refleksi dan hasil pembelajaran opkim

9
REFLEKSI PROGRAM OPKIM (OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT) DI BATU PAHAT, JOHOR Secara ringkasnya,program OPKIM (Operasi Khidmat Masyarakat) di Batu Pahat, Johor merupakan program kemasyarakatan yang merangkumi tiga golongan iaitu golongan masyarakat kampung, golongan pelajar sekolah serta golongan remaja seperti kami. Secara keseluruhannya program OPKIM berjalan lancar. Hasil daripada kerjasama ahli OPKIM serta usaha keras post pemasaran telah berjaya mendapatkan sejumlah dana yang agak bagus. Namun begitu terdapat beberapa konflik dalam mendapatkan dana iaitu disebabkan program ini dibuat pada awal tahun iaitu bulan Januari 2014, maka dana yang kami cuba minta pada mana-mana syarikat semasa akhir bulan tahun 2013 kurang memberi respons yang memberangsangkan kerana mereka telah menutup akaun syarikat mereka. Oleh itu,kami tidak dapat meminta dana daripada syarikat pada masa tersebut. Beberapa langkah intensif telah diambil bagi menangani masalah ini antaranya kami telah meminta dana menggunakan cara (street marketing) di sekitar Kajang, Seremban, Kuala Lumpur, Bangi, dan sekitar UKM bagi mendapatkan dana untuk program OPKIM. Program ini telah berjaya melatih meningkatkan tahap kecekapan berkomunikasi atau bersosial dengan masyarakat dalam proses meminta dana. Selain itu, program ini juga melatih untuk bersikap berdisplin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas. Program ini juga telah mengajar saya bagaimana proses untuk meminta dana dan cara-cara untuk menguruskan suatu pasukan. Malah, melalui program ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli OPKIM serta dapat mengenali ketiga-tiga golongan tersebut dengan lebih rapat. Justeru, saya telah dapat mengaplikasikan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat melalui program OPKIM ini. Maka, HHHC9301 telah saya capai berikutan program

Upload: iffahroslan

Post on 27-Jul-2015

54 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi dan hasil pembelajaran opkim

REFLEKSI

PROGRAM OPKIM (OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT)

DI BATU PAHAT, JOHOR

Secara ringkasnya,program OPKIM (Operasi Khidmat Masyarakat) di Batu Pahat, Johor merupakan program kemasyarakatan yang merangkumi tiga golongan iaitu golongan masyarakat kampung, golongan pelajar sekolah serta golongan remaja seperti kami. Secara keseluruhannya program OPKIM berjalan lancar. Hasil daripada kerjasama ahli OPKIM serta usaha keras post pemasaran telah berjaya mendapatkan sejumlah dana yang agak bagus. Namun begitu terdapat beberapa konflik dalam mendapatkan dana iaitu disebabkan program ini dibuat pada awal tahun iaitu bulan Januari 2014, maka dana yang kami cuba minta pada mana-mana syarikat semasa akhir bulan tahun 2013 kurang memberi respons yang memberangsangkan kerana mereka telah menutup akaun syarikat mereka. Oleh itu,kami tidak dapat meminta dana daripada syarikat pada masa tersebut. Beberapa langkah intensif telah diambil bagi menangani masalah ini antaranya kami telah meminta dana menggunakan cara (street marketing) di sekitar Kajang, Seremban, Kuala Lumpur, Bangi, dan sekitar UKM bagi mendapatkan dana untuk program OPKIM.

Program ini telah berjaya melatih meningkatkan tahap kecekapan berkomunikasi atau bersosial dengan masyarakat dalam proses meminta dana. Selain itu, program ini juga melatih untuk bersikap berdisplin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas. Program ini juga telah mengajar saya bagaimana proses untuk meminta dana dan cara-cara untuk menguruskan suatu pasukan. Malah, melalui program ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli OPKIM serta dapat mengenali ketiga-tiga golongan tersebut dengan lebih rapat. Justeru, saya telah dapat mengaplikasikan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat melalui program OPKIM ini. Maka, HHHC9301 telah saya capai berikutan program yang telah saya lakukan. Sesungguhnya saya sangat berterima kasih kepada pihak yang telah banyak memberi tunjuk ajar bagi menjayakan program ini. Semoga program kemasyarakatan ini dapat disambung oleh generasi yang akan datang. Terima Kasih.

Page 2: Refleksi dan hasil pembelajaran opkim

HASIL PEMBELAJARAN

&

LAPORAN

HHHC 9301

PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Page 3: Refleksi dan hasil pembelajaran opkim

Pengurusan maklumat bermaksud ilmu berkenaan kemahiran untuk menerima, mengesan, mengenalpasti, mendapat semula, menilai, memurni, menyusun, dan menggunakannya pada masa yang perlu dan mengambil manfaat untuk diri dan orang lain. Maklumat merupakan data, bahan dan pengetahuan yang tersusun dalam struktur yang mempunyai makna.

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi.

OBJEKTIF (OPKIM)

Membentuk suatu entiti hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat kampung dan para pelajar.

Melatih dan menjana suatu pengalaman baharu yang holistik dalam aspek penjanaan kepakaran separa professional dan pengendalian yang melibatkan komuniti masyarakat.

Membentuk mahasiswa yang membudayakan program kesukarelawanan sekaligus menabur bakti kepada komuniti pilihan.

Mendekatkan pemimpin antara mahasiswa dengan masyarakat kampung melalui aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan.

Membentuk “soft-skills” yang akan menjana mahasiswa dari segi kemahiran komunikasi dan “interpersonal” apabila berhadapan dengan masyarakat luar kelak.

