yang sedang dilakukan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga perkara-perkara dan persoalan-persoalan yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat kerana

kekurangan ilmu dan pengalaman. Sebagai contoh dalam penghasilan lakaran luikisan. Ruang kreativiti kami agak terhad. Seperti yang anda

tahu, penghasilan lukisan yang pelbagai median dan teknik dalam satu kertas yang besar adalah baru bagi saya. Jadi kemahiran-kemahiran

masih diperingkat awal. Hasilan karya yang dihasilkan masih berada pada peringkat biasa. Kelemahan dari segi penggunaan alat dan bahan

Page 4: Refleksi Psv 3123 Oleh Luqman

serta media menjadi kelemahan utama bagi saya sebagai pengukir. Hal sedemikian tidak menjadi penghalang kepada saya untuk melakukan

kerja kursus yang agak sempurna.

Seterusnya, dari segi penambahbaikkan sebagai cadangan, kami perlu mengadakan lawatan sambil belajar ketempat pusat kraf

terdekat sama ada sebelum ataupun semasa melaksanakan projek lukisan . Kepentingan ini mampu membuka ruang kreativiti kami melihat

pelbagai jenis kraf yang lebih menarik berbanding barangan kraf yang terdapat di IPGKKB. Disamping memberi pendedahan produk dalam

kraftradisional. Hal ini menjadi pengajaran buat saya agar lebih berfikiran jauh dalam melaksanakan suatu tugasan. Menerusi tugasan inilah

saya menyedari pelbagai warna secara lebih dekat, kreativiti hasilan kraf yang dapat dihasilkan, Selain itu, oleh yang demikian kita kekurangan

sumber bahan, sebagai bahan bantu rujukan tambahan.

Sebagai konklusinya , dalam mengajar PSV bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi selain ilmu di

dada dengan ciri kreativiti yang tinggi, akhlak mulia sepatutnya diiring bersama agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan

sempurna. Akhlak mulia menjadikan seorang guru lebih disukai oleh golongan masyarakat. Ilmu diibaratkan sebagai input, output pula adalah

akhlaknya. Bersama-samalah kita membudayakan akhlak mulia. Sesungguhnya hamba yang berakhlak disukai oleh makhluk dan Maha

Pencipta-Nya. Sekian, terima kasih.