masyarakat: satu kajian kes di pulau pinang khairiah salwa...

10
Suruhanjaya Hak-hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Kesedaran Masyarakat: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang Khairiah Salwa Mokhtar & Yessy Oktavia Misdi Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Abstrak Malaysia mula bergiat cergas dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hak asasi manusia (UNCHR) pada tahun 1993. Sehubungan itu, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di bawah undang-undang Malaysia telah ditubuhkan dan mula berkuatkuasa pada 9 September 1999. Hal ini diikuti dengan penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 3 April 2000. Peltubuhan yang bebas daripada mana-mana kuasa ini bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan hak asasi rakyat Malaysia dari pelbagai aspek termasuk hak dan kebebasan bersuara, penyalahgunaan kuasa dan juga kebebasan sistem kehakiman di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kesedaran masyarakat Malaysia tentang kewujudan dan peranan SUHAKAM. Hasil kajian yang menggunakan kaedah soal selidik dan temubual bersemuka terhadap 304 responden secara rambang di Pulau Pinang ini antara lain mendapati bahawa 46.1 peratus daripada mereka tahu tentang kewujudan dan peranan SUHAKAM manakala 34.4 peratus menyatakan sebaliknya. 19.7 peratus pula menyatakan bahawa mereka pemah mendengar tentang SUHAKAM tetapi kurang pasti tentang peranannya. Kajian ini juga membentangkan satu analisis kesedaran masyarakat tentang SUHAKAM dari perspektif-perspektifgender, umur, etnik, tahap pendidikan dan pekerjaan. Dapatan kajian ini dipercayai mampu mengetengahkan kelemahan-kelemahan SUHAKAM sekaligus membantu pertubuhan ini meningkatkan usaha untuk memperkenalkan diri serta peranannya kepada masyarakat umum. Hal ini secara tidak langsung boleh meningkatkan keberkesanannya sebagai satu dasar awam di negara ini. Abstract Malaysia has been actively involved in the United Nations High Commissioner for Refilgees (UNHCR) since 1993. In relation to that, the Human Rights Commission of Malaysia Act was established on September 9, 1999 followed by the creation of the National Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) on April 3, 2000. The primQlY role of this autonomous body is to protect the rights of all human to live a dignified life including the right and freedom of speech, and the freedom ofthejudiciQlY system in Malaysia. The objective of the study is to identify the awareness of the Malaysian society on the existence of and roles played by SUHAKAM. Employing questionnaires and interview approaches as 2 methods of collecting data over 304 respondents in Penang, the study finds out that 46.1 per cent of the respondents know of the

Upload: trandieu

Post on 30-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Suruhanjaya Hak-hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan KesedaranMasyarakat: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang

Khairiah Salwa Mokhtar & Yessy Oktavia MisdiUniversiti Sains Malaysia

Pulau Pinang

AbstrakMalaysia mula bergiat cergas dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hakasasi manusia (UNCHR) pada tahun 1993. Sehubungan itu, Akta Suruhanjaya HakAsasi Manusia di bawah undang-undang Malaysia telah ditubuhkan dan mulaberkuatkuasa pada 9 September 1999. Hal ini diikuti dengan penubuhanSuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 3 April 2000.Peltubuhan yang bebas daripada mana-mana kuasa ini bertujuan untuk melindungidan memperjuangkan hak asasi rakyat Malaysia dari pelbagai aspek termasuk hakdan kebebasan bersuara, penyalahgunaan kuasa dan juga kebebasan sistemkehakiman di Malaysia.

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kesedaran masyarakat Malaysiatentang kewujudan dan peranan SUHAKAM. Hasil kajian yang menggunakankaedah soal selidik dan temubual bersemuka terhadap 304 responden secararambang di Pulau Pinang ini antara lain mendapati bahawa 46.1 peratus daripadamereka tahu tentang kewujudan dan peranan SUHAKAM manakala 34.4 peratusmenyatakan sebaliknya. 19.7 peratus pula menyatakan bahawa mereka pemahmendengar tentang SUHAKAM tetapi kurang pasti tentang peranannya. Kajian inijuga membentangkan satu anal isis kesedaran masyarakat tentang SUHAKAM dariperspektif-perspektif gender, umur, etnik, tahap pendidikan dan pekerjaan.

