citra perlis “hamka adalah ulama dan pujangga...

8
28 1.0 Pengenalan HAMKA Prof. Dr. Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Amrullah atau HAMKA adalah anak minangkabau yang lahir di Maninjau, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908 1. Beliau dibesarkan dalam keluarga ulama yang memimpin gerakan pemurnian Islam di Sumatera Barat. HAMKA turut aktif dalam Persyarikatan Muhammadiyah serta giat dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia. Meskipun tidak memiliki pendidikan formal yang tinggi, HAMKA gigih belajar sacara autodidak dan akhirnya menguasai banyak disiplin ilmu. Sepanjang hidupnya HAMKA dikenal sebagai ulama, pendakwah, guru, pensyarah, profesor, aktivis masyarakat, penulis, editor majalah, pemidato, sasterawan, budayawan, sejarawan, ahli politik dan Pakar Rujuk Kementerian Agama Republik Indonesia. Intimnya HAMKA dengan Malaysia pernah menjadikan beliau dipenjarakan dari tahun 1964 ke 1966 dalam suasana Konfrantasi yang dilancarkan oleh rejim Sukarno. Selanjutnya beliau menerima anugerah tertinggi Doctor Honoris Causa dariapda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974 yang disampaikan oleh Canselor pertama UKM, Tun Haji Abdul Razak. Pada 26 Julai 1977, HAMKA telah dilantik sebagai Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi menarik diri pada 1981 apabila nasihat-nasihatnya tidak diendahkan oleh Kerajaan Indonesia. Akhirnya pada 24 Julai 1981, HAMKA kembali ke Rahmatullah. Walau dunia kehilangan HAMKA, karya-karya dan idea-ideanya terus menjadi rujukan sehingga ke hari ini khasnya di seluruh nusantara. 2.0 Perspektif Umum HAMKA Terhadap Negeri Perlis Meskipun lahir di Sumatera Barat, Perlis di utara Semenanjung Tanah Melayu bukanlah teramat asing kepada HAMKA. Ini kerana seawal tahun 1916 lagi, ayahandanya Dr. Haji Abdul Karim Amrullah pernah menziarahi Perlis dalam lawatannya ke Malaya. HAMKA menulis dalam biografi ayahandanya yang berjudul Ayahku bahawa: ‘Untuk memperluaskan pandangan dan dengan maksud mencari tenaga untuk menerbitkan “Al-Munir” kembali, maka bersama dengan murid dan sahabat yang sangat dicintainya, Syeikh Daud Rasyidi dan adiknya H. Yusuf Amrullah dan muridnya Saleh, beliau melawat ke Malaya dengan melalui Medan Deli, Kutaraja Acheh dan terus masuk ke Pulau Pinang, Kedah, PERLIS, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Singapura ‘². Citra Perlis Dalam Perspektif Oleh : HAMKA HAMKA Dr. Hazman Hassan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum, Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia (UUM), 06010 Sintok Kedah Darul Aman, Malaysia [email protected] “HAMKA adalah ulama dan pujangga Indonesia tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan, pendakwah dan pemimpin gerakan pemurnian Islam; pengaruh HAMKA menjangkau negerinya Indonesia ke seluruh dunia Melayu khasnya Malaysia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand. Pun begitu adalah menakjubkan apabila Negeri Perlis, yang paling kecil saiznya di Malaysia dan jauh lebih kecil dariapda propinsi-propinsi terkecil di Indonesia, tetap mendapat perhatian HAMKA untuk disebut dalam penulisan beliau. Justeru kertas kerja ini mempersembahkan beberapa aspek citra Negeri Perlis berdasarkan perspektif HAMKA.” 1 Abdul Rahman Haji Abdullah (2010), Sejarah Ikhtilaf Mazhab Di Malaysia: Suatu Kajian Tentang Perkembangan Pemikiran Tajdid Dan Islah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Halaman 313-343 2 HAMKA (2010), Ayahku: Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah Dan Perjuangan Kaum Agama Di Sumatera. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie. Halaman 160 Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Upload: vodang

Post on 28-May-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Citra Perlis “HAMKA adalah ulama dan pujangga …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3026/1/JWIK...tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan,

28

1.0 Pengenalan HAMKA

Prof. Dr. Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Amrullah atau HAMKA adalah anak minangkabau yang lahir di Maninjau, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908 1. Beliau dibesarkan dalam keluarga ulama yang memimpin gerakan pemurnian Islam di Sumatera Barat. HAMKA turut aktif dalam Persyarikatan Muhammadiyah serta giat dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia. Meskipun tidak memiliki pendidikan formal yang tinggi, HAMKA gigih belajar sacara autodidak dan akhirnya menguasai banyak disiplin ilmu. Sepanjang hidupnya HAMKA dikenal sebagai ulama, pendakwah, guru, pensyarah, profesor, aktivis masyarakat, penulis, editor majalah, pemidato, sasterawan, budayawan, sejarawan, ahli politik dan Pakar Rujuk Kementerian Agama Republik Indonesia.

