refleksi internship minggu kelima

4
REFLEKSI INTERNSHIP MINGGU KELIMA REFLEKSI MINGGU KELIMA 4 OGOS 2014 – 8 OGOS 2014

Upload: rathita

Post on 14-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Internship Minggu Kelima

REFLEKSI INTERNSHIP MINGGU KELIMA

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi Program Internship saya.

Pada pagi Isnin, saya melangkah ke sekolah dengan azam yang baru. Minggu ini

saya perlu menyiapkan segala kerja yang masih belum siap. Antaranya ialah,

menyiapkan portfolio, menghabiskan segala aktiviti bagi kajian tindakan saya, dan

REFLEKSI MINGGU KELIMA

4 OGOS 2014 – 8 OGOS 2014

Page 2: Refleksi Internship Minggu Kelima

juga Projek Ketiga kami iaitu Minggu Kitar Semula. Oleh itu, minggu ini

merupakan minggu yang agak sibuk bagi saya.

Pada hari Isnin, saya dan rakan saya iaitu Cik.Ramana Devi Ananthan

telah memberikan taklimat ringkas tentang Minggu Kitar Semula. Taklimat tersebut

dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan mengekalkan

keindahan alam sekitar sejak bangku sekolah lagi. Program Kitar Semula kali ini

berpeluang mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal (solid waste), mendidik

murid-murid tentang cara yang betul untuk membuang sampah dan menanamkan

sikap kepimpinan dan tanggungjawab antara murid-murid. Melalui taklimat ringkas

yang diberi kepada murid-murid dapat membantu mereka memahami dengan lebih

jelas berkaitan dengan isu kitar semula. Semua murid juga berkesempatan

mengenali bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang

disenaraikan.

Pada minggu lepas, kami telah berjumpa dengan murid-murid tahun 4 dan 5

untuk menerangkan tentang Pertandingan Mereka Bahan Kitar Semula. Sebanyak

12 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Kami telah

memberikan tempoh masa selama seminggu untuk mereka bahan kitar semula.

Murid-murid telah menyediakan bahan dengan penuh bermotivasi. Pelbagai bahan

telah dihasilkan oleh mereka. Antaranya ialah, Menara KL, ‘Twin Tower’, rumah,

bola dan lain-lain lagi. Pertandingan ini dapat meningkatkan kreativiti murid-murid

dalam menghasilkan bahan-bahan daripada bahan kitar semula.

Pada hari Selasa kami telah memberikan hadiah kepada para pemenang

yang memenangi pertandingan mereka bahan kitar semula. Kami menyediakan Sijil

dan juga hadiah kepada para pemenang. Secara tidak langsung pertandingan ini

dapat meningkatkan motivasi diri murid-murid untuk mengambil bahagian dalam

pertandingan-pertandingan yang diadakan di sekolah.

Pada masa yang sama, saya juga menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kajian

tindakan saya. Oleh kerana minggu ini merupakan minggu terakhir, saya terpaksa

menghabiskan segala aktiviti dan juga ujian pos bagi kumpulan sasaran kajian saya.

Mereka telah memberikan kerjasama kepada saya untuk menjalankan segala aktiviti

dengan jayanya. Saya dapat mengumpulkan segala maklumat dan data yang

diperlukan untuk kajian saya dengan jayanya. Disamping itu, saya telah berjumpa

Page 3: Refleksi Internship Minggu Kelima

dengan mentor saya dan juga Guru Besar untuk menunjukkan portfolio dan

mendapatkan tandatangan mereka. Mereka telah banyak memuji saya dan berasa

gembira dengan hasil kerja saya. Mereka juga turut mengucapkan tahniah atas

segala usaha dan projek-projek yang telah dijalankan selama sebulan ini. Saya

berasa sangat gembira dan bangga dengan diri saya. Saya berharap segala usaha

saya akan diteruskan selepas saya dipostingkan di sebuah sekolah pada tahun

hadapan.

Pada hari Rabu guru-guru STC telah memberikan jamuan makanan kepada

kami. Kami telah memberikan ucapan dalam Majlis tersebut. Kami telah

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang banyak memberikan

sokongan dan dorongan kepada kami. Selepas Majlis tersebut, Pn.Sundari iaitu

Ketua Panitia Bahasa Tamil telah meminta kami untuk menghiaskan papan

kenyataan Bahasa Tamil. Walaupun masa terlalu singkat kami terpaksa merancang

untuk menyediakan papan tersebut. Pada keesokan hari, kami berdua telah

bertungkus-lumus menghias papan kenyataan tersebut dengan berjayanya. Kami

telah dibantu oleh Pn Sundari dan juga Mentor kami Pn.Vasanthy.

Hari Jumaat merupakan hari terakhir bagi kami menghabiskan Projek

Internship kami di S.J.K (T) St. Theresa’s Convent, Taiping. Murid-murid berasa

amat sedih dan ada juga yang menangis pada hari tersebut. Saya juga berasa sedih

untuk meninggalkan sekolah tersebut kerana saya telah belajar banyak perkara

selama sebulan ini. Pelbagai pengalaman telah dilalui termasuk manis dan juga

pahit. Akhirnya, kami mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan juga guru-

guru STC yang memberikan sokongan kepada kami.

Sekian Terima Kasih !!!