refleksi literasi bahasa

3
REFLEKSI KESELURUHAN TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK. Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, tugasan projek bagi kursus Literasi Bahasa (WAJ3042) akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya walaupun sebelum itu terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya dan rakan telah tempuhi untuk menyiapkan tugasan secara berkumpulan ini. Ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Salehuddin bin Saman, pensyarah pembimbing Literasi Bahasa yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini. Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya ialah cara-cara untuk mengajar kanak-kanak dengan berkesan dan memahami jiwa murid-murid dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, tugasan ini amat bersesuaian dengan murid-murid kerana saya diberikan tugasan dalam kumpulan untuk membina alat bantu mengajar dan diminta untuk membentangkan kaedah-kaedah yang kami gunakan semasa mengajar. Perkara seperti ini amat penting bagi saya sebagai bakal guru yang akan bersama dengan murid-murid kelak. Selain itu, saya juga dapat belajar cara-cara membuat alat bantu mengajar (ABM) yang kreatif supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti ini telah memberikan saya idea-idea yang bernas untuk saya mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran di dalam kelas nanti. Di samping itu, ada satu nilai yang penting yang dapat saya pelajari dalam menyempurnakan tugasan ini iaitu nilai kerjasama dalam satu kumpulan. Saya bersama-sama Hafiz dan Alasia ditempatkan dalam satu kumpulan. Kami sering melakukan perbincangan dan bertukar pendapat dalam menghasilkan ABM yang kami ingin hasilkan. Bergerak secara berkumpulan ini amat memudahkan saya untuk melaksanakan sesuatu aktiviti atau tugasan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi bersama ahli kumpulan. Antara masalah-masalah

Upload: la-suerte-aiman

Post on 30-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

asda

TRANSCRIPT

REFLEKSI KESELURUHANTUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK.Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, tugasan projek bagi kursus Literasi Bahasa (WAJ3042) akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya walaupun sebelum itu terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya dan rakan telah tempuhi untuk menyiapkan tugasan secara berkumpulan ini. Ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Salehuddin bin Saman, pensyarah pembimbing Literasi Bahasa yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini.Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya ialah cara-cara untuk mengajar kanak-kanak dengan berkesan dan memahami jiwa murid-murid dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, tugasan ini amat bersesuaian dengan murid-murid kerana saya diberikan tugasan dalam kumpulan untuk membina alat bantu mengajar dan diminta untuk membentangkan kaedah-kaedah yang kami gunakan semasa mengajar. Perkara seperti ini amat penting bagi saya sebagai bakal guru yang akan bersama dengan murid-murid kelak.Selain itu, saya juga dapat belajar cara-cara membuat alat bantu mengajar (ABM) yang kreatif supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti ini telah memberikan saya idea-idea yang bernas untuk saya mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran di dalam kelas nanti. Di samping itu, ada satu nilai yang penting yang dapat saya pelajari dalam menyempurnakan tugasan ini iaitu nilai kerjasama dalam satu kumpulan. Saya bersama-sama Hafiz dan Alasia ditempatkan dalam satu kumpulan. Kami sering melakukan perbincangan dan bertukar pendapat dalam menghasilkan ABM yang kami ingin hasilkan. Bergerak secara berkumpulan ini amat memudahkan saya untuk melaksanakan sesuatu aktiviti atau tugasan.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi bersama ahli kumpulan. Antara masalah-masalah tersebut ialah masalah mencari idea untuk membuat ABM. Kami memerlukan dan melontarkan pelbagai idea untuk membuat ABM tersebut. Kekangan masa yang singkat tidak dapat dinafikan juga dihadapi oleh kami daripada menyediakan ABM sehinggalah kepada cara pengendalian ABM. Masa yang kami ambil agak lama menyebabkan kami terpaksa bekerja lebih sehingga lewat malam. Masalah seterusnya yang turut kami hadapi ialah objektif pembelajaran tidak tercapai. Hal ini mungkin kerana kami tidak membuat perancangan awal semasa membuat ABM tersebut. Kami telah mendapat pelbagai komen-komen daripada pensyarah dan rakan-rakan sekelas selepas sesi pembentangan. Komen-komen yang membina itu telah menyedarkan kami akan kesalahan itu. Kami juga perlu mengeluarkan wang poket kami sendiri untuk membuat ABM ini. Hal ini kerana, kami tiada kepakaran untuk membina sesuatu bahan yang agak rumit. Hasil daripada masalah-masalah yang timbul ini, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi memudahkan pelaksanaan tugasan ini. Pertamanya, saya perlu membuat persediaan awal untuk membuat ABM tersebut. Hal ini bagi memastikan objektif yang dihasratkan tercapai, tidak mengalami kekangan masa dan dapat membuat perancangan yang baik. Bagi menjimatkan kos perbelanjaan untuk membuat ABM ini, saya telah mencadangkan supaya mempelbagaikan aktiviti dengan menggunakan satu ABM yang sama. Selain itu, ABM ini boleh juga dibuat daripada barang-barang yang terpakai dan murah.Seterusnya, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan pendapat orang lain serta berkongsi pendapat dan pandangan saya sepanjang kami melaksanakan kerja kursus ini. Saya berharap melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mampu memperbaiki kelemahan saya dan meningkatkan mutu tugasan saya pada masa akan datang. Jika saya diberi peluang untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada masa hadapan, saya akan menghasilkan tugasan kerja ini dengan lebih menarik dan berkualiti. Saya akan memahirkan diri saya dengan teknik mencari maklumat, membuat huraian, membuat ulasan kritikal dan sebagainya supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang lebih memuaskan.Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus ini. Saya berharap pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai satu anjakan yang positif kepada saya untuk menjadi guru yang kompeten. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.