refleksi internship muzik 1

Upload: shah-rule

Post on 07-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pendidikan muzik

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 2CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 11. Isu / Perkara yang difokus:

Dalam minggu pertama ini, saya telah mengajar topik warna ton iaitu mendemonstrasi warna ton bunyi aktiviti harian pada murid Tahun 3. Saya telah merancang untuk menggunakan rakaman-rakaman bunyi yang terhasil dari aktiviti harian. Topik ini dimulai dengan memperdengarkan kepada murid bunyi-bunyi yang terhasil dari aktiviti harian. Pengajaran ini memfokuskan kepada warna ton bunyi yang dihasilkan dari aktiviti harian. Objektif pengajaran saya ialah murid dapat mendemontrasi warna ton bunyi aktiviti harian.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Murid-murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada warna ton bunyi yang terhasil dari aktiviti harian.

Murid dapat membezakan warna ton bunyi yang terhasil dari aktiviti harian.

Murid dapat mendemontrasi warna ton bunyi dari aktiviti harian.

Murid seronok dan berminat menjalankan aktiviti yang disediakan oleh guru.

Murid yang lemah akan dibantu oleh rakan-rakan dalam kumpulan untuk melaksanakan aktiviti bersama-sama yang telah diberikan oleh guru.

2.2 Kelemahan :

Terdapat murid yang kurang mahir membezakan warna ton bunyi yang terhasil dari aktiviti harian. Terdapat murid yang tidak dapat mendemontrasi warna ton bunyi dari aktiviti harian dengan tepat. Terdapat murid yang mendemontrasi bunyi dari aktiviti harian secara menjerit dan membuat bising.. Penerangan dan tunjukcara oleh guru perlu lebih jelas dan merangkumi pelbagai strategi untuk meningkatkan kefahaman murid.

3. Cadangan penambahbaikan:

Saya akan mengawal murid-murid semasa mendemontrasi bunyi. Saya akan mempelbagaikan aktiviti PdP untuk menarik minat dan seterusnya meningkatkan kefahaman murid seperti kuiz dan permainan. Saya akan berbincang dan meminta idea dari rakan-rakan lain untuk mendapat maklumat tambahan dalam mengajar topik ini. Saya akan menggunakan peralatan ICT untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang lebih memuaskan.

2