refleksi pertandingan bola jaring

3
REFLEKSI NAMA : VISHVENI A/P ELAGAMURAM KUMPULAN : PENGAJIAN TAMIL ANGKA GILIRAN : 2013272340018 NO.MATRIK KAD : PSM(PT)125/12/11 NO. KAD PENGENALAN : 910515-08-6396 Saya mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Tuhan dan juga rakan –rakan sekalian sebab telah selamat menjalani pertandingan permainan bola jaring iaitu 3 on 3. Pada 8 April 2014 yang lalu, kami ahli Gerko Bola Jaring yang terdiri daripada pelajar kelas Matematik dan Pengajian Tamil telah menganjurkan satu perlawanan bola jaring yang bertempat di padang (gelanggang bola jarring) Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Penganjuran kali ini mendapat sambutan yang agak baik daripada kalangan pelatih-pelatih. Perlawanan ini disertai oleh pelajar-pelajar dari PISMP Semester 2 .Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 8.00pagi hingga 10.00 pagi selama dua jam. Penganjuran perlawanan bola jaring kali ini merupakan kali pertama kami sekumpulan buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh

Upload: sativeni91

Post on 29-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

knmawkmxx

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI Pertandingan Bola Jaring

REFLEKSI

NAMA : VISHVENI A/P ELAGAMURAM

KUMPULAN : PENGAJIAN TAMIL

ANGKA GILIRAN : 2013272340018

NO.MATRIK KAD : PSM(PT)125/12/11

NO. KAD PENGENALAN : 910515-08-6396

Saya mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Tuhan dan juga rakan –

rakan sekalian sebab telah selamat menjalani pertandingan permainan bola jaring

iaitu 3 on 3. Pada 8 April 2014 yang lalu, kami ahli Gerko Bola Jaring yang terdiri

daripada pelajar kelas Matematik dan Pengajian Tamil telah menganjurkan satu

perlawanan bola jaring yang bertempat di padang (gelanggang bola jarring) Institut

Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Penganjuran kali ini mendapat sambutan

yang agak baik daripada kalangan pelatih-pelatih. Perlawanan ini disertai oleh

pelajar-pelajar dari PISMP Semester 2 .Pertandingan ini telah berlangsung pada jam

8.00pagi hingga 10.00 pagi selama dua jam.

Penganjuran perlawanan bola jaring kali ini merupakan kali pertama kami

sekumpulan buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan

yang diberikan oleh pensyarah gerko kami iaitu CIK.JOYCE ONG CHOON KIM.

Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada ketua iaitu Annie Manggalam, kami

kemudian terus berbincang tentang penganjuran ini. Antara perkara yang kami

bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam pengajuran yang bermula dari

menyiapkan kertas kerja, pengadil permainan dan urusetia.

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan

aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, kami

juga dapat mempraktikkan segala kemahiran bola Jaring yang telah dipelajari dalam

interaksi GERKO bola jaring setiap minggu, pada hari selasa 8.00 pagi hingga 10.00

Page 2: REFLEKSI Pertandingan Bola Jaring

pagi. Dengan menganjurkan pertandingan ini, saya juga dapat menilai kemampuan

diri dalam sukan bola jaring. Dalam pengeloaan tersebut, saya telah berjaya

mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi permain dan

pengadil pertandingan. Saya juga mendapat pendedahan tentang bagaimana

sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga adalah untuk

memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum GERKO Bola Jaring.

Antara permasalahan yang saya telah tempuhi semasa menganjurkan gerko

bola jaring ialah proses pemilihan tarikh pengajuran dimana tarikh-tarikh yang kami

senarai pendek sebelum ini telah bertembung dengan Pertandingan Inovasi

peringkat institut dan bagi mengelakkan pertembungan penganjuran dengan

beberapa pengajuran sukan dari gerko lain seperti bola baling. Namun begitu itu

bukanlah satu permasalahan yang besar kerana kami berjaya memilih tarikh yang

sesuai dan mampu dihadiri oleh semua peserta.

Melalui penganjuran ini juga saya mendapat pengalaman yang amat

bermakna di mana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya peroleh

semasa sesi gerko sebelum ini. Hal ini jelas dapat dilihat apabila saya dapat

menggunakan segala pengetahuan tentang peraturan bola Jaring semasa mengadili

dan mengambil bahagian dalam perlawanan. Secara tidak langsung pengalaman

yang saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama apabila menjadi guru kelak.

Saya akan berusaha untuk menaik tarafkan permainan bola jaring ini dalam

kalangan pelajar dengan menganjurkan perlawanan sebegini di sekolah. Hal ini

kerana permainan bola jaring ini merupakan salah satu permainan yang dapat

menyihatkan badan dan mampu memantapkan fizikal dan kognitif pelajar terutama

dalam mengatur strategi dalam permainan Walaupun saya bakal mengajar

Matematik namun ia bukan alasan saya untuk tidak bergiat aktif dalam sukan dan

permainan ini. Insyaallah segala pengalaman yang saya timba di institut hari ini akan

saya aplikasikan semaksimum mungkin kelak. Sekian terima kasih