real ayudhya handout

11
History Of Ayudhya PEMBENTANG: CHONG PECK SING AEL 130004 NOR SHAZANA BINTI MAHAMAD GHAZI AEL 130011 HURAIKAN PERKEMBANGAN AYUDHYA DI ASIA TENGGARA SEKITAR TAHUN 1347 HINGGA TAHUN 1767 MASIHI. PENGENALAN Nama lengkapnya: Phra Nakhon Si Ayuthhaya Merupakan sebuah kerajaan yang terletak di tengah pusat bandar Thailand Dikatakan telah wujud kira-kira selama 400 tahun (1347 - 1767 Masihi) di sekitar Asia Tenggara Nama Ayudhya berasal daripada nama kerajaan Ayodhya, iaitu kerajaan yang dipimpin oleh tokoh Sri Rama dalam sebuah epik Ramayana. Dari segi geografi, Ayudhya terletak di kawasan yang amat strategik iaitu di atas sebuah pulau yang dikelilingi oleh tiga batang sungai utama: Sungai Chao Phraya, Sungai Lophburi, dan Sungai Pasak. Antara wilayah yang berdekatan dengan kerajaan Ayudhya ialah Ang Thong, Lop Buri, Saraburi, Pathum Thani, Nonthaburi, Nakhon Pathom dan Suphan Buri. Kerajaan Ayudhya juga dikenali sebagai “City of Water”. Terdapat dua jalan yang menghubungkan Ayudhya iaitu jalan darat dan jalan laut. Jalan laut yang dalam sangat sesuai dijadikan sebagai laluan kapal pedagang Sungai Menam mempunyai sumber protein yang kaya Sungai Chao Phraya mempunyai kawasan delta sungai yang luas dan subur untuk penanam padi. Ketiga-tiga sungai tersebut juga berperanan sebagai benteng pertahanan Kewujudan kerajaan Ayudhya telah berkembang luas sehingga ke Utara Sukhotai dan Selatan serta sehingga ke Melaka. merupakan kerajaan yang berkesinambungan dengan kerajaan Sukhotai. Pemerintah pertama: Ramathibodi I, juga merupakan pengasas kerajaan Ayudhya. ISI-ISI PENTING KEJATUHAN KERAJAAN SUKHOTAI DAN KEMUNCULAN KERAJAAN AYUDHYA:

Upload: sha-smile

Post on 28-Nov-2015

70 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ayudhya

TRANSCRIPT

Page 1: Real Ayudhya Handout

History Of Ayudhya

PEMBENTANG: CHONG PECK SING AEL 130004 NOR SHAZANA BINTI MAHAMAD GHAZI AEL 130011

HURAIKAN PERKEMBANGAN AYUDHYA DI ASIA TENGGARA SEKITAR TAHUN 1347 HINGGA TAHUN 1767 MASIHI.

PENGENALAN

Nama lengkapnya: Phra Nakhon Si Ayuthhaya Merupakan sebuah kerajaan yang terletak di tengah pusat bandar Thailand Dikatakan telah wujud kira-kira selama 400 tahun (1347 - 1767 Masihi) di sekitar Asia Tenggara Nama Ayudhya berasal daripada nama kerajaan Ayodhya, iaitu kerajaan yang dipimpin oleh tokoh

Sri Rama dalam sebuah epik Ramayana.

Dari segi geografi, Ayudhya terletak di kawasan yang amat strategik iaitu di atas sebuah pulau yang dikelilingi oleh tiga batang sungai utama: Sungai Chao Phraya, Sungai Lophburi, dan Sungai Pasak.

Antara wilayah yang berdekatan dengan kerajaan Ayudhya ialah Ang Thong, Lop Buri, Saraburi, Pathum Thani, Nonthaburi, Nakhon Pathom dan Suphan Buri.

Kerajaan Ayudhya juga dikenali sebagai “City of Water”. Terdapat dua jalan yang menghubungkan Ayudhya iaitu jalan darat dan jalan laut. Jalan laut yang dalam sangat sesuai dijadikan sebagai laluan kapal pedagang Sungai Menam mempunyai sumber protein yang kaya Sungai Chao Phraya mempunyai kawasan delta sungai yang luas dan subur untuk penanam padi. Ketiga-tiga sungai tersebut juga berperanan sebagai benteng pertahanan

Kewujudan kerajaan Ayudhya telah berkembang luas sehingga ke Utara Sukhotai dan Selatan serta sehingga ke Melaka.

merupakan kerajaan yang berkesinambungan dengan kerajaan Sukhotai. Pemerintah pertama: Ramathibodi I, juga merupakan pengasas kerajaan Ayudhya.