LATARBELAKANG PROGRAM

Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) adalah sebuah persatuan yang berdaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 7 Disember 1975. Sepanjang penubuhannya, persatuan ini lebih menumpukan program-program bersifat kemasyarakatan, akademik, kepimpinan dan latihan kendiri, operasi khidmat masyarakat, motivasi akademik, dan kerjaya untuk ahli-ahlinya. Semua ini digerakkan melalui program-program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh keseluruhan keluarga Persatuan Mahasiswa (PERMAJ) sama ada oleh para Exco, senior, junior mahupun Alumni PERMAJ.

PERJALANAN AKTIVITI

Program Masalah Penyelesaian

Page 4: Refleksi dan hasil pembelajaran opkim

Sebelum

-Tiga hari sebelum program berjalan, ketua pengarah post media dan publisiti menarik diri.

-Banner dan backdrop tidak dapat disiapkan sedangkan program akan berjalan dua hari lagi.

-Timbalan ketua pengarah mengambil alih tugas ketua pengarah.

-Mencari kedai banner yang boleh disiapkan dalam masa 24jam.

Semasa

-Backdrop yang telah siap mengalami kesilapan saiz iaitu terlalu panjang. Saiz yang ditetapkan oleh pihak kampung adalah 12x4 kaki, tetapi yang telah siap adalah 20x4 kaki.

-Backdrop tersebut tidak dapat digantung dengan sempurna kerana terlalu panjang.

-Semua ajk memberi pendapat masing-masing untuk menyelesaikan masalah kesilapan saiz tersebut.

-Pihak kampung memberi pendapat mereka dan menolong memasang dengan sempurna.

Selepas Tiada Tiada

Kesimpulan:

Post media dan publisiti telah mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan segala tugas yang diberikan. Walaupun terdapat masalah, program tetap berjalan dengan lancar. Segala masalah yang timbul, diharapkan tidak berulang pada masa akan datang. Terima Kasih.

Disediakan oleh,

__________________________

(NURUL IFFAH BT ROSLAN)

Ketua Pengarah Post Media dan Publisiti,

Operasi Khidmat Masyarakat Kawasan Batu Pahat.

Minit mesyuarat adalah untuk berjumpa dengan ahli kumpulan dan membincangkan masalah dan mencari jalan untuk penambaikan bagi setiap masalah yang dihadapi sepanjang merancang program yang dilaksanakan di Kampung parit Warijo, Batu Pahat, Johor. Dalam

Page 5: Refleksi dan hasil pembelajaran opkim

post media dan publisiti terdapat dua ahli kumpulan iaitu pengarah post dan penolong pengarah post.

Ketua Post Media dan Publisiti       : NurHafizah Bt. Mohd Fakhri (Tarik Diri)

Penolong Post Media dan Publisiti : Nurul Iffah Bt. Roslan

Di minggu akhir program hendak berlangsung, ketua saya tarik diri dan saya dilantik menjadi Ketua Post Media dan Publisiti. Dan saya melakukan kerja secara keseorangan dan juga dibantu oleh ahli-ahli post yang lain.

Tugas saya dalam memegang jawatan ini ialah :

1) membuat tag nama untuk semua ahli

Gambar di atas adalah contoh tag nama. Semua ahli mendapat tag nama berdasarkan jawatan masing-masing.

Page 6: Refleksi dan hasil pembelajaran opkim

2) melakar banner perasmian dan penutupan

3) mencari kedai dan upah membuat banner

Gambar diatas adalah banner yang digantung di Kampung Parit Warijo yang dilakarkan oleh saya sendiri.

Gambar diatas adalah backdrop majlis perasmian dan penutupan program yang juga dilakarkan oleh saya.

Bagaimana Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dicapai melalui pelaksanaan Program ‘OPKIM’ ?

Melalui Program ‘OPKIM, saya telah mempelajari untuk menguruskan maklumat secara sistematik dan memberi maklumat dan data yang boleh difahami oleh semua pihak iaitu AJK Tertinggi Program dan AJK-AJK lain. Saya juga sedar akan kepentingan penyediaan maklumat yang tepat pada masa dan mudah difahami oleh semua pengguna maklumat supaya jelas dan bebas dari sebarang kesilapan.

Tambahan pula, melalui Program ‘OPKIM’ saya juga telah mempelajari untuk menggalas tanggungjawab yang diberi dengan sebaik-baiknya. Walaupun seminggu sebelum program, kami baru memulakan operasi mencari dana secara street marketing, tetapi segalanya tetap

Page 7: Refleksi dan hasil pembelajaran opkim

berjalan dengan lancar. Saya telah memberikan segala informasi kepada Ketua Pengarah Program supaya semua perkara yang dalam perancangan dapat dilaksanakan.

Di samping itu, melalui program ini saya telah mempelajari banyak perkara yang tidak dapat dipelajari secara teori dalam dewan kuliah. Contohnya, saya telah mempelajari cara-cara berurusan dengan pihak-pihak luar. Kesabaran dan adab yang tinggi amat diperlukan dalam urusan-urusan ini Program ‘OPKIM’ juga telah mengajar saya untuk merancang masa dengan teratur supaya dapat melaksanakan setiap perkara dengan terancang dalam tempoh yang tertentu.

Saya juga telah mempelajari pembelajaran sepanjang hayat dalam program OPKIM ini. Ini dapat dibuktikan dengan saya sebagai AJK publisiti menggunakan software Photoshop untuk melakar banner, backdrop, tag nama dan sebagainya yang berkaitan dengan program. Ini menunjukkan saya menggunakan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, saya juga dapat membuktikan lagi dengan mengunakan video maker untuk menghasilkan video keseluruhan program. Dalam video tersebut, terdapat kronologi aktiviti dari hari pertama sehingga hari terakhir program iaitu selama lima hari program berlangsung.