refleksi perkhemahan pengakap 2015

3

Click here to load reader

Upload: selvi-nadarajah

Post on 14-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU 1

TRANSCRIPT

  • REFLEKSI PERKHEMAHAN PENGAKAP 2015

    NAMA : TAMILSELVI A/P NADARAJAH

    KELAS : 4 PISMP PT/PJ/RBT

    Pada tarikh 30 Mac 2015 sehingga 2 April 2015 yang lalu telah diadakan satu

    perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 KLM-36 IPG Kampus

    Tuanku Bainun bersama dengan IPG Kampus Darul Aman bagi unit beruniform

    pengakap semester 4. Perkhemahan tersebut telah dikendalikan oleh beberapa orang

    pegawai pengakap yang berpengalaman dan berpengetahuan yang tinggi.

    Pensyarah-pensyarah yang dating dari IPGKTB dan pesnyarah-pensyarah yang

    berada di IPGKDA juga turut menghadirkan diri dan telah memberi banyak ajaran

    kepada kami dalam berpengakap di sana selama 4 hari 3 malam.

    Semasa dalam perkhemahan, terdapat pelbagai kebaikan yang telah saya

    kesan dan turut dipelajari seperti ia memberikan input berkaitan asas yang perlu ada

    bagi seseorang pengakap kanak-kanak di sekolah nanti, mengajarkan istiadat

    bendera dan peranan sebagai pemimpin pengakap dan bagaimana hendak

    merancang program bagi pengakap. semua ini telah diajar semasa saya berada

    dalam sesi perkhemahan tersebut. Ia merupakan satu pengalaman yang baru dan

    pengetahuan yang amat bernilai dalam perkhemahan pengakap ini. Hal kerana saya

    pernah menjadi ahli dalam pandu puteri semasa saya belajar masa dulu.

    Antara kebaikan yang pertama saya dapat dalam perkhemahan pengakap ini

    adalah cogan kata pengakap kanak-kanak yang perlu diingat setiap kali, iaitu kami

    buat sehabis baik. Ia akan memastikan bahawa setiap ahli pengakap akan

    melaksanakan setiap tugasan dengan habis baik dan sedaya upaya tanpa kira

    kerjanya. Selain daripada itu, seorang pengakap perlulah bertanggungjawab dalam

    setiap tugasan yang diberikan. Dalam pengakap juga mengamalkan satu sistem yang

    dapat merapatkan hubungan yang baik setiap ahlinya iaitu sistem sekawan. Dalam

    kumpulan sekawan enam orang yang diibaratkan seperti sebuah keluarga yang kecil

    semasa berpengakap di sana. Mereka akan saling berkerjasama antara satu sama

  • lain untuk melakukan setiap aktiviti kerana mereka adalah sekeluarga dalam empat

    hari 3 malam di sana.

    Seterusnya pula ialah saya dapat pengetahuan tentang istiadat bendera di

    padang yang mesti dilakukan. Istiadat bendera dan istiadat laungan agung merupakan

    dua istiadat yang setiap pagi dilakukan serentak dalam sesebuah perhimpunan

    pengakap. Setiap hari satu kumpulan ahli sekawan mengambil peranan sebagai

    petugas pada sepanjang hari itu. Ia akan dapat menunjukkan semangat

    kepengakapan dan semangat kepimpinan dalam diri setiap individu. Ini kerana setiap

    individu mempunyai tugasan yang perlu dilaksanakan masing-masing. Majlis Protokol

    yang dilaksanakan di dewan juga akan dapat mengajar saya iaitu seorang ahli

    pengakap haruslah lebih berdisiplin.

    Bukan itu sahaja malah kami juga turut diajarkan apakah itu kepimpinan

    pengakap dan sebagainya. Sebagai seorang pengakap yang berkepimpinan yang

    disiplin tinggi perlulah memahami dan mematuhi persetiaan pengakap dan undang-

    undang pengakap yang sedia ada dalam prinsip-prinsip pengakap. Dengan itu akan

    melahirkan seorang pemimpin pengakap yang sangat baik dan dapat membimbing

    ahli pengakap dan ahli sekawan masing-masing. iaitu murid-murid sekolah nanti.

    Selain daripada itu, saya juga dapat satu pengalaman baru dalam pertandingan

    kawad kaki. Iaitu bagaimana memberikan arahan dan cara-cara yang perlu diamalkan

    semasa berada dalam kawad. Walaupun kami membuat pertandingan kawad di

    tengah panas. Tetapi saya amat suka membuat kawad. Disitu saya dapat mengetahui

    beberapa perkara yang baru tentang kawad kaki pengakap.

    Manfaat yang turut saya dapati dalam perkhemahan ini adalah cara-cara untuk

    merancang sesebuah program bagi pengakap. Perancangan sangat penting supaya

    setiap aktiviti yang dijalankan tersusun dan berjalan lancar. Segala aktiviti juga perlu

    direkodkan sebagai rujukan pada masa-masa akan datang. Dengan itu, setiap

    program dan aktiviti yang dijalankan akan memberikan kebaikan dan pengetahuan

    kepada ahli pengakap yang terlibat dan mereka akan dapat memanfaatkannya kelak.

    Sebagai contohnya di situ telah mengadakan beberapa pertandingan. Iaitu, ikhtihar

    hidup, penghasilan kraf tangan, kawad kaki dan sebagainya.

  • Kesimpulannya, perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1

    KLM-30 IPG Kampus Tuanku Bainun yang telah diadakan di IPG Kampus Darul Aman

    telah memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman yang penting kepada bakal-

    bakal pemimpin pengakap. Sebagai seorang yang menjadi bakal guru saya akan

    mengaplikasikan apa yang saya dapat dari perkhemahan pengakap ini.