ISI-ISI PENTING

KEJATUHAN KERAJAAN SUKHOTAI DAN KEMUNCULAN KERAJAAN AYUDHYA: Kerajaan Sukhotai adalah lambang negeri Thai Pada tahun 1281 sehingga 1317, zaman kerajaaan Sukhotai telah mencapai kemajuan pada zaman

pemerintahan Raja Rama Khamheng. dan menjadikan agama Buddha Pali yang bercorak ortodoks Sinhala sebagai agama rasmi. Tampuk pemerintahan Sukhotai seterusnya diganti oleh anaknya Lo Tai (1317-1347) dan seterusnya

diganti lagi oleh anak Lo Tai iaitu Lu Tai pada tahun 1347. Kemudian beliau menuruni takhta pada tahun 1361 lalu tinggal di sebuah biara.

Seorang putera Thai yang berketurunan keluarga diraja Chiengsen, memaksa Lu Tai mengakui pertuanannya selepas beliau menguasai sebahagian besar kerajaan lama Lavo.

Oleh sebab wabak taun, beliau kemudian meninggalkan bandarnya sendiri dan berpindah kira-kira lima puluh batu ke selatan lalu membuka sebuah ibu kota baru yang bernama Dvaravati Sri Ayudhya di atas sebuah pulau di Sungai Menam.

Beliau ditabalkan pada tahun 1350 dan memakai gelaran Ramadhipati. Beliaulah raja pertama kepada kerajaan Ayudhya.

Page 2: Real Ayudhya Handout

History Of Ayudhya

PEMERINTAHAN RAJA-RAJA AYUDHYA:1. PEMERINTAHAN DINASTI UTHONG: Beliau berusaha untuk menundukkan Kemboja. Perpindahan pusat kuasa Thai ke Ayudhya di sebelah selatan menyebabkan Kemboja berada dalam

keadaan yang amat bahaya. Walau bagaimanapun, Raja Ramadhipati tidak menakluk Angkor pada tahun 1353. Peperangan yang sangat lama juga telah tercetus di antara dua buah negeri ini. Tidak lama kemudian, Ayudhya terpaksa menghadapi pemberontakan di Sukhotai dan Ciengmai Semasa pentadbiran Raja Ramadhipati, beliau telah menyusun peraturan undang-undang yang mula

dicatitkan di Negeri Thai. Undang- undang ini merupakan satu undang-undang saksama dan adil serta bersesuaian sama sekali dengan masyarakat Siam pada masa itu. Undang-undang tersebut banyak mengandungi adat istiadat Thai purba dari zaman Nancao lagi. Undang-undang ini dipinda untuk bersepadan dengan Undang-undang Manu Undang-undang ini juga menjadi asas kepada undang-undang Siam untuk berabad-abad sehingga

zaman pemerintahan Chulalongkorn, sehingga kini masih belum dapat digantikan sepenuhnya dengan undang-undang yang baru.

Antara undang-undang yang telah digubal oleh Ramadhipati ialah undang-undang saksi(1350), undang-undang kesalahan(1351), undang-undang dakwaan(1355), undang-undang penculikan(1356), undang-undang jenayah terhadap rakyat(1357), undang-undang tentang kecurian(1350-1366), dan undang-undang suami isteri.

UNDANG-UNDANG

1. Undang-undang saksi Ditulis pada 1350 yang membicarakan hal berkenaan pecah amanah, hutang, orang berpenyakit,

kanak-kanak bawah umur dan memfitnah. Menentukan siapa yang dapat dan tidak dapat menjadi saksi dalam pentadbiran.

2. Undang-undang kesalahan terhadap kerajaan

Ditulis pada 1351, berkaitan dengan pegawai kerajaan yang menggelapkan harta kerajaan dan kawal tindakan pegawai terhadap rakyat.

Terbahagi kepada 5 jenis hukuman iaitu hukuman mati, turun pangkat, sebat sebanyak 25 kali, turunkan status setaraf dengan orang biasa, lucut jawatan dan denda 3 kali ganda daripada jumlah di gelapkan.

