refleksi mikro dan makro kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

14
1 KPD 3026 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENTAKSIRAN 2 PJJ TAJUK REFLEKSI MIKRO DAN MAKRO –PENGAJARAN KUMPULAN EL-A03 (A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO ID NO TELEFON KHAIRIAH BINTI ABDUL KADIR D20121061507 019-5586942 NAMA TUTOR E-LEANING : DR. MOHAMAD NOOR BIN MOHAMAD TAIB TARIKH SERAH : 30 APRIL 2013 PEMARKAHAN 1 BAHAN PP 2 ESEI 3 FORUM JUMLAH

Upload: khairiah-abdul-kadir

Post on 05-Dec-2014

1.247 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

1

KPD 3026 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENTAKSIRAN 2 PJJ

TAJUK

REFLEKSI MIKRO DAN MAKRO –PENGAJARAN

KUMPULAN

EL-A03 (A122PJJ)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO ID NO TELEFON

KHAIRIAH BINTI ABDUL KADIR D20121061507 019-5586942

NAMA TUTOR E-LEANING : DR. MOHAMAD NOOR BIN MOHAMAD TAIB

TARIKH SERAH : 30 APRIL 2013

PEMARKAHAN

1 BAHAN PP

2 ESEI

3 FORUM

JUMLAH

Page 2: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

2

KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 REFLEKSI MIKRO –PENGAJARAN 3

2 REFLEKSI MAKRO –PENGAJARAN 5

3 RANCANGAN HARIAN 8

4 LEMBARAN KERJA 11

5 RUJUKAN 14

Page 3: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

3

REFLEKSI MIKRO –PENGAJARAN

KEMAHIRAN : SET INDUKSI

KELAS : TAHUN 6

BIL. MURID : 24 ORANG

TAJUK : WANG (Mengguna dan mengaplikasi sebarang nombor dalam kehidupan seharian

melibatkan wang.)

MASA : 5 – 10 MINIT

ULASAN :;

Selepas menonton kembali mikro pengajaran yang telah saya rakam bersama anak saya,

saya dapat merasakan bahawa saya adalah seorang pendidik saya sangat digemari oleh pelajar.

Alat yang saya gunakan adalah wang kertas sebenar bernilai RM100, RM50, RM10, RM5, RM1,

dan wang syiling berserta wang contoh dengan nilai yang sama. Diawal pengajaran kawalan

kelas saya sangat baik,ini adalah kerana pelajar ini sudah biasa dengan cara saya mengajar. Saya

hanya akan mulakan PDP setelah semua pelajar dalam keadaan bersedia. Sebelum melakukan

mikro pengajaran saya bersedia dengan topik terlebih dahulu.

Seperti biasa saya akan memulakan PDP dengan doa. Soaljawab belaku dengan baik.

Pelajar dapat menjawab denga aktif dan betul. Kena dengan topik wang yang menjadi

kegemaran semua orang mikro pengajaran menjadi lebih menarik kerana selain saya menyoal

pelajar , terdapat pelajar yang menyoal balik saya dengan soalan yang bersesuaian dengan topik.

Page 4: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

4

Sekiranya diperhatikan dengan teliti semasa saya memberikan masalah spontan tentang

pembelian sebuat TV dengan perkaiatan wang ditangan seorang pelajar berjaya

menyatakan.”cikgu baki duetnya adalah………” bagi saya jawapan seperti itu menggembirakan

saya kerana saya tidak mengeluarkan soalan cari baki wangnya. Satun kejayaas dalam proses set

induksi.

Kekuatan yang saya ada adalah pengalaman saya, kebolehan saya mengawal kelas,

kelantangan suara saya , cara saya menangani pelajar (kasih sayang) memudahkan PDP

dilaksanakan dengan baik. Walaubagaimanapun, pelajar di sekolah saya adalah terdiri dari anak

petani, minda mereka tidaklah secanggih minda pelajar sekolah di pecan dan Bandar. Saya dapat

merasakan keran sebelun berkhidmat di sekolah ini saya berknidmat disekolah yang dipenuhi

oleh anak-anak orang terpelajar. Mengajar mereka satu cabaran buat saya.