Intimnya HAMKA dengan Malaysia pernah menjadikan beliau dipenjarakan dari tahun 1964 ke 1966 dalam suasana Konfrantasi yang dilancarkan oleh rejim Sukarno. Selanjutnya beliau menerima anugerah tertinggi Doctor Honoris Causa dariapda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974 yang disampaikan oleh Canselor pertama UKM, Tun Haji Abdul Razak. Pada 26 Julai 1977, HAMKA telah dilantik sebagai Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi menarik diri pada 1981 apabila nasihat-nasihatnya tidak diendahkan oleh Kerajaan Indonesia. Akhirnya pada 24 Julai 1981, HAMKA kembali ke Rahmatullah. Walau dunia kehilangan HAMKA, karya-karya dan idea-ideanya terus menjadi rujukan sehingga ke hari ini khasnya di seluruh nusantara.

2.0 Perspektif Umum HAMKA Terhadap Negeri Perlis

Meskipun lahir di Sumatera Barat, Perlis di utara Semenanjung Tanah Melayu bukanlah teramat asing kepada HAMKA. Ini kerana seawal tahun 1916 lagi, ayahandanya Dr. Haji Abdul Karim Amrullah pernah menziarahi Perlis dalam lawatannya ke Malaya. HAMKA menulis dalam biografi ayahandanya yang berjudul Ayahku bahawa:

‘Untuk memperluaskan pandangan dan dengan maksud mencari tenaga untuk menerbitkan “Al-Munir” kembali, maka bersama dengan murid dan sahabat yang sangat dicintainya, Syeikh Daud Rasyidi dan adiknya H. Yusuf Amrullah dan muridnya Saleh, beliau melawat ke Malaya dengan melalui Medan Deli, Kutaraja Acheh dan terus masuk ke Pulau Pinang, Kedah, PERLIS, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Singapura ‘².

Citra Perlis Dalam Perspektif

Oleh :

HAMKAHAMKADr. Hazman HassanPensyarah KananPusat Pengajian Umum, Kolej Sastera dan SainsUniversiti Utara Malaysia (UUM), 06010 SintokKedah Darul Aman, [email protected]

“HAMKA adalah ulama dan pujangga Indonesia tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan, pendakwah dan pemimpin gerakan pemurnian Islam; pengaruh HAMKA menjangkau negerinya Indonesia ke seluruh dunia Melayu khasnya Malaysia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand. Pun begitu adalah menakjubkan apabila Negeri Perlis, yang paling kecil saiznya di Malaysia dan jauh lebih kecil dariapda propinsi-propinsi terkecil di Indonesia, tetap mendapat perhatian HAMKA untuk disebut dalam penulisan beliau. Justeru kertas kerja ini mempersembahkan beberapa aspek citra Negeri Perlis berdasarkan perspektif HAMKA.”

1 Abdul Rahman Haji Abdullah (2010), Sejarah Ikhtilaf Mazhab Di Malaysia: Suatu Kajian Tentang Perkembangan Pemikiran Tajdid Dan Islah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Halaman 313-343

2 HAMKA (2010), Ayahku: Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah Dan Perjuangan Kaum Agama Di Sumatera. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie. Halaman 160

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Page 2: Citra Perlis “HAMKA adalah ulama dan pujangga …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3026/1/JWIK...tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan,

29

HAMKA berpandangan bahawa Perlis bagaikan kempung halamannya sendiri. Ini disebabkan wujudnya persamaan besar dalam aspek agama, bahasa, bangsa, adat resam, sejarah dan sebagainya. Lalu mekarlah semangat persaudaraan Islam dan keserumpunan Melayu dalam penulisan bukunya Kenang-Kenangan Hidup:

‘Di sana dia merasa seperti berada di kampung sendiri, sesudah itu dihadapkannyalah muka ke Tanah Melayu, Singapura, Johor, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, PERLIS dan Pulau Pinang. Temenung sampai di Melaka, buminya seakan-akan bertutur, pasirnya seakan-akan berkata, bahawa bangsanya dahulu kala pernah mencapai darjat yang tinggi’ ³.