3. Undang-undang dakwaan

Ditulis pada 1355, yang cuba membawa pertuduhan kepada bapa atau datuk akan disebat

4. Undang-undang penculikan

Ditulis pada 1356 yang merujuk kepada denda ke atas orang yang menculik isteri, anak dan hamba abdi orang lain.

5. Undang-undang jenayah terhadap rakyat

Ditulis pada 1357, mengandungi perkara yang berkaitan dengan pencerobohan rumah, serang-menyerang, dan tuduh-menuduh.

Page 3: Real Ayudhya Handout

History Of Ayudhya

6. Undang-undang tentang kecurian

Ditulis pada 1350-1366 yang mengutamakan hal rompakan, samun, curi, bakar rumah dan pembunuhan.

Dikenakan denda sebanyak 333,333 duit syiling dari kulit kerang.

7. Undang-undang suami isteri

Seseorang yang ingin berpoligami harus berkemampuan dari segi kewangan dan juga perlu ada persediaan dari fizikal dan mental.

Elak perceraian atau anak luar nikah

8.Undang-undang Rampai-rampai

Digubal pada 1359, undang-undang ini mengandungi pelbagai perkara seperti mencuri tanaman, mencuri air untuk tanaman,menipu, mengunakan sihir ,pukau dan lain-lain.

Pada tahun 1369, Raja Ramadhipati I telah meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya iaitu Putera Ramesuen.

Beliau telah menyerahkan takhta kerajaannya pada tahun 1370 kepada bapa saudaranya dengan menggunakan gelaran Raja Boromoracha I.

2. DINASTI SUPHANNAPHUM

Boromoracha I terpaksa menumpukan segala tenaganya terhadap tugas-tugas menguasai semula kawasan hulu lembah Sungai Menam pada awal pemerintahannya.

Pada masa itu, Sukhotai juga berazam untuk memulihkan semula kemerdekaannya. Pada tahun 1371, Boromoracha I telah mengetuai satu angkatan tentera untuk menyerang kerajaan di sebelah utara dan berjaya menawan beberapa buah bandar.

Perluasan kuasa Ayudhya yang begitu jauh ke utara telah menyebabkan perselisihan antara Ayudhya dengan Ciengmai. Sebelum kematian Boromoracha I, peperangan terletus di antara kedua-dua negeri tersebut

3. DINASTI UTHONG II

Pada tahun 1388, Boromoracha I mangkat dan digantikan oleh anak lelakinya yang berumur lima belas tahun. Beliau telah digulingkan dan dibunuh oleh Ramasuen.

Ramasuen memegang tampuk pemerintahan Ayudhya semula dan memerintah kerajaan Ayudhya sehingga tahun 1395.

Anak Ramasuen, Ram Raja telah memerintah kerajaan Ayudhya dari tahun 1395 hingga 1408 tetapi tidak ada sebarang catitan sejarahnya.

Kemudian, baginda digulingkan dari takhta kerajaannya pada tahun 1408 oleh satu pemberontakan di dalam istananya yang diketuai oleh seorang anak Boromoracha I yang akhirnya menjadi raja dengan memakai gelaran Intaraja pada tahun 1408 hingga 1424.

4. DINASTI SUPHANNAPHUM II

Selepas era pemerintahan Intaraja, Boromracha II telah mengambil alih tampuh pemerintahan Ayudhya pada tahun 1424 hingga 1448.

Boromracha II berhasrat untuk menyatupadukan kerajaan Siam.

Page 4: Real Ayudhya Handout

History Of Ayudhya

beliau telah melantik anaknya yang sulung iaitu Ramesuan menjadi Gabenor Pitanulok dan kemudian menjadikan kawasan negeri Sukhotai lama yang masih tinggal itu sebagai wilayah Siam.

Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau dengan mewujudkan 5 jabatan awam besar, antaranya Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri, Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan juga Kementerian kerabat Diraja.

Dalam pentadbiran ketenteraan pula, telah mewujudkan jawatan Perdana Menteri ( Kalahom ) dan di bawahnya terdapat beberapa jawatan dan berkedudukan sebagai Menteri dan bertanggungjawab dalam pelbagai pentadbiran ketenteraan.

Baginda juga telah telah memeperkenalkan undang-undang atau pengawalan berperingkat yang dikenali sebagai Sakdi Na iaitu satu sistem pembahagian tanah dimana rakyat boleh memiliki tanah mengikut status sosialnya.

Pada tahun 1450, beliau telah memperkenalkan undang-undang istana iaitu Kot Montien Ban atau undang-undang istana untuk mengawal dan menentukan jenis semua kelas masyarakat siam di mahkamah termasuk pangkat perbezaan permaisuri dan raja-raja.

Apabila Boromracha II mangkat, Putera Ramesuen mengambil alih tampuk pemerintahan Ayudhya pada tahun 1448 hingga 1488 dengan memakai gelaran Boromotrailokanant atau lebih dikenali sebagai Trailok.

Beliau telah membentuk satu sistem pentadbiran pusat yang bercorakkan pemerintahan Perancis dan Jerman.

Pentadbiran pusat telah disusun semula mengikut jabatan dan pangkat untuk mengawal wilayah-wilayah. Pegawai-pegawai kanan dinaikkan.

Pada tahun 1450, beliau juga telah memperkenalkan undang-undang istana yang dikenali sebagai “Kot Montien Ban”. Undang-undang perkanunan dan pentafsiran adat istiadat juga diperkenalkan untuk memastikan rakyat memberikan kepercayaan dan kesetiaan yang sepenuhnya kepada pemerintah.

Pada tahun 1488, sebelum Trailok meninggal dunia beliau telah mengangkat anaknya iaitu Putera Jatta menjadi Maha Uparat yang juga merupakan Raja Kedua atau Pemangku Raja.

EKONOMI

Oleh sebab terletak di kawasan yang strategik, kerajaan Ayudhya mempunyai sistem pertanian yang baik iaitu penanaman padi.

Sistem pengairan air juga telah diperkenalkan Sungai Menam juga berfungsi sebagai pembekal sumber protein mereka juga menjalankan aktiviti bercucuk tanam seperti sayur-sayuran dan menghasilkan bahan

mentah seperti garam. Raja Trailok juga telah memperkenalkan Sistem Sak Di Na yang merupakan satu sistem

pembahagian tanah. Melalui sistem tersebut, rakyat boleh memiliki tanah mengikut status sosialnya.

kerajaan Ayudhya juga sangat aktif dalam aktiviti perdagangan dengan pelbagai negara contohnya seperti India, Jepun, Rusia, China dan beberapa negara Eropah.

Antara barang yang didagangkan ialah kayu wangi yang diperolehi dari tanah jajahan. Ayudhya juga telah memberikan kebenaran kepada pedagang luar untuk membina penempatan di

luar tembok kotanya. Raja Narai yang memerintah pada tahun 1656 hingga 1688 mempunyai hubungan baik dengan

Raja Louis XIV dari Perancis. Ayudhya juga memperdagangkan senjata. Mata wang yang dikenali sebagai Port Duang telah digunakan dalam perniagaan

Page 5: Real Ayudhya Handout

History Of Ayudhya

AGAMA DAN KEPERCAYAAN Agama telah dijadikan sebagai alat penyatuan rakyat Penyembahan juga dijadikan sebagai cara mengekalkan kuasa pemerintah. Raja-raja Ayudhya telah menerima Theravada Buddhisme yang menggantikan agama Hinduisme

dan Mahayana sejak pemerintahan Uthong. Perkembangan agama ini telah mendorong ramai mubaligh dari Menam datang ke Ayudhya

untuk belajar dan menyebarkan agama Buddha. Keadaan ini telah mewujudkan penjelmaan tuhan hindu iaitu Brahma, Vishnu, Siva, Indra,

Yama, Marut (tuhan angin), Varuna (tuhan hujan), Agni (tuhan api), Upendra, tuhan matahari dan bulan

Selain itu terdapat juga rakyat Ayudhya menganut agama islam Rakyat ayudhya juga ada yang menganut agama katolik. Buktinya Raja Narai memeluk agama

Roman Khatolik pada tahun 1668. Ia juga menunjukkan dibenarkan mengamalkan kebebasan agama.

Rakyat ayudhya juga menganggap peribadi raja itu suci. Mereka juga mengamalkan kepercayaan memuja semangat padi agar hasil tanaman bertambah

subur dan bertambah. Boromaracha II telah membina kuil wat Ratnabura sebagai simbolik kepada kekuasaan beliau dan

pengaruh agama. Terdapat juga berlakunya kebebasan beragama, contohnya Raja Narai telah memeluk agama

Roman Khatolik pada tahun 1668. Dari aspek kepercayaan pula, masyarakat Ayudhya mempunyai kepercayaan kepada semangat

yang dipercayai dapat mempengaruhi kehidupan mereka.

KETENTERAAN

Mengamalkan dasar pentadbiran ketenteraan untuk menjamin kemakmuran dan kemajuan kerajaannya.

Ketenteraan berdasarkan sistem kerahan dan serahan tenaga oleh rakyat telah disusun semula pada zaman pemerintahan Raja Ramathibodi.

Melalui sistem tersebut, negeri dibahagikan kepada beberapa bahagian dan bahagian kecil tentera.

Kaum lelaki yang berusia lapan belas tahun ke atas pula akan didaftarkan sebagai tentera simpanan. Kerajaan Ayudhya menggunakan binatang seperti gajah sebagai kenderaan yang utama semasa peperangan.

Ketika peperangan, raja akan duduk di bahagian belakang gajah tersebut. Semasa zaman pemerintahan Raja Trailok, beliau berusaha untuk meluaskan pengaruhnya

sehingga ke Tanah Melayu. Menurut Sejarah Melayu, Ayudhya telah menyerang Melaka dua kali pada zaman pemerintahan Raja Kasim.

Raja Trailok juga banyak terlibat dalam peperangan dengan Ciengmai. Raja Trailok telah mengasingkan pentadbiran tentera dengan pentadbiran awam.

HUBUNGAN DIPLOMATIK

Dijalankan untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi dan politknya. Ayudhya telah menghantar utusan ke Nangkin untuk memberitahu bahawa Raja Boromoraja I

telah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Putera Ramesuen kerana tidak cekap dalam menjalankan urusan pentadbiran.

Page 6: Real Ayudhya Handout

History Of Ayudhya

Melalui hubungan diplomatik, perusahaan seramik di kawasan Sawankolok dapat ditingkatkan sehingga perusahaan tersebut terus berkembang dan meluas di kepulauan Melayu. Kerajaan Ayudhya amat mengambil berat tentang hubungan baik dengan negara-negara jiran kerana hubungan diplomatik yang baik dapat membolehkan kerajaan Ayudhya memerintah negerinya dengan lancar tanpa gangguan kuasa lain.

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

majoritinya bertujuan untuk keagamaan. Unsur kesenian dapat mencerminkan keyakinan dan kekayaan sesebuah kerajaan Terdapat beberapa hasil seni yang berkaitan dengan golongan diraja yang dapat dibuktikan

melalui reka bentuk istana yang dapat melambangkan kemuliaan seseorang raja. Contohnya ialah tiga pagoda Wat Phra Si Sanphet yang merupakan sisa-sisa rumah Raja

Boromotrailokanat, Raja Bomorachatira III dan Raja Ramathibodi II. Terdapat juga lukisan mural zaman Ayudhya yang tidak bersifat realisitik yang dilakar dengan

penuh simbolik dan lebih bertumpuan kepada unsur penceritaan. Kebanyakan karya lukisan menceritakan tentang epik-epik dari Hindu. Namun selepas Burma menyerang kerajaan Ayudhya pada tahun 1767, ibu kota kerajaan

Ayudhya telah dihancurkan Hasil-hasil penulisan dan karya-karya kerajaan Ayudhya juga telah dimusnahkan. Perpustakaan kerajaan yang berfungsi sebagai tempat penyimpangan karya-karya sastera dan

arkib penyimpanan kitab-kitab juga telah dibakarkan.

KEJATUHAN KERAJAAN AYUDHYA

Pada pertengahan abad keenam belas, muncul kerajaan Burma dari Toungoo dan cuba untuk menguasai kerajaan Ayudhya.

Kerajaan tersebut ingin meluaskan empayarnya dan rajanya iaitu Tabinshwehti dan Bayinnaung telah menyerang kerajaan Ayudhya.

Mengikut Pinto, tentera Burma telah melakukan pengepungan selama 4 bulan. Dikatakan juga pertempuran antara kerajaan Ayudhya dan Burma ini sangat sengit.

Burma telah mencuba beberapa kali untuk masuk ke kawasan Ayudhya namun serangan Burma berjaya ditangkis.

Dalam peperangan ini bukan sahaja Raja Chakrap’at dan anaknya terlibat namun isterinya iaitu permaisuri Suriyot’ai dan anak perempuanya turut terlibat dalam peperangan mempertahankan Kota Ayudhya ini. Dua orang wanita yang berani ini turun ke medan perang dengan memakai perisai lelaki dan menunggang gajah bagi berjuang menentang musuh. Akhirnya kedua mereka ini mati ditusuk lembing tentera Burma.

Pada tahun 1569, kerajaan Ayudhya telah jatuh ke tangan Toungoo dan semua pembesar kerajaan tersebut termasuk Putera Nerat telah ditawan.

Kemudian, kerajaan Ayudhya bangkit semula setelah kepulangan Putera Nerat. Beliau mula mengumpulkan tentera-tenteranya untuk melawan kerajaan Burma.

Akhirnya, kerajaan Ayudhya telah menjadi sebuah kerajaan yang paling kuat di wilayah utara Sukhotai.

Pada pertengahan abad lapan belas, kerajaan Ayudhya telah kehilangan kawalannya ke atas wilayah takhluknya secara beransur-ansur.

Kerajaan Ayudhya menjalin hubungan persahabatan dengan Mons menyebabkan Burma menganggap bahawa Ayudhya merupakan musuh mereka dan akhirnya melancarkan serangan.

Page 7: Real Ayudhya Handout

History Of Ayudhya

Kejatuhan kerajaan Ayudhya bermula pada tahun 1767 apabila Burma sekali lagi melancarkan serangan ke atas kerajaan ini. Serangan kali ini lebih sengit kerana ia berlangsung selama 14 bulan.

Setelah dikepung 14 bulan, akhirnya Ayudhya telah dimusnahkan pada bulan April 1767. Serangan ini telah mengakibatkan istana, rumah persendirian dan bangunan awam dibakar bahkan

kuil juga turut dicemari. Gambar-gambar Buddha turut dipecahkan menjadi kepingan. Lelaki, wanita dan kanak-kanak telah disebat dan diseksa untuk membuat mereka mendedahkan

tempat persembunyian beberapa khazanah atau simpanan mereka. Raja Ekat’at iaitu pemerintah Ayudhya ketika itu pula telah melarikan diri dari istana dengan menaiki bot kecil.

Nasibnya tidak diketahui, ada yang mengatakan dia merayau di dalam hutan kemudian mati akibat kelaparan. Sejumlah besar harta seperti emas dan permata ditemui di istana juga kuantiti senjata dan peluru.

Bermula dari situ, maka kita dapat melihat akhirnya kerajaan Ayudhya yang telah bertahan selama 417 tahun selepas diasaskan oleh Raja Rama T’bodi akhirnya runtuh.

Pada tahun 1568 bandar ini jatuh akibat pengkhianatan manakala pada tahun 1767 Ayudhya musnah akibat ketidakcekapan pemerintah dan masalah rasuah

KESIMPULAN

Kerajaan Ayudhya telah berkembang luas di kawasan Asia Tenggara sekitar tahun 1347 hingga tahun 1767.

Kerajaan Ayudhya ini telah bertahan selama 417 tahun Kerajaan ini juga telah mencapai kegemilangan sebagai kota terbesar di Asia Tenggara pada abad

ke 16. Kejayaan perkembangan kerajaan Ayudhya boleh dilihat melalui aspek sistem pemerintahan,

sistem ekonomi, sistem ketenteraan, hubungan diplomatik, agama dan kepercayaan serta kesenian.

Semua aspek ini telah membantu kerajaan Ayudhya dan menjadikan Ayudhya muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang dan berkembang dengan pesat.

Walau bagaimanapun, kerajaan Ayudhya telah dimusnahkan oleh Burma pada zaman pemerintahan Raja Alaungpaya.

Pada hakikatnya terdapat kesulitan untuk mencari bukti yang berkaitan dengan kerajaan Ayudhya kerana semua bukti yang berkaitannya telah dihapuskan.

Tapak kerajaan Ayudhya telah dijadikan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO

Rujukan1. D.G.E.HALL, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 19792. Charvit Kasetsiri, The Rise Of Ayudhya, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 19763. Hussein Ahmad B.A (Hons.), Sejarah Thailand : dari Pra Sejarah hingga sekarang, Kelantan,19714. Nota kuliah5. http://whc.unesco.org/en/list/576 6. http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2005-07-06/edit-page/27862410_1_buddhist-temple-

hindus-thailand7. http://www.ayutthaya-history.com/Temples_Ruins_YaiChaiMongkhon.html 8. http://en.wikipedia.org/wiki/Ayutthaya_Kingdom