Sebagai pendidik saya masih lagi ingin menabahbaik lagi proses PDP saya. Saya cuba

menggunaka n ICT semasa mengajar mengikut kesesuaian topik pembelajaran. Kelemahan saya

yang utama adalah saya agak sukar mengigat nama pelajar. Ianyan diatasi dengan pelajar akan

menyatakan nama mereka sekiranya saya terlupa. Saya cuba menyampaikan sendiri kertas kerja

mereka dengan memangil dan menulis nama mereka. Saya sangat inginkan komen dari rakan-

rakan untuk saya menambah baik cara saya mengajar.

Page 5: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

5

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN

PENGENALAN

Dalam Makro Pengajaran selama 30 minit ini saya memilih topik nombor. Kemahiran

yang saya laksanakan adalah membandingkan nilai nombor sehingga 7 digit. Saya memilih

kelas tahun 6 Bijak. Kelas ini mengandungi 24 orang pelajar yang terdiri dari berbagai

pencapaian, cemerlang, sederhana dan pemulihan. Sebelum memulakan pengajaran seperti biasa

saya mulakan dengan doa. Di tangan saya, saya bawa sekotak sampel buah-buahan tempatan

dan luar negara. Saya mulakan dengan set induksi menyerahkan buah-buahan kegemaran

mereka mengikut bilangan yang mereka suka. Saya bersoal jawab dengan pelajar mengenai

bilangan buah-buahan yang rakan mereka ambil, saya dapat menerima berkataan lebih, kurang

dan bilangan sebenar buah-buahan tersebut.

Tamat sesi set induksi saya terus ke aktiviti seterusnya iaitu mengedarkan kad pelbagai

nombor kepada semua pelajar. Pada awalnya saya merasakan 4 orang pelajar pemulihan tidak

terlibat di dalam kelas saya, namun pada hari tersebut guru pemulihan tidak dapat hadir kerana

masalah kesihatan dan mereka turut serta dalam kelas saya menyebabkan saya kekurangan 4 kad

nombor. Saya atasi dengan pelajar cemerlang berkongsi kad dengan rakan sebelah. Saya

memanggil 8 pelajar kehadapan bersama kad nombor berlainan nilai. Seterusnya saya

bersoaljawab tentang urutan nombor mengikut nilai menai iaitu nilai kecil dahulu dan diakhiri

dengan nilai yang paling banyak. Pelajar disusun mengikut urutan . Saya terus menerangkan

konsep besar, kecil, kurang, lebih, menurun, dan menaik kepada pelajar.

Setrusnya saya ke aktiviti ketiga di mana saya memaggil kedepan pelajar berpasangan

nombor. Pada awalnya saya hanya bertanya tentang nilai tetapi apabila saya dapati ramai pelajar

menguasai dengan baik saya mencuba pelajar membina soalan pula berkaitan nombor yang

dipaparkan di hadapaa. Saya dapati pelajar berjaya bersoaljawab diantara satu samalain

Pengajaran 30 minit agak singkat dan saya mula mengedarkan lembaran kerja untuk

mereka jawab dalam tempoh kurang dari 10 minit. Saya berjaya mengumpulkan hasil kerja

sebelum tamat 30 minit waktu pembelajaran. Saya rasa gembira kerana objektif PDP saya

tercapai berpandukan maklum balas pelajar secara spontan dan latihan bertulis.

Page 6: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

6

KEKUATAN

Kekuatan yang sangat ketara adalah saya memiliki suara yang kuat dan jelas didengar

keseluruh kelas. Saya suka menggunakan Bahasa Inggeris semasa saya berkominikasi dengan

pelajar. Tujuan saya mengunakan bilik gerakan adalah untuk membawa pelajar menikmati PDP

yang sedikit berbeza dari kelas biasa. Bilik gerakan ini mempunyai kemudahan ICT dan aircon.

Pelajar dapat menikmati kelas yang selesa.

Penerangan saya sangat jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Saya menggunakan alat

bantu yang sangat ceria dan menarik. Walaupun pelajar ini sudah berusia sekitar 12 tahun

namun mereka masih lagi terikat dengan dunia warna warni.

Dalam setiap proses penyoalan saya beri hadiah atau ganjaran kepada mereka yang

menjawab dengan betul dan tepat. Selain dari itu saya tidak hanya bertumpu kepada pelajar

cemerlang atau yang cantik/hansome untuk memberi peluang mereka menjawab. Pelajar

pemulihan yang berusaha untuk mencuba menjawab, saya dahulukan. Mereka ini (pelajar

pemulihan) saya beri ganjaran yang lebih bagi meningkat semangat mereka dalam mencapai

kecemerlangan. Penglibatan pelajar saya dalam mengikuti aktiviti PDP saya di tahap maksima.