Dapatan kajian ini dipercayai mampu mengetengahkan kelemahan-kelemahanSUHAKAM sekaligus membantu pertubuhan ini meningkatkan usaha untukmemperkenalkan diri serta peranannya kepada masyarakat umum. Hal ini secaratidak langsung boleh meningkatkan keberkesanannya sebagai satu dasar awam dinegara ini.

AbstractMalaysia has been actively involved in the United Nations High Commissioner forRefilgees (UNHCR) since 1993. In relation to that, the Human Rights CommissionofMalaysia Act was established on September 9, 1999 followed by the creation ofthe National Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) on April 3,2000. The primQlY role of this autonomous body is to protect the rights of allhuman to live a dignified life including the right and freedom of speech, and thefreedom ofthejudiciQlY system in Malaysia.

The objective of the study is to identify the awareness of the Malaysian society onthe existence of and roles played by SUHAKAM. Employing questionnaires andinterview approaches as 2 methods of collecting data over 304 respondents inPenang, the study finds out that 46.1 per cent of the respondents know of the

"

existence and role played by the body. However, 34.4 per cent of them sayotherwise. 19.7 per cent says that they have heard about SUHAKAM but are notsure of its role. This study also presents an analysis of the societal awarenesstowards SUHAKAM from various perspectives including gender, age, ethnic,educational level and careers.

The findings of the study would assist in identifying the weaknesses ofSUHAKAMso that SUHAKAM would improve its initiatives in introducing and promoting itsrole to the whole society. Thus, the effectiveness ofSUHAKAM as a public policyprevails.

PengenalanIsu yang berkaitan dengan hak asasi manusia mula mendapat perhatian serius diperingkat antarabangsa melalui Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat padatahun 1948. Pengisytiharan ini dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang keahliannya terdiri daripada negara-negara merdeka di seluruh dunia.Selain Perisytiharan ini, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik 1966dan Kovenan Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966 merupakan dua lagidokumen utama yang mendasari isu hak asasi manusia seluruh dunia (RamdasTikamdas & S. Sothi Rachagan, 1999).

Hak asasi manusia boleh ditakrifkan sebagai hak yang dasar atau mesti dan wajibditerima dengan sarna rata seperti hak untuk memberi pendapat, mendapatperlindungan dan pendidikan yang sempuma, makanan, menganut agama ataukepercayaan dan sebagainya. Bagaimanapun, contoh yang diberikan inisebenamya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Seiringdengan perkembangan zaman, hak asasi manusia harus diberi tafsiran danperngertian yang lebih luas dan mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia(Wong Hon Wai, 2001).

Rasionalnya, isu hak asasi manusia ini diperbincangkan sehingga ke peringkatdunia adalah natijah daripada peningkatan kesedaran masyarakat dunia tentanghak-hak asasi manusia sebagai warganegara sesebuah negara. Sejak akhir-akhir ini,isu ini semakin mendapat perhatian dan secara tidak langsung menjadi agendautama di dalam setiap persidangan antarabangsa. Keputusan kerajaan Malaysiauntuk menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia bermula apabila Malaysiasendiri bergiat aktif dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi isu hak asasimanusia. Malaysia telah terpilih sebagai ahli suruhanjaya oleh Majlis Ekonomi danSosial Bangsa-bangsa Bersatu (ECOSOC) pada 1993 hingga 1995. Tan Sri Dato'Musa b. Hitam, ketua perwakilan Malaysia pada waktu itu telah dilantik sebagaiPengerusi Ke-52 bagi United Nations High Commissioner for Refugee (UNCHR).Malaysia kemudiannya dipilih untuk berkhidmat bagi penggal kedua di UNCHRdari tahun 1996 hingga 1998 dan seterusnya bagi penggal ketiga dari tahun 2001hingga 2003. Penyertaan aktif Malaysia dalam UNCHR ini membuktikan bahawaMalaysia sendiri dengan telusnya menitikberatkan hak asasi manusia sejagatkhususnya hak asasi rakyat Malaysia sendiri.

