refleksi bm rph

8
REFLEKSI LIM CHEN CHING (921012-12-6302) Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia- Nya, saya mampu menyiapkan tugasan mata pelajaran Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) dengan lancar dan tepat pada masa. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah BMM 3104 saya, Puan Simah Binti Mamat di atas bimbingan serta ajaran yang diberikan sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini. Kerja kursus bagi BMM 3104 banyak berkaitan dengan menulis esei berkaitan dengan aktiviti-aktiviti lisan, menghasilkan bahan pengajaran dan juga menyedia satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) lengkap berdasarkan aktiviti lisan yang dipilih. Saya banyak menilai pengalaman-pengalaman saya sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan melihat dari beberapa aspek seperti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi. Walaupun sebelum ini saya telah mengetahui tentang aktiviti- aktiviti lisan dalam pengajaran bahasa Melayu seperti aktiviti bercerita, berlakon dan nyanyian, namun melalui kerja kursus ini, pengetahuan saya berkaitan tentang aktiviti-aktiviti lisan tersebut makin bertambah. Bagi tugasan pertama, saya dan rakan sekumpulan, Sim Zhi Jun telah membahagikan tugas masing-masing berkaitan tentang aktiviti lisan iaitu aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa Melayu. Sim telah mengambil bahagian konsep dan

Upload: jesse-owens

Post on 11-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Bm Rph

REFLEKSI

LIM CHEN CHING (921012-12-6302)

Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya mampu

menyiapkan tugasan mata pelajaran Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM

3104) dengan lancar dan tepat pada masa. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada pensyarah BMM 3104 saya, Puan Simah Binti Mamat di atas bimbingan serta

ajaran yang diberikan sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini.

Kerja kursus bagi BMM 3104 banyak berkaitan dengan menulis esei berkaitan

dengan aktiviti-aktiviti lisan, menghasilkan bahan pengajaran dan juga menyedia satu

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) lengkap berdasarkan aktiviti lisan yang dipilih.

Saya banyak menilai pengalaman-pengalaman saya sepanjang menyiapkan tugasan ini

dengan melihat dari beberapa aspek seperti kekuatan, kelemahan, peluang dan

ancaman yang dihadapi.

Walaupun sebelum ini saya telah mengetahui tentang aktiviti-aktiviti lisan dalam

pengajaran bahasa Melayu seperti aktiviti bercerita, berlakon dan nyanyian, namun

melalui kerja kursus ini, pengetahuan saya berkaitan tentang aktiviti-aktiviti lisan

tersebut makin bertambah. Bagi tugasan pertama, saya dan rakan sekumpulan, Sim Zhi

Jun telah membahagikan tugas masing-masing berkaitan tentang aktiviti lisan iaitu

aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa Melayu. Sim telah mengambil bahagian

konsep dan objektif aktiviti lisan yang dipilih manakala saya pula mencari maklumat

berkaitan dengan ciri-ciri dan prinsip pelaksanaan. Walaupun kami telah membahagikan

tugas, namun kami tetap saling membantu antara satu sama lain seperti sekiranya

terdapat persoalan berkaitan dengan tugas masing-masing. Di samping itu, kami juga

akan berkongsi pengetahuan tentang tugas masing-masing supaya kami dapat

memahami dan mendapat ilmu daripada keempat-empat aspek tersebut. Kami banyak

meluangkan masa bekerjasama dalam mencari maklumat, berbincang dan mengkaji

tajuk aktiviti lisan yang dipilih. Dari sini, saya sememangnya telah mendapat banyak

pengetahuan baharu berkaitan dengan konsep, objektif, ciri-ciri dan prinsip pelaksanaan

Page 2: Refleksi Bm Rph

bagi aktiviti-aktiviti lisan yang dapat digunakan dalam perancangan dan penyediaan

RPH bahasa Melayu.

Melalui tugasan ini juga, saya banyak mengkaji tentang aktiviti-aktiviti lisan

dalam pengajaran bahasa Melayu. Walaupun aktiviti yang dipilih oleh kumpulan saya

ialah aktiviti bercerita, namun saya dan rakan sekelas yang lain banyak berkongsi

pengetahuan supaya tidak ketinggalan mana-mana aktiviti lisan. Sepanjang

menghasilkan tugasan ini, manfaat yang saya peroleh ialah pengetahuan yang lebih

mendalam tentang aktiviti lisan. Bagi aktiviti bercerita, sebelum ini saya sudah tahu

bagaimana untuk melaksanakan aktiviti bercerita namun melalui pencarian maklumat

berkaitan dengan aktiviti ini, saya lebih peka terhadap ciri serta cara pelaksanaannya.