Dalam pengajaran ini saya pastikan penyertaan pelanat dalam setiap aktiviti adalah

bertabur, maksud sata , saya tida bertumpu kepada seorang atau dua orang pelajar. Saya beri

peluang kepada hampir seluruh pelajar yang belajar di dalam kelas . Body contact antara saya

dengan pelajar sangat disenangi oleh pelajar. Pelajar sayang dan sukakan pengajaran saya.

Seterusnya saya mengedarkan kerta lembaran kerja yang mana pelajar cuba menjawab

pantas dan betul. Salam tempuh 3 minit 5 pelajar Berjaya menyiapkan tugasan. Seorang

daripadanya Berjaya menjawab dengan betul tan tepat dalam tempuh kurang dari 3 minit. Kerja

dapat dikumpulkan selepas 10 minit masa belalu. Saya cuba terus berbincang dengan pelajar

jawapan yang betul dan saya dapati masih terdapat 4 orang pelajar belum dapat menguasai

kemahiran dengan baik .

Saya berharap agar ibubapa pelajar memantau anak didik ini agar kerja sekolah mereka

dapat disiapkan mengikut jadual, Mereka juga yang boleh membatu pihak sekolah agar tiada

ponteng semasa pdp dilaksanakan.

Page 7: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

7

KELEMAHAN

Masa pengajaran dan pembelajaran tidak mencukupi. Pada kebiasaannya jadual PDP saya

adalah satu jam. Pelajar tidak sempat melaksanakan pengayaan dan pemulihan secara spontan di

dalan kelas. Pengajaraan di bilik gerakan membataskan pergerakan pelajar. Pergerakan pelajar

untuk melaksanakan aktiviti agak lambat kerana kedudukan kerusi yang agak sempit, Saya

masih belum dapat mnghafal dengan baik keseluruhan nama pelajar. Ini menyukarkan saya

untuk memanggil mereka melakukan aktiviti di hadapan kelas. Cahaya terang dari luar

menyukarkan proses penggambaran. Dan akhirnya saya menghadapi masalah kerana seorang

daripada pelajar kelas ini selalu ponteng sekolah.

LANGKAH MENGATASI

Saya akan cuba mengawal masa semasa setiap aktiviti-aktiviti dijalankan. Saya suba

menpercepatkan proses refleksi spontan agar pemulihan dan pengayaan dapat dilaksanakan di

dalam kelas. Saya cuba berhubung dengan juruteknik agar dapat menyiapkan kemudahan LCD

dalam kelas biasa kerana sekiranya belajar dalam kelas biasa pergerakan pelajar bebas dan

pantas. Saya cuba mengingat nama pelajar dengan menanggil nama mereka semasa proses

pemulangan buku kepada pelajar. Saya berhubung dengan pentadbir agar dapat menyediakan

kain langsir gelap agar bahan yang dipancarkan mengunakan LCD dapat dilihat dengan terang. .

Begitu juga dengan proses penggambaran , ianya dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Akhirnya masalah ponteng saya serah kepada unit Hal Ehwal Murid dan Guru Besar bagi

menyelesaikannya.

PUTUP

Sekiranya saya diberi peluang mengajar topik ini sekali lagi saya akan mengajar pelajar

menggunakan kaedah berpusatkan murid pula. Ini adalah kerana kaedah ini akan membuat

pelajar atif. Penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berpusatkan pelajar adalah maksima.

Walaubagaimanapun saya akan menggunakan masa 1 jam PDP agar perancangan lebih

sistematik

Page 8: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (3)

Tarikh/Hari : 5 Januari l 2013/Khamis

Kelas : 6 Maju Masa : 10.40 – 11.10 pagi

M/Pelajaran : Matematik Bil. Pelajar : 23 orang

Tajuk : Nombor Bulat

Subtopik : Membandingkan Nombor Yang Lebih Besar dan Lebih Kecil.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh.

Menyusun nombor dengan urutan menurun dan menaik

Menyatakan nilai yang lebih besar dan kecil.