2

"

---------- _._-----

Namun, konsep hak asasi manusia yang diperkenalkan oleh Barat lebihmenitikberatkan hak-hak asasi individu. Bertentangan dengan Malaysia, sepertikebanyakkan negara-negara Asia lain, lebih menitikberatkan kepentingan hak-hakmasyarakat berbanding hak-hak individu. Individu-individu adalah penting untukmelengkapkan sesuatu masyarakat. Oleh yang demikian, kerajaan mengarnbilinisiatif menubuhkan Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)di Malaysia. Ia adalah langkah penting dalam rneneruskan lagi prornosi danperlindungan hak asasi manusia di Malaysia. Akta Suruhanjaya Kebangsaan HakAsasi Manusia 1999 adalah kosisten dengan Paris Principles berkenaan denganStatus ofNational Institutions .

Kerajaan Malaysia mempunyai justifikasi sendiri dalam mempertimbangkanpenubuhan sebuah badan hak asasi manusia di negara ini. Satu daripadanya ialahpenglibatan aktif Malaysia sendiri dalam UNCHR. Selain itu, semakin meluasnyatekanan antarabangsa dan kesedaran terhadap hak asasi rnanusia serta kesedaranbahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sesebuah negara (LaporanTahunan SUHAKAM, 2000). Ia juga didorong oleh perhatian dan kesedaran yangberterusan di peringkat dunia terhadap isu hak asasi manusia dan kejayaanPersidangan Sedunia berhubung dengan hak asasi manusia pada tahun 1993 diVienna. Negara-negara yang menyertai persidangan tersebut termasuk Malaysia,telah mempersetujui secara bersama bahawa hak-hak asasi manusia adalah bersifatsejagat dan tidak boleh dinafikan, atas kesedaran itulah telah mendorong kepadapenubuhan badan-badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.

Berlandaskan kepada perkara-perkara tersebut, maka kajian ini memberi turnpuankepada SUHAKAM dan kesedaran masyarakat tentang kewujudan dan perananSUHAKAM. Dua isu yang ingin diketahui ialah sarna ada masyarakat secaraamnya sedar tentang kewujudan SUHAKAM dan seterusnya meninjau kesedaranmasyarakat tentang peranan institusi yang berautonomi ini.

Objektif Kajian1. Menilai kesedaran masyarakat di Pulau Pinang tentang kewujudan

SUHAKAM sebagai sebuah badan yang membela hak asasi manusia.2. Menilai kesedaran masyarakat di Pulau Pinang tentang peranan

SUHAKAM sebagai sebuah badan yang ditugaskan untuk membela hakasasi manusia khususnya masyarakat Malaysia.

Persoalan KajianI. Adakah masyarakat khususnya penduduk di Pulau Pinang sedar tentang

kewujudan SUHAKAM sebagai sebuah badan yang dapat membela hakasasi mamusia?

2, Adakah penduduk di Pulau Pinang sedar akan peranan yang bolehdijalankan oleh SUHAKAM dalam membela hak asasi manusia?

3

"

Kepentingan Kajian

1. Kajian ini akan memberi kesan yang positif terhadap SUHAKAM dalammengetahui tahap kesedaran masyarakat Malaysia khususnya penduduk diPulau Pinang tentang kewujudan SUHAKAM.

2. kajian ini membolehkan masyarakat di Pulau Pinang mengetahui wujudnyasebuah badan yang dapat membantu dalam membela hak asasi mereka.

Kaedah KajianKaedah penyelidikan bermaksud cara yang dilakukan untuk mendapatkan data ataumaklumat bagi mencari jawapan kepada persoalan atau masalah. Dalammenjalankan sesuatu penyelidikan adalah perlu untuk mengumpul databerdasarkan kepada pemilihan kaedah yang digunakan. Pengumpulan data yangbenar, lengkap dan dapat digunakan secara luas adalah penting. Menurut SyedArabi Idid (1992), penyelidikan pada asasnya adalah usaha seseorang sarjana untukmencari data sesuai yang dapat digunakan untuk menjawab soalan penyelidikan.

