refleksi kali ke-3

2
Refleksi – Mikro pengajaran ketiga ( 17/08/2015) Hasil pembelajaran yang disasarkan telah tercapai dan ianya boleh dilihat berdasarkan hasil kerja murid samaada dalam kumpulan mahupun hasil kerja individu.Pencapaian objektif dalam tugasan makropengajaran ini adalah disokong oleh kejelasan dan kelantangan suara yang banyak membantu murid memahami arahan serta isi pelajaran yang disampaikan.Suara yang jelas memudahkan murid menerima maklumat atau arahan yang diberikan dan seterusnya dapat melakukan aktiviti ataupun tugasan yang diberikan sebagaimana yang diharapkan.Selain itu,bahan bantu mengajar yang digunakan dan langkah pengajaran yang teratur dan tersusun juga banyak membantu murid memahami isi pelajaran yang disampaikan di samping melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan inkuiri penemuan yang saya gunakan dalam pengajaran.Murid menjalankan aktiviti dan menemui sendiri jawapan berdasarkan soalan-soalan yang saya kemukakan serta bimbingan yang diberikan.Walaupun pendekatan yang digunakan berpusatkan kepada murid,namun murid perlu dibimbing dan diberi petunjuk semasa menjalankan aktiviti agar mereka tidak jauh terpesong. Semasa pengajaran dijalankan saya dapati ianya berjalan dengan lancar dan tidak ada masalah kepada murid-murid saya untuk mengikuti setiap langkah pengajaran dan pembelajaran.Ini menyebabkan saya terus mengikut perancangan yang telah dibuat dalam persediaan mengajar.Ini kerana sebelum merancang sesuatu persediaan pengajaran saya telah mengenalpasti terlebih dahulu pengetahuan, kemahiran dan pemahaman murid.Pembelajaran berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dapat membantu murid untuk menerima dan memahami pembelajaran yang seterusnya.

Upload: shirley-wong

Post on 25-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kali Ke-3

Refleksi – Mikro pengajaran ketiga ( 17/08/2015)

Hasil pembelajaran yang disasarkan telah tercapai dan ianya boleh dilihat

berdasarkan hasil kerja murid samaada dalam kumpulan mahupun hasil kerja

individu.Pencapaian objektif dalam tugasan makropengajaran ini adalah

disokong oleh kejelasan dan kelantangan suara yang banyak membantu murid

memahami arahan serta isi pelajaran yang disampaikan.Suara yang jelas

memudahkan murid menerima maklumat atau arahan yang diberikan dan

seterusnya dapat melakukan aktiviti ataupun tugasan yang diberikan

sebagaimana yang diharapkan.Selain itu,bahan bantu mengajar yang digunakan

dan langkah pengajaran yang teratur dan tersusun juga banyak membantu

murid memahami isi pelajaran yang disampaikan di samping melancarkan

proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran melalui

pendekatan inkuiri penemuan yang saya gunakan dalam pengajaran.Murid

menjalankan aktiviti dan menemui sendiri jawapan berdasarkan soalan-soalan

yang saya kemukakan serta bimbingan yang diberikan.Walaupun pendekatan

yang digunakan berpusatkan kepada murid,namun murid perlu dibimbing dan

diberi petunjuk semasa menjalankan aktiviti agar mereka tidak jauh terpesong.

Semasa pengajaran dijalankan saya dapati ianya berjalan dengan lancar dan

tidak ada masalah kepada murid-murid saya untuk mengikuti setiap langkah

pengajaran dan pembelajaran.Ini menyebabkan saya terus mengikut

perancangan yang telah dibuat dalam persediaan mengajar.Ini kerana sebelum

merancang sesuatu persediaan pengajaran saya telah mengenalpasti terlebih

dahulu pengetahuan, kemahiran dan pemahaman murid.Pembelajaran

berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dapat membantu murid untuk

menerima dan memahami pembelajaran yang seterusnya.

Kefahaman murid terhadap sesuatu isi pelajaran yang disampaikan dapat

dipertingkatkan melalui penggunaan bahan sokongan yang lain contohnya

penggunaan teknologi komputer dalam bilik darjah.Murid akan jauh lebih

berminat daripada penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan dalam

tugasan makropengajaran ini.Lagipun tempoh masa yang diambil dalam tugasan

makropengajaran ini mengambil masa 60 minit.Jadi sekiranya teknologi

komputer dimanfaatkan sebagai aktiviti tambahan dan pengukuhan adalah amat

Page 2: Refleksi Kali Ke-3

bersesuaian serta dapat mengukuhkan lagi kefahaman serta pengetahuan murid

terhadap isi pelajaran yang dipelajari.

Sekiranya saya berpeluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk

kumpulan yang sama,saya akan merancang satu persediaan mengajar yang lain

berbeza dengan persediaan yang sedia ada.Berdasarkan pengalaman dan

refleksi yang dibuat,saya telah mendapat gambaran bahawa banyak lagi cara

lain yang boleh digunakan untuk mengajar pelajaran ini agar lebih

menyeronokkan,berpusatkan kepada murid dan yang paling penting dapat

memberikan kefahaman kepada murid tentang sesuatu pelajaran yang

disampaikan.