refleksi internship minggu kedua.docx

6
REFLEKSI MINGGU KEDUA 14 JULAI 2014 – 18 JULAI 2014

Upload: rathita

Post on 15-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI INTERNSHIP MINGGU KEDUA.docx

REFLEKSI INTERNSHIP MINGGU KEDUA

Saya telah memulakan minggu ini dengan azam yang baru kerana harus

memulakan projek kecil dan juga perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk kajian

tindakan saya. Minggu ini juga merupakan minggu yang agak mencabar bagi saya.

Ini kerana saya telah melaksanakan Pameran Kebudayaan Kaum India. Saya telah

REFLEKSI MINGGU KEDUA

14 JULAI 2014 – 18 JULAI 2014

Page 2: REFLEKSI INTERNSHIP MINGGU KEDUA.docx

mengadakan pameran tersebut pada 16 Julai 2014. Oleh disebabkan hari Selasa

adalah cuti sekolah bersempana dengan Nuzul al-Quran, saya terpaksa melakukan

kerja-kerja awal untuk pameran kerana masa bagi pameran tersebut adalah agak

singkat.

Pada pagi hari Isnin, saya telah berjumpa dengan murid-murid Tahun 5

Malligai untuk mengagihkan tugas bagi Pameran Kebudayaan Kaum India ini.

Mereka merupakan kumpulan sasaran bagi projek saya. Saya juga terpaksa

menyediakan surat keberaran kepada ibu bapa untuk mengizinkan anak-anak

mereka datang ke sekolah pada hari Selasa untuk membuat persiapan awal di

dewan sekolah. Saya juga berjumpa dengan beberapa guru-guru di sekolah untuk

mendapatkan idea dan juga bahan-bahan yang diperlukan untuk pameran saya.

Selain itu, saya juga terpaksa berjumpa dengan kumpulan sasaran saya untuk kajian

tindakan selepas waktu persekolahan. Walaupun saya berasa sangat letih saya

berjaya melaksanakan aktiviti bagi kajian saya. Mereka juga memberikan kerjasama

kepada saya.

Pada hari Selasa, pula saya pergi ke sekolah pada pukul 9.00pagi. Murid-

murid juga berkumpul di kantin sekolah tepat pukul 9.00pagi. Mereka juga telah

membawa segala bahan-bahan yang telah diberitahu. Kami bersama-sama dengan

Mentor saya iaitu Pn.Vasanthy telah berusaha sedaya upaya untuk membuat

persiapan dewan sehingga pukul 12.00tengah hari. Murid-murid telah mendapat

banyak pengalaman yang baru dan mereka juga berasa seronok untuk membantu

saya.

Pada pagi 16 Julai 2014, saya bertungkus-lumus ke restoran untuk

membeli makanan tradisional kaum India. Saya telah mula untuk membuat

persiapan di dewan pada pukul 7.30pagi. Banyak perkara terpaksa dibuat dengan

sendiri kerana murid-murid menghadiri kelas mereka . Walaupun pameran ini

merupakan tugasan yang agak berat saya telah melaksanakan tugasan tersebut

dengan penuh bermotivasi. Saya telah berjumpa dengan guru-guru untuk

memberikan kad jemputan bagi program saya. Seterusnya, saya telah berjumpa

dengan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En.Amuthan untuk mendapatkan

maklumat tentang Persatuan & Kelab Kokurikulum dan juga guru bertugas bagi

Page 3: REFLEKSI INTERNSHIP MINGGU KEDUA.docx

persatuan-persatuan tersebut. Saya telah menyediakan jadual waktu untuk melawat

pameran kebudayaan tersebut.

Pada pukul 10.30pagi iaitu pada waktu rehat saya telah dibantu oleh

beberapa orang murid Tahun 5 Malligai untuk mengangkat barang-barang ke Dewan

Sekolah. En.Loganathan pula membantu saya untuk menyediakan LCD supaya

saya dapat membuat persembahan slaid. Contohnya, tarian tradisional kaum India.

Saya juga amat berterima kasih kepada Pn.Indra dan EnMuthuraman yang

membawa alatan muzik kaum india pada masa yang terakhir. Saya terpaksa

menyediakan model alatan muzik kerana tidak ada bahan untuk dipamerkan. Tetapi

pada masa yang akhir mereka telah membawa beberapa alatan untuk dipamerkan.

Saya juga mengatur segala barang-barang yang telah dibawa oleh murid pada sudut

pameran masing-masing.

Seterusnya, pada pukul 12.30 tengah hari, murid-murid 5 Malligai telah

datang ke dewan untuk membantu saya. Mereka telah memakai pakaian tradisional

pada hari tersebut. Mereka berkelihatan amat seronok dalam melaksanakan

pameran ini. Ini kerana pameran ini telah memberikan suatu pengalaman yang baru

kepada mereka. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, semua murid-murid telah

memberikan sokongan kepada saya. Saya turut menjemput Guru Besar STC untuk

majlis perasmian. Oleh kerana, beliau terpaksa menghadiri mesyuarat, Guru Besar

hanya dapat menghadirkan diri sebelum majlis perasmian. Seterusnya, saya telah

menjemput Penolong Kanan Kurikulum untuk majlis perasmian.

Agenda pada hari tersebut, telah bermula pada pukul 1.30 petang. Pameran

Kebudayaan Kaum India Peringkat Sekolah 2014 telah dirasmikan oleh Pn.Umadevi

bersama-sama dengan Mentor dan juga murid-murid 5 Malligai. 3 orang murid telah

diarahkan untuk menjemput guru-guru dan murid-murid mengikut kebudayaan kaum

India. Setiap kumpulan murid telah memberi penerangkan yang cukup menarik

kepada para pelawat. Saya juga menayangkan beberapa video yang berkaitan

dengan kebudayaan kaum India untuk menimbulkan suasana yang agak menarik di

dalam dewan kebudayaan tersebut. Guru-guru dan murid-murid berasa seronok

dengan pameran tersebut. Semua guru-guru telah mengucapkan tahniah atas usaha

saya itu. Saya berasa amat gembira sewaktu mendengar pujian-pujian tersebut.

Page 4: REFLEKSI INTERNSHIP MINGGU KEDUA.docx

Pada masa itu, keletihan badan tidak dirasa dan ia merupakan suatu kemenangan

bagi saya.

Agenda pada hari tersebut telah berjalan seperti yang telah dirancang. Tepat

pukul 3.30 petang semua murid bersedia untuk bersurai. Saya telah mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua guru dan juga murid-murid yang memberikan

sokongan kepada saya.

Pada hari Khamis dan Jumaat pula, saya menumpukkan sepenuh perhatian

kepada Kajian Tindakan saya. Tambahan pula, saya telah memberikan skrip

Pertandingan Perbahasan kepada Murid Tahun 4 Malligai dan Roja dan meminta

mereka datang untuk latihan selepas waktu persekolahan. Saya turut menyediakan

surat kebenaran kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghadiri latihan

pertandingan perbahasan ini. Saya telah berusaha untuk membantu murid-murid

meningkatkan kemahiran bercakap supaya murid-murid ini dapar mengambil

bahagian dalam Program ‘Maanavar Mulakkam’ pada masa akan datang.

Saya telah menjalankan aktiviti-aktiviti seperti yang telah dirancang. Minggu

ini merupakan minggu yang mencabar dan saya juga mendapat banyak pengalaman

daripada projek pameran saya. Saya juga amat berterima kasih kepada Mentor saya

iaitu Pn.Vasanthy yang banyak membantu saya dalam menjayakan Projek saya.

Sekian terima kasih !!!