HAMKA juga maklum dengan keunikan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Perlis yang berketurunan Arab daripada Dinasti Jamalullail. HAMKA dalam bukunya Dari Perbendaharaan Lama telah menulis:

‘Di PERLIS (Malaysia) dirajakan bangsa Sayyid dari keturunan Jamalullail. Keturunan raja-raja bangsa Sayyid itu kekal berkembang biak menjadi orang Melayu.....Dan diangkat juga orang Arab menjadi Sultan di Siak dan di Pontianak dan di PERLIS (Malaya)’�.

Kedudukan Dinasti Jamalullail yang dinasabkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai Raja Perlis dan pewaris takhta Kerajaan Perlis juga telah diperkukuhkan melalui peruntukan-peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis5.

Seterusnya HAMKA mengkritik bahasa Indonesia yang mengguna pakai perkataan yang dianggap tidak sopan dalam budaya Negeri Perlis. Dalam bukunya Kenang-kenangan Hidup, HAMKA membuat teguran:

‘Kata-kata butuh yang sekarang menjadi kata umum, dengan erti kepentingan, keperluan, hajat adalah dari bahasa Jawa. Jangan disebut di seluruh Sumatera Timur, Riau, Siak, Minangkabau, bahkan seluruh Tanah Melayu; Johor, Kedah, PERLIS, Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka dan Selangor, terus ke tanah Petani (Melayu Siam)’6

HAMKA dengan terang-terangan memuji system dalam Persekolahan Agama Islam di Perlis. Dalam bukunya Teguran Suci Dan Jujur Kepada Mufti Johor, dicatatkan oleh HAMKA bahawa:

‘ Sekolah-sekolah agama di Pulau Pinang, di Gunung Semanggol, di Kepala Batas, di PERLIS, di Kelantan, di Terengganu dan dimana-mana, semuanya adalah bibit Kaum Muda’7.

Dengan ini, HAMKA telah memberikan pengiktirafan beliau kepada Madrasah al-Alawiyyah al-Diniyyah di Arau yang menjadi antara sekolah Pengajian Islam berpengurusan moden terawal di seluruh Malaya8.

HAMKA turut kagum dengan pemikiran dan penghayatan amalan Islam di Perlis. Dalam majalah Panji Masyarakat yang beliau pimpin, HAMKA menyampaikan pandangan yang amat positif kepada manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah yang dikanunkan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perlis. Artikel dalam majalah Panji Masyarakat ini kemudiannya dihimpunkan menjadi sebuah buku tersendiri yang diberi judul Dari Hati Ke Hati, di mana HAMKA menulis:

3 HAMKA (2009), Kenang-kenangan Hidup. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie. Halaman 186

4 HAMKA (2010), Dari Perbendaharaan Lama. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie

5 Lihat Perkara 7, 12, 17, dan 27 dalam Perlis State Constitution 1959. Kangar: Perlis State Government

6 HAMKA (2009), Kenang-kenangan Hidup. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie. Halaman 196-197

7 HAMKA (2009), Teguran Suci Dan Jujur Kepada Mufti Johor. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie. Halaman 54.

8 Rujuk Ramli Ismail (1990), Sejarah Sekolah Al-Alawiyyah Ad-Diniyyah Arau. dalam Jurnal Warisan Indera Kayangan Jilid 2. Kangar: Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Perlis.

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Page 3: Citra Perlis “HAMKA adalah ulama dan pujangga …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3026/1/JWIK...tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan,

30

‘Bahkan di dalam Kerajaan Perlis, Undang-undang Dasar Kerajaan, itu telah terpengaruh oleh fahaman Ustaz Hassan, iaitu tidak lagi semata-mata mempertahankan Mazhab Syafie sebagai sumber hukum, melainkan telah langsung mengambilnya dari sumber aslinya, iaitu al-Qur’an dan Sunnah, sedang mazhab yang empat, termasuk Mazhab Syafie hanyalah sebagai alat peninjauan (perbandingan) saja’9 .

Adapun Ustaz Hassan yang dimaksudkan dalam tulisan HAMKA di atas adalah Hassan Ahmad atau A. Hasan Bandung yang mana tulisan-tulisan A. Hasan memiliki pengaruh yang tersendiri di Negeri Perlis10.

Huraian HAMKA di atas adalah amat serasi dengan huraian fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada tahun 1989. Fatwa yang menjelaskan takrif Ahlis Sunnah Wal Jama’ah dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perlis ini telah menegaskan:

‘... Majlis11 tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari Kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan keapda Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. ...’12

Maka Perlis dengan rasmi berpegang kepada al-Qur’an dan al-Sunnah dalam urusan keislaman, menyerukan ijtihad dan membasmi taqlid. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa pendirian ini sebagai revolusioner berbanding dengan 13 negeri-negeri lain di Malaysia13. Oleh yang demikian, HAMKA sedari dahulu telah menyatakan kekaguman beliau secara bertulis terhadap penghayatan Islam di Negeri Perlis.