Persampelan dalam kajian ini terdiri daripada penduduk di sekitar Pulau Pinang.Responden terdiri daripada 302 orang yang dipilih menggunakan kaedah rawakmudah. Pengkaji telah membahagikan penduduk Pulau Pinang kepada 6 kawasankajian iaitu Univeriti Sains Malaysia, Pulau Tikus, Balik Pulau, Air Itam,Feringghi dan Georgetown. Pengkaji memberi borang soal selidik kepada setiap 1daripada 5 orang responden yang pengkaji temui semasa berada dalam sesuatukawasan.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan dua kaedah kajian. Pertama,pengkaji rnenggunakan kaedah borang soal selidik. Pengkaji telah rnengedarkansebanyak 320 borang soal selidik kepada penduduk Pulau Pinang. Bagaimanapun,pengkaji berjaya mendapatkan semula sebanyak 304 borang soal selidik yangkemudiannya digunakan dalam kajian ini.

Borang soal selidik mengandungi 19 ayat pemyataaan yang perlu dijawab olehresponden. Jawapan yang disediakan berbentuk skala Likert iaitu 1 - sangatsetuju, 2 - setuju, 3 - tiada berkaitan, 4 - tidak setuju dan 5 - sangat tidak setuju.

Selain itu, pengkaji juga rnenggunakan kaedah ternubual bersemuka. Pengkajitelah menggunakan borang soal selidik yang sarna sebagai panduan semasamenemubual responden. Antara persoalan yang disoal adalah adakah respondenyang dipilih tahu akan kewujudan dan peranan SUHAKAM. Pengkaji merasakanbahawa kaedah kedua ini harus dijalankan bagi memperolehi dapatan kajian yanglebih kukuh. Bagaimanapun, hasil daripada temubual ini pengkaji telahmengklasifikasikannya ke dalam bentuk kuantitatif. Sebagai contoh pengkajimengira bilangan responden yang menyatakan bahawa mereka tahu akankewujudan dan peranan SUHAKAM.

4

Dapatan KajianKajian ini melibatkan 166 responden lelaki dan 138 perempuan. Daripada jumlah304 responden ini, 4.9% terdiri daripada mereka yang berumur 19 tahun kebawah,32.2% berumur 20 - 30 tahun, 30.6% dan 25.3% pula terdiri daripada mereka yangberumur 31 - 40 tahun dan 41 - 50 tahun. Mereka yang berumur 50 tahun ke ataspula membentuk 6.9% daripada jumlah keseluruhan.

Dari segi tahap pendidikan pula, 8.2% responden mempunyai pendidikan setakatsekolah rendah, 15.4% dan 41.1 % masing-masing terdiri daripada mereka yangmenerima pendidikan sekolah menengah dan kolej atau diploma sahaja. Peratusanbagi mereka yang menerima pendidikan pada peringkat ijazah ke atas pulamembentuk 59.2%.

Responden yang berbangsa Melayu membentuk jumlah terbesar responden iaitu69.4%. ini disusuli kaum-kaum Cina dan India yang masing-masing mencatatkan17.1 % dan 11.8%. Kaum lain membentuk 1.6%.

Dari segi pekerjaan pula, responden yang bekerja dengan sektor kerajaanmembentuk 65.5% daripada jumlah responden, manakala responden yang bekerjadengan sektor swasta dan bekerja sendiri, masing-masing membentuk 19.1 % dan9.5%. Terdapat juga responden yang tidak bekerja terlibat dalam kajian ini.Mereka terdiri daripada 5.9%.Bagi soalan yang berkaitan dengan latar belakang SUHAKAM, soalan pertamayang diajukan dalam borang soal-selidik ialah adakah responden pemahmendengar tentang SUHAKAM. 48.3% menyatakan bahawa mereka pemahmendengar tentang SUHAKAM, 35.5% pula tidak pemah mendengar tentangSUHAKAM manakala 16.1 % tidak pasti sarna ada pemah atau tidak pemahmendengar tentang SUHAKAM.

Seterusnya 38.8% responden menyatakan mereka sememangnya maklum tentangSUHAKAM, 25% pula menyatakan tidak pasti sarna ada mereka maklum tentangSUHAKAM manakala 36.2% menyatakan bahawa mereka tidak maklum tentangSUHAKAM.

Pemyataan sarna ada responden tahu tentang kewujudan SUHAKAM pulamenunjukkan 46.1 % responden tahu tentang kewujudan SUHAKAM, 19.7%menyatakan mereka tidak pasti manakala 34.3% pula tidak tahu tentang kewujudanorganisasi ini.

Responden juga ditanya sarna ada mereka pernah berurusan dengan SUHAKAM.44% menyatakan bahawa mereka pemah berurusan dengan SUHAKAM, 16.1 %tidak pasti tentang perkara yang boleh diurus SUHAKAM. Responden yang tidakpernah berurusan dengan SUHAKAM terdiri daripada 39.5%.

43% daripada jumlah responden menyatakan bahawa mereka mengenali beberapaahli SUHAKAM manakala 31.6% pula menyatakan sebaliknya. 25.3% pulamenyatakan bahawa mereka tidak pasti sarna ada mereka mengenali ahliSUHAKAM atau tidak.

5

Fungsi SUHAKAM diketahui oleh 42.8% responden. Mereka yang tidakmengetahui tentang fungsi SUHAKAM membentuk 31.6% dan 25.7o/o pula tidakpastidengan fungsi yang dimainkan oleh SUHAKAM.

Pemyataan sama ada responden bersetuju apabila dikatakan bahawa SUHAKAMadalah berkaitan dengan hak asasi manusia, sebanyak 49/% menyatakan bahawamereka bersetuju dengan pernyataan ini. 34.5% pula menyatakan bahawa merekatidak bersetuju jika SUHAKAM dikatakan berkaitan dengan hak asasi manusia.l5.l% pula menyatakan mereka tidak pasti tentang perkara tersebut.

Berkenaan dengan SUHAKAM sebagai satu badan yang berkaitan dengan kes

perceraian atau sistem kehakiman, hanya 29.6% bersetuju dengan pernyataan ini.44.7% pula tidak bersetuju dengan pemyataan ini.25.7% pula menyatakan bahawamereka tidak pasti dengan pernyataan ini.

Apabila pengkaji menyatakan bahawa SUHAKAM berkaitan dengan ISA,40.8%bersetuju dengan pernyataan ini. 36.9"/o responden menyatakan tidak bersetujudengan pernyataan ini manakala 22.4% pula menyatakan bahawa mereka tidakpasti dengan SUHAKAM sebagai ISA.

SUHAKAM berkaitan dengan pelarian atau imigresen pula hanya dipersetujui oleh33.9% daripada jumlah responden, 40.4% menyatakan SUHAKAM bukanberkaitan dengan pelarian atau imigresen dan 25.7% pula menyatakan bahawamereka tidak pasti tentang perkara ini.

39.8% bersetuju dengan pernyataan yang menyatakan bahwa SUHAKAMberkaitan dengan penyalahgunaan kuasa. 24oh pula menyatakan bahawa merekatidak pasti dengan pernyataan ini. 36.2% pula menyatakan bahawa mereka tidakbersetuju dengan pernyataan tersebut.

Ayat pernyataan yang menyatakan bahawa SUHAKAM adalah bebas daripadapengaruh kerajaan telah dipersetujui oleh 55.6% daripada jumlah responden.300/opula menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pernyataan ini manakala145% pula menyatakan mereka tidak pasti dengan pernyataan ini.

Sebanyak 55.6% menyatakan bahawa mereka bersetuju bahawa SUHAKAMberhak membuat keputusan sendiri. 29.9% pula menyatakan bahawa mereka tidakbersetuju dengan pernyataan ini. 14.5% pula menyatakan bahawa mereka tidakpasti dengan pemyataan ini.

Pernyataan tentang keahlian SUHAKAM yang seharusnya dilantik oleh orangramai pula telah dipersetujui oleh 595% daripada jumlah responden. 24oh pulatidak bersetuju dengan pernyataan ini dan 16/% pula menyatakan bahawa merekatidak pasti dengan pernyataan ini.

75o% responden bersetuju jika keahlian SUHAKAM sepatutnya mewakili pelbagaibidang. 14.2% pula menyatakan bahawa SUHAKAM tidak sepatutnya mewakili

pelbagai bidang. 10.9% pula menyatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada

keahlian SUHAKAM sepatutnya mewakili pelbagai bidang.

Pernyataan tentang keahlian SUHAKAM yang sepatutnya dilantik dari kalanganahli parti-parti pembangkang telah mendapat persetujuan 33.9o/o responden. 470%

pula tidak bersetuju dengan pernyataan ini dan 19J% pula tidak pasti denganpernyataan ini.

Apabila pengkaji menyatakan bahawa keahlian SUHAKAM sepatutnya terdiridaripada ahli-ahli pemerintah dan pembangkang, 62.2% bersetuju denganpernyataan ini. 22% pula tidak bersetuju dengan pernyataan ini dan 15.8% pulatidak pasti dengan pernyataan ini.

Berkenaan dengan keberkesanan SUHAKAM pula, 34.8% menyatakan bahawaSUHAKAM cepat dalam menyelesaikan aduan. 36.9% pula tidak bersetuju denganpernyataan ini dan 283% menyatakan bahawa mereka tidak pasti denganpernyataan ini.

48yo responden bersetuju dengan pernyataan bahawa SUHAKAM berjayamengurangkan masalah awam. 29.3% pula menyatakan bahawa mereka tidakbersetuju dengan pernyataan ini dan 22.7% pula menyatakan bahawa mereka tidakpasti dengan pernyataan ini.

Perbincangan

Kajian ini melibatkan 166 responden lelaki dan 138 responden perempuan. Hal iniberlaku kerana kebanyakan reponden yang ditemui adalah golongan lelakiberbanding perempuan. Apabila semua responden dikategorikan mengikutkumpulan umur, responden yang berumur 20 hingga 30 tahun sangat ramaimenyertai kajian ini. Tidak ketinggalan juga bagi responden yang berumur 3lhingga 40 tahun. Perkara ini memperlihatkan bahawa kedua-dua golongan iniadalah kumpulan umur yang sangat senang bekerjasama dengan pengkaji. Merekalebih senang didekati dan lebih matang dalam menjawab setiap persoalan yangdiajukan.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat ramai yang pernah mendengarmengenai SUHAKAM, iaitu 483% daripada jumlah responden. Tetapi hanya46.1% sahaja yang tahu akan kewujudan SUHAKAM. Ini bermakna, kebanyakanresponden yang terlibat dalam kajian ini pemah mendengar tentang SUHAKAMtetapi tidak menyedari akan kewujudan badan tersebut. Perkara ini berlaku keranaSUHAKAM kurang menjalankan promosi untuk memberitahu masyarakat bahawabadan pembelaan hak asasi manusia sememangnya wujud di Malaysia dan orangramai boleh menggunakan khidmat mereka.

Kebanyakan responden iaitu 42.8% juga tahu tentang peranan yang mampudijalankan oleh SUHAKAM. Responden menyatakan bahawa mereka mengetahuiperkara yang boleh mereka dapatkan bantuan daripada SUHAKAM tetapi tidakmenggunakan khidmat badan ini dalam membantu unfuk menyelesaikan masalah

mereka. Namum, 44% daripda jumlah responden masih menyatakan bahawamereka pemah menggunakan khidmat SUHAKAM untuk menyelesaikan masalah

mereka. Ini menunjukkan bahawa SUHAKAM adalah satu badan yang diketahuiperanannya oleh masyarakat di Malaysia cuma mereka tidak menggunakan badan

ini dengan sebaik mungkin.

SUHAKAM juga adalah satu badan yang mempunyai ahli-ahli yang dikenaliramai. Seramai 43o/o daripda jumlah responden menyatakan bahawa mereka

mengenali sekurang-kurangnya satu ahli jawatankuasa SUHAKAM. Oleh yang

demikian, perkara yang jelas di sini ialah orang yang tahu akan kewujudanSUHAKAM adalah mereka yang cukup peka dengan keadaan sekeliling. Hanyaorang-orang yang bersikap tidak peduli sahaja tidak mengetahui tentangSUHAKAM. Maka, kita tidak boleh menyalahkan SUHAKAM jika terdapat pihakyang menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui tentang kewujudanSUHAKAM kerana SUHAKAM kurang menjalankan promosi untukmemperkenalkan diri mereka.

Bagi responden yang pemah menjalankan unrsan dengan SUHAKAM, 34.8ohmenyatakan bahawa SUHAKAM adalah satu badan yang cepat dalammenyelesaikan masalah orang ramai. Namun, jumlah ini masih sedikit jikadibandingkan dengan responden yang tidak bersetuju jika dikatakan bahawaSUHAKAM cepat dalam menyelesaikan masalah masyarakat, iaitu seramai36.9oh.Jumlah ini hanya memperlihatkan perbezaan yang kecil tetapi mempunyai impakyang besar kepada SUHAKAM. Jika SUHAKAM berterusan menganggap remehsetiap aduan yang dibuat oleh masyarakat, lama-kelamaan SUHAKAM akankehilangan kepercayaan masyarakat. SUHAKAM seharusnya selalu bertindakdengan cepat dan cekap agar semua masalah orang ramai dapat diselesaikandengan segera.

Sebagai sebuah badan yang berautoriti, SUHAKAM seharusnya terdiri daripadagabungan ahli-ahli pihak pemerintah dan pembangkang. Perkara ini telahdipersetujui oleh62.2o/o daripada jumlah responden. Hal ini bagi memastikan tidakakan ada keputusan yang seimbang berlaku dalam badan tersebut. Tetapi adalahlebih baik jika keahlian SUHAKAM adalah mereka yang tidak berkaitan denganmana-mana parti politik. Ini bagi menjamin kesahihan SUHAKAM sebagaisebuah badan yang berautoriti.

KesimpulanKajian ini telah menunjukkan tentang tahap kesedaran masyarakat Malaysiaterutamanya penduduk di Pulau Pinang tentang kewujudan satu badan berotoritidan berperanan dalam memperjuangkan hak asasi manusia. SUHAKAM yangditubuhkan atas dasar tersebut harus mempergiatkan lagi usaha dalammempromosi kewujudan dan peranan yang dijalankan memandangkan tahapkesedaran masvarakat tentans hal ini masih boleh dibaiki lasi.

Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia (SUHAKAM)

dan Kesedaran Masyarakat:Satu Kajian Kes di pulau pinang

I$i".qtI!Khairiah Salwa Mokhtar &

vessy Octavia MisdiUniversiti Sains Malaysia

pulau pinang

Hak Asasi Manusia

1^::!1t:,r!^nrang dasar atau rn*,i a"" -"liu\:I:1111:l:. manus.ia dengan sama rara seperti hakuntu.k memberi pendapat, i.""a"p", p"rriiir.n"i.pendidikan yang rempu.nu, mat anari, kd;;;;T"'F uglrn3 dan sebagainya. Contoh{onroh tadi meruiukSp::i 11,1:.sl ^ak,asasj

manusia secara konvensye,nal.Namun, dengan perkembangan zaman, hak asasi

manusta harus diberi tafsiran dan pengertianyang lebih luas (Wong Hon Wai,2b01)

Kesedaran masyarakat

tentang kewujudan danperanan SUHAKAM

Dapatan kajian

" boleh mengetengahkan kelemahan_kelemahan Suhakam" membantu Suhakam mempromosi diri & peranan kpd

masyarakat umum, boleh meningkarkan keberkesanannya sebagai satu

dasar awam di negara ini.

Pengenalan - Hak Asasi Manusia

O 3 dokumen utama mendasari hak asasi manusia:r Pengisyriharan Hak Asasi Manusia Sejagat l94gr Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil dan politik 1966r Kovenan Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan

1966

O Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di M'siaditubuhkan / berkuatkuasa 9 Sept

O Tuluan = melindungi & memperjuangkan hak asasirakyat M'sia dari pelbagai aspek (e.g hak danKeoebasan bersuara, penyalahgunaan kuasa,kebebasan sisrem kehakiman)

Objektif Kajian. Menilai kesedamn masyarakar di pulau pinans tentans

kewuJudan SUHAKAM sebagai sebuah badan'yang ri'embelahak asasi manusia.

> Menilai peranan SUHAKAM sebagai sebuah badan yansditugaskan untuk membela hak asaii manusia fi;;J;;masyarakat Malaysia,

persoalan Kaiian. Adakah masyarakat khususnya penduduk di pulau pinans sedartenrang kewujudan SUHAKAM sebagai sebuah badinyang membela hak asasi manusia?. Adakah penduduk di pulau pinang sedar akan perananSUHAKAM sebagai sebuah badan yang ditugaskan untukmembela hak asasi manusia khu.urny" ..ryr'rakur Vuiuvrlu.l

Sorotan Kajianr Dalam membicarakan isu hak asasi manusia, penilaian danp€ngukurannya sering berbeza antara saru mirivarikli' -'oengan masyarakat yang lain (lsmail Ibrahim, 10b ij--

l^U^Yj51,Yry1" menil,ai penepsi dan peranannya dalam

l:t'r}',#;fi !ili*B j'l:L':#,;gJitriEffix*T:i:Hrpetaka yang meirin{pa nepaiiacuan hak asasi Barht va'io -

hanya mencedokacuan hak asasi Barat yang mungkin atan menl,irUufiiiperasaan,sensiriviti dafam-masyaiakar majmuk ai Mil'iviperasaan,sensirivili .tifam masya-raiar malmui- di-Miii:*"'1 r,.j:Ti_"Xq seirinqdglsin prioriri pemiiane;;iiyrroJ4arr.)srrsnrvrr clam masyarakal maJmuk di Malaysiadan ra seharusnya seiring dengin prioriri pemiiane;;iil "'-negara (Tau fi k Ghazal|2n}i

r J/k.SUHAKAM harus menjalantan ogas dgnpenuh

fffii&;l*'r#'ig#,,:f,ifi Hruitis,',1,1",,{"iiuri.

Demografi Responden

fr"",t-Tr-trt'Ei] [___-ilfG6e"ilI I I llekebawahl ae I

f L.r"td-f5461 | zo-ro I tzz I

I I 1 1 rr-ro-f-ror-=lI p"t..nuun I a5.q | | 4t-50 | zs.l I

I I I fsok.*-f-dr__l

f K^N-TJ"#;;] F"",j'd,k^ Tj"tl",Lc,", Irr-I Melavu I b9..1 | lUnrlersrtr | 592 |

f c'"-f?r-l l**--T-4,r-I rn<ria | 9.5 | | set. t'lcn | 15.4 |

f r"r"-r"r"-T-T_-l FA.n".--l s.z -_l

Perbincangan

l Masih terdapat penduduk yang tidak tahu berkenaandengan kewujudan dan peranan SUHAKAIi

l Harus menjalankan lebih banyak promosi

:r Orang ramai seharusnya tebih peka dengan setiappertubuhan di Mataysia

o SUHAKAAT tidak boteh bertanggapan bahawaterdapatnya aduan yang remeh

:r Sebagai sebuah pertubuhan yang berautonomi,SUHAXAT\I seharusnya bebas daripada mana-manapengaruh.

Pendapat Reqponden

Responden yang tahu tentang

kewuiudan SUHAMM

Tahappors€tujuan

Jumlah (%)

Silgal sluju

Setuit 30.6

frdak berlaihn 19.7

Tidat setuju 21.1

Sangal TitakS€tuiu

13.2

Responden yang pernah

berurusan dengan

SUHAKAM

Tahap Jumlah (%)

Sar€al giuju 24.3

Sehiu 19.7

Iirak be*aihn 't6.1

fidat setlju t9.l

Sangat ldakSeluiu

n.4

Kesimpulan

r. Kepentingan menjaga hak asasi manusia tidakboteh diabaikan

r. Penubuhan SUHAKA/\ adalah sesuatu yang tidaksia-sia kerana masih terdapat segetintir orangramai yang menggunakannya untuk menyetesaikanmasalah mereka,

!. Dapat menyedarkan orang ramai bahawa terdapatsatu pertubuhan yang dapat membela hak asasi

manusia

Saktai, Tlrlm. Krslh

Dapatan Kajianr' boleh mengetengahkan kelemahan-kelemahan Suhakam

r membantu Suhakam mempromosi diri & peranan kpd

masyarakat umum, boleh meningkatkan keberkesanannya sebagai satu

dasar awam di negara ini.

--=--Kaedah lbjian

r' Borang Soal Selidik/ Temubual bersemuka

Pendapat ReqpondenResponden yang pernah

mendengar tentang SUHAI(AM

Tahap pssetujuan Jur{ah (%)

Sangal *luiu m.7

Seluiu 27.6

Tidak bertaitan 't6.1

Tidak stuiu nSangat TrdalSetuju

r3.5

lesponden yang maklum

entanq SUHAKAM

TahappeEtuluil

Jumlah (%)

Sangat sluju r3.8

Setuiu t4

Ti,Jak b€ilaihn 25

Tidak sluiu 28

Sangat Tklak

Setuju

8.2