Saya sedar bahawa ia memerlukan persediaan yang rapi seperti menentukan cerita

yang sesuai dengan tahap murid, bahan bantu mengajar yang sesuai, suara perlu kuat

dan jelas serta pelbagai jenis intonasi dan aspek-aspek lain. Dengan adanya

pengetahuan seperti ini, saya mengingat kembali aktiviti bercerita yang pernah saya

jalankan sebelum ini dan didapati masih kekurangan beberapa ciri yang tidak

dilaksanakan. Justeru, tugasan ini sememangnya banyak membantu saya membuat

penambahbaikan terhadap aktiviti-aktiviti lisan yang bakal dilaksanakan kelak supaya

objektif PdP dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Tugasan yang kedua pula ialah menghasilkan bahan bantu mengajar (ABM)

berdasarkan tajuk aktiviti yang dipilih iaitu sebuah buku cerita kanak-kanak berilustrasi.

Antara kekuatan yang dapat diperoleh melalui tugasan ini ialah dapat membantu saya

meningkatkan pengetahuan tentang penghasilan sesebuah buku cerita. Walaupun

terdapat banyak buku cerita di pasaran sekarang, namun ianya merupakan satu

kelebihan sekiranya saya dapat menghasilkan buku cerita sendiri mengikut kehendak

dan kesesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bakal dilaksanakan

dalam bilik darjah. Oleh itu, bagi menyiapkan tugasan ini, saya banyak membuat kajian

terhadap buku cerita seperti melawat ke kedai-kedai buku untuk mencari contoh buku

cerita yang menarik dari segi ilustrasi dan juga jalan cerita. Selain itu, saya juga mencari

contoh-contoh buku cerita melalui laman sesawang dan melihat banyak contoh dari luar

Negara. Melalui pengumpulan maklumat ini, saya dapat lihat di mana buku cerita kanak-

Page 3: Refleksi Bm Rph

kanak kebanyakannya adalah ringkas dari segi ilustrasi dan jalan ceritanya. Ini kerana

ilustrasi yang rumit dan penggunaan tahap bahasa yang tinggi akan menyebabkan

kanak-kanak seawal usia 5 hingga 12 tidak berapa faham dan seterusnya tidak minat

untuk membaca. Buku cerita kanak-kanak yang ideal adalah buku yang mempunyai

jenis ilustrasi yang ringkas, jalan cerita yang pendek dan tahap bahasa yang mudah.

Dari situ, ianya banyak membantu saya memahami bahawa kanak-kanak adalah lebih

tertarik dengan jenis ilustrasi yang mudah dan warna yang terang dan pelbagai

berbanding dengan gambar-gambar yang rumit serta warna yang muram. Pengetahuan

seperti ini bukan sahaja dapat membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini bahkan

juga dapat membantu saya untuk mengaplikasikan elemen-elemen ini semasa

menghasilkan alat bantu mengajar (ABM) yang lain.

Semasa menyiapkan tugasan ketiga iaitu merancang dan menyediakan RPH

yang lengkap berdasarkan aktiviti lisan yang dipilih, saya juga telah mendapat banyak

pengalaman dan pengetahuan baharu. Saya sedar bahawa tugasan BMM 3104 ini

merupakan satu latihan yang baik dalam melatih diri saya untuk menyediakan RPH yang

lengkap supaya proses PdP dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Tetapi sebelum

balik Sabah untuk bercuti, saya dan rakan-rakan telah mendapatkan contoh format

penulisan RPH untuk bahasa Melayu dan selain itu, saya juga telah mendapatkan

contoh RPH daripada rakan saya. Dengan adanya beberapa contoh ini dan maklumat

tambahan daripada rakan-rakan lain, saya mampu merancang dan menyesuaikan

aktiviti PdP dengan komponen-komponen lain seperti tajuk, tema, kemahiran bahasa

dan lain-lain. Contoh dan maklumat seperti inilah yang telah banyak membantu saya

untuk menyediakan RPH yang lengkap dan lebih berkesan.

Melalui kerja kursus ini juga, saya mampu mengkaji dan mentafsir sukatan

pelajaran dengan lebih mendalam kerana sukatan pelajaran merupakan spesifikasi

terhadap apa yang perlu dipelajari oleh murid. Setelah banyak membuat rujukan seperti

mendapatkan contoh-contoh RPH daripada sumber laman sesawang dan juga

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), saya menyedari bahawa RPH bukan sesuatu

Page 4: Refleksi Bm Rph

yang hanya dirancang sembarangan tetapi mempunyai sukatannya yang tersendiri. Ini

kerana dalam sukatan pelajaran telah menyatakan tahap kemahiran yang perlu dicapai

oleh murid mengikut tahap dan tahun. Dalam sukatan pelajaran telah menyatakan

dengan jelas kemahiran-kemahiran yang sesuai mengikut tahap kerana jika penyediaan

RPH tidak mengikut sukatan pelajaran, maka akan berlaku ketidaksesuaian standard

pembelajaran seperti tahap yang terlalu tinggi untuk murid yang masih di tahap rendah

dan jika perancangan seperti ini berlaku, maka murid akan susah untuk menerima ilmu

pengetahuan dan kemahiran dan ini akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak

dapat dicapai. Jadi, dengan membuat banyak kajian terhadap RPH, ia sebenarnya

melatih diri saya untuk menjadi lebih teliti dalam membuat perancangan.