Menyelesaikan masalah @ menjawab latihan

Pengetahuan Sedia Ada : Semua telah mengenal sekurang-kurang 6 digit nombor

Alat Bantu Mengajar : Buku teks, komputer, LCD, lembaran kerja, kad gambar

Pendekatan/Strategi : Berpusatkan guru

Kaedah : Perbincangan, Penyoalan

Nilai : kerjasama, kerajinan,

KBKK : Merumuskan, memadankan dan membuat kaitan

Page 9: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

9

Langkah/

masa

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Guru Murid

Set

Induksi

5 minit

Membahagikan sempel

buah-buahan kepada

pelajar dengan bilangan

berbeza.

Menyerahkan wang

contoh kepada pelajar

dengan nilai berbeza

Memerhati dan

menunggu

tindakbalas pelajar.

Mengaitkan dengan

nilaia nombor besar

atau kecil.

Menyatakan nilai atau

bilangan yang di

miiliki oleh rakan

mereka.

Perkemb

angan

10 minit

Langkah 1

Menyusun nombor

megikut urutan menurun

dan menaik

Meletakkan

beberapa nombor 7

digit di white

board.

Menyatakan cara

menentukan nilai

paling besar dan

sebaliknya.

Menyebut dan

menamakan nombor

yang ditunjuk.

Menyusun nombor

mngikut urutan

menurn dan menaik

dengan bantuan guru

dan rakan.

5 minit Langkah 2

Pilih nombor yang lebih

besar dan kecil

Menyerahkan

nombor kepada

pelajar dan memilih

2 orang murid

membawa nombor

masing-masing

untuk dibuat

perbandingan

Memandu pelajar

menentukan nilai

Menyebut nombor dan

membezakan nilai.

Menjawab dengan

tepat dan pantas.

Page 10: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

10

lebih dan kurang

dengan kaedah

yang lebih mudah.

8 minit Langkah 3

Latihan

Mengedarkan

kertas lembaran

kerja.

Menjawab latihan

yang diberi

Penutup

3 minit

Rumusan dan penghargaan Mengumpul hasil

kerja.

Menghantar hasil kerja

Refleksi 20 pelajar berjaya menguasai dengan baik

2 pelajar perlu perhatian

2 pelajar perlukan pemulihan khas.

Page 11: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

11

ARAHAN : A Susun nombor megikut urutan menaik

Jawapan

Unit 1/1.3

Nombor Bulat : Membandingkan nombor

Nama : ………………………………………………

Kelas : ……………………………………………..,.

Tarikh : ………………………………………………..

1 862 243

1 628 324

1 826 342

1 286 342 1 682 423

1 286 432

1

2

3

4

5

6

Page 12: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

12

B Pilih jawapan yang betul

1 Warnakan nombor yang lebih besar

i)

ii)

iii)

iv)

2 Warnakan nombor yang lebih kecil

v)

vi)

vii)

viii)

2 345 201 2 345 021

8 345 201 7 345 201

3 348 201 3 345 210

9 875 024 9 345 420

2 345 981 1 305 981

8 354 201 8 345 201

6 348 201 6 345 210

9 877 024 9 351 420

Page 13: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

13

C Tuliskan jawapan yang betul

1 Tuliskan 5 nombor 7 digit yang lebih besar dari 7 345 621

a. ……………………………….

b. ……………………………….

c. ……………………………….

d. ……………………………….

e. ……………………………….

2 Tuliskan 5 nombor 7 digit yang lebih kecil dari 7 345 621

a. ……………………………….

b. ……………………………….

c. ……………………………….

d. ……………………………….

e. ……………………………….

Page 14: Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507

14

Rujukan

Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan (2006)JN NEGERI PERAK

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

.Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala

Lumpur: Heinemann.

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran

mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur:

Karya Bistari.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik

http://azman.ipgmksm.edu.my/sce3102/topik9.pdf

http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/prinsip-pembelajaran-matematik/

http://www.my-rummy.com/Pengajaran_Matematik-

Inovasi_dan_amalan_baik.html#LIMA_Prinsip_Pembelajaran_Matematik_KBSR

http://amirasofea-matematik.blogspot.com/2010/08/teori-teori-pembelajaran-

matematik.html

http://jtp.ipgkti.edu.my/ppy/resosbestari/PENDEKATAN/scl/5%20nota%20PBP.pdf

http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203103_Murid%20dan%20Alam%20Bela

jar/Tajuk%204_%20Teori%20Pembelajaran2.pdf

http://www.spin.ukm.my/Contents/GGGE6633/GGGE6633/CModule/Lesson1/PEDAGO

Gi.pdf