3.0 Perspektif HAMKA Terhadap Ulama’ Perlis

Meskipun demikian, tulisan HAMKA yang paling banyak tentang Perlis adalah menyentuh tentang salah seorang ulamanya, Syeikh Abu Bakar Ashaari (1903-1970). Hal ini dengan banyak dituliskan oleh beliau dalam bukunya Teguran Suci Dan Jujur Kepada Mufti Johor terbitan tahun 1958. Hasil daripada pembelaan HAMKA kepada ulama Perlis ini, sebuah dialog keislaman yang tiada duanya di nusantara pada abad Masehi yang lepas, telah berlangsung secara bertulis melibatkan tokoh-tokoh ulama’ Indonesia-Malaysia (Malaya).

3.1 Latar belakang Syeikh Abu Bakar Ashaari

Meskipun banyak berjasa kepada Negeri Perlis, Syeikh Abu Bakar Ashaari bukanlah anak jati Perlis. Beliau dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada tahun 190314. Mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang, iaitu di Sekolah Melayu Chowrasta dan seterusnya di Anglo-Chinese School yang beraliran Inggeris. Kemudiannya beliau menukar aliran ke Pengajian Islam dengan memasuki Madrasah al-Masyhur al- Islamiyyah, sekolah beraliran reformis terulung di seluruh Pulau Pinang. Pada tahun 1925, beliau melanjutkan lagi pelajaran dalam bidang Syariah di Universiti al-Azhar pada tahun 1925. Sedekad kemudian iaitu pada 1935, beliau kembali ke tanah air.

9 HAMKA (2009), Dari Hati Ke Hati: Bercakap Soal Agama, Sosial-Budaya dan Politik. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie. Halaman 93-94

10 Shukor Mat (2001), As-Sunnah Di Perlis. Kangar: MediaOne Publishing. Halaman 63-64.

11 Majlis di sini adalah singkatan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis atau MAIPs

12 Fatwa Perlis di Portal E-Fatwa. Dicapai pada 20 Mac 2012, daripada http://www.e-fatwa.gov.my/perlis

13 Mohd. Radzi Haji Othman & O.K Rahmat S.H (1996), Gerakan Pembaharuan Islam: Satu Kajian Di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya Dengan Malaysia. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM).

14 Abdul Rahman Haji Abdullah (2010), Sejarah Ikhtilaf Mazhab Di Malaysia: Suatu Kajian Tentang Perkembangan Pemikiran Tajdid Dan Islah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Halaman 295-296

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Page 4: Citra Perlis “HAMKA adalah ulama dan pujangga …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3026/1/JWIK...tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan,

31

15 “Tiga Mat” merujuk kepada tiga tokoh bernama Ahmad yang berjasa besar melestarikan gerakan pemurnian Islam di Perlis. Mereka adalah Haji Ahmad Muhammad atau Haji Mat Hakim (Ketua Hakim Syarie Perlis), Dato’ Wan Ahmad Wan Daud (Speaker pertama Dewan Undangan Negeri Perlis), serta Tan Sri Syeikh

Ahmad Mohd Hashim (Menteri Besar Perlis pertama dilantik menerusi pilihanraya) Ibid.

16 HAMKA (2009), Teguran Suci Dan Jujur Kepada Mufti Johor. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie. Halaman 56

Kuat dipengaruhi oleh gerakan Islam Islamiyyah yang dipelopori Muhammad ‘Abduh dan Rashid Ridha, ulama ini menyebarkan idea-idea reformismenya melalui akhbar Bahtera dan Saudara. Dijemput oleh “Tiga Mat”15, Syeikh Abu Bakar Ashaari berhijrah ke Perlis pada 1936. Mulanya beliau menjadi guru pengasas kepada Sekolah Arab Pengkalan Asam, yang menjadikan sekolah itu sebagai sekolah agama pertama menerima murid-murid perempuan. Seterusnya beliau bertugas sebagai Imam Besar Masjid Alwi di Kangar, serta giat mengajar agama dan menulis. Selain itu, Syeikh Abu Bakar Ashaari juga menyandang amanah sebagai ahli Jawatankuada Zakat dan Fitrah Perlis.