Semasa menyediakan RPH untuk mata pelajaran bahasa Melayu, saya juga

mendapat banyak pengalaman dalam merancang aktiviti PdP. Komponen-komponen

seperti komponen induksi set, penerangan, penyoalan dan variasi rangsangan amat

penting dalam RPH. Ini kerana setiap komponen tersebut haruslah dimasukkan aktiviti

yang sesuai supaya pembelajaran dalam berjalan dengan lebih lancar. Justeru, saya

banyak merujuk kepada RPH lain untuk menghasilkan aktiviti yang lebih menarik.

Contohnya seperti induksi set, saya telah memasukkan unsur pergerakan supaya

mampu lebih menarik perhatian murid. Induksi set amatlah penting kerana dari situlah

murid akan bersedia dan bersemangat untuk memulakan proses pembelajaran. Di sini,

peluang banyak dibuka kepada saya untuk lebih memahami mendalam bagaimana

untuk merancang aktiviti PdP yang lebih menarik dengan mengambil kira semua aspek

terutama sekali perbezaan tahap murid. Oleh itu, tugasan ini sebenarnya telah menjadi

latihan kepada saya untuk lebih bersedia untuk mengajar di masa hadapan.

Namun, terdapat juga beberapa kekangan yang saya hadapi sepanjang

menyiapkan tugasan RPH bahasa Melayu ini seperti kekangan masa. Walaupun saya

dan Sim telah membahagikan tugas masing-masing, namun kami juga membahagikan

masa kami masing-masing untuk menyiapkan tugasan subjek lain di mana tarikh

penghantaran tugasan adalah dekat di antara satu sama lain. Oleh itu, masa merupakan

kekangan yang kami hadapi sepanjang penyiapan tugasan. Di samping itu,

perancangan dan penyediaan RPH juga memerlukan masa yang agak panjang untuk

Page 5: Refleksi Bm Rph

menyesuaikan kaedah dan teknik dengan aktiviti supaya proses PdP lebih berkesan.

Tetapi, saya dan Sim telah menghadapi kekangan ini dengan sebaik mungkin seperti

menyiapkan tugasan tepat pada masa mengikut jadual yang telah dirancang supaya

tidak menangguhkan kerja dan seterusnya memberi kesan kepada tugasan subjek lain.

Dari sini, saya faham bahawa masa amatlah penting dalam apa jua perkara kerana guru

perlu mengatur masa dengan tepat dan baik supaya proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

Selain itu, kekangan seperti kekurangan sumber kolaborasi juga merupakan satu

halangan yang agak mencabar kerana kami pulang ke kampung halaman masing-

masing untuk bercuti selama seminggu. Justeru, saya dan rakan-rakan lain serta

dengan pensyarah tidak dapat berkolaborasi secara bersemuka. Kolaborasi amat

penting kerana di sinilah saya akan dapat berbincang dengan rakan-rakan dan

pensyarah berkaitan dengan tugasan. Bagi saya, kolaborasi secara bersemuka

berkaitan dengan penyediaan RPH ini amat penting kerana penerangan dan

pemahaman akan menjadi lebih jelas seperti dalam merancang aktiviti pembelajaran.

Namun, walaupun terdapat kekangan seperti ini, tetapi saya dan rakan-rakan yang lain

telah menggunakan kecanggihan teknologi pada masa kini yang membolehkan kami

berbincang melalui komputer seperti Skype, video chat, MSN Messenger dan lain-lain.

Oleh itu, saya masih lagi dapat berbincang dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-

rakan yang lain walaupun berjauhan.

Secara keseluruhannya, banyak pengetahuan dan pengalaman baharu yang

saya dapati sepanjang menyiapkan tugasan ini. Walaupun terdapat beberapa kekangan

yang dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini, namun saya terima dan hadapinya

dengan tabah kerana saya melihatnya sebagai suatu kelebihan untuk saya lebih banyak

mendapatkan ilmu pengetahuan dan lebih bersedia untuk bergelar sebagai seorang

pendidik di masa hadapan.