refleksi bumi dan angkasa lepas

3
REFLEKSI BUMI DAN ANGKASA LEPAS (MUHAMMAD SHUKRY BIN SUPAAT) Tugasan amali yang kami lakukan memberikan pengalaman dan pengetahuan yang baru serta memantapkan kefahaman kami tentang topik yang telah dipelajari. Oleh itu, saya akan melakukan refleksi ini dalam bentuk SWOT. Kekuatan yang ada pada kumpulan saya ialah setiap ahli kumpulan memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan tugasan ini. Setiap ahli kumpulan ada sifat kebertanggungjawaban untuk memikul dan melaksanakan amanah yang diberikan. Seterusnya, Seterusnya, perkongsian idea yang bernas dan relevan oleh ahli kumpulan sangat membantu dalam melengkapkan tugasan ini. Hal ini disebabkan terdapat beberapa perkara yang kurang pasti maka ahli kumpulan akan membantu menjelaskan kepadanya untuk memastikan rakannya faham dan jelas tentang perkara tersebut. Kami juga membuat pembacaan yang meluas tentang tajuk-tajuk yang ingin dibentangkan untuk memastikan kami benar-benar mengetahui tentang tajuk tersebut (mastery learning). Di samping itu, kami selesa bekerja bersama tanpa ada sebarang masalah yang besar. Hal ini penting bagi memastikan hasil kerja yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak soalan serta memenuhi kepuasan diri dalam bekerja. Seterusnya, melihat daripada aspek kelemahan. Terdapat beberapa kelemahan yang kami hadapi sewaktu menjalankan tugasan

Upload: shukry-supaat

Post on 27-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ipg

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Bumi Dan Angkasa Lepas

REFLEKSI BUMI DAN ANGKASA LEPAS

(MUHAMMAD SHUKRY BIN SUPAAT)

Tugasan amali yang kami lakukan memberikan pengalaman dan pengetahuan

yang baru serta memantapkan kefahaman kami tentang topik yang telah dipelajari.

Oleh itu, saya akan melakukan refleksi ini dalam bentuk SWOT.

Kekuatan yang ada pada kumpulan saya ialah setiap ahli kumpulan memberikan

komitmen yang terbaik dalam menjalankan tugasan ini. Setiap ahli kumpulan ada sifat

kebertanggungjawaban untuk memikul dan melaksanakan amanah yang diberikan.

Seterusnya, Seterusnya, perkongsian idea yang bernas dan relevan oleh ahli kumpulan

sangat membantu dalam melengkapkan tugasan ini. Hal ini disebabkan terdapat

beberapa perkara yang kurang pasti maka ahli kumpulan akan membantu menjelaskan

kepadanya untuk memastikan rakannya faham dan jelas tentang perkara tersebut.

Kami juga membuat pembacaan yang meluas tentang tajuk-tajuk yang ingin

dibentangkan untuk memastikan kami benar-benar mengetahui tentang tajuk tersebut

(mastery learning). Di samping itu, kami selesa bekerja bersama tanpa ada sebarang

masalah yang besar. Hal ini penting bagi memastikan hasil kerja yang dihasilkan dapat

memenuhi kehendak soalan serta memenuhi kepuasan diri dalam bekerja.

Seterusnya, melihat daripada aspek kelemahan. Terdapat beberapa kelemahan

yang kami hadapi sewaktu menjalankan tugasan ini ialah tidak dapat mengurus masa

dengan baik untuk melengkapkan tugasan ini. Hal ini disebabkan oleh jadual semester

ini yang sangat padat menyebabkan kami sangat penat dan tidak dapat menguruskan

masa untuk melakukan tugasan ini dengan cemerlang. Selain itu, kami juga mempunyai

kelemahan dalam memahami beberapa perkara di dalam praktikal membuatkan kerja

kami sedikit tergendala namun dapat diselesaikan dengan penjelasan oleh pensyarah

dan rakan-rakan.

Selain itu, melihat daripada aspek peluang. Kami mendapati bahawa rujukan

amat luas dan banyak dan kita hanya perlu memilih yang terbaik dan bersesuaian untuk

memudahkan diri dalam melengkapkan tugasan. Seterusnya, bahan rujukan mudah

Page 2: Refleksi Bumi Dan Angkasa Lepas

diperoleh samada buku mahupun bahan internet. Kami tidak mempunyai masalah

dalam mencari bahan rujukan. Selain itu, kemudahan lain seperti komputer riba, mesin

pencetak dan lain-lain mudah untuk diakses dalam menyiapkan tugasan ini. Kesemua

faktor-faktor ini mempengaruhi hasil kerja yang dikeluarkan. Di samping itu, bantuan

pensyarah dan rakan-rakan turut membantu memudahkan proses pembuatan tugasan

ini. Hal ini kerana penerangan yang jelas dan mudah difahami menjadi punca utama

kami dapat melakukan tugasan ini dengan baik dan kurangnya masalah yang dihadapi.

Aktiviti lawatan yang dilakukan sememangnya memberikan kami pendedahan yang baik

dan kami faham melalui pemerhatian yang dilihat di kawasan lawatan.

Di samping itu, terdapat ancaman yang kami hadapi sewaktu menjalankan

tugasan ini. Antaranya, tempoh masa yang diberikan kami tidak mencukupi. Hal ini

kerana kami benar kami diberi masa tiga hinnga keempat minggu menyiapkan tugasan

kami secara berkala. Tetapi tugas –tugas mendesak yang memerlukan perhatian yang

khusus menyebabkan kami merasakan masa tersebut tidak mencukupi. Kami tidak

mempunyai masa yang banyak untuk membuat rujukan, pembacaan yang lebih luas.

Akhirnya, cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah jarak masa

penghantaran tugasan ini secara berkala adalah lebih sediit daipada yang sedia ada

untuk memberikan kami ruang dan peluang untuk memberikan yang terbaik.

Seterusnya, kami perlu berinisiatif dalam meneroka tentang topik-topik yang ddibentang

oleh kumpulan iain untuk memastikan kami mempunyai pengalamam lepas untuk

dibawa ke dalam pembelajaran.