Bukunya Ibadat Rasulullah (1956) telah menggemparkan seluruh Malaya. Majlis Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan disokong oleh Majlis-majlis Agama Islam negeri yang lain telah mencabar beliau untuk berdebat. Cabaran berdebat ini telah ditolak oleh beliau kerana baginya tidak berfaedah berdebat dalam perkara-perkara ijtihad. Akhirnya buku tersebut diharamkan di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Pada 6 April 1970, Syeikh Abu Bakar Ashaari telah kembali ke Rahmatullah dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Tok Peduka, Kangar.

3.2 Ulasan HAMKA Tentang Syeikh Abu Bakar Ashaari

Lebih lima dekad yang lampau, perhatian HAMKA telah terfokus kepada Syeikh Abu Bakar Ashaari, apabila diterbitkan bukunya Ibadat Rasulullah, yang dianggap kontroversi pada tahun 1956. Dalam akhbar Semenanjung edisi 14 Julai 1958, buku ini diberikan reaksi oleh Sahibus Samahah Dato’ Syed Alwi Bin Tahir al-Haddad. Beliau adalah Mufti Kerajaan Johor yang berketurunan Arab Hadramaut tetapi pernah menetap di Bogor, Jawa. Bagi Mufti Kerajaan Johor ini, idea-idea reformis yang dilabel sebagai Kaum Muda dalam buku Ibadat Rasulullah adalah mengelirukan lagi amat berbahaya. Menurut Mufti Kerajaan Johor lagi, Kaum Muda yang menjadi punca di mana 30 juta orang Islam masuk Komunis dan 10 juta lagi dibaptiskan sebagai Kristian di Indonesia. Oleh itu menurut beliau, buku-buku seperti Ibadat Rasulullah karangan Syeikh Abu Bakar Ashaari dari Perlis ini patutlah dimusnahkan sahaja oleh setiap Umat Islam.

Pun begitu HAMKA telah memberikan reaksi balas kepada komentar Mufti Kerajaan Johor tersebut. Sebuah buku khas berjudul Teguran Suci Dan Jujur Kepada Mufti Johor telah dihadirkan oleh beliau dalam masa lima hari sahaja, dengan diterbitkan pada tahun 1958 itu juga. Maka terpahatlah dalam sejarah Malaysia - Indonesia bahawa buku Ibadat Rasulullah yang dikarang di Perlis (Malaysia), telah diberikan reaksi di Johor (Malaysia), dimuat dalam akhbar beribu pejabat di Kuala Lumpur (Malaysia), lalu diikuti reaksi oleh HAMKA dari Jakarta (Indonesia) yang diterbitkan pula di Singapura. Oleh yang demikian, Teguran Suci Dan Jujur Kepada Mufti Johor memaparkan situasi sosial dalam interaksi ulama Indonesia - Malaysia - Singapura dalam dasawarsa 1950-an. Justeru buku ini yang asalnya bertulisan jawi dan pernah diterbitkan oleh Persatuan Muhammadiyah Singapura pada 1958, kini dihadirkan semula dalam versi ejaan rumi pada tahun 2009 hasil suntingan Jamal Tukimin dan Jamil Nawar.

Berkenaan Syeikh Abu Bakar Ashaari, HAMKA menulis dalam Teguran Suci Dan Jujur Kepada Mufti Johor bahawa:

a. Syeikh Abu Bakar Ashaari bagai “bintang ilmu” bergemerlapan di Malaya (Malaysia) HAMKA mencatatkan:

‘Di Malaya timbul pula al-Ustaz yang dinamai Kaum Muda itu berusaha menuangkan ilmu yang ada padanya, bintang-bintang yang berkelap-kelip di langit Malaya, seumpama al-Ustaz al-Fadhil Abu Bakar Ashaari, al-Ustaz al-Fadhil Mustafa Abdul Rahman, dan lain-lain’16

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Page 5: Citra Perlis “HAMKA adalah ulama dan pujangga …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3026/1/JWIK...tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan,

32

17 Ibid. Halaman 6418 Ibid. Halaman 7719 Ibid. Halaman 95

20 Ibid.21 HAMKA (2009), Dari Hati Ke Hati: Bercakap Soal Agama, Sosial-

Budaya dan Politik. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie. Halaman 95.

b. Syeikh Abu Bakar Ashaari bukanlah maksum tetapi ijtihad beliau wajar dihormati HAMKA menekankan iaitu:

‘Saya tidak mahu mengatakan bahawa segala amsalah yang dikupas oleh Almarhum Tuan Ahmad Hassan Bandung sudah bertemu dengan kebenaran semuanya. Demikian juga Tuan Abu Bakar Ashaari, demikian juga Tuan Hasbi Ash-Shiddiqiey dan lain-lain. Saya ulang kesekian kali: Masalah ijtihadiyah adalah masalah dhanni. Menuduh-nuduh kafir, zindiq dan lain-lain bukanlah mencari yang selesai. Dan jikalau kita berijtihad, bukanlah ertinya bahawa kita telah dapat menjawab segala soal’17

c. Syeikh Abu Bakar Ashaari ditindas oleh sebab beliau seorang rakyat biasa, bukannya elit pemerintahHAMKA mengkritik langkah Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Johor iaitu:

‘Serupa dengan hal sekarang Samahah al-Mufti Negeri Johor sedang memegang kuasa jadi mufti dan al-Ustaz Abu Bakar Ashaari tidak berpangkat. Kalau kekuasaannya Kerajaan Johor seperti kekuasaan raja-raja Mesir dahulu itu, tentu al-Ustaz Abu Bakar Ashaari sudah masuk penjara pula’18

d. Syeikh Abu Bakar Ashaari tidak lain daripada penyambung jejak perjuangan para ilama terdahuluDengan insaf, HAMKA merumuskan:

‘Jadi kalau Imam Malik tiada kafir oleh kerana tidak memakai hadith bejana kerana berlawanan dengan ayat buruan, mengapa Almarhum Hasan Bandung dan Abu Bakar Ashaari dan lain-lain jadi kafir?’19

e. Tidak sependapat dengannya bukanlah alasan untuk HAMKA menuduh Syeikh Abu Bakar Ashaari menjadi kafirHAMKA turut menegaskan:

‘Saya pun tidak dapat menuruti al-Imam Malik di dalam perkara ini, kerana saya memandangnya dari segi lain! Saya pun tidak sependapat dengan Almarhum Tuan Hasan Bandung dan Abu Bakar Ashaari di dalam perkara ini “ijtihad tidak dapat disanggah dengan ijtihad pula!”. Tetapi saya keberatan menuduh-nuduh orang kafir! Kerana di dalam kitab-kitab hadith dan fikah sudah ada “Bab al-Riddah” yang menuliskan syarat-syarat yang dapat menyebabkan orang jadi kufur dan hukum yang mengkufurkan orang lain! Agama ada mempunyai batas-batas dan kesopanan yang tidak boleh kita lampaui. Di sini saya tegaskan bahawa al-Fadhil Abu Bakar Ashaari adalah seorang Muslim al-Sunni al-Salafi. Saya berkata dengan mengingat tanggungjawab saya di hadapan Allah!”20

Tidak cukup dengan itu, bukan sekali HAMKA membela Syeikh Abu Bakar Ashaari.Dalam tulisannya Dari Hati ke Hati, HAMKA menghuraikan sekali lagi:

‘Pada tahun 1957, H. Abu Bakar Asy’ariy dari Perlis mengeluarkan sebuah buku berjudul Ibadat Rasulullah, pun dia mengeluarkan pendapat-pendapat yang baru bagi kaum taqlid, tetapi soal biasa bagi orang yang berpandangan luas, dari Johor jugalah keluar larangan membaca dan mengedarkan buku itu’21

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Page 6: Citra Perlis “HAMKA adalah ulama dan pujangga …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3026/1/JWIK...tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan,

33

22 Abdul Rahman Haji Abdullah (2010), Sejarah Ikhtilaf Mazhab Di Malaysia: Suatu Kajian Tentang Perkembangan Pemikiran Tajdid Dan Islah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Halaman 295-296

23 Mustaffa Daud (1999) “HAMKA” dalam Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu Jilid F-L. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Halaman 84324 Ibid.25 Abdul Rahman Haji Abdullah (2010), Sejarah Ikhtilaf Mazhab Di

Malaysia: Suatu Kajian Tentang Perkembangan Pemikiran Tajdid Dan Islah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Halaman 322-323.

3.3 Persamaan HAMKA dan Syeikh Abu Bakar Ashaari

Berdasarkan pencarian terhadap latar belakang mereka, amat menarik diutarakan bahawa kedua-dua tokoh ulama Indonesia - Malaysia ini didapati memiliki persamaan tersendiri. Tambah menyerlahkan keunikan dan kehebatan mereka, sebahagian persamaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

i. Mereka adalah ‘milik bersama’ seluruh nusantara Syeikh Abu Bakar Ashaari adalah anak Pulau Pinang yang berkhidmat di Perlis tetapi ayahandanya berketurunan Bugis. Semasa berada di Lembahan Nil, beliau memiliki perhubungan yang cukup rapat dengan Prof. Abdul Kahar Muzakkir, rektor pertama bagi Universitas Islam Indonesia. Ketika menuntut ilmu di Universiti al-Azhar, kedua-dua ulama ini menggerakkan Jam’iyyah al-Khayriyyah al-Malayuwiyyah sebagai wadah penyatuan putera-puteri Indonesia, Malaya dan seluruh nusantara di Mesir22. Meneruskan tradisi merantau dalam adat Minangkabau, keluarga HAMKA pula biasa mengembara ke Malaya, sehingga dikatakan salah seorang ayahanda saudaranya menetap dan disemadikan di Klang, Selangor. Dalam era Konfrontasi, sikap HAMKA yang pro-Malaysia menjadikan beliau dituduh mahu membunuh Menteri Agama Indonesia, ditohmah berniat memberontak dan dikatakan menerima wang daripada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Akibat pendirian yang menyebelahi Malaysia ini, HAMKA ditahan oleh Rejim Sukarno selama 2 tahun iaitu dari 1964 sehingga 196623. Barangkali juga disebabkan hal ini, HAMKA diberikan penghormatan sebagai penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Honoris Causa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

ii. Mereka berdua adalah wartawan dan pengarang yang prolifik yang berkarya dalam Bahasa Melayu

Syeikh Abu Bakar Ashaari dalam pengalaman intelektualnya pernah menjadi penulis di akhbar Saudara dan seterusnya penolong ketua pengarang akhbar Bahtera yang terbit di Pulau Pinang. Beliau menulis karya-karya seperti Ibadat Rasulullah (1956), Sembahyang Rasulullah (1957), Kemerdekaan Berfikir Dalam Islam (1955), Pergerakan Kaum Wanita Dalam Islam (1955), Sejarah Anbiya’, Intisari Juzuk ‘Amma, Kitab Pedoman Ibadat Puasa, Punca Penerangan Akal, al-Khutbah al-’Asriyah, Khutbah-khutbah Moden, Soal-Jawab Agama dan Jawahir Bukhari. Sehingga kini, nampaknya masih belum ada sebarang penulis buku-buku agama Islam dari Perlis yang dapat mengatasi rekod Syeikh Abu Bakar Ashaari, baik dari segi jumlah judul mahupun dalam aspek komprehensifnya tema-tema penulisan beliau.

Adapun HAMKA pernah menjadi wartawan, penulis dan editor bagi Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam, Seruan Muhammadiyah, Kemajuan Masyarakat, al-Mahdi, Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam24. Beliau turut menulis lebih daripada 113 buah karya yang dicetak berkali-kali oleh kerana kepopularannya. Antara karya-karya sasteranya adalah Merantau ke Deli, Di Bawah Lindungan Ka’abah, Di Dalam Lembah Kehidupan, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk, Margaretta Gaithier dan Kenang-kenangan Hidup. Sementara karya-karya agama termasuk sejarah dan falsafah yang dihasilkannya adalah Lembaga Hidup, Dari Lembah Cita-cita, Lembaga Hikmat, Falsafah Hidup, Antara Fakta dan Khayal ‘Tuanku Rao’, Lembaga Budi, Tasauf: Perkembangan dan Pemurniannya, Tanya Jawab Islam, Bohong Di Dunia, Tasauf Moden, Perkembangan Kebatinan Di Indonesia, Pandangan Hidup Muslim, Sejarah Umat Islam (4 jilid), Tafsir al-Azhar (lengkap 30 juzu’) dan sebagainya25.

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Page 7: Citra Perlis “HAMKA adalah ulama dan pujangga …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3026/1/JWIK...tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan,

34

26 “Abu Bakar Ashaari” dalam Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu Jilid A-E (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 73-74.

27 Rujuk Rusydi HAMKA (2010), HAMKA Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu: Menatap Peribadi Dan Martabatnya. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie.

iii. Mereka pernah berada di dalam dan di luar perkhidmatan kerajaan Syeikh Abu Bakar Ashaari pernah menjadi Imam Besar Masjid Alwi di Kangar Perlis, dengan lantikan Tuanku Raja Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Beliau juga ahli dalam Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Perlis. Prof. Dr. HAMKA pula pernah dilantik oleh Menteri Agama Indonesia menjadi Pegawai Tinggi Agama dari tahun 1951 ke 1960. Pada tahun 1977 pula, beliau dilantik pula menjadi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI) serta pelbagai institusi yang berkait rapat dengan kepentingan umat Islam di Indonesia. Maka pengalaman kedua-dua tokoh ini berada di luar kerajaan serta berkhidmat dengan kerajaan di tempat masing-masing menjadikan mereka amat prihatin dengan masalah Umat Islam.

iv. Mereka tegas dengan pandangan masing-masing Syeikh Abu Bakar Ashaari adalah ulama Malaya pertama mengharuskan pemindahan organ iaitu mata dariapda mayat kepada orang yang masih hidup untuk tujuan kebaikan. Beliau juga mengeluarkan fatwa bahawa wang Loteri Kebajikan Masyarakat tidak boleh digunakan untuk membina masjid. Syeikh Abu Bakar Ashaari juga dengan progresif berpendapat bahawa zakat fitrah tidak semestinya dibayar dengan makanan asasi tetapi boleh digantikan dengan wang bernisbah yang sama. Di samping itu, beliau tegas membasmi amalan-amalan khurafat dan bid’ah yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w.26. HAMKA sendiri menyertai Persyarikatan Muhammadiyah semenjak 1925 di Padang Panjangbagi menentang khurafat, bid’ah, tariqat dan kebatinan sesat. Beliau mengkritik adat-istiadat Minangkabau, membantah agama Qadiani, menolak riwayat Israiliyyat dalam tafsir serta tidak menyokong Revolusi Syi’ah Iran. Di samping itu, HAMKA enggan membenarkan Islam dicemar dengan percantuman antara Nasionalisme, Agama dan Komunisme (NASAKOM) yang diagungkan oleh Sukarno. Tanpa pernah menyerah kalah, HAMKA tidak putus-putus menentang ancaman Kristianisasi, Werternisasi, Komunisme dan Sekularisme terhadap Umat Islam di Indonesia. Beliau sanggup mengundurkan diri sebagai Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI) oleh kerana ketegasannya menentang anjuran Kerajaan Indonesia untuk Umat Islam ikut merayakan Krismas di gereja pada tahun 198127.

4.0 Penutup Adalah menakjubkan apabila Negeri Perlis, yang paling kecil saiznya di Malaysia dan jauh lebih kecil daripada propinsi-propinsi terkecil di Indonesia, telah berjaya mencuri perhatian HAMKA sehingga diistimewakan dalam penulisan beliau. Dalam perspektif HAMKA, citra atau imej Negeri Perlis adalahh amat positif. Bukan sahaja beliau bernostalgia tentang lawatan ayahandanya ke Perlis, bahkan beliau amat sentimental dengan pemerintahan Raja Perlis, dialek Perlis dan Sekolah Agama di Perlis. Beliau turut pergi jauh dengan mengaku merasa bagaikan bukan orang asing di Perlis.

Walau bagaimanapun, tidak ada perkara yang lebih dikagumi oleh HAMKA tentang Perlis melainkan penghayatan Islam di Perlis yang berpaksikan manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah yang tidak terikat kepada sebarang mazhab. Justeru bagaikan seorang sahabat karib yang berkongsi banyak persamaan, HAMKA telah membela ulama reformis Perlis secara habis-habisan. Hal ini berlaku apabila Syeikh Abu Bakar Ashaari dibadai gelombang fitnah daripada elit agama dan media di Malaya. Oleh yang demikian, citra Negeri Perlis dalam perspektif HAMKA adalah tidak kurang daripada model sebuah Negeri Melayu-Islam yang progresif dan istimewa di rantau ini.

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Page 8: Citra Perlis “HAMKA adalah ulama dan pujangga …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3026/1/JWIK...tersohor, yang menulis ratusan buku dalam pelbagai genre. Sebagai sasterawan,

35

Rujukan

“Abu Bakar Ashaari” dalam Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu Jilid A-E (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaFatwa Perlis di Portal E-Fatwa Portal. Diakses pada 20 Mac 2012, daripada http://www.e-fatwa.gov.my/perlisHAMKA (2009), Dari Hati Ke Hati: Bercakap Soal Agama, Sosial-Budaya dan Politik. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie.______ . (2009), Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie______ . (2009), Kenang-kenangan Hidup. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie______ . (2010), Ayahku: Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah Dan Perjuangan Kaum Agama Di Sumatera. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie Agama Di Sumatera. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie.Mustaffa Daud (1999) “ HAMKA” dalam Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan MelayuJilid F-L. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaMohd. Radzi Haji Othman & O.K Rahmat S.H (1996), Gerakan Pembaharuan Islam: Satu Kajian Di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya Dengan Malaysia. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM).Perlis State Constitution 1959. Kangar: Perlis State Government.Ramli Ismail (1990), Sejarah Sekolah Al-Alawiyyah Ad-Diniyyah Arau. dalam Jurnal Warisan Indera Kayangan Jilid 2. Kangar: Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Perlis.Rusydi HAMKA (2010), HAMKA Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu: Menatap Peribadi Dan Martabatnya. Kuala Lumpur: Pustaka Dinie.

